You are on page 1of 6

[SEJARAH MALAYSIA MODEN] SJH 1107 SOALAN STRUKTUR 1.

a Mengapakah Jepun memberikan layanan yang buruk ke atas orang cina berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India? Pengalaman perang China-Jepun. Kebanyakkan orang Cina menyertai MPAJA yang menentang askar Jepun. b Apakah langkah yang dijalankan oleh pemerintah Jepun untuk menjayakan hasrat tersebut? (hasrat penjepunan) Menukar taraf sekolah tertentu di bawah pengawasan Jepun yang boleh menerima bantuan/biasiswa daripada kerajaan Jepun. Mewujudkan iklim sosial seperti di Jepun. Contohnya, memperkenalkan cuti-cuti umum berdasarkan peristiwa besar dari Jepun seperti Hari Kelahiran Maharaja Jepun, Perayaan jatuhnya Pearl Harbour, Hari kelahiran dewi Jepun dan sebagainya. 2. a Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor lain yang menjadi penyumbang kepada berkembangnya semangat nasionalisme di Tanah Melayu? Sistem percetakkan akhbar dan majalah Semangat nasionalisme negara jiran Penindasan tentera Jepun Kemunculan golongan intelektual Berkembangnya sastera yang bertemakan kemerdekaan

b parti ini dikenali sebagai berhaluan kiri dan berhaluan kanan. Apakah perbezaan antara kedua-dua parti ini? 1. Parti Berhaluan Kiri Menentang kerajaan British.
1

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI BIN KAMSULBAHRI

[SEJARAH MALAYSIA MODEN] SJH 1107 Lebih agresif dan radikal menuntut kemerdekaan. Dipimpin oleh rakyat biasa. Pemimpin parti mendapat pendidikan dari Timur Tengah.

2. Parti Berhaluan Kanan Menyokong kerajaan British. Mengambil sikap bekerjasama dengan pihak British. Dipimpin oleh golongan bangsawan dan raja. Pemimpin parti mendapat pendidikan dari Barat.

3. a Rumuskan ciri-ciri Malayan Union Gabenor menjadi pemerintah. Sultan Melayu hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Pusat pemerintahan terletak di Kuala Lumpur Hak kerakyatan yang sama/ jus soli Singapura dijadikan tanah jajahan mahkota dan ditadbir secara berasingan. Ketua pentadbiran negeri ialah pesuruhjaya negeri.

b Jelaskan 3 langkah yang digunakan oleh kerajaan British untuk membanteras kegiatan komunis di Malaya. Mengisytiharkan kawasan hitam dan putih Memperkenalkan undang-undang darurat Memperkenalkan undang-undang kad pengenalan Mewujudkan kampung-kampung baru Mewujudkan home guard Mengadakan catuan makanan Menggunakan diri
KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI BIN KAMSULBAHRI 2

perang

saraf

iaitu

menawarkan

pengampunan kepada anggota komunis yang menyerah

[SEJARAH MALAYSIA MODEN] SJH 1107 4. Rumuskan hasil persefahaman CLC dalam proses kemerdekaan negara 1957. Pilihan raya Bandaran 1956 Kerjasama orang Cina dalam parti perikatan Pembahagian kerusi pilihan raya dibuat berdasarkan kaum Mengadakan rundingan kemerdekaan secara aman

SOALAN ESEI. 1. Bincangkan peranan parti perikatan dalam proses menuntut

kemerdekaan negara. 2. Sejauh manakah tindakan parti komunis menjadi punca kepada tercetusnya darurat?

3. Kenal pasti kesan-kesan sosioekonomi serta keberkesanan pelan pembangunan tersebut terhadap struktur sosial dan ekonomi rakyat tempatan. 4. Analisa hubungan dan kedudukan kaum. (sebelum dan semasa 1969).

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI BIN KAMSULBAHRI

[SEJARAH MALAYSIA MODEN] SJH 1107 1. Bincangkan peranan kemerdekaan. Parti Perikatan dalam proses menuntut

Parti perikatan telah ditubuhkan pada Januari 1952. Parti ini dianggotai oleh dua buah parti terbesar di Persekutuan Tanah Melayu iaitu UMNO dan MCA (Malayan Chinese Association). Perikatan ini dibentuk bagi menghadapi pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1956. Mengikut persetujuan yang telah dicapai oleh kedua-dua parti ini, MCA tidak akan bertanding di kawasan UMNO dan UMNO tidak akan bertanding di kawasan MCA. Hasil kerjasama ini telah membuahkan hasil dengan Parti Perikatan telah memenangi 9 daripada 13 kerusi yang telah dipertandingkan. Pada tahun 1955, MIC turut menggangotai Parti Perikatan. Antara janji Parti Perikatan ialah mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu, menamatkan darurat dan memenangi pilhan raya Umum 1955. Pada tahun 1955, pilihan raya Umum telah diadakan dan Parti Perikatan telah memenangi dalam pilihan raya tersebut dengan memperoleh 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Oleh itu bermulalah langkah awal Parti Perikatan untuk melunaskan janji parti yang ingin mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu. Pada Januari 1956, Parti Perikatan telah membentuk satu rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh pemimpinpemimpin Parti Perikatan dan turut disertai oleh wakil Raja-raja Melayu. Rombongan ini telah berangkat ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan Kerajaan British. Ahli rombongan kemerdekaan ini adalah seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan, Tun H.S. Lee dan beberapa tokoh yang lain turut menyertai rombongan ini. Rundingan ini telah berhasil dengan beberapa persetujuan telah dicapai antaranya Kerajaan British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Negera ini hendaklah berada di bawah commonwealth dan mengamalkan pemerintahan secara demokrasi. Selain itu, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan telah diwujudkan dan jawatan ini akan disandang oleh anak tempatan. Kerajaan British juga bersetuju untuk membayar balik ganti rugi kepada pegawai British yang telah kehilangan jawatan di Tanah Melayu. Penubuhan sebuah badan bebas untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berdaulat dan suruhanjaya ini dinamakan sebagai Suruhjaya Reid.

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI BIN KAMSULBAHRI

[SEJARAH MALAYSIA MODEN] SJH 1107 Perisytiharaan tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di Melaka oleh YTM Tunku Abdul Rahman. Beliau juga turut mengumumkan tarikh kemerdekaan di perhimpunan raksasa yang diadakan di Padang Pahlawan di Bandar Hilir, Melaka. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Parti Perikatan telah berjaya melaksanakan janjinya untuk membawa kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh yang singkat iaitu dua tahun.

2. Sejauh manakah tindakan Parti Komunis menjadi punca kepada tercetusnya darurat? Parti Komunis telah ditubuhkan pada akhir 1930-an. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, dan dasar pemerintahan Jepun yang keras, mengakibatkan wujud beberapa kumpulan bawah tanah. Kumpulan ini bergiat menentang kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu. Kumpulan terbesar yang menentang tentera Jepun adalah MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army. Pertubuhan ini turut dikenali sebagai Bintang Tiga. British telah membantu pergerakkan parti ini dengan membekalkan senjata api kepada ahli kumpulan dan turut mengajarkan cara berperang di dalam hutan atau secara gerila. MPAJA sanggup bekerjasama dengan Inggeris kerana pihak Inggeris terlah menjanjikan kemerdekaan kepada mereka. Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Parti Komunis berhasrat mahu menubuhkan sebuah kerajaan yang berfahaman Komunis di Semenanjung Tanah Melayu. Fahaman ini telah mewujudkan Parti Komunis Malaya. Pihak British telah kembali ke Tanah Melayu dan mengarahkan MPAJA untuk meletakkan dan menyerahkan senjata api. Selain itu, janji British untuk memberi kemerdekaan tidak dilaksanakan. Malah, British bertindak untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan ini menyebabkan pihak komunis telah bertindak ganas dengan memberontak menentang kerajaan. PKM berhasrat untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pemberontakkan bersenjata yang dilancarkan oleh PKM telah melumpuhkan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu. Komunis juga berani melakukan pembunuhan seperti pembunuhan pengurus ladang British di Sungai Siput, Perak. Selain itu, pembunuhan Sir Henry Gurney iaitu Pesuruhjaya Inggeris di Bukit Fraser telah mendatangkan kemarahan British. Pada tahun 1948, kerajaan British telah mengisytiharkan darurat di seluruh Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI BIN KAMSULBAHRI

[SEJARAH MALAYSIA MODEN] SJH 1107 Kerajaan British telah menubuhkan pasukan polis khas bagi mengawal kawasan-kawasan ladang dan lombong bijih timah. Kerajaan British telah memohon bantuan negara-negara komonwel seperti Australia, Fiji, Kenya dan Nepal bagi memerangi penganas komunis di Tanah Melayu.

3. Kenal pasti kesan-kesan sosioekonomi serta keberkesanan pelan pembangunan tersebut terhadap struktur sosial dan ekonomi rakyat tempatan.

4. Analisa hubungan dan kedudukan kaum. (sebelum dan semasa 1969).

KAMSUL FAKHRURADZI KHUSAIRI BIN KAMSULBAHRI

You might also like