You are on page 1of 1

9.2 Ciri-ciri Wacana : 1.

Mempunyai koheren (pertautan): ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi yang lain. 2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus kepada tajuk atau isu yang diketengahkan. 3. mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana,penggunaan ayat. 4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya. 5. Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama. 6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca. 7. Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian. 8. Mempunyai gaya: bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek. 9. Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya.