You are on page 1of 9

AKTIVITI PRATULISAN

Apa itu Pratulisan ?


Peringkat ini merupakan tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktivitiaktiviti menulis sebelum dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan mata diberikan. Pembelajaran yang sistematik, bermula dari aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas.

Latihan-latihan menulis menitikberatkan : A. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan B. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya dapat tulis dengan selesa dan sempurna C. Melakukan latihan pergerakan mata D. Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata

Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.

BORIA BONGKAH
Menyanyi sambil mengenal bentuk melalui lagu

JOM HEBOH !!

DOT-DOT
Titik-titik luaran disediakan Meminta pelajar untuk menyambungkan titik-titik tersebut Apabila sudah siap rangka lukisan, warnakan dengan pensel warna

SUN-SHINE
Pasir-pasir berkilat disediakan dalam ruang yang disediakan Pelajar akan diberi peluang untuk tuliskan perkataan pada pasir berkilat Perkataan huruf akan dilekatkan pada kertas dengan cap huruf

KEPALA MENARIK

Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan A menghantar satu wakil ke hadapan. Wakil kumpulan akan ditunjukkan kad huruf. Dia dikehendaki menuliskan huruf tersebut dengan menggunakan kepala dan rakan sekumpulan akan meneka huruf tersebut Dalam masa satu minit, yang paling banyak soalan dijawab betul, kumpulan itu akan menjadi pemenang.

Sekian