You are on page 1of 2

LAMPIRAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PGSR NAMA GURU PELATIH : TAJUK KURSUS : Guru dan Cabaran Semasa SEMESTER : TARIKH MULA : Tugasan Projek (100%) Dalam proses meningkatkan kualiti pendidikan dan status profesion keguruan, seseorang guru pasti akan menemui banyak isu dan cabaran pendidikan. Kesedaran dan kefahaman tentang isu-isu dan cabaran-cabaran tersebut adalah penting untuk membantu guru kita berfikiran luas dan mantap. Kerja kursus ini bertujuan ke arah meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang cabaran pendidikan semasa. Secara kumpulan, anda dikehendaki berbincang dan meneliti isu dan cabaran pendidikan yang telah dikenal pasti, iaitu, tonggak pendidikan UNESCO Ahli Kumpulan : Saiful Nazrin, Rosli Ahmad, Rahmat dan Aidil TARIKH HANTAR: 05 Oktober 2012

Huraikan, secara individu, hujah-hujah anda tentang isu atau cabaran pendidikan tersebut dengan memberikan satu contoh yang sesuai bagi setiap isu/cabaran dalam laporan (40%). Seterusnya, secara kumpulan, pilih satu isu atau cabaran pendidikan semasa untuk dibentangkan dalam suatu forum (40%). Dalam forum tersebut, jelaskan (i) (ii) (iii) isu/cabaran pendidikan yang dipilh rasional pemilihan isu/cabaran tersebut cara-cara untuk menangani isu/cabaran pendidikan tersebut

.Secara individu, anda juga dikehendaki membuat refleksi kendiri tentang (20%) (i) (ii) isu/cabaran pendidikan semasa yang dibentangkan forum yang dikendalikan oleh kumpulan anda

LAMPIRAN 2

Arahan Format Kerja Kursus 1. Panjang laporan hendaklah lebih kurang 2500-3000 patah perkataan (10-15 muka surat), tidak termasuk rujukan dan lampiran. Lampiran adalah wajib. 2. Bentuk font ialah Arial, saiz 12; ditaip langkau 1.5 dan rujukan mengikut format APA. 3. Keseluruhan penulisan perlu menunjukkan keaslian, kematangan hujah dan berbentuk ilmiah. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 4. Tugasan ini mestilah lengkap dengan butiran (Bahagian kulit luar berwarna kuning dengan tape binding) - Nama pelajar, no. telefon bimbit, no. kad pengenalan, kumpulan/unit, kod dan nama mata pelajaran, nama pensyarah. 5. Masa untuk pembentangan forum ialah 20 minit. Setiap ahli mesti membentang. 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu. 8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50% 9. Tarikh serahan tugasan laporan: 28 Sept. 2012 Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: Pengenalan yang menarik Perkembangan Implikasi Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keasliandengan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 6. Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah 7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain). Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(CHING SOCK LEE ) Penyelaras Kursus EDU3109 Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun

You might also like