TUGASAN BERKUMPULAN CUH 2021 : SILAT SERIMAU HITAM

SEMESTER 2 2010/2011 KUMPULAN : A BIL
1

NAMA
CHE SITI FATIMAH BT CHE AZIZ SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM RUZAINI BT ABDUL KADIR ROHANI BT ABDUL WAHAB SITI HAJAR BT YUSOH TUTI ILIANA BT SHUKRI

NO MATRIK
D20081032697

NAMA PROGRAM
AT32

2 3 4

D20091035632 D20091035658 D20091035594 D20091035623 D20091035657

AT33 AT33 AT33

5 6

AT33 AT33

PENSYARAH : EN.MOHAMMAD ZOLKEFLI BIN AHMAD TAHIR

ISI KANDUNGAN

BIL 1. SOALAN 1 :

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kokurikulum Silat Serimau Hitam, Apakah yang anda dapat dari ilmu persilatan ini dan hubunagan anda bersama Tenaga Pengajar, Instruktur.

1±5

2.

SOALAN 2 :
Permainan senjata amat penting dalam Silat Serimau Hitam. Apakah pendapat anda permainan senjata harus dipelajari pada semua pelajar kokurikulum silat di UPSI. Jelaskan pendapat anda.

6 - 10

3.

SOALAN 3 :
Sepertimana anda ketahui, silat ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Relevankah seni silat dipelajari oleh agama atau bangsa lain sedangkan dalam Silat Serimau Hitam sendiri Pra Syarat adalah Islam. Jelaskan pendapat anda.

11 ± 14

4.

SOALAN 4 : Adakah silat mampu menguasai dunia berbanding Karate dan Tekwando. 15 ± 24

5.

SOALAN 5 :
Anda merupakan seorang bakal guru tidak lama lagi dan ditempatkan di sekolah yang bermasalah. Apakah pengajaran dan pembelajaran anda terapkan kepada pelajar dalam konteks silat. Bincangkan.

25 - 30

Soalan 1 : Sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kokurikulum Silat Serimau Hitam, Apakah yang anda dapat dari ilmu persilatan ini dan hubunagan anda bersama Tenaga Pengajar, Instruktur.

1.0

Pengenalan

Silat Serimau Hitam telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan telah di asaskan oleh Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak. Ketua Guru Utama yang mengasaskan persatuan ini adalah Tuan Haji Baharun Bin Hathir P.P.T atau lebih dikenali dengan nama Bapak Baharun. Pada asalnya, persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Silat Selima Hitam dan ini adalah sedikit berbeza dengan sekarang kerana pada masa kini ia dikenali sebagai Silat Serimau Hitam. Silat Serimau Hitam ini sebenarnya wujud daripada hasil 5 gabungan silat iaitu Silai Cekak, Silat Jawa, Silat Gayong, Silat Sambarani dan Silat Wali Suci. Jenis persilatan ini meliputi pergerakan yang agresif, kasar, keras, lincah dan pantas. Oleh hal yang demikian, setiap pesilat dikehandaki menghadapi ujian-ujian getir dan harus ditempuhi dengan tabah dan sabar dan sebab inilah silat ini diumpamakan seperti pergerakan seekor Harimau yang tangkas dan gerakan Harimau ini telah menjadi lambang kepada semangat persatuan ini. Pada tahun 1986, telah wujud satu kesedaran untuk memelihara, mengembang dan memartabatkan Seni Silat Melayu sebagai warisan budaya tradisi yang berkekalan untuk diwarisi generasi yang akan datang. Persatuan ini telah didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 dan telah membuat satu permuafakatan di antara Ketua Guru Utama dan Ahli Jawatankuasa persatuan telah mendapat kata sepakat untuk mengmbil lambang Harimau sebagai semangat persatuan ini. Selain itu, Hitam juga dijadikan sebagai pakaian tradisi pesilat. Di samping itu, persatuan ini juga telah menukar nama kepada Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak.

2.0

Apa yang diperolehi melalui Silat Serimau Hitam

Setelah melalui latihan Silat Serimau Hitam 1 dan 2, perkara pertama yang diperolehi ialah dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang Silat Serimau Hitam. Hal ini demikian kerana, jika sebelum ini, ramai yang tidak tahu berkenaan kewujuduan Silat Serimau Hitam dan latar belakang Silat Seriamu Hitam. Hal ini demikian kerana, Seliat Seriamu Hitam ini hanya popular di beberapa buah negeri sahaja seperti di Perak dan Silat Seriamu Hitam ini juga tidak begitu popular di negeri-negeri pantai timur. Oleh hal yang demikian, melalui Silat Serimau Hitam ini, sedikit sebanyak telah memberi pendedahan tentang Silat ini. Silat Serimau Hitam ini juga ada kelebihan tersendiri, hal ini demikian kerana, Silat Serimau Hitam ini merupakan gabungan silat dan ini adalah kelebihan yang ada pada Silat Seriamu Hitam. Selain itu, perkara lain yang diperolehi melalui Silat Serimau Hitam ini juga adalah cara-cara mempertahankan diri jika diancam oleh musuh. Hal ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka yang lemah seperti kaum wanita untuk mempertahankan diri mereka apabila diganggu oleh mereka yang mempunyai niat jahat. Secara tidak langsung, ini sedikit sebanyak boleh membantu kaum wanita daripada diganggu oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik dan mengurangkan kadar jenayah. Oleh yang demikian, masalah jenayah terhadap kaum wanita juga dapat diatasi. Di samping itu, melalui silat ini juga, dapat mengelakkan seseorang itu daripada di buli oleh golongan yang tidak bermoral. Oleh yang demikian, melalui silat ini juga penindasan terhadap kaum wanita dapat dikurangkan. Hal ini demikian kerana silat ini tidak hanya kaum lelaki yang boleh mempelajarinya, tetapi juga kaum wanita. Melalui silat ini juga, dapat mempertahan diri apabila apabila ada cubaan ingin menyamum dan tidak hanya menyerah semata-mata. Oleh yang demikian, apa yang pelajar perolehi melalui Silat Serimau Hitam ialah ilmu pertahankan diri dan tidak lagi senang dibuli oleh mereka yang tidak berpuas hati. Di samping itu, melalui Silat Serimau Hitam ini juga dapat menyihatkan tubuh badan daripada lemah. Hal ini demikian kerana, apabila melakukan latihan silat ini secara tidak langsung akan ada pergerakan dan sebelum latihan dimulakan, kebiasaanya jurulatih meminta pelajar untuk berlari dan melakukan sedikit renganan otot. Oleh hal yang demikian, ini sedikit sebanyal akan membantu mengeluarkan peluh dan secara tidak langsung akan membuat tubuh menjadi cergas dan sihat. Apabila mempuyai tubuh badan yang sihat, ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan tubuh badan mudah mendapat menyakit dan dengan kata lain, dapat mencegah penyakit. Selain itu, apabila mealakukan

latihan silat ini juga akan membuatkan otak menjadi cergas dan dapat membantu pelajar untuk menimba ilmi dan tidak lagi lemah dan lemau dan tidak akan wujud lagi perasaan mengantuk setika hendak belajar. Oleh hal yang dimikian, perkara lain yang diperolehi setelah mempelajari Silat Serimau Hitam ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Selain itu, melalui Silat Serimau Hitam ini juga dapat mendisiplin pelajar. Hal ini demikian kerana setiap silat ada pantang larang tertentu dan begitu juga dengan Silat Serimau Hitam. Di samping itu, dapat mendisiplinkan diri dari sudut lain yang dapat dilihat ialah dapat menepati masa. Hal ini demikian kerana latihan untuk menjalani latihan silat telah ditentukan dan pelajar harus menepati masa mereka untuk belajar Silat Serimau Hitam in. Selain itu, melalui Sialt Serimau Hitam ini juga, disiplin dapat dibentuk, hal ini demikian kerana, semasa latihan Silat Serimau ini berjalan pelajar belajar secara serius dan bersungguh dan mereka yang tidak membuat latihan dan mendengar arahan dengan betul akan didenda oleh jurulatih. Oleh hal yang demikian, hal ini secara tidak langsung akan mendisiplin diri setiap pelajar agar serius dalam malakukan sesuatu dan tahu menghargai masa. Di samping itu, melalui Silat Serimau Hitam ini juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim. Hal ini demikian kerana, pelajar yang mengambil kursus ini tidak hanya berasal dari negeri Perak sahaja, tetapi dari semua negeri dan semua kos serta jurusan. Oleh hal yang demikian, melakui Silat Serimau Hitam ini para pelajar akan mendapat kenalan baru dan dapat mengeratkan lagi silatulrahim. Silatulrahim ini dikukuhkan lagi apabila wujudnya kerja kumpulan yang diberikan oleh jurulatih dan melalui latihan silat yang dijalankan. Hal ini demikian kerana, semasa latihan Silat ini berlangsung, latihan silat ini tidak hanya berbentuk individu tetapi juga memerlukan pasangan untuk menjalani latihan ini. Oleh yang demikian, kerjasama antara pasangan ini amatlah diperlukan. Melalui latihan silat ini, secara tidak langsing dapat diperhatikan bahawa dapat mewujudkan silatulrahim, dan kerjasama di antara ahli kumpulan. Silatulrahim ini tidak hanya dapat dieratkan antara pelajar sahaja, tetapi juga bersama-sama dengan jurulatih dan instruktur silat yang juga merupakan pelajar UPSI. Oleh yang demikian, setelah mempelajari Silat Serimau Hitam, secara tidak langsung pelajar dapat mengeratkan silatulrahim yang sedia ada. Selain itu, melalui Silat Serimau Hitam ini juga dapat meningkatkan membartabatkan seni mempertahankn diri supaya tidak luput ditelan zaman. Hal ini demikian kerana. Dewasa kini, sudah ramai anak-anak muda yang sudah mula lupa akan silat yang juga merupakan identiti bangsa melayu. Di samping itu, melalui Silat Serimau Hitam ini juga, pelajar dapat melangkah lebih jauh. Hal ini demikian kerana, pelajar Silat Serimau Hitam ini tidak hanya belajar untuk mempertahankan diri semata-mata dan

mereka yang berminat yang berminat untuk menjadi wakil UPSI bagi Masum juga diberi peluang. Selain itu, pelajar juga boleh menjadi wakil kepada negeri mereka untuk acara silat seperti mana yang pernah terjadi sebelum ini, yang mana ada pelajar yang boleh menjadi wakil untuk negeri mereka malahan lebih daripada itu. Selain itu, apabila pelajar itu, sudah mahir, pelajar juga boleh menjadi instruktur dan membantu dalam latihan mengajar silat. Selain itu, melalui Silat Serimau Hitam juga, pelajar mendapat keyakinan diri dan tidak lagi berda dalam ketakutan. Hal ini demikian kerana, setelah mempelajari Silat Serimau Hitam, pelajar akan mempunyai disiiplin dan di samping itu juga, pelajar akan mendapat keyakinan diri apabila jurulatih meminta pelajar untuk tampil kehadapan dan memberikan arahan untuk mengantikan beliau. Ini secara tidak langsung akan menghakis perasaan tidak yakin yang ada dalam diri pelajar sebelum ini kerana mereka terpaksa serius dan memberi arahan supaya latihan dapat berjalan dengan lancar. Di samping itu, keyakinan pelajar ini juga dapat dipupuk apabila kadang-kadang jurulatih meminta pelajar untuk membuat pertunjukkan dihapanan kawan-kawan latihan yang lain tentang apa yang mereka pelajari pada hari berkenaan, dan hal ini sebenarnya memerlukan keyakinan yang begitu jitu sekali dan andainya tiada keyakinan, pelajar berkenaan tidak dapat membuat apa yang jurulatih arahkan. Oleh hal yang demikian, melalui Silat Serimau Hitam ini, pelajar telah memdapat keyakinan diri.

3.0

Hubungan pelajar dengan jurulatih dan instruktur Hubungan pelajar dan jurulatih semasa menjalani latihan Silat Serimau Hitam adalah amat baik

sekali. Hal ini demikian kerana, jurulatih tidak terlalu seruis dan memberi tekanan kepada para pelajar semasa latihan berlangsung. Selain itu, semasa latihan Silat Serimau Hitam ini berlangusung juga, jurulatih juga turut memberi peluang kepada para pelajar untuk turut serta memberi arahan dan membuat pertunjukkan dihadapan pelajar yang lain. Di samping itu, semasa latihan ini berlangsung juga, jurulatih tidak hanya memberi tumpuan kepada mereka yang pandai sahaja, dan dalam erti kata yang lain, tiada pilih kasih semasa aktiviti dan semua pelajar diberi layanan yang sama rata, tiada pengecualian denda kepada mereka yang dapat lambat dan tidak membuat latihan dengan serius, semua pelajar akan didenda. Selain itu, hubungan pelajar dengan jurulatih juga amatlah baik, hal ini demikian kerana, jurulatih tidaklah begitu serius semasa latihan berlangsung kerana jurulatih turut bergurau senda

bersama pelajar dan ini sebenarnya membuatkan hubungan jurulatih dan pelajar silat bertambah akrab dan pelajar juga tidak akan merasa tertekan semasa sesi latihan Silat Serimau Hitam ini berlangsung. Manakala hubungan antara pelajar dan instruktur juga amatlah baik, hal ini demikian kerana, instruktur yang diambil juga merupakan pelajar UPSI dan ada di antara pelajar sudah mengenali Instruktur. Namun begitu, hubungan yang sedia ada ini telah membantu melancarkan lagi latihan Silat Serimau Hitam. Di samping itu, instruktur juga turut membantu mengajar pelajar dan menengur mana yang salah dan membuat pantauan. Apa yang dibanggakan dengan instruktur ini ialah, mereka tidak sombong memberi ilmu yang mereka ada dan mereka juga tidak sombong walaupun mereka mempunyai ilmu yang tinggi walaupun mereka ini adalah pelajar UPSI sendiri dan ada yang sebaya dengan pelajar. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan hubungan instruktur dan pelajar menjadi baik dan akrab. Oleh hal yang demikian, semasa latihan Silat Serimau ini berlangsung, hubungan di antara jurulatih, insrtuktur dan pelajar amatlah baik dan begitu akrab sekali.

Soalan 2 Permainan senjata amat penting dalam Silat Serimau Hitam. Apakah pendapat anda permainan senjata harus dipelajari pada semua pelajar kokurikulum silat di UPSI. Jelaskan pendapat anda.

Jika kita lihat perkembangan di dalam negara kita dewasa ini, banyak perkara yang telah berlaku dan dari segi jenayah, angka-angka kes jenayah yang dipaparkan oleh pihak media agak menggerunkan. Semakin lama dirasakan diri semakin terancam. Oleh itu, memang tidak dinafikan lagi ilmu pertahanan diri amat penting pada masa kini. Ada yang mengatakan pada masa kini terdapat bermacam-macam senjata yang boleh meragut nyawa kita dengan hanya sekali tembakan. Selain daripada itu terdapat juga bom yang boleh menghancurkan sebuah bangunan dengan sekelip mata. Mereka mempersoalkan dan membandingkan dimanakah peranan ilmu persilatan di dalam situasi sebegitu. Jika ada yang berkata demikian, anda hendaklah merujuk kembali kepada kepercayaan dan akidah anda kepada Allah s.w.t.

Dalam Silat Serimau Hitam, permainan senjata amat penting. Oleh itu, pada pendapat saya permainan senjata ini harus dipelajari pada semua kokurikulum silat di UPSI. Senjata adalah alat

terpenting dalam peperangan. Dalam Al-Quran, Allah menyebutkan tentang besi yang dikurniakan kepada manusia bukan sahaja untuk dimanfaatkan oleh mereka bagi tujuan-tujuan duniawi tetapi juga untuk dijadikan alat senjata untuk mempertahankan agama Allah. Kehebatan besi telah lama disedari oleh manusia bermula dari zaman batu hinggalah ke zaman serba canggih dan moden pada hari ini. Di kalangan bangsa Arab, pedang yang ramuan utamanya adalah besi, merupakan senjata yang paling dimuliakan serta dihormati dan paling banyak digunakan dalam peperangan. Orang-orang Arab amat menjaga pedang mereka dan hampir setiap ketika, tersisip gagah di sisi mereka. Malah, kemuliaannya juga terserlah dalam syair-syair mereka yang penuh dengan puji-pujian terhadap pedang yang memiliki ratusan nama khusus baginya.

Senjata yang sering digunakan dalam ilmu persilatan ini adalah seperti keris, pedang dan juga parang. Dengan mempelajari ilmu senjata ini, para pelajar dapat mempertahankan diri masing- masing sekira terjadinya perkara yang tidak diingini. Dengan itu, pelajar dapat mengetahui menggunakan senjata dengan betul serta memasang strategi dalam menghadapi lawan. Ilmu silat sahaja tidak cukup sekiranya musuh yang ditandingi memiliki tenaga yang lebih kuat dan sifat fizikal yang lebih gagah. Oleh

itu, apabila setiap pelajar yang belajar silat dan seterusnya belajar ilmu senjata ini pasti akan dapat mempraktikkan serta dapat menyusun langkah yang lebih kemas terhadap pihak lawan. Mengikut kajian, statistik-statistik kes rogol akan berlaku setiap 6 saat, satu rompakan akan berlaku setiap 60 saat. Satu kerangan keras berlaku setiap 35 saat serta satu kes pembunuhan akan berlaku setiap 25 saat. Kes-kes sebegini harus dipandang serius dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Oleh itu, ilmu pertahanan diri ini amatlah penting disamping kemahiran menggunakan senjata sebagai ilmu tambahan dalam setiap insan. Ada yang berpendapat Jangan menggunakan pisau untuk berlawan dengan orang yang bersenjata api? . Undang-undang ini tidak terpakai kepada ahli-ahli yang profesionnya adalah bertempur. Mereka yang berlatih dengan menggunakan senjata adalah pakar dengan menggunakan senjata adalah pakar persenjataan dan selalunya didapati berlatih dengan menggunakan senjata adalah pakar persenjataan dan selalunya didapati berlatih dengan pisau, pedang, anak panah dan busur, balingan besi tajam atau lain-lain alat yang boleh dipegang oleh tangan dan mampu membinasakan. Oleh itu, disamping kemahiran yang akan diperoleh oleh pelajar dalam menggunakan senjata pelajar turut akan berasa lebih yakin akan senjata yang digunakan kerana mengetahui kebolehan serta kemampuan ayat yang digunakan. Telah berlaku kontroversi yang hebat sejak bertahun-tahun lamanya mengenai samaada seorang wanita patut melawan balik atau menurut secara pasif semasa diperkosa. Statistik menunjukkan wanita yang cuba diperkosa oleh kenalan dan melawan balik mempunyai peluang yang lebih baik untuk selamat dan melarikan diri. Statistik juga menunjukkan sedikit peningkatan akan kecederaan yang dialami oleh wanita yang mempertahankan dirinya tanpa mempunyai ilmu pertahanan diri yang asas. Oleh itu, ilmu dalam menggunakan senjata ini penting bagi golongan wanita yang diancam dengan jenayah seperti demikian.

Sumber: http://safetybox.files.wordpress.com/2010/03/pedang-damaskus.jpg

Selain itu, dengan mempelajari ilmu senjata ini juga, ia merupakan kegiatan sosial yang memiliki daya tepat guna untuk mempersatukan pelajar-pelajar yang berbeza umur dan sifat. Disamping itu, ia dapat membina manusia agar dapat menjadi warga teladan yang mematuhi norma-norma masyarakat, pada tingkat kolektif berfungsi sebagai kekuatan kohensif yang dapat merangkul individu-individu dan mengikat mereka dalam suatu hubungan sosial yang menyeluruh. Masalah-masalah yang terdapat di kolej-kolej dan university-universiti adalah benar dan besarnya seperti masalah-masalah di tempat lain. Keganasan di kampus telah memuncak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan jenayah terhadap harta benda kelihatan semakin menjadi-jadi. Kebanyakan pelajar sepenuh masa tidak pernah tinggal berjauhan dari rumah mereka sebelum ini. Pengalam pertama ini menyebabkan mereka berasa bebas untuk melakukan sesuatu tanpa pengawasan secukupnya oleh orang dewasa. Terlalu banyak aktiviti sosial yang berlaku pada malam hari. Ini

selalunya akan menjurus kepada salah laku dan ketidakharmonian. Oleh kerana ramai pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dan oleh kerana tempat letak kereta adalah kurang, berjalan kaki adalah perkara biasa bagi pelajar kolej. Oleh sebab itu, pada masa ini senjata adalah amat penting bagi setiap individu. Jika berlakunya gangguan daripada penungang motosikal serta individu yang lain, aplikasi terhadap penggunaan senjata dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya.

Oleh itu, sebagai kehidupan seorang pelajar semua individu haruslah bersedia dari aspek mempertahankan diri kerana ini akan dapat mengelakkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini. Untuk menjadi benar-benar siap sedia, kita mesti mula menggunakan kelima-lima deria iaitu lihat, dengar, sentuh, baud an rasa. Oleh itu, mempelajari ilmu senjata adalah harus dipelajari pada semua pelajar kokurikulum silat di UPSI.

Soalan 3 : Sepertimana anda ketahui, silat ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Relevankah seni silat dipelajari oleh agama atau bangsa lain sedangkan dalam Silat Serimau Hitam sendiri Pra Syarat adalah ISLAM. Jelaskan pendapat anda.

Seni mempertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam. Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap negara mempunyai seni bela diri yang berkembang sama ada secara tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara ASEAN dan terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Brunei. Bagaimanapun kemudahan perhubungan dan komunikasi yang ada pada masa ini memudahkan perkembangan idea dan seni bela diri tidak lagi terhad di tanah asalnya tetapi telah berkembang keseluruh dunia. Terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan diri popular yang digunakan oleh pelbagai bangsa, antaranya ialah silat, taekwondo, judo, karate, wushu dan pelbagai jenis lagi. Dewasa ini, seni silat mempertahankan diri adalah tidak asing lagi bagi masyarakat di Negara kita. Seni mempertahankan diri boleh dipelajari dan dipraktikkan oleh semua orang,tidak kira bangsa dan fahaman agama. Umummnya, setiap kaum mempunyai teknik seni mempertahankan diri yang khusus, contohnya silat bagi org melayu, taekwondo bagi orang cina dan lain-lain lagi. Namun, hakikatnya seni mempertahankan diri boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Dalam hal ini, silat juga boleh dipelajari oleh bukan islam. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak manfaat yang

diperolehi melalui seni mempertahankan diri ini. Gambarajah di bawah menunjukkan beberapa contoh jenis seni mempertahankan diri yang popular dalam kalangan masyarakat.

Seni mempertahankan diri perlu dipelajari oleh remaja mahupun golongan dewasa terutamanya golongan wanita yang sering menjadi mangsa manusia yang tidak berhati perut. Dengan mempelajari seni mempertahankan diri, ia mampu meningkatkan daya ketahanan fizikal mahupun mental disamping meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan dan membahayakan keselamatan diri dimana mereka yang dilengkapi seni mempertahankan diri mampu berfikir dengan tenang dan menghadapi situasi tersebut dengan bijaksana. Dalam hal ini, kita boleh katakana bahawa

seni silat serimau hitam ini sememangnya relevan dipelajari oleh orang bukan islam. Ini kerana, kita sudah sedia tahu bahawa tujuan utama kita mempelajari seni bela diri ini tidak kira silat, taekwondo, wushu, tomoi dan lain-lain adalah bertujuan untuk mempertahankan diri daripada ancaman atau serangan orang luar yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri kita terutamanya bagi golongan perempuan. Orang bukan islam juga boleh mempelajari seni silat serimau hitam kerana melalui silat ini juga, mereka boleh memperolehi kemahiran atau kepandaian dalam hal mempertahankan diri. Dalm hal ini, kita dapati bahawa mereka dapat menjaga diri daripada serangan musuh. Saban hari, kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang kebanyakannya melibatkan kaum wanita seperti jenayah ragut, rogol dan sebagainya. Masalah ini membimbangkan masyarakat dan menyebabkan kaum wanita terutamanya golongan remaja takut untuk keluar rumah. Mereka lebih selesa berada di rumah kerana beranggapan hanya rumahlah tempat yang selamat dari ancaman penjenayah. Oleh itu, mereka seeloknya mempelajari ilmu silat ini. Selain daripada untuk membela diri daripada penjenayah, silat serimau hitam ini juga relevan dipelajari oleh orang bukan Islam atau bangsa lain kerana silat juga dapat menyihatkan badan dan dapat meningkatkan kecerdasan minda, fizikal, rohani dan jasmani. Di samping itu juga, silat merupakan satu senaman yang baik yang harus dipraktikkan oleh semua orang. Jika kita lihat, menepati masa semasa datang mempelajari silat merupakan perkara yang amat dititikberatkan ini dapat membentuk didiplin seseorang itu apabila menepati masa. Dalam silat serimau hitam juga, pelajar mestilah mendengar arahan atau nasihat tok guru yang mengajar mereka. Mereka tidak boleh melawan kata-kata guru mereka kerana menghormati guru silat adalah satu sikap yang amat diperlukan dalam mempelajari ilmu silat tersebut. Oleh itu, melalui silat ini dapat membentuk fikiran yang positif. Jadi, silat serimau hitam ini sangat relevan dipelajari oleh orang bukan islam atau bangsa lain kerana dalam mana-mana agama sekalipun, tidak kira agama islam, hindu, budha dan lain-lain sememangnya menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka Selain daripada itu juga, silat serimau hitam relevan dipraktikkan oleh orang bukan islam atau bangsa lain kerana dengan mempelajari ilmu silat ini juga dapat membantu seseorang itu mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah. Dengan menyertai silat ini juga, kita dapati mereka tidak lagi membuang atau membazir masa begitu sahaja. Aktiviti lepak sudah pastinya akan berkurangan kerana masa mereka telah dipenuhi dengan aktiviti ini. Dalam hal ini, mempelajari silat dapat

mengelakkan mereka daripada melakukan gejala-gejala negatif seperti merokok, menjauhi mereka melakukan perkara yang sia-sia dan melalaikan seperti bermain video game, berkaraoke dan sebagainya. Sebab lain yang merelevankan silat serimau hitam dipelajari oleh orang bukan islam atau bangsa lain ialah kerana silat ini dapat membantu kita mempertahankan diri daripada serangan musuh sama juga seperti seni mempertahankan diri yang lain, contohnya taekwondo, wushu dan tomoi. Jika kita fikir sendiri dar sudut positif, semua agama mengajar penganutnya supaya mempertahankan diri daripada ancaman tidak kira daripada manusia itu sendiri atau ancaman binatang buas, samalah juga dengan silat serimau hitam ini. Di samping itu, dengan mempelajari ilmu silat ini membolehkan kita melakukan kebaikan atau membuat amal iaitu dengan membantu orang yang dianiaya. Kita boleh menggunakan ilmu silat yang dipelajari untuk membantu mereka yang kurang berupaya untuk melawan pihak lawan. Kesimpulannya, silat serimau hitam ini relevan dipelajari oleh orang bukan islam atau bangsa lain walaupun prasyarat untuk mempelajari silat ini adalah Islam. Hal ini kerana, kesemua seni mempertahankan diri yang dipelajari adalah untuk mencapai tujuan yang sama iaitu untuk menjaga diri dari ancaman musuh.

SOALAN 4 : ADAKAH SILAT MAMPU MENGUASAI DUNIA BERBANDING KARATE DAN TEKWANDO.

1.0

Pendahuluan Ilmu persilatan merupakan warisan berkhazanah daripada masyarakat terdahulu kepada

generasi muda masa kini di Alam Melayu dan Nusantara. Ilmu persilatan merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu yang menjadi pegangan sejak berzaman lamanya. Persilatan Melayu wujud dalam berbagai jenis di alam Melayu. Perbezaan antara jenis dan cara pelajaran yang diajar dalam setiap jenis ilmu persilatan Melayu sering mengelirukan orang yang tidak mengenali ilmu persilatan. Malahan pernah orang asing terkejut apabila mendapati pelajaran silat merangkumi teknik dan seni yang wujud di dalam seni bela diri yang lain di seluruh dunia. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu. Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar. Oleh sebab itu, ilmu persilatan ini juga jika diketengahkan secara betul dan bersungguh-sungguh maka tidak hairanlah jika ianya mampu menawan dunia sebagai salah satu ilmu mempertahankan diri yang akan diguna pakai di seluruh dunia. Kita sebagai peneraju ataupun masyarakat yang lebih arif mengenai ilmu persilatan ini seharusnya cuba menonjolkan seni mempertahankan diri ini ke seluruh pelusuk dunia dan tidak hanya menerima sebulat suara ilmu mempertahankan diri dari masyarakat luar tanpa cuba menonjolkan sebarang kemahiran yang kita ada.

2.0

Seni mempertahankan diri (Karate)

Gambarajah : Seni mempertahankan diri (karate)

Seni Karate adalah seni pertempuran yang dibangunkan di pulau Okinawa. Karate mungkin membenarkan anda untuk mengalahkan lawan dengan menggunakan kaedah menumbuk dan menendang. Amalan pelajar melakukan latihan fizikal yang lasak untuk mengembangkan latihan mereka. Semua ini memerlukan disiplin fizikal dan mental yang kuat. Karate membantu dalam

pembentukan watak yang keras dan menanam rasa hormat sesama kita. Maksud gabungan daripada dua watak Jepun yang membentuk kata Karate adalah "tangan kosong". Oleh sebab itu, Karate merujuk sebagai sistem pertahanan diri yang didasarkan kepada penggunaan berkesan tubuh badan yang tidak bersenjata daripada pengamalnya. Sistem ini terdiri dari teknik menyekat atau menggagalkan serangan dan menyerang lawan dengan menumbuk, memukul atau menendang. Seni moden Karate telah berkembang daripada sebuah organisasi menyeluruh mengenai teknik pertahanan diri ini. Karate sebagai alat pertahanan diri mempunyai sejarah tertua. Hanya dalam beberapa tahun terakhir telah menyebabkan teknik yang telah turun-temurun ini dipelajari secara ilmiah dan prinsipprinsip berubah untuk membuat penggunaan yang paling berkesan untuk pelbagai gerakan tubuh badan. Latihan berdasarkan prinsip-prinsip dan pengetahuan tentang otot dan sendi serta perhubungan yang penting antara gerakan dan keseimbangan membolehkan pelajar moden Karate harus bersedia, baik secara fizikal dan psikologi bagi menepis serangan lawan.

Banyak gadis dan wanita di Jepun telah belajar Karate kerana kegunaannya sebagai membela diri. Seni mempertahankan diri ini juga mempunyai manfaat daripada segi kesihatan. Hal ini adalah kerana, melalui pergerakan badan yang terdapat dalam Karate dapat mengeluarkan peluh dan tubuh badan akan menjadi sihat. Sebagai sukan, Karate mempunyai sejarah yang relatif yang singkat. Seni sukan Karate telah diperkenalkan dalam pelbagai acara sukan diperingkat dunia. Banyak penyertaan telah dihantar oleh setiap pelusuk dunia bagi menyertai acara sukan Karate ini. Tidak terkecuali juga dengan negara kita yang mempunyai kelab Karate negara yang tersendiri.

3.0

Cara-cara meningkatkan seni silat negara. Antara cara-cara meningkatkan seni silat negara adalah dengan mengadakan kempen dalam

usaha memperkenalkan silat di mata dunia. Kempen yanag dijalankan boleh meliputi dalam dan luar negara. Malaysia juga boleh bergabung dengan negara Indonesia dalam mengadakan kempen

memperkenalkan silat ini kerana Malaysia dan Indonesia mempunyai seni silat yang sama. Dalam acara pelancongan tahunan, kita boleh menyelitkan eleman silat dalam acara yang dipersembahkan. Kebanyakan pelancong yang hadir dalam acara pelancongan yang diadakan kebanyakannya adalah pelancong luar. Melalui acara yang dipersembahkan kita dapat memperkenalkan seni silat ini kepada penduduk luar. Di samping itu juga, daripada segi aspek kempen yang lain seni silat ini juga banyak mengadakan kempen yang bersifatkan kemasyarakatan. Hal ini adalah kerana bagi mendekatkan lagi golongan pesilat negara dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dalam negara. Di antara kempen yang dilakukan adalah kempen derma darah, kempen jauhi dadah, kempen perangi jenayah dan sebagainya. Melalui kempen-kempen kemasyarakatan yang dilakukan ini, orang ramai akan lebih

mengenali seni silat negara. Secara kursusnya kempen yang dilakukan dapat menolong orang ramai disamping itu juga dapat memperkenalkan seni silat negara kerana terdapat segelintir masyarakat saja yang mengetahui akan wujudnya silat.

Di samping itu juga, persatuan silat haruslah pandai dalam menarik minat golongan muda untuk mempelajari ilmu persilatan Melayu. Hal ini adalah kerana, golongan muda kini kurang meminati untuk mempelajari silat kerana bagi mereka mempelajari silat tidak akan memdatangkan apa-apa manfaat kepada mereka. Jika diperhatikan pada masa kini, golongan yang masih mengamalkan ilmu persilatan ini adalah mereka yang bergelar perantau dari negara jiran iaitu Indonesia. Kebanyakan daripada

mereka telah melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan buat bekalan di rantau orang. Dengan itu, mereka tidak gentar dan sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran dan kepayahan di negara orang kelak. Sedangkan anak muda tempatan kita masih lemah dek kerana jahil dengan ilmu sebegini kerana tanggapan mereka yang menganggap ia bukanlah satu keperluan pada zaman serba moden dan canggih selaras dengan keadaan Malaysia yang aman dan makmur. Dek kerana pandangan skeptikal inilah satu bentuk penjajahan secara tidak langsung telah menular dalam kalangan masyarakat Melayu kini. Natijahnya, anak muda kini tiada pegangan, hilang hala tuju dan jati diri yang mantap. Kekurangan ilmu terutama ilmu bela diri warisan pusaka bangsa mengakibatkan pemuda dan pemudi Melayu sendiri tiada identiti Melayu dan tidak kenal akan kehebatan bangsa yang pernah menjadi satu kuasa besar dunia. Dalam ilmu persilatan terkandung pelbagai ilmu sampingan yang sebenarnya menjadi tulang belakang dan kekuatan pada sesuatu ilmu silat tersebut. Sememangnya silat adalah bertujuan mempertahankan diri, negara, bangsa dan agama keagamaan Maka, ilmu silat dan ilmu sampingan yang ada didalamnya merangkumi segala aspek yang diperlukan. Kebiasaannya, ilmu silat disertai teknik pernafasan, senaman untuk kesihatan, ilmu perubatan dan paling penting adalah intisari agama. Sekiranya dikaji secara mendalam, kita akan dapati bahawa ilmu persilatan dibawa dan diasaskan oleh tokoh-tokoh keagamaan hasil daripada penghayatan kerohanian yang tinggi dalam ilmu keagamaan. Mereka yang benar-benar faham akan kepentingan ilmu persilatan dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara pastinya sentiasa menggalakkan para murid menuntut ilmu persilatan sebagai kaedah pertahanan. Oleh sebab itu, pendedahan mengenai ilmu persilatan yang sebenar kepada masyarakat muda kini seharusnya giat dijalankan agar dapat menarik minat golongan muda untuk mempelajari ilmu persilatan ini. Selain daripada itu juga, memasukkan eleman persilatan dalam acara sukan negara juga merupakan salah satu langkah dalam memartabatkan lagi persilatan negara. Sukan pencak silat

merupakan di antara cabang sukan yang popular di Malaysia. Sukan ini juga telah diertandingkan di kebanyakan temasya sukan yang bertaraf tinggi seperti Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Sea, Sukan Universiti Antarabangsa dan juga di peringkat - peringkat kebangsaan serta Kejohanan Dunia. Sukan ini terbahagi kepada dua cabang kategori iaitu silat tanding (silat olahraga) dan silat seni. Silat tanding (silat olahraga) boleh didefinisikan sebagai perlawanan di antara pesilat menyerang antara satu sama lain mengikut undang yang digubal oleh badan Persekutuan Silat Malaysia (PESAKA). Manakala Silat seni pula terbahagi kepada 4 acara iaitu acara solo kreatif , tunggal, Regu dan Tempur. Acara solo kreatif

membabitkan seorang pesilat mempamerkan kepelbagaian teknik silat secara bebas. Bagi acara tunggal dan regu, pesilat dikehendaki mempamerkan gerakan-gerakan yang telah digubal oleh PESAKA sendiri dan dalam acara Tempur, gerakan-gerakan dinilai mengikut kreativiti pesilat. Oleh sebab itu, melalui seni silat yang diacarakan dalam sukan negara dapat mempertingkatkan lagi martabat persilatan negara.

4.0

Maksud Taekwondo Taekwon-Do ialah "Seni Bertempur menggunakan Tangan dan Kaki " yang terunggul dalam

sejarah Korea yang di dokomentasikan tentang teknik mempertahankan diri.

5.0

Sejarah Taekwondo Taekwondo telah diperkenalkan lebih kurang 600 selepas masihi semasa pemerintahan Silla

Kingdom di Korea Selatan. Teknik bertempur purba ini dikenali sebagai Soo Bak-Gi. Ianya di ikuti oleh Seni bertempur menggunakan kaki yang dikenali sebagai Tae Kwon. Kaedah ini digunakan untuk melatih tentera bagi Dinasti tersebut. Walaubagaimanapun semasa penjajahan Jepun keatas Korea, Seni Teakwon serta banyak lagi lain-lain seni tradisional Korea tidak benar di amalkan. Seni Tae Kwon hanya di pertahankan oleh beberapa orang seperti Master Song Duk Ki dan Han Li Dong yang tidak mahu warisan mereka terkubur begitu sahaja. Dalam tahun 1933 seorang pemuda bernama Choi Hong Hi telah dihantar untuk belajar kaligrafi dengan seorang guru yang bernama Han Ii Dong yang semasa penjajahan telah mengamalkan seni Tae Kwon secara sulit tanpa mengenal penat lelah. Setelah melihat Choi iaitu seorang pemuda yang kecil dan lemah, beliau mengambil keputusan untuk mengajar Tae Kwon dan dalam masa yang sama beliau turut mengajar Kaligrafi. Dalam tahun 1937 Choi telah dihantar ke Kyoto, Jepun untuk melanjutkan pelajarannya di bawah seorang berbangsa Korea bernama Kim. Beliau mempelajari karate dan memperolehi Tali Pinggang Hitam tingkat ke dua.( 2nd Degree).

Semasa perang dunia yang kedua, Choi Hong Hi telah pulang ke negaranya dan dipaksa untuk bertugas dengan Tentera Jepun. Semasa bertugas di Pyongyang beliau terlibat sebagai perancang Pergerakan Kemerdekaan Korea dan di penjarakan. Didalam penjara beliau telah memperkenalkan asas seni mempetahankan diri yang dipelajarinya itu dengan mengajar rakan sepenjaranya. Dalam tahun 1945

peperangan tamat dan Korea mencapai kemerdekaan maka Choi pun dibebaskan dari penjara. Pada Januari 1946 Choi dilantik sebagai Leftenan Muda dalam Tentera Korea yang baru dibentuk. Dia ditugaskan di Kwang Ju sebagai pemerintah Kompani dimana dia telah mengajar asas Seni mempetahankan diri yang baru itu pada seluruh kompaninya. Beliau kemudiannya di naikkan pangkat kepada Leftenan dan dihantar untuk bertugas di Tae Jan. Di sana bukan hanya terdapat pengkalan tentera Korea tetapi terdapat juga tentera Amerika. Dalam beberapa tahun Choi Hong Hi telah berjaya memperkembangkan Seni Tae Kwon melalui kerjayanya sebagai seorang tentera. Pada tahaun 1949 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan berpeluang untuk belajar di Fort Riley Grand School, Kansas, Amerika Syarikat. Semasa di sanalah Choi Hong Hi telah memperkenalkan Tae Kwon-Do kepada rakyat Amerika. Menjelang tahun 1953 Choi Hong Hi telah mewujudkan Korea Grand General di Pusan. Sebagai Timbalan Komander dan Ketua Jabatan Akademik, pada tahaun 1952 beliau telah memberi taklimat kepada Jeneral Mac Arthur semasa lawatan beliau ke Kang Numg .Semasa genjatan senjata beliau adalah Pegawai Pemerintah Divison ke 5 Infantri. Dalam tahun 1954 telah bertugas di Divison ke 29 Infanteri di Pulau Cheju. Beliau juga Komander "Chon Do Kwan" iaitu sebuah Gimnisium awam yang terbesar di Korea. Beliau bukan sahaja berjaya melatih tentera-tentera Korea tetapi juga telah dapat memperkembangkan Taek Kyon dan teknik-teknik Karate kepada Seni Taekwon-Do yang moden. Dengan usahanya yang gigih itu beliau dinaikkan pangkat lagi kepada Major Jeneral. Kemudian pada 11hb April 1955 nama Taekwon-Do telah diperkenalkan di dalam satu mesyuarat antara ketuaketua jurulatih, sejarawan dan ahli politik. Choi Hong Hi telah menyerahkan nama Teakwon-do serta sukatan pelajaran Seni Taekwon-do. Perkara ini telah dipersetujui dan di terima serta diluluskan oleh Presiden Korea. Nama-nama seperti Dong Soo, Gong Soo, Kwan Bup, Tae Kyon, Soo Bak, Kang Soo dan lain-lain telah digantikan dengan nama Taekwon-Do. Dalam tahan 1959 seni mempertahankan diri Taekwon-Do telah mula diperkenalkan di luar negeri. Beberapa siri demontrasi diadakan di Amerika untuk memperkenalkan seni tersebut. Ianya mendapat sambutan cukup menggalakan. Di Korea sendiri Seni Taekwon-Do dijadikan mata pelajaran wajib bagi pelatih-pelatih tentera dan juga polis. Dalam tahun 1962 Jeneral Choi Hong Hi telah dihantar sebagai Duta Korea ke Malaysia. Beliau mula memperkenalkan Seni Taekwon-Do ini kepada masyarakat di sini. Pada tahun 1963 Persatuan TaekwonDo Malaysia ditubuhkan. Seni ini diterima dengan baik sehinggakan satu demontrasi di adakan di Stadium Merdeka di atas permintaan Perdana Menteri Malaysia Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj. Akhirnya Seni Taekwon-Do berkembang ke seluruh dunia atas usaha yang gigih

Jeneral Choi dan anak-anak buahnya.Jeneral Choi Hong Hi dilatik sebagai Presiden Taekwon-Do Antarabangsa dan kekal sehingga sekarang.Seni Taekwon-Do di anggap sebagai Seni mempertahankan diri kebangsaan bagi negara Korea.

6.0

Kelebihan Taekwondo berbanding silat Kelebihan taekwondo ialah ia terbuka kepada semua agama, bangsa dan negara. Ini telah

menyebabkan sukan Taekwondo mampu menguasai dunia berbanding silat. Selain itu juga Taekwondo juga merupakan sukan yang sangat popular di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana sukan Taekwondo sering di pertandingkan dalam sukan- sukan besar seperti Olimpik, Komanwel, Asean dan sebagainya. Selain itu juga penerimaan orang ramai dalam Taekwondo telah menyebabkan ia berada di peringkat tersendiri dalam sukan berbanding dengan silat. Selain itu juga, sukan Taekwondo mempunyai matlamat yang jelas iaitu membentuk disiplin diri, membina kecergasan fizikal dan melatih mempertahankan diri terulung. Ianya telah terbukti memberi kesan yang positif kepada pelajar- pelajar. Selain itu juga, Taekwondo telah dijadikan sebagai ko-kurikulum sekolah. Tujuannya adalah untuk membentuk pelajar yang berdisiplin dan sebagainya.

7.0

Cabaran silat dalam menyaingi Taekwondo Antara cabaran silat dalam menyaingi taekwondo ialah terdapat pelbagai jenis silat. Ini akan

mengelirukan masyarakat. Antara silat yang terdapat di Malaysia ialah Silat Serimau Hitam, Silat Cekak, Silat Gayong dan lain- lain lagi. Selain itu juga, syarat untuk menyertai silat juga terlalu khusus. Hal ini demikin kerana, boleh dikatakan syarat utama untuk menyertai silat mestilah beragama islam. Hal ini telah menyebabkan seni silat kurang berkembang berbanding karate dan taekwondo. Untuk menyertai karate dan taekwondo, tiada syarat yang di kenakan. Oleh itu, untuk meningkatkan seni silat di mata dunia syaratnya haruslah dilonggarkan. Cabaran yang kedua ialah tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak. Hanya pihak persatuan silat sahaja yang bersemangat untuk mengembangkannya sedangkan pihak lain tidak sama menyokong. Selain itu, kurangnya promosi tentang seni silat juga telah menyebabkan silat ketingganlan jauh di belakang. Hal ini demikain kerana masyarakat pada masa kini telah melupakan seni silat kerana

menganggap seni silat bertentangan dengan agama. Oleh sebab itu silat ketinggalan. Oleh itu semua pihak haruslah bekerjasama dalam menaikkan seni silat di mata dunia tidak kira pihak kerajaan, swasta mahupun masyarakat. Cabaran yang terakhir ialah seni silat tidak mengandungi ikrar dan rukun- rukun silat berbanding dengan taekwondo yang mengandungi ikrar dn rukun- rukunnya. Hal ini telah menaikkan lagi taekwondo di kalangan masyarakat. Antara ikrar taekwondo ialah saya mesti menuruti rukun-rukun taekwon-do, saya mesti menghormati jurulatih dan pelatih-pelatih yang lebih kanan, saya tidak akan menyalahgunakan seni taekwon-do, saya akan menjadi jaguh yang mempertahankan kebebasan dan keadilan dan saya akan membina sebuah dunia yang lebih aman dan damai. Manakala rukun- rukun taekwondo ialah kesopanan (courtesy), kejujuran (intergrity), kesabaran (perseverance), pengawalan diri (self control) dan bersemangat waja (indomitable spirit). Oleh itu, persatuan silat haruslah mempunyai ikrar dn rukun- rukun tersendiri untuk menarik kepercayaan masyarakat.

8.0

Kesimpulan

Kesimpulannya, silat mampu untuk bersaing dengan karate dan taekwondo walaupun ia mempunyai kelebihan berbanding silat. Namun begitu, ia tidak bermakna silat tidak mampu menguasai dunia kerana ilmu silat sangat unik berbanding katare dan taekwondo. Hal ini demikian kerana silat mempunyai banyak bunga dan corak berbanding karate dan taekwondo.

Bibliografi

Taekwondo (2008). Diperoleh pada Januari 8, 2011 daripada htrp:// excellentblogspot.com/ 2008/ 05/ sejarah- taekwondo.html.

taekwondo.

Silat sedeng betawi cawangan puchong (2010). http://silatsendengbetawi.webs.com/ pada 28/01/2011.

Diperoleh

daripada

Soalan 5 Anda merupakan seorang bakal guru tidak lama lagi dan ditempatkan di sekolah yang bermasalah. Apakah pengajaran dan pembelajaran anda terapkan kepada pelajar dalam konteks silat. Bincangkan.

Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri di kawasan nusantara sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi (Wikipedia, 2011). Seni ini sangat penting dalam membantu manusia mempertahankan diri mereka daripada sebarang ancaman bahaya yang tidak dapat dijangka. Pelbagai jenis silat yang boleh dipelajari, contohnya adalah seperti Silat Serimau Hitam, Silat Cekak, Silat Gayung dan sebagainya. Setiap jenis silat ini mempunyai gaya yang berbeza antara satu sama lain. Namun begitu, semua jenis silat tetap mengamalkan teknik kuncian sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh (Wikipedia, 2011). Sebenarnya seni mempertahankan diri ini amat diperlukan oleh setiap individu khususnya bagi seorang bakal guru di sekolah. Seni ini amat penting kepada mereka untuk mempertahankan diri daripada sebarang ancaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuklah pelajar ataupun rakan sekerja. Hal ini demikian kerana pelbagai masalah sosial telah berlaku pada masa kini dalam kalangan pelajar, contohnya seperti masalah buli, samun, pergaduhan dan sebagainya. Jadi, tidak hairanlah seorang bakal guru harus memiliki seni mempertahankan diri untuk membantu mereka menyelamatkan diri ketika ditimpa bahaya. Kadangkala, unsur-unsur dalam silat juga boleh diterapkan oleh bakal guru dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutama di sekolah yang bermasalah. Salah satu unsur yang boleh diterapkan adalah seperti disiplin yang tinggi. Bagi seni silat, disiplin amat diperlukan dalam proses pembelajaran seni tersebut kerana disiplin akan menentukan sejauhmana seseorang itu dapat menguasai sesuatu seni silat. Disiplin yang lemah akan menyukarkan seseorang untuk mendalami ilmu silat secara lebih mendalam. Justeru, unsur ini boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar mempunyai disiplin yang tinggi dalam kehidupan seharian mereka. Disiplin ini akan membantu pelajar menjadi seorang pelajar yang baik dan mengelakkan mereka daripada terlibat dalam sebarang masalah sosial. Hal ini demikian kerana disiplin yang tinggi boleh menyebabkan mereka takut untuk melakukan sebarang masalah di sekolah. Sekiranya semua pelajar mempunyai disiplin dalam diri, suasana sekolah juga akan menjadi aman dan harmoni tanpa sebarang gangguan dan masalah daripada pelajar. Secara tidak langsung, sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan akan menjadi lebih berkesan.

Selain itu, seni silat juga mementingkan unsur sikap yang merendah diri. Setiap individu yang memiliki ilmu silat telah dididik dan dilatih supaya mempunyai sikap merendah diri dan tidak bersikap riak dengan ilmu yang dimiliki. Hal ini demikian kerana ilmu yang dimiliki bukan untuk ditunjukkan kepada orang lain tentang kehebatannya tetapi digunakan ketika diri dilanda bahaya sahaja. Namun begitu, sifat rendah diri yang dimiliki bersesuaian dengan tempat atau sesuatu situasi. Hal ini penting untuk mengelakkan keyakinan diri mereka hilang atau berkurangan. Secara tidak langsung, hal ini mampu membolehkan mereka mampu menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Oleh sebab itu, unsur sikap ini juga perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana sikap ini amat penting untuk kehidupan seharian pelajar. Malahan, sikap ini dapat mendidik pelajar supaya bertolak-ansur antara satu sama lain dan tidak saling menyakiti sesama mereka. Sikap rendah diri ini juga dapat mengelakkan masalah seperti buli dan samseng daripada berlaku di sekolah. Kebanyakan masalah tersebut berlaku apabila pelajar merasakan diri mereka begitu kuat dan hebat sehingga menyebabkan mereka menunjukkan kekuatan mereka itu kepada pelajar yang lemah. Namun, sikap rendah diri atau tidak riak dengan kekuatan yang dimiliki pelajar akan menyebabkan pelajar tidak menyakiti pelajar lain yang lemah kerana mereka memiliki tanggapan bahawa mereka hanya akan memperlihatkan kekuatan diri ketika dilanda masalah ataupun semasa pembelajaran seni pertahanan diri sahaja. Di samping itu, ilmu persilatan juga menerapkan unsur mendekatkan diri dengan Allah kerana segala ilmu persilatan sama ada zahir atau batin tidak bertentangan dengan syariat Islam. Hal ini dapat dilihat dalam falsafah pendidikan silat yang menyatakan bahawa pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur (Anuar Abdul Wahab AMN, 2010). Secara ringkas, dapat dilihat bahawa silat juga merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana silat juga melibatkan pergerakan yang berunsurkan kerohanian. Dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah, unsur kerohanian juga perlu diselitkan untuk kehidupan seharian pelajar. Hal ini amat membantu pelajar dalam mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya mereka akan melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Malahan, pelajar juga dapat membezakan antara yang baik dan tidak baik dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung, hal ini dapat mengurangkan masalah yang berlaku di sekolah kerana pelajar tidak akan melakukan perkara-perkara yang dianggap tidak baik dan seterusnya mampu mengurangkan

masalah yang berlaku di sekolah. Oleh sebab itu, unsur kerohanian ini amat diperlukan di sekolah untuk membimbing pelajar ke arah yang benar dan menanam sifat diri yang baik dalam diri mereka. Selain itu, unsur-unsur kemahiran pertahanan diri juga boleh didedahkan serba sedikit kepada pelajar sebagai selingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat membantu pelajar mempraktikkan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian mereka terutamanya apabila mereka ditimpa bahaya. Misalnya, seperti kemahiran memcari kelemahan lawan ataupun menghalang pergerakan musuh. Kemahiran ini dapat membantu pelajar menyelamatkan diri daripada sebarang ancaman. Oleh sebab itu, bukan suatu perkara sia-sia untuk seseorang mempelajari ilmu mempertahankan diri kerana ilmu tersebut akan digunakan suatu hari kelak. Bagi pelajar yang ingin mempelajari ilmu pertahanan diri dengan lebih mendalam, guru perlu memberikan motivasi kepada pelajar untuk menyertai persatuan atau kelab yang berunsurkan seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando, karate dan sebagainya. Bukan itu sahaja, seni mempertahakan diri boleh mengurangkan masalah buli yang berlaku di sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar yang melakukan buli ini biasanya menganggap mereka begitu kuat dan boleh menunjukkan kekuatan mereka kepada pelajar lain yang lemah. Namun, pelajar yang lemah ini dapat mengatasi pelajar yang kuat itu dengan adanya ilmu mempertahankan diri. Secara tidak langsung, pelajar yang melakukan perbuatan buli ini akan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut kerana mereka akan beranggapan bahawa mereka tidak begitu kuat. Hal ini membolehkan masalah yang berlaku di sekolah semakin berkurangan. Di samping itu, suasana di sekolah juga akan menjadi lebih harmoni dan pelajar dapat belajar dengan lebih baik daripada sebelumnya. Justeru, sebagai seorang guru, ilmu adalah untuk dikongsi dengan pelajar dan mereka tidak harus menganggap pelajar seperti anak mereka sendiri melalui penjagaan kebajikan mereka. Tambahan lagi, unsur seperti mengeratkan hubungan silaturrahim juga diamalkan dalam seni mempertahankan diri antara individu-individu yang mempelajarinya. Unsur ini penting untuk mengelakkan permusuhan berlaku dan secara tidak langsung hal ini dapat mewujudkan sikap saling bertolak-ansur sesama mereka. Oleh sebab itu, unsur ini sesuai untuk diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sebagai selingan. Hal ini penting untuk mewujudkan hubungan yang baik antara pelajar. Contohnya pembelajaran secara berpasangan dan berkumpulan dapat mengeratkan hubungan antara pelajar di dalam kelas. Kadangkala, hubungan seperti inilah yang sentiasa berkekalan walaupun masing-masing sudah berpisah suatu hari kelak. Bukan itu sahaja, hubungan baik ini dapat mengelakkan sebarang permusuhan daripada berlaku sesama pelajar. Hal ini membolehkan

sekolah lebih aman tanpa sebarang pergaduhan ataupun masalah lain yang melibatkan pelajar apabila hubungan yang baik antara pelajar dapat dibina. Guru merupakan individu yang berperanan untuk mencorakkan pelajarnya dan seharusnya pelajar dididik dengan baik supaya mereka menjadi orang yang berguna kelak. Sebagai bakal guru, unsur semangat cintakan negara dan mempertahankan negara daripada ancaman musuh juga dapat diterapkan dalam kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Unsur ini amat bertepatan dengan unsur dalam silat yang mementingkan pembelajaran ilmu persilatan untuk kegunaan yang betul seperti mempertahankan diri daripada sebarang ancaman, mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan sebagainya. Oleh sebab itu, unsur ini perlu diterapkan dalam diri pelajar untuk membolehkan mereka mengenali jati diri bangsa mereka dan mempertahankan tanah tumpah darah mereka pada masa hadapan daripada sebarang ancaman musuh. Sebagai generasi pemimpin, pelajar perlu dididik supaya mampu menjaga negara dengan baik kelak. Kecintaan kepada negara akan membolehkan pelajar lebih bermotivasi dan bersemangat untuk menjaga keharmonian negara. Oleh sebab itu, unsur ini perlu diterapkan lebih awal kepada pelajar supaya mereka menjadi seorang yang berguna kelak kepada negara. Bukan itu sahaja, motivasi dalam diri pelajar juga akan menyebabkan mereka menjadi lebih berdisiplin dan tidak akan melanggar sebarang peraturan di sekolah yang merupakan suatu kesalahan. Secara tidak langsung, masalah di sekolah juga dapat dikurangkan apabila pelajar mematuhi setiap peraturan di sekolah. Pelajar juga tidak akan berani melakukan masalah yang boleh menjejaskan imej sekolah yang secara tidak langsung mampu menjejaskan imej negara. Seterusnya, unsur saling menghormati juga perlu diterapkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Unsur ini merupakan antara unsur teras dalam silat kerana setiap individu yang ingin mempelajari seni mempertahankan diri ini perlu menghormati antara satu sama lain dan yang paling penting menghormati guru atau ketua mereka. Begitu juga dengan sekolah, unsur ini perlu diketengahkan supaya pelajar saling menghormati antara satu sama lain dan yang paling penting menghormati guru mereka. Hal ini penting untuk mengelakkan pelajar bersikap kurang ajar terhadap guru mereka. Dewasa kini, tidak mustahil untuk seorang pelajar mencederakan guru mereka ataupun sesama mereka. Oleh sebab itu, guru berperanan untuk menyedarkan diri pelajar dan mendidik mereka supaya memiliki sikap hormat-menghormati. Sikap ini amat diperlukan terutamanya di sekolah untuk memastikan suasana sekolah aman tanpa sebarang masalah seperti pergaduhan, buli, ugutan terhadap guru dan sebagainya. Lazimnya, ugutan terhadap guru berlaku apabila pelajar berasa tidak puas hati

terhadap sikap seseorang guru terutamanya apabila mereka dimarahi kerana tidak menyiapkan tugasan ataupun didenda dan sebagainya. Walaubagaimanapun, hanya pelajar yang tidak mempunyai sikap hormat-menghormati sahaja yang melakukan perbuatan tersebut. Bagi pelajar yang menanam semangat hormat-menghormati dalam diri mereka, mereka tidak akan melakukan perbuatan tersebut kerana mereka beranggapan bahawa sebarang hukuman yang dikenakan terhadap mereka berpunca daripada diri mereka sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa sikap hormat-menghormati ini dapat mengubah perilaku seseorang pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, guru juga merupakan salah satu pihak yang berperanan dalam menerapkan sikap tersebut dalam kalangan pelajar selain daripada ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana hampir separuh masa pelajar dihabiskan di sekolah. Oleh sebab itu, selaku bakal guru, kesemua unsur dalam konteks silat boleh diterapkan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk mengurangkan masalah yang berlaku di sekolah.

Bibliografi Wikipedia, 2011. Silat. Diperoleh daripada laman web dunia: Februari 05, 2011. http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat pada

Anuar Abdul Wahab AMN, 2010. Laporan Percuma : Sikap pendekar. Diperoleh daripada laman web dunia: http://pusatcemerlangsilat.com/silatnews/laporan-percuma-sikap- pendekar/ pada Februari 10, 2011.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful