You are on page 1of 26

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendidikan Kesihatan 1.1 Pameran Kesihatan 1.2 Perkhidmatan Sokongan 1.3 Ceramah Kepentingan Penjagaan Kesihatan 1.4 Pertandingan 3K 1.5 Lawatan ke Pusat Kesihatan 1.6 Rumusan 2 3 4 5 6 7 8

2.0 Pencemaran 2.1 Pencemaran Udara 2.2 Pencemaran Air 2.3 Pencemaran Kimia 2.4 Pencemaran Radiasi 2.5 Pencemaran Bunyi 2.6 Rumusan

9 10 12 14 16 17 19

3.0 Lampiran 4.0 Bibliografi

21 26

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Soalan 1
Pendidikan kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti dan medium boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat berkaitan dengan kepentingan kesihatan di dalam kehidupan. Berdasarkan kenyataan ini, bincangkan aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Nyatakan juga contoh-contoh yang sesuai.

1.0 PENDIDIKAN KESIHATAN Menurut World Health Organization (WHO), kesihatan boleh didefinisikan sebagai suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja. Manakala menurut Anspaugh dan Enzell pada tahun 1995, mereka mendefinisikan pendidikan kesihatan sebagai proses untuk mengembang dan membekalkan pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku. Pendidikan kesihatan dalam bukan sahaja tertumpu kepada murid dan pelajar di sekolah sahaja, malah masyarakat juga perlu melibatkan diri. Ia bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip kesihatan yang betul dan seterusnya mengamalkannya di dalam aspek kehidupan seharian. Pendidikan kesihatan dalam masyarakat dijalankan melalui aktiviti kementerian kesihatan, agensi kesihatan sukarela, sekolah, organisasi remaja dan kumpulan masyarakat yang lain. Objektif utama pendidikan kesihatan adalah untuk menumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan melalui penanaman minat dikalangan masyarakat 2

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertangungajawab terhadap kesihatan mereka. Ia juga untuk meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan. Selain itu, ia juga untuk menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan. Terdapat pelbagai aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat berkaitan dengan kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah pameran kesihatan, perkhidmatan sokongan, ceramah kesihatan, pertandingan 3K, kempen kesihatan dan juga lawatan ke pusat-pusat kesihatan. 1.1 Pameran Kesihatan Aktiviti pertama yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan pameran kesihatan. Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan kepentingan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam, hospital dan sebagainya. Pameran ini boleh merangkumi isu-isu kesihatan, sebab-sebab berlakunya sesuatu penyakit, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan penularan penyakit merbahaya dikalangan manusia. Medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan tentang pameran kesihatan ini adalah dengan menggunakan media massa seperti siaran iklan di saluran televisyen dan menggunakan khidmat stesen radio untuk menghebahkan tentang pameran kesihatan ini. Selain itu, surat khabar atau majalah juga boleh dijadikan medium untuk penyebaran maklumat dengan mencetak iklan yang berkaitan dengan pameran kesihatan yang akan dilaksanakan. Penggunaan perkhidmatan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia juga mampu menyebarkan maklumat kepada orang awam.

3

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah pameran bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Brosur dan poster boleh diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dipamerkan. Contoh brosur yang boleh dipamerkan adalah seperti brosur mengenai “Kesan Akibat Merokok”, poster yang bertajuk “Langkah Mencapai Berat Badan Unggul” dan sebagainya. Selain itu, pita video dan slaid yang berkenaan dengan penjagaan kesihatan juga boleh ditayangkan. Kebanyakan vcd dan dvd ini dihasilkan oleh hospital, klinik dan agensiagensi lain yang berkaitan dengan promosi kesihatan. Ini akan membantu masyarakat untuk lebih memahami tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat bukan sahaja untuk mengambil berat tentang kesihatan diri mereka malah juga kesihatan masyarakat sekeliling mereka.

1.2 Perkhidmatan Sokongan Aktiviti kedua yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan perkhidmatan sokongan di tempat-tempat kerja. Perkhidmatan sokongan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penilaian kesihatan, penyaringan kesihatan, rujukan kesihatan, perkhidmatan rawatan dan pemulihan dan juga perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan sokongan ini memberikan banyak manfaat kepada semua pekerja sekiranya ia dilaksanakan dengan konsisten dan berkala. Setiap ketua jabatan perlu memainkan peranan untuk memastikan perkhidmatan sokongan ini mendapat sambutan. Medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan perkhidmatan sokongan ini adalah dengan pihak atasan sesebuah syarikat mengeluarkan surat pemberitahuan kepada setiap kakitangannya. Mesyuarat khas dan taklimat ringkas juga boleh dibuat untuk menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan ini. Bukan itu sahaja, pengedaran buku dan buletin kepada kakitangan syarikat juga boleh dilaksanakan. Ia berperanan memberi maklumat mengenai pendidikan kesihatan kepada masyarakat secara amnya. Buku-buku ini kebanyakannnya diterbitkan sendiri oleh pihak Kementerian Kesihatan mahu pun badan-badan bukan kerajaan.

4

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan penilaian kesihatan kepada setiap kakitangan tidak kira dari peringkat bawahan mahupun dari peringkat atasan. Setiap masalah kesihatan yang dialami oleh setiap kakitangan perlulah dirujuk kepada doktor panel yang dilantik oleh syarikat untuk dibuat rujukan kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, perkhidmatan kaunseling juga merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan. Ia boleh dibuat secara kaunseling kelompok atau kaunseling individu. Perkhidmatan kaunseling ini akan dapat membantu kakitangan yang bermasalah untuk menangani masalah yang dihadapi dengan lebih efisyen. Perkhidmatan sokongan yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan di dalam diri mereka.

1.3 Ceramah Kepentingan Penjagaan Kesihatan Aktiviti ketiga yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan ceramah khas tentang kesihatan kepada pelajar-pelajar sekolah dan pekerja awam mahupun swasta. Pihak sekolah atau pihak sektor-sektor awam atau swasta boleh menjemput doktor-doktor pakar untuk memberikan ceramah tentang kepentingan penjagaan kesihatan kepada pelajar dan kakitangan mereka. Ceramah ini boleh dilakukan dengan menggunakan premis dan kawasan mereka sendiri atau menggunakan dewan majlis perbandaran. Medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat tentang ceramah ini ialah dengan mengedarkan pamplet atau brocur. Pengumuman melalui radio sekolah juga boleh dibuat untuk menyebarkan maklumat tentang ceramah tersebut. Manakala pihak penyiaran televisyen seperti RTM, NTV7, TV3, Astro dan sebagainya juga boleh membantu menyebarkan maklumat tentang ceramah yang akan diadakan ini melalui penyiaran iklan di rangkaian mereka. Kain rentang atau banner juga boleh digantung untuk memberitahu kepada masyarakat tentang ceramah yang akan diadakan. Penyebaran maklumat menggunakan internet seperti blog, facebook dan twitter juga boleh dibuat.

5

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Antara contoh laman web yang menyediakan maklumat mengenai pendidikan kesihatan ialah seperti mysenam.com. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah ceramah berkaitan kesihatan. Pengisian ceramah itu perlulah berkaitan dengan kepentingan penjagaan kesihatan, punca terjadinya penyakit dan langkah mengatasinya. Selain ceramah, demonstrasi tentang penjagaan kesihatan, kesan pengabaian terhadap kesihatan dan punca sesuatau penyakit juga boleh dibuat. Secara tidak langsung, demonstrasi yang dibuat akan memberikan gambaran kepada peserta ceramah tentang akibat daripada pengabaian kesihatan. Disamping memberikan ceramah, pameran mini tentang penyakit berbahaya juga boleh dibuat. Ini akan membantu memberikan maklumat tambahan kepada peserta ceramah tersebut. Kuiz kesihatan juga boleh dibuat oleh pihak penganjur untuk membantu menambahkan kefahaman peserta tentang penjagaan kesihatan.

1.4 Pertandingan 3K Aktiviti keempat yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengadakan pertandingan 3K. Pertandingan 3K bermaksud pertandingan tentang kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Pertandingan ini sesuai diadakan di dalam kawasan sekolah dengan penglibatan bukan sahaja oleh guru dan pelajar malah penglibatan ibu bapa. Pengisian pertandingan ini adalah dengan mengadakan pertandingan keceriaan kelas, pertandingan kebersihan kawasan dan pertandingan kesihatan diri. Medium yang boleh digunakan ialah pengumuman sewaktu perhimpunan oleh guru kepada murid-murid. Selain itu, bagi sekolah yang mempunyai radio sekolah, pengumuman bolehlah dibuat tentang pertandingan 3K yang akan dijalankan. Bukan itu sahaja, penggunaan poster yang ditampal di sekitar kawasan sekolah juga boleh dibuat untuk mempromosikan pertandingan ini. Surat makluman juga boleh diedarkan kepada ibu bapa untuk menggalakkan mereka bersama-sama membantu menjayakan program ini. Apa

6

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

yang penting ialah, kesedaran dapat dipupuk di kalangan murid-murid tentang pentingnya penjagaan kesihatan, keselamatan dan kebersihan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan keceriaan kelas. Bagi pertandingan ini, bukan sahaja kelas dihias untuk menang pertandingan, malah secara tidak langsung guru kelas perlu memupuk sikap pentingkan kebersihan dikalangan muridmuridnya. Selain itu, pertandingan kawasan tercantik juga boleh diadakan. Setiap tahap diberi kawasan untuk diusahakan. Penglibatan guru, murid dan ibu bapa penting untuk memastikan objektif pertandingan ini berjaya dicapai. Setiap kawasan yang diberi perlu diperindahkan dengan penanaman pokok-pokok herba, pokok bunga dan sebagainya. Apa yang penting ialah murid ditanam sikap sukakan kebersihatan dan mementingkan kesihatan. Selain itu, pertandingan gigi terbersih juga boleh dibuat dengan memberikan ganjaran kepada gigi murid yang paling bersih dan cantik. Secara tidak langsung, ia akan menggalakkan sikap mementingkan penjagaan kebersihan gigi dikalangan murid-murid sekolah.

1.5 Lawatan ke Pusat Kesihatan Aktiviti kelima yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan lawatan ke pusat-pusat kesihatan seperti klinik dan hospital. Contohnya lawatan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melihat dan mengalami sendiri suasana disesebuah pusat kesihatan. Kerjasama dan penglibatan penuh oleh pihak pentadbiran hospital, guru dan murid amatlah penting dalam menjayakan aktiviti ini. Medium yang boleh digunakan ialah dengan mengadakan mesyuarat dan taklimat oleh pihak pentabir kepada guru tentang aktiviti yang akan dijalankan. Pengumuman kepada murid juga sewaktu perhimpunan akan dapat menyampaikan maklumat tentang aktiviti ini. Surat makluman dan maklumat aktiviti juga boleh ditampal di papan buletin sekolah untuk memberi informasi kepada murid. Surat makluman kepada ibu bapa juga

7

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

perlu diberikan supaya mereka boleh memahami pengisian aktiviti lawatan ini dan kebaikan yang akan diperolehi oleh anak-anak mereka. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengadakan lawatan ke wad-wad pesakit dan bilik pameran yang diterdapat di hospital atau klinik tersebut. Guru dan murid akan dibawa untuk melihat sendiri apa yang akan berlaku kepada seseorang yang mengabaikan kesihatannya. Bukan itu sahaja, tayangan televisyen kabel juga boleh memainkan peranan di dalam menanamkan sikap mementingkan penjagaan kesihatan dikalangan murid. Sebagai contoh, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai televisyen kabel mereka sendiri yang dinamakan MediTV. Selain daripada itu, pengisian yang boleh dibuat ialah sesi penerangan oleh pihak pentadbiran pusat kesihatan. Terdapat banyak progam kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Klinik Warga Emas dan Program Doktor Muda yang akan dapat membantu menambah pemahaman murid terhadap penjagaan kesihatan diri mereka.

1.6 Rumusan Pendidikan kesihatan yang diterapkan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian. Ia juga untuk menolong masyarakat untuk mencapai tahap kesihatan yang diingini dengan tingkah laku dan usaha sendiri melalui pemupukan minat, pembangunan tanggungjawab kendiri untuk pembangunan yang lebih baik sebagai ahli keluarga dan komuniti. Di peringkat sekolah pula, pendidikan kesihatan adalah untuk membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Semua ini boleh dilakukan dengan penglibatan dan penyertaan diri yang aktif di dalam aktiviti kesihatan yang dianjurkan sama ada daripada pihak kerajaan atau pun daripada pihak swasta. Apa yang paling penting ialah, masyarakat perlu mengambil pendekatan yang bijaksana bagi memastikan mereka bertanggungjawab terhadap kesihatan bukan sahaja kepada diri mereka malah kepada masyarakat sekeliling juga.

8

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Soalan 2
Keselamatan kesihatan persekitaran amat berkait rapat dengan sejauh mana kita berupaya mengawal kadar pencemaran alam sekitar. Oleh yang demikian kita perlu terlebih dahulu memahami dan dapat mengenal pasti apakah dia pencemaran. Bincang dan kenal pasti punca-punca pencemaran yang memberikan kesan serta memudaratkan persekitaran.

2.0 PENCEMARAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) -pengotoran alam-perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Manakala menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, ia menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran terbahagi kepada dua jenis iaitu pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi dan pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia. Pencemaranpencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya. Manakala pencemaran-pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia adalah seperti pencemaran udara, air, kimia, radiasi dan bunyi.

9

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2.1 Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua iaitu pencemaran udara dalaman dan pencemaran udara luaran. Pencemaran udara dalaman bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Manakala pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara. Jenis-jenis pencemaran udara yang utama dan merbahaya ialah sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida, partikel, plumbum, hidrokarbon, jerebu, ozon dan hujan asid. Punca pencemaran udara ialah daripada asap aktiviti perindustrian dan pembangunan. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan mengeluarkan sulfur dioksida dan habuk toksik. Manakala sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan dan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain itu, kenderaan motor juga adalah salah satu penyumbang utama kepada pencemaran udara. Ini kerana, asap daripada ekzos kenderaan bermotor yang mengandungi karbon monoksida boleh membahayakan kesihatan. Punca pencemaran yang lain ialah daripada debu yang berpunca daripada kilang papan dan kawasan pembinaan. Debu yang berterbangan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Punca pencemaran udara yang seterusnya ialah daripada pembakaran sampah secara terbuka. Tidak terkecuali juga asap yang dikeluarkan apabila seseorang menghisap rokok juga boleh menyebabkan pencemaran udara.

10

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Kesan pencemaran udara boleh memberi impak yang sangat buruk terhadap manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis (keguguran daun), Klorosis (pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Ia juga boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem pernafasan manusia. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. Bukan itu sahaja, bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda lain. Ia disebut sebagai kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Apa yang paling membahayakan ialah, pencemaran udara juga boleh menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi dan seterusnya boleh menyebabkan hujan asid yang boleh membahayakan alam sekitar. Langkah untuk mengatasi pencemaran udara ialah dengan penguatkuasaan oleh Kementerian Sains dan Alam Sekitar dengan kerjasama dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menguatkuasakan undang-undang yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Bahagian IV Akta Zon Eksklusif Ekonomi 1984. Bagi memastikan akta ini sentiasa dipatuhi, JAS perlu sentiasa mengadakan lawatan penguatkuasaan ke kilang-kilang. Jabatan Alam Sekitar juga telah melaksanakan operasi asap hitam terhadap pengguna-pengguna kenderaan di jalanraya. JAS juga dari masa ke semasa mengadakan rondaan darat dan udara untuk menyiasat dan mengesan aktiviti pecemaran udara. Pengawasan kualiti udara secara berterusan selama 24jam bagi mengesan sebarang perubahan kepada kandungan kimia udara ambien yang boleh membahayakan kesihatan manusia juga dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar terhadap kilang-kilang di Malaysia. Bukan itu sahaja, JAS menganjurkan beberapa siri program kempen kesedaran berkaitan 11

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

lapisan ozon kepada orang awam dan sektor industri, menjalankan kajian kerjasama dengan pihak berkaitan bagi mengawal pencemaran udara. Selain itu, dengan penggunaa teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian untuk mengurangkan pencemaran udara. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

2.2 Pencemaran Air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja, tetapi juga di laut dan pantai. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti gas, cecair dan pepejal. Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran mikrobiologikal, kimia, pengurangan kandungan oksigen, nutrien dan penyingkiran jirim. Punca pencemaran air terjadi apabila pencemaran mikrobiologikal berlaku apabila sumber air dicemari oleh pathogen, parasit, bakteria dan virus. Ini akan menyebabkan pelbagai penyakit bawaan air seperti taun dan kegatalan kulit. Manakala pengurangan kandungan oksigen yang disebabkan oleh kandungan biodegradasi yang terlalu banyak di dalam air akan menyebabkan hidupan di dalam air akan mati. Manakala fosfat dan nitrogen yang terlalu banyak akan menyebabkan percambahan rumpai dan lumut di dalam air dan seterusnya akan menyebabkan air menjadi kurang enak untuk diminum. Manakala penyingkiran jirim ialah bahan buangan yang tidak larut. Ia boleh menjejaskan kualiti kandungan oksigen dan seterusnya menyebabkan hidupan air mati. 12

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Selain daripada itu, aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan tasik juga boleh menyebabkan pencemaran. Antara contoh yang dapat dilihat ialah pembuangan sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit, kilang getah, kilang plastik dan sebagainya. Pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan harian ke dalam sungai dan parit juga boleh menyebabkan pencemaran air. Bukan itu sahaja, penerokaan hutan yang berleluasa tanpa kawalan juga boleh menyebabkan hakisan tanah dan seterusnya menyebabkan pencemaran sungai. Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak juga menyebabkan pencemaran air seperti yang berlaku di laut. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani yang dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai juga boleh menyebabkan pencemaran air. Kesan pencemaran air ini ialah ia akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kegatalan kulit dan penyakit taun sekiranya manusia terdedah kepada air yang tercemar. Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik juga akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke sungai. Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak. Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan pantai dan laut terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap tidak indah untuk dipandang.

13

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, kempen kesedaran perlu dilakukan bagi memberi lebih banyak pengetahuan kepada orang ramai atas kepentingan air dan tidak mencemarkan air. Contohnya, kempen kesedaran dan iklan di televisyen mahupun radio mampu memberi kesedaran kepada masyarakat. Pihak berkuasa jugs tidak harus lepas tangan dan seharusnya mengetatkan penguasaan undang-undang bagi menjamin supaya tidak lagi berlaku pencemaran air.

2.3 Pencemaran Kimia Pencemaran kimia merupakan suatu bentuk pencemaran baru yang memberi ancaman kepada manusia dan persekitaran. Pencemaran kimia ini terjadi akibat daripada penggunaan bahan kimia yang meluas di dalam program pertanian, pembangunan industri dan penggunaan racun perosak. Antara penyebab pencemaran kimia ialah daripada racun makhluk perosak, raksa, arsenik dan florida. Punca pencemaran kimia terjadi disebabkan oleh udara yang tercemar akan menurunkan hujan yang mengandung bahan pencemar dan seterusnya mengakibatkan tanah tercemar juga. Air yang mengandung bahan pencemar akan mengubah susunan kimia tanah sehingga mengganggu hidupan yang hidup di dalam atau di permukaan tanah. Pencemaran kimia juga boleh berlaku apabila racun makhluk perosak yang digunakan oleh para petani untuk mengawal serangan makhluk perosak mengandungi bahan kimi. Jika ia

14

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

tidak digunakan secara betul, maka bahan kimia ini akan mencemarkan sumber air bawah tanah, sungai, tumbuhan dan makanan. Punca pencemaran yang seterusnya ialah daripada raksa. Raksa adalah sejenis logam toksik yang berbentuk seperti cecair atau gas. Ia wujud di air, tanah, udara dan makanan dalam jumlah yang amat kecil. Manakala arsenik dan florida adalah adalah bahan kimia yang wujud di dalam sumber air bawah tanah. Jika manusia terdedah kepada bahan kimia ini walaupun dalam jumlah yang sedikit, ia mampu memudaratkan kesihatan manusia. Kesan pencemaran kimia ialah ia mampu membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan membunuh haiwan-haiwan tersebut. Selain daripada itu, spencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Contoh kesan daripada keracunan raksa ialah kejadian yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, dimana burung-burung yang sedang terbang di udara tiba-tiba menjunam dari angkasa. Kucing pula berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak tentu arah lalu mati. Jika manusia terdedah kepada racun ini, ia boleh merosakkan keupayaan mereka untuk belajar, berfikir dan sebagainya. Raksa juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin bayi. Manakala kesan pencemaran arsenik pula ialah ia boleh menyebabkan penyakit hati, ginjal, barah kulit, gangrene dan paru-paru kepada manusia. Manakala pencemaran florida pula boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada tulang rangka manusia seperti tulang belakang dan sendi.

Langkah untuk mengatasi pencemaran kimia ini adalah dengan menggunakan bahan kimia yang mesra alam. Contohnya ialah baja organik. Ia tidak akan meninggalkan kesan sampingan seperti mana yang dilakukan oleh baja kimia dan baja buatan. Bahan organik yang terdapat dalam baja tersebut akan dapat memulihkan struktur tanah. Penggunaan racun serangga yang mesra alam dan tidak mengandungi klorofluorokarbon juga dapat mengatasi masalah pencemaran kimia. Ia akan dapat membantu mengurangkan

15

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

tahap pencemaran kimia akibat daripada penggunaan bahan kimia yang mengandungi CFC. Selain itu, penggunaan penyembur rambut yang tidak mengandungi bahan CFC juga boleh membantu untuk mengatasi maslah pencemaran kimia akibat daripada bahan ini. Apa yang penting ialah kita perlulah menggunakan kebijaksaan kita untuk memilih dan membeli barangan yang tidak meggunakan bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar kita.

2.4 Pencemaran Radiasi Radiasi merupakan suatu bentuk pencemaran yang boleh mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan kepada mereka yang terdedah kepadanya. Pengertian
radiasi adalah radiasi pengion, iaitu suatu radiasi dalam bentuk gelombang elektromagnetik dan partikel bermuatan yang apabila tenaganya menembusi bahan atau jaringan biologi (tubuh manusia) dapat menyebabkan terjadinya proses ionisasi pada bahan atau jaringan tersebut. Ia mencakupi sinar-X dan sinar-γ, partikel elektron berenergi tinggi (β- dan β+), partikel α, neutron, dan ion berat lain termasuk sinar kosmik. Punca pencemaran radiasi ialah daripada sisa radioaktif daripada tenaga nuklear. Sebagai contoh kemalangan radiasi yang berlaku di Rusia menyebabkan banyak kemusnahan dan kecacatan kepada alam dan manusia. Bukan itu sahaja, gelombang elektromagnet daripada ketuhar gelombang mikro dan radio juga boleh menghasilkan radiasi sekiranya manusia terdedah terlalu lama terhadap barang-barang tersebut. Bukan itu sahaja, radiasi yang dihasilkan oleh telefon bimbit juga boleh membahayakan kesihatan. Cara biasa telefon bimbit

digunakan (yang menghendaki pengguna meletakkannya rapat ke telinga) mendedahkan otak seorang itu kepada radiasi gelombang mikro yang boleh merosakkan DNA, menjejaskan fungsi sel dan aktiviti asas otak.
Kesan daripada pencemaran radiasi kepada manusia ialah, ia boleh menyebabkan kecelaruan tingkah laku, kecacatan otak, barah, kecacatan anggota badan, masalah psikologi dan masalah kesihatan yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan lelaki dan

wanita yang lebih tua menjadi mandul dan boleh menyebabkan kematian. Pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Ia juga boleh

16

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

merosakkan tanah dan kualitinya. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuhtumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak boleh dimakan kerana ia beracun. Selain
daripada itu, menurut World Health Organization (WHO), sekiranya manusia terdedah kepada gelombang elektromagnet pada kadar antara 1MHz hingga 10GHz ia akan menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia.

Langkah untuk mengatasi pencemaran radiasi ialah dengan mengetatkan undang-undang yang menghadkan penggunaan radiasi oleh kilang-kilang dan perindustrian. Pendidikan tentang bahaya pendedahan radiasi kepada manusia juga perlu didedahkan kepada masyarakat supaya mereka boleh mengambil langkah yang betul sekiranya berlaku kemalangan radiasi. Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia negara kita ini juga perlu mengeluarkan maklumat terperinci tentang kadar radiasi yang dipancarkan oleh beberapa jenis telefon bimbit yang ada dipasarkan di negara ini. Dengan maklumat itu, kita boleh tahu apakah telefon bimbit yang kita miliki sekarang ini masih berada di bawah paras bahaya yang dinyatakan oleh FCC itu atau sebaliknya.

2.5 Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, ia didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa. Pencemaran bunyi berlaku apabila kebisingan melebihi 80dB mengganggu keselesaan. Kenyaringan udara disukat dalam unit decibel (dB). Kenyaringan bunyi yang disyorkan oleh WHO adalah kurang daripada 55 dB. Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan di pasar, dan trafik. Seterusnya Steady Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai, dan pengetam. Selain itu, Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti letupan, tembakan, senjatapi, Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang berulangan seperti memaku, memahat, dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu seperti pengangkutan udara dan lalulintas. 17

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Punca-punca pencemaran bunyi ini ialah daripada bunyi kenderaan bermotor. Sering kita mendengar bunyi kenderaan yang kuat dan bising di jalan raya. Hal ini belaku kerana keghairahan manusia untuk mengubah bunyi kenderaan mereka daripada senyap kepada bunyi yang lebih bising kerana mengikut trend. Bukan itu sahaja, bunyi bising daripada industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Bunyibunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya. Kuari juga merupakan salah satu daripada ejen pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori boleh menyakitkan pendengaran. Pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. Kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah mengganggu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan memberi masalah kepada manusia juga. Pencemaran bunyi juga boleh menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Antara kesan lain kepada manusia ialah ia akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil.. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku. Jika seseorang terdedah secara berterusan di persekitaran bunyi yang melebihi 80 dB, manusia akan mengalami sakit kepala, gangguan emosi dan yang paling teruk boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pekak.

18

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Langkah untuk mengatasi pencemaran bunyi ialah dengan penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menangani masalah kebisingan ekzos kenderaan yang smakin banyak berlaku. Penguatkuasaan yang ketat perlu dilakukan untuk memberitahu kepada orang ramai bahaya perbuatan mereka merupakan suatu kesalahan. Bukan itu sahaja, peraturan baru juga harus digubal untuk memastikan syarikat pembuat kenderaan bermotor menghasilkan kenderaan yang kurang bunyi supaya tidak berlaku pencemaran bunyi yang boleh memudaratkan kesihatan. Kaedah baru juga perlu dikaji dan diselidiki untuk menghasilkan kaedah yang lebih sesuai dan efisyen untuk digunakan oleh syarikat yang menjalankan perniagaan pemecahan batu di kuari-kuari. Secara tidak langsung, kaedah baru itu akan membantu mengurangkan tahap pencemaran bunyi.

2.8 Rumusan Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran. Kita sebagai manusia juga harus berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan. Pembangunan tidak dapat dielak dan memang diperlukan bagi setiap negara untuk terus maju dan membangun seiring dengan peredaran masa. Tapi harus diingat, tidak semua pembangunan memberi faedah yang baik kepada kita malah ada sesetengahnya yang memberi kesan buruk melebihi kebaikan yang sepatutnya. Pengkajian dan penilaian yang terperinci perlu dibuat seiring dengan sesebuah pembangunan dengan mengambil kira tahap pencemaran yang boleh berlaku terhadap alam sekitar. Penglibatan Jabatan Alam Sekitar dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala19

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

Lampiran
Soalan 1 Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Televisyen

20

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Buku dan Buletin Kesihatan

VCD / DVD

Brosur dan poster

21

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Internet

Kempen Kesihatan

Pameran Kesihatan

22

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Program Kesihatan

Soalan 2 Pencemaran Udara

23

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Pencemaran Air

Pencemaran Kimia

Pencemaran Radiasi

24

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Pencemaran Bunyi

Bibliografi

25

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBHE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Jasiman Ahmad. (1998). Siri Tenaga Membawa Perubahan: Tenaga Sampingan,

Kuala Lumpur: Jade Green Publications Sdn Bhd.

2. Leena Abdullah. (2006). Scientific Headstart Series: Planet Earth and The

Danger It Faces, Petaling Jaya: Penerbit Info Jaya.

3. Nadia Azrina Hj Abdullah, Nurul Hidayah Mohd Kamal, Azilawati Mohd Sabda.

(2004). Siri Dokumentasi Minda: Ozon Berlubang dan Terhakis, Petaling Jaya: Pustaka Cahaya Intelek.

4. Abu Bakar Yang. (2004). Alam Sekitar Anugerah Tuhan, Kuala Kumpur: Institut

Kefahaman Islam Malaysia.

5. Mohd Syahrul Hanafi. (2004). Lambakan Sampah Kitar Semula, Selangor:

Pustaka Cita Tinggi. 6. Kamus Dewan. (1995). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. 8. 9.

http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp http://www.drmuda.gov.my/drmuda http://www.mysenam.com/MySENAM.asp

26