You are on page 1of 7

HNS2013 KENEGARAAN UNIT 2 TAMADUN MELAYU

-Tamadun Melayu berkembang dengan wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu yang berpusat di negara-negara kota yang menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan kebudayaan.

-Nilai-nilai baru, teknologi, kebudayaan, ekonomi dan politik baru memantapkan tamadun Melayu.

-Bahasa Melayu mengalami proses transformasi apabila bahasa Sanskrit dan tulisan Pallava dari tamadun India disesuaikan dengan bahasa Melayu kuno.

- Penghasilan makanan berlebihan menjadikan masyarakat bebas melakukan pekerjaan lain.


-Mereka tidak perlu bercucuk tanam.

- Pertambahan penduduk, memiliki kebolehan

serta keperluan yang berbeza menjadi faktor kepada migrasi penduduk desa ke negara-negara kota berhampiran.

Lembah Bujang terbahagi kepada 3 bahagian.

1. Kawasan Pertanian 2. Kawasan Bandar 3. Istana Raja dan Kuil Hindu-Buddha

Kawasan Pertanian

Terletak di kawasan tanaman sawah padi yang luas. Majoriti orang Melayu.

Bekerja sebagai petani.

Membekalkan makanan di kawasan bandar dan pusat pemerintahan.

Kawasan Bandar

Menjadi bandar pelabuhan utama di kawasan utara Tanah Melayu.

Kapal-kapal layar dari India berlabuh di Lembah Bujang bagi memunggah barang dagangan.

Istana Raja dan Kuil Hindu-Buddha

- Terletak di puncak bukit yang memandang ke arah kawasan pertanian dan laut Selat Melaka. Runtuhan kuil Hindu-Buddha di kawasan itu menggambarkan pengaruh Hindu-Buddha amat kuat pada masa itu.