Sejarah Shell Eco Marathon peringkat Antarabanga

Shell Eco Marathon telah mula diperkenalkan pada awal tahun 1939 oleh Laboratorium Riset Shell di Amarika Syarikat. Ia tercetusnya pertandingan ini apabila pekerja-pekerja Syarikat Shell di Amarika Syarikat membuat pertaruhan untuk mencipta kenderaan yang mampu pergi jauh pada jumlah penggunaan bahan api yang sama. Sejak pertandingan Shell Eco Marathon ini diadakan, pelbagai penyelidikan telah dilakukan oleh golongan para ilmuan, jurutera untuk menghasilkan kenderaan yang mampu pergi jauh dan dapat memaksimakan penggunaan bahan api. Semenjak pertandingan ini dimulakan, ianya semakin mendapat sambutan dengan penyertaan daripada university di seluruh dunia. Maka, semenjak itulah pertandingan ini mula berkembang ke benua-benua lain. Pertandingan ini telah menjadi acara tahunan yang dianjurkan oleh Shell untuk menggalakkan mahasiswa Universiti mencipta kenderaan yang menjimatkan pengunaan bahan api. Pada tahun 1985 di Perancis telah menarik minat ribuan jurutera dan golongan ilmuan muda dari 20 negara di Eropah. Shell Eco Marathon Amerika pertama kali diadakan tahun 2007 di California Speedway. Dan pada tahun 2010, Shell eco Marathon pertama kali diadakan di peringkat Asia, di Kuala Lumpur, Malaysia. Dan pertandingan seumpama ini telahpun berlansung diperingkat antarabangsa di Amarika, Eropah dan Asia. Pertandingan seumpama ini mampu melahirkan mahasiswa yang kreatif dan berdaya saing kerana bagi menghasilkan sebuah kenderaan, ianya pasti memerlukan penyelidikan untuk menghasilkan kenderaan yang menepati syarat pertandingan. Selain itu, kebanyakkan rekabentuk kenderaan yang dicipta juga sangat menarik dan mempunyai rekabentuk yang futuristik. Universiti Teknolgi Malaysia (UTM) telah muncul sebagai pasukan pertama Malaysia yang menyertai Shell Eco Marathon Eropah yang telah dipertandingkan pada tahun 2009 di EuroSpeedway Lausitz Berlin, Jerman.

Johor.wikipedia.shell.com/index.com/home/content/ecomarathon/events/americas/ Modul Teknologi Automotif SPL4002 (2012) . skudai.org/wiki/Eco-marathon http://ecocar-upi. Universiti Teknologi Malaysia. .php/about-sem http://www.http://ms.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful