You are on page 1of 17

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA

)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : :

830706055058002 012-2305360 kiapicanto_05@yahoo.com

830706-05-5058

PUSAT PEMBELAJARAN

:

PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILAN

HBML 3203

ISI KANDUNGAN Abstrak 1.0 Pengenalan 1.1 Maksud Penanda Wacana 1.2 Konsep Penanda Wacana 1.3 Kesimpulan 2.0 Empat Fungsi Penanda Wacana 2.1 Fungsi Pertama 2.2 Fungsi Kedua 2.3 Fungsi Ketiga 2.4 Fungsi Keempat 2.5 Huraian Fungsi Penanda Wacana 3.0 Penggunaan Penanda Wacana dalam Perenggan 3.1 Contoh Perenggan Pertama 3.2 Contoh Perenggan Kedua 3.3 Contoh Perenggan Ketiga 4.0 Cadangan Meningkatkan Penggunaan Penanda Wacana 5.0 Kesimpulan 6.0 Bibliografi 12 13 14 15 16 11 9 3 3 4 5 5 6 7 8 2 2

2

HBML 3203

Abstrak Penulisan ini dihasilkan untuk mengetahui definisi penanda wacana daripada beberapa tokoh bahasa dari dalam dan luar negara. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengetahui konsep sebenar penanda wacana dalam bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, penulisan ini juga dibuat untuk mengetahui empat fungsi utama penanda wacana dan penggunaannya dalam perenggan. Tujuan penulisan ini juga untuk mengetahui bagaimana fungsifungsi penanda wacana dapat mewujudkan keseimbangan antara ayat dengan frasa. Penulis juga akan memberi beberapa cadangan untuk memantapkan kemahiran penggunaan penanda wacana dalam kalangan pelajar sekolah. 1.0 Pengenalan Dalam satu-satu ayat, terkandung idea atau pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara atau topik tertentu. Namun, kesemua idea atau pandangan ini dianggap tidak lengkap sebagai satu kesatuan bahasa, jika ia tidak dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana yang betul. Ini kerana, penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam satu-satu perenggan atau ayat. Penanda wacana juga wujud sebagai isyarat berlakunya sesuatu peristiwa sama ada ia sedang berlaku, sudah berlaku atau pun akan berlaku. Ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna yang tersendiri, ia juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan ayat yang dibina. Namun begitu, di kalangan pelajar sekolah penggunaan penanda wacana dalam penulisan seolah-olah menjadi satu masalah besar kepada mereka. Acapkali terdapat rungutan daripada guru-guru yang menyatakan bahawa hampir setiap karangan yang dibina oleh pelajar mereka mempunyai kesilapan dalam penggunaan penanda wacana. Hal ini terjadi kerana mereka tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan kesinambungan idea yang ingin dikemukakan. Ada juga di antara mereka yang tersilap menggunakan penanda wacana sehingga hilang pertautan isi dalam sesebuah karangan. Keadaan ini akan melemahkan pengolahan ayat seterusnya mengakibatkan penyampaian ayat yang ingin mereka hasilkan menjadi kabur. Ini akan 3

HBML 3203

menyebabkan guru yang membacanya keliru untuk memahami hasil tulisan dan idea yang ingin mereka sampaikan.

1.1

Maksud Penanda Wacana Sesebuah karangan yang dibina akan menjadi sebuah karangan yang sempurna sekiranya ia menepati topik yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, karangan tersebut akan menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. Oleh yang demikian, penanda wacana merupakan antara beberapa perkara yang penting untuk dititik beratkan oleh penulis supaya karangan yang dibina tidak janggal untuk dibaca. Menurut Kamus Pelajar edisi kedua (2009), penanda bermaksud sesuatu yang digunakan sebagai tanda. Manakala menurut kamus Za’ba (2004), wacana bermaksud pengucapan, pertuturan, percakapan, tutur kata yang keseluruhannya merupakan satu kesatuan. Manakala menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga, penanda wacana bermaksud kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran semasa menulis atau berucap.

1.2

Konsep Penanda Wacana Menurut laman sesawang pusat rujukan persuratan melayu @ DBP, konsep penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku) sesuatu peristiwa. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, maka penanda wacana digunakan. Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai ayat kerana ia merangkaikan ayat dengan ayat. Penanda wacana sangat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara satu bahagian teks dengan bahagian teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Selain itu, penanda wacana juga mewujudkan kohesi dan keheren antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan yang jitu.

4

HBML 3203

Menurut Bender (1980), penanda wacana boleh digunakan dalam perenggan atau yang mengikut perenggan-perenggan itu. Harimurti Kridalaksana (1982), seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, kesannya seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Raminah Hj Sidek (1984) pula menyatakan bahawa, wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubunganhubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Terdapat lima jenis penanda wacana yang boleh digunakan. Penanda wacana yang pertama ialah penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Selain itu, terdapat empat fungsi utama penanda wacana iaitu penanda wacana untuk menunjukkan maksud tambahan, penanda wacana untuk menunjukkan maksud sebaliknya, penanda wacana untuk menunjukkan sebab dan penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika.

1.3

Kesimpulan Kesimpulannya, penanda wacana merupakan perkataan yang memainkan peranan penting dalam satu-satu ayat atau perbualan. Ia membolehkan pembaca atau pendengar memahami apa yang ingin diberitahu oleh penulis atau pencerita dengan lebih baik lagi. Penanda wacana juga dapat membantu pembaca mengaitkan apa yang dibaca pada baris awal ayat dengan baris-baris yang seterusnya. Tanpa penanda wacana, ayat tersebut akan dianggap sebagai pincang dan idea yang ingin disampaikan akan menjadi satu persoalan atau tanda tanya kepada mereka yang membaca dan mendengarnya.

5

HBML 3203

2.0 Empat Fungsi Penanda Wacana Dalam penanda wacana, terdapat empat fungsi dalam penanda wacana yang perlu diberi perhatian. Antara fungsi-fungsi tersebut ialah penanda wacana untuk menunjukkan maksud tambahan, penanda wacana untuk menunjukkan maksud sebaliknya, penanda wacana untuk menunjukkan sebab dan penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika. 2.1 Fungsi Pertama Fungsi penanda wacana yang pertama ialah penanda wacana untuk menunjukkan maksud tambahan. Antara contoh penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah: a) b) c) d) e) Ini bererti Sejajar dengan ini Pendek kata Justeru Sebagai tambahan Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa maksud tambahan kepada ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah: a) Ini bererti, disamping pergi mengembara di dalam hutan pelajar-pelajar diwajibkan untuk membuat satu cerita pendek tentang pengembaraan mereka. b) Sejajar dengan ini, semua pensyarah diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan pada hujung minggu bagi membantu pelajar yang lemah untuk menghadapi peperiksaan akhir dengan baik.

6

HBML 3203

c) Pendek kata, kita perlu berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan supaya tidak menyesal dikemudian hari. d) Justeru, semua penjawat awam dinasihatkan untuk merebut peluang keemasan ini supaya mereka dapat memperoleh manfaat daripada program tersebut. e) Sebagai tambahan kepada aktiviti yang telah kamu lakukan tadi, semua murid dikehendaki membuat latihan secara individu di dalam buku tulis.

2.2

Fungsi Kedua Fungsi penanda wacana yang kedua ialah penanda wacana untuk menunjukkan maksud sebaliknya. Antara contoh penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah: a) Sungguhpun b) Berbanding dengan c) Dalam masa yang sama d) Sebaliknya e) Walau bagaimana sekalipun Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa maksud sebaliknya kepada ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana yang membawa maksud sebaliknya ialah: a) Sungguhpun Nazmi hidup serba kekurangan, tetapi dia tidak pernah lupa untuk membantu insan yang memerlukan. b) Berbanding dengan Encik Kamil, Encik Azmi lebih cekap dalam mengendalikan mesin pencetak di pejabat. 7

HBML 3203

c) Dalam masa yang sama, Siti menjaga ibunya yang sakit sebelum keluar bekerja di gerai Pak Ali. d) Sebaliknya, Ramlah tetap bekerja keras supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai. e) Walau bagaimana sekalipun cabaran yang datang, Zubaidah tetap berazam untuk membuka butik pengantin yang diidam-idamkannya.

2.3

Fungsi Ketiga Fungsi penanda wacana yang ketiga ialah penanda wacana untuk menunjukkan maksud sebab. Antara contoh penanda wacana yang menunjukkan maksud sebab ialah: a) b) c) d) e) Berdasarkan Berpegang pada Sekiranya begitu Akibatnya Kesudahannya Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa maksud sebab kepada maksud ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana yang membawa maksud sebab ialah: a) Berdasarkan prestasi syarikat bagi tiga suku terakhir tahun ini, pihak atasan yakin syarikat akan mencapai keuntungan yang telah disasarkan. b) Berpegang pada amanat terakhir allahyarham ayahnya, Sudin berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan apa yang dihajati oleh ayahnya akan tercapai.

8

HBML 3203

c) Sekiranya begitu sikap yang ditunjukkan oleh Hassan, maka tidak hairanlah dia ditangkap oleh pihak berkuasa pagi tadi. d) Rosman sering melengah-lengahkan pembayaran ansuran kereta barunya. Akibatnya, kereta tersebut telah ditarik oleh pihak bank. e) Kesudahannya, Zulaikha selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya setelah berjaya menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan.

2.4

Fungsi Keempat Fungsi penanda wacana yang terakhir ialah penanda wacana untuk menunjukkan maksud ketika. Antara contoh-contoh penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika ialah: a) b) c) d) e) Merujuk Berbalik kepada Akhirnya Sementara itu Sejenak kemudian Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa maksud ketika kepada ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda wacana yang membawa maksud ketika ialah: a) Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, pada hari Sabtu ini sekolah ganti sempena Deepavali akan dijalankan. b) Berbalik kepada persoalan yang diutarakan, adalah diharapkan supaya semua lapisan masyarakat memainkan peranan yang penting bagi memastikan negara kita bebas denggi menjelang tahun 2013. 9

HBML 3203

c) Akhirnya, hajat Encik Naqib sekeluarga telah tercapai apabila ada pihak yang sudi menaja pakej menunaikan umrah kepada semua ahli keluarganya bulan hadapan. d) Sementara itu, pihak pentadbiran sekolah akan memastikan segala kelengkapan yang diminta oleh Persatuan Pengakap Sekolah akan disediakan selengkapnya. e) Sejenak kemudian, Encik Ramu menitiskan air mata di atas kejayaan yang diperolehi anaknya dalam pertandingan tersebut.

2.5

Huraian Fungsi Penanda Wacana Berdasarkan kepada keempat-empat fungsi penanda wacana di atas, didapati bahawa kesemua penanda wacana yang dinyatakan penting bagi menyatakan maksudkan yang ingin disampaikan. Setiap fungsi penanda wacana tersebut membantu mengukuhkan lagi pemahaman pembaca untuk lebih memahami maksud ayat yang ingin disampaikan oleh penulis. Jika diteliti daripada contoh yang dinyatakan, ia jelas menunjukkan maksud ayat tersebut tanpa perlu pembaca berfikir dengan lebih mendalam lagi. Ini kerana, aspek utama penanda wacana adalah untuk mempengaruhi pengolahan, struktur ayat, perenggan, kosa kata dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam menghasilkan sebuah karangan yang baik. Asmah Haji Omar (1982) menegaskan bahawa, wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku cerita dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak akan mempunyai ayat yang boleh berdiri dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat iaitu ayat-ayat yang sering dijumpai dalam

10

HBML 3203

struktur dan sistem secara teratur. Oleh itu, penanda wacana merupakan satu unit yang penting bagi memastikan terdapat kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang lain. Oleh yang demikian, dalam huraian sesebuah isi karangan penanda wacana dan pola ayat perlu diberikan perhatian. Penggunaan penanda wacana yang sesuai penting supaya huraian pada isi karangan tersebut tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain. Penanda wacana dapat menyempurnakan tautan antara isi-isi dalam satu-satu ucapan atau esei. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Ia seterusnya akan menjadikan ayat tersebut tidak bermakna.

3.0 Penggunaan Penanda Wacana dalam Perenggan 11

HBML 3203

3.1

Contoh Perenggan Pertama Tajuk Penulis Tahun terbit : Manipulasi Kuasa Bahasa Kreatif : Nur Fatiha Favila : Februari 2012

Bahan bacaan : Majalah Dewan Bahasa

Contoh perenggan : Seni berbahasa bukan sahaja penting dalam lapangan penulisan kreatif seperti yang difikirkan oleh masyarakat di luar sana. Sebaliknya, kreativiti berbahasa juga memainkan peranan utama dalam dunia pengacaraan majlis supaya majlis yang dijalankan lebih bermakna. Penanda wacana dalam perenggan : Penanda wacana yang terdapat dalam perenggan tersebut ialah perkataan ”sebaliknya”. Fungsi penanda wacana tersebut dalam perenggan : Penggunaan penanda wacana “sebaliknya” dalam perenggan di atas bertujuan untuk menunjukkan maksud sebaliknya kepada ayat tersebut. Ia menunjukkan perbezaan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis di antara ayat pertama dengan ayat kedua. Ia juga bagi memberi pengertian yang baru kepada pembaca tentang perbezaan yang cuba disampaikan oleh penulis di antara kedua-dua ayat tersebut.

3.2

Contoh Perenggan Kedua 12

HBML 3203

Tajuk Penulis Tahun terbit

: Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 : Muhammad Naufal Hanif Suhardi : September – Oktober 2010

Bahan bacaan : Cahaya: Pembimbing Remaja Cemerlang

Contoh perenggan : Langkah-langkah tersebut merupakan tanggungjawab semua pihak khususnya dalam memastikan bahasa kebangsaan tidak dicemari dengan ’bahasa rojak’ yang sering digunakan oleh generasi muda. Usaha tersebut merupakan tanda sokongan terhadap Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan saban tahun. Sejajar dengan ini, rakyat berbilang bangsa dan latar bahasa diharap menyambut baik Bulan Bahasa Kebangsaan yang dilancarkan dalam usaha memantapkan dan memperkukuhkan jati diri sebagai warga negara. Penanda wacana dalam perenggan : Penanda wacana yang terdapat dalam perenggan tersebut ialah perkataan ”sejajar dengan ini”. Fungsi penanda wacana tersebut dalam perenggan : Penggunaan perkataan “sejajar dengan ini” dalam perenggan di atas adalah untuk menunjukkan maksud tambahan kepada keseluruhan ayat tersebut. Tujuan perkataan ini digunakan bagi membantu memberi kesinambungan dan pemahaman yang lebih jelas kepada pembaca terhadap ayat sebelumnya. Perkataan “sejajar dengan ini” juga digunakan bagi memberi maklumat tambahan kepada ayat sebelumnya kepada pembaca.

3.3

Contoh Perenggan Ketiga

13

HBML 3203

Tajuk Penulis Tahun terbit

: Jangkitan Bakteria: Escherichia Coli : Rachman Naim : Februari 2012

Bahan bacaan : Dewan Kosmik: Majalah Sains dan Teknologi

Contoh perenggan : Darah beku dalam buah pinggang juga boleh mengakibatkan jumlah air kencing yang dihasilkan oleh buah pinggang akan berkurangan atau tidak keluar ataupun akan berhenti. Akibatnya, terjadi pengumpulan cecair dan bahan buangan dalam darah yang dapat menimbulkan tekanan darah menjadi tinggi dan pembekakan pada muka, tangan, kaki atau seluruh badan. Penanda wacana dalam perenggan : Penanda wacana yang terdapat dalam perenggan tersebut ialah perkataan akibatnya. Fungsi penanda wacana tersebut dalam perenggan : Penggunaan perkataan “akibatnya” dalam perenggan di atas menunjukkan maksud sebab. Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada pembaca apa yang akan terjadi sekiranya darah beku terjadi dalam buah pinggang. Ia juga menerangkan kesan yang berlaku sekiranya perkara tersebut terjadi. Perkataan ”akibatnya” digunakan dalam ayat ini adalah untuk memberi kesinambungan antara ayat pertama dengan ayat seterusnya supaya pembaca dapat membuat kaitan antara kedua-dua ayat.

4.0 Cadangan Meningkatkan Penggunaan Penanda Wacana 14

HBML 3203

Bagi mengatasi masalah kesalahan penggunaan penanda wacana dalam kalangan pelajar sekolah, terdapat beberapa cadangan yang boleh digunakan. Antara cadangancadangan tersebut ialah mengadakan bengkel khas yang memberi penekanan kepada penggunaan penanda wacana kepada semua pelajar, mengadakan pertandingan penulisan yang memberi fokus kepada penggunaan penanda wacana dalam kalangan pelajar, memperkenalkan penanda wacana kepada pelajar sekolah melalui perhimpunan pagi pada setiap minggu, membuat aktiviti bulan melalui panitia bahasa Melayu untuk memperkukuhkan pengetahuan pelajar tentang penanda wacana dan beberapa aktiviti yang lain. Cadangan yang pertama ialah dengan mengadakan bengkel khas yang memberi penekanan kepada penggunaan penanda wacana kepada semua pelajar. Bengkel khas ini perlu disampaikan oleh guru pakar sama ada dari sekolah itu sendiri atau guru pakar dari luar. Hal ini sangat penting kerana ia boleh membantu meningkatkan pemahaman murid terhadap tajuk penanda wacana. Penglibatan guru pakar sewaktu bengkel khas ini dijalankan dapat membantu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memberi pemahaman kepada pelajar tentang penggunaan penanda wacana dalam penulisan mereka. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan sewaktu bengkel itu berlangsung seperti permainan, kuiz bahasa, pertanding antara kumpulan dan apa sahaja yang difikirkan dapat membantu memantapkan kemahiran penggunaan penanda wacana dalam kalangan pelajar sekolah. Cara ini diyakini dapat membantu pelajar untuk lebih memahami penggunaan penanda wacana dalam penulisan mereka. Cadangan yang kedua ialah dengan memperkenalkan satu penanda wacana kepada pelajar-pelajar melalui perhimpunan pagi pada setiap minggu. Aktiviti ini dilihat berkesan bagi membantu memperkenalkan penanda wacana yang baru pada setiap minggu kepada pelajar tersebut. Cara ini dapat membantu mereka untuk belajar mempelajari sesuatu perkara dalam suasana pembelajaran yang lebih santai. Namun begitu, pembelajaran pelajar tidak berhenti setakat itu sahaja. Guru subjek bahasa Melayu

15

HBML 3203

di setiap kelas perlu mengambil inisiatif dengan mengaplikasikan penanda wacana yang dipelajari oleh pelajar ke dalam subjek mereka pada hari tersebut. Ini bagi memastikan mereka tidak lupa kepada perkataan tersebut dan lebih mengingati maksud dan penggunaan penanda wacana tersebut dengan lebih baik lagi. Cara ini dilihat dapat memantapkan kemahiran penggunaan penanda wacana dalam kalangan pelajar sekolah.

5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, penanda wacana memainkan peranan yang penting dalam menggabungkan satu ayat dengan ayat yang lain. Penggunaan penanda wacana dapat membantu menguatkan lagi hujah yang cuba disampaikan oleh seseorang melalui pengucapan atau tulisan mereka. Penggunaan penanda wacana yang baik dapat memberikan pemahaman kepada individu yang membaca atau mendengar satu-satu ayat yang disampaikan. Jika tiada penanda wacana digunakan, ayat tersebut dianggap sebagai tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. Fungsi utama sesuatu penanda wacana juga perlu difahami terlebih dahulu bagi memastikan terdapat kesinambungan di antara kedua-dua ayat. Oleh yang demikian, penanda wacana merupakan antara beberapa perkara yang penting untuk dititik beratkan oleh penulis supaya maksud karangan yang dibina tidak terpisah antara satu ayat dengan ayat yang lain.

Bibliografi 16

HBML 3203

Haji Hassan Haji Hamzah (2004). Kamus Za’ba. Shah Alam: Pustaka Antara Books Sdn. Bhd Harimurti Kradalaksana. (1982). Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia. Muhammad Naufal Hanif Suhardi. (2010). Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2005). Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Nur Fatiha Favila. (2012). Majalah Dewan Bahasa: Manipulasi Kuasa Bahasa Kreatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj Sabran. (1984). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulKPLI/BMKONKPLISR.pdf http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/wacana.html HTTP://PRPM.DBP.GOV.MY/SEARCH.ASPX?K=WACANA&D=10

17