You are on page 1of 8

10 IDEA GIG SESIAPA SAHAJA BOLEH GUNA UNTUK BUAT DUIT DI FIVERR

Ditulis Oleh: Zulhusni Shafiee

Gunakan 10 idea gig Fiverr ini untuk mula jana pendapatan online pertama anda!

Penafian: Ebook panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apaapa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.

PENGENALAN
APA ITU FIVERR?

Fiverr adalah pusat jual beli servis terbesar didunia dimana anda boleh menjual dan membeli produk sebagai platform kecil atau servis. Fiverr.com dimulakan pada awal 2010 untuk

kontrak-mikro

(micro-contracting

platform) dibina

menggalakkan orang yang sanggup bekerja, untuk orang yang memerlukan sesuatu tugasan itu selesai. Sejak daripada itu, Fiverr telah mencatatkan rekod mikro-kerja (atau gig) sebanyak setengah juta gig! Di fiverr, servis hanya boleh discharge pada harga tetap iaitu USD 5 sahaja. Tak lebih, tak kurang! Walaupun begitu, Fiverr telah menjadi satu platform yang besar untuk kerja freelance kecil-kecilan. BAGAIMANA IA BERFUNGSI? Sebenarnya prosesnya cukup mudah. Kalau anda nak bekerja, cuma create Gig. Gig adalah ringkasan kepada kerja atau servis yang anda sanggup buat. Anda boleh mula buat Gig anda seperti; I will write an article for you, atau I will do your programming assignments for you, atau I will do (something) for you dan lain-lain.

Selepas itu, share dengan komuniti lain! Gig anda akan disenaraikan didalam kategori mengikut apa yang anda create tadi. Anda akan diberitahu apabila gig anda ada orang tempah. Selepas itu anda akan dibayar dalam tempoh 48 jam selepas anda siapkan dan hantar tempahan kepada klien anda. Banyakkan bersabar! Dan jangan ingat FIverr ini tipu pulak hanya kerana anda tidak dapat bayaran sebab perkara ini! Fiverr menggunakan PayPal, jadi anda akan memerlukan akaun PayPal (klik disini jika tiada, daftar PERCUMA) untuk menggunakan fiverr.com.

(NOTA: Walaupun pembeli membayar USD 5 per gig, penjual hanya akan dapat USD 4 selepas ditolak dengan segala kos admin dan processing)

10 IDEA GIG SESIAPA SAHAJA BOLEH BUAT

Dibawah ini adalah sedikit idea apa yang anda boleh buat untuk mula berniaga di Fiverr. 1. Tulis artikel. Anda tidak perlu jadi seorang yang pakar sesuatu topic untuk menulis artikel. Ianya cukup mudah! Kalau anda boleh tulis satu muka surat laporan, anda boleh menulis artikel. Kalau anda ragu-ragu, offer untuk tulis artikel berkaitan dengan bidang yang anda selesa. Contohnya, anda boleh offer gig untuk menulis 400 patah perkataan untuk artikel tentang niche emas kerana anda ada kemahiran dalam ilmu emas. 2. Buat header Website. Anda tidak perlu menjadi pakar dalam mendesign untuk gig seperti ini. Cari program-program percuma seperti Xheader dimana dalam Xheader ada banya templates sedia ada siap dengan gambar untuk memudahkan anda siapkan order dengan cepat. Bila anda dah buat duit dengan gig ini, anda boleh upgrade ke akaun Pro untuk lebih banyak templates. 3. Buat testimonial video. Sesiapa sahaja yang mempunyai computer dan webcam boleh buat gig ini. Ianya sangat mudah! Apa yang perlu anda lakukan hanyalah minta klien anda beritahu apa yang dia mahu anda cakap dan anda

hanya perlu cakap sahaja depan kamera. (Tips: pakai baju kemas-kemas, nampakkan professionalism supaya klien kita suka dengan video kita, dan mana tahu, dia mungkin akan order lagi dengan anda.) 4. Komen artikel blog. Offer untuk komen di blog-blog, website atau forum, dengan meninggalkan link website klien di ruangan komen. Dengan cara ini akan membantu klien anda mendapatkan backlinks tanpa menggunakan software spamming. Anda juga boleh offer untuk carikan beberapa blog yang releven untuk dikomen. Anda boleh buat sehingga 30 komen per gig mengikut kemampuan anda. 5. Iklan bergambar. Jika anda tidak segan dihadapan kamera, anda akan dapat ramai pembeli untuk gig ini. Offer untuk pegang signage dengan nama website mereka, nama brand mereka atau mesej dan ambil gambar. 6. Buat research tentang keyword. Minta klien anda berikan satu niche dan anda beri 100 keyword tertinggi dalam niche tersebut. (Tips: Google Keywords :) ) 7. Buatkan satu skrip video testimonial. Ramai yang membeli video testimonial membeli video skrip dari orang yang lain. Anda boleh letak offer tambahan untuk buat video review dan dapat USD10 per gig daripada hanya dapat USD5 untuk skrip dahaja. 8. Edarkan flyers. Anda boleh offer untuk edarkan 50 flyers disekitar kawasan anda. Contohnya, edarkan flyers di kawasan kampus anda. 9. Buat slide PowerPoint. Cuma minta klien anda maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan dalam slide dan siap. Gig paling mudah dan paling cepat! :) 10. Buat apa sahaja yang kreatif! Fiverr tidak perlukan kepakaran! Jadi, jika anda tiba-tiba buntu idea untuk buat apa di Fiverr, cuba scroll dan lihat gig yang sedia ada, mana tau tiba-tiba dapat ilham ke idea ke; atau ubah mengikut kreativiti anda untuk buat gig yang baru.

FIVERR MALAYSIA, MURAHNYA.MY


Seperti yang kita tahu, Fiverr adalah pusat jual beli servis terbesar didunia dimana anda boleh menjual dan membeli produk kecil atau servis secara freelance atau kecilkecilan. Kini, wujudnya satu platform Fiverr Malaysia dipanggil Murahnya.My. APA ITU MURAHNYA.MY?

MURAHNYA.MY adalah satu Servis murah lagi berkualiti, dari rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, muat turun ebook lengkap "3 Cara Mudah Menjana Pendapatan PASIF dan AKTIF di Murahnya Dibongkar!!!" di Murahnya.My. Platform ini dibangunkan oleh Tuan Abu Muhammad dimana

matlamatnya adalah untuk menyediakan platform yang selamat dan kondusif untuk rakyat Malaysia memberi nilai tambah kepada rakyat Malaysia yang lain. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan servis-servis yang berkualiti mengikut kemahiran masing-masing pada harga yang amat berpatutan.

PENUTUP
Harapan saya, semoga dengan tips yang telah saya berikan diatas dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk mulakan kareer freelancing anda di Fiverr dan juga di Mudahnya.My. Jika anda telah mulakannya, kongsikan pengalaman anda bersama kami. Sekian, semoga berjaya Ikhlas dari saya,

Muhammad Zulhusni Bin Shafiee http://www.zulhusnishafiee.com FB: Zulhusni Shafiee