You are on page 1of 2

SMK SENTOSA PERATURAN KAWAD KEBAKARAN PELAJAR 1.

Tutup semua suis lampu dan kipas di dalam bilikbilik darjah, makmal-makmal, pusat sumber dan semua bilik khas. 2. Berbaris di luar bilik darjah atau makmal dengan teratur. 3. Ketua kelas perlu memastikan semua pelajar di dalam kelasnya mengikut arahan. 4. Semua pelajar menuju ke tempat perhimpunan kecemasan seperti di dalam pelan pergerakan latihan kebakaran. 5. Berbaris mengikut kelas masing-masing. 6. Ketua kelas memeriksa bilangan pelajar di dalam kelasnya dan laporkan kepada guru tingkatan. 7. Pengawas mengawasi keadaan di dalam perhimpunan harian. 8. Guru akan memberikan sedikit taklimat ringkas. 9. Pegawai bomba akan memberikan sedikit taklimat dan membuat demonstrasi memadam api. 10.Pelajar akan balik ke kelas masing-masing dengan teratur. PERATURAN KAWAD KEBAKARAN GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH 1. Bagi guru yang sedang mengajar di dalam kelas atau di dalam bilik-bilik khas: i. Pastikan pelajar menutup semua suis elektrik. ii. iii. iv. Pelajar berbaris di luar kelas atau bilik-bilik khas. Mengiringi pelajar pergi ke padang bola. Menunggu di padang bola.

2. Bagi guru yang tidak mengajar dan berada di dalam bilik guru atau di dalam bilik-bilik khas: i. ii. Tutup semua suis di dalam bilik guru atau di dalam bilik-bilik khas. Terus bergerak ke padang bola.

3. Bagi guru-guru yang masih memegang buku kedatangan pelajar, mereka diminta

JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH/UNIT 3K/ SMK SENTOSA

SMK SENTOSA membawanya ke padang bola. Ini bertujuan untuk semakan kehadiran pelajar. 4. Bagi kakitangan-kakitangan sokongan: i. ii. iii. Tutup semua suis di pejabat sekolah. Terus bergerak ke padang bola. Bawa semua buku kedatangan pelajar yang masih berada di pejabat.

5. Guru yang berkenaan akan meronda kawasan sekolah. 6. Guru akan memberikan sedikit taklimat. 7. Pegawai bomba akan memberikan sedikit taklimat dan membuat demonstrasi memadam api. 8. Guru-guru, kakitangan dan pelajar bersurai.

JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH/UNIT 3K/ SMK SENTOSA