You are on page 1of 18

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2012

PASAR MALAM DI PEKAN SUNGAI BESI ATAU DESA TASIK


NAMA KELAS :AMIRUL FIKRI BIN ROHIM :2 JATI

NAMA GURU:PN.JUNAINAH BINTI SULAIMAN TARIKH : / /2012

Senarai Kandungan
Perkara/Butiran Muka Surat

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran

Penghargaan
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini saya telah mendapat banyak bantuan daripada pihak-pihak yang lain. Bantuan yang diberikan oleh mereka amat saya hargai kerana dengan bantuan merekalah sayadapat menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini. Oleh itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru yang telah mengajar saya mata pelajaran Geografi iaitu Puan Junainh binti SulaimanPuan Junainah telah memberi saya tunjuk ajar dalam bagaimana untuk membuat kerja kursus ini. Dengan bantuan beliaulah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, tidak juga saya lupa akan kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak membantu saya dalam membuat kerja kursus ini. Ibu bapa saya selalu membantu saya dalam kerja kursus kerana telah menjelaskan kepada saya tentang halhal yang berkaitan dengan kawasan di Sungai Besi dan Desa Tasik ini. Di samping itu, rakan-rakan seperjuangan saya turut membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah membantu saya semasa dalam proses temu bual dengan penduduk yang berada di Sungai Besi dan Desa Tasik ini. Saya amat menghargai pertolongan yang diberikan oleh mereka. Saya juga ingin memberikan penghargaan terhadap penduduk-penduduk Sungai Besi dan Desa Tasik kerana telah memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus Geografi ini.

Akhir sekali saya ingin menyatakan juga penghargaan saya ini kepada pihakpihak luar yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung. Terima kasih atas pertolongan yang telah diberikan.

Pendahuluan
Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit pasar malam di Pekan Sungai Besi dan Desa Tasik yang diadakan pada Hari Rabu(di Desa Tasik) dan Hari Sabtu(di Pekan Sungai Besi) setiap minggu. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan tempat tinggal tidak jauh daripada Pekan Sungai Besi dan Desa Tasik. Selain daripada itu, Pekan Sungai Besi dan Desa Tasik agak terkenal dengan perniagaan Pasar Malam yang memperniagakan barang-barang segar,makanan,pakaian dan sebagainya. Tempoh yang diberikan untuk menyiapkan tugasan kajian ini ialah bermula pada bulan Ogos sehingga bulan September. Oleh itu, dengan tempoh masa yang diberikan saya dapat menyiapkan tugasan itu dengan sebaiknya

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

(a) Menyatakan konsep dan jenis perniagaan runcit, (b) Menyatakan kepentingan perniagaan runcit, (c) Menyatakan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit, (d) Menyatakan kesan negatif perniagaan runcit, (e) Menyatakan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit, (f) Menyatakan penerapan nilai moral atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Peta Daerah

rujukan

=kawasan pasar malam

= KAWASAN PASAR MALAM

Kaedah Kajian
(a) Pemerhatian: Saya telah membuat pemerhatian semasa saya berada di pasar malam itu, (b) Soal Selidik: Saya telah memberi borang soal selidik kepada peniaga yang berniaga di pasar malam tersebut, (c) Rujukan: Saya telah membuat rujukan di Internet dan juga pada surat khabar.

Dapatan Kajian
6.1 Konsep Dan Jenis Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian

Saya telah melawat Pasar Malam Pekan Sungai Besi. Anggaran jarak pasar malam itu ialah 0.5km. Jenis perniagaan runcit di Sungai Besi ialah pasar malam. Konsepnya adalah dengan menjual berbagai-bagai barang. Barang-barang yang dijual di situ adalah seperti makanan barat, makanan timur, barang-barang elektronik, pakaian dan banyak lagi. Ramai pengunjung yang melawat ke situ untuk membeli barang-barang keperluan harian.

6.2 Kepentingan Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian

Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik, saya mendapati kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian adalah seperti yang berikut:

(a) Menyediakan peluang pekerjaan Pembukaan pasar malam di Pekan Sungai Besi telah menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

(b) Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan Peluang pekerjaan yang diberikan kepada orang ramai akan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan seseorang. Disebabkan pasar malam itu dijalankan pada hujung minggu, ramai penduduk boleh mengambil peluang pekerjaan.

(c) Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan Pasar malam di Pekan Sungai Besi memudahkan penduduk di Sungai Besi membeli barangan keperluan harian kerana pasar malam itu yang berdekatan dengan kebanyakan kawasan perumahan serta harga yang murah dan berpatutan.

(d) Memudahkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan Pasar malam di Pekan Sungai Besi juga memudahkan penduduk tempatan menjual barangan-barangan dengan mudah tanpa perlu pergi ke pasar malam yang jauh.

(e) Menyediakan barangan segar Terdapat pelbagai barangan atau makanan serta sayur-sayuran yang segar.

(f) Menjimat kos pengguna dan peniaga Pengguna dapat menjimat kos perbelanjaan kerana barangan-barangan yang dijual oleh peniaga-peniaga di Sungai Besi tidak sebegitu mahal.

6.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian. Antaranya adalah seperti yang berikut:

(a) Modal Perniagaan runcit di pasar malam tidak memerlukan modal yang banyak untuk menjalankan perniagaan di situ. Peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan mereka hanya perlu mempamerkan barangan-barangan jualan di atas meja.

(b) Pasaran tempatan Peniaga-peniaga yang menjual makanan seperti Laksa, Nasi Ayam atau Murtabak dapat menarik pengunjung ke gerai mereka. Penduduk pula ditawarkan dengan pelbagai jenis makanan.

(c) Pertambahan penduduk Penduduk di Sungai Besi semakin meningkat dan hal ini menyebabkan permintaan di pasar malam juga meningkat. Saya mendapati bahawa makanan seperti Laksa, Nasi Ayam dan Murtabak selalu laris di pasaran.

(d) Peningkatan taraf hidup

Peningkatan taraf hidup membolehkan penduduk-penduduk yang bertaraf tinggi membeli pelbagai barangan dengan banyak berbanding dengan pendudukpenduduk yang bertaraf rendah.

6.4 Kesan Negatif Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian

Terdapat beberapa kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajia Antaranya adalah seperti yang berikut:

(a) Persaingan dengan kedai runcit tempatan Walaupun pasar malam ini hanya dijalankan pada hujung minggu, namun masih adanya berlaku persaingan di antara peniaga-peniaga pasar malam dan peniagapeniaga runcit. Justeru, peniaga-peniaga runcit perlu menarik perhatian sebanyak pengguna yang mereka boleh untuk mengaut keuntungan.

(b) Pencemaran Pencemaran berlaku kerana terdapat banyak kereta yang mengeluarkan asap di pasar malam itu. Ini menyebabkan peniaga-peniaga dan pengguna-pengguna berasa tidak selesa untuk ke pasar malam tersebut. Selain itu, terdapat juga banyak sampah di sekitar pasar malam selepas perniagaan pasar malam telah habis.

(c) Kesesakan lalu lintas Kesesakan lalu lintas berlaku kerana perniagaan runcit yang dijalankan menghalang jalan-jalan utama. Selain itu, kenderaan-kenderaan yang diletakkan untuk ke pasar malam itu juga menghalang jalan-jalan utama.

(d) Barangan tidak berkualiti Kebanyakan barangan-barangan yang dijual di pasar malam itu tidak mempunyai kualiti yang tinggi atau tidak bermutu tinggi. Walaupun harga yang diletakaan pada sesuatu barang itu murah, namun ia tidak mungkin akan bertahan dengan lama.

6.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif

Terdapat beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif. Anataranya adalah seperti yang berikut:

(a) Kuatkuasa undang-undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menguatkuasakan undangundang agar tiada seorang peniaga pun yang akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

(b) Menyediakan kemudahan asas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menyediakan kemudahan

asas dengan banyak supaya pengunjung-pengunjung di pasar malam itu berasa selesa untuk membeli barangan-barangan di pasar malam tersebut.

(c) Pengawalan harga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mengawal harga di pasar malam itu supaya tiada seorang pengunjung pun yang tertipu dengan harga yang mahal.

Rumusan
Apa yang telah dapat saya rumuskan tentang perniagaan pasar malam di Pekan Sungai Besi ialah pasar malam ini dapat menarik pelanggan kerana menjual baranganbarangan dengan harga yang berpatutan. Buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan-ikan juga dijual dengan segar. Namun begitu, perniagaan pasar malam ini juga terdapat kesan-kesan negatif seperti kesesakan lalu lintas, barangan yang tidak berkualiti dan sebagainya. Justeru,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pendudukpenduduk tempatan perlulah bersatu-padu supaya kesan-kesan negatif yang berlaku dapat ditangani.

Rujukan
Buku: Buku Teks Geografi tingkatan 2. Buku rujukan Longman Geografi Peta : GOOGLE MAPS

20 ORANG RESPONDEN