You are on page 1of 12

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA

)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2011

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

830706055058002 012-2305360 kiapicanto_05@yahoo.com

830706-05-5058

PUSAT PEMBELAJARAN

:

NEGERI SEMBILAN

HBML 2203

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Pengendalian Pembelajaran Bestari 3.0 Strategi pembelajaran bestari 4.0 Strategi pembelajaran bestari 4.1 Strategi pembelajaran direktif 4.2 Strategi pengajaran 5.0 Strategi pembelajaran bestari 5.1 Strategi pembelajaran kolaboratif 5.2 Strategi pengajaran 6.0 Hasil pemerhatian 6.1 Refleksi 7.0 Cadangan penambahbaikan 8.0 Penutup 9.0 Rujukan 6 6 7 8 9 10 11 4 5 2 3 3

2

HBML 2203

1.0 Pengenalan Konsep Sekolah Bestari telah mula dibangunkan pada tahun 1996 di bawah kepimpinan Ketua Pengarah Pelajaran pada masa itu, iaitu Tan Sri Dato’ Dr Wan Zahid Wan Mohamed. Sekolah Bestari merupakan sebuah institusi pembelajaran yang telah direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran, pembentukan staf yang profesional, penyediaan infrastruktur pelbagai media dan bahan pengajaran yang efektif dan pentadbiran sekolah yang cekap. Teknologi dan perkakasan komputer yang digunakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran juga akan dapat membantu guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid dapat mencapai potensi diri mereka yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari mengandungi empat komponen utama iaitu pedagogi, kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran, dan terbuka. Bahan pengajaran pula disediakan oleh juga pentaksiran. Sukatan Pelajaran dilaksanakan di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan Pusat Perkembangan Kurikulum dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pedagogi bestari mengutamakan pembelajaran berasaskan aktiviti dan berpusatkan pelajar. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif manakala guru hanya berperanan sebagai fasilitator. Pentaksiran pula dilakukan dalam bilik darjah, pada peringkat sekolah dan pada peringkat pusat secara autentik. Sebagai permulaan, terdapat empat mata pelajaran yang diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Mata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pedagogi yang digunakan terdiri daripada pendekatan pembelajaran, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira perbezaan setiap murid dari segi gaya pembelajaran dan juga kecerdasan pelbagai. Ini bermaksud, kaedah dan strategi yang berbeza digunakan dengan menggunakan bahanbahan pengajaran yang bersumberkan teknologi terkini untuk merangsang pemikiran murid-murid.

3

HBML 2203

2.0 Pengendalian Pembelajaran Bestari Pengendalian atau Pengurusan Pembelajaran Bestari terdiri daripada empat komponen seperti ciri-ciri pelajar, kemahiran generik, pendekatan pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri pelajar ialah melalui gaya pembelajaran yang dilaksanakn, kecerdasan pelbagai dan kompetensi kecerdasan emosi (EIC). Kemahiran generik pula ialah kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat dan teknologi (ICT) dan kemahiran fasilitator. Pendekatan yang boleh digunakan pula ialah pendekatan yang berpusatkan pelajar, pendekatan yang berpusatkan individu dan pendekatan yang berpusatkan bahan. Manakala strategi pengajaran dan pembelajaran pula ialah strategi direktif, strategi pemerhatian, strategi generatif, strategi mediatif, strategi koperatif, strategi kolaboratif, strategi konteks luar, strategi metakognitif dan strategi kajian masa depan.

3.0 Strategi pembelajaran bestari Terdapat sembilan strategi pembelajaran bestari yang boleh dilaksanakan dan dipilih oleh guru untuk merancang pengajarannya. Antara strategi-strategi tersebut ialah strategi direktif, strategi pemerhatian, strategi mediatif, strategi generatif, strategi kolaboratif, strategi konteks luar, strategi metakognitif, strategi kontekstual dan strategi kajian masa depan. Strategi direktif ialah strategi yang berpusatkan guru. Guru akan membantu pelajar memperoleh maklumat. Contoh kaedah yang boleh dilakukan ialah demonstrasi, kuliah dan latih-tubi. Strategi pemerhatian pula ialah, guru berperanan sebagai mentor dan fasilitator. Murid akan belajar dengan memerhatikan orang lain, kemudian murid akan melaksanakan tugas melalui peniruan. Kaedah yang boleh dilakukan ialah simulasi, lakonan dan demonstrasi. Manakala Strategi mediatif pula ialah, murid membina idea dan konsep mengikut kefahaman sendiri berdasarkan pengetahuan lepas. Strategi generatif pula ialah strategi dimana murid-murid mempelajari bagaimana untuk bertindak apabila situasi memerlukan. Pendekatan yang boleh digunakan dalam strategi ini ialah pendekatan konstruktivisme. Strategi kolaboratif pula ialah strategi yang memerlukan

4

HBML 2203

murid untuk menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial, nilai murni serta sikap saintifik. Ini termasuklah pembelajaran secara koperatif, permainan berpasukan dan juga penyelesaian masalah secara berpasangan dan projek. Strategi yang seterusnya ialah strategi konteks luar. Strategi ini melibatkan interaksi pelbagai pihak dengan memastikan pelajar disediakan ruang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan interaksi. Kaedah pengajaran yang boleh digunakan ialah seminar, bengkel, kajian luar, lawatan sambil belajar dan projek. Strategi yang ketujuh ialah strategi metakognitif. Melalui strategi ini, muridmurid belajar melalui proses berfikir tentang proses pembelajaran, Teknik yang boleh digunakan ialah penyoalan, refleksi dan penulisan reflektif. Seterusnya ialah strategi kontekstual. Murid akan disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran mereka sesuatu yang bermakna melalui pengalaman dan maklumat. Strategi yang terakhir ialah strategi kajian masa depan. Strategi ini dapat meningkatkan keupayaan murid untuk membuat keputusan.

4.0 Strategi pembelajaran bestari 4.1 Strategi Pembelajaran Direktif Strategi direktif ialah satu strategi yang berpusatkan guru. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan ialah secara tradisional. Ini bermakna, guru berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada murid-muridnya. Murid-murid selalunya akan bersifat pasif dan bergantung kepada guru untuk memberi fakta dan panduan untuk menyelesaikan masalah. Ini bermakna, murid dikehendaki untuk menguasai tingkah laku dan kemahiran yang ditunjukkan oleh guru. Pengajaran langsung yang dijalankan dalam bilik darjah boleh melibatkan penyampaian maklumat yang aktif daripada guru, rakan dan juga melalui komputer. Proses penting dalam menyampaikan maklumat ialah mendapatkan perhatian daripada murid, memberi petunjuk yang mendorong penglibatan murid, menggunakan pengurusan grafik dan mendedahkan isi kandungan yang diperlukan kepada murid.

5

HBML 2203

Strategi pengajaran direktif ini dilakukan langkah demi langkah. Ini bagi memastikan murid dapat memahami dan seterusnya dapat menguasai tajuk yang diajar. Bantuan visual dan demonstrasi dari guru bagi menerangkan tentang konsep konkrit dan abstrak perlu digunakan oleh guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membuat penilaian secara berterusan bagi menguji pemahaman murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Prinsip asas strategi ini ialah penstrukturan informasi oleh guru, menentukan kaedah yang digunakan, menyediakan rancangan pengajaran, membuat semakan terhadap pengetahuan dan ingatan murid dan seterusnya membuat peneguhan atau pengayaan. Strategi ini juga digunakan untuk membantu murid memperolehi maklumat, pengetahuan dan kemahiran tentang sesuatu konsep daripada guru melalui teknik tunjuk cara, bimbingan dan latihan dan diikuti dengan ujian untuk mengetahui sejauh mana kefahaman murid-murid terhadap topik yang dipelajari. Model pengajaran yang selalu digunakan ialah model Robert Slavin. Kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah demonstrasi, kuliah atau penerangan dan latih tubi.

4.2 Strategi pengajaran Model yang sering digunakan untuk pengajaran secara direktif ialah model Robert Slavin. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru ialah untuk menetapkan objektif pembelajaran iaitu dengan memastikan murid diberi penerangan tentang perkara baru yang akan dipelajari. Kemudian, guru perlu mengimbas kembali pengetahuan sedia ada murid. Ini bagi memastikan murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang diperlukan untuk bahan baru yang akan diajar. Seterusnya, guru perlu menyampaikan bahan pengajarannya yang baru secara teratur dan jelas dengan menggunakan demonstrasi dan contoh yang sesuai. Kemudian, guru perlu meneliti tahap pembelajaran murid dengan mengajukan soalan yang sesuai. Guru juga perlu memberi latihan kendiri kepada murid. Ia dapat dilakukan melalui bimbingan dan tunjuk ajar sebelum latihan kendiri itu diberikan kepada mereka. Selain itu, guru perlu memastikan murid-murid diberi penilaian dan juga maklum balas yang sesuai. Sekiranya perlu, guru juga boleh membuat ulangkaji

6

HBML 2203

dengan murid-murid. Akhir sekali, guru juga perlu memberi latihan tambahan yang memerlukan murid-murid untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi yang berbeza. 5.0 Strategi pembelajaran bestari 5.1 Strategi Pembelajaran Kolaboratif Menurut Kamus Dewan, kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang. Menurut Wan Zah Wan Ali (2007), beliau menyatakan bahawa pembelajaran kolaboratif menekankan konsep bahawa setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain. Pembelajaran kolaboratif mempunyai ciri-ciri utama seperti perkongsian maklumat antara guru dan murid, perkongsian kuasa antara guru dan murid seperti murid dibenarkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menyiapkan tugasan, guru berperanan sebagai mediator iaitu bertindak untuk membantu murid mengaitkan maklumat baru yang diperolehi hasil daripada usaha kolaboratif dengan pengalaman dan perpindahan kepada situasi baru. Akhir sekali ialah kewujudan personaliti dan harga diri yang positif hasil daripada perkongsian maklumat sesama rakan sekelas. Melalui pembelajaran kolaboratif ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan, nilai sosial dan kerjasama dalam kumpulan dapat dipupuk dengan baik. Bukan itu sahaja, masalah disiplin di dalam kelas juga dapat dikurangkan ke tahap yang minima kerana strategi ini menekankan tentang semangat kerjasam yang erat antara ahli kumpulan.

5.2 Strategi pengajaran Sebelum memulakan sesuatu aktiviti, guru perlu membahagikan murid-murid mengikut kumpulan tertentu. Kemudian, guru perlu menyatakan objektif aktiviti tersebut, langkah-langkah yang perlu murid-murid lakukan dan bahan bantu mengajar yang boleh mereka gunakan. Seterusnya, guru perlu mengajar prosedur yang betul untuk melaksanakan aktiviti yang diberikan dan menentukan kerjasama sesama ahli

7

HBML 2203

kumpulan. Selain itu, guru juga perlu memastikan terdapat kerjasama dalam setiap kumpulan yang dibentuk supaya setiap kumpulan itu berjaya melakukan aktiviti yang diarahkan tanpa berlaku sebarang konflik sesama ahli kumpulan.

6.0 Hasil pemerhatian Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, strategi yang telah digunakan oleh guru bahasa Melayu sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah strategi direktif dan strategi kolaboratif. Perkara pertama yang dilakukan oleh guru tersebut ialah beliau bersoal-jawab dengan murid tentang pengetahuan sedia ada mereka untuk memastikan murid-murid ini mendapat idea tentang tajuk yang akan dipelajari. Kemudian, beliau menerangkan tentang bahan pengajaran baru yang terdapat dalam tajuk yang diajar. Guru tersebut menggunakan kaedah penerangan secara langsung untuk menyampaikan maklumatnya kepada murid. Murid-murid diminta untuk memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru supaya setiap apa yang diajar mudah difahami dan diingati. Seterusnya, guru tersebut menyampaikan maklumat baru kepada muridmuridnya melalui sesi demonstrasi. Sesi ini dijalankan oleh guru dengan memberikan demonstrasi yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid di dalam kelas tersebut. Sesi demonstrasi yang dilakukan oleh guru itu, dilaksanakan langkah demi langkah dan diulang sebanyak dua kali. Ini bagi memastikan murid-murid boleh memahami dan seterusnya mengingati apa yang ditunjukkan oleh guru. Beberapa orang murid diminta untuk membuat semula aktiviti tersebut langkah demi langkah sambil diperhatikan oleh guru dan rakan-rakan. Kemudian, guru tersebut menyoal semula murid tentang aktiviti yang mereka lakukan. Berdasarkan jawapan murid itu, guru tersebut memberikan komen dan maklum balas. Setelah itu, strategi direktif pula digunakan untuk aktiviti kumpulan. Setiap murid dipecahkan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang murid. Guru tersebut memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih ahli kumpulan sendiri. Kemudian, guru tersebut menerangkan tentang objektif dan langkahlangkah yang perlu dilakukan serta bahan-bahan yang boleh mereka gunakan

8

HBML 2203

dalam melakukan aktiviti kumpulan. Setelah itu, guru mengingatkan kepada muridmurid bahawa mereka perlu bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk menyiapkan aktiviti yang telah diberi. Apabila murid-murid selesai melaksanakan tugas yang diberi, mereka diminta untuk berada di hadapan kelas dan menerangkan tentang hasil perbincangan mereka. Guru akan memberikan komen terhadap tugasan setiap kumpulan. Akhir sekali, guru tersebut memberikan latihan kepada murid-murid.

6.1 Refleksi Jika diperhatikan, terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan yang berlaku sewaktu guru tersebut mengajar bahasa Melayu menggunakan strategi direktif dan strategi kolaboratif di dalam kelas. Semasa guru tersebut mengajar menggunakan strategi direktif, terdapat beberapa kelemahan yang berlaku. Antaranya ialah guru tersebut tidak memberitahu objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid diawal pembelajaran. Hal ini berlaku kerana guru itu beranggapan bahawa adalah tidak penting untuk murid-murid mengetahui tentang objektif pelajaran yang perlu mereka capai pada hari tersebut. Seterusnya, sewaktu sesi demonstrasi ada murid yang tidak memberikan perhatian apabila guru mengajar. Ia terjadi kerana guru kurang memberikan perhatian kepada kesemua murid kerana guru terlalu memberikan perhatian terhadap demonstrasi yang dibuat. Selain itu, antara kelemahan-kelemahan yang berlaku sewaktu guru tersebut melaksanakan strategi kolaboratif pula ialah, semasa sesi pembahagian kumpulan. Guru tersebut terlalu memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih ahli kumpulan mereka sendiri. Ini menyebabkan keadaan di dalam kelas menjadi sedikit tidak terkawal. Ia juga menyebabkan ada murid yang hanya memilih kawan rapat mereka sahaja untuk menjadi ahli kumpulan. Sewaktu sesi perbincangan kumpulan pula, ada segelintir murid-murid yang tidak memberikan sumbangan idea kepada rakan sekumpulan. Hal ini terjadi kerana, mereka berpendapat bahawa jika mereka tidak memberikan sumbangan dalam perbincangan, kerja yang ditugaskan tetap dapat disiapkan kerana terdapat ahli kumpulan yang lain yang akan membuatnya. Apa yang dapat diperhatikan, hal ini terjadi kerana kurangnya pemantauan guru tersebut terhadap kumpulan-kumpulan ini sewaktu sesi kumpulan dijalankan.

9

HBML 2203

Selain itu, sewaktu perbincangan kumpulan juga terdapat pertengkaran kecil yang berlaku sesama ahli kumpulan. Mereka ini bertengkar kerana perselisihan pendapat di antara mereka. Ada juga di antara murid-murid ini yang bermusuh dengan rakan sekumpulan dan apabila mereka dikumpulkan bersama maka pertengkaran mudah berlaku. Walaupun pertengkaran ini tidak besar, namun ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan kumpulan-kumpulan yang lain.

7.0 Cadangan penambahbaikan Kesemua masalah-masalah yang berlaku sewaktu sesi pengajaran bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh guru tersebut boleh diperbaiki. Antaranya ialah mengenai pemberitahuan kepada murid tentang objektif pembelajaran yang perlu mereka capai. Kebanyakan guru jarang memberitahu murid tentang objektif pembelajaran yang perlu mereka capai. Hal ini terjadi kerana guru-guru sering beranggapan bahawa perkara ini tidak penting untuk dilakukan. Sikap ini perlu diubah kerana jika murid-murid mengetahui tentang objektif yang perlu mereka capai, maka mereka akan mudah menerima pelajaran dan tahu hala tuju sesi pembelajaran pada hari tersebut. Sewaktu sesi demonstrasi dilakukan, ada murid yang tidak memberikan perhatian apabila guru mengajar. Perkara ini boleh dielakkan sekiranya guru tersebut tidak terlalu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap demonstrasi yang dibuat. Sebaliknya separuh tumpuan harus diberikan kepada murid-murid yang berada di dalam kelas. Harus diingat, sekiranya murid tidak memahami dan mengingati proses demonstrasi tersebut maka objektif pelajaran yang dirancang oleh guru tidak akan tercapai. Masalah ketiga yang berlaku apabila guru tersebut terlalu memberi kebebasan kepada murid untuk memilih rakan sekumpulan. Sepatutnya guru tersebut memilih murid untuk dimasukkan ke dalam kumpulan tertentu. Ini bagi mengelakkan muridmurid ini berada dalam keadaan yang tidak terkawal. Bukan itu sahaja, ia juga bagi memberi pecahan murid yang adil seperti ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah dalam setiap kumpulan.

10

HBML 2203

Selain itu, ada segelintir murid-murid yang tidak memberikan sumbangan idea kepada rakan sekumpulan sewaktu sesi perbincangan dilakukan. Perkara ini berlaku kerana kurangnya pemantauan dari guru terhadap kumpulan-kumpulan ini. Sekiranya guru tersebut selalu melakukan rondaan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain, hal ini tentu dapat dielakkan. Murid-murid yang nakal ini juga akan menjalankan tugas mereka kerana guru sentiasa memantau kerja yang mereka lakukan. Terdapat juga satu pertengkaran kecil yang berlaku sewaktu aktiviti perbincangan kumpulan sedang berlangsung. Murid-murid ini bertengkar kerana ada perselisihan pendapat di antara mereka. Ada juga di antara murid-murid ini yang sememangnya sudah lama bermusuh dengan rakan sekumpulan dan apabila mereka dikumpulkan bersama maka pertengkaran mudah berlaku. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya guru tersebut tegas dalam menyatakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid sewaktu menjalankan aktiviti kumpulan. Ketegasan guru tersebut boleh membuatkan murid-murid tersebut takut untuk memulakan pergaduhan.

8.0 Penutup Kesimpulannya, strategi-strategi bestari merupakan strategi yang mampu membantu guru untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan berkesan. Gabungan strategi yang digunakan oleh guru boleh menghasilkan langkah pengajaran yang lebih baik dan berkesan berbanding dengan hanya penggunaan satu strategi sahaja. Selain itu, guru juga perlu mempelbagaikan strategi pengajarannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan bermakna kepada murid. Bukan itu sahaja, untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif, guru harus menggabungkan pedagogi bestari dan strategi bestari dalam pengajarannya bagi menghasilkan murid-murid yang berdaya saing seiring dengan zaman teknologi. Adalah penting bagi guru untuk menguasai dengan baik strategi bestari yang digunakan supaya segala masalah yang timbul dapat diatasi. Guru yang cemerlang adalah guru yang kreatif dan inovatif dalam pengajarannya.

11

HBML 2203

Rujukan

Mok Soon Sang. (2004). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sharifah Md.Nor. (2003). Keberkesanan Sekolah. Ampang: AREMES (M) Sdn. Bhd. Tuan Jah Tuan Yusof. (2010). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc Sdn Bhd. Wan Zah Wan Ali, Ramlah Hamzah, Rosini Abu. (2009). Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor: Meteor Doc. Sdn Bhd. Yusuf Hashim dan Razmah Man. (1999). Teknologi Instruksi dan Pendidikan Bestari: Persediaan dan Cabaran dalam Alaf Baru. Kuala Lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. http://www.scribd.com/doc/38757884/1-0-Strategi-P-P-Bestari

12