You are on page 1of 10

jenis latihan membina kekuatan otot

kekuatan otot dapat ditingkatkan dengan menambah beban melalui latihan kekuatan otot. terdapat beberapa latihan yang digunakan dalam menghasilkan kekuatan otot. 1. latihan isometrik latihan ini tidak melibatkan pergerakan sendi. saiz otot tidak berubah dan tidak melibatkan pemanjangan otot.

contoh aktiviti : menolak dinding, menarik dua genggaman tangan. daya maksimum dihasilkan oleh otot bisep, trisep dan deltoid. baik untuk pemulihan otot. 2. latihan isotonik latihan ini melibatkan pergerakan sendi. turut melibatkan pemanjangan dan penguncupan otot. contoh aktiviti : mendagu daya maksimum dihasilkan oleh otot bisep, trisep, deltoid, trapezius dan paktoralis major. cepat pulih daripada lesu. baik untuk melatih imbangan. 3. latihan isokinetik melibatkan pergerakan sendi secara terkawal. turut melibatkan pemanjangan dan penguncupan otot yang sekata. contoh aktiviti : bicep curl (dengan panduan kiraan) daya maksimum dihasilkan oleh otot bisep dan trisep. baik untuk pemulihan kecederaan otot dan sebagai latihan kekuatan.

daya tahan otot ialah kemampuan otot melakukan aktiviti berulang kali dalam jangka masa yang lama. kekuatan otot pula ialah kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan dengan menggunakan daya yang maksimum. (tak kira la otot bahagian mana pun) saya selalu menekankan prinsip ini kepada pelajar saya. mudah saja... saya ingatkan pelajar dengan lakonan mudah yang bersahaja untuk memahami maksud kekuatan otot. saya minta seorang pelajar mengangkat benda yang berat untuk menunjukkan kekuatan ototnya. tengokla siapa yang hebat!. dengan itu, pelajar akan lebih mudah faham maksudnya. secara umumnya, kekuatan otot adalah berkaitan dengan rintangan (cth: berapa berat kita boleh angkat?) dan daya tahan otot adalah berkaitan dengan masa (cth: berapa lama kita boleh buat ulangulang kali?).

3.0SISTEM OTOT Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasildaripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan olehpenguncupan dan pemanjangan otot.3.1Komponen Sistem Rangkai. Fiber otot Merupakan sel-sel otot Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues. Berjalur dan bersaiz besar. Diameter diantara 10-100 m Panjang sehingga 40cm

You might also like