You are on page 1of 12

Malaysia bersedia hadapi krisis

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan NORLAILI ABD. RAHMAN ekonomi@utusan.com.my

Najib Tun Razak bersalaman dengan pembentang kertas kerja, Profesor Nigel Osborne selepas melancarkan buku berjudul Sandpipers and Mudskippers sambil diperhatikan Azman Mokhtar (dua dari kiri) dan Abdul Ghani Othman di Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Urus tadbir, permodalan dan kecairan yang lebih baik membolehkan Malaysia sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku krisis ekonomi sekali lagi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mengimbau sejarah krisis ekonomi global 2008 dan krisis kewangan Asia 1997, beliau berkata, situasi yang berlaku itu telah mematangkan kerajaan dalam menguruskan ekonomi di saat-saat sukar. Menurutnya, ketika itu perbelanjaan isi rumah dan sektor pengilangan terutama elektronik merudum, malahan turut menjejaskan pasaran komoditi. "Risiko berlakunya krisis ekonomi tetap ada, bagaimanapun syukur kerajaan berjaya menguruskan ekonomi dengan baik dan membawanya keluar daripada krisis, sekali gus meletakkan Malaysia di kedudukan yang lebih kukuh," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup Forum Megatrends Khazanah di sini, hari ini. Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Azman Mokhtar. Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut diberi penghormatan melancarkan buku bertajuk 'Sandpipers and Mudskippers' yang antara lain mengisahkan hidupan paya bakau di Ramsar, Iskandar Malaysia, Johor. Dalam perkembangan lain, Najib berkata, pada tahun ini pertumbuhan ekonomi negara dijangka terus kukuh iaitu antara 4.5 peratus hingga lima peratus.

"Untuk tahun depan pula kita menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) buat pertama kali boleh melepasi RM1 trilion, kadar pengangguran rendah iaitu kurang daripada sekitar tiga peratus dan sistem perbankan yang mantap. "Atas faktor tersebut kerajaan berjaya membentangkan bajet yang memenuhi keperluan rakyat tetapi dalam masa sama tetap bertanggungjawab terhadap kedudukan kewangan negara," ujarnya. Menyentuh isu sama, Najib berkata, kerajaan komited mengurangkan defisit kewangan daripada 4.5 peratus kepada empat peratus tahun depan dengan sasaran jangka sederhana menjelang 2015 sebanyak tiga peratus. "Kita komited untuk memenuhi hasrat ini dan kita juga berada dalam landasan untuk mencapai sasaran tersebut. "Seperkara lagi Bajet 2013 bukanlah sekadar perbelanjaan kewangan untuk masa sekarang tetapi ini adalah bajet untuk masa depan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121003/ek_01/Malaysia-bersedia-hadapikrisis#ixzz28E55Aixb Utusan Melayu (M) Bhd

LANSKAP EKONOMI MALAYSIA MASA KINI & CABARAN 2012


1. Kejayaan YAB Dato Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia menguruskan negara kita ini dalam tempoh 3 tahun pertama beliau menerajuinya telah dilaporkan dengan meluas. Setinggi tahniah kepada beliau dan bersyukur kita kepada Allah swt kerana kita yang turut menikmati kejayaan tersebut. Kita dapat tumpang berteduh: Anak duri anak tenggiri, Dalam belanga bertemu jodoh, DS umpama payung negeri, Tempat kita tumpang berteduh. 2. Dalam pada itu, saya ingin melebar-luaskan 6 kejayaan beliau yang lain. 3. Pada umumnya, di merata dunia, termasuklah Malaysia, rakyat mengharpakan sekurang-kurangnya 6 pra syarat utama untuk meneruskan kehidupan yang makmur dan sejahtera. Pertama, keamanan; kedua, aktiviti ekonomi yang rancak; ketiga, peluang pekerjaan yang banyak; keempat, pendapatan yang meningkat; kelima, kemiskinan yang rendah atau sifar; dan keenam, kadar inflasi yang rendah atau sederhana. 4. Dalam konteks ini, kepujian wajar diberikan kepada YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 1 di atas kejayaan cemerlang beliau memenuhi tuntutan 6 pra syarat tersebut. Kejayaan beliau mengemudikan negara dalam aspek keamanan dan ekonomi itu terbukti dari fakta-fakta yang ingin saya berkongsi bersama di sini. 5. Dalam pada itu, wajarlah juga kita merakamkan setinggi penghargaan terhadap beberapa orang kuat DSN (seperti Pak Husni, Tok Pa, H2O dan Pak Zahid) yang telah membantu beliau dalam mencapai kejayaan cemerlang tersebut. Rekod kejayaan ini pula selari dengan apa yang dicapai oleh DAR di Melaka. Keamanan & keselamatan 6. Dari segi keamanan dan keselamatan, adalah jelas sekali beliau telah berjaya mengurangkan kadar jenayah yang merupakan salah satu dari 7 NKRA yang telah beliau tetapkan. Pada tahun 2009, Indeks Jenayah Keseluruhan adalah sebanyak 746 kes per 1,000 penduduk. YAB PM kita telah berjaya menurunkannya

sebanyak 15% pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 dan sebanyak 16% lagi pada tahun 2011. Kejayaan ini tentulah membanggakan kerana ia telah jauh melebih sasaran 5% yang telah ditetapkan menjelang akhir 2012. 7. Kejayaan tersebut diperkukuhkan lagi oleh ukuran Global Peace Index (GPI) yang mana tahap kemanan Negara kita telah meningkat dari tangga ke-22 pada tahun 2010 ke tangga ke-19 pada tahun lalu. Di kalangan Negara ASEAN kita kekal berada di tangga teratas manakala di benua Asia pula kita berada di tangga ke-2 selepas Jepun. Kerancakan ekonomi 8. Dari segi kerancakan pertumbuhan ekonomi pula, berdasarkan ukuran GDP, beliau telah mampu mencatatkan pertumbuhannya sebanyak 5.1% pada tahun lepas. Walaupun ianya lebih rendah berbanding 7.2% pada tahun 2010, namun ianya sungguh cemerlang dalam konteks persekitaran ekonomi global yang sukar dan tidak menentu ini. 9. Sebagai bandingan, pertumbuhan ekonomi global telah menurun dari 5.2% pada tahun 2010 kepada 3.8% pada tahun 2011 manakala ekonomi negara maju seperti USA, Jerman, UK, Perancis dan Jepun turut mencatatkan pertumbuhan yang lemah iaitu masing-masing 1.5%, 2.7%, 1.1%, 1.7% dan -0.5% pada tahun yang sama; jauh lebih rendah dari pencapaian Malaysia. 10. Ekoran dari pertumbuhan GDP yang memuaskan itu dan dibantu oleh hasil kerajaan Persekutuan yang bertambah sebanyak RM13.2 bilion pada tahun 2011 melalui peningkatan kutipan LHDN sebanyak RM109.7 bilion berbanding anggaran sebanyak RM96.5 bilion maka Kerajaan BN telah berjaya mengurangkan defisit fiskal kepada 5.0% berbanding unjuran 5.4%. Ini bermakna, YAB PM telah berjaya mengemudikan ekonomi Negara serta mengawal dan menguruskan wang rakyat dengan berhemah sepanjang 3 tahun berturut-turut apabila beliau berjaya menurunkan defisit fiskal dari dari 7.0% pada tahun 2009 kepada 5.6% (2010) dan 5.0% pada tahun lalu dalam suasana ekonomi yang berkembang. 11. Yang demikian, saya inigin menegaskan bahawa penyakit yang dialami oleh Greek, Itali, Portugal dan Sepanyol tidak akan menjangkiti Malaysia, insyaAllah. Janganlah pihak pembangkang menakut-nakutkan rakyat tak tentu pasal. Lebih-lebih lagi hutang Negara kita, walaupun dikatakan agak tinggi iaitu 53.1% daripada nilai GDP, masih lagi rendah berbanding dengan Singapura (98%) dan Jepun (200%). 12. Tahap tersebut juga jauh lebih rendah berbanding dengan 75.5% yang dicatatkan pada tahun 1990. Juga tidak begitu membimbangkan kerana hanya 4% sumber hutang tersebut dipinjam dari luar. 13. Pada masa yang sama, dengan peningkatan hasil kerajaan sebanyak RM13.2 bilion itu, maka ia mengukuhkan lagi lebihan akaun semasa kerajaan yang diunjurkan sebanyak RM5.3 bilion semasa pembentangan Bajet 2012 pada tahun lepas.

14. Lebihan akaun semasa kerajaan membuktikan bahawa hasil yang diperolehi melebihi perbelanjaan mengurus. Dan belanja mengurus itu meliputi peruntukan untuk BR1M bernilai RM2.6 bilion, bantuan sekolah sebanyak RM530 juta dan baucer buku berjumlah RM260 juta. Ini bermakna, semasa meluluskan Bajet 2012, semua ahli Dewan yang mulia itu telah mengakui bahawa kerajaan BN TIDAK meminjam sesenpun daripada sesiapapun untuk melangsaikan tanggungjawab meringankan beban rakyat itu. Peluang pekerjaan 15. Dari segi peluang pekerjaan, YAB PM berjaya menjana peluang pekerjaan yang banyak melalui aktiviti ekonomi yang rancak, sepertimana yang saya lakarkan sebentar tadi. Justeru beliau terus berjaya mengekalkan tahap guna tenaga penuh iaitu kadar pengangguran berada di bawah threshold 4%. 16. Kadar pengangguran pada tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing sebanyak 3.7%, 3.4% dan 3.1%. Lanskap ini berbeza dengan beberapa Negara maju seperti Jepun (4.4%), UK (7.8%), USA (9.1%), Perancis (9.5%) dan Sepanyol (23.3%). Kerana itu, bukan sahaja rakyat Negara ini mendapat manfaatnya, bahkan menjadi tarikan rakyat asing untuk datang bekerja berduyun-duyun di sini. 17. Dianggarkan lebih 2 juta warga asing bekerja di Malaysia atau kira-kira 16% dari jumlah tenaga kerja kita. Tahap ini adalah tahap yang membimbangkan, khususnya dari segi keselamatan dan masalah sosial; lebih-lebih lagi terdapat hampir 400,000 rakyat kita yang masih menganggur. 18. Dalam konteks ini, eloklah Menteri Sumber Manusia menerangkan outcome usaha mengurangkan kebergangtunggan Negara kepada pekerja asing dan apakah usaha-usaha selanjutnya untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih berkesan dan prudent lagi. Meningkatkan pendapatan 19. Mengenai peningkatan pendapatan pula, dari segi GDP per kapita, YAB PM telah mampu melonjakkan sebanyak 14%, dari RM26,175 pada tahun 2010 kepada RM29,816 pada tahun lalu. Berdasarkan prestasi ini, dijangka pendapatan individu dan isi rumah akan turut meningkat kerana peluang pekerjaan yang banyak, kadar pengangguran yang rendah serta peningkatan gaji yang memuaskan. 20. Saya mengambil purata kenaikan gaji di sektor perdagangan agihan sebagai proksi peningkatan pendapatan ini. Purata gaji di sektor tersebut telah melonjak 27%, dari RM4,250 pada suku kedua 2010 kepada RM5,403 pada suku ketiga 2011. Yang demikian, adalah dijangkakan kadar kemiskinan sebanyak 3.8% pada tahun 2009 akan dapat diturunkan lagi. Ia berbeza dengan tahap kemiskinan yang tinggi dan terus meningkat di India (75.6%), Indonesia (50.6%), Mesir (18.5%), USA (15.1%) dan di UK (14.0%). Kadar Inflasi

21. Akhir sekali mengenai kadar inflasi. Bertepatan sekali dengan slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan, YAB PM telah menambah senarai NKRA, yang mana asalnya sebanyak 6 bidang, kepada 7 bidang dengan menambah usaha menangani serangan inflasi. 22. Beliau bukan sahaja meneruskan usaha tradisional seperti meneruskan subsidi, menambah penawaran, mengawal dan memantau kenaikan harga barang bahkan juga memeperkenalkan inisiatif baru seperti Klinik 1Malaysia, KR1M, Menu 1Malaysia, bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang murid, baucer buku sebanyak RM200 seorang pelajar dan BR1M, seperti yang telah saya nyatakan awal tadi. Semua ini adalah dalam konteks untuk mengurangkan beban rakyat dan memelihara kebajikan mereka. 23. Sebagai outcomenya, kadar inflasi telah dapat dijinakkan. Kenaikan tahunanya pada bulan Februari lalu hanyalah 2.2% berbanding USA (2.9%), UK (3.6%), Indonesia (3.7%), China (4.6%) dan India (6.5%). 24. Berdasarkan 6 kejayaan cemerlang yang telah saya lakarkan itu maka memang wajarlah Negara kita, khususnya YAB PM, mendapat pujian dan sanjungan dari badan-badan antarabangsa yang berwibawa seperti IMF. Sudah tentulah kita tidak boleh mengharapkan pengiktirafan dan pujian dari pihak pembangkang kerana hanya jauhari yang mengenali manikam! Prospek 2012 25. Dalam kita meraikan kejayaan tahun lalu itu, kita haruslah mindful atau berwaspada dan berhemah tentang situasi semasa dan akan datang. Prospeknya tidaklah begitu cerah kerana lanskap geo-politik dan ekonomi dunia pada tahun 2012 bertambah mencabar. 26. Sovereign debt yang besar, austerity drive yang ganas dan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan Negara-negara di Zon Euro dan USA serta keadaan kemelesetan ekonomi di Jepun boleh mengancam jumlah global GDP dan perdagangan dunia pada tahun ini. 27. Menurut pandangan IMF, aktiviti global telah bertambah lemah dan downside risks pula meningkat. Selari dengan pandangan itu, sepertimana saya maklumkan awal tadi, Tabung tersebut mengunjurkan pertumbuhan GDP dunia pada tahun 2012 lebih rendah iaitu hanyalah 3.3% berbanding 3.8% pada tahun lalu. 28. Sudah tentu pertumbuhan yang lebih rendah ini akan memberi tamparan dan tempias kepada Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak IMF menaruk keyakinan yang penuh terhadap kemampuan kita mendepani cabaran dunia luar itu kerana kita memiliki sistem kewangan yang mantap dan berdaya tahan serta program transformasi ekonomi yang diperkenalkan oleh YAB PM kita secara terancang. 29. Justeru Tabung berkenaan mengunjurkan Negara kita masih mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang modest sekitar 4.0% pada tahun ini.

30. Harus dipuji bahawa di bawah lanskap aktiviti ekonomi global telah bertambah lemah dan downside risks pula meningkat maka pertumbuhan GDP sebanyak 4% itu amatlah membanggakan. Namun kita harus pula akui bahawa kadar pertumbuhan tersebut adalah di bawah sasaran purata 6% setahun yang telah ditetapkan di bawah MBE. 31. Setelah mengetahui senario ini maka rakyat bersama kerajaan hendaklah berganding bahu menerokai usaha baru untuk mempastikan bahawa sasaran pertumbuhan purata 6% setahun itu akan dicapai menjelang 2020 nanti. Antara usaha yang boleh dilakasanakan ialah menfaatkan kira-kira 7 juta sumber manusia yang kini berada di luar tenaga buruh. 75% (5.2 juta orang) daripada mereka adalah berpelajaran menengah dan tertiari. 32. Pertumbuhan ekonomi adalah pra-syarat penting untuk mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Terdapat tanda-tanda awal bahawa kita akan mengulangi sejarah Negara maju di mana perkembagan ekonomi disusuli oleh penglebaran jurang kekayaan. Justeru itu, kerajaan hendaklah komited untuk mempastikan potensi jurang melebar itu tidak berlaku dan seterusnya kita mampu mengulangi sejarah kejayaan DEB. Bail-out 33. Sekarang saya ingin beralih kepada beberapa isu untuk mempertahankan kerajaan di samping memberi ruang dan peluang kepada kerajaan untuk memberikan penjelasan. 34. Masih kedengaran suara pihak tertentu, khususnya pembangkang, yang mempersoalkan usaha bail-out oleh kerajaan seperti membantu syarikat Proton dan MAS. Semasa krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1997, perkataan bail-out ini adalah jijik dan kotor pada IMF, World Bank, Soros, USA dan pihak pembangkang di Negara ini. Sekarang mereka itu, kecuali pembangkang di Malaysia, telah menjilat balik air ludah masingmasing. 35. Mereka bukan sahaja memuji bahkan menjejaki langkah-langkah unconventional yang telah diperkenalkan oleh YABhg Tun Dr Mahatahir. Amerika Syarikat, misalnya, telah menyelamatkan Ford dan AIG manakala European Union telah bail-out Ireland, Greek dan Sepanyol. Justeru pihak pembangkang haruslah insaf akan kesilapan mereka dan mensyukuri tindakan bijak pemimpin BN dalam menangani krisis tersebut. 36. Dalam pada itu, setelah dibantu, syarikat-syarikat berkenaan hendaklah diurus dengan cekap dan amanah supaya untung. Malangnya ada syarikat yang terus bergelut untuk meraih keuntungan. Contohnya MAS. 37. Pihak Khazanah Malaysia dan pengurusan MAS telah beberapa kali merancang dan melaksanakan pertukaran pengurusan, penjualan asset, penyusunan semula dan turnarounds tetapi nampaknya MAS terus gagal. Kegagalan terkini dan terbesar ialah kerugian bersih sebanyak RM2.5 bilion bagai tahun kewangan 2011.

38. Bersandarkan prinsip ketelusan, saya memohon Menteri Pengangkutan supaya menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di MAS, termasuklah menjelaskan apakah faedah ketara yang telah/akan dinikmati oleh pemegang saham, terutama minority shareholders MAS, ekoran pembayaran iklan sebanyak RM18 juta kepada Kelab QPR dan adakah ianya mematuhi amalan tadbir urus yang baik?

Cabaran 3 serangkai 39. Dunia masa kini menghadapi pelbagai ancaman yang kompleks dan serius. Antaranya ialah cabaran tiga serangkai iaitu pemanasan dunia, kekurangan bekalan tenaga dan kekurangan makanan. Kepanasan dunia 40. Menurut kajian yang dibuat oleh Foreign & Commonwealth Office, Britain kepanasan dunia boleh meningkat sehingga 6 darjah Centigrade menjelang akhir abad ini; melebihi threshold 2 darjah Centigrade. Jika ramalan ini menjadi kenyataan maka ianya akan mengancam keselamatan dan kemakmuran hidup manusia. 41. Banjir dan kemarau serta kehilangan tanah pantai akan mengancam Malaysia dan Negara-negara lain juga. Sebahagian besar tanah yang subur akan menjadi rosak kerana serangan air masin. Bekalan makanan akan terancam. 42. Sehubungan itu, eloklah Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerangkan apakah outcome dari usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia serta Negaranegara lain dalam uasaha menangani ancaman pemanasan dunia ini? Apakah pula senarionya pada tahun 2020 nanti? Bekalan tenaga 43. Ancaman seterusnya ialah bekalan tenaga yang mencukupi. Pada masa ini, dilaporkan kita mengalami defisit tenaga sebanyak 30%. Bekalan minyak mentah dan gas pula dimaklumkan semakin berkurangan. Akan diperburukkan lagi oleh seketan eksport minyak yang dikenakan ke atas Iran. Kesan segera ialah harga minyak mentah dunia terus melambung; kini ianya sudah melebih US$120 satu berel; hampir menyerupai senario 2008. 44. Impaknya pasti melebar dan mendalam. Bukan saja inflasi akan meningkat bahkan pertumbuhan ekonomi dunia akan terancam dan kadar pengangguran serta kemiskinan pula akan melebar-luas. 45. Mempelajari dari pengalaman tahun 2008 dan untuk mengelakkan tsunami politik dari berulang lagi, eloklah kerajaan menerangkan apakah inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan untuk menangani senario yang menakutkan itu serta apakah hasilnya setakat ini? Apakah status terkini alternative / renewable energy (dengan izin) di Negara kita? Keselamatan makanan

46. Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang keselamatan makan atau food security bagi Negara kita. Atas beberapa sebab, menurut Bank Dunia, seramai satu bilion manusia kebuluran pada masa ini. Kita bersyukur bahawa rakyat Malaysia di bawah pemerintahan BN tidak mengalami trajedi itu; jika ada pun, ianya tidaklah ramai. Namun kerajaan tentu sedar bahawa kita banyak bergantung kepada dunia luar untuk pelbagai bahan makanan seperti beras, gula, tepung, daging dan sebagainya. 47. Ancaman dan risikonya terus meningkat akibat pemanasan dunia, kekurangan bekalan tenaga, kenaikan harga dan pembaziran. Justeru untuk memelihara masa depan Malaysia yang lebih selamat, maka wajarlah Menteri Pertanian & Asas Tani serta Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau menerangkan usaha-usaha berterusan yang dilaksanakan untuk menjayakan rancangan food security ini. Kesimpulan 48. Kita hendaklah bersama-sama kerajaan dalam menangani cabaran 3 serangkai itu dengan segera dan berkesan di samping terus menjayakan 6 pra syarat kehidupan tersebut agar kita dapat memperbaiki lagi tahap kualiti kehidupan kita. Kini kita berada di kedudukan kedua di kalangan Negara-negara Asean sebagai penduduk paling gembira. Sasaran kita ialah setanding dengan tahap keamanan sepertimana yang diukur oleh GPI.
Share this:

Isu-Isu Ekonomi Di Malaysia

Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Umum dan Relaks

[ Jualan Sedang Dibuka! ] Beli Nota Rujukan Temuduga KPLI SR j-QAF Di Sini!!

WALAUPUN dikatakan ekonomi kita sedang dalam situasi yang baik, tetapi terdapat beberapa pendapat yang saling bercanggahan di antara satu sama lain. Ini suatu hal yang biasa. Di dalam mana-mana bidang sekalipun pertentangan pendapat adalah sesuatu yang normal dan tidak harus menjadi suatu hal yang perlu terlalu ditakuti.

Apa

yang

lebih

penting,

pengetahuan

terhadap

apakah isu-isu ekonomi

di

Malaysia yang sedang sibuk diperkatakan. Inilah yang menjadi suatu titik tolak yang baik untuk dijadikan permulaan perbincangan. Bukan sahaja perbincangan sesama rakan di kedai kopi tetapi juga kadang kala ditanyakan di sesi-sesi temuduga. Bahkan juga kekadang disoal di dalam sebahagian kertas peperiksaan tertentu. Berikut disentuh secara ringkas beberapa isu ekonomi. Bolehlah membuat rujukan lanjut anda sendiri untuk mendalami setiap daripadanya. Kenaikan Harga Minyak

Mengapa berlakunya kenaikan harga minyak mentah dunia? Harga minyak mentah dunia,

berpandukan harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (WTI), meningkat kerana: - Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tong sehari pada tahun 2007), terutama daripada China dan India, berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari) yang mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah dunia;
Sudahkah anda membaca blog khas yang menyajikan pelbagai panduan khusus untuk mereka yang mengejar impian menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik ini?

- Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa negara OPEC seperti Iran dan Iraq yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah; dan - Aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading). Pakej kukuh dan mengurangkan Kerajaan juga Rangsangan pengangguran terpaksa melalui program-program alih pelaburan Ekonomi latihan swasta dan bagi

Ini bertujuan meningkatkan pelaburan domestik, memastikan kuasa beli rakyat terus kemahiran. mengambil

menggerakkan dan mewujudkan aktiviti ekonomi. Pakej ini juga menjadi penyelamat kepada projek-projek pembangunan rakyat dan negara. Dasar Penswastaan Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara. Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Dasar Halacara Baru Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar

Semasa membentangkan kajian Separuh Penggal rancangan Malaysia Ke IV di Parlimen pada 29hb Mac, 1984 Y.A.B. Perdana Menteri telah menekankan bahawa Kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya bagi memperbaiki keadaan hidup penduduk-penduduk luar bandar. Selanjutnya, beliau menegaskan bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan pembangunan luar bandar telah diberi tekanan yang istimewa oleh Kerajaan. Dalam ertikata luas, takrif luar bandar yang dimaksudkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bukanlah merujuk kepada lokasi dari segi fizikal dan geografi tetapi kepada kawasankawasan di mana terdapat petani dan nelayan miskin, penduduk miskin di kampungkampung baru dan estet-estet. Membangunkan masyarakat miskin sedemikian adalah merupakan pembangunan luar bandar.

Sumber Asal: Isu-Isu Ekonomi Di Malaysia - Julmazli Dot Com