PENGGUNAAN STRATEGI ‘KENAPA TAMBAH 1?

’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 2 DALAM PENAMBAHAN MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA Oleh: Siti Aminah Binti Jukim

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 di dalam topik penambahan melibatkan pengumpulan semula. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun 2 di salah sebuah sekolah kurang murid di daerah Tuaran, Sabah. Pemilihan responden berdasarkan kepada ujian pra yang dijalankan. Instrumen yang digunakan adalah analisis dokumen, temu bual, ujian dan pemerhatian. Justeru, Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ diperkenalkan bagi membantu murid menguasai konsep – konsep tersebut. Analisis data adalah secara kualitatif. Hasil daripada analisis dokumen yang telah dijalankan menunjukkan pola – pola kesalahan setiap responden secara jelas. Hasil daripada pemerhatian menunjukkan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula dalam penambahan kepada responden dan disokong dengan analisis temu bual yang dijalankan kepada responden dan juga analisis dokumen jawapan responden. Perbandingan markah setiap responden dalam ujian pra dan pos juga menunjukkan terdapat peningkatan yang tinggi pada markah setiap responden dan boleh dilihat secara jelas melalui analisis jawapan bagi kedua – dua ujian ini. kesimpulannya, penggunaan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ jelas menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula.

PENDAHULUAN Penambahan merupakan operasi pertama yang akan dipelajari dalam subjek matematik. Menurut Muhammad Asyraf & Tengku Zawawi (2010), operasi tambah perlu dipelajari lebih awal kerana penambahan mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran asas dalam matematik. Ini bertepatan dengan definisi penambahan yang diutarakan oleh Cleave (2005) bahawa penambahan dan penolakan adalah saling songsang antara satu sama lain. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan murid mempunyai masalah dalam penambahan terutamanya melibatkan pengumpulan semula seperti yang dilaporkan oleh Chua Lay Ing (2009) bahawa 12 orang muridnya gagal dalam subjek matematik dan mempunyai masalah dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula bagi nombor dalam lingkungan 1000. Berman & Friederwitzer (seperti yang dinyatakan oleh Drapper. F, 2009) menyatakan bahawa antara faktor yang menyebabkan murid mempunyai masalah dalam penambahan 1

melibatkan pengumpulan semula ialah murid tidak diberikan peluang memanipulasikan bahan konkrit bagi menunjukkan konsep pengumpulan semula dan ini menyebabkan murid tidak memahami apa yang sedang berlaku. Oleh itu, penggunaan bahan pengajaran daripada konkrit – separa konkrit – abstrak dicadangkan oleh Drapper (2009) bagi menangani masalah ini. Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ sebagai intervensi yang digunakan di dalam kajian ini adalah menggunakan konsep konkrit – abstrak. Peringkat semi konkrit tidak digunakan berdasarkan kepada prestasi responden. FOKUS KAJIAN Kajian ini dijalankan setelah penyelidik mendapati murid tidak mampu menjawab soalan penambahan terutamanya bagi soalan melibatkan pengumpulan semula. Masalah ini perlu dikaji dan diselesaikan dengan segera supaya murid boleh menguasai kemahiran lain. OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN  Objektif umum:

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid Tahun 2 dalam menyelesaikan soalan melibatkan penambahan dengan pengumpulan semula.  Objektif kajian:

1. Mengenal pasti pola kesilapan murid dalam menyelesaikan soalan penambahan? 2. Mengenal pasti adakah Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula dalam penambahan? 3. Meningkatkan penguasaan murid dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula menggunakan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’. 

Soalan kajian:

1. Apakah pola kesilapan murid dalam menyelesaikan soalan penambahan? 2. Adakah Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula dalam penambahan? 3. Adakah Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat meningkatkan penguasaan murid dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula?

2

KUMPULAN SASARAN Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah kurang murid di daerah Tuaran. Responden yang dipilih adalah murid Tahun 2 sebanyak lima orang. Kesemua responden berumur lapan tahun dan terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan. Responden datang dari kaum yang sama iaitu Dusun dan beragama Islam dan Kristian. Responden dipilih daripada pencapaian mereka di dalam Ujian Pra. Markah setiap responden adalah separuh dan ke bawah bagi markah penuh Ujian Pra iaitu lapan markah. Pengkaji telah menerangkan tujuan kajian ini dan meminta kebenaran setiap responden untuk dijadikan sebagai responden. Kesemua maklumat responden direkodkan menggunakan kod nama iaitu A1, A2, A3, A4 dan A5.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah memilih untuk menggunakan model kajian yang dikemukakan oleh Stephen Kemmis dan Mc Taggart pada tahun 1988 sebagai panduan untuk melaksanakan tindakan. Berdasarkan kepada Model Stephen Kemmis dan Mac Taggart (1988), pengkaji telah membuat tindakan bermula dengan tinjauan awal, merancang tindakan, melaksana tindakan dan memerhati dan akhir sekali mereflek tindakan yang telah dijalankan. Kitaran ini boleh diwakilkan dengan gelungan seperti berikut:

Tinjauan awal

Mereflek

Merancang tindakan

Melaksana tindakan dan memerhati

Rajah 1 : Model Stephen Kemmis dan Mac Taggart 1988
3

Berdasarkan kepada Rajah 1 , penyelidik telah membuat satu perancangan pelaksanaan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 1 : Perancangan pelaksanaan tindakan Fasa Tinjauan awal Tarikh & Minggu Minggu 1 (5 / 3 / 2012)     Perkara / Aktiviti Pengkaji membuat pemerhatian prestasi murid di dalam kelas secara tidak formal Penyelidik membuat analisis kesalahan pada lembaran kerja yang diberikan kepada murid Penyelidik merujuk kepada guru matematik Tahun 2 untuk membincangkan masalah murid Penyelidik meminta kebenaran dari pihak sekolah untuk membuat kajian dan menjadikan murid Tahun 2 sebagai responden Menjelaskan dan meminta kebenaran daripada murid Tahun 2 untuk dijadikan responden Penyelidik mentadbir Ujian Pra untuk memilih responden dan untuk melihat pola kesilapan setiap responden Penyelidik menentukan objektif kajian dan soalan kajian Penyelidik menentukan fokus kajian Penyelidik membuat tinjaun literatur untuk memahami masalah yang dihadapi oleh murid dan bagaimana untuk menanganinya Penyelidik berjumpa dengan pensyarah untuk berbincang intervensi yang baik bagi menangani masalah ini Penyelidik merancang pelan tindakan yang akan dilaksanakan Penyelidik memperkenalkan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ kepada para responden Penyelidik membuat pemerhatian sepanjang Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dilaksanakan 4

Merancang tindakan

Minggu 2 (12 / 3 / 2012)

  

  

Melaksana tindakan & memerhati

Minggu 3 dan 4 (19 / 3 / 2012) (26 / 3 / 2012)

Penyelidik membiasakan responden menyelesaikan soalan secara algoritma tanpa menggunakan sebarang alatan. Penyelidik mentadbir Ujian Pos untuk melihat keberkesanan Strategi ‘Kenapa Tambah 1’. Penyelidik menganalisis data Penyelidik membuat refleksi mengenai keberkesanan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’

Mereflek

Minggu 5 (2 / 4 / 2012)

 

1. Pelaksanaan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’  1 Karton telur di susun dari sa ke puluh dan ke ratus Karton telur di isikan dengan batu berwarna bagi mewakili nombor pertama contohnya (258) bagi 258 + 6 = Karton telur di isikan dengan batu berwarna bagi mewakili nombor kedua contohnya (6) bagi 258 + 6 = 5 Fasa 1 P&P menggunakan bahan konkrit (karton telur & batu berwarna) 4 Jika karton telur penuh batu yang lebih diletakkan di luar

2

3

Karton telur yang penuh dialihkan dan batu berwarna merah diisi bagi mewakilkan 10 batu yang dialihkan

6

Hasil tambah boleh dikira dengan cara mengira bilangan batu pada setiap nilai tempat

Rajah 2 : Penggunaan bahan konkrit 5

 1

Fasa 2 P&P menggunakan bahan abstrak Nombor diisi mengikut nilai tempat yang betul 3 Apabila berlaku proses pengumpulan semula ‘1’ di wakilkan dengan kertas pelekat berwarna yang ditulis ‘1’ Nombor di puluh ditambahkan dengan ‘1’ pada kertas pelekat berwarna

2

Penambahan dilakukan dari sa ke puluh dan ke ratus

4

5

Sekiranya tiada nombor perlu ditambahkan maka anak panah ditulis bagi menunjukkan nombor hanya perlu ditulis pada bahagian jawapan

Rajah 3 : Penggunaan bahan abstrak  Fasa 3 Murid dilatih menjawab soalan secara algoritma tanpa menggunakan ABM

CARA MENGUMPUL DATA Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan empat jenis instrumen untuk mengumpul data. Keempat - empat instrumen tersebut ialah ujian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Bagi ujian terdapat dua jenis ujian yang digunakan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Jenis pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur manakala bagi analisis dokumen pula, dokumen yang dianalisis ialah transkrip jawapan responden dalam Ujian Pra, semasa pemerhatian dan Ujian Pos. Manakala temu bual pula dijalankan secara tidak berstruktur. KAEDAH ANALISIS Bagi mendapatkan pola kesilapan responden dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula, transkrip setiap responden di dalam ujian pra dianalisis menggunakan konsep pengekodan. Setiap kesalahan yang sama akan dikumpulkan sebagai satu pola. Bagi melihat adakah intervensi yang digunakan dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula dalam penambahan, pengkaji telah membuat pemerhatian berstruktur. Di dalam 6

pemerhatian tersebut beberapa aspek pemerhatian telah digunakan. Pengkaji telah meminta murid menjawab satu soalan melibatkan pengumpulan semula iaitu ‘258 + 6’. Temu bual tidak berstruktur juga dijalankan dengan setiap responden. Di dalam temu bual tersebut, pengkaji meminta murid menerangkan bagaimana mereka menjawab soalan yang diberikan. Data ini juga disokong oleh analisis dokumen responden menjawab soalan 258 + 6. Bagi melihat peningkatan penguasaan responden dalam penambahan melibatkan

pengumpulan semula pula, markah setiap responden dalam Ujian Pos dan Ujian Pra dibandingkan. Peningkatan penguasaan juga dianalisis dengan membandingkan jawapan yang dijawab salah oleh responden dalam Ujian Pra dengan jawapan yang dijawab dalam Ujian Pos. RUMUSAN / REFLEKSI DAPATAN KAJIAN Apakah pola – pola kesilapan murid dalam menyelesaikan soalan penambahan?

Berdasarkan analisis dokumen yang dilakukan, pengkaji telah mengenal pasti beberapa pola kesilapan yang dilakukan oleh responden dalam menyelesaikan soalan penambahan di dalam Ujian Pra. Pengkaji telah mengklasifikasikan jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid kepada tujuh pola seperti dalam Jadual 3 berikut: Jadual 2 : kekerapan kesalahan mengikut pola kesalahan

Bil Pola Kesalahan 1 Tidak membuat pengumpulan semula dari sa ke puluh 2 Kesilapan dalam operasi penambahan 3 Tidak menulis 1 pada puluh untuk mewakilkan proses pengumpulan semula 4 Tidak membuat penambahan digit di puluh dengan 1 yang mewakili pengumpulan semula 5 Membuat pengumpulan semula dari sa ke sa 6 Tidak menyalin soalan dengan tepat dalam bentuk lazim 7 Tidak menulis nombor pada nilai tempat yang betul Jumlah

Kod K1 K2 K3 K4

Kekerapan 7 5 1 4

K5 K6 K7

4 1 4 26

7

Rajah 4 merupakan contoh kesilapan yang dilakukan bagi setiap pola:

K1

K2

K3

K4

K5

K6

K7

Rajah 4 : Transkrip jawapan murid dalam Ujian Pra mengikut jenis pola 1. Adakah Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula dalam penambahan?

Bagi menilai sama ada intervensi yang dijalankan dapat menunjukkan konsep pengumpulan semua dalam penambahan, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur, analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur. Ketiga – tiga instrumen ini telah digunakan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dilaksanakan. Berdasarkan kepada Modul Nombor & Operasi (KSSR) penambahan melibatkan pengumpulan semula adalah terdiri daripada lima peringkat iaitu menyusun nombor mengikut nilai tempat, membuat penambahan dari sa ke puluh ke ratus, membuat pengumpulan semula, menulis 1 pada nilai tempat puluh dan menambah satu dengan nombor di puluh. Pengkaji telah memberikan satu soalan penambahan melibatkan pengumpulan semula iaitu 258 + 6 dan meminta setiap responden menjawab soalan tersebut.

8

Jadual 3 : Data pemerhatian responden menyelesaikan soalan 258 + 6 Aspek pemerhatian Bilangan responden Sebelum Selepas 4 5

Penyusunan soalan dalam bentuk algoritma mengikut nilai tempat yang betul Membuat penambahan dari sa ke puluh Membuat pengumpulan semula Menulis 1 pada nilai tempat puluh Menambahkan nilai digit puluh dengan 1

4 1 2 1

5 5 5 5

Jadual 3 jelas menunjukkan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula dalam penambahan dengan melihat terdapat peningkatan pada bilangan responden yang boleh melakukan setiap peringkat pengumpulan semula dalam penambahan. Analisis dokumen dapat menunjukkan contoh perbezaan responden sebelum dan selepas Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ diperkenalkan bagi aspek pemerhatian menambahkan nilai digit puluh dengan 1. Jadual 4 : Contoh perbezaan jawapan murid semasa pemerhatian Responden Sebelum Selepas

A1

A2

9

Daripada temu bual yang dijalankan, pengkaji dapat melihat perbezaan penerangan yang diberikan oleh responden bagi menyelesaikan soalan 258 + 6 sebelum dan selepas Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dilaksanakan. Jadual 5 : Contoh perbezaan jawapan responden sebelum dan selepas pelaksanaan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ Sebelum Selepas

Pengkaji: mengapa kamu tulis satu atas Pengkaji: mengapa kamu tulis satu atas puluh? puluh?

Responden A1: Sebab saya selalu nampak Responden A1: Sebab kita sudah penuh sa cikgu tulis begitu. Kawan yang lain pun ada tulis satu. punya lubang telur. Kalau penuh 10 lubang mesti letak satu di puluh. Sebab cikgu cakap satu ini sama macam 10 yang kena buang tadi.

2. Adakah Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat meningkatkan penguasaan murid dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula?

Peningkatan penguasaan murid dalam topik penambahan melibatkan pengumpulan semula, diukur menggunakan perbandingan markah setiap responden dalam Ujian Pra dengan Ujian Pos. Jadual 6 : Analisis markah murid Markah 80 - 100 60 – 79 40 - 59 20 – 39 0 - 19 Gred A B B D E Kategori Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat lemah Bilangan Responden Ujian Pra Ujian Pos 0 5 0 3 2 0 0 0 0 0 10

Hasil analisis dokumen juga menunjukkan perubahan positif responden dalam hasil kerja murid pada Ujian Pos berbanding Ujian Pra. Jadual 7 : Contoh hasil kerja murid dari transkrip ujian Responden Ujian Pra Ujian Pos

A5

RUMUSAN KESELURUHAN Berdasarkan kepada analisis transkrip jawapan setiap responden dalam Ujian Pra, pengkaji telah mengenal pasti beberapa pola kesilapan ketika menyelesaikan soalan penambahan. Pola kesilapan yang dikenal pasti ialah tidak membuat pengumpulan semula dari sa ke puluh, kesilapan dalam penambahan, tidak menulis ‘1’ di puluh untuk mewakilkan pengumpulan semula, tidak membuat penambahan nombor di puluh dengan ‘1’, membuat pengumpulan semula dari sa ke sa, transformasi dan tidak menulis nombor pada nilai tempat yang betul. Hasil dapatan ini adalah sejajar dengan pola kesilapan yang ditemui oleh Muhammad Asyraf & Tengku Zawawi (2010). Menurut beliau kesilapan dalam penambahan dibahagikan kepada empat jenis iaitu kesilapan proses pengiraan, kesilapan semasa proses kumpul semula, kesilapan semasa proses transformasi dan kesilapan konsep penambahan. Berdasarkan kepada pola – pola ini, didapati murid mempunyai masalah paling banyak dalam pengumpulan semula. Oleh itu satu intervensi digunakan bagi membantu murid dalam pengumpulan semula. Kajian ini juga menunjukkan intervensi yang digunakan oleh pengkaji iaitu Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula kepada murid. Berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen yang dijalankan, jelas menunjukkan Strategi 11

‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula dalam penambahan melalui pertambahan bilangan responden yang boleh melakukan semua peringkat

pengumpulan semula dalam penambahan. Berdasarkan kepada analisis temu bual sebelum dan selepas Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dilaksanakan jelas menunjukkan responden memahami konsep pengumpulan semula melalui penerangan yang mereka berikan berdasarkan jawapan mereka. Dapatan ini bertepatan dengan dapatan yang dilakukan oleh Muhammad Sofwan (2010) iaitu penggunaan bahan manipulatif sangat membantu murid memahami konsep penambahan melibatkan pengumpulan semula kerana Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ adalah menggunakan bahan manipulatif. Disamping itu, hasil perbandingan markah setiap responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pos jelas menunjukkan terdapat peningkatan. Dalam Ujian Pra responden hanya mendapat markah dalam lingkungan 20 – 59 tetapi dalam Ujian Pos kesemua responden berjaya mendapat markah dalam lingkungan 80 – 100. Perbandingan transkrip jawapan responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pos juga jelas menunjukkan kesalahan dalam Ujian Pra tidak dilakukan lagi dalam Ujian Pos. Kedua – dua dapatan ini menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan murid dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula dan ini bertepatan dengan hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhammad Asyraf & Tengku Zawawi (2010). Kesimpulannya, kajian ini dapat mencapai semua objektif kajian yang dinyatakan. Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ yang digunakan sebagai intervensi juga menunjukkan ianya berkesan berdasarkan objektif kedua dan ketiga. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA: Pengkaji mencadangkan pada masa hadapan:    Kajian ini dijalankan di sekolah bergred A yang mana sampel kajian adalah besar dan dapatan boleh digeneralisasikan dan lebih signifikan. Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ digunakan dalam topik penolakan. Kajian seharusnya dijalankan pada waktu yang lebih panjang kerana pelaksanaan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ memerlukan 3 fasa yang berbeza dan memerlukan murid memahami fasa secara berterusan.  Pelaksanaan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dijalankan di luar bilik darjah kerana pelaksanaannya memerlukan ruang yang luas dan lapang.

12

SUMBER RUJUKAN Cleave, J. V., (2005). Teaching the fun of Math. San Francisco, Carlifornia: Jossey – Bass Muhammad Sofwan & Sapiah (2010). Meningkatkan kemahiran penambahan dengan mengumpul semula bagi murid Tahun 2 menggunakan bahan manipulatif ‘Straws and Board’. Seminar Kajian Tindakan PISMP 2010. Muhamad Asyraf & Tengku Zawawi (2010). Mengatasi kelemahan murid Tahun 3 dalam menyelesaikan soalan penambahan melibatkan pengumpulan semula menggunakan kaedah jari dan pelekat berwarna. Seminar Kajian Tindakan PISMP 2010. Draper. F., (2009). Addition with regrouping. Retrieved September 19, 2012, from https://wiki.eee.uci.edu/index.php/Addition_with_regrouping_-_Section_A Chua, L. I. (2005). Jari dan kertas warna untuk membaiki kemahiran penambahan secara kumpul semula di kalangan murid Tahun 2 dalam nombor lingkungan 1000. Seminar Kajian Tindakan 2005.

13