You are on page 1of 18

-0-

SEJARAH LAWN BOWLS Mengikut Encyclopedia Brittanica permainan lawn bowls telah mula dimainkan sejak 5000 tahun sebelum masihi. Pendek kata semua permainan yang menggunakan bola telah dicipta di zaman purba ini dengan menggunakan tengkorak manusia sebagai bola. Sejarah modern pula mencatatkan bahawa pada tahun 1299 sebuah gelanggang atau green telah dibina di Southampton, di selatan England. Green ini masih digunakan sehingga hari ini. Pada 18 Julai 1588 Sir Francis Drake (jenama Drake Bowls diambil dari nama ini,) seorang pahlawan Inggeris yang terkenal dan juga peminat sukan lawn bowls yang terkemuka, telah memerintahkan kelasi-kelasi kapalnya tunggu beliau habis bermain lawn bowls di Plymouth Hoe sebelum turun kelaut menentang armada Spanyol yang sedang mara untuk menyerang England. Raja-raja Inggeris pada masa yang sama pun telah mengharamkan permainan lawn bowls ini kerana bimbang rakyatnya akan menjadi terlalu asyik dalam sukan ini dan hilang kemahiran mereka dalam bidang panah memanah yang sangat perlu dalam peperangan. Walau bagaimanapun sukan ini dimainkan secara sulit. Raja Henry VII pula telah meluluskan akta mengenakan pembayaran 100 paun bagi lessen membina sebuah green. Pada pertengahan 1800 satu jawatankuasa telah ditubuhkan dengan bantuan seorang peguam di Glasgow, Scotland dan telah dapat menyediakan satu Code of Rules. Pada masa itu bowls ( atau bola yang digunakan ) adalah diperbuat ( dibentuk ) daripada kayu jenis lignum vitae, satu kayu keras yang tahan lasak. Kemudian sains moden telah dapat mencipta vucanised rubber atau ebonite dan seterusnya pada hari ini bowls adalah diperbuat daripada plastic compound atau composition. Sukan lawn bowls telah berkembang secara besar-besaran dimerata dunia terutama sekali di negara-negara dalam komanwel seperti Australia, New Zealand, South Africa dan Canada. Dalam sukan komanwel yang lalu yang diadakan di Victoria, Canada lebih kurang 20 negara, termasuk Malaysia, telah mengambil bahagian dalam acara lawn bowls. Sukan lawn bowls ini tidak diperkenalkan secara besar-besaran di Malaysia. Kerajaan British yang telah memerintah Malaya telah membina hanya tiga buah green iaitu di Kelab Tasik Perdana (Lake Club), Kelab Sukan Pulau Pinang (Pinang Sports Club) dan Pengkalan Tentera Udara Di Raja Australia di Butterworth. Dari tiga ini hanya green di Butterworth sahaja yang kekal sehingga tahun lepas. Persatuan Lawn Bowls Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1992 setelah Kuala Lumpur diisytiharkan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 dan sejurusnya beberapa persatuan-persatuan negeri pula telah ditubuhkan. Dengan pertolongan The Royal Victorian Bowling Association, Melbourne, PLBM tekah menghantar 8 orang pemain ke Melbourne pada bulan Februari 1993 sebagai pelatih yang ulung sekali mendapat pengajaran rasmi dalam bidang permainan, kejurulatihan dan undang-undang. Empat daripada pemain ini telah lulus dalam peperiksaan umpiring yang dianjurkan oleh RVBA. Persatuan telah dapat menggunakan gelanggang lawn bowls kepunyaan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam sehinggalah beberapa kursus pengenalan dan pertandingan dapat diadakan di situ. Dalam tahun 1994 lapan buah gelanggang yang menggunakan rumput tiruan ( synthetic grass) telah dibina oleh Kerajaan dan tidak lama lagi semua negeri di Malaysia akan mendapat gelanggangnya.

-1-

Dalam sukan Komanwel di Canada tahun lalu Malaysia telah menghantar satu pasukan fours lelaki dan pada hari ini Persatuan telah mengenalpasti satu skuad negara terdiri daripada 14 lelaki dan 14 wanita yang sedang menjalani latihan pusat di Kuala Lumpur. Adalah menjadi harapan Persatuan Kebangsaan dan Persatuan-Persatuan Negeri bahawa sukan lawn bowls ini dapat dipopularkan dan menjadi satu sukan negara, kelak.

*************

-2-

-3-

GELANGGANG PERMAINAN ( THE GREEN ) 1. Terminologi a) Green b) Rink c) Rink Number d) Jack Maker e) Boundary peg f) Conner Fleg g) Wind Indicationh) Walkway i) Bank j) Ditch k) Mat Line l) Mat m) Scoreboard gelanggang permainan kawasan/lorong permainan nombor lorong permainan tanda terletaknya jack tanda kawasan lorong permainan bendera di hujung gelanggang permainan penunjuk arah angina tempat berjalan tebing di sekeliling padang permainan parit di sekeliling padang permainan garisan untuk meletakkan pelapik kaki pelapik kaki sebelum permainan dimulakan papan tanda permainan

2. Ukuran green adalah seperti berikut : Green berukuran minima 36.6m dan maksima 40.0 m persegi Rink berukuran minima 5.5 m dan maksima 5.8m Ditch keluasan minima 203mm dan maksima 381mm Kedalaman minima 51mm dan maksima 203mm Bank 229mm mengatasi dataran green Boundary Peg ketinggian 102mm dan 600mm dari tepi ditch Mat Line 1.8m daripada tebing green

-4-

-5-

-6-

PAKAIAN PEMAIN

-7-

1. Pakaian lelaki dan wanita adalah serupa warnanya kecuali beberapa perbedaan untuk pakaian perempuan. 2. Kasut untuk pemain lelaki dan wanita hendaklah berwarna putih/beige, hitam atau coklat yang tidak bertumit dan bertapak licin. 3. Seluar panjang berwarna putih/beige untuk pemain lelaki dan wanita. 4. Baju putih/beige yang berkolar berlengan pendek atau panjang untuk lelaki dan wanita. 5. Pemain lelaki bertopi putih yang sesuai dan pemain wanita bertopi putih yang sesuai untuk kaum wanita untuk bermain lawn bowls. 6. Semua pemain hendaklah mempunyai sehelai tuala putih untuk mengesat bowls semasa bermain. 7. Pemain lelaki hendaklah memakai tali pinggang berwarn putih/beige, hitam atau coklat mengikut warna kasut yang dipakai.

-8-

-9-

- 10 -

ACARA PERMAINAN 1. ACARA PERMAINAN DI DALAM SUKAN KOMANWEL a) Singles ( Perseorangan ) b) Pairs ( Bergu ) 4 bowls seorang Mata kemenangan 25 mata 4 bowls seorang Jumlah bowls 16 Bermain sebanyak 21 ends 2 bowls seorang Jumlah bowls 16 Bermain sebanyak 21 ends

c) Fours ( Berempat )

2. ACARA PERMAINAN DI DALAM KEJOHANAN DUNIA a) Perseorangan b) Bergu c) Triples ( Bertiga ) sama seperti di atas sama seperti di atas 3 bowls seorang Jumlah bowls 18 Bermain sebanyak 18 ends sama seperti di atas

d) Berempat 3. ACARA BERPASUKAN

Format secara berpasukan boleh mengandungi pelbagai : contoh : a) Satu pasukan mengandungi satu perseorangan, satu beregu dan satu berempat. Mata akan dikira pada setiap perlawanan. Pasukan yang mengutip mata yang banyak akan memenangi perlawanan tersebut. b) Satu pasukan mengandungi tiga permainan berempat. Mata akan dikira kepada setiap perlawanan yang dimenangi. Pasukan yang mendapat mata yang banyak akan memenangi perlawanan.

- 11 -

TUGAS PEMAIN PEMAIN NOMBOR SATU ( LEAD ) Jika bermain dahulu. 1. Meletakkan mat - end pertama di mat line ( 1.8m ) dari ditch - end seterusnya mengikut kehendak skip yagn mengarahkan tetapi tidak boleh bawah daripada mat line (1.8m ) 2. Meleretkan jack 3. Menolong skip untuk meluruskan jack 4. Meleretkan bowls yang pertama 5. Menolong mengumpulkan bowls selepas tamat setiap end Jika bermain kedua; 1. Bersalaman dengan pemain pertama 2. Menghulurkan jack kepada pemain pertama 3. Menghulurkan bowls pertama kepada pemain pertama 4. Menggolekkan bowls pertama 5. Menolong mengumpulkan bowls setelah tamat end. PEMAIN NOMBOR DUA ( SECOND ) 1. Meleretkan bowls mengikut arahan skip 2. Merekodkan mata di dalam scorecard dan scoreboard 3. Sentiasa memeriksa mata dengan pihak lawan 4. Menolong mengumpulkan bowls setelah habis end 5. Setelah tamat permainan hantar scorecard kepada pegawai bertugas

- 12 -

PEMAIN NOMBOR TIGA ( THIRD ) 1. Meleretkan bowls mengikut arahan skip 2. Menjadi skip bila skip meleretkan bowls dan apabila skip tiada 3. Membuat ukuran apabila bowls di dalam jarak yang lebih kurang sama 4. Membuat keputusan mengenai mata di dalam setiap ends bersama third pihak lawan 5. Memberi isyarat kepada skip beramat mata yang kena atau dapat 6. Menolong mengumpulkan bowls setelah tamat setiap ends

PEMAIN KEEMPAT ( SKIP ) 1. Dikehendaki mengetuai dan memimpin pasukan kecuali mengisytiharkan mata 2. Untuk memberi arahan kepada pemain lain apa jenis leretan (shot) yang harus dibuat 3. Untuk membuat keputusan tentang larangan peraturan dengan pihak lawan atau untuk memanggil pengadil (umpire) 4. Meleretkan bowls sebagaimana yang dikehendakinya 5. Mengambil mat jika pihak lawan membuat leretan yang terakhir.

- 13 -

ADJUSTING LENGTH There are various methods for determining the distance that bowl will travel.These include Height that the bowl is held in front of the body Length of backswing Speed of backswing Length of stride Follow-through Environmental factors Fluidity of pendular motion concentration

Height of Bowl long ends medium ends short ends

- chest high - hip high - knee high

Length of Backswing as the length of backswing is increased, the bowl will travel farther length of backswing is proportional of the starting height of the bowl Speed of Backswing a faster backswing will cause the bowl to travel farther care should be taken that a wild, unsteady delivery action may result if this method is exaggerated. Length of Stride this method too should be used with caution as it may eventually have adverse effects on the delivery action. The longer the stride the more forward momentum the body has must the bowl will travel farther. This method may also cause added stress on the knees and leg muscles if the body is not properly prepared for this activity. After the bowl is well up the green the bowler should stand anfd watch his bowl until it comes to rest The bowler should then respect the Laws of the Game and retire to a position behind the mat.

- 14 -

DELIVERY SEQUENCE

- 15 -

- 16 -

- 17 -

You might also like