You are on page 1of 2

Tujuan 1. Membantu menyelaraskan koordinasi dan keseimbangan badan. 2. Meningkatkan daya tahan otot tangan dan kaki pelajar.

3. Alatan 1. Gelung rotan 2. Tali 3. Kapur

Bilangan pemain 1. 2 - 4 orang Cara bermain 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang. 2. Setiap kumpulan diberikan satu gelung rotan yang sama saiz. 3. Pelajar membentuk bulatan di dalam kumpulan masing-masing sambil berpegangan tangan 4. Gelung rotan diletakkan di tengah-tengah bulatan pelajar.

X X X X PELAJAR GELUNG ROTAN

5. Setelah mendapat arahan mula, pelajar saling menarik pelajar lain sehingga seorang pelajar masuk ke dalam gelung rotan. 6. Pelajar yang masuk ke dalam gelung rotan terkeluar daripada permainan. 7. Permainan diteruskan sehingga tinggal seorang pelajar sahaja. 8. Pelajar terakhir dikira sebagai pemenang.

Kawasan bermain 1. Kawasan lapang (padang, gelanggang) Faktor keselamatan 1. Tempat bermain yang kering 2. Tempat yang lapang 3. Tempat yang tidak berbahaya