You are on page 1of 11

Bil

Isi Kandungan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Prakata Pendahuluan Definisi Komuniti Bahasa Standardisasi Komuniti Bahasa Komuniti bahasa sebagai lambang perpaduan Bahasa Komuniti sebagai Lambang Jati diri Komuniti Bahasa sebagai Bahasa Ilmu Komuniti Bahasa, Peranan Bahasa dalam Sosial Masyarakat. Ciri - Ciri Komuniti Bahasa Rumusan dan Kesimpulan Sumber Rujukan

Prakata Sosiolinguistik, adalah gabungan perkataan sosio dan linguistik yang mana dalam pemahaman penulis adalah ilmu yang berkaitan kemasyarakatan yang mana sosiolinguistik ini kebanyakannya membincangkan mengenai teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan juga bahasa. Istilah masyarakat dalam kamus dewan bahasa edisi ke3 menyebut bahawa sekumpulan manusia yang hidup bersama ( di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ). Prof. Emiratus Abdullah Hassan mengatakan, Linguistik pula adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk-bentuk lisan dan tulisan yang mana, ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, penggolongan dan rumus-rumus bahasa termasuklah penyataan kekecualian Secara kesimpulannya, sosiolinguistik adalah bidang ilmu yang mengkaji kesan sebarang aspek masyarakat ke atas bahasa.

Pendahuluan Setelah mengkaji dan membuat penilaian secara asas, penulis begitu tertarik untuk menjawab tugasan mengenai tajuk komuniti bahasa, ini disebabkan, tajuk ini akan dapat menambah pengetahuan penulis mengenai penggunaan bahasa dalam pembentukan sesebuah masyarakat tersebut. Kewujudan sesebuah budaya masyarakat akan terhasil apabila bahasa yang mana diguna pakai untuk berkomunikasi antara mereka dalam melahirkan buah fikiran dan mewujudkan kepelbagaian aspek budaya dalam masyarakat tersebut dilahirkan. Dalam hal ini, kumpulan yang menggunakan sesuatu bahasa itu disebut sebagai komuniti bahasa. Istilah komuniti bahasa amat susah untuk ditetapkan, tetapi dalam pemahaman peribadi penulis. Komuniti bahasa ialah p kepenggunaan sesetengah individu, kaum dan masyarakat yang sama, menggunakan dialek dan juga bahasa yang sama atau lebih dalam lagi, menggunakan kodkod yang sama di antara mereka. Ada juga yang berpendapat, komuniti bahasa mestilah terdiri dari mereka yang benar-benar berada dalam komuniti, iaitu sekumpulan masyarakat yang tinggal dalam lokasi yang sama. Secara umumnya, istilah komuniti merujuk kepada kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah, masyarakat yang menetap di sesuatu tempat atau negara, orang ramai umumnya atau sekumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat, kecenderungan dan kepentingan yang serupa.

Definisi Komuniti Bahasa Terdapat berbagai-bagai pandangan-pandangan pengkaji bahasa mengenai bidang sosiolinguistik. Bidang kajian sosiolinguistik telah dikatakan dikaji oleh pelopornya seperti Hymes dan Weinreich, Lovov , Herzog dan Lencek seawal abad ke-20. Berikut di antara pendapat beberapa ahli bahasa yang telah membuat kajian mengenai komuniti bahasa. Menurut Lyons (1970), semua orang yang menggunakan sesuatu bahasa atau dialek yang sama merupakan anggota suatu komuniti bahasa. Nik Safiah Karim (1992) pula ada menyatakan bahawa komuniti bahasa sebagai kumpulan manusia yang menuturkan satu bahasa yang sama, yang membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain. Oleh itu, istilah komuniti bahasa mempunyai pelbagai tahap penekanan seperti perkongsian kehidupan, pen kongsian ahli dan dari yang paling penting sebagai pen kongsian komunikasi. Istilah paling tepat untuk komuniti bahasa sukar untuk ditetapkan, ada yang berpendapat bahawa komuniti itu haruslah terdiri dari mereka yang berada dalam kelompok tersebut.

Standardisasi Komuniti Bahasa Dalam mewujudkan bahasa dalam sesebuah komuniti, sesuatu masyarakat itu akan terjurus dalam standardisasi bahasa itu sendiri dalam pembentukan masyarakat itu. Dalam hal ini, berlaku standardisasi dalam berbagai-bagai aspek yang mana digunakan untuk tujuan formal seperti pergunaan bahasa untuk pergunaan kesusasteraan, bahasa perbicaraan di mahkamah,

pendidikan, pentadbiran, pentadbiran dan juga di dalam urusan perdagangan. Hal ini boleh dirumuskan sebagai aspek bahasa standard untuk tujuan tertentu yang memerlukan kesaksamaan. Menurut Zawiyah Mohammad Yusuf (2009).Keberkesanan komunikasi merujuk kepada sumber atau penyampai maklumat yang dapat menyampaikan maklumat atau perutusan, idea atau pengetahuan kepada penerima dengan tepat dan maksudnya sama tanpa menimbulkan kekeliruan atau salah faham. Pendapat ahli bahasa lain pula, Mathiot dan Garvin (1975), Bahasa menyatukan individu dalam komuniti yang luas. Untuk mewujudkan komuniti yang sempurna, iaitu menyatupadukan individu dan masyarakat dalam komuniti itu, komuniti tersebut haruslah menstandardkan bahasa yang digunakan. Selain dari itu, standard sesuatu bahasa itu juga dapat menggambar dan melambangkan beberapa jenis identiti seperti daerah, sosial, etnik atau keagamaan. Sebagai contoh, di Kanada terdapat orang Perancis yang menggunakan bahasa Perancis sedangkan komuniti lainnya menggunakan bahasa Inggeris.

Komuniti bahasa sebagai lambang perpaduan Dalam mewujudkan perpaduan dalam sesebuah komuniti itu, bahasa memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesefahaman di dalam sesebuah komuniti tersebut. Tanpa bahasa yang sama, maka kucar kacir lah dan seterusnya musnahlah sesebuah komuniti dalam masyarakat itu. Sebagai contoh penyatuan bahasa dalam komuniti adalah bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan juga di jadikan sebagai agen perpaduan negara.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat mentafsirkan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu gabungan menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Dalam hal berkaitan, Penyata Razak telah dijadikan asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan di antara penduduk yang berbilang kaum di Malaysia.

Bahasa Komuniti sebagai Lambang Jati diri Sesuatu bahasa yang digunakan boleh dijadikan sebagai lambang sesuatu komuniti. Sebagai contoh, Negara jepun dengan bahasa Jepun nya, Bahasa Perancis dengan bahasa Perancis nya, bahasa Jerman dengan bahasa Jerman nya. Untuk lebih dekat lagi, bahasa Melayu memang telah dikenali di seantero dunia dengan bahasanya yang tersendiri yang mana begitu unik sehingga dapat menarik komuniti dari negara lain untuk mendalami bahasa Melayu. Merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Ternyata benarlah bahawa pergunaan sesuatu bahasa dalam komuniti tersebut dapat mengangkat status sesebuah masyarakat itu sendiri.

Komuniti Bahasa sebagai Bahasa Ilmu. Menurut Havranek di dalam Galvin (1994) Sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Pada pentafsiran penulis, komuniti bahasa ilmu telah membawa momentum yang besar dalam sesebuah komuniti masyarakat tersebut. Tanpa kesepaduan ilmu, komuniti bahasa tersebut tidak mungkin akan berjaya dalam membangunkan sesebuah komuniti kerana ilmu memainkan peranan yang amat penting dalam menongkah arus massa yang sekian membangun dan mencabar. Untuk melengkapkan kitaran sempurna dalam komuniti bahasa diguna pakai dalam bahasa ilmu, bahasa itu sendiri haruslah di standardisasi di semua institusi institusi pendidikan supaya ia lebih formal.

Komuniti Bahasa, Peranan Bahasa dalam Sosial Masyarakat.

Pergaulan sosial merupakan suatu yang kompleks yang mana kesefahaman sesuatu komuniti itu haruslah bersefahaman supaya keamanan dalam pentadbiran sesebuah komuniti itu dapat diwujudkan. Secara lazimnya, sesebuah komuniti itu akan menggunakan satu bahasa sebagai alat perhubungan. Dengan menyelaras satu bahasa, interaksi secara seragam dapat diwujudkan dalam lingkungan jaringan persekitaran sosial umum sesebuah komuniti.

Pada pandangan penulis, bahasa pertuturan dalam sesebuah komuniti itu sangat penting dan dapat mempengaruhi kawalan sesebuah komuniti tersebut. Dalam hal ini, sesuatu bahasa itu boleh diguna pakai sebagai bahasa universal yang mana keupayaannya untuk diguna pakai sebagai bahasa perhubungan, bahasa pendidikan dan sebagai bahasa sosial dan haruslah diguna pakai sebagai prinsip kehidupan secara saksama .

Ciri - Ciri Komuniti Bahasa


1. Komuniti sesebuah masyarakat itu akan sentiasa berubah- ubah disebabkan berbagai-bagai

faktor antaranya adalah di sebab proses asimilasi iaitu kemasukan bahasa majoriti ke dalam bahasa komuniti minoriti. 2. Dalam hal di atas, kesan bahasa kepada golongan minoriti akan terjejas dan ini akan menyebabkan bahasa golongan minoriti akan pupus.
3. Komuniti bahasa terbahagi dalam Kelas dan status, dalam hal ini, bahasa sesebuah

komuniti itu boleh berubah dengan sendirinya, sebagai contoh kelas-kelas komuniti di India telah terbahagi mengikut kasta, secara tidak langsung, penampilan gaya bahasa dan gaya percakapan mengikut kasta tersebut akan berubah. Percakapan kasta rendah tidak boleh sama dengan gaya persembahan kasta tinggi. 4. Bagi komuniti Islam pula, bahasa Arab telah dijadikan sebagai bahasa pergaulan, bahasa penyatuan di seluruh dunia.

5. Pertentangan kelas oleh komuniti bahasa itu sendiri. Terdapat juga faktor yang disebabkan penentangan komuniti itu sendiri, ini terjadi kerana disebabkan oleh berbagai-bagai faktor, antaranya pembahagian etnik, agama dan bahasa komuniti minoriti. 6. Dialek Sosial- terdapat perbezaan dalam sesebuah komuniti tersebut. Dalam hal ini, terjadi perbezaan bahasa yang diguna pakai oleh golongan atas seperti golongan raja-raja dan pembesar negara antara golongan rakyat jelata. Perbezaan itu antaranya perbezaan dari kosa kata, struktur ayat dan dialek
7. Berlaku Evolusi dalam bahasa komuniti itu sendiri, cara perubahan ini berlaku dari dalam

dan pertambahan bahasa pendidikan dan ekonomi mengikut standardisasi seluruh dunia. Dalam hal ini, perubahan bahasa komuniti itu boleh berubah dari segi dialek dan bahasa etnik itu sendiri. 8. Ketidaksamaan bahasa Komuniti itu boleh wujud jika terdapat berbagai-bagai susu lapis sosial dalam komuniti tersebut. Sebagai contoh, susun lapis itu terbahagi dengan berbagaibagai ketidaksamaan dari segi martabat, kaum, etnik, kekayaan dan juga dari segi hak dalam sesebuah komuniti tersebut.
9. Dari segi panggilan bahasa sesebuah komuniti itu juga boleh dibezakan dengan nama

panggilan seperti kehormat, yang mulia, yang berbahagia dan lain-lain.

Rumusan dan Kesimpulan Berdasarkan huraian yang telah penulis huraikan di atas, boleh penulis rumuskan bahawa, komuniti bahasa itu sendiri memainkan peranan penting untuk membangunkan komuniti nya. Untuk melancarkan gerakan sesebuah komuniti itu, kebolehan berbahasa yang cekap haruslah diguna pakai secara beradab dan bersopan santun oleh semua ahli dalam komuniti supaya tidak berlaku salah faham dan perpaduan sesama komuniti itu boleh dicapai dengan sempurna. Selain dari itu ahli di dalam komuniti bahasa itu hanya haruslah berkongsi set rumus nahuan, dan juga kod-kod bahasa yang sama dan memahirkannya supaya konteks tertentu di antara individu kekeluargaan dan perhubungan antara komuniti dapat terpelihara. Penggunaan bahasa komuniti yang tepat juga akan dapat memelihara sosial komuniti, adat budaya dan kepercayaan komuniti tersebut dan penggunaan bahasa itu dapat selari dengan arus masa dan perkembangan bahasa itu sendiri. Komuniti bahasa itu itu juga haruslah bertanggungjawab dalam pengkajian bahasa mereka sendiri supaya bahasa komuniti itu tidak pupus dan boleh diguna pakai untuk generasi hadapan. Menerusi kajian oleh ahli-ahli bahasa komuniti tersebut, diharap bahasa yang diguna pakai oleh komuniti tersebut dapat bertahan dan ini seterusnya dapat mengekalkan standardisasi, status dan mengekalkan hubungan erat antara komuniti tersebut melalui bahasa mereka sendiri.

Bibliografi
1. Ahmad Mahmood Musanif, ArbakOthman (2012). Fail Sosiolinguistik, Kajang:Nausabuku Enterprise. 2. Collins, J.T. 1999. Wibawa Bahasa: Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.


3. Amat Juhari Moain (2002). Moduil Sosiolinguistik. Pusat Pendidikan Jarak Jauh,

Universiti Putera Malaysia.


4. Awang Sariyan. 2007. Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik.

Petaling Jaya: Sasbadi.


5. Kamus Dewan. 2005. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Malaysia. 1995. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1995 (Pindaan dan Peluasan). 7. Malaysia. 1991. Akta Pelajaran 1961. 8. Malaysia. 1996. Akta Pendidikan 1996.

Rujukan Internet
1. Dinaikturun oleh shinylove http://www.scribd.com/doc/37353512/KOMUNITI-

BAHASA
2. Prof. Emiratus Abdullah hassan, http://sosiolinguistik.blogspot.com/2007/07/ 3. Awang Sariyan http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v1n12009/makalah-v1n1-n1.pdf