You are on page 1of 19

CIRI-CIRI MANTERA

bentuk

isi

bahasa

Dari segi bentuk


Bentuk bebas atau tidak terikat. Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap. Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas. Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu.

Dari segi isi


Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana. Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan.

Dari segi bahasa


Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran (imej) yang tertentu seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan, bunyi atau pendengaran. Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora.

Tanpa suara

Suara perlahan

CARA SEBUTAN

Suara sederhana

Suara kuat

Sebutan tanpa suara


Pengucapan dalam hati. Dipraktikkan secara langsung. Contoh : Aku ambil roh dan semangat si anu aku kamilkan dengan rohku tidak berpisahlah kita dari dunia hingga akhirat. (Mahat Kasim :Maran, Pahang)

SEBUTAN SECARA PERLAHAN


Cara bisikan kerana banyak ditujukan kepada diri sendiri. Nada yang digunakan tidak menentu seperti pujukan, rayuan dan seruan. Contoh Mantera Pengasih (Hamid Abdullah:Langkawi, Kedah); Hei pinang si usap-usap mari ditanam di tanah lembah dari jauh aku usap sudah dekat tunduk menyembah . . . . . .

SEBUTAN SECARA SEDERHANA


Digunakan oleh pawang untuk mengubati pesakit. Hanya didengar oleh orang ramai di satu ruang. Nada suara yang tidak tinggi. Contoh Mantera Memanggil Hantu Laut (Muhammad Yusof: Machang, Kelantan) Bismillahi-Rahmanil-Rahim Assalamualaikum Hei jin laut Jembalang gelombang Raja jin putih Naga Sakti . . . . .

SEBUTAN SECARA KUAT


Dilakukan oleh Tok Bageh, Tok Pateri dan Mek Mulung untuk merawat pesakit. Terdapat mantera berupa nyanyian, dialog dan penceritaan.

JENIS-JENIS MANTERA
Pakaian diri

Perbomohan dan perubatan

Pembantu dalam pekerjaan

Kegunaan dalam upacara

Penguat badan dan kebal Penggerun dan penunduk


Pendinding Pemanis atau pembenci Pengasih

MANTERA pemanis muka


BismiLlahi-Rahmani L-Rahim Hilir air mudik air Kembang bunga bertali-tali Aku memakai julung air Bagai bunga kembang pagi Bunga pokok tidak berseri Aku nan berseri Bunga tak bercahaya Aku nan bercahaya (Ab. Rashid Saman)

MANTERA MEMULIHKAN SAKIT PINGGANG


Bismi llahil-Rahmani l-Rahim Hei besi kalin besi malila Besi kalin besi tembaga Besi melilit pinggang aku Hei sembelit mula jadi Daripada besi khursani Nyahlah engkau terbang ke laut subhanallah Kalau engkau tidak nyah Derhakalah engkau kepada Allah Derhakalah engkau kepada Muhammad Berkat kata La ilaha illa, Muhammadar Rasulullah.
(Hj. Mohammad Hassan Pekan, Pahang)

Mantera memanggil penonton


Assalamualaikum Hei guruku yang tua Saudaraku yang empat Jin hitam petala bumi Jin putih petala langit Jin kuning petala desa Engkau keluar ke dunia Bersama-sama dengan aku Ia kupanggil kau Pi rasuk manusia yang datang Kecil besar, tua muda, jantan betina Hingga tak boleh bergerak Tak boleh bangkit Berkat doa La ilaha illallah (Mahmud Wahid Chuping, Perlis)

You might also like