You are on page 1of 22

CIKGU WAN DHIA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU serta INFORMASI KAUNSELING


LAMAN UTAMA KAUNSELING P&P B.MELAYU KERJA MURID SPSS HOBI KURSUS SEKOLAH S.SKILL

WEDNESDAY, 20 JULY 2011

REKA BENTUK PENGAJARAN


PENGENALAN Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian. Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti. REKA BENTUK PENGAJARAN Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran. Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al.

(2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utama yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran. Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah: i. Menentukan pencapaian objektif ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaran vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut: i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. MODEL REKABENTUK PENGAJARAN Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapat membantu pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakan pembentukan perisian. Secara umumnya, model yang digunakan dalam membangunkan perisian berasal adalah daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai model diperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses yang dicadangkan hampir sama. Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang terkenal ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. Model i. ii. reka Model Model Hanaffin Model Model Model Model Model Model Model Model Gerlach Model Model Smith Jerold and Model Dick Air and Model Resier Van and Robert and ADDIE ASSURE Peck Glasea Branson Dick Patten Gentry Carey Terjun Prototyping Ragan Kemp Ely Diamon kategori iaitu: darjah produk

Model

and

bentuk Model Model

terbahagi kepada empat berorentasikan bilik orentasi

iii. Model iv. Model orentasi teknologi

orentasi

sistem

Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajaran dalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah seperti guru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaran berorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck. Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990). Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996). Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologimula mendapat tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998) MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN MODEL ADDIE

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah: Analisis Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soalselidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut: Analisa(Analysis)

Reka Bentuk(Design) Pembangunan(Development Perlaksanaan(Implementation) Penilaian(Evaluation) 1. 2. 3. 4. 5. 6. Matlamat perisian Objektif perisian Kumpulan sasaran Kandungan perisian Pendekatan pedagogi Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya. Reka Bentuk Perisian Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa analisis. ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian. iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna. iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

Pembangunan Perisian Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama. Perlaksanaan Perisian Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan. Proses kerja dalam fasa ini ialah i) Membangunkan perisian ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan iii) Menguji kestabilan perisian iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan lagi kualiti perisian. Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif. Model ASSURE Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam model ini ialah: A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners) S- Menyatakan Objektif (State Objectives) S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials) U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials) R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation) E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise) Menganalisis Pengguna Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran. Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian juga perlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.

Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian: i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan cara pembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciri umum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.

ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan

pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia ada yang sama. iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran yang akan memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992). Menyatakan objektif pembelajaran Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisian yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut: i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar. ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran. Pemilihan kaedah, media dan bahan Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira. i. Memilih kaedah Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian multimedia. Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran. ii. Memilih media Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televisyen. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu: a) Media sedia ada Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan sahaja. b) Media dibina Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian. Media yang dipilih perlulah: a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulum b) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa c) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar d) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini

e) Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti f) Mempunyai aspek nilai murni g) Dapat merangsangkan daya pemikiran Menggunakan media dan bahan pembelajaran Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan. Penglibatan pelajar Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif. Melakukan penilaian dan pengubahsuaian Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek: i. Menilai kepuasan pengguna ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan

Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)

Rajah 4.2. Model Rapid Prototyping (1998) Model reka bentuk Rapid Protyping (1998) merupakan salah satu bentuk model pengajaran berorentasikan teknologi. Model ini mengandungi tujuh peringkat (Rajah 4.2). Model Rapid Protyping melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan teknologi. Prototaip yang dibina merupakan produk percubaan. Oleh itu terdapat sedikit perbezaan antara prototaip dengan produk akhir. Prototaip mempunyai keupayaan yang lebih rendah daripada perisian yang sebenar.

Rapid Prototyping lebih menekankan penggunaan teknologi serta melibatkan maklum balas daripada pengguna pada satu atau dua peringkat. Masalah masih wujud dalam perisian prototaip. Pengguna tidak dapat menilai keberkesanan keseluruhan pembelajaran dalam perisian prototaip. Perisian prototaip selalu digunakan bagi membangun perisian komersial. Reka bentuk skrin dalam perisian komresial sudah cukup untuk meramal dan menilai perisian keseluruhan yang akan siap. Dalam perisian pendidikan, walaupun prototaip dapat digunakan oleh pelajar, pembangun perisian tidak dapat menyatakan keberkesanan sehingga dilakukan ujian ke atas perisian sebenar.

4.3.4. Model Reka Bentuk Air Terjun (1997) Model Air Terjun mengandungi enam fasa yang berurutan. Model Air Terjun terdiri daripada enam fasa iaitu analisis, rekabentuk, implementasi, pembangunan intergrasi, pengujian atau penilaian dan penyelenggaraan (Rajah 4.3). Model Air Terjun mengutamakan reka bentuk penggunaan teknologi. Kelemahan model ini ialah proses pembangunannya terlalu terikat dengan satu fasa sehingga sukar untuk ianya diubahsuai atau mengikut kesesuaian suasana. Adalah mustahil untuk mengikut langkah secara terperinci tanpa wujud masalah. Analisis feasibiliti Analisis keperluan Implement perisian Penilaian dan pengujian Kitaran prototaip Pembangunan perisian Mereka bentuk perisian

Rajah 4.3. Aliran Kerja Berdasarkan Model Air Terjun (1997)

Model Reka Bentuk Pengajaran Dick Dan Carey (1996)

Model reka bentuk ini beorentasikan sistem. Model reka bentuk Dick Dan Carey (1996) melibatkan komponen pelajar, pengajar, bahan pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Rajah 4.4 menunjukkan model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey. Setiap langkah dalam model ini menerima input daripada langkah sebelumnya dan memberi output kepada langkah berikutnya. Analisis Reka bentuk

Penyelenggaraan Implementasi Pengujian Pembangunan

Rajah 4.4 Model Reka Bentuk Dick dan Carey (1996) Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi dan berkerjasama untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Komponen pengajaran dalam model ini membantu guru membaiki model yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kelemahan. Model Dick dan Carey memerlukan penglibatan pembangunan bahan pengajaran, analisis, percubaan, ujian dengan kadar yang banyak. Oleh itu model ini sesuai digunakan untuk pengajaran bagi keseluruhan kursus atau kurikulum. Kenal pasti matlamat pengajaran Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat Penilaian formatif Bina atau pilih bahan pengajaran Bina strategi pengajaran Bina item ujian rujukan kriteria Tulis objektif prestasi Penilaian sumatif Buat analisis pengajaran

RAJAH 4.5. Model Reka Bentuk Hannafin Dan Peck (1988) Model Hannafin Dan Peck (1988)

Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) (Rajah 4.5) melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa perlaksanaan. Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak secara berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan. Fasa analisis keperluan digunakan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat yang paling kritikal kerana peringkat ini menentukan keupayaan keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaran pembelajaran serta kandungan dan matlamat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk dan perancangan dilaksanakan. Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu fasa analisis keperluan tafsiran dan fasa analisis keperluan perisian. Fasa reka bentuk digunakan untuk memindahkan maklumat yang terdapat di fasa analisis keperluan kepada satu lakaran fizikal yang digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan yang digunakan dalam proses reka bentuk boleh didapati dari analisis yang dilakukan dalam fasa analisis permulaan. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan berbantukan alat pengarangan. Fasa Penilaian merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan. Fasa ini secara tidak langsung menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat dalam fasa ini ialah penilaian formatif dan sumatif. Fasa 1 Analisis keperluan Fasa 2 Reka bentuk Fasa3 Pembangunan dan perlaksanaan Penilaian dan pengulangan Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada keupayaan kelas untuk menerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan media. Model ini juga sesuai digunakan untuk skop pengajaran dan pembelajaran yang tidak luas serta dalam kumpulan sasaran yang terhad. Model Robert Glasea Model Robert Glasea mempunyai empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia, kaedah mengajar dan penilaian. i. Objektif pengajaran Objektif pengajaran adalah hasil pengajaran yang melibatkan perubahan tingkah laku yang spesifik dan boleh diukur setelah mengikuti pelajaran. Objektif pengajaran adalah tahap jangkaan minima bagi prestasi yang dicapai oleh pelajar. Pembangun perisian boleh mendapat maklumat tentang objektif pengajaran daripada sukatan dan huraian kurikulum. ii. Pengetahuan sedia ada Pengetahuan sedia ada adalah pengalaman yang telah dimiliki atau dikuasai oleh pelajar sebelum proses pembelajaran. Dengan mengetahui pengalaman, Objektif Pengajaran, Pengetahuan sedia ada, Kaedah Mengajar, Penilaian dan Maklum balas lepas pembangun perisian boleh memilih kaedah, tahap dan strategi yang bersesuaian dengan golongan sasarannya. iii. Kaedah mengajar Setelah menetapkan objektif yang hendak dicapai dan mengetahui pengalaman sedia ada padapelajar, barulah pengatur cara atau pembangun perisian memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan

golongan sasaran.Kaedah mengajar penting bagi memastikan pengajaran yang hendak disampaikan dapat digunakan dan diaplikasikan. iv. Penilaian Bagi memastikan perisian ini menepati spesifikasi yang ditetapkan, perisian yang dibina perlu diuji. Penilaian yang melibatkan pelbagai pihak bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan komen. Laporan penilaian akan dapatmembaiki kesilapan dan kelemahan dalam perisian. Dengan adanya maklumbalas dari proses penilaian, seorang pembangun perisian atau pengaturcaraan boleh mengesan pencapaian dan penerimaan pelajar. RUJUKAN Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka bentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware. Review of Education Research 49(3): 70-71. Benjamin, L.T., Hopkin, J.R. & Nation. J.R. 1994. Psychology. Ed. ke-3. New York: Macmillan Publishing. 19 Bigge, M. L. 1982. Learning theories for teachers. New York : Harper & Row Publishers, Inc. Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International. Brown, J.S. Collins, A. & Duguid, P. 1989. Situated cognition and the culture of learning. Educational Researcher. Carrol, J. M. 1990. The Nurnberg funnel : designing Minimalist Instruction for practical computer skill. MIT Press. Cates, W. M. 1992. 1992 Fifteen Principles For Design More Effective Instructional hypermedia/ multimedia product. Education Technology, December: 5-11. Checkley, Kathy. 1997. The first seven..and the eighth: A conversation with Howard Gardner. Educational leadership (atas talian) . Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Chung Hang Tek. 2001 Perlaksanaan Program Latihan Sekolah Bestari. Kerta kerja Krusus Peningkatan Profesinalisme Orentasi Pensyarah Baru Maktab Perguruan Malaysia. Hotel Pearl International Kuala Lumpur , 21-27 Oktober Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing. Gagne R.M. & Briggs L. J. 1979. Principles of instructional design. Holt Rinehart and Winston. Gagne, R.1985. The condition of learning and theory of instruction. Ed. ke-4. NewYork: Holt. Goh Kek Seng. 1990. Aktiviti Mengenal Komputer. Kuala Lumpur : Federal Publication. Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus multimedia pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian Grafik Adobe Photoshop. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September. Hannafin, M.J. & Peck 1988. The design, development and evulation of instructional software. New York: Macmillan Publishing Company. Harold, F., O'Neil, J.R. & Paris, J. 1981. Introduction and overview of computer-based instruction. Computer-based instruction. hlm 1-21. 20

Harwood, W.S. & Mc Mahon, M.M. 1997. Effect of integrated video media on student achievement and attitudes in high school chemistry. Journal of Research in Science Teaching 34(6): 17-63. Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners with special needs. New York: Merill-Prentice Hall. Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996. Instructional media and technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall. 01. Pembangunan perisian multimedia satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Jamaludin Haron & Dr Zaidatun Tasir, 2004. Multimedia Dalam Pendikan. PTS Pubication. Jonassen, D. 1988. Designing structured hypertext and structuring access to hypertext. Education Technology, November: 13-16. Jonassen D. H. 1996. Computers as Mindtools for Schools. New Jersey : Prentice Hall Jones, T. & Berger, C. 1995. Student use of multimedia science instruction: Designing generation. Journal of Education Multimedia, Hypermedia 4(4): 305-320. Jones, D. 1997. Designing instruction: enter the constructivism. http://www.cabrillo.cc.ca.us/thinking/constructivism.html (9 Julai 2001). Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat KBSM Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. http//kdp.ppk.kpm.my Kementerian Pendidikan Malaysia 1997. Pasukan petugas sekolah bestari. sekolah bestari di Malaysia. Kozma, R.B. 1993. Learning with media. Review of Education Research 61(2): 179-211. Krish, D. 1997. Interactivity and multimedia interfaces. Instructional Science 25: 79-96. Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier Hassan. 1998. Kajian penilaian dan perlaksanaan kursus dalam perkhidmatan 14 minggu sekolah bestari. Kertas kerja Seminar Bahagian Pendidikan Guru. Institusi Perguruan Darul Aman, 6 - 8 October. Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier Hassan. 2000. Pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari perintis Negeri Kedah dan Perlis. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan. Alor Star, 25 -28 Jun. 21 Lee Shok Mee. 1997. Psikologi pendidikan 2: Teori dan aplikasi psikologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Levin, T. & Gordon. 1989. Effect of and Computer Experience On Attitude Towards Computers. Journal of Educational Computing Research. (1), 69-88 Lim Sea Kiaw . 1995. Kajian status pelaksanaan Literasi Komputer di Sarawak. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of microcomputer in education: from computer literacy to curriculum integration. Proceeding The International Symposium of Education Computin, hlm 1-13. Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New Jersey: Mc Keown P,G. 1986. Living with computer. USA : Harcourt Brace Jovanovich Publisher Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman, M.N. 1996. Computers in education. Ed. ke-2. New York: Ally and Bacon. Mohamad Izzat Ridwan . 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam pernigaan ICT .

Majalah PC September: 56-57 Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Medefinisi dan merapatkan jurang digital. Majalah PC, September: 58-59 Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan di minta elak ICT jadi indutri monopoli. Surat. Berita Harian, 23 Ogos: ms 11 Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan GuruGuru Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.November .26-27 Mohd Ariff Hj Ismail. 2004. Model Reka Bentuk Instrksional Dalam Pengajaran dan pemelajaran. Rekabentuk Pengajaran Dan ICT:Aplikasi Dalam Aliran Pendidikan Era Globlisasi, hlm 1-11. Mohd Dzulkifli A. Jalil. 2002. Kajian keberkesanan persekitaran pembelajaran multimedia interaktif dalam mata pelajaran biologi. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. 22 Mohd Ishak Othman. 2002. pembinaan pembelajaran dan pembelajaran berbantukan komputer: Belajar mengenai storan skunder. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2000. Instructional technology for teaching Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Berita Harian 3 Disember: 16 Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin .1993 Pengujian dan Penilaian Perisian . Media ComiL. Nurain Hafiza. 2002. Benarkah Melayu Sukar menguasi ICT. Majalah PC Oktober: ms 18 19 Orr, K.L., Golas, K.D & Yao, K 1994. Storyboard development for interactive multimedia traninig. Journal of Interactive Instruction Development Palmer W. Agnen, Anne S.Kellerman, Jeanine M.Meyer, 1996, Multimedia in The Classroom, Allym & Bacon, Boston, London, Toronto Park, L., & Hannafin, M.J. 1993. Empirically-based guideline for the design of interactive multimedia. Education Technology Research and Development Pavlov, I. P. 1962. Essay in psychology and psychiatry including a section on sleep and hypnosis. New York: Citadel Press Perzylo, L. 1993. The application of multimedia in schools. British Journal of Education Technology 24(3): 191-197. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Falsafah pendidikan kebangsaan matlamat dan misi. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. 1996. Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. Reader, W. & Hammond, N. 1994. Computer bases microword: A bridge between constructivism and direct instruction. Education Technology Research and Development 40(1): 93-106. Rivilin, E., Botagogo, R. & Shneiderman, B. 1994. Navigating in hyperspace: Designing a structure-based toolbox. Communication of the ACM 37(2): 87-96. 23

Robiah Sidin. 1992. Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3): 248-259. Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.November 26-27. Rozinah Jamaludin. 2000. Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd. Rusdina Abdul Rahim.1993. Kearah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan:16-30. . Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur, 27 November. See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer terhadap daya kreativiti pelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia 2: 61-66. Selwyn, N. 1997. Students' Attitudes Toward Computers: Validation of a Computer Attitude Scale for 16-19 Education. Computers Education. 28 (1), 35-41 Shaharudin Salleh 1986. Pengenalan Kepada Komputer. Petaling Jaya : Federal Publications. Sharifah Alwiah Alsagoff. 1987. Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shaifol Bahary Sulaiman 2002. Asas Permainan Bola Sepak (Perisian Interaktif) Shaifol Bahary Sulaiman. 2003. Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari. Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi, hlm 2938. Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi. Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Sains perpustakaan untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication. Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication. 24 Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian) www.geocites.com/shaifol6900 Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pratikum Berpasangan Fasa 1, MPBP (Perisian Interaktif) Sim Ah Hock, Siti Ropiah Abu Bakar, Mohammad Saat dan Md Din Hassan. 2000. Kemahiran teknologi maklumat dan sikap terhadap komputer selepas kursus latihan guru sekolah bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan. Alor Star, 25 -28 Jun. Siti Fatimah Mohd. Yassin. 1998. Pengajaran penggunaan teknologi maklumat bagi mengasah kemahiran berfikir. Inovasi dalam perkaedahan pengajaran Bahasa, Sains sosial dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbitan UKM. Siti Hawa Ahmad. 1997. Sekolah bestari di Malaysia: Mereka semula sistem pendidikan di Malaysia. (atas talian) http//www.eprd.kpm.my (17 April 2003). Skinner, B. F. 1968. The technology of teaching. New York : Appleton-Century-Crofts. Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning : Teory, research and practice. New Jersey:

Merril/Prentice Hall. Smart School Task Force. 1997. The Malaysian smart school-an MSC flagship aplication : A conceptual blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Sorotan akhir tahun: Komitmen Kerajan terus rangsang sector ICT. 2002. Utusan Malaysia 25 Disember: Ekonomi ms 24 Squires, D. 1997. Providing computer-base experince for learning physics. Physic Educatio, 22: 39-24. Stewart, L. and Michale, T. 1989. Parents guide to education software and computer. San Diego: Computer Publishing Enterprise. Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi : Teori dan praktik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan komputer. Jurnal Bahasa, Mac:3-5. Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. 2003. berita harian 7 Januari : Pendidikan ms 8 25 Woolfolk, A.E. 1992. Educational psychology. Boston: Ally and Bacon. Yong Soe Han (1993). Literasi Komputer. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Yusof Hashim . 1993. Buletin UNESCO Malaysia. Jilid 5, Nov. 1993 Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran berbantu komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 1990. pentadbiran pendidikan, K.Lumpur: Fajar Bakti Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal Publications.

Dicatat oleh WAN DHIA

1 comment:
1. Bila Diari Kutulis11 December 2011 20:12 Assalamualaikum..artikel ni berguna untuk kerja kursus saya,tq.. Reply

Newer PostOlder PostHome


Subscribe to: Post Comments (Atom)

WEB GC

Laman Web Rasmi Majlis Guru Cemerlang Pahang


Makluman kepada AJK MGC Pahang
2 months ago

MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA


2 months ago

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

PAUTAN LAMAN WEB

Kedah State Development Corporation


*215 PELAJAR TINGKATAN TIGA DAERAH KUALA MUDA/YAN HADIRI PROGRAM PECUTAN AKHIR PMR* Program Pecutan Akhir PMR untuk Pelajar-Pelajar Tingkat 3 Daerah Kual...
1 day ago

Komuniti Cyber Kuala Nerang


*Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa * *Tahun 1433 H / 2012 M* *Bagi Negeri Kedah Darul Aman* *Zon III : Daerah Padang Terap, Sik & Baling.* ** Sila klik ...
1 week ago

IABU - Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara


[image: ramadhan] *[image: Dots] *Kolokium Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Terintang Kali Ke-2 Tahun 2012 akan diadakan pada 24 hingga 27 September 201...
3 weeks ago

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Semua Pengetua / Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Kedah Darul Aman. *BORANG MAKLUMAT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) TAHUN 2012* Sila mua...
2 months ago

Portal Rasmi SPA Kedah2U Laman Utama | KPPK Jabatan Akauntan Negara Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Sistem Kenaikan Pangkat (e-PANGKAT) Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Login e-Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah - Laman Utama eRAS Sistem e-Operasi Bahagian Pendidikan Guru
KAMUS BI-BM

KAMUS ONLINE

KAMUS BI KE BM

WEB SEKOLAH

SMK NAKA SMK PEDU SMK KUALA NERANG SMK PENDANG PENANG FREE SCHOOL KSAH
LAMAN AKADEMIK

Variasi Bahasa Karangan BM Komsas&Novel Kajian Tindakan MahirKMM Pentaksiran BM Munsyi BM BITARA BM SMKDSA Guru.net Pengajian Am STPM Minda Sastera Bahasa Laman Bahasa Panduan Karangan Eduwebtv BM SPM Skor A U-Pustaka Tutur.com Dewan Bahasa dan Pustaka
CALCULATE BMI

MAQUIBERRY JUS

MENCARI AGEN MAQUI BERRY JUICE PATAGONIAN

CALCULATOR MONEY CHANGER

ABOUT ME

WAN DHIA View my complete profile


ANDA PENGUNJUNG KE

dah, Malaysia

ASMAUL HUSNA

TERKINI DAN SEMASA

SELAMAT DATANG KE TAHUN 2012 SEMOGA ANDA CERIA PADA TAHUN BARU INI Klik Laman Ex-SMKDSA Facebook.

JAWATAN KOSONG KERAJAAN DAN SWASTA KLIK DI SINI


UKM PHD

Senarai buku Artikel dunia PDF Journal article UKM Jurnal Mendeley ERIC jurnal Jurnal CITE Penulisan Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia Jurnal JPBM UKM e-Pelajar Fakulti Pendidikan Pusat Pengurusan Siswazah Sistem Maklumat Pelajar Journal article UKM

MEDIA TEMPATAN

Harian Metro Kosmo Sinar Harian Utusan Malaysia Berita Harian Detikdaily Portalumnokedah Dppadangterap

MASA ITU EMAS

CALENDAR KEHADIRAN AWAL MUHARRAM 1433

SENARAI ARKIB 2011 (18) o June (4) o July (9) PEDAGOGI ISI KANDUNGAN Apakah P&P? TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kem... KARNIVAL SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN ZON UTARA Model ASSURE Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pemb...

REKA BENTUK PENGAJARAN Maksud P&P o August (2) o September (2) o December (1) 2012 (8) POPULAR POSTS

REKA BENTUK PENGAJARAN PENGENALAN Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terl...

PEDAGOGI ISI KANDUNGAN

PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KONTEKS PENGAJARAN BAHASA MELAYU PCK yang mula dicadangkan oleh Shulman (1986) telah dikembangkan ...

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Teori Carl Rogers-Teori Pemusatan Klien

Diasaskan oleh Carl Ransom Rogers. Ia juga dikenali sebagai Teori Pemusatan Insan dan juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomeno...

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

DEFINISI Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainy...

KARNIVAL SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN ZON UTARA KARNIVAL SEKOLAH KLUSTER PADA 15 HINGGA 17 JULAI 2011 DI SMK DATO' SYED AHMAD, KUALA NERANG, KEDAH.

PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KONTEKS PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Proses pembinaan PCK perlu memenuhi beberapa langkah yang berikut (Shulman 1987) iaitu Kefahaman, Transformasi, Pengajaran, Penilaian, Re...

TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Pada awal...

Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

GURU BAHASA MELAYU

KETERAMPILAN PROFESIONAL GURU BAHASA MELAYU DALAM BILIK DARJAH


SEMBANG

ShoutMix chat widget


FOLLOWERS SHARE IT

Hak Cipta Terpelihara. Semua nukilan yang dipetik dijelaskan sumbernya.. Picture Window template. Template images by chuwy. Powered byBlogger.

http://cikguwandhia.blogspot.com/2011/07/reka-bentuk-pengajaran.html