FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

DISEDIAKAN OLEH NAMA : SHAFIYAH BT MOHAMAD SUBKI I/C : 730731-02-5354

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH OPEN UNIVERSITI MALAYSIA 2011

0

ISI KANDUNGAN 1.0. Pengenalan 2.0. Faktor yang menyebabkan berlakunya bahasa tidak sopan 2.1 Faktor emosi serta cara didikan keluarga 2.2 Penggunaan bahasa dalam media massa 2.3 Pengaruh rakan sebaya 2.4 Sikap individu dan pengaruh persekitaran 3.0. Jenis-jenis bahasa tidak sopan 3.1 Makian 3.2 Silang budaya 3.3 Bahasa lucah 3.4 Kata panggilan 4.0.Cadangan mengatasi Penggunaan bahasa tidak sopan 4.1 Mendidik remaja bertutur dengan sopan 4.2 Peranan ibubapa terhadap pengaruh media elektronik 4.3 Elakkan penggunaan bahasa rojak 4.4 Membudayakan bahasa 5.0.Kesimpulan 6.0.Rujukan

M/S 2 3

8

13

16 17

1

PENGGUNAAN BAHASA TIDAK SOPAN ATAU BAHASA KASAR DIKALANGAN MASYARAKAT

1.0.PENGENALAN Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang dipergunakan oleh para anggota kelompok sosial untuk bekerjasama, berkomunikasi dan mengidentifikasikan diri. Menurut kamus linguistik, bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi suara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berkomunikasi (Kamus linguistic 1997:27). Kelompok sosial secara tradisional biasanya ditentukan oleh batas territorial atau batas geografi yang nyata. Namun dalam masyarakat moden dan pada era globalisasi ini masyarakat antara kelompok, negara dan budaya menjadi tidak ada. Salah satu penanda ikatan kelompok sosial yang biasa dijadikan identiti negara salah satunya ialah bahasa. Oleh sebab itu terdapat berbagai variasi bahasa sebagai salah satu penanda kelompok. Dalam berkomunikasi, terdapat pelbagai faktor penentu penggunaan bahasa iaitu penutur, topik, tujuan, konteks, jalur dan media. Jalur lisan berbeza dengan tulisan, demikian juga penggunaan media, seperti surat kabar, majalah, radio, televisyen menunjukkan adanya variasi bahasa. Bahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau ditulis. Perkataan –perkataan yang digunakan biasanya menyentuh perasaan oang lain. Bahasa yang dihamburkan adalah mengikut perasaan. Kata-kata kesat ialah contoh bahasa kasar seperti `bangang’, `bodoh’,`tak berotak’ dan sebagainya.

2

2.0.FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BAHASA TIDAK SOPAN

2.1.Faktor emosi serta cara didikan keluarga Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan seharian. Faktor emosi serta cara didikan keluarga boleh menimbulkan permulaan kepada perlakuan ini. Pendidikan adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang anak dengan ibu bapanya atau keluarganya atau dengan rakan sebaya atau seorang guru dengan murid-muridnya. Oleh kerana pendidikan adalah satu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya. (Abd. Rahman Abu Bakar, 1992). Kedua ibubapa merupakan institusi yang paling asas dalam pendidikan anak-anak. Anak-anak adalah amanah Allah SWT bagi ibu bapa. Ia diibaratkan sebagai kain putih yang mudah menerima apa yang dicorak kepada anak-anak samada ke arah kebaikan ataupun keburukan, seperti sabda Rasulullah SAW: Bermaksud: “Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci bersih maka kedua ibu bapanyalah yang menyebabkan ia menjadi Nasrani atau Majusi”. (Riwayat At Tabrani) Semasa pembesaran seseorang individu, didikan keluarga yang tidak mementingkan penggunaan bahasa yang baik boleh menyumbang kepada permasaalahan ini. Ibu bapa yang tidak berlemah

3

lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai apabila bercakap dengan anak-anak boleh mendidik anak-anak mereka menjadi begitu. Kadang kala ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk menggunakan bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anakanak.

2.2 Penggunaan Bahasa Dalam Media Massa Menurut Kamus Dewan media massa membawa maksud pelbagai jenis alat perhubungan seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan cepat ( Kamus Dewan, 1989). Media massa membolehkan orangorang yang tinggal di pelbagai tempat menerima maklumat yang serupa dengan pantas. Oleh itu media massa memberikan peranan yang penting kepada manusia dengan memberikan kesankesan tertentu kepada kehidupan manusia. Media massa di Malaysia terbahagi kepada dua klasifikasi iaitu media cetak dan media elektronik.Namun begitu media elektronik yang merangkumi televisyen dan radio paling memberi kesan terhadap penggunaan bahasa. Pertumbuhan dan keunggulan TV dalam kehidupan kita sehari-hari di samping peningkatan teknologi dalam memancarkan maklumat amat besar peranannya (Dennis, E.E 1994:96). Apabila menonton dan mendengar maklumat yang disampaikan melalui televisyen maka, media tersebut akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat sesebuah negara. Media elektronik iaitu televisyen merupakan media yang menjadi “favourite” semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua. Kanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai menonton televisyen. Perkara yang menjadi tontonan adalah berhubung dengan hiburan seperti rancangan kartun dan nyanyian. Hiburan sebenarnya boleh mendatangkan ketenangan, menghilangkan kekecewaan dan mengatasi masalah emosi. Namun begitu kebanyakkan hiburan kartun yang ada televisyen banyak memaparkan penggunaan bahasa yang negatif yang boleh mempengaruhi cara berbahasa atau pertuturan yang kurang sopan dikalangan kanak-kanak.
4

Setiap hari kartun diibarat seperti makanan wajib dimakan untuk hidup. Antara contoh kartun seperti Doraemon, Detektif Conan, Sinchan, Spongebob dan lain-lain lagi. Waktu yang sepatutnya digunakan oleh mereka untuk membaca dan bersama ibu bapa digunakan untuk menonton kartun. Tanpa kita sedari televisyen telah mendidik kanak-kanak dan bukannya ibu bapa. Bahasa yang digunakan oleh rancangan kartun mempunyai bahasa-bahasa kasar yang patut dijauhi. Contohnya dalam Ultraman atau Power Rangers perkataan yang tidak pernah ditinggalkan adalah perkataan “tak guna” atau “jahanam punya penjahat”. Perkataan atau frasa ini tidak sepatutnya dijadikan makanan untuk Si Cilik, kerana peringkat kanak-kanak merupakan peringkat pertuturan yang baik-baik dan tidak berunsur negatif. Jika perkataan ini berulang-ulang didengar oleh kanak-kanak tidak mustahil ianya akan diterjemahkan dalam kehidupan seharian terutama apabila berinteraksi dengan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat persekitaran. Pengaruh media ini sangat besar kesannya dalam mempengaruhi hilangnya kesantunan berbahasa dikalangan masyarakat kini,contohnya banyak dialog-dialog negatif dilontarkan oleh pelakon-pelakon di dalam filem atau drama. Perkataan-perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan ini boleh menjadi ikutan terutamanya golongan remaja, satu peringkat usia yang suka mencuba. Remaja akan terbawa-bawa dalam kehidupan seharian tanpa mengetahui kesan buruknya.

2.3. Pengaruh Rakan Sebaya Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti

5

dengan mereka (Akers, Jones &Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990).

Sebenarnya sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa yang kesat atau kurang sopan dalam pergaulan seharian. Hal ini amat jelas apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Sebagai contoh, perkataan seperti “sial” sering diungkapkan oleh sesetengah remaja kita bagi mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap sesuatu. Namun sebenarnya perkataan sedemikian dan banyak lagi perkataan lain yang berbaur kesat serta mencarut adalah amat tidak manis didengar walaupun diungkapkan antara sesama rakan sebaya. Pendengaran kita juga biasa disajikan dengan ungkapan “ tau tak pe” yang kini dilihat menjadi kebiasaan pengucapan golongan remaja. Lebih mengecewakan ialah mereka langsung tidak mengetahui negatifnya unggkapan tersebut walaupun bertujuan untuk mengiyakan atau bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan.. Selain daripada itu, semasa bergaul sesama rakan sebaya mereka biasa menggunakan kata ganti nama diri yang kurang sopan dan agak kasar seperti gua, lu, bro, beb dan sebagainya berbanding menggunakan bahasa yang sopan seperti saya, kamu awak,saudara, encik dan sebagainya. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa penerimaan masyarakat secara halusnya telah menidakkan keupayaan bahasa ibunda sebagai kayu ukur yang menentukan tingginya martabat bangsa. Persoalannya adakah mereka mengerti akan maksud perkataan yang diungkapkan serta kesannya terhadap perilaku diri dan sensitiviti orang lain? Sungguh pun pertuturan itu hanya berlaku sesama mereka sendiri, adalah tidak mustahil untuk mereka menuturkannya apabila berbicara dengan orang lain.

6

2.4. Sikap Individu Dan Pengaruh Persekitaran HAKIKAT yang berlaku dalam sistem komunikasi masyarakat Malaysia menampakkan semakin lunturnya budaya kesantunan yang merangkumi nilai kesopanan, keluhuran, ketertiban, hormat, merendah diri serta penggunaan lagu suara yang baik dan menyenangkan. Kini, nilai kesantunan ketika berbahasa tidak lagi dipelihara dan semakin kurang diberi perhatian. Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek, melecehkan orang lain dan sebagainya kini mengambil tempat yang akhirnya menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif. Lebih malang ialah kini indahnya sesebuah bangsa bukan lagi kerana bahasa yang digunakan. Sedang suatu ketika dulu bangsa Melayu terkenal dengan ciri-ciri ketimuran yang sarat teguh dengan nilai-nilai mulia dan budi pekerti tinggi. Bahasa diangkat sebagai medium yang berperanan menggabung jalin segala aspek pemikiran, kesopanan, keintelektualan dengan budaya masyarakat Melayu ketika itu. Bangsa Melayu khususnya sedang berhadapan dengan satu fasa kebejatan budi yang memperlihatkan betapa mudahnya keperibadian bangsa dipengaruhi oleh unsur-unsur luar. Keadaan ini berlaku sealiran pula dengan berkembang dan memuncaknya nilai pembangunan material, teknologi yang bercirikan budaya luar. Secara tidak langsung keadaan ini telah menghakis sedikit demi sedikit nilai-nilai berbudi dan santun yang selama ini menjadi pasak kemegahan budaya dan bangsa. Krisis ini berlaku tidak mengira peringkat umur, status dan pangkat sama ada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa bahkan sektor awam yang seharusnya menjunjung etika berbahasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat semakin kurang ditekankan.

7

3.0 Jenis- Jenis Bahasa Tidak Sopan 3.1 Makian Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, makian merujuk kepada kata-kata yang keji yang bertujuan untuk menghina atau memarahi orang lain.Antara contoh penggunaan kata makian yang sering didengar ialah: i. „haram jadah‟atau „anak haram‟ Perkataan „anak haram‟ dan „haram jadah‟ menurut Kamus Dewan Edisi Empat sebenarnya merujuk kepada anak yang tidak sah taraf iaitu lahir di luar nikah.

ii.

„Kurang ajar‟ Berdasarkan Nota Efektif KBSM terbitan Pelangi (2005), „kurang ajar membawa maksud tidak sopan atau tidak berbudi bahasa.

Penggunaan bahasa-bahasa ini seakan sudah sebati dalam masyarakan sehinggakan kadang-kala dianggap seperti satu kebiasaan.

3.2 Silang Budaya Setiap negeri atau negara ada keunikan tersendiri daripada segi budaya mahupun bahasanya. Oleh demikian makna sesuatu perkataan berbeza dalam konteks silang budaya yang merentasi sesebuah negara. Oleh itu perkataan yang sama jika digunakan oleh dua masyarakat yang berbeza akan menghasilkan makna sosiolinguistik yang berbeza. Maksudnya sesuatu perkataan yang digunakan oleh sesebuah masyarakat membawa maksud yang positif, namun pada masa yang sama negatif pada pengamal budaya yang lain. Contohnya dalam bahasa melayu „lawa‟ ertinya cantik tetapi bagi bahasa Sarawak perkataan „lawa‟ membawa maksud sombong.

8

Berikut adalah beberapa contoh perkataan yang wujud dan membawa konotasi yang berlainan bagi dua negara serumpun ialtu Malaysia dan Indonesia:

Perkataan Jakun

Makna di Malaysia Digunakan untuk mengejek

Makna di Indonesia dan Halkum (saluran makanan yang

mempersendakan seseorang Makna sebenarnya dirujuk

bermula dari mulut ke perut atau juga kerongkong).

kepada salah satu kaum asli di Malaysia.

Butuh

Alat kemaluan lelaki dianggap tabu Kata kerja, iaitu perlu atau ingin dalam kalangan masyarakat Melayu

Bapak

Seseorang

lelaki

yang

telah Memanggil/menyapa

seseorang

di

berkahwin dan mempunyai anak.

dalam situasi rasmi atau formal yang membawa makna ‟encik‟

Seronok

Suka atau gembira tentang sesuatu Seseorang yang baru sahaja selesai aktiviti. melakukan hubungan seks

Cerewet

Seseorang yang banyak bercakap, comel suka berleter atau bersungut.

Kapan

Kain putih yang digunakan untuk Kata adverba, iaitu bila membalut mayat

Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan secara meluas di Malaysia, malah di Indonesia juga. Kedua-dua buah negara ini dahulunya berasal daripada rumpun bahasa dan bangsa yang sama, yang disebut sebagai Kepulauan Melayu. Jadi tidak hairanlah penutur bahasa di kedua-dua buah
9

negara tersebut saling memahami. Bagaimanapun, kini terdapat sejumlah perkataan yang berbeza dari segi makna rujukan, nahuan dan sosiolinguistik. Sehubungan itu, kita dapat lihat bahawa sesuatu perkataan yang sama mempunyai makna yang berbeza, bergantung kepada masyarakat dan budaya. Dengan itu, sesuatu perkataan mempunyai makna emotif mengikut makna bagi kedua-dua negara ini.

3.3 Bahasa Lucah Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan „lucah‟ membawa maksud; hina,keji,sangat rendah,tidak senonoh atau tidak sopan. Antara contoh bahasa lucah yang sering digunakan dalam masyarakat dewasa ini ialah: „Cibai‟ juga adalah antara kata makian yang wujud dalam perbualan sehari-hari dalam kalangan rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia. Perkataan ini merupakan perkataan Hokkien(bahasa cina) yang bermaksud „faraj‟ namun telah digunakan oleh kebanyakkan kaum di Malaysia melalui pergaulan antara berlainan etnik. Selain membawa maksud‟faraj‟ cibai juga bermaksud sial. Ia bermaksud demikian ketika seseorang merasa marah atau kecewa dengan sesuatu kejadian. Cibai juga digunakan untuk merujuk kepada perempuan dalam perbualan pada kebiasaannya di kalangan kaum lelaki. Cibai turut digunakan bersama perkataan hokkien lian untuk menambah kemarahan mereka yang menerima makian tersebut. Berikut adalah gabungan antara perkataan cibai dengan perkataan lain: i. ii. iii. iv. Chau cibai Cibai bin Cibai kang - bermaksud „faraj busuk‟ - bermaksud „muka faraj‟ - bermaksud „lubang faraj‟

Nimbu e cibai - bermaksud „faraj mamakmu‟

Apabila seseorang individu itu itu berada dalam keadaan marah seringkali perkataan-perkatan ini dihamburkan tanpa memikirkan perasaan dan sesitiviti individu lain yang mendengar.

10

3.4 Kata Panggilan Kata panggilan merujuk kepada kata ganti nama diri iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang apabila bercakap. Kata ganti nama diri terbahagi: i. Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap atau dikenali juga sebagai pihak pertama. Contohnya: Tunggal (seorang) - saya, aku, beta, patik, hamba Jamak (dua atau lebih) - kami,kita

ii.

Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang dilawan bercakap dan orang yang mendengar percakapan atau dikenali juga sebagai pihak kedua. Contohnya: Tunggal - awak, anda, engkau Jamak – kalian

iii.

Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan, orang yang dinaksudkan atau dikenali juga sebagai pihak ketiga. Orang ketiga biasanya tidak hadir atau tidak mendengar ketika percakapan itu berlaku. Contoh: Tunggal – dia, ia, beliau, baginda Jamak - mereka

Kata ganti nama diri atau kata panggilan hendaklah digunakan dengan betul dan sesuai dengan sosiobudaya masyarakat Melayu. Penggunaan kata ganti nama diri atau kata panggilan yang tidak sesuai dianggap kurang sopan atau biadap. Telitikan dialog-dialog berikut:

11

(a) “Kau hendak pergi ke mana?” tanya Swee Kim kepada Cikgu Hasnah. (Sepatutnya: “Cikgu hendak pergi ke mana?” tanya Swee Kim kepada Cikgu Hasnah.) (b) “Awak dari balai mana?” tanya Arumugam kepada pegawai polis itu. (Sepatutnya: “Encik dari balai mana?” tanya Arumugam kepada pegawai polis itu.) (c) “Ayah aku hendak berjumpa dengan kamu,” kata Siew Ling kepada Pak Cik Halim. (Sepatutnya: “Ayah saya hendak berjumpa dengan pak cik,” kata Siew Ling kepada Pak Cik Halim.) Kata panggilan yang agak kasar dan tidak bersopan juga sering digunakan oleh masyarakat di negara ini, misalnya istilah yang berupa kata pinjam „gampang‟ yang datang dari etnik jawa digunakan secara meluas dalam pertuturan harian masyarakat melayu terutama di tangah dan selatan negeri Perak.. Istilah „gampang‟ termaktub dalam Kamus Dewan sebagai: gampang Jw mudah; anak - anak haram; menggampangkan memudahkan, menganggap ringan; gampangan Jk lebih mudah; gampang-gampangan dgn cara mudah sahaja, alang-alangan, tidak dengan bersunguhsungguh. Bagi masyarakat Melayu Perak yang turut sering menggunakan istilah "gampang" menuturkannya tanpa mengambil kira konteks penggunaannya sehingga ada yang marah apabila mendengar istilah ini kerana menganggapnya sebagai kata cacian. Ada pula yang menggunakan istilah ini sebagai kata gurauan agak kasar yang digunakan dikalangan kawan rapat sehingga ada yang menjadikannya kata panggilan kepada kawan rapat sebagai gurauan.

12

4.0.Cadangan Mengatasi Penggunaan Bahasa Tidak Sopan. 4.1 Mendidik Remaja Bertutur dengan Sopan Dalam hal ini, para ibu bapa, institusi pendidikan dan masyarakat berperanan untuk membimbing anak-anak atau golongan remaja dalam membentuk gaya pertuturan yang sopan dan teratur. Ketegasan ibu bapa semasa di rumah diperlukan agar anak-anak terbiasa dengan disiplin pertuturan yang terdidik walau di mana mereka berada.Begitu juga peranan guru-guru di sekolah perlu sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk berkelakuan dan berbahasa sopan dalam kehidupan seharian. Anak-anak terutamanya pada peringkat umur kanak-kanak sememangnya amat mudah mempelajari ungkapan baru daripada orang di sekeliling mereka. Mereka kemudiannya akan berusaha menggunakan ungkapan tersebut dalam pergaulan seharian walaupun pada dasarnya mereka tidak memahami apa yang dipertuturkan.Oleh itu di sini masyarakat harus memainkan peranan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik ketika berbahasa. Ibu bapa juga perlu menegur dan menegah anak-anak kecil daripada menggunakan perkataan yang kasar atau kesat sejurus perkara tersebut berlaku agar tidak diulangi lagi.

4.2 Peranan Ibu Bapa Terhadap Pengaruh Media Elektronik Seperti yang diketahui, media merupakan salah satu medium yang berperanan dalam memperkenalkan unsur-unsur bahasa tidak sopan kepada masyarakat terutama golongan kanakkanak dan remaja melalui rancangan –rancangan hiburan yang ditayangkan. Oleh itu ibu bapa mestilah meluangkan waktu bersama kanak-kanak dalam setiap aktiviti mereka. Belaian ibu bapa terhadap sicilik merupakan tanda kasih sayang yang amat diperlukan mereka. Jika menonton rancangan televesyen sewajibnya ibu bapa menemani sicilik agar rancangan televesyen yang dipertontonkan dipantau dengan rapi agar tidak terdedah kepada unsur-unsur negatif.

13

Rancangan Berunsur Dokumentari Bukan semua rancangan di televesyen itu negatif, terdapat juga rancangan yang menjana otak mereka supaya menjadi matang. Antaranya rancangan berbentuk dokumentari yang mana rancangan tentang unsur-unsur alam semulajadi. Kehidupan haiwan dan tumbuhan yang ditayangkan memberi kesedaran kepada mereka bahawa Alam ciptaan Tuhan amat luas dan tiada penghujungnya. Apabila sicilik melihat rancangan dokumentari ini dengan ditemani ibu bapa dan keluarga secara tidak langsung keterikatan hubungan makin erat dan rapat. Pastikan Televesyen Jarang Terpasang Televisyen yang dipertontonkan kepada anak anda haruslah jarang dipasang agar televisyen tidak menjadi keperluan mereka. Jika perkara sebegini berlaku dan televisyen menjadi kehidupan mereka, hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan mula renggang akibat ada orang ketiga. Dalam tempoh 12 tahun pertama kehidupan kanak-kanak ia haruslah rapat dengan budaya membaca. Budaya membaca ini akan menjadikan anak anda lebih matang dan berwawasan jauh. 4.3 Elakkan Penggunaan Bahasa Rojak Kempen demi kempen mengenai bahasa sering kita lakukan namun usaha untuk menaikkan imej bahasa kebangsaan menemui pelbagai masalah. Ada yang menganggap kita semua mampu menggunakan bahasa kita dengan betul ketika kempen diadakan, tetapi selepas itu pertuturan kita menjadi tunggang-langgang. Jika bahasa itu dilaung-laungkan sebagai lambang jati diri bangsa, maka sudah sewajarnya usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu diperhebatkan dan setiap warga yang bahasa ibundanya bahasa Melayu berusaha mendaulatkan bahasa Melayu.

Kita tidak nafikan keaslian bahasa ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang diguna pakai oleh masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu sendiri ketika bertutur sesama rakan. Menurut sejarah, bahasa rojak sudah mula dapat dikesan ketika zaman Parameswara lagi iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka.
14

Di Melaka ketika itu, terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan, maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan bahasa perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal. Sampai kini isu bahasa rojak tidak pernah selesai malah bertambah buruk sehingga menjejaskan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan terutamanya di kalangan remaja dikatakan menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. Kepelbagaian jenis pencemaran bahasa di negara kita memerlukan pemantauan yang bersungguh-sungguh oleh pencinta bahasa. Badan yang bertanggungjawab untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, media massa perlu melipatgandakan usaha ke arah memartabatkan bahasa Melayu supaya diyakini penggunaannya. 4.4 Membudayakan Bahasa Membudayakan bahasa secara ringkas boleh dikatakan mengamalkan penggunaan bahasa kebangsaan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan. Ini tidak bermakna bahasa ibunda lain mesti diketepikan tetapi dalam pelbagai urusan harian yang membabitkan surat-menyurat, surat perjanjian jual beli, ceramah, seminar yang bersifat kebangsaan mesti menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Oleh itu, jika kita mementingkan identiti bangsa yang mampu terpancar menerusi bahasa, tidak perlu kita mencampuradukkan bahasa asing dalam pertuturan harian ketika berurusan atau berbual-bual sesama rakan. Slogan „bahasa menunjukkan bangsa‟ tidak berguna lagi jika orang Melayu mencampuradukkan bahasa Melayu dan Inggeris atau Arab dalam perbualan harian mereka. Kerjasama pihak yang membuat kesalahan dengan bersedia dan berusaha menukar kesalahan mengenai bahasa amat dialu-alukan. Pelbagai pihak yang bersedia merujuk aspek bahasa kepada badan berpengaruh tentang bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan jalan terbaik mengurangkan masalah pencemaran bahasa di negara kita.

15

Tidak salah kita menggunakan bahasa asing dalam pertuturan seharian, tetapi biar bertempat dan biar tidak dicampuradukkan. Jika bercakap Inggeris, cakaplah bahasa Inggeris sepenuhnya dan jika bertutur bahasa Melayu, bercakaplah bahasa Melayu sepenuhnya.

5.0 Kesimpulan Kesantunan ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan dapat dilihat dalam interaksi antara dua atau lebih pihak yang berkomunikasi. Bahasa bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat, tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan penuturnya. Melaui bahasa kita dapat menyembunyikan dan mengungkapkan pemikiran kita. Dengan bahasa juga konflik tercipta dan berakhir. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita,asal-usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita, sama ada ia sesuatu yang baik ataupun sebaliknya. Lemah-lembut dan bersopan dalam pertuturan tidak akan merendahkan harga diri, sebaliknya menambahkan rasa hormat orang lain terhadap kita dan dapat mengeratkan ikatan ukhuwah antara sesama insan.

Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa. (3,264 patah perkataan)

16

RUJUKAN

1. Nor Azian Abd Aziz (2005).Analisis Kesantunan Berbahasa: Satu Kajian Kes. Fokus m.s 35. 2. Salam H.Burhanuddin (1987).Etika Sosial. Asas Moral Dalam Kehidupan

Manusia.Jakarta. P.T Rineka Cipta. 3. Asmah Hj Omar (1986). Bahasa Dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Puataka. 4. Nooriah Mohamad (1998). Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia. 5. Noor Hashimah Jalaluddin (1992). Semantik Dan Pragmaktik : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 6. Norizah Ardi (1990). Sikap Bahasa : Satu tinjauan ringkas. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 7. Minda : Hilang Budaya Santun. Dimuat turun dari: http://www.beritaonline.com.my 8. Nurl Izzah Sidam. Bahasa Oh Bahasa. Dimuat turun dari : http://www.utusan.com.my

17