HUBUNGAN ETNIK

1

Pengenalan
• Perubahan dalam masyarakat – dahulu di kampung-kampung, lingkungan kaum keluarga daripada etnik yang sama. Cara pemikiran yg sama. - Kini tinggal di bandar-bandar berhadapan dan berinteraksi dengan pelbagai etnik.
2

Memahami Hubungan Etnik
• Dari sudut pandangan bidang ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, sosiologi dan antropologi. • Mengkaji tentang manusia dan cara kumpulan manusia berinteraksi dengan kumpulan manusia lain.

3

Istilah-istilah
• Masyarakat – kumpulan manusia yang tinggal di satu tempat dan berinteraksi antara satu sama lain. • Kumpulan etnik – kumpulan manusia yang mengamalkan kebudayaan yang sama. Membezakan kumpulankumpulan manusia yang mempunyai kebudayaan berlainan dalam sesuatu masyarakat.
4

PERPADUAN
• Perpaduan ialah proses menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dabn bangga akan tanahair
5

Integrasi
• Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulankumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik. • Proses penyatuan semua aspek fizikal, sosial, ekonomi, politik dan termasuk aspek biologikal.
6

Asimilasi
• Asimilasi adalah satu proses percampuran kumpulan-kumpulan minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. .
Minoriti A Minoroti B Minoroti C

Majoriti D

7

Asimilasi Budaya (Akulturasi)
• Satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari budaya kumpulan majoriti (hanya aspek budaya diasimilasikan). • Orang Cina/India – pakai baju kurung, makan makanan Melayu, dll

8

Asimilasi Struktur
• Suatu proses di mana kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama kumpulan majoriti. (Institusi utama seperti institusi pendidikan, ekonomi, politik dan sosial) • Penyertaan dalam institusi pendidikan (sekolah/ universiti), Penyertaan dalam politik (BN, Pakatan Rakyat)
9

Amalgamasi
• Proses percantuman menyeluruh dalam aspek kehidupan dan merupakan dimensi yang paling tinggi dalam proses integrasi. • Ianya berlaku apabila kepelbagaian kumpulan etnik bercampur dan berpadu membentuk satu budaya baru. • Contoh – perkahwinan campur.
10

Pluralisme
• Konsep yang mepertahankan kepelbagaian kumpulan etnik. • Pluralisme kebudayaan – pengekalan ciri-ciri kebudayaan dan identiti pelbagai kelompok, termasuk kebudayaan kelompok minoriti. • Pluralisme ubahsuaian – proses kepelbagaian kumpulan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain yang membawa sedikit perubahan 11 dalam budaya asal mereka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful