You are on page 1of 29

1.

PENDAHULUAN Pemimpin merupakan individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi

tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti untuk mencapai matlamat sesuatu kumpulan. Dalam kerangka sesebuah organisasi, kepemimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan

mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli di dalamnya. Maka sekolah yang berkesan dapat diwujudkan dengan terdapatnya seorang pemimpin yang berwibawa. Dalam mempunyai bidang hasrat pendidikan, untuk Kementerian Pelajaran Malaysia pusat Dalam

meletakkan di rantau

Malaysia Asia

sebagai

kecemerlangan

pendidikan

Tenggara.

merealisasikan matlamat pendidikan negara, kepemimpinan pengetua berperanan sebagai tunggak utama kepada pembangunan pendidikan berkualiti iaitu merujuk kepada pengurusan sekolah yang cemerlang dan kemantapan dalam kepemimpinan pendidikan. Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolah dilihat sebagai pemacu ke arah penghasilan pendidikan yang berkualiti. Ini bererti, pengetua atau guru besar selaku ketua jabatan di sekolah diberi amanah untuk merealisasi aspirasi dan pembangunan pendidikan negara dan bertanggungjawab terhadap kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah. Sunggguhpun demikian, tugas pengetua atau guru besar di sekolah tidak terhad hanya kepada tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber dan modal insan di bawah tadbirannya terutamanya guru supaya mereka dapat menyumbang khidmat dengan komited dan efektif. Oleh itu, setiap aktiviti yang berlaku di sekolah adalah

tanggungjawab pengetua malah penghasilan sebuah sekolah yang efektif, harmonis serta cemerlang dikatakan berakar umbi daripada

kepemimpinan pengetua atau guru besar yang berkesan.

2.0

KONSEP ASAS KEPEMIMPINAN Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin

bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan, 2002). Manakala Menurut Robbins (2003), kepemimpinan pula adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli

kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Manakala Leithwood dan Janti (1999) pula menyatakan bahawa kepemimpinan merupakan keupayaan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan nilai ahli-ahli dalam kumpulannya. Menurut pendapat Konntz dan ODonnel (1984), kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh; satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama. Hal ini mempunyai persamaan dengan Fulmer (1988) iaitu, kepemimpinan melibatkan keduadua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat,dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya. Kim dan Maubourgne (1992), mendefinisikan kepemimpinan sebagai kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Hollander (1978), kepimpinan adalah satu proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dari pada paksaan. Proses ini selalunya melibatkan 2

pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. tetapi Jadi kepimpinan bukan hanya

tanggungjawab

pemimpin,

memerlukan

usaha

bekerjasama

daripada pengikut-pengikutnya. Gordon (1955) memberi definisi bahawa kepimpinan dapat dilihat sebagai interaksi antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya antara individu dengan seluruh ahli yang mengangotai kumpulan. Setiap yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh dianggap memegang watak-watak tertentu yang berbeza antara satu dengan lain. Asas yang membezakan tadi ialah pengaruh,iaitu pemimpin

mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur. Manakala konsep kepemimpinan dalam Islam meliputi seluruh bentuk dimensi kepimpinan. Kepimpinan bermula daripada konsep kepimpinan individu dengan individu, dan kepimpinan individu dengan masyarakat yang akhirnya akan membina masyarakat dan negara. Oleh itu, kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Selain itu, kepemimpinan juga melibatkan empat jenis yang boleh dilihat dalam sesebuah organisasi. Pertamanya ialah kepemimpinan semula jadi. Dalam sejarah manusia dimana-mana sahaja, akan terbentuk sekumpulan manusia yang pasti akan diketuai oleh seorang yang berpengaruh meskipun tidak pernah dilantik secara formal melainkan atas dasar persetujuan semata-mata. Seseorang akan dianggap dan dipatuhi arahannya sebagai ketua mungkin disebabkan paling tua, paling berpengalaman, mempunyai kemahiran tertentu serta mempunyai identiti dan interpersonaliti yang dikagumi dan dihormati. Melalui kepemimpinan semula jadi ini, pemimpin mempunyai kelebihan tersendiri untuk memimpin. Pada hakikat sebenarnya

kepemimpinan jenis ini sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Contohnya ialah kita akan menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa kita sendiri. Mereka berhak menentukan 3 keputusan untuk

memastikan kejayaan anak mereka. Manakala tanggungjawab anak pula perlu taat kepada mereka yang telah melahirkan dan menjaga kita sejak kecil lagi. Begitu juga keadaanya di sekolah, guru yang baru sahaja ditempatkan di sana perlu menghormati guru-guru senior yang

berpengalaman. Jika tidak, sudah tentulah guru baru tersebut akan dipandang sinis dan tidak menghormati norma-norma budaya setempat. Selain itu, kepemimpinan semula jadi ini lebih kepada amalan budaya yang biasa diamalkan dan turunkan daripada segenap lapisan generasi. Jenis kepemimpinan kedua ialah kepemimpinan berkarisma. Max Weber (1947) menyatakan seseorang ketua dianggap oleh pengikutnya mempunyai kualiti istimewa dan luar biasa yang mampu memyelesaikan segala masalah serta pengikut memberikan taat setia yang sepenuhnya. Manakala House dan Howell (1992) menyatakan terdapat tret-tret personaliti tertentu yang dimiliki oleh pemimpin berkarisma iaitu keyakinan diri yang tinggi, berani menanggung risiko, berorientasikan pencapaian, berorientasikan kreativiti dan inovasi, bertenaga dan stamina diri yang tinggi, menggunakan pengaruh terhadap pengikut, bertimbang rasa, peka dan responsif. Konsep karisma menurut Weber (1947) lebih ditekankan kepada kemampuan pemimpin yang memiliki kekuatan luarbiasa dan mistis. Menurutnya, ada lima faktor yang muncul bersamaan dengan kekuasaan yang kharismatik, iaitu adanya seseorang yang memiliki bakat yang luar biasa, adanya krisis sosial, adanya sejumlah idea yang radikal untuk memecahkan krisis tersebut, adanya sejumlah pengikut yang percaya bahawa seseorang itu memiliki kemampuan luar biasa Pemimpin yang terkenal dengan jenis kepemimpinan berkarisma ini terdiri daripada tokoh-tokoh perjuangan sejarah masa lalu iaitu seperti Gandhi, Hitler, Napolean dan Mother Theresa. Tokoh-tokoh ini

mempunyai kaitan dengan perjuangan masa lampau yang menumpukan perjuangan masing-masing. Selain itu, mereka juga begitu berpengaruh 4

terhadap pengikut-pengikutnya yang tersendiri sehingga tahap sanggup mempertaruhkan nyawa. Bukan semua pemimpin yang mampu untuk mempengaruhi pengikutnya sehingga ke tahap sedemikian. Hanya pemimpin yang berkarisma ini sahaja yang mampu untuk melakukannya kerana mereka mempunyai daya tarikan yang luar biasa melalui jenis kepemimpinan karisma ini. Manakala jenis kepemimpinan ketiga pula ialah kepemimpinan birokratik. Kepemimpinan birokratik amat berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur-prosedur tertentu seperti mana yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Pemimpin birokratik menggunakan kuasa rasmi yang diberi kepadanya melalui pelantikan jawatan untuk menerajui sesebuah organisasi. Menurut Weber (1989), tujuan kepemimpinan birokratik dalam sesebuah organisasi formal bertujuan memaksimakan kecekapan melalui pengurusan dengan menggunakan pendekatan rasional. Model

kepemimpinan birokratik tulen menurut Weber (1989) memberikan penekanan kepada 6 aspek iaitu organisasi yang berorientasikan matlamat, pembahagian bidang pengkhususan, struktur berhierarki, mementingkan peraturan dan tatatertib, mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal, dan perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang. Menurut Packwood (1989) aplikasi kepemimpinan birokratik agak nyata dalam organisasi sekolah dan institusi pendidikan. Boleh dikatakan birokrasi merupakan ciri generik dalam sesebuah organisasi formal, terutamanya jika organisasi tersebut agak besar dan kompleks. Antara ciri kepemimpinan birokratik dalam organisasi sekolah meliputi empat aspek iaitu struktur organisasi sekolah yang berhierarki dengan guru besar di pucuk kepemimpinan. Hal ini bermakna guru besar merupakan pemimpin tertinggi bagi semua organisasi sekolah. Kedua, guru-guru mempunyai bidang kepakaran masing-masing. Ketiga, terdapat peraturan sekolah dah jadual waktu akademik untuk dipatuhi. Keempat, ketua panatia

bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti kurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan dan sukatan yang telah ditetapkan. Dalam organisasi sekolah, guru besar bertanggungjawab

memelihara kualiti pengajaran dan pembelajaran. Tetapi autoritinya terhadap guru-guru adalah terhad mengikut kepakaran guru-guru dalam bidang masing-masing. Oleh itu, guru besar perlu memahami tugas setiap guru dan memberi kepercayaan kepada setiap guru untuk melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah bagi memastikan kecemerlangan sekolah dapat dicapai. Jenis kepemimpinan keempat pula ialah kepemimpinan teragih. Kepemimpinan diagihkan dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin dengan semua ahli dan dapat menimbulkan semangat kerjasama serta keakraban sesama rakan setugas. Kepemimpinan teragih dianggap sebagai paling sesuai untuk organisasi sekolah kerana sebahagian besar ahlinya terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai autoriti dalam bidang kepakaran masing-masing. Brown, Boyle dan Boyle (1989), menyatakan melalui kolaborasi dan amalan rakan sekerja, mereka memperoleh manfaat daripada sokongan dan kepelbagaian kepakaran rakan sekerja. Perkongsian visi dan misi merupakan asas kepada hasil keputusan bersama yang meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas. Kesimpulannya, kepimpinan adalah satu proses yang melibatkan orang lain iaitu orang bawahan, penggunaan kuasa di kalangan pemimpin, mempengaruhi dan mengarah tindak tanduk orang bawahan dalam pelbagai cara bagi mencapai matlamat organisasi. Proses ini melibatkan hubungan atau komunikasi dua hala antara orang yang memimpin dengan orang yang dipimpin. Justeru, dapat ditegaskan bahawa tugas pemimpin adalah mempengaruhi orang bawahannya supaya mengikuti tanggungjawab yang hendak dilaksanakan ke arah satu matlamat yang dirancang.

3.0

SITUASI KEPEMIMPINAN YANG MENYENANGKAN Kesinambungan daripada konsep asas yang telah dibincangkan,

maka konsep kepemimpinan juga turut berlaku setiap hari dan setiap masa di sekolah. Pemimpin teratas sekolah ialah Guru Besar bagi sekolah rendah dan Pengetua bagi sekolah menengah. Bernaung di bawah mereka ialah guru-guru penolong kanan, guru-guru penolong, dan kakitangan sokongan. Pastinya dengan penggemblengan tenaga daripada semua ini, maka urusan pentadbiran sekolah berjalan dengan baik dan lancar. Justeru itu, sebagai pengurus atau ketua jabatan dalam premis sekolah, terdapat berbagai-bagai peranan dan pendekatan perlu

diaplikasikan supaya dapat dan mampu membina perhubungan yang begitu baik dengan rakan-rakan bawahnya. Pertamanya, dalam membina perhubungan pemimpin-ahli, guru besar atau pengetua perlulah mengenal dan mengingati nama setiap anak buah yang ada di sekolah. Hal ini penting dan perlu dilakukan kerana memberi implikasi yang begitu besar. Ada sesetengah guru yang begitu sensitif dengan panggilan nama mereka. Andai kata tersilap satu huruf sekalipun di dalam ejaan, maka akan mengamuklah guru tersebut tambahan pula beliau ialah guru paling senior dan lama berkhidmat di sekolah tersebut. Oleh sebab itu, pada permulaan perhubungan dan komunikasi guru besar perlulah mengingati nama setiap guru yang berada di bawah organisasi yang diuruskan. Analogi ini sama dengan situasi jika guru berada dalam bilik darjah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Nama setiap murid perlu diingati supaya wujud hubungan mesra dan murid merasakan mereka dihargai. Berbalik kepada konteks hubungan pemimpin-ahli tadi, wajarlah pengurus sekolah mengenali semua anak-anak buahnya dalam sejawat yang menggalas tugas di

memastikan urusan pentadbiran sekolah berjalan dengan baik dan lancar. Keduanya ialah, guru besar seharusnya bersikap profesional dan terbuka. Konsep mesra alam sangat penting apatah lagi jika baru bertukar tempat bertugas di sekolah baharu. Usahlah terbawa-bawa perangai dan 7

tabiat kurang baik semasa di sekolah lama ke tempat baharu. Ada kalanya berlaku pertemuan semula dengan rakan-rakan lama namun sentiasalah bersikap profesional. Ketepikan segala perkara negatif dan tidak baik seolah-olah baharu sahaja pertama kali bertemu. Semoga dengan perwatakan positif kita, mereka dapat menerima dan mudah berhubung serta mesra dalam berinteraksi dan berkomunikasi. Seterusnya, dalam skop struktur tugasan menuntut supaya pemimpin sekolah melakukan pembahagian tugasan yang sama rata dan adil kepada semua guru. Tidak dapat dinafikan kebanyakan mereka sudah merasa perit jerih bersusah-payah semasa mula-mula berkhidmat dahulu. Namun begitu, dalam suasana dan profesion yang begitu profesional ini maka perlulah sikap-sikap negatif tersebut dibuang dan diganti dengan satu iltizam baharu berkarisma dan beretika. Menurut House dan Howell (1992), pemimpin berkarisma

mempunyai tret-tret atau ciri-ciri personaliti seperti berikut: Berorientasikan pencapaian. Berorientasikan kreativiti dan inovasi. Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi. Keperluan untuk menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain. Sanggup menanggung risiko DAN Membina (nurturing), bertimbang rasa dan sensitif.

Terdapat ramai pemimpin dunia yang hebat , berkarisma dan diterima ramai kerana mereka mengamalkan personaliti yang hebat selain berdisiplin tinggi. Tokoh-tokoh seperti Mahatma Gandhi dari India, Adolf Hitler (Jerman), Napoleon (Perancis) dan Mother Theresa merupakan antara contoh pemimpin yang disanjung dan disayangi rakyat dek kerana sifat kepemimpinan dan kepimpinan yang sangat unggul.

Dalam abad ke-21, pemimpin berkarisma sukar didapati. Hal ini kerana banyak faktor seperti globalisasi, proses demokratik dan peluang pendidikan yang lebih luas. Pandangan Ledaers are born, not made mungkin tidaklah lagi menjadi pernyataan yang popular lagi dengan kemunculan perkembangan dalam penyelidikan serta kemahiran-

kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan boleh dipelajari melalui latihan dan kursus formal. Setelah tugas-tugas dan jawatan-jawatan dibahagikan secara adil, dan guru-guru dapat menerimanya dengan tangan dan hati yang terbuka, maka baharulah mereka dapat menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan proaktif. Guru-guru terbabit juga seharusnya diberi sedikit kebebasan untuk menyempurnakan amanah yang diberikan namun masih dalam keadaan terkawal. Pemantauan dan perkembangan semasa setiap guru sentiasa diperhatikan. Jika terdapat kemusykilan atau kekhilafan yang mana boleh diperbaiki, teguran yang membina dan dapat diterima harus diingatkan juga supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan. Gunakan saluran yang betul dan sentiasa bersikap profesional serta rasional semasa bertindak. Percayalah, dengan menampilkan contoh ikutan positif seperti ini, rakan-rakan sejawat yang lain akan mudah untuk menerima dan menambah baik mutu kerja dan prestasi mereka. Natijahnya, suasana kerja yang kondusif, selesa dan menggembirakan sentiasa menyelubungi atmosfera sekolah. Tugas yang diamanahkan pun selesai dengan sempurna selain P&P iaitu tugas utama dilaksanakan dengan hebat. Akhir sekali ialah kedudukan kuasa. Sebagai seorang ketua sesebuah jabatan, perlu diingat supaya sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap keistimewaan yang diberikan. Janganlah sesekali menyalahgunakan kuasa tersebut dengan tujuan yang tidak sepatutnya. Realiti dan senario dalam perkhidmatan awam sekarang terutamanya profesion perguruan, sering kali ketua tidak menggunakan kuasa yang diberi untuk tujuan yang sepatutnya. Contohnya memindahkan guru yang tidak disukai ke sekolah lain, melaga-lagakan dan merosakkan hubungan baik guru dengan rakan sejawat yang lain dan sebagainya. Realiti ini 9

memang sudah maklum berlaku dan dialami sendiri pengkaji. Bagaimana seorang guru besar dengan sesuka hati cuba merosakkan kerjaya rakan sejawatnya dengan membuat aduan kepada pihak atasan berkenaan penglibatan aktif dalam politik. Sepatutnya perkara tersebut dibincangkan terlebih dahulu secara bersemuka. Dapatkan pencerahan dan gambaran sebenar baharulah tindakan selanjutnya yang sesuai difikirkan. Telah termaktub di dalam kod etika perkhidmatan awam bahawa seorang penjawat awam tidak boleh menjatuhkan nama baik rakan sejawatnya. Oleh itu, perlakuan adil kepada semua adalah dituntut supaya wujud suasana pekerjaan yang harmoni dan saling menghormati antara satu dengan yang lain. 4.0 PERUBAHAN DARI SEGI KEPIMPINAN SEKOLAH

4.1 MOHD HAFIZZUDDIN BIN RUBAI Bertitik tolak daripada penjelasan yang dihuraikan pada soalan dua sebelum ini, maka saya akan cuba sedaya upaya pertamanya untuk menampilkan contoh teladan yang baik dan positif kepada anak buah. Hal ini penting kerana saya telah diamanahkan sebagai ketua. Apabila membicarakan tentang ketua, sudah pastinya dua elemen terpalit kepadanya iaitu kepimpinan dan kepemimpinan. Di dalam kepemimpinan sudah tentulah diselitkan daya penarik yang boleh mempengaruhi pengikut supaya mengikut kepimpinannya. Jika seorang Guru Besar menunjukkan ikutan yang tidak baik, bagaimanakah anak buahnya hendak menghormati, mencontohi dan mengikutinya secara konsisten? Oleh sebab itu, perwatakan atau penonjolan atitud yang baik serta positif perlu diperkemas dan digilapkan lagi supaya lebih mantap dan berkarisma. Seterusnya setelah saya berjaya mengumpulkan pengikut yang menghormati dan dihormati, langkah seterusnya ialah mewujudkan hubungan harmoni dalam suasana profesional dalam kalangan guru di sekolah. Sungguhpun saya akui, tugas ini begitu sukar untuk dilaksanakan. Hal ini kerana realitinya sentimen berpuak-puak dalam kalangan guru di sekolah sudah membarah dan amat sukar untuk 10

dipulihkan. Faktor perasaan rendah diri kadang kala ego yang begitu tinggi dalam diri turut menguatkan lagi pernyataan ini. Sebagai langkah penyelesaian, saya akan cuba menerobos semua sempadan ini dan memecahkan mana-mana tembok yang menjadi pemisah melalui pelbagai saluran yang relevan seperti pertemuan tertutup. Kenal pasti segala permasalahan yang berlaku, sebab-sebabnya dan langkah penyelesaian serta susulan. Saya yakin, masalah seumpama ini dapat diselesaikan waima mengambil tempoh masa yang lama. Akhir sekali ialah tonggak keadilan. Selaku pemimpin, sikap sama rata dan adil sangat penting dan perlu diselaraskan secara holistik. Bidang tugas guru, penyelarasan organisasi, dan tidak ketinggalan juga, kerohanian turut dititikberatkan. Pembahagian tugas di antara rakan-rakan guru tidak mengikut kehendak hati atau menuruti kelompok komplot sesama rakan tertentu sahaja. Lihat dan kaji kemampuan serta keupayaan setiap rakan guru. Janganlah bertindak atas dasar turutan hati atau perasaan hasad dengki tetapi bertindaklah secara profesional dan beretika. Maka hasilnya, anak-anak buah akan seronok untuk

menyempurnakan tugasan yang diamanahkan tanpa tekanan dan prestasi mereka khususnya semakin cemerlang. Hal ini akhirnya akan memberi implikasi dan impak positif dan cemerlang kepada sekolah umumnya. Nama baik sekolah semakin dihormati dan menjadi ikutan serta contoh daripada sekolah-sekolah yang lain. Kesimpulannya, bentuk-bentuk kepimpinan yang dibincangkan dilihat mampu untuk mewujudkan transformasi positif dan implikasi terhadap perkembangan prestasi sekolah. Apa yang lebih penting ialah, keharmonian dan perhubungan dalam kalangan rakan sejawat berada dalam keadaan baik serta berterusan dan mereka seronok untuk menjalankan tugas yang diberikan disamping tidak melupakan tugas utama mereka iaitu MENGAJAR. 4.2 NOR MAZIANA BINTI ALANG AHMAD Dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara. Sehubungan itu, 11

terdapat beberapa bentuk perubahan dari segi kepimpinan sekolah yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah pemimpin perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa. Ilmu ikhtisas pentadbiran pendidikan amat penting bagi memastikan komuniti pendidikan dibawahnya seperti guru, kakitangan sekolah, serta murid dapat diurus dengan sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi aspirasi pendidikan negara. Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi dan komunikasi amat diperlukan oleh pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan yang diwujudkan sesama ahli komuniti berjalan dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik. Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isu semasa bakal menjadikan minda pemimpin akan sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Pemimpin sebegini sudah tentu

merupakan guru yang pakar di bidang pengurusan serta bidang profesionnya. Seterusnya, bentuk perubahan kepimpinan sekolah yang perlu diambil peduli oleh pemimpin ialah berkaitan pengurusan kewangan. Pemimpin bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan

kewangan. Pemimpin perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan penggunaan wang berlaku secara optima. Pemimpin perlu mengagihkan peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum, pembelian alat dan kelengkapan sekolah. Sebagai pemimpin juga , beliau bertanggungjawab terhadap akaun dan kewangan sekolah seperti Buku Tunai dan Buku Suwa. Contohnya di bawah akaun kerajaan pemimpin bertanggungjawab atas gaji guru-guru dan kakitangan lain di sekolah serta perkapital Grant berdasarkan jumlah murid. Sementara di bahagian Buku Suwa pemimpin mesti berkebolehan mendapatkan keuntungan dari tender-tender kantin, sewa dewan dan lainlain lagi. Justeru itu, jika seseorang pemimpin kurang arif tentang 12

prosedur urusan kewangan dan Pengetua menyerahkan tugas kewangan sepenuhnya kepada pembantu pegawai kewangan (kerani sekolah). Selain itu, bentuk perubahan yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin di sekolah juga perlu mengetahui keperluan fizikal untuk memenuhi segala kehendak kurikulum. Peranan utama mereka ialah memastikan wujud bilik darjah yang beriklim selesa seperti saiz bilik darjah dan ketinggian kerusi meja yang sesuai. Persekitaran kerja memainkan peranan penting bagi membolehkan guru-guru berfungsi dengan berkesan. Suasana fizikal seperti bilik darjah, bilik guru, kantin, pejabat sekolah dan bilik-bilik khas mestilah kondusif bagi membolehkan aktiviti akademik berjalan dengan lancar. Selain itu, kawasan sekolah seperti padang permainan, kawasan rehat dan kawasan rekreasi juga perlu ada untuk menjalankan aktiviti kokurikulum dengan berkesan. Walau bagaimanapun, bentuk perubahan lain yang berkaitan dengan kepimpinan sekolah juga meliputi pemimpin yang memiliki visi dan misi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi. Ini kerana dengan kemampuan untuk membentuk visi dan misi yang jelas, barulah mudah seseorang pemimpin itu untuk membawa komuniti yang dipimpinnya ke arah mercu yang direncanakannya. Contohnya, bagi pemimpin unit dan organisasi sekolah yang mempunyai visi dan misi yang jelas pasti berusaha membawa organisasi di bawah tanggungjawabnya untuk cemerlang dari segala aspek dan dicontohi oleh yang lain. Antara bentuk perubahan dari segi kepimpinan yang perlu diberi perhatian ialah mereka harus mempunyai ketinggian peribadi yang kukuh. Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari santunan bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur. Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya bersifat membina bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang. Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa memilih bulu dan penuh hikmah. Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak mengatur kata, 13

penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi. Perkara di atas akan membawa kepada pengaruh melalui tauladan. Pengaruh melalui tauladan diterjemahkan melalui contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin berdasarkan perkara yang diungkapkannya. Pemimpin ulung harus menunjukkan contoh tauladan kepada komuniti di bawahnya melalui perlakuannya yang mendahului yang lain dengan niat untuk diteladani oleh semua. Pemimpin berjiwa rakyat sebegini akan dipandang tinggi oleh komuniti pendidikan sebagai pemimpin yang mampu mengotakan janjinya melalui tauladan. Sebagai contohnya pemimpin yang ingin melihat kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang datang lebih awal daripada yang lain. Pemimpin juga harus mampu untuk membimbing kakitangannya bagi menjamin kelangsungan budaya kerja berkualiti .Guru-guru muda terutamanya yang baru mula bertugas perlu dibimbing agar cepat menyesuaikan diri dalam sistem pendidikan dan dibantu perkembangan dirinya sebaik mungkin. Manakala guru senior pula yang mempunyai kepakaran berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus kekal aktif terutamanya dalam menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan budaya kajian tindakan. Kesimpulannya, pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlah mudah. Mereka juga dikenali dan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Seseorang pemimpin hendaklah berupaya membuat

keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untuk dirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua pihak yang lain. Justeru itu, pemimpin perlu melakukan perubahan yang sesuai dalam aspek kepimpinannya supaya organisasi sentiasa maju ke hadapan dan berjaya memperoleh

kecemerlangan yang maksima.

14

5.0 5.1

PENULISAN REFLEKTIF Mohd Hafizzuddin bin Rubai 5.1.2 Pengalaman Internship dan Cabaran di Sekolah Saya telah menjalani amalan profesional Internship selama sebulan

di Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah Perak. Alhamdulillah beberapa tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah dapat disempurnakan dengan jayanya. Namun begitu, kejayaan yang dinikmati ini bukanlah semudah yang disangka. Terdapat

bermacam-macam halangan dan masalah yang dihadapi. Pertama ialah tiada pengalaman yang mencukupi untuk

melaksanakan projek yang ditetapkan. Jika pengalaman mengendalikan program semasa berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) hendak dijadikan kayu ukuran, sesungguhnya hal tersebut tidak memadai dan mencukupi.Urusan untuk kelulusan menjalankan aktiviti semasa di sekolah sungguh mencabar. Suasana semasa berada dalam premis sekolah berbeza kerana pertamanya kita dikelilingi murid-murid dan guruguru. Maka iklim dan atmosferanya juga berbeza. Hal ini termasuklah gaya pengurusan dan pentadbiran oleh pentadbir, kerjasama daripada guru-guru serta kerencaman kerenah murid-murid itu sendiri.

Memburukkan keadaan lagi, kerja-kerja perkeranian menambahkan tekanan. Maka pengalaman yang begitu terhad dalam menghadapi situasi seumpama ini merencatkan dan memberi masalah kepada saya sepanjang menjalankan internship. Seterusnya ialah tekanan dan terikat dengan kuasa veto guru besar. Saya menjalankan Internship bersama-sama tiga orang rakan yang lain. Kami telah sepakat untuk melaksanakan projek menghias pusat sumber sebagai projek besar manakala mengecat mural sebagai projek kecil. Pada perjumpaan bersama Guru Besar, dan perkara tersebut dibentangkan, pada akhir kata Guru Besar tidak bersetuju dengan semua idea kami. Malahan lagi, beliau terus keluar dengan idea dan hasratnya sendiri. Kami hanya mampu menganggukkan kepala tanda setuju. Bagaimana kami hendak menguruskannya, segalanya akan dilakukan 15

sendiri. Tiada pilihan lain, maka projek tersebut perlu dilaksanakan juga demi keterushidupan internship kami. Akhirnya kami dapat juga melaksanakan semua projek yang diilhamkan oleh Guru Besar dalam tempoh yang singkat itu. Selain itu, masalah kekangan masa turut membataskan kelancaran pelaksanaan projek yang akhirnya mendapat restu Guru Besar itu. Amalan profesional Internship dijalankan selama empat minggu ini juga turut disertakan dengan tugasan-tugasan kursus yang lain

sepertiPenyelidikan Tindakan. Pengumpulan data, soal selidik, dan langkah penyelesaian turut dilaksanakan sepanjang empat minggu ini. Permasalahannya di sini ialah, terdapat kerencatan dalam perancangan pelaksanaan projek kami dalam menyempurnakan Internship dengan jayanya. Beliau (Guru Besar) berfikiran bahawa kami telah sampai ke tahun akhir, di mana dakwa beliau kami telah tiba ke tahap kemuncak dan telah bersedia 100% dalam segala hal. Saya berfikiran bahawa memang segala bentuk input merangkumi teras pedagogi, psikologi, dan kurikulum telah sarat dan ditimba sepenuhnya. Persoalannya ialah, kerencaman projek yang dijalankan tidak begitu kompetitif dan berkualiti serta tidak selari dengan tempoh masa yang diberikan. Lebih memburukkan keadaan, kebetulan sepanjang tempoh Internship tersebut, banyak program dan peristiwa dijalankan di peringkat sekolah. Paling utama ialah Peperiksaan Prapercubaan UPSR dan percubaan sebenar. Dua minggu sudah terbuang begitu sahaja. Bakinya tinggal lagi dua minggu. Kami runsing memikirkan masalah ini. Interaksi dalam bilik darjah, menggantikan guru yang tidak hadir, dan tugas perkeranian yang telah mencantas dan seolah-olah tidak membenarkan kami daripada meneruskan projek ini. Hal ini belum dicampur lagi dengan segala macam protokol dan prosedur yang perlu dipatuhi sepanjang menguruskan projek tersebut. Namun begitu, hasil permuafakatan dan gerak kerja kumpulan, segala projek tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

16

Kesimpulannya, terdapat pelbagai masalah yang saya hadapi semasa menjalankan kerja-kerja pentadbiran di sekolah sepanjang Internship. Namun begitu, segala halangan ini dapat diatasi berkat kesabaran, kepatuhan dan strategi sistematik yang telah pun diatur bersama-sama.

5.1.2 Pengalaman Internship meningkatkan kefahaman perkembangan profesionalisme guru. Hasil daripada pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalani Internship tersebut, dan pemerolehan berbagai-bagai pengalaman, celoteh, ragam dan suka-duka disimpulkan ke dalam huraian di bawah ini. Pertamanya, bertanya jika tidak tahu dan untuk mendapatkan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Sesungguhnya pengalaman tidak boleh dijual beli dengan wang dan kekayaan. Unsur abstrak ini hanya akan diperoleh jika kita sama ada bersedia secara fizikal dan mental. Hal ini juga boleh berlaku dalam situasi sebaliknya. Ada kalanya kita perlu menempuh ranjau atau karier yang diceburi dalam masa yang lama sehingga baharulah pengalaman tersebut terbit. Namun begitu, terdapat juga pengalaman yang diperoleh pada masa yang begitu singkat. Inilah yang dinamakan sebagai tuah. Jika sekiranya kita tidak pernah mengalami sesuatu situasi, namun pada masa yang sama kita berhadapan dengan situasi yang begitu sukar untuk diselesaikan kerana tiada pengalaman. Maka peri pentingnya di sini untuk kita bertanya kepada yang lebih tahu. Siapakah mereka yang dimaksudkan? Sudah tentulah guru-guru yang telah lama berkhidmat atau dalam kata lain, senior. Mereka telah arif dan lebih banyak mengetahui asam garam selokbelok dalam bidang yang mulia ini. Bertanyalah kepada mereka dengan berhikmah dan mudah disenangi, supaya mereka tidak kedekut atau lokek untuk berkongsi pengalaman dengan kita yang masih lagi baru ini. Itulah kunci yang merungkai segala persoalan di atas. Seterusnya ialah sebagai seorang penjawat awam atau kakitangan kerajaan, kita dibayar setiap bulan untuk menjalankan segala dasar 17

kerajaan dalam bidang pendidikan. Terdapat perjanjian terikat antara kita dengan pihak majikan iaitu kerajaan itu sendiri. Oleh itu, wujud satu piawai atau standard yang membezakan profesion perguruan iaitu peraturan atau etika. Pematuhan etika perkhidmatan awam merupakan satu kewajipan yang mesti diikuti oleh setiap kakitangan kerajaan, bukan sahaja dalam bidang pendidikan malahan bidang-bidang yang lain dalam sektor kerajaan seperti pertahanan, kewangan, kemanusiaan, sukan,

perdagangan dan sebagainya. Hal ini penting bagi memastikan setiap penjawat awam yang berkhidmat sentiasa mengekalkan rekod

perkhidmatan yang bersih dan tidak boleh dipertikaikan pihak lain. Dalam konteks institusi pendidikan iaitu sekolah, guru-guru juga terikat dengan berbagai-bagai etika dan peraturan. Jika terdapat sebarang ralat atau kesilapan yang dilakukan, sama ada disengajakan atau tidak, maka menjadi tugas Pengetua atau Guru Besar untuk memberi peringatan dalam pelbagai bentuk seperti teguran ataupun bersemuka secara peribadi. Hal ini penting bagi memastikan guru-guru tidak lari atau tergelincir daripada landasan yang sepatutnya yang mungkin akan menjejaskan nama baik profesion. Akhir sekali melibatkan skop perundangan. Semua tempat di manamana sahaja akan ditetapkan peraturan. Mengapa? Supaya semua ahli sentiasa berdisiplin dan segala urusan dilaksanakan dalam keadaan tersusun serta bersistem. Setiap bidang yang dibahagikan di dalam sekolah contohnya kepada guru penolong kanan adalah berbeza. Jika penolong kanan pentadbiran merangkumi hal ehwal kurikulum atau akademik dan kebajikan guru, hal ini berbeza pula dengan bidang kuasa penolong kanan hal ehwal murid. Semua program berkaitan

perkembangan spiritual dan emosi murid bernaung di bawahnya. Bidang sukan, kokurikulum dan pembangunan berkaitan dengannya

dipertanggungjawabkan kepada guru penolong kanan korikulum. Segala pecahan yang begitu banyak akan diagihkan pula kepada semua guru penolong yang mempunyai kepakaran dan kemahiran tertentu. Dalam hal ini, jelaslah bahawa pengurusan bersistem seumpama ini akan membina profesionalisme guru. Mereka dikelilingi dengan peristiwa berkaitan 18

sekolah termasuklah peperiksaan, sukan dan P&P yang direkodkan serta difailkan. Hal ini jauh berbeza dengan sistem pendidikan zaman sebelum kewujudan teknologi maklumat (IT) iaitu pembangunan insaniah lebih banyak dapat ditumpukan kepada murid. Terlalu banyak aplikasi berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menuntut para guru suopaya celik terhadap teknologi yang begitu penting dewasa kini. Segala urusan dilakukan di hujung jari sahaja. Dunia semakin mengecil dan tiada batasan. Asas ini merupakan antara faktor yang akan menbentuk profesionalisme guru. Kesimpulannya, amalan profesional Internship dilihat mampu memberi impak positif yang maksimum kepada saya dalam meningkatkan perkembangan profesional guru. Banyak lagi cabang yang perlu dipelajari dan ditimba bagi lebih mempersiapkan diri menghadapi dunia pendidikan yang penuh dengan cabaran lebih-lebih lagi pada zaman globalisasi yang tiada bersempadan. Kitalah penentu keterushidupan generasi pemimpin negara. 5.2 Nor Maziana binti Alang Ahmad 5.2.1 Pengalaman Internship dan Cabaran di Sekolah Pengalaman berada di sekolah sebagai guru pelatih amat berbeza sekali dengan pengalaman masa lampau semasa menjadi seorang murid. Jika dahulu seorang murid memandang guru merupakan seorang idola, atau seorang yang serba sempurna tetapi malangnya guru juga merupakan insan biasa yang terdedah dengan pelbagai cabaran dan masalah. Tugas guru pada masa kini bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran bilik darjah sahaja malahan dibebani dengan kerja-kerja lain yang berkaitan pengurusan sekolah. Hal ini seiring dengan perubahan semasa era pendidikan zaman kini yang berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan sekolah melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, dan intelek. Justeru itu. Program internship merupakan satu peluang yang diberikan kepada semua bakal guru untuk menimba pengalaman berkaitan kepimpinan dalam dunia sebenar seorang guru. 19 Program

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan. Sehubungan itu, berdasarkan pengalaman yang telah diperoleh semasa menjalani 4 minggu program internship di Sekolah Kebangsaan Jelapang, terdapat beberapa masalah yang dihadapi bermula daripada perancangan tersebut. Antaranya ialah berkaitan perancangan program. Pada awalnya saya bersama rakan internship telah berbincang dan menyenaraikan beberapa program yang akan kami laksanakan semasa menjalani internship. Namun begitu, apabila berada di sekolah, kami telah diberikan senarai program yang perlu dilaksanakan oleh guru penolong kanan sendiri. Secara tidak langsung saya mendapati bahawa setiap aktiviti atau program yang dirancang tidak semestinya akan diterima oleh pihak pentadbir sekolah. Sehubungan itu, sebagai pengajaran yang boleh diambil melalui situasi ini, saya mendapati bahawa tidak semestinya setiap aktiviti atau program yang ingin kita laksanakan akan mendapat restu atau persetujuan daripada pihak pentadbir. Tambahan pula sebagai guru pelatih atau guru permulaan, tidak wajar sekiranya memberontak atau tidak puas hati sekiranya pihak pentadbir tidak bersetuju dengan rancangan yang telah dibuat sebaliknya perlu akur dengan kehendak program sehinggalah kepada pelaksanaan program

20

pihak pentadbir supaya hubungan pihak pentadbir dengan guru tidak terjejas. Seterusnya, pada pemerhatian saya semasa berada di sekolah untuk mendapatkan kerjasama guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti atau program yang telah dirancang agak sukar. Hal ini kerana guru sememangnya dibebani dengan pelbagai jenis kerja yang tidak

berkesudahan. Malahan guru kini bukan sahaja dibebani dengan tugas mendidik dan mengajar anak murid semata-mata bahkan turut terlibat dengan pelbagai jenis aktiviti luar seperti kursus dan ceramah. Namun begitu, sebagai pihak pentadbir dan pemimpin perlu menerapkan budaya dan juga semangat kerjasama dalam kumpulan yang lebih baik dan teratur supaya guru tidak terlalu tertekan dibebani dengan pelbagai jenis kerja. Contohnya, guru akan saling tolong-menolong antara satu sama lain untuk menjayakan sesuatu program. Secara tidak langsung, hubungan silaturahim antara guru akan dapat dieeratkan lagi. Selain itu, antara masalah yang dihadapi semasa internship ialah berkaitan aspek masa yang agak terhad dan singkat. Antara perancangan yang paling sukar ialah pemilihan tarikh yang sesuai untuk diadakan sesuatu program Pengalaman saya untuk memilih dan menetapkan tarikh pada hujung minggu tidak mendapat kerjasama guru sekolah. Hal ini kerana kebanyakkan guru tidak mahu melibatkan diri pada cuti hujung minggu. Tambahan pula, pada masa saya menjalani internship setiap hujung minggu sekolah tersebut telah mengadakan pelbagai jenis program. Justeru itu, saya juga perlu memahami bahawa tidak wajarlah sekiranya curi hujung minggu guru tersebut diganggu dengan aktiviti-aktivi sekolah. Guru juga memerlukan rehat yang secukupnya untuk diri sendiri dan juga keluarga. Oleh itu, pelaksanaan sesuatu program juga perlu melibatkan dirancang dengan teliti agar guru yang terlibat dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang baik. Selain itu, dalam aspek peruntukkan kewangan selalu sahaja mengalami permasalahan. Terutamanya kepada sekolah luar bandar yang enrolmen muridnya tidak ramai. Peruntukan wang kerajaan ini dalah 21

berdasarkan bilangan murid sesebuah sekolah atau lebih dikenali sebagai Bantuan Per Kapita Gran (PKG) untuk mata pelajaran tertentu. Sehubungan itu, peruntukan kewangan juga bergantung kepada

pengurusan kewangan sekolah sama ada daripada pihak pentadbir mahupun ketua panatia subjek itu sendiri untuk membahagikan peruntukan kewangan mengikut aktiviti yang telah dirancang. Sehubungan itu, pengalaman saya untuk mengadakan program semasa menjalani internship tidak mengalami masalah kewangan yang serius kerana sekolah tersebut merupakan sekolah yang agak besar. Contohnya program yang saya laksanakan hanya melibatkan peruntukkan bagi hadiah untuk murid-murid sahaja. Bagi pentadbiran sekolah tersebut, saya hanya diarahkan oleh guru penolong kanan untuk memberikan kertas kerja sahaja kepada kerani sekolah. Manakala dari segi pengurusaan hadiah pula sekolah yang akan uruskan. Tambahan pula peruntukkan kewangan yang diperlukan juga tidak melibatkan jumlah yang besar. 5.2 Pengalaman Internship meningkatkan kefahaman perkembangan profesionalisme guru. Melalui pengalaman menjalani internship di sekolah, saya

mendapati bahawa peranan guru masa kini sangat berbeza dengan masa lalu. Peranan guru masa kini bukanlah semudah yang disangkakan atau yang difikirkan oleh orang ramai. Antara peranan utama guru adalah merupakan agen yang akan mencorakkan sistem pendidikan masa depan negara. Guru bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan persediaan mengajar, menyampaikan isi pelajaran, bertindak sebagai pengurus, kaunselor, pengawal disiplin, berpersonaliti mulia serta dapat berinteraksi dengan baik dengan masyarakat sekolah khususnya dan masyarakat setempat amnya bagi menjayakan wawasan profesion keguruan dengan cemerlang sehingga mencapai tahap yang maksimum. Selain itu, program internship juga dapat membina keyakinan diri sebagai seorang guru. Keyakinan diri sangat penting dalam diri seorang guru bagi memastikan kualiti kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi 22

seorang guru yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, guru tersebut mampu untuk mencuba sesuatu yang baharu dan tidak takut untuk menghadapi risiko untuk gagal. Contohnya, dalam pelaksaan program semasa menjalani internship, guru pelatih tidak perlu takut atau bimbang untuk menguruskan projek tersebut. Menjadi lumrah dunia bahawa setiap sesuatu yang kita lakukan akan mendatangkan kesan yang positif dan negatif. Justeru itu, guru perlu meningkatkan keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru tidak kiralah dari segi kepimpinan mahupun pengajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, melalui internship juga saya didedahkan dengan caracara untuk merancang dan melaksanakan sesuatu projek. Pelaksanaan projek tersebut memerlukan perancangan yang rapi serta memerlukan kerjasama yang baik dalam kalangan kelompok guru itu sendiri. Kemahiran merancang juga sudah merupakan rutin harian sebagai seorang guru dimana sememangnya guru bertanggungjawab untuk merekodkan rancangan pengajaran harian di dalam buku rekod pengajaran. Justeru itu, sepatutnya kemahiran merancang sudah sebati dalam diri seorang guru. Selain itu, internship banyak membantu saya untuk memahami budaya sesebuah sekolah adalah berlainan. Setiap sekolah mempunyai budayanya yang tersendiri. Hal ini termasuklah dari segi kepimpinan sekolah. Budaya kepimpinan sekolah banyak dipengaruhi oleh pengaruh dan gaya kepimpinan guru besar. Selain itu, sikap dan tingkah laku guru besar juga sedikit sebanyak mempengaruhi budaya sekolah. Setiap guru besar akan mempunyai rancangannya yang tersendiri untuk memajukan dan menaik taraf akademik murid-muridnya. Sehubungan itu, internship banyak memotivasikan saya untuk terus menimba ilmu memajukan diri dalam segenap aspek. Era masa kini memerlukan guru yang serba boleh dalam pelbagai bidang. Selain itu, guru juga digalakkan untuk mengembangkan pengetahuan ilmu

pengetahuan supaya ilmu yang diperoleh dapat disampaikan kepada murid secara menyeluruh dan luas. Guru di sekolah juga digalakkan dan 23

diwajibkan oleh kerajaan untuk melonjakkan bidang pendidikan pada tahap yang lebih tinggi lagi. Selain itu, melalui internship juga saya memahami bahawa guru merupakan golongan profesional kerana profesion ini lebih mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangan dan merasa

bertanggungjawab dalam semua tindakan dan keputusan yang dibuat. Guru yang berkualiti terdiri daripada mereka yang memiliki kriteria tertentu seperti keikhlasan, keazaman, kreativiti, dedikasi dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab. Kebanyakan guru di sekolah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendidik anak murid untuk menjadi insan yang sempurna tanpa mengharapkan balasan daripada murid itu sendiri selain daripada kejayaan mereka yang guru harapkan. Selain itu, pengalaman internship ini juga memberikan perspektif terperinci bahawa seorang guru bukan sahaja menjadi pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadi pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat. Sepanjang menjalankan tugas, matlamat guru adalah luhur demi memajukan pelajar, masyarakat dan negara. Dalam suasana dunia pendidikan yang begitu mencabar, guru dianggap sebagai pemimpin profesional. Tanpa seorang guru, tidak mungkin bidang pendidikan dapat berkembang dengan baik untuk membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Akhir sekali guru harus melihat dan mengkaji tentang tugas dan tanggungjawab guru sebelum memilih kerjaya tersebut, mereka perlu tahu apakah faktor yang mendorong mereka memilih kerjaya guru dan faktor yang menyumbang kepada komitmen kerja mereka. Guru yang berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran dalam pendidikan adalah golongan guru yang istimewa, dinamik dan berkaliber. Semoga Allah membalas segala jasa dan pengorbanan guru.

24

6.0

KESIMPULAN Kesimpulannya, tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu

yang mudah seperti yang diuar-uarkan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia apabila disebut sahaja guru, pastinya kumpulan insan mulia ini tergolong dalam kumpulan penjawat awam, iaitu kakitangan yang berkhidmat menabur bakti di bawah kerajaan selaku majikan. Oleh sebab itu, perkhidmatan di bawah naungan kerajaan memerlukan suatu standard yang perlu dipatuhi secara konsisten tanpa sebarang bangkangan atau perlanggaran. Kod etika penjawat awam yang telah digariskan contohnya merupakan satu penanda aras dan jaminan kualiti bahawa produk yang dihasilkan kerajaan benar-benar berkualiti dan sentiasa berfikir dan bertindak mengikut batas-batas dan dalam suasana profesional. Penulisan esei ini diharapkan dapat memberi impak dan output berguna kepada penulis supaya cukup bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan dan terjun ke dalam sektor perkhidmatan awam yang senantiasa penuh dengan cabaran dan dugaan selain suka serta duka yang tentunya akan mewarnai karier perkhidmatan untuk jangka masa 35 tahun lagi dari sekarang. 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang diuar-uarkan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia apabila disebut sahaja guru, pastinya kumpulan insan mulia ini tergolong dalam kumpulan penjawat awam, iaitu kakitangan yang berkhidmat menabur bakti di bawah kerajaan selaku majikan. Oleh sebab itu, perkhidmatan di bawah naungan kerajaan memerlukan suatu standard yang perlu dipatuhi secara konsisten tanpa sebarang bangkangan atau perlanggaran. Kod etika penjawat awam yang telah digariskan contohnya merupakan satu penanda aras dan jaminan kualiti bahawa produk yang dihasilkan kerajaan benar-benar berkualiti dan

25

sentiasa berfikir dan bertindak mengikut batas-batas dan dalam suasana profesional. Penulisan esei ini diharapkan dapat memberi impak dan output berguna kepada penulis supaya cukup bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan dan terjun ke dalam sektor perkhidmatan awam yang senantiasa penuh dengan cabaran dan dugaan selain suka serta duka yang tentunya akan mewarnai karier perkhidmatan untuk jangka masa 35 tahun lagi dari sekarang. 7.0 7.1 REFLEKSI MOHD HAFIZZUDDIN BIN MOHD RUBAI Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang menyempurnakan tugasan kerja kursus projek ini. Penghargaan kepada pensyarah pembimbing Dr Mior Ahmad Termizi atas tunjuk ajar, bimbingan dan ilmu yang diberi. Kepada rakan sekumpulan, Nor Maziana terima kasih diucapkan atas kerjasama yang dihulurkan. Penyempurnaan tugasan ini bermakna selesailah pengajian kursus pengajian Ilmu Pendidikan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat tahun di IPG Kampus Ipoh. Sesungguhnya banyak input dan ilmu yang saya peroleh serta timba, difahami dan akhirnya akan dipraktikkan dalam dunia sebenar semasa sudah ditempatkan di sekolah pada tahun hadapan. Segala kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kekuatan fizikal, mental dan intelek sepanjang

menyempurnakan tugasan ini. Sesungguhnya terlalu banyak cabaran dan ranjau yang perlu diharungi sebagai seorang guru. Selain tugas utama iaitu mengajar, tugas-tugas yang lain juga menurut dan menuntut supaya dikerjakan dan diselesaikan demi kelicinan urusan pentadbiran sekolah. Pengajian asas kepimpinan dan profesionalisme guru ini menuntut supaya sentiasa bertindak dalam keadaan terkawal dan mematuhi segala macam kod etika sebagai penjawat awam semasa sudah dilantik nanti.

26

Ketahuilah

sesungguhnya

terlalu

berat

amanah

ini

untuk

disempurnakan. Jika seorang doktor tersalah memberi ubat kepada pesakitnya, maka seorang pesakit itu sahaja yang mati. Namun begitu, jika guru tersilap mendidik, maka akan rosak, musnah, dan punah seluruh generasi tersebut. Begitu dahsyatnya implikasi jika profesion ini dipandang enteng dan remeh sahaja. Hubungan sesama rakan sejawat nanti juga amat penting. Bertitik tolak daripada kursus inilah seorang guru dapat membina perhubungan sesama rakan sejawat mereka yang lain dalam suasana mesra dan harmoni. Kepimpinan dan kepemimpinan seseorang guru amatlah penting bagi memastikan kelangsungan hayat karier seorang guru di sekolah tempatnya menabur bakti. Akhir kata, semoga segala ilmu yang ditimba dapat dimanfaatkan demi kelangsungan generasi anak bangsa Malaysia. Sekian, terima kasih. 7.2 NOR MAZIANA BINTI ALANG AHMAD Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Sepanjang proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang terpaksa diharungi. Pertamanya, tugasan ini betul-betul menguji dan mencabar idea tentang tajuk yang perlu dikuasai dengan baik. Tambahan pula tugasan ini memerlukan pelajar supaya mengupas isu berkaitan kepemimpinan dengan mendalam melalui penulisan esei pendek. Walau bagaimanapun, kekeliruan berkaitan soalan tugasan ini dapat diatasi dengan adanya perbincangan bersama rakan sekumpulan iaitu Mohd Hafizzuddin dan juga pensyarah pembimbing. Sedikit sebanyak perbincangan tersebut dapat membuka minda tentang cara-cara untuk menulis esei dengan baik dan juga memberikan maklumat yang sangat berguna untuk dimasukkan ke dalam tugasan ini. Keduanya tugasan ini sememangnya mempunyai maklumat yang begitu banyak di dalam internet. Kadang kala maklumat tersebut menyebabkan

27

saya semakin sukar untuk menginterprestasikan maklumat tersebut dengan kehendak soalan tugasan ini. Tambahan lagi untuk menganalisa kesemua maklumat atau bahan bacaan berkaitan dengan tajuk tugasan ini sememangnya mengambil masa yang lama untuk difahami. Walau bagaimanapun, saya telah mengambil langkah penyelesaian dengan bertanya kepada rakan-rakan yang lain dan juga mengadakan perbincangan bersama mereka. Sehubungan itu dengan adanya langkah perbincangan bersama rakan terutamanya rakan sekumpulan iaitu Mohd Hafizzuddin, perkara sebegini banyak mengajar saya untuk menjadi lebih fokus dan prihatin terhadap tugasan yang telah diberikan. Kesimpulannya, dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini saya telah mempelajari dan memahami tajuk tugasan ini iaitu kepemimpinan dengan begitu baik sekali. Hal ini dapat menjadi bekalan kepada saya untuk menjadi seorang guru yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang baik.

28

BIBLIOGRAFI Baharom, N. (2002). Kamus Dewan: Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gordon Thomas (1955). Group-Ceritera! Leadership, New York: Houghton Mifin Hollander (1978), Leadership dynamics: A practical guide to effective relationships. New York: Free Press House, R. J., & Howell, J. M. (1992). Personality and charismatic leadership. Leadership Quarterly, 3: 81-108 Koontz, Harold dan 0Donnel (1984) Management: A System and Contingency Analysis of Managerial Function. New York: Mc. Graw Hill Noriati A.Rashid et al. (2010). Siri Pendidikan Guru Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Robbins, S.(2003). Organization Behavior (Edisi Indonesia) Jilid II. Jakarta : PT. Prenhallindo. Max Weber, (1947) The Theory of Social and Economic Organization. New York: Free Press

29