You are on page 1of 147

QGJ3023 FUNGSI MUSKULOSKELETAL DAN PERGERAKAN MANUSIA

Hishamuddin Ahmad Noor Aiwa Rosman


Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGENALAN

Kursus QGJ3023: Fungsi Muskuloskeletal dan Pergerakan Manusia adalah kursus major dan minor bagi pelajar-pelajar Program Pensiswazah Guru Mod Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Pendidikan Sultan Idris . Kursus tiga kredit ini meliputi 10 jam tutorial dan 32 jam pembelajaran secara dalam talian (e-learning). Modul ini merangkumi semua tajuk yang terkandung dalam Rangka Kursus dan Rancangan Instruksional bagi kursus ini. Pembelajaran berlaku melalui pembacaan modul ini dan juga menerusi klip video syarahan . Selain daripada itu sesi tutorial turut diadakan untuk membolehkan anda berbincang mengenai kandungan tajuk bersama pensyarah atau tutor san rakan sekursus. Anda juga perlu menyertai forum serta lain-lain aktiviti yang terkandung dalam MyGuru3 bagi kursus ini. Modul ini mengandungi 10 tajuk. Masa yang secukupnya perlu anda peruntukkan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Latihan disediakan di akhir setiap tajuk untuk membantu anda mengukuhkan kefahaman anda tentang apa yang anda telah pelajari. Walaupun kandungan bagi setiap tajuk disediakan anda digalakkan untuk membuat bacaan tambahan dengan merujuk kepada teks yang dinyatakan dalam modul ini. Laman sesawang tentang anatomi dan fisiologi, biomekanik daan kinesiologi turut boleh dijadikan rujukan bagi pembacaan tambahan anda.

KANDUNGAN
1. Anatomi dan Fisiologi Manusia
Pengenalan Organisasi struktur tubuh manusia Sistem muskuloskeletal dan pergerakan manusia Kedudukan anatomi Istilah arah atau lokasi Satah Ringkasan Penilaian kendiri

MUKA SURAT

1 1 5 6 7 9 10 11

2.

Tisu Perantara
Pengenalan Matriks ekstrasel tisu perantara Tisu perantara areolar Tisu adiposa Tisu perantara padat teratur Tisu perantara padat tidak teratur Rawan Membran sinovium Ringkasan Penilaian kendiri 13 14 15 16 16 16 18 19 20 21

3.

Sistem Rangka
Pengenalan Tisu tulang Anatomi tulang panjang Fungsi tulang dan sistem rangka Kategori tulang Pembahagian rangka Pembentukkan tulang Faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan tulang Ringkasan Penilaian kendiri 23 23 26 28 28 32 36 42 42 43

4.

Sendi
Pengenalan Klasifikasi sendi Sendi berserat Sendi berawan Sendi sinovial Jenis sendi sinovial Pergerakan pada sendi sinovial Ringkasan Penilaian kendiri 45 45 46 48 48 50 53 59 59

5.

Sistem Otot
Pengenalan Sifat tisu otot rangka Fungsi otot rangka Anatomi otot rangka Penguncupan dan pengenduran otot Klasifikasi penguncupan otot rangka Jenis serat otot rangka Senaman dan tisu otot rangka Bagaimana otot rangka menghasilkan pergerakan Ringkasan Penilaian kendiri 62 63 64 64 68 71 73 74 75 78 79

6.

Otot-Otot Rangka Utama


Pengenalan Otot-otot pada toraks yang membantu pernafasan Otot-otot pada toraks yang menggerakkan girdel pektoral Otot-otot pada toraks dan bahu yang menggerakkan humerus (Lengan Atas) Otot-otot pada lengan yang menggerakkan radius dan ulna (Lengan bawah) Otot-otot pada lengan bawah yang menggerakkan pergelangan tangan, tangan dan jari tangan (Kompatmen fleksor) Otot-otot pada lengan bawah yang menggerakkan pergelangan tangan, tangan dan jari tangan (Kompatmen ekstensor) Otot-otot di kawasan gluteal yang menggerakkan femur (Paha) Otot-otot paha yang menggerakkan femur, tibia dan fibula (Kompatmen aduktor) Otot-otot paha yang menggerakkan femur, tibia dan fibula (Kompatmen ekstensor) Otot-otot paha yang menggerakkan femur, tibia dan fibula (Kompatmen fleksor) Otot-otot di bahagian kaki bawah yang menggerakkan kaki dan jari kaki (Kompatmen anterior) Otot-otot di bahagian kaki bawah yang menggerakkan kaki dan jari kaki (Kompatmen lateral) Otot-otot di bahagian kaki bawah yang menggerakkan kaki dan jari kaki (Kompatmen posterior) Ringkasan Latihan interaktif Penilaian kendiri 81 84 85 86 87 89

89

91 93 93 94 95 95 96 98 98 99

7.

Kinetik Pergerakan Manusia


Pengenalan Mekanik dan biomekanik Daya 102 102 103

Klasifikasi daya Unit mekanik Prinsip bagi aplikasi biomekanik Ringkasan Penilaian kendiri

104 107 107 110 110

8.

Kinetik Linear
Pengenalan Hukum Gerakan Newton Gerakan Linear Ringkasan Penilaian kendiri 113 113 116 118 119

9.

Pertimbangan Muskuloskeletal Untuk Pergerakan


Pengenalan Faktor yang mempengaruhi kebolehan otot untukn menghasilkan pergerakan Faktor yang mempengaruhi kekuatan otot Tuas Ringkasan Penilaian kendiri 121 121 123 126 130 131

10. Menganalisis Pergerakan Manusia


Pengenalan Satah dan Paksi Analisis Berlari Analisis Melompat Analisis Menendang Analisis Memukul Analisis Membaling Ringkasan Tugasan Rujukan Rujukan Rajah 133 133 134 135 136 137 138 139 139

UNIT PELAJARAN 1 ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: Menerangkan maksud anatomi dan fisiologi Menerangkan hubungan di antara setiap aras organisasi struktur tubuh manusia. Menyatakan sistem-sistem organ pada tubuh manusia. Menjelaskan hubungan sistem otot dan sistem rangka dalam menghasilkan pergerakan. Menerangkan kedudukan anatomi. Mendefiniskan istilah arah dan satah anatomi bagi tubuh manusia.

PENGENALAN
Anatomi dan fisiologi manusia adalah cabang biologi dan secara amnya adalah disiplin yang mengkaji struktur dan fungsi tubuh manusia. Secara khususnya anatomi adalah kajian tentang struktur dan hubung kait di antara bahagian-bahagian tubuh. Fisiologi pula adalah kajian tentang fungsi bahagian-bahagian tubuh dan tubuh secara keseluruhannya

ORGANISASI STRUKTUR TUBUH MANUSIA


Struktur tubuh manusia disusun mengikut aras organisasi struktur tersebut iaitu aras kimia, aras sel, aras tisu, aras organ, aras sistem dan aras organisma.

Rajah 1.1: Aras Organisasi Struktur Tubuh Manusia

Aras Sel Aras kimia

Aras Tisu

Aras Organ

Aras Sistem

Aras Organisma

Aras Kimia
Atom terlibat dalam tindak balas kimia dan terdiri daripada nukleus (mengandungi proton dan neutron) dan elektron. Atom juga dikenali sebagai elemen kerana dalam keadaan semulajadinya atom tidak bercampur dengan bahan lain. Setiap satu daripada elemen tersebut mempunyai nama dan diberikan simbol yang khusus. Ahli kimia berpendapat bahawa lebih 99% daripada jisim tubuh manusia terbina daripada oksigen (O), karbon (C), hidrogen (H), nitrogen (N), fosforus (P) dan kalsium (Ca).
Rajah 1.1: Atom Hidrogen

elektron

proton

Molekul pula terdiri daripada dua atau lebih atom yang digabungkan menerusi ikatan kimia. Seperti atom, molekul juga mempunyai nama tertentu dan diberikan simbol atau formula kimia. Contoh molekul dalam tubuh manusia adalah hemoglobin (HbO2), glukosa (C6H12O6) dan air (H2O).

Aras Sel
Sel merupakan unit hidupan yang terkecil dalam tubuh manusia. Pada tubuh manusia terdapat lebih daripada 10 trilion sel yang terbahagi kepada lebih kurang 230 jenis sel. Sel-sel tersebut antara lainnya adalah sel otot, sel rangka, sel saraf dan sel darah. Sel terbentuk daripada gabungan molekul dan mempunyai struktur-struktur khusus yang dikenali sebagai organel. Setiap organel menjalankan tugas yang khusus bagi mempastikan kelangsungan hidup sel dan seterusnya organisma itu sendiri.

Rajah 1.2: Sel Tipikal dan Organel 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Nukleolus Nukleus Ribosom Vesikel Retikulum endoplasmik kasar Perkakas Golgi Sitoskeleton Retikulum endoplasmik licin Mitokondrion Vakuol Sitosol Lisosom Sentriol

Aras Tisu
Tisu adalah suatu struktur berserat yang terbina daripada gabungan sel yang serupa dan yang mempunyai asalan yang sama. Sel-sel yang membentuk sesuatu tisu menjalankan tugas khusus bagi tisu tersebut secara berkelompok. Pada tubuh manusia terdapat empat jenis tisu yang asas iaitu tisu epithelium, tisu perantara atau tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. Tisu epitelium tersebar secara meluas pada tubuh. Tisu ini membentuk litupan bagi semua permukaan tubuh, melapisi rongga tubuh dan organ lompang serta membentuk kelenjar. Fungsi tisu meliputi tetapi tidak terhad kepada perlindungan, perembesan, perkumuhan, penurasan, peresapan dan penerimaan sensori. Tisu perantara menyatukan struktur yang berbeza untuk membentuk satu struktur yang lebih besar. Selain daripada itu tisu perantara juga membentuk kerangka yang menyokong tubuh secara keseluruhannya, menyimpan lemak, mengangkut bahan dalam tubuh, melindungi tubuh daripada penyakit dan membantu dalam membaik pulih kerosakan pada tisu. Tisu otot terbina daripada sel-sel yang berkeupayaan untuk memendek atau menguncup bagi menghasilkan gerakan pada bahagian-bahagian tubuh. Penguncupan otot berlaku hasil daripada interaksi di antara protin kontraktil aktin dan miosin dalam tisu otot. Tisu otot mempunyai banyak sel otot atau serat otot yang disusun secara berlapis-lapis dan dilitupi tisu perantara. Tisu otot kelihatan berwarna merah hasil daripada salur darah yang banyak terdapat pada tisu ini. Tisu saraf terdiri daripada neuron dan sel neuroglia. Neuron membawa impuls sementara sel neuroglia pula membantu dalam penghantaran impuls dan juga membekalkan nutrien kepada neuron. Tisu saraf terdapat pada otak, korda spina dan saraf periferi. Tisu saraf berperanan untuk menyelaras dan mengawal kebanyakan daripada aktiviti tubuh. Ini dilaksanakan menerusi keupayaannya untuk bertindak balas terhadap rangsangan dan membawa impuls kepada organ-organ tubuh untuk menghasilkan respons terhadap rangsangan tersebut. Selain daripada itu tisu saraf juga terlibat dalam pencetusan emosi, pembentukan memori dan juga proses taakulan.

Rajah 1.3: Empat Jenis Tisu Asas pada Tubuh Manusia

Tisu epitelium

Tisu perantara

Tisu otot

Tisu saraf

Aras Organ
Pada aras ini dua atau lebih tisu berbeza bergabung untuk membentuk organ yang setiap satunya mempunyai fungsi yang khusus. Perut misalnya terbina daripada pelbagai tisu yang berbeza. Membran serosa meliputi bahagian luar perut untuk melindunginya dan mengurangkan geseran dengan organ-organ di sekeliling. Tisu otot licin yang berada di bawah lapisan membran serosa menguncup untuk menggodak dan mencampur makanan sebelum memindahkan kimus yang terbentuk ke usus kecil untuk proses pencernaan seterusnya. Lapisan paling dalam pada perut adalah tisu epithelium yang merembeskan bahan yang digunakan untuk membantu pencernaan makanan.

Rajah 1.4: Tisu pada Perut Membran serosa Tisu epitelium Tisu otot licin

Aras Sistem Aras sistem terdiri daripada organ-organ yang saling berkait dalam melaksanakan satu fungsi umum. Terdapat 11 sebelas sistem utama bagi tubuh manusia:
Sistem integumen Sistem rangka Sistem otot Sistem saraf Sistem endokrina Sistem kardiovaskular Sistem limfa Sistem respiratori Sistem pencernaan Sistem urinari Sistem reproduktif

Rajah 1.5: Sebahagian daripada Sistem-sistem Organ Tubuh

Sistem Limfa

Sistem Kardiovaskular

Sistem Pencernaan

Sistem Urinari

Sistem Reproduktif

Bagi tujuan kursus ini, sistem otot dan sistem rangka digabungkan dan dikenali sebagai sistem muskuloskeletal. Sistem muskuloskeletal terdiri daripada otot rangka, tulang, rawan, ligamen dan tendon. Komponen yang dinyatakan ini menjalankan berbagai fungsi yang antaranya adalah menggerakan bahagian-bahagian tubuh, mengekalkan postur tubuh dan menyokong serta melindungi organ-organ dalaman tubuh.

Aras Organisma
Aras ini adalah aras tertinggi dan terbesar dalam organisasi struktur tubuh manusia. Semua sebelas sistem tubuh bergabung dan bekerjasama untuk sesuatu organisma atau dalam konteks ini manusia untuk meneruskan kehidupannya.

SISTEM MUSKULOSKELETAL DAN PERGERAKAN MANUSIA


Pergerakan merupakan salah satu daripada ciri organisma hidup. Pergerakan dalaman membolehkan organisma untuk memindahkan sesuatu bahan daripada satu bahagian dalam jasad atau badan ke bahagian yang lain. Pergerakan luaran pula membolehkan sesetengah organisma hidup untuk bergerak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain (lokomotor) atau pun untuk bergerak setempat (bukan lokomotor). Bagi manusia dan juga haiwan, pergerakan luaran ini dicapai hasil daripada interaksi rapat di antara dua sistem organ iaitu sistem otot dan sistem rangka. Gabungan kedua-dua sistem organ ini dikenali sebagai sistem muskuloskeletal atau sistem lokomotor.

6 Bagi guru-guru Pendidikan Jasmani, pengetahuan yang secukupnya dalam aspek osteologi (kajian tentang tulang), artrologi (kajian tentang sendi) dan miologi (kajian tentang otot) akan membolehkan mereka untuk memahami hubungkait ketiga-tiga komponen ini dalam pergerakan manusia. Pengetahuan dan kefahaman ini dapat membantu mereka untuk merancang dan melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal dan kemahiran sukan di dalam dan di luar kelas Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berkesan. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya kecederaan fizikal akibat melakukan pergerakan yang melampaui keupayaan struktur dan fungsi sistem muskuloskeletal murid. Aktiviti kecergasan dan kesukanan yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan status kesihatan, membina kecergasan fizikal, mempelajari dan memperolehi kemahiran motor, memperkembangkan bakat dalam sukan serta mengukuhkan amalan aktiviti fizikal dan senaman.

Gambar: 1.1: Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

KEDUDUKAN ANATOMI
Kedudukan anatomi merujuk kepada cara dirian di mana tubuh berada dalam keadaan berdiri tegak, dengan kepala, mata dan jari kaki menghadap ke hadapan, manakala anggota atas terletak di sisi tubuh dengan tapak tangan menghadap ke hadapan. Kedudukan anatomi adalah rujukan bagi tatanama anatomi.

7
Rajah 1.6: Kedudukan Anatomi

Muka pandang ke hadapan

Lengan disisi

Tapak tangan ke hadapan

Kaki menghala ke hadapan dan sedikit terbuka

ISTILAH ARAH ATAU LOKASI


Istilah-istilah tertentu digunakan untuk merujuk kepada lokasi sesuatu bahagian tubuh secara relatif terhadap bahagian tubuh yang lain. Istilah-istilah anatomi yang digunakan bagi tujuan tersebut adalah seperti berikut: Superior: Mengarah kepada kepala atau struktur bahagian atas sesuatu struktur. Inferior: Jauh daripada kepala atau bahagian bawah sesuatu struktur. Anterior: Lebih dekat kepada bahagian hadapan tubuh atau di bahagian hadapan tubuh. Posterior: Lebih dekat kepada bahagian belakang tubuh atau di bahagian belakang tubuh Medial: Lebih dekat kepada garis tengah tubuh atau satah sagital tengah. Lateral: Lebih jauh daripada garis tengah tubuh atau satah sagital tengah.

8 Proksimal: Lebih dekat dengan lekatan anggota pada trunkus atau sesuatu punca (origin). Distal: Lebih jauh daripada dengan lekatan anggota pada trunkus atau sesuatu punca (origin). Superfisial: lebih dekat ke permukaan atau di permukaan. Sefalik: Mengarah ke kepala Kaudal: Mengarah ke tulang koksiks

Rajah 1.7: Arah Bahagian Tubuh

Sefalik

Proksimal

Proksimal

Kaudal

SATAH
Kajian mengenai bahagian tubuh juga dilakukan berdasarkan kepada satah iaitu suatu permukaan rata bayangan yang melintasi bahagian tubuh. Terdapat tiga satah utama yang digunakan sebagai rujukan iaitu: Satah sagital: Satah menegak yang membahagi tubuh kepada dua bahagian kanan dan kiri. Jika satah ini membahagi tubuh dengan tepat kepada dua bahagian yang sama saiz, ianya dikenali sebagai sagital tengah. Satah frontal atau koronal: Satah ini membahagi tubuh kepada dua bahagian iaitu anterior (hadapan) dan posterior (belakang) Satah transversal atau melintang: Satah ini membahagi tubuh kepada bahagian atas dan bawah

Rajah 1.8: Satah Tubuh

Satah frontal

Satah transversal Satah sagital

10

RINGKASAN
Anatomi dan fisiologi manusia mengkaji struktur dan fungsi tubuh manusia. Manusia mempunyai enam aras organisasi strukur iaitu aras kimia, aras sel, aras tisu, aras organ, aras sistem dan aras organisma. Aras kimia terdiri daripada atom dan molekul. Sel merupakan unit hidupan yang terkecil dalam tubuh manusia. Tisu terbina daripada gabungan sel yang serupa dan yang mempunyai asalan yang sama. Organ adalah struktur yang menggabungkan dua atau lebih tisu berbeza yang secara bersama melaksanakan satu fungsi yang khusus. Sistem organ terdiri daripada organ-organ berbeza yang saling berkait dalam melaksanakan satu fungsi umum. Terdapat 11 sebelas sistem utama bagi tubuh manusia. Organisma merupakan suatu hidupan yang menggabung kesemua sistem organ untuk melaksanakan semua proses hidupan yang asas. Sistem muskuloskeletal iaitu gabungan sistem otot dan sistem rangka berperanan penting dalam menghasilkan pergerakan luaran Kedudukan anatomi adalah cara dirian seseorang dan kedudukan ini dijadikan rujukan bagi tatanama anatomi. Istilah-istilah tertentu digunakan untuk merujuk kepada lokasi sesuatu bahagian tubuh secara relatif terhadap bahagian tubuh yang lain. Satah tubuh digunakan untuk memerihalkan bahagian atau kawasan khusus pada tubuh.

11

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah aras paling rendah dalam organisasi struktur manusia? A. B. C. D. Sel. Tisu. Kimia. Organ.

2. Apakah jenis tisu yang melitupi semua permukaan tubuh? A. B. C. D. Tisu epitelium Tisu perantara Tisu otot Tisu saraf

3. Pada kedudukan anatomi, tapak tangan menghadap ke ___________. A. B. C. D. atas hadapan belakang sisi tubuh

4. Apakah fungsi neuron? A. B. C. D. Membawa impuls. Membantu menghantar impuls. Menyimpan lebihan lemak tubuh. Membekal nutrien kepada neuroglia.

5. Sistem yang manakah di antara berikut terlibat dalam pergerakan? A. B. C. D. Sistem rangka. Sistem respiratori. Sistem pencernaan. Sistem kardiovaskular.

6. Osteologi adalah kajian mengenai _________________. A. B. C. D. otot saraf tulang jantung

12 7. Mulut terletak ____________terhadap dagu.


A. B. C. D.

lateral inferior superior proksimal

8. Telinga terletak __________ terhadap mata. A. B. C. D. distal lateral posterior proksimal

9. Satah___________ membahagi tubuh kepada bahagian atas dan bawah. A. B. C. D. sagital frontal transversal sagital tengah

10. Penguncupan otot berlaku hasil daripada interaksi di antara aktin dan _____ dalam tisu otot. A. B. C. D. miosin neuron nukleus tisu perantara

13

UNIT PELAJARAN 2 TISU PERANTARA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: Menyatakan empat jenis tisu asas pada tubuh manusia. Menyatakan fungsi empat jenis tisu asas pada tubuh manusia. Membezakan di antara serat kolagen dan serat elastik dari segi kandungannya. Memberi contoh struktur tubuh yang mempunyai rawan hialin, rawan berserat dan rawan elastik. Menerangkan peranan membran sinovium pada sendi. Membezakan di antara tisu perantara padat teratur dan tisu perantara padat tidak teratur dari segi ciri fizikalnya.

PENGENALAN
Sel adalah unit berfungsi yang terkecil bagi organisma hidup. Walaupun sel mempunyai organisasi yang tersusun dengan baik sel pada lazimnya sel tidak berfungsi secara bersendirian. Sebaliknya sel bergabung dengan sel-sel lain untuk bekerja sebagai satu kumpulan untuk melaksanakan tugas yang khusus. Gabungan sel yang serupa dan dari asalan yang sama dikenali sebagai tisu. Tisu tubuh diklasifikasikan kepada empat jenis berdasarkan kepada struktur dan fungsi tisu tersebut: Tisu epitelium: Melitupi permukaan tubuh; melapisi rongga tubuh, organ lompang dan duktus; dan membentuk kelenjar Tisu perantara atau tisu penghubung: Melindungi dan menyokong tubuh dan organ dalaman tubuh; menyatukan organ-organ; menyimpan rizab tenaga dalam bentuk lemak; dan memberi keimunan. Tisu otot: Menghasilkan daya fizikal untuk menggerakkan struktur tubuh. Tisu saraf: Mengesan perubahan dalaman dan luaran tubuh dan memulakan dan memindahkan impuls saraf (keupayaan tindakan) yang menyelaras aktiviti tubuh untuk mengekalkan homeostasis.

14 Untuk kursus ini, fokus diberikan kepada matriks ekstrasel tisu perantara, tisu perantara areolar, tisu adiposa, tisu perantara padat teratur, tisu perantara padat tidak teratur, rawan dan membran sinovium. Tajuk-tajuk ini perlu diberikan perhatian yang khusus kerana ianya berkait secara langsung dengan sistem rangka dan sistem otot yang akan dipelajari dalam unit-unit pelajaran yang selanjutnya.

MATRIKS EKSTRASEL TISU PERANTARA


Matriks ekstrasel sama ada bersifat bendalir, gel atau bahan dasar pepejal bersama serat protein. Setiap jenis tisu perantara mempunyai ciri unik yang dipengaruhi bahan ekstrasel khusus di antara sel-sel.

Bahan Dasar
Bahan dasar merupakan komponen tisu perantara yang terdapat di antara sel dan serat. Bahan ini menyokong sel, menyatukan sel-sel dan menyediakan laluan bagi pertukaran bahan di antara darah dan sel. Bahan dasar berperanan aktif dalam menentukan bagaimana tisu terbentuk dan berkembang, pembentukan dan perkembangan tisu, berpindah, proliferat, bertukar bentuk dan melaksanakan fungsi metabolik. Bahan dasar mengandungi air dan campuran molekul organik besar seperti polisakarida dan protein seperti asid hialuronik. Asid ini berfungsi untuk menyatukan sel-sel, melincirkan sendi, membantu fagosit bergerak menerusi tisu perantara semasa perkembangan dan pemulihan kecederaan. Selain daripada asid hialuronik, kondroitin sulfat menyokong dan pelekatan tisu perantara dalam tulang dan rawan.

Serat
Serat di dalam matriks ekstrasel menguatkan dan menyokong tisu perantara. Terdapat tiga jenis serat yang terkandung di dalam matriks ekstrasel di antara sel-sel: Serat kolagen: Terbina daripada protein kolagen. Serat kolagen kuat dan rintang terhadap daya tarikkan. Ciri ini menjadikan tisu fleksibel. Serat kolagen terdapat dalam kebanyakan jenis tisu khususnya tulang, rawan, tendon dan ligamen. Serat elastik: Serat elastik terbina daripada molekul protein yang dikenali sebagai fibrilin. Fibrilin memberikan kestabilan kepada serat elastik yang boleh diregang sehingga satu setengah kali ganda panjangnya (sewaktu berkeadaan kendur). Serat elastik berkeupayaan untuk kembali kepada bentuk asalnya selepas diregang. Serat ini banyak terdapat pada kulit, dinding salur darah dan paru-paru.

15
Rajah 2.1 : Serat Kolagen dan Serat Elastik

Serat kolagen

Serat elastik

TISU PERANTARA AREOLAR


Tisu perantara areolar adalah tisu perantara kendur dan merupakan salah satu daripada tisu perantara yang tersebar luas pada tubuh. Tisu ini mengandungi beberapa jenis sel seperti fibroblas, makrofaj, sel plasma, sel mast, adiposit dan beberapa sel darah putih. Selain daripada itu serat kolagen, serat elastik dan serat retikular juga terdapat dalam susunan rawak pada keseluruhan tisu ini. Membran sinovium yang terdapat pada sendi sinovial terbina daripada gabungan tisu perantara areolar dan tisu adiposa serta serat kolagen.

Rajah 2.2: Tisu Perantara Areolar

Serat kolagen Serat elastik

Sel mast

Nukleus fibroblast

16

TISU ADIPOSA
Satu lagi jenis tisu perantara kendur ialah tisu adiposa. Tisu adiposa terdiri daripada sel adiposit yang bertindak sebagai stor simpanan bagi trigliserida. Tisu ini didapati di semua kawasan yang terdapatnya tisu perantara areolar. Tisu adiposa berperanan sebagai penebat haba, stor bagi rizab tenaga dan menyokong serta melindungi organ dalaman tubuh.

Rajah 2.3: Tisu Adiposa

Vakuol simpanan trigliserida

Nukleus adiposit

TISU PERANTARA PADAT TERATUR


Tisu perantara padat teratur adalah sejenis tisu perantara padat. Tisu ini mempunyai berkas-berkas fiber kolagen yang tersusun secara selari di dalamnya. Susunan ini memberi kekuatan kepada tisu perantara padat teratur untuk bertahan terhadap daya tarikan disepanjang paksi serat-serat kolagen. Di antara baris-baris serat kolagen ini terdapat fibroblas yang menghasilkan serat dan bahan dasar matriks ekstrasel. Tendon dan ligamen adalah contoh struktur yang terbina daripada tisu perantara padat teratur.

TISU PERANTARA PADAT TIDAK TERATUR


Tisu perantara padat tidak teratur juga adalah dari jenis tisu perantara padat. Serat kolagen yang terkandung di dalam tisu ini disusun secara tidak teratur tetapi lebih padat berbanding dengan tisu perantara kendur. Tisu perantara padat tidak teratur terdapat di kawasan yang mengalami daya tarikkan daripada pelbagai arah. Tisu ini biasanya terbentuk dalam bentuk lembaran sebagai contoh dermis pada kulit. Struktur lain yang mempunyai tisu jenis ini

17 termasuklah injap jantung, perikondrium (membran yang melitupi rawan) dan periosteum (sarung di sekeliling tulang).

Rajah 2.4: Tisu Perantara Padat Teratur

Rajah 2.5: Tisu Perantara Padat Tidak Teratur

18

RAWAN
Rawan terdiri daripada jaringan padat serat kolagen atau serat elastik yang tertanam di dalam kondroitin sulfat. Rawan boleh bertahan terhadap lebih banyak stress tahan terhadap stress berbanding dengan tisu perantara kendur dan tisu perantara padat. Ini disebabkan oleh serat kolagen yang memberikannya kekuatan dan kondroitin sulfat yang menjadikan ia lebih resilien atau lebih tahan lasak. Matriks ekstrasel rawan mengandungi sel rawan yang matang atau kondrisit yang terletak di dalam lakuna. Permukaan kebanyakan daripada rawan dilitupi perikondrium yang merupakan sejenis tisu perantara padat tidak teratur. Rawan apabila mengalami kerosakan lambat untuk dibaik pulih kerana tidak seperti tisu perantara yang lain, rawan tidak mempunyai salur darah atau pun saraf. Terdapat tiga jenis rawan iaitu rawan hialin, rawan berserat dan rawan elastik.

Rawan Hialin
Rawan hialin merupakan rawan yang paling banyak terdapat pada tubuh. Bahan dasar rawan hialin mengandungi gel resilien atau tahan lasak. Kebanyakan daripada rawan hialin diilitupi perikondrium kecuali pada rawan artikular yang melitupi tulang-tulang yang membentuk sendi dan juga di plat epifisis. Rawan hialin memberi kefleksibelan dan sokongan kepada strukut yang mengandunginya dan turut mengurangkan geseran dan menyerap hentakan di sendi. Walaupun begitu rawan hialin merupakan rawan yang paling lemah di antara ketiga-tiga jenis rawan.

Rawan Berserat
Rawan berserat juga mempunyai kondrisit tetapi susunannya berselerak di antara berkasberkas serat kolagen di dalam matriks ekstrasel. Rawan berserat kurang mempunyai perikondrium. Berbanding dengan rawan hialin dan rawan elastik, rawan berserat lebih kuat dan tegar. Contoh struktur yang terbina daripada rawan berserat adalah ceper invertebra.

Rawan Elastik
Pada rawan elastik, kondrosit terdapat di dalam jaringan serat elastik yang membina matriks ekstrasel. Tidak seperti rawan berserat, rawan elastik mengandungi perikondrium. Rawan ini kuat dan kenyal dan berperanan untuk mengekalkan bentuk struktur tertentu seperti telinga dan epiglottis.
Rajah 2.6: Jenis-jenis Rawan (a) Rawan Hialin (b) Rawan Berserat (c) Rawan Elastik (a) (b) (c)

19

MEMBRAN SINOVIUM
Membran adalah lembaran lebar tisu boleh lentur yang melitupi atau melapisi sebahagian daripada tubuh. Membran sinovium melapisi rongga sesetengah daripada sendi pada tubuh. Membran ini terdiri daripada tisu perantara areolar dan tisu adiposa bersama dengan serat kolagen. Membran sinovium mempunyai sel yang merembeskan bendalir sinovia. Bendalir ini melincirkan hujung-hujung tulang yang bergerak di sendi. Selain daripada itu bendalir ini juga membekalkan nutrien kepada rawan artikular yang melitupi hujung-hujung tulang yang membentuk sendi dan menyingkir mikrob dan puing daripada rongga sendi.

Rajah 2.7: Membran Sinovium pada Sendi Sinovial

Tulang

Membran sinovium Bendalir sinova

Rawan artikular

Kapsul berserat

20

RINGKASAN
Tisu tubuh diklasifikasikan kepada empat jenis: tisu epitelium, tisu otot dan tisu saraf. Tisu perantara unik dari segi matriks ekstrasel sama ada bersifat bendalir, gel atau bahan dasar pepejal bersama serat protein. Matriks ekstrasel turut mengandungi serat kolagen dan serat elastik. Tisu perantara areolar, tisu adiposa, tisu perantara padat teratur dan tisu perantara padat tidak teratur adalah contoh tisu perantara. Membran sinovium yang terdapat pada sendi sinovial terbina daripada gabungan tisu perantara areolar dan tisu adiposa serta serat kolagen. Tisu adiposa terdiri daripada sel adiposit yang bertindak sebagai stor simpanan bagi trigliserida. Tendon dan ligamen adalah contoh struktur yang terbina daripada tisu perantara padat teratur. Tisu perantara padat tidak teratur juga terdapat pada perikondrium dan periosteum. Terdapat tiga jenis rawan iaitu rawan hialin, rawan berserat dan rawan elastik. Membran sinovium merembeskan bendalir sinovia untuk melincirkan hujung-hujung tulang yang bergerak di sendi, membekalkan nutrien kepada rawan artikular yang melitupi hujung-hujung tulang yang membentuk sendi dan menyingkir mikrob dan puing daripada rongga sendi.

21

PENILAIAN KENDIRI
1. Fungsi yang manakah di antara berikut bukan fungsi tisu epithelium? A. B. C. D. Membentuk kelenjar. Melitupi permukaan tubuh. Melindungi dan menyokong tubuh. Melapisi rongga tubuh, organ lompang dan duktus.

2. Tisu yang manakah di antara berikut berperanan untuk mengesan perubahan dalaman dan luaran tubuh? A. B. C. D. Tisu otot. Tisu saraf. Tisu adiposa. Tisu perantara.

3. Sifat yang manakah di antara berikut bukan sifat matriks ekstrasel? A. B. C. D. Gel. Pepejal. Bendalir. Gabungan pepejal bersama serat protein.

4. Apakah peranan serat di dalam matriks ekstrasel? A. B. C. D. Menyatukan sel-sel tubuh. Menguatkan dan menyokong tisu perantara. Menyokong serta melindungi organ dalaman tubuh. Menentukan bagaimana tisu terbentuk dan berkembang.

5. Sel yang manakah di antara berikut tidak terdapat di dalam tisu perantara areolar? A. B. C. D. Adiposit. Fibroblas. Sel darah putih. Sel darah merah.

6. Tisu adiposa adalah tisu perantara ____________. A. B. C. D. elastik kendur padat teratur padat tidak teratur

22 7. Struktur yang manakah di antara berikut mengandungi tisu perantara padat teratur? A. B. C. D. Otot. Tulang. Tendon. Rawan berserat.

8. Telinga mengandungi rawan______________. A. B. C. D. hialin elastik berserat artikular

9. Rawan lambat untuk dibaik pulih selepas mengalami kecederaan kerana ___________ A. B. C. D. mempunyai lemak mempunyai neuroglia tidak mempunyai salur darah mempunyai salur darah yang sempit

10. Struktur yang manakah di antara berikut merembeskan bendalir sinovia? A. B. C. D. Membran serosa. Membran mukus. Membran sinovium. Membran kutaneus.

23

UNIT PELAJARAN 3 SISTEM RANGKA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: Menyatakan kandungan matriks ekstrasel sel tulang. Menerangkan fungsi setiap sel yang terdapat pada tisu tulang. Menerangkan bahagian-bahagian tulang panjang. Menerangkan fungsi tulang dan rangka. Mengklasifikasikan tulang mengikut bentuk dan lokasinya. Menerangkan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tulang.

PENGENALAN
Sistem rangka terdiri daripada tulang-tulang yang secara berterusannya mengalami pengubahsuaian selaras dengan pertumbuhan organisma, untuk membaik pulih kerosakan dan juga sebagai adaptasi terhadap stres yang dikenakan ke atas tulang. Setiap tulang adalah organ yang terbina daripada gabungan beberapa jenis tisu iaitu tulang, rawan, tisu perantara padat, epitelium, tisu pembentuk darah, tisu adiposa dan tisu saraf. Tulang-tulang yang membentuk kerangka yang dikenali tulang rangka wujud secara bersendirian atau bercantum dengan tulang-tulang lain untuk membentuk tulang yang lebih besar. Kerangka ini beserta dengan rawan-rawannya membentuk sistem rangka.

TISU TULANG

Rajah 3.1: Rangka Manusia

Tisu tulang atau tisu oseus terbina daripada sel-sel yang dikelililing matriks yang mengandungi lebih kurang 25% air, 25% serat kolagen dan 50% garam mineral (kalsium, fosforus dan

24 magnesium) terhablur. Kekerasan tulang diperolehi daripada garam mineral yang terhablur ini sementara kefleksibelan atau fleksibilitinya pula dipengaruhi oleh serat kolagen. Serat kolagen memberi kekuatan tegangan kepada tulang untuk mengelaknya daripada meregang atau putus. Terdapat empat jenis sel tulang pada tisu tulang iaitu sel osteogenik, osteoblas, osteosit dan osteoklas. Sel osteogenik terdapat pada bahagian sebelah dalam periosteum, dalam endosteum dan dalam kanal yang mengandungi salur darah pada tulang. Tidak seperti sel-sel tulang yang lain, sel osteogenik boleh mengalami pembahagian sel. Sel-sel yang terhasil daripada pembahagian ini seterusnya berkembang menjadi osteoblas. Osteoblas adalah sel yang membina tulang. Sel ini mensintesis dan merembes serat kolagen serta lain-lain bahan organik untuk membina bahan matriks tisu tulang. Osteoblas lama kelamaannya terperangkap dalam bahan matriks yang mengelilinginya dan bertukar menjadi osteosit. Osteosit adalah sel yang matang dan merupakan sel utama dalam tisu tulang. Osteosit terlibat dalam metabolisma harian tulang untuk memelihara kandungan bahan matriks tisu tulang. Osteoklas pula terlibat dalam penguraian bahan matriks tisu tulang untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan baik pulih tulang.

Rajah 3.2: Sel-sel Tisu Tulang

Osteoklas Osteoblas

Osteosit

Tisu tulang terbahagi kepada dua jenis iaitu tisu tulang padat dan tisu tulang spongiosa. Tisu tulang padat terdiri daripada osteon atau sistem Havers yang tersusun rapat. Osteon mengandungi kanal sentral yang dikelilingi matriks yang tersusun secara gegelang sepusat (lamela). Osteosit terdapat di dalam ruang (lakuna) yang terletak di antara lamela. Kanal-kanal kecil (kanalikulus) yang berisi bendalir ekstrasel mengarah keluar daripada lakuna ke kanal

25 sentral atau kanal haversian sebagai laluan merentangi matriks. Setiap lakuna berhubung sesama sendiri dan dengan kanal sentral menerusi kanalikulus. Kanalikulus membolehkan darah yang mengandungi nutrien serta oksigen dibawa kepada osteosit dan mengangkut keluar bahan sisa metabolisma.

Rajah 3.3: Struktur Tisu Tulang

Lakuna mengandungi osteosit Lamela Kanalikuli

Osteon tulang padat Trabekula tulang spongiosa

Osteon

Kanal Havers

Periosteum Kanal Volkmann

Tisu tulang spongiosa lebih ringan dan kurang tumpat berbanding tisu tulang padat. Dari segi binaan, tisu tulang spongiosa terdiri daripada plat (trabekula) dan batang tulang yang bersempadan dengan rongga tak teratur yang mengandungi sum-sum merah tulang. Kanalikulus pada tisu tulang spongiosa tidak bersambung kepada kanal haversian tetapi pada setiap rongga yang bersebelahan untuk mendapatkan bekalan darah. Walaupun trabekula nampak seperti disusun secara sembarangan tetapi susunan ini memberi kekuatan maksimum kepada tisu tulang spongiosa. Secara keseluruhannya 80% daripada tulang rangka manusia terdiri daripada tisu tulang padat dan 20% tisu tulang spongiosa. Tisu tulang padat terdapat di sebelah bawah periosteum dan membentuk sebahagian besar daripada diafisis tulang-tulang panjang. Tisu tulang padat merupakan tisu tulang yang terkuat dan berperanan sebagai pelindung dan penyokong kepada tubuh. Tisu tulang spongiosa membentuk sebahagian besar daripada tisu tulang bagi tulang

26
Rajah 3.4: Struktur Tulang Spongiosa

Tulang spongiosa Tulang padat Rawan artikular

Endosteum

pendek, tulang leper dan tulang tak teratur. Tisu tulang ini juga membentuk sebahagian besar daripada epifisis tulang-tulang panjang dan rim di sekililing rongga medula pada diafisis tulangtulang panjang. Tisu tulang spongiosa juga lebih ringan daripada tisu tulang padat dan ini mengurangkan berat keseluruhan tulang. Selain daripada itu trabekula tisu tulang spongiosa menyokong dan melindungi sum-sum merah tulang. Bagi orang dewasa sum-sum merah tulang iaitu tempat bagi penghasilan sel-sel darah hanya terdapat dalam tisu tulang spongiosa pada tulang pinggul, tulang rusuk, sternum, tulang belakang dan epifisis tulang-tulang panjang.

ANATOMI TULANG PANJANG


Tulang panjang yang tipikal terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu difisis, epifisis, metafisis, rawan artikular, periosteum, rongga medula dan endosteum. Diafisis adalah badan atau syaf tulang yang berbentuk silinder. Bahagian ini merupakan bahagian utama bagi tulang. Epifisis terdapat hujung proksimal dan distal tulang. Metafisis terdapat pada tulang yang matang iaitu pada kawasan di mana diafisis bercantum dengan epifisis. Bagi tulang yang masih mengalami proses pertumbuhan, bahagian ini terbina daripada rawan hialin untuk membentuk plat epifisis. Plat ini membolehkan diafisis tulang untuk tumbuh secara memanjang. Setelah pertumbuhan secara memanjang ini tamat, rawan pada plat ini digantikan dengan tulang dan menghasilkan garisqan epifisis.

27

Rajah 3.5: Anatomi Tulang Panjang

Rawan artikular Epifisis proksimal Metafisis

Garisan epifis

Endosteum Rongga medula Diafisis Diafisis Diafisis Diafisis Diafisis Periosteum Diafisis Diafisis Diafisis

Diafisis

Rawan artikular adalah lapisan nipis rawan hialin yang melitupi kawasan epifisis yang membentuk sendi dengan tulang yang lain. Rawan artikular berperanan untuk Diafisis mengurangkan geseran dan menyerap hentakan pada sendi sinovial. Rawan artikular tidak mempunyai perikondrium dan ini mengehadkan keupayaannya untuk dibaik pulih bila mengalami kerosakan Periosteum adalah sarung kenyal yang melitupi permukaan tulang yang tidak dilitupi rawan artikular. Sarung ini terbina daripada tisu perantara padat tak teratur dan bersalur darah. Pada periosteum terdapat sel-sel pembentuk tulang yang membolehkan tulang menambahkan diamaternya (menebal). Periosteum juga berperanan untuk melindungi tulang, membantu membaik pulih fraktur, membantu menyuburkan tulang dan bertindak segai tempat untuk pelekatan ligament dan tendon. Rongga medulla adalah ruang lompang berbentuk silinder pada sebelah dalam diafisis. Bagi seorang dewasa, ruang ini dipenuhi sum-sum kuning yang sebahagian besarnya terbina daripada tisu lemak. Sum-sum kuning ini boleh ditukar menjadi sum-sum merah untuk meningkatkan penghasilan sel-sel darah apabila berlakunya kehilangan darah yang banyak.

28 Endosteum adalah membran nipis yang melapisi rongga medulla. Endosteum mengandungi sel-sel pembentuk tulang.

FUNGSI TULANG DAN SISTEM RANGKA


Menyokong tisu-tisu lembut pada tubuh. Menyediakan tempat untuk pelekatan tendon bagi kebanyakan otot rangka. Melindungi organ-organ dalaman tubuh daripada risiko kecederaan mekanikal. Bergabung dengan otot rangka untuk membantu menggerakkan tubuh dan bahagianbahagian tubuh. Menyimpan dan mengeluarkan simpanan mineral khususnya kalsium dan fosforus untuk memelihara imbangan mineral dalam tubuh dan untuk agehan kepada bahagian tubuh yang memerlukannya. Menghasilkan sel-sel darah menerusi sum-sum merah tulang yang terdapat pada sesetengah tulang. Menyimpan trigliserida (sumber tenaga) yang merupakan komponen utama sum-sum kuning tulang.

KATEGORI TULANG
Hampir semua tulang tubuh boleh dikategorikan kepada empat jenis bentuk yang utama iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang leper dan tulang tak teratur. Bagaimanapun terdapat dua lagi kategori bentuk iaitu tulang sesamoid dan tulang sutur.

Tulang Panjang
Tulang jenis ini mempunyai ukuran panjang yang melebihi ukuran lebarnya dan mempunyai syaf (diafisis) serta bilangan hujung (epifisis) yang berbagai. Tulang jenis ini sedikit melengkung untuk menjadikannya strukturnya lebih kuat. Lapisan luar tulang panjang mengandungi tisu tulang padat sementara di bahagian dalamnya terdiri daripada tisu tulang spongiosa. Keduadua epifisis tulang panjang dilitupi rawan hialin. Tulang-tulang panjang bersama-sama dengan otot rangka terlibat dalam pergerakan luaran. Contoh tulang bagi kategori ini adalah femur, tibia dan fibula; humerus, ulna dan radius; dan falanks jari tangan dan kaki.

Tulang Pendek
Tulang dalam kategori ini berbentuk seperti kiub dan mempunyai ukuran panjang dan lebar yang hampir sama. Tulang pendek mempunyai lapisan nipis tisu tulang padat bahagian luarnya

29 dan tisu tulang spongiosa di sebelah dalamnya. Tulang jenis ini secara relatifnya menyimpan banyak sum-sum tulang. Fungsi utama tulang pendek adalah untuk memberi sokongan dan kestabilan kepada pergerakan luaran. Contoh bagi tulang pendek adalah karpal dan tarsal.

Rajah 3.6: Tulang Panjang

Rajah 3.6: Tulang Pendek

30

Tulang Leper
Tulang leper secara relatifnya adalah nipis dan kuat. Tulang leper berfungsi untuk melindungi organ dalam tubuh dan sebagai tapak bagi pelekatan otot rangka. Permukaan anterior dan posterior tulang leper terdiri daripada tisu tulang padat. Tisu tulang spongiosa yang mengandungi sejumlah sum-sum merah tulang yang berbeza mengikut tulang membntuk bahagian tengah tulang leper. Bagi orang dewasa, sel-sel darah merah paling banyak dihasilkan oleh sum-sum merah tulang pada tulang leper. Tulang yang dikategorikan sebagai tulang leper adalah skapula, sternum, kranium dan os koksa. Tulang rusuk dan pelvis juga termasuk dalam kategori ini.

Rajah 3.7: Tulang Skapula (tulang leper)

Tulang Tak Teratur


Tulang-tulang yang dimasukkan ke dalam kategori ini mempunyai bentuk yang kompleks dan tidak akur dengan kategori bentuk-bentuk yang dinyatakan sebelum ini. Tulang-tulang dalam kategori ini berfungsi untuk memberi sokongan mekanikal yang utama kepada tubuh dan melindungi korda spina (bagi tulang-tulang vertebra). Contoh bagi tulang-tulang tak teratur adalah tulang-tulang verterbra, sacrum dan mandibel. Selain daripada kategori yang dinyatakan di atas, tulang turut boleh dikategorikan kepada tulang sesaomid dan tulang sutur.

Tulang Sesamoid
Tulang dalam kategori ini pada lazimnya adalah tulang pendek atau tulang tak teratur. Tulang sesamoid terbentuk pada tendon yang merentangi sendi. Ini bertujuan untuk membantu melindungi tendon tersebut daripada geseran, tegangan dan stress fizikal. Contoh tulang sesamoid adalah patela, pisiform dan dua tulang kecil pada bahagian bawah metatarsal pertama.

31
Rajah 3.8: Tulang Vertebra Toraks (tulang tak teratur)

Rajah 3.9: Tulang pada bahagian bawah Metatarsal pertama (tulang sesamoid).

Rajah 3.10: Tulang Patela (tulang sesamoid) Femur Patela

Fibula

Tibia

32

Tulang sutur
Tulang bagi kategori ini adalah berdasarkan lokasi di mana tulang tersebut berada dan bukan berdasarkan bentuknya. Tulang sutur adalah tulang-tulang kecil yang terbentuk dalam sendi sutur pada cranium. Oleh kerana bilangannya adalah berbeza antara individu, tulang-tulang sutur tidak mempunyai nama yang khusus.
Rajah 3.11: Tulang Sutur

Tulang sutur

PEMBAHAGIAN RANGKA
Rangka seorang dewasa terdiri daripada 206 tulang yang dikelompokkan kepada dua bahagian iatu rangka aksial dan rangka apendaj. Rangka aksial mempunyai 80 tulang dan ianya terdiri daripada tulang-tulang yang berada pada paksi longitudinal tubuh. Paksi ini adalah satu garisan imaginari yang bermula daripada kepala dan menurun memengikut pusat graviti tubuh sehingga ke ruang di antara kedua belah kaki. Rangka apendaj pula terdiri daripada 126 tulang iaitu tulang-tulang tangan dan kaki berserta kumpulan tulang yang dikenali sebagai girdel yang menyambungkan tulang-tulang tangan dan kaki kepada rangka aksial. Rangka aksial terdiri daripada tengkorak, hioid, osikel auditori, turus vertebra dan toraks. Bagi rangka apendaj pula strukturnya adalah girdel pektoral, tangan, girdel pelvis dan kaki. Jadual 3.1 memperincikan struktur dan bilangan tulang yang membentuk struktur-struktur tersebut.

33
Rajah 3.12: Rangka Aksial

Tengkorak

Sternum

Tulang rusuk Turus vertebra

Girdel pelvis

34
Jadual 3.13: Rangka Apendaj

Klavikel Skapula

Humerus

Radius Ulna

Girdel pelvis

Femur Patela Tibia Fibula

http://sciencecity.oupchina.com.hk/biology/student/glossary/appendicular_skeleton.asp

35 Jadual 3.1: Tulang Sistem Rangka Orang Dewasa

Bahagian Rangka

Struktur Tengkorak Kranium Muka Hioid

Bilangan Tulang 8 14 1 6 26 1 24

Rangka Aksial

Osikel audotori Turus vertebra Toraks Sternum Rusuk Girdel pektoral Klavikel Skapula Tangan Humerus Ulna Radius Karpal Metakarpal Falanks

2 2

2 2 2 16 10 28 2

Rangka Apendaj Girdel pelvik Tulang pinggul Kaki Femur Patela Fibula Tibia Tarsal Metatarsal Falanks

2 2 2 2 14 10 28

36

PEMBENTUKKAN TULANG
Proses pembentukkan tulang dikenali sebagai osifikasi. Terdapat empat keadaan di mana berlakunya osifikasi Permulaan pembentukkan tulang pada embrio dan fetus Pertumbuhan tulang semasa bayi, kanak-kanak dan remaja sehingga tulang mencapai saiz orang dewasa Ubah suai tulang Baik pulih fraktur

Permulaan Pembentukkan Tulang pada Embrio dan Fetus


Terdapat dua cara osifikasi pada embrio dan fetus iaitu osifikasi intramembranus dan osifikasi endokondral. Tulang leper pada tengkorak, mandibel, sebahagian daripada klavikel dan ubun-ubun bayi semasa dilahirkan terbentuk menerusi osifikasi intramembranus. Osifikasi jenis ini melibatkan pembentukkan tulang di dalam mesenkima yang tersusun dalam lapisan yang menyerupai membran. Proses ini melibatkan turutan yang berikut: 1. Pembentukkan pusat osifikasi: Sel-sel mesinkima mengelompok dan melalui proses pembezaan untuk bertukar menjadi sel-sel osteogenik dan kemudiannya kepada sel-sel osteoblas. Osteoblas merembes matriks organik ekstrasel. 2. Kalsifikasi: Osteoblas terperangkap dalam matriks ekstrasel dan bertukar menjadi osteosit. Kalsium dan lain-lain garam mineral mula dimendapkan sementara matriks ekstrasel mula mengeras atau kalsifikasi. 3. Pembentukkan trabekula: Matriks ekstrasel membentuk trabekula yang kemudiannya bercantum dengan trabekula yang lain untuk membentuk tisu dan tulang spongiosa. Salur darah terbentuk dalam ruangan antara trabekula. Sum-sum merah tulang mula terbentuk. 4. Pembentukkan periosteum: Serentak dengan pembentukkan trabekula, mesinkima mengelompok pada bahagian periferi tulang spongiosa dan bertukar menjadi periosteum. Permukaan tulang spongiosa di bawah periosteum mula digantikan dengan tisu tulang padat yang akhirnya membentuk tulang padat.

37
Rajah 3.14: Osifikasi Intramembranus
Sel mesenkima Serat kolagen Pusat osifikasi Mesenkima membentuk periosteum Trabekula tulang

Osteoid Osteoblas

Salur darah

Osteoblas Osteoid Ostosit

Periosteum berserat Osteoblas Plet tulang padat

Matriks tulang yang baru mengeras

Tulang spongiosa

Osteoblas Osteoid Ostosit

Osifikasi endokondral pula adalah proses pembentukan tulang yang melibatkan penggantian rawan dengan tisu tulang. Kebanyakan daripada tulang terbentuk dengan Matriks ini.tulang cara Langkah yang baru mengeras bagi osifikasi endokondral adalah seperti berikut: 1. Pembentukan model rawan: Sel-sel mesinkima mengelompok dan bertukar menjadi kondroblas. Kondroblas merembeskan matiks ekstrasel untuk membentuk model tulang yang terdiri daripada rawan hialin. Periosteum mula membentuk disekeliling model tulang ini 2. Pertumbuhan model rawan: Kondroblas bertukar menjadi kondrosit. Sebahagian daripada kondroblas kemudiannya mengalami hipertrofi dan pecah. Ini mencetuskan kalsifikasi model rawan ini. Pemanjangan model berlaku apabila kondroblas yang tinggal melalui pertumbuhan interstitial (pertumbuhan ruang-antara). Penebalan model disebabkan oleh penghasilan kondroblas baru oleh perikondrium. 3. Pembentukan pusat osifikasi utama: Penembusan arteri nutrien ke dalam bahagian tengah diafisis model rawan menyebabkan sel-sel osteogenik pada perikondrium untuk bertukar menjadi osteoblas. Perikondrium bertukar menjadi tulang dan membentuk periosteum. Pada bahagian tengah model rawah salur darah terbentuk dan mencetuskan pertumbuhan pusat osifikasi utama di mana tisu tulang akan menggantikan sebahagian besar daripada rawan. Osteoblas kemudiannya memendapkan matriks ekstrasel di atas sisa rawan yang telah mengeras untuk membentuk tulang spongiosa. Osifikasi kemudiannya merebak ke arah hujung-hujung model rawan 4. Pembentukkan rongga medulla (sum-sum): Osteoklas mengurai sebahagian daripada trabekula tulang spongiosa yang baru dibina ketika pusat osifikasi utama merebak ke

38 hujung-hujung model rawan. Ini menghasilkan rongga medulla. Osteoblas menggantikan tulang spongiosa dengan tulang padat pada diafisis. 5. Pembentukan pusat osifikasi sekunder: Salur darah menembusi kedua-dua epifisis untuk membolehkan osifikasi berlaku pada bahagian tengahnya dan mengarah ke permukaan luar tulang. 6. Pembentukan rawan artikular dan plat epifisis: Rawan hialin yang melitupi epifisis bertukar menjadi rawan artikular. Sebelum seorang itu menjadi dewasa, rawan hialin terus berada di antara epifisis dan diafisis sebagai pat epifisis. Plat ini terlibat dalam pertumbuhan secara memanjang tulang-tulang panjang.

Rajah 3.15: Osifikasi endokondral

Salur darah Rawan mengeras Rawan

Rawan mengeras Rawan Tulang spongiosa

Tulang matang

Kolar tulang Kolar tulang Periosteum Pusat osifikasi primer

Rongga medulari

Perikondrium

Tulang kanselus

Tulang padat

Pusat osifikasi sekunder

Pertumbuhan Tulang Secara Memanjang dan Melebar (Menebal)


Tulang panjang tumbuh secara memanjang dan melebar (menebal) pada peringkat bayi, kanakkanak dan remaja. Pertumbuhan secara memanjang berlaku pada plat epifisial akibat pembahagian berterusan kondrosit baru pada plat di sebelah epifisis. Pada plat di sebelah diafisis, kondrosit lama digantikan dengan tulang. Aktiviti ini menyebabkan plat episis kekal ketabalannya tetapi tulang di sebelah plat ini pada bahagian diafisis bertambah panjang. Pada umur 18 25 tahun, rawan hialin pada plat epifisis digantikan dengan tulang dan plat ini hanya tinggal sebagai garisan epifisis. Serentak dengan pertumbuhan secara memanjang, tulang juga mengalami pertumbuhan secara melebar atau menjadi tebal. Pada permukaan tulang sel osteogenik bertukar menjadi osteoblas yang merembeskan matriks ekstrasel untuk membentuk tisu tulang baru. Osteoblas

39 kemudiannya bertukar menjadi osteosit. Serentak dengan penghasilan tisu tulang yang baru, osteoklas pada endosteum mengurai tisu tulang yang melapisi rongga medulla. Proses penguraian ini lebih lambat berbanding proses pembinaan tisu tulang yang baru di sebelah luar tulang sedia ada.

Rajah 3.16 : Pertumbuhan Tulang Secara Memanjang dan Melebar

Tulang orang dewasa Tulang dalam embrio

Plet pertumbuhan

Tulang remaja

Ubah Suai Tulang


Ubahsuai tulang adalah proses penggantian tisu tulang lama dengan tisu tulang baru. Proses ini melibatkan resorpsi tulang dan pemendapan tulang. Resorpsi tulang mengurai matriks ekstrasel tulang sementara pemendapan tulang menghasilkan matriks ekstrasel tulang. Ubahsuai tulang berlaku pada kadar yang berbeza pada setaip bahagian tubuh dan berlaku di sepanjang hayat. Ubahsuai tulang juga turut terlibat dalam baik pulih tulang akibat kecederaan pada tulang.

40
Rajah 3.17: Proses Ubah suai Tulang

Tulang

Osteoklas mengurai tulang lama

Osteoblas membina tulang baru

Tulang baru

Baik Pulih Fraktur


Fraktur adalah adalah satu keadaan di mana tidak mewujud lagi kesinambungan pada tulang. Fraktur boleh berlaku akibat daripada impak berdaya tinggi atau stres atau pun disebabkan oleh keadaan-keadaan perubatan seperti osteoporosis atau pun kanser tulang. Proses membaik pulih fraktur melibatkan turutan yang berikut: 1. Penyingkiran tisu tulang yang mati oleh fagosit 2. Pembentukan rawan berserat oleh kondroblas untuk menyambung bahagian yang patah pada tulang. 3. Penukaran rawan berserat kepada tulang spongiosa oleh osteoblas.

41 4. Ubah suai tulang melibatkan resorpsi bahagian tulang yang mati dan penukaran tulang spongiosa kepada tulang padat. Proses penyembuhan mengambil masa yang agak lama kerana gangguan kepada aliran darah di tempat kecederaan, kalsium dan fosforus perlu melalui kalsifikasi, pemendapan secara beransur tulang serta pertumbuhan dan pembiakan yang perlahan bagi sel-sel tulang.

Rajah 3.18: Proses Baik Pulih Fraktur

Tulang padat Rongga medulari

Sel Darah baru

Rawan berserat Tulang spongiosa

Hematoma Darah keluar daripada salur darah pecah dan membentuk hematoma Tulang spongiosa terbentuk di kawasan pembentukkan salur darah. Serat berawan terbentuk di kawasan lain.

Tulang padat Rongga medulari Kalus tulang Periosteum

Kalus tulang mengganti rawan berserat

Osteoklas menyingkir lebihan tisu tulang, menjadikan struktur tulang baru seperti tulang asal

42

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN TULANG


PERKEMBANGAN

DAN

Nutrisi: Pengambilan yang mencukupi bagi vitamin A, C dan D serta mineral khususnya kalsium, fosforus dan magnesium. Hormon: Hormon pertumbuhan manusia (hGH), insulin-like growth factor, hormon paratiroid, kalsitonin, estrogen dan androgen. Senaman: Senaman yang melibatkan aktiviti yang menopang berat badan memberi tekanan kepada tulang untuk beradaptasi supaya menjadi lebih kuat. Pendedahan kulit kepada cahaya ultraungu: Kulit menghasilkan Vitamin D apabila didedahkan kepada cahaya ini. Vitamin D diperlukan untuk penyerapan sempurna kalsium pada usus kecil.

RINGKASAN
Tisu tulang atau tisu oseus terbina daripada sel-sel yang dikelililing matriks yang mengandungi lebih kurang 25% air, 25% serat kolagen dan 50% garam mineral Terdapat empat jenis sel tulang pada tisu tulang iaitu sel osteogenik, osteoblas, osteosit dan osteoklas. Tisu tulang terbahagi kepada dua jenis iaitu tisu tulang padat dan tisu tulang spongiosa. Secara keseluruhannya 80% daripada tulang rangka manusia terdiri daripada tisu tulang padat dan 20% tisu tulang spongiosa. Bagi orang dewasa sum-sum merah tulang iaitu tempat bagi penghasilan sel-sel darah hanya terdapat dalam tisu tulang spongiosa pada tulang pinggul, tulang rusuk, sternum, tulang belakang dan epifisis tulang-tulang panjang. Tulang panjang yang tipikal terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu difisis, epifisis, metafisis, rawan artikular, periosteum, rongga medula dan endosteum. Tulang dan sitem rangka berfungsi untuk menyokong tisu-tisu lembut, menyediakan tempat untuk pelekatan tendon, melindungi organ-organ dalaman tubuh, membantu menggerakkan tubuh, menyimpan dan mengeluarkan simpanan mineral, menghasilkan sel-sel darah dan menyimpan trigliserida. Tulang boleh dikategorikan kepada tulang panjang, tulang pendek, tulang leper dan tulang tak teratur.

43 Rangka seorang dewasa terdiri daripada 206 tulang yang dikelompokkan kepada dua bahagian iatu rangka aksial (80 tulang) dan rangka apendaj (126 tulang). Osifikasi berlaku menerusi osifikasi intramembranus dan osifikasi endokondral. Ubah suai tulang menggantikan tisu tulang lama dengan tisu tulang baru sebagai adaptasi terhadap tekanan ke atas tulang dan juga untuk membaik pulih tulang yang rosak. Perkembangan dan pertumbuhan tulang di pengaruhi oleh nutrisi, hormon, senaman dan pendedahan kulit kepada cahaya ultraungu.

PENILAIAN KENDIRI
1. Pada tulang orang dewasa, plet efifisis digantikan dengan _______________. A. B. C. D. osteon periosteum endosteum garis epifisis

2. Ciri yang manakah di antara berikut terdapat pada tulang spongiosa? A. B. C. D. Mengandungi lakuna. Mengandungi osteon. Mempunyai system Havers. Mempunyai tulang trabekula.

3. Girdel pelvis terdiri daripada ___________________________. A. B. C. D. tulang koksa skapula dan klavikel humerus dan skapula tulang rusuk, sternum dan klavikel

4. Yang manakah di antara berikut terdapat pada plet epifisis? A. B. C. D. Kondrosit. Trabekula. Osteoklas. Endosteum

44 5. Tulang rangka bersifat fleksibel kerana mempunyai __________________.. A. B. C. D. fosfat kalsium kolagen Vitamin D

6. Sistem rangka berperanan untuk ____________________. A. B. C. D. melindungi organ dalaman tubuh daripada kecederaan membantu dalam menghasilkan pergerakan menghasilkan sel darah semua jawapan di atas

7. Sel yang membina tulang adalah _________________.. A. B. C. D. osteosit osteoblas osteoklas osteogenik

8. Apakah jenis rawan yang melitupi permukaan tulang yang membentuk sendi? A. B. C. D. Hialin Elastik Artikular Berserat

9. Tulang yang manakah di antara berikut dikategorikan sebagai tulang pendek?. A. B. C. D. Karpal Femur Skapula Vertebra toraks

10. Tulang yang manakah di antara berikut terbentuk menerusi osifikasi intramembranus? Tulang leper pada tengkorak, mandibel, sebahagian daripada klavikel dan ubun-ubun bayi semasa dilahirkan terbentuk menerusi osifikasi intramembranus A. B. C. D. Femur Radius Mandibel Metatarsal

45

UNIT PELAJARAN 4 SENDI

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: Menerangkan bagaimana struktur sendi menentukan fungsinya. Menjelaskan klasifikasi sendi berdasarkan struktur dan fungsi. Menerangkan struktur sendi sinovial. Menerangkan jenis pergerakan yang boleh berlaku di sendi synovial. Menerangkan jenis dan lokasi sendi sinovial.

PENGENALAN
Sendi adalah lokasi di mana berlakunya pertemuan di antara dua atau lebih tulang, di antara rawan dan tulang atau di antara gigi dengan tulang. Binaan atau struktur sesuatu sendi mempengaruhi kekuatan dan julat pergerakan sendi tersebut. Sendi yang strukturnya berkedudukan rapat di antara satu sama lain kuat tetapi tidak fleksibel atau dalam erti kata lain membataskan pergerakan atau tidak membenarkan langsung pergerakan pada sendi tersebut. Sebaliknya sendi yang strukturnya agak longgar membolehkan julat pergerakan yang lebih luas atau lebih fleksibel tetapi berkencenderungan untuk terkehel. Pergerakan pada sendi juga ditentukan oleh bentuk tulang-tulang yang membentuk sesuatu sendi, kefleksibelan ligamen yang menghubungkan tulang-tulang tersebut dan ketegangan otot serta tendon yang berkait dengan pergerakan pada sendi tersebut. Pengetahuan tentang struktur serta julat pergerakan sesuatu sendi penting bagi mengelakkan berlakunya kecederaan pada sendi akibat pergerakan yang tidak sesuai atau melampaui julat pergerakannya.

KLASIFIKASI SENDI
Sendi diklasifikasi berdasarkan kepada struktur dan fungsi sendi tersebut. Klasifikasi berdasarkan struktur melihat kepada dua perkara iaitu sama ada terdapat atau tidak rongga sinovial di antara tulang-tulang yang membentuk sendi tersebut dan jenis tisu perantara atau tisu penghubung yang menghubungkan tuang-tulang tersebut. Klasifikasi berdasarkan fungsi pula berkait dengan julat pergerakan sendi tersebut.

46 Terdapat tiga jenis sendi bagi klasifikasi berdasarkan struktur: Sendi berserat: Sendi jenis ini tidak mempunyai rongga sinovial. Tulang-tulang sendi dihubungkan oleh tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur. Sendi berawan: Sendi tidak berongga sinovial dan tulang-tulang sendi dihubungkan oleh rawan. Sendi sinovial: Terdapat rongga sinovial di antara tulang-tulang sendi. Tulang-tulang sendi ini dihubungkan oleh tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur dan juga oleh ligamen.

Dari segi fungsi, sendi diklasifikasikan mengikut jenis yang berikut: Sinartrosis: Sendi yang tidak membenarkan sebarang pergerakan padanya. Amfiartrosis: Sendi yang membenarkan sedikit pergerakan padanya. Diartrosis: Sendi yang membolehkan pergerakan yang agak meluas.

SENDI BERSERAT
Terdapat tiga jenis sendi berserat iaitu sutur, sindesmosis dan membran interos. Sutur hanya terdapat di tengkorak dan menyatukan tulang-tulang kranium. Sutur diklasifikasikan sebagai amfiartrosis semasa bayi dan sinartrosis pada mereka yang lebih tua. Sindesmosis adalah sendi yang boleh digerakkan secara terbatas. Tulang-tulang yang membentuk sendi ini di hubungkan oleh ligamen interos. Membran interos merupakan lembaran nipis tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur yang menghubungkan tulang-tulang panjang yang berkedudukan secara bersebelahan.

Rajah 4.1: Sutur


Sutur korona Tulang parietal

Tulang frontal Sutur lambdoid

Tulang oksipital

Tulang sfenoid

Tulang skuamus Tulang temporal

47

Rajah 4.2: Sindesmosis

Fibula Tibia Ligamen tibiofibula anterior Ligamen deltoid Ligamen talofibula anterior Talus

Kalkaneus

Ligamen kalkaneofibula

Ligamen talofibula anterior

Rajah 4.3: Membran interos

Kepala radius Tendon biseps brakii

Ligamen anulus

Sindesmosis radioulnar (membran interos) Radius Ulna

48

SENDI BERAWAN
Sendi berawan sama ada hanya membenarkan sedikit pergerakan berlaku seperti pada simfisis pubik atau tiada pergerakan langsung seperti pada plat epifisis. Ini disebabkan oleh sifat rawan hialin atau rawan berserat yang menghubungkan tulang-tulang.Terdapat dua jenis sendi berawan iaitu: Sinkondrosis: Tulang-tulang sendi dihubungkan oleh rawan hialin. Dari segi fungsi sinkondrosis adalah jenis sinartrosis. Sendi jenis tidak boleh digerakkan. Simfisis: Tulang-tulang sendi mempunyai rawan artikular dan dihubungkan oleh rawan berserat. Dari segi fungsi sendi ini adalah dari jenis amfiartrosis yang memboleh sedikit pergerakan berlaku pada sendi tersebut.

Rajah 4.4: Sindesmosis dan Sinkondrosis

Sternum (manubrium) Sendi di antara tulang rusuk pertama dan sternum Sternum

Sinkondrosis
Plet epifisis (rawan hialin)

Simfisis

Ceper intervertebra rawan berserat Badan vertebra

SENDI SINOVIAL
Sendi sinovial diklasifikasikan sebagai diartrosis dari segi fungsinya. Sendi jenis ini membenarkan lebih banyak pergerakan dilakukan berbanding sendi berserat dan sendi berawan. Sendi sinovial mempunyai ciri-ciri umum yang berikut:

49 Rongga sinovial: Rongga berisi bendalir sinovial yang terdapat di antara tulang-tulang sendi. Bendalir sinovial dirembeskan oleh membran sinovium. Bendalir ini berfungsi untuk mengurangkan geseran di antara permukaan tulang-tulang sendi, membekalkan nutrien kepada kondrosit dan menyingkirkan sisa metabolik daripada kondrosit pada rawan artikular yang melitupi permukaan tulang-tulang sendi. Kapsul artikular: Kapsul ini melingkungi rongga sinovia dan menyatukan tulang-tulang sendi. Kapsul ini terdiri daripada membran berserat yang mungkin mengandungi ligamen di permukaaan luarnya dan membran sinovium pada bahagian di sebelah dalam kapsul artikular. Rawan artikular: Permukaan tulang-tulang sendi ini dilitupi rawan hialin pada bahagian epifisis. Rawan artikular berfungsi untuk menyerap hentakan dan mengurangkan geseran semasa berlakunya pergerakan pada sendi. ini, kebanyakan daripada sendi sinovial juga mempunyai

Selain daripada struktur struktur-struktur berikut:

Meniskus: Alas yang terbina daripada rawan berserat dan terletak di antara permukaan tulang-tulang sendi yang bertentangan. Pad lemak artikular: Alas yang mengandungi tisu adiposa dan berfungsi untuk melindungi rawan artikular. Ligamen aksesori: Ligamen yang terbina daripada tisu perantara sebenar dan berada di dalam dan di luar kapsul. Ligamen ini berfungsi untuk mencegah pergerakan yang melampau pada sendi. Ini dapat mengurangkan risiko kecederaan kepada sendi semasa bergerak. Tendon: Strukur yang mengandungi serta kolagen. Struktur ini menghubungkan otot kepada tulang-tulang sendi. Bursa: Pundi-pundi kecil yang mengandungi bendalir yang menyerupai bendalir sinovia di dalam sendi sinovia tertentu. Pundi ini berperanan untuk mengurangkan geseran di antara tulang-tulang sendi.

50
Rajah 4.5: Struktur Tipikal Sendi Sinovial

JENIS SENDI SINOVIAL


Terdapat tujuh jenis sendi sinovial yang berbeza dari segi kestabilan dan darjah kebebasan pergerakan pada sendi. Kestabilan dan pergerakan pada sendi jenis ini dipengaruhi oleh: Bentuk permukaan tulang-tulang yang bertemu untuk membentuk sendi tersebut. Kapsul artikular dan kekenyalan ligament yang menghungkan tulang-tulang sendi. Ton otot yang diselitkan pada tulang-tulang sendi. Tarikan graviti.

51

Jadual 4.1: Jenis Sendi Sinovial

Nama Sendi gesel Sendi engsel

Contoh Karpal pergelangan tangan, sendi akromioklavikular. Siku. Sendi atlanto aksial, sendi radioulnar proksimal, sendi radioulnar distal. Sendi radiokarpus, sendi temporomandibel. Sendi karpometakarpal, sendi sternoklavikular. Sendi bahu (glenohumerus), sendi pinggul. Sendi lutut.

Deskripsi pergerakan Melungsor atau menggelungsor sahaja. Fleksi dan ekstensi pada satu satah sahaja. Satu tulang berputar di sekeliling tulang yang lain. Fleksi, ekstensi dan sirkumduksi. Pergerakan yang sama seperti sendi kondil. Semua pergerakan kecuali melungsor atau menggelungsor. Pergerakan yang sama seperti untuk sendi kondil dan sendi pelana.

Sendi pangsi Sendi kondil/Sendi elipsoidal Sendi pelana Sendi lesung Sendi kompaun/Sendi engsel terubah suai

52

Rajah 4.6: Pergerakan pada Sendi Sinovial

Klavikel

Sendi gesel

Skafoid

Sendi pangsi Sendi kondil

Skapula ummm

Metakarpal ibu jari

Sendi lesung Sendi pelana

53

PERGERAKAN PADA SENDI SINOVIAL


Pergerakan pada sendi sinova dikategorikan kepada: Melongsor Pergerakan angular Putaran Pergerakan khas

Melongsor
Pergerakan melongsor dua tulang pipih di atas satu sama lain ke arah sisi Contoh pergerakan melongsor adalah mengangkat tangan secara lurus dari sisi tubuh ke atas kepala seperti lompat bintang. Dalam pergerakan ini permukaan pipih klavikel dan akromion skapula saling melongsor.

Rajah 4.7: Senaman Lompat Bintang

Pergerakan Angular
Pergerakan angular menyebabkan pertambahan atau pengurangan sudut di antara tulang-tulang sendi. Pergerakan angular yang utama adalah fleksi, ekstensi, ekstensi hiper,

54

abduksi, aduksi dan sirkumduksi. Pergerakan-pergerakan ini dilakukan secara relatif kepada kedudukan anatomi.

Rajah 4.8: Pengecilan sudut di antara tulang semasa fleksi


Nilai sifar

Fleksi

Ekstensi

Apabila melakukan fleksi, sudut di antara tulang-tulang sendi akan berkurangan. Ini berbeza dengan esktensi di mana sudut di antara tulang-tulang sendi akan meningkat dengan lakuan tersebut. Secara amnya lakuan ekstensi bertujuan untuk mengembalikan sesuatu bahagian tubuh kepada kedudukan anatomi selepas bahagian tersebut difleksikan. Fleksi dan ekstensi dilakukan pada satah sagital. Ekstensi hiper pula merujuk kepada pergerakan ekstensi bahagian tubuh melepasi kedudukan anatominya. Contoh bagi pergerakan ini adalah membawa dagu ke dada (fleksi), mengembali kepala ke posisi asal selepas membawa dagu ke dada (ekstensi) dan mendongakkan kepala (ekstensi hiper). Abduksi adalah pergerakan tulang menjauhi garisan tengah tubuh (paksi membujur) dan aduksi pula adalah pergerakan tulang ke arah garisan tengah tubuh (paksi membujur). Sirkumduksi melibatkan pergerakan dalam bentuk bulatan bahagian distal tulang (hujung tulang yang paling jauh daripada garisan tengah tubuh). Sirkumduksi adalah pergerakan yang berterusan mengikut turutan fleksi, abduksi, ekstensi dan aduksi. Contoh pergerakan sirkumduksi adalah membuat bulatan di sisi tubuh menggunakan lengan atau kaki.

55

Rajah 4.9: Pergerakan Angular

Fleksi Abduksi

Ekstensi hiper

Fleksi

Aduksi Abduksi

Abduksi Fleksi

Ekstensi Ekstensi hiper

Aduksi Ekstensi Aduksi

Aduksi

Sirkumduksi

56

Putaran Pergerakan putaran melibatkan tulang berputar pada paksi membujur tulang itu sendiri. Pergerakan ini dilakukan secara relatif kepada garisan tengah tubuh. Putaran dilakukan ke arah kanan atau kiri dan secara medial dan lateral. Putaran medial melibatkan permukaan permukaan anterior tulang dipusingkan ke arah garisan tengah tubuh. Putaran lateral pula memusingkan permukaan anterior tulang menjauhi garisan tengah tubuh. Contoh bagi pergerakan ini adalah menggelengkan kepala (putaran ke kanan dan kiri) dan membawa tapak tangan dari kedudukan anatomi ke perut (putaran medial) dan dari perut ke sisi tubuh dengan tapak tangan menghala ke hadapan (putaran lateral).

Rajah 4.10: Pergerakan Putaran


Putaran kepala Putaran kanan Putaran kiri

Putaran lateral

Putaran medial

Pergerakan Khas
Pergerakan ini hanya berlaku di sendi tertentu sahaja dan meliputi tetapi tidak terhad kepada elevasi, depresi, protraksi, retraksi, inversi, eversi, pendorsifleksan dan fleksi plantar.

57

Elevasi: Pergerakan menaikkan bahagian tertentu tubuh sebagai contohnya menutup mulut (menaikkan mandibel) selepas membukanya Depresi: Pergerakan menurunkan bahagian tertentu tubuh sebagai contohnya membuka mulut (menurunkan mandibel). Protraksi: Pergerakan ke arah hadapan bahagian tertentu tubuh sebagai contohnya memuncungkan bibir. Retraksi: Pergerakan untuk mengembalikan bahagian tertentu tubuh yang telah diprotraksikan ke kedudukan anatomi. Contoh bagi pergerakan ini adalah mengeritkan gigi. Inversi: Pergerakan yang menghalakan tapak kaki ke arah medial tubuh. Eversi: Pergerakan yang menghalakan tapak kaki ke arah lateral tubuh. Pendorsifleksan: Pergerakan yang membawa bahagian kekura kaki ke bahagian anterior kaki bawah. Contoh bagi pergerakan ini adalah berdiri di atas tumit. Fleksi plantar: Pergerakan yang membawa tapak kaki ke arah permukaan plantar. Contoh pergerakan ini adalah berdiri di atas jari kaki. Supinasi: Pergerakan bahagian lengan bawah yang menyebabkan tapak tangan menghala ke atas sebagai contohnya menghulurkan tangan untuk menerima sesuatu benda. Pronasi: Pergerakan bahagian bawah lengan yang menyebabkan tapak tangan menghala ke bawah sebagai contohnya meletak tapak tangan di atas meja. Oposisi: Pergerakan yang membawa ibu jari tangan (pada sendi karpometakarpal) menyentuh hujung jari-jari lain pada sebelah tangan yang sama.

Rajah 4.11: Elevasi dan Depresi

Rajah 4.12: Protraksi dan Retraksi

Protraksi

Elevasi

Depresi

Retraksi

58

Rajah 4.11: Eversi dan Inversi

Rajah 4.12: Fleksi Plantar dan Pendorsifleksan

Pendorsifleksan

Eversi

Inversi

Fleksi plantar

Rajah 4.11: Pronasi dan Supinasi


Pronasi

Rajah 4.11: Oposisi dan Reposisi


Posisi Reposisi

Supinasi

59

RINGKASAN
Sendi adalah lokasi di mana berlakunya pertemuan di antara dua atau lebih tulang, di antara rawan dan tulang atau di antara gigi dengan tulang. Pergerakan pada sendi dipengaruhi oleh struktur binaannya, bentuk tulang-tulang sendi, kefleksibelan ligamen dan ketegangan otot serta tendon yang diselitkan pada tulangtulang sendi. Sendi diklasifikasikan mengikut struktur binaan: berserat, berawan dan synovial; dan fungsinya: sinartrosis, amfiartrosis dan diatrosis. Sinartrosis tidak membenarkan sebarang pergerakan padanya. Amfiartrosis membenarkan sedikit pergerakan padanya. Diartrosis membolehkan pergerakan yang agak meluas. Sendi sinovial mempunyai ciri-ciri umum seperti mempunyai rongga sinovial, kapsul artikular dan rawan artikular. Kebanyakan daripada sendi sinovial juga mempunyai meniskus, pada lemak artikular, ligamen aksesori, tendon dan bursa. Terdapat tujuh sub-jenis sendi bagi sendi sinovial: sendi gesel, sendi engsel, sendi pangsi, sendi kondil, sendi pelana, sendi lesung dan sendi kompaun. Pergerakan pada sendi sinovial dikategorikan kepada melongsor, pergerakan angular, putaran dan pergerakan khas.

PENILAIAN KENDIRI
1. Menggelengkan kepala adalah pergerakan jenis __________________. A. B. C. D. fleksi retraksi putaran abduksi

2. Pergerakan yang manakah di antara berikut tidak boleh dilakukan pada mandibel? A. B. C. D. Depresi. Elevasi. Eversi Protraksi

60

3. Fungsi yang manakah di antara berikut bukan fungsi bendalir sinovial? A. B. C. D. Melincirkan sendi. Menguatkan sendi. Menyingkirkan bahan sisa metabolik. Mengurangkan geseran di antara tulang.

4. Sendi jenis yang manakah di antara berikut mempunyai tisu perantara berserat tetapi tiada rongga sinovial? A. B. C. D. Simfisis. Sinovial. Berserat. Sinkondrosis.

5. Permukaan tulang-tulang sendi ini dilitupi rawan ________________________. A. B. C. D. tulang elastik artikular berserat

6. Apakah peranan bursa pada sendi sinovial? A. B. C. D. Menyingkirkan sisa metabolik. Merembeskan bendalir sinovial. Membekalkan nutrien kepada kondrosit. Mengurangkan geseran di antara tulang-tulang sendi.

7. Sendi bahu adalah sendi jenis _____________________. A. B. C. D. engsel pangsi lesung kompaun

8. Sirkumduksi boleh dilakukan di sendi ____________________. A. B. C. D. gesel kondil pelana engsel

61 9. Pergerakan yang manakah di antara berikut bukan berupa pergerakan angular? A. B. C. D. Fleksi. Elevasi. Abduksi. Ekstensi.

10. Perbuatan menguap adalah pergerakan jenis ______________. A. B. C. D. depresi pronasi retraksi pendorsifleksan

62

UNIT PELAJARAN 5 SISTEM OTOT

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: Menerangkan jenis tisu otot. Menerangkan sifat dan fungsi otot rangka. Memerihalkan anatomi serat otot rangka. Menjelaskan bagaimana otot rangka menguncup dan mengendur. Memerihalkan tiga jenis serat otot rangka. Menjelaskan bagaimana otot rangka menghasilkan pergerakan.

PENGENALAN
Sistem otot terdiri daripada otot rangka, otot licin dan otot kardium. Setiap jenis otot ini terdiri daripada tisu yang berupaya untuk menguncup bagi menghasilkan sama ada pergerakan dalaman atau pergerakan luaran tubuh. Otot kardium adalah otot dinding jantung dan berperanan untuk mengepam darah menerusi salur-salur darah ke seluruh tubuh. Otot licin terdapat pada dinding kebanyakan daripada organ lompang dalam tubuh seperti gaster, usus, salur darah dan pundi kencing. Otot ini antara lainnya berperanan dalam memindahkan bahan daripada satu bahagian dalaman tubuh ke bahagian yang lain. Otot kardium dan otot licin adalah otot-otot involuntari atau luar kawal. Ini bermaksud yang kita tidak dapat mengawal tindakan otot-otot ini. Otot rangka pula adalah otot yang paling banyak pada tubuh. Terdapat lebih daripada 650 otot yang dilekatkan sama ada secara langsung atau dengan perantaraan tendon atau aponeuroses kepada rangka manusia. Penguncupan dan pengenduran otot rangka yang boleh dikawal secara sedar ini (otot voluntari) membolehkan kita melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Unit ini memfokus kepada anatomi dan fungsi otot rangka, mekanisma penguncupan otot rangka dan otot-otot rangka yang utama yang digunakan untuk pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

63 Jadual 5.1 : Ciri-Ciri Fizikal Tisu Otot Jenis Tisu Otot

Ciri-ciri Fizikal Memanjang, bercabang dan berjalur. Mempunyai satu satu dua nukleus di tengah sel. Sel-sel bersambung di antara satu menerusi cakera selit.

Diameter berjulat 5-10 m dan panjang 30-200 m. Setiap sel berbentuk gelendung dan memunyai satu nukleus di tengah sel. Tidak berjalur. Panjang sehingga to 30 cm. Berbentuk silinder dan berjalur. Mempunyai banyak nukleus yang terletak pada bahagian periferi sel. Sel-sel tersusun secara selari dalam berkas-berkas yang ikat dengan tisu perantara.

SIFAT TISU OTOT


Tisu otot mempunyai empat sifat yang utama: Kebolehujaan: Berkebolehan untuk bergerak balas terhadap rangsangan Kebolehkuncupan: Keupayaan untuk mengurangi panjang atau mengubah bentuk menjadi kecil pada beberapa sel dan tisu seperti otot. Kebolehpanjangan: Kebolehan untuk diregang tanpa terkoyak Kekenyalan: Kebolehan untuk kembali ke bentuk asal selepas diregang.

64

FUNGSI OTOT RANGKA


Menghasilkan pergerakan tubuh: Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor tubuh bergantung kepada penguncupan otot yang berterusan atau penguncupan yang berselang-seli dengan pengenduran otot. Fungsi pergerakan dilaksanakan dengan melibatkan tulang dan sendi. Mengekalkan postur dan kedudukan tubuh: Tegangan yang dihasilkan oleh penguncupan otot menstabilkan sendi dan ini membantu mengekalkan postur tubuh semasa berkedudukan statik atau bergerak. Menyokong tisu lembut tubuh: Organ dalaman tubuh seperti yang terdapat pada bahagian abdomen dilindungi dan disokong kedudukannya oleh otot-otot abdomen dan pelvis. Menjaga laluan masuk dan keluar: Otot-otot rangka mengelilingi laluan masuk dan keluar salur pencernaan dan urinari. Otot-otot ini memberi kawalan secara sedar bagi lakuan menelan, peninjaan dan pengencingan. Mengekalkan suhu tubuh: Penguncupan otot memerlukan tenaga. Tidak semua tenaga yang terhasil untuk penguncupan otot digunakan untuk tujuan tersebut. Sebahagian daripadanya dibebaskan sebagai haba dan ini digunakan oleh tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh dalam julat yang sesuai bagi membolehkan fungsi tubuh dilaksanakan secara normal.

ANATOMI OTOT RANGKA


Organisasi Tisu Perantara pada Otot
Keseluruhan otot dilitupi epimisium yang mengandungi lapisan padat serat kolagen. Fascia pada bahagian luar epimisium pula mengasingkan otot daripada lain-lain tisu dan organ disekelilingnya. Serat-serat otot rangka (sel otot atau miosit) disusun dalam berkas yang dikenali sebagai fasikel dan dilitupi tisu serat perantara yang terdiri daripada serat kolagen dan serat elastik. Tisu perantara ini diikenali sebagai perimisium. Perimisium juga mengandungi salur-salur darah dan saraf. Cabang salur darah atau kapilari ini memasuki setiap fasikel untuk membekalkan nutrien dan mengangkut bahan sisa metabolisma sel. Akson saraf motor juga juga memasiki fasikel menerusi laluan yang sama seperti kapilari. Akson saraf motor ini membawa impuls motor untuk merangsang setiap serat otot rangka. Setiap serat otot rangka di dalam fasikel dilitupi tisu perantara yang dikenali sebagai endomisium. Endomisium juga mengikat setiap serat otot rangka yang bersebelahan. Endomisium juga berperanan sebagai penebat eletrik bagi setiap sel otot rangka. Di antara

65 lapisan edomisium dan serat-serat otot terdapat sel-sel satelit yang berperanan untuk membaik pulih tisu otot rangka yang mengalami kerosakan. Di hujung keseluruhan otot epimisium, perimisium dan endomisium bersatu untuk membentuk tendon atau aponeurosis. Tendon dan aponeurosis menghubungkan otot rangka kepada periosteum pada tulang atau kepada tisu perantara otot lain.

Rajah 5.1: Organisasi Tisu Perantara pada Otot

Tulang

Perimisium

Salur darah

Serat otot

Tendon

Epimisium

Fasikel Endomisium

Anatomi Serat Otot Rangka


Setiap serat rangka dilitupi membran yang dikenali sebagai sarkolema. Sebahagian daripada sarkolema ini melipat secara melintang untuk membentuk tubul melintang atau transverse tubules (T-tubules). Tubul ini penting kerana ia membawa depolarisasi (perubahan pada keupayaan membran untuk menjadikan sel tersebut lebih positif atau negatif). Depolarisasi mendatang kesan kepada sisterna terminal yang terdapat pada retikulum sarkoplasma. Retikulum sarkoplasma adalah retikulum endoplasma bagi serat otot. Retikulum endoplasma ini merupakan sistem membran yang terdiri daripada rangkaian halus dan bercabang-cabang yang terdapat di dalam sitoplasma sel. Pada bahagian tertentu retikulum sarkoplasma ini terdapat struktur seperti pundi yang dikenali sebagai sisterna terminal. Sisterna terminal berperanan sebagai tempat untuk menyimpan ion kalsium yang hanya digunakan untuk penguncupan otot

66 sahaja. Pada otot rangka dua sisterna terminal berhubung dengan tubul melintang (T-tubule) untuk membentuk triad.

Rajah 5.2: Anatomi Serat Otot Rangka

Jalur I Jalur I

Jalur A

Jalur I

Garis Z Sebagaian daripa serat otot rangka Zon H

Garis Z

Sarkolema

Triad Mitokondria Miofibril Miofibril Tubul

Sarkolema

Sisterna terminal

Tubul melintang

Sitosol adalah sitoplasma bagi serat otot. Di dalam sitosol terdapat organel yang sama seperti mana yang terdapat dalam sel tipikal yang lain kecuali ia diberi nama yang berbeza. Terdapat banyak nukleus dalam sel otot. Nukleus ini mengandungi bahan genetik bagi sel otot. Seperti sel-sel yang lain (kecuali sel darah merah matang), sel otot juga mengandungi mitondria yang bertanggungjawab terhadap penghasilan tenaga untuk membina Adenosina Trifosfat (ATP) ATP adalah sebatian yang apabila diurai atau dihidrolisis menghasilkan tenaga untuk semua kerja sel. Terdapat beberapa miofibril di dalam setiap serat otot. Miofibril terdiri daripada dua jenis protein kontraktil iaitu filamen aktin (nipis) dan filamen miosin (tebal) yang disusun dalam berkas berbentuk silinder. Susunan kedua-dua filamen inilah yang menyebabkan otot rangka dan otot kardium kelihatan berjalur. Semasa penguncupan otot kepala filamen miosin menarik filamen aktin ke tengah sarkomer. Tindakan ini menyebabkan serat otot memendek. .

67
Rajah 5.3: Filamen Aktin

Ekor

Kepala

Rajah 5.3: Filamen Aktin

Troponin

Tropomiosin

Aktin

Jalur A (anistropik) adalah jalur gelap yang panjangnya sama dengan panjang filamen miosin. Di bahagian tengah Jalur A terdapat kawasan yang kurang gelap berbanding kawasan Jalur A yang lain yang bersebelahan dengannya. Kawasan ini dikenali sebagai zon H dan di sini filamen miosin tidak ditindih oleh filamen aktin. Garis M terdapat dibahgaian tengah zon H dan merupakan tempat bagi pelekatan hujung-hujung filamen miosin. Jalur I (isotropik) terdiri daripada filamen aktin. Setiap jalur ini terbahagi dua oleh cakera protein yang dikenali sebagai garis Z. Garis Z merupakan tempat bagi pelekatan hujung-hujung filamen aktin. Kawasan yang terdapat di antara dua garis Z dikenali sebagai sarkomer. Sarkomer merupakan unit kontraktil bagi otot. Pemendekkan setiap sarkomer dalam otot menyebabkan otot memendek secara keseluruhannya dan mengasilkan daya.

68
Rajah 5.4: Organisasi Sarkomer

Sarkolema

Mitokondria Miofibril

Jalur A

Jalur I

Nukleus Garis Z Zon H Garis Z

Aktin Miosin

Jalur I

Jalur A Sarkomer

Jalur I

Garis M

Garis Z Aktin

Garis M

Garis Z

Filamen elastik Miosin

PENGUNCUPAN DAN PENGENDURAN OTOT


Penguncupan otot menghasilkan tegangan atau tarikkan yang menyebabkan pemendekkan serat otot. Penguncupan otot berlaku hasil daripada interaksi di antara filamen aktin dan filamen miosin dalam setiap sarkomer. Proses penguncupan ini diterangkan menerusi teori filamen gelongsor. Teori ini telah dibina oleh Andrew F. Huxley, Rolf Niedergerke, Hugh Huxley dan Jean Hanson dalam 1954.

Teori Filamen Gelongsor


Teori ini dibina berdasarkan kepada pemerhatian ke atas sarkomer yang memendek semasa penguncupan otot. Semasa memendek, jalur H dan I mengecil, zon pertindihan di antara filamen aktin dan filamen miosin menjadi semakin besar dan jarak di antara garis Z semakin

69 hampir di antara satu sama lain. Lebar jalur A pula kekal di sepanjang penguncupan. Bagi pelopor teori ini, kejadian ini hanya boleh berlaku sekiranya filamen aktin bergerak ke tengah sarkomer atau mengelongsor di atas filamen miosin.

Mekanisma Gelongsor Filamen


Proses penguncupan otot pada sarkomer melibatkan turutan yang berikut: 1. Turutan kejadian yang membawa kepada penguncupan otot dimulakan di sistem saraf pusat sebagai gerak balas terhadap rangsangan yang diterima. 2. Neuron motor pada tanduk ventral korda spina diaktifkan dan menghantar keluar potensial aksi (action potential) menerusi akar ventral korda spina. 3. Akson neuron yang mencabang kepada beberapa serat otot menghantar potensial aksi ke plat hujung motor setiap serat otot ini 4. Di plat hujung motor, potensial aksi ini menyebabkan pembebasan asetilkolin ke dalam lekah sinaps di permukaan serat otot. 5. Asetilkolin menyebabkan perubahan pada potensial rehat membran di bawah plat hujung motor dan ini memulakan penyebaran potensial aksi pada permukaan serat otot. 6. Potensial tindakan sampai ke tubul melintang (T-tubule) sesuatu triad dan menyebabkan ion kalsium dibebaskan daripada sisterna terminal yang bersebelahan. 7. Ion kalsium memasuki serat otot dan bersatu dengan molekul troponin. Penyatuan ini menyebabkan kompleks troponin-tropomiosin untuk bergerak daripada kedudukan asal dan mendedahkan tapak untuk pelekatan miosin (tapak aktif) pada aktin. Kepala miosin melekat pada tapak yang terdedah ini. 8. Kepala miosin yang melekat ini kemudiannya berputar ke arah tengah sarkomer dan menarik filamen aktin bersamanya. Putaran ini menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam kepala miosin. 9. Ikatan di antara kepala miosin dengan tapak aktif kekal sehingga kepala miosin tersebut menerima molekul ATP yang baru. 10. Setelah menerima molekul ATP yang baru, kepala miosin berpisah dengan tapak aktif pada aktin. Semasa dalam keadaan terpisah, hidrolisis ATP mengaktifkan kembali kepala miosin untuk bersedia untuk mengulangi turutan pelekatan-putaran dan pemisahan ini. Putaran secara kolektif semua kepala miosin pada satu arah (ke bahagian tengah sarkomer) bergabung untuk menggerakkan filamen aktin ke bahagian tengah sarkomer dan seterusnya menghasilkan penguncupan otot.

70 Apabila serat otot tidak lagi menerima rangsangan (tiada lagi potensial aksi),retikulum sarkoplasma menyerap kembali ion-ion daripada serat otot dan disimpan dalam sisterna terminal. Kepekatan ion kalsium dalam sarkoplasma kembali pada aras normal dan ini menyebabkan kompleks troponin-tropomiosin kembali kepada kedudukan asal. Tapak aktif pada filamen aktif tidak lagi terdedah dan menghalang kepala miosin untuk melekat. Keadaan ini menandakan tamatnya penguncupan otot. Pada manusia yang hidup, suatu daya luaran seperti graviti atau penguncupan otot antagonis menarik otot untuk kembali ke panjang asalnya.

Rajah 5.5 : Persimpangan Neuro-Otot dan Plet Hujung Motor

Hujung akson Sarkolema Sarkoplasma Bulbus hujung sinap

Persimpangan neuro-otot

Miofibril
Impuls Bulbus hujung sinap

Vesikel sinaps Sarkolema Lekah sinaps Plet hujung motor

71
Rajah 5.6: Pelongsoran Filamen

Kepala miosin mengurai ATP dan dicaj semula

Kepala miosin lekat pada aktin

Penguncupan diteruskan selagi ada ATP dan aras kalsium tinggi dalam sarkoplasma

Kepala miosin berpisah daripada aktin apabila ATP di bawa masuk

Kepala berputar ke arah tengah aktin

KLASIFIKASI PENGUNCUPAN OTOT RANGKA


Penguncupan otot yang melibatkan pemendekkan sarkomer dan seterusnya keseluruhan otot hanya berlaku bagi penguncupan konsentrik. Bagaimana pun disebabkan semua otot dianggap boleh menguncup (boleh memendek), maka perlu diklasifikasikan penguncupan ini. Penguncupan otot terbahagi kepada: Penguncupan konsentrik Penguncupan esentrik Penguncupan isometrik Penguncupan isotonik

Penguncupan Konsentrik Daya yang terhasil adalah mencukupi untuk mengatasi beban dan otot memendek semasa menguncup. Contoh bagi penguncupan jenis ini adalah penguncupan biseps brakii untuk memfleksi lengan bawah di siku daripada kedudukan anatomi. Penguncupan konsentrik adalah jenis penguncupan otot yang lazimnya berlaku dalam aktiviti sukan dan rutin harian.

72 Penguncupan Esentrik Penguncupan ini adalah bertentangan kepada penguncupan konsentrik. Bagi penguncupan esentrik, daya yang dihasilkan tidak mencukupi untuk mengatasi beban luaran ke atas otot. Ini menyebabkan serat otot memanjang semasa menguncup. Penguncupan ini berlaku untuk menyahpecutkan sesuatu anggota tubuh atau objek atau pun untuk menurun sesuatu beban secara perlahanlahan. Contoh bagi penguncupan ini adalah lakuan menendang bola. Semasa menendang otot kuadriseps menguncup secara konsentrik untuk meluruskan (ekstensi) bahagian kaki bawah di sendi lutut sementara otot hamstring menguncup secara esentrik untuk menyahpecutkan gerakan bahagian kaki bawah.

Penguncupan isometrik

Tiada pergerakan Penguncupan konsentrik

Pergerakan

Penguncupan eksentrik

Penguncupan Isometrik
Penguncupan jenis ini menghasilkan daya tetapi panjang otot tidak berubah. Contoh bagi penguncupan ini adalah memegang sesuatu objek dalam keadaan pegun di hadapan tubuh. Daya hasil daripada penguncupan otot menyamai daya yang bertindak ke atas objek yang dipegang dan ini menyebabkan pergerakan tidak berlaku.
Pergerakan

Rajah 5.7: Penguncupan isomterik, konsentrik dan eksentrik

Penguncupan Isotonik
Bagi penguncupan ini, tegangan pada otot berkeadaan malar walaupun panjang otot berubah. Ini berlaku apabila daya maksimum penguncupan otot melebihi jumlah keseluruhan beban dikenakan kepada otot. Contoh bagi penguncupan jenis ini adalah mengangkat sesuatu objek pada kelajuan yang malar.

73

JENIS SERAT OTOT RANGKA


Otot rangka terdiri daripada tiga jenis serat iaitu serat oksidatif perlahan, serat oksidatif-glikotik pantas dan serat glikolitik pantas. Ketiga-tiga jenis serat otot ini terdapat dalam otot rangka tetapi jumlahnya adalah berbeza bagi setiap otot dan juga berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.

Serat Oksidatif Perlahan


Serat oksidatif perlahan juga dikenali sebagai serat lambat sentak, serat Jenis I dan serat merah. Serat oksidatif perlahan kelihatan merah gelap kerana kandungan mioglobin yang tinggi serta mempunyai banyak kapilari darah. Mioglobin adalah stor bagi oksigen dalam tubuh. Selain daripada itu serat oksidatif perlahan turut mengandungi banyak mitokondria yang berperanan untuk menjana tenaga secara aerobik. Serat otot ini menguncup dengan lebih perlahan serta menghasilkan daya yang lebih rendah berbanding dengan serat-serat otot pantas. Bagaimana pun serat otot oksidatif sangat rintang terhadap kelesuan dan mampu mengekalkan penguncupannya untuk tempoh yang lama.

Serat Oksidatif-Glikotik Pantas


Serat oksidatif-glikolitik juga dikenali sebagai serat sentak cepat oksidatif dan serat Jenis IIa. Serat jenis ini juga mengandungi mitokondria, kapilari darah serta jumlah mioglobin yang banyak seperti serat oksidatif perlahan. Kandungan mioglobin inilah yang menyebabkan serat jenis ini kelihatan merah. Serat oksidatif-glikolitik pantas mampu menghasilkan tenaga secara aerobik dan anaerob. Tenaga dapat dihasilkan secara anaerob kerana serat jenis ini turut menyimpan glikogen. Glikogen boleh diurai secara aerobik (fosforilasi oksidatif) dan anaerob (glikolisis). Berbanding dengan serat oksidatif perlahan, serat oksidatif-glikolitif menguncup dan mengendur dengan lebih pantas dan rintang terhadap kelesuan.

Serat Glikolitik Pantas


Serat glikolitik pantas turut dikenali sebagai serat cepat sentak glikolitik dan serat Jenis IIb atau IIx. Serat jenis ini mengandungi banyak miofibril tetapi kurang mioglobin, kapilari darah dan mitokondria. Kekurangan mioglobin dan kapilari darah menyebabkan serat jenis ini kehihatan putih. Oleh kerana kandungan glikogen yang juga tinggi di dalam serat ini, penjanaan tenaga adalah pantas menerusi proses anaerob. Penjanaan tenaga yang pantas ini membolehkan serat glikolitik pantas untuk menguncup dengan pantas. Bagaimana pun pembekalan tenaga yang mencukupi tidak dapat dilaksanakan secara berterusan ini menyebabkan serat glikolitik pantas mudah mengalami kelesuan.

74 Jadual 5.2 : Ciri-ciri Serat Otot Rangka

Jenis serat
Masa penguncupan Rintangan terhadap kelesuan Bentuk aktiviti yang menggunakan serat ini Jangkamasa maksimum penggunaan Penghasilan daya

Serat oksidatif perlahan


Perlahan

Serat oksidatifglikolitik
Pantas

Serat glikolitik pantas


Sangat pantas

Tinggi

Sederhana Anaerob jangkamasa panjang < 30 minit

Rendah

Aerobik

Anaerob singkat

> 1 jam

< 1 minit

Rendah

Tinggi

Sangat tinggi

Ketumpatan mitokondria Ketumpatan kapilari darah Keupayaan oksidatif

Tinggi

Tinggi

Rendah

Tinggi

Pertengahan

Rendah

Tinggi

Tinggi

Rendah

Keupayaan glikolitik Simpanan bahan penghasil tenaga

Rendah

Tinggi Kreatina fosfat dan glikogen

Rendah ATP, kreatina fosfat dan glikogen

Trigliserida

SENAMAN DAN TISU OTOT RANGKA


Nisbah relatif serat otot perlahan (serat oksidatif perlahatan) dan serat otot pantas (serat oksidatif-glikoloitik dan serat glikolitik pantas) boleh mempengaruhi prestasi seseorang dalam dalam senaman dan acara sukan. Mereka yang mempunyai lebih banyak serat otot pantas secara amnya lebih berjaya dalam aktiviti berintensiti tinggi seperti lari pecut, lontar peluru dan angkat berat. Aktiviti yang memerlu daya tahan misalnya maraton, lumba basikal jalan raya dan triatlon lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai peratusan serat oksidatif perlahan yang lebih tinggi.

75 Komposisi serat otot bagi sesuatu otot ditentukan oleh genetik dan umumnya tidak dapat diubah. Bagaimana pun ciri-ciri serat otot tersebut boleh berubah sedikit hasil daripada bersenam. Aktiviti bercorak daya tahan atau aerobik seperti berlari, berbasikal dan berenang boleh secara beransur-ansur mengubah sesetengah daripada serat glikolitik pantas kepada serat oksidatif-glikolitik. Perubahan ini berlaku dari segi pertambahan diameter, bilangan mitokondria, pembekalan darah akibat pertambahan kapilari darah dan juga peningkatan dari kekuatan. Senaman bercorak daya tahan juga berupaya meningkatkan keupayaan kardiovaskular dan respiratori untuk membolehkan otot rangka menerima lebih banyak bekalan oksigen dan nutrien. Aktiviti yang dilakukan dengan menggunakan kekuatan bagi tempoh yang singkat mampu meningkatkan jisim dan kekuatan serat glikolitik pantas. Ini hasil daripada pembinaan filamen aktin dan miosin yang baru dan pertambahan ini dapat dilihat daripada hipertrofi otot (pembesaran jisim otot).

Rajah 5.8: Peratusan Serat Otot Rangka Mengikut Tahap Kecergasan Fizikal

Peratusan daripada Jisim Otot Keseluruhan

Jenis I Jenis IIa Jenis IIx

Pesakit Cedera Spina

Atlet Lari Pecut

Sedentari

Sederhana Aktif

Atlet Jarak Sederhana

Atlet Maraton

Atlet Daya tahan Ekstrem

BAGAIMANA OTOT RANGKA MENGHASILKAN PERGERAKAN


Sesetengah otot-otot rangka yang terlibat dalam pergerakan fizikal tidak dilekatkan secara terus kepada tulang tetapi dilekatkan dengan perantaraan tendon. Penguncupan otot menarik tendon yang melekat pada tulang dan tendon pula menarik tulang tersebut untuk menzahirkan pergerakan pada anggota tubuh. Kebanyakan daripada otot rangka merentasi sekurangkurangnya satu sendi dan dilekatkan kepada tulang-tulang yang membentuk sendi tersebut.

76 Penguncupan otot akan menyebabkan satu tulang bergerak ke arah tulang yang lain pada sendi tersebut. Hujung otot yang melekat (dengan perantaraan tendon) pada sesuatu bahagian tulang yang tidak bergerak dikenali sebagai punca atau pelekatan proksimal sementara hujung otot yang melekat pada sesuatu bahagian tulang yang digerakkan dikenali sebagai selitan atau pelekatan distal.

Rajah 5.9: Punca dan Selitan Otot Biseps Brakii

Biseps brakii Otot: Biseps brakii Punca/Pelekatan proksimal: Skapula Selitan/Pelekatan distal: Radius Tindakan: Fleksi dan supinasi lengan bawah di sendi siku; fleksi lengan di sendi bahu

Kebanyakan daripada pergerakan berlaku hasil daripada tindakan beberapa otot pada sesuatu sendi. Selain itu otot-otot juga disusun secara berpasangan untuk membolehkan sesuatu anggota tubuh badan digerakkan dan dikembalikan kepada kedudukan asalnya (kedudukan anatomi), sebagai contohnya biseps brakii memfleksi lengan bawah dan triseps brakii meluruskannya kembali (ekstensi). Bagi fleksi lengan di siku, biseps brakii berperanan sebagai penggerak utama atau agonis. Otot agonis adalah otot yang menguncup bagi menghasilkan pergerakan yang diingini. Semasa fleksi lengan bawah ini berlaku otot yang berpasangan dengannya iaitu triseps brakii mengendur. Otot triseps brakii berperanan sebagai antagonis dan tindakannya berlawanan

77 dengan biseps brakii bagi tindakan fleksi lengan bawah di siku. Peranan sebagai agonis dan antagonis bertukar apabila lengan bawah diekstensi. Sekiranya otot agonis dan antagonis menguncup serentak dengan daya yang sama pergerakan tidak akan berlaku .

Rajah 5.10: Punca dan Selitan Otot Triseps Brakii

Triseps brakii

Otot: Triseps brakii Punca/Pelekatan proksimal: Skapula dan humerus Selitan/Pelekatan distal: Ulna Tindakan: Ekstensi lengan bawah di sendi siku; ekstensi lengan di sendi bahu

Kebanyakan daripada pergerakan anggota tubuh turut melibatkan otot-otot lain yang membantu otot penggerak utama atau agonis untuk menghasilkan pergerakan yang lebih berkesan. Otototot ini dikenali sebagai sinergis (bukan nama otot tetapi merujuk kepada tindakan otot-otot tertentu dalam membantu otot agonis menghasilkan pergerakan yang diingini). Semasa penguncupan otot agonis, terdapat otot-otot yang bertindak sebagai penetap (fixators) yang menstabilkan punca atau pelekatan proksimal otot agonis tersebut. Otot-otot penetap membantu otot agonis untuk menghasilkan pergerakan yang lebih berkesan. Peranan otot sebagai agonis, antagonis, sinergis dan penetap tidak tetap dan bertukar ganti bergantung kepada keadaan dan pergerakan yang dilakukan.

78

RINGKASAN
Tisu otot terdiri daripada tisu otot licin, otot kardium dan otot rangka. Otot rangka boleh dikawal secara sedar dan jumlahnya melebihi 650 pada tubuh manusia. Tisu otot mempunyai empat sifat yang utama iaitu kebolehujaan, kebolehkuncupan, kebolehpanjangan dan kekenyalan. Otot rangka berfungsi untuk menghasilkan pergerakan pada tubuh, mengekalkan postur dan kedudukan tubuh, menyokong tisu lembut tubuh, menjaga laluan masuk dan keluar dan mengekalkan suhu tubuh. Epimisium melitupi keseluruhan otot, perimisium melitupi fasikel atau berkas serat otot sementara setiap serat otot rangka di dalam fasikel dilitupi endomisium. Tubul melintang membawa depolarisasi yang membebaskan kalsium yang tersimpan dalam sisterna terminal pada retikulum sarkoplasma. Pada setiap serat otot terdapat miofibril yang terdiri daripada filamen aktin dan filamen miosin. Kedua-dua filamen ini berperanan dalam penguncupan dan pengenduran otot. Sarkomer merupakan unit kontraktil bagi otot. Pemendekkan setiap sarkomer ini menyebabkan otot memendek secara keseluruhannya dan mengasilkan daya. Penguncupan dan pengenduran otot boleh diterangkan menerusi teori pelongsoran filament. Pengucupan otot berlaku secara konsentrik, eksentrik, isometrik dan isotonik. Serat otot rangka terdiri daripada tiga jenis iaitu serat oksidatif perlahan, serat oksidatif-glikotik pantas dan serat glikolitik pantas. Penggunaan serat otot yang berbeza ini dipengaruhi oleh intensiti pergerakan yang dilakukan. Pergerakan berlaku apabila penguncupan otot akan menyebabkan satu tulang bergerak ke arah tulang yang lain pada sendi atau kembali kepada kedudukan asal. Hujung otot yang melekat pada sesuatu bahagian tulang yang tidak bergerak dikenali sebagai punca atau pelekatan proksimal sementara hujung otot yang melekat pada sesuatu bahagian tulang yang digerakkan dikenali sebagai selitan atau pelekatan distal. Otot boleh berperanan sebagai agonis, antagonis, sinergis dan penetap dalam menghasilkan sesuatu pergerakan.

79

PENILAIAN KENDIRI
1. Sifat yang manakah di antara berikut bukan sifat otot? A. B. C. D. Kefleksibelan. Kebolehujaan. Kebolehkuncupan. Kebolehpanjangan.

2. Tisu perantara paling luar yang melitupi otot rangka adalah ____________________. A. B. C. D. Epimisium Perimisium Endomisium Retikulum sarkoplasma

3. Penyatan yang manakah di antara berikut tidak benar mengenai tisu otot rangka? A. B. C. D. Tisu otot rangka mempunyai banyak nukleus. Tisu otot rangka mempunyai banyak cabang. Tisu otot rangka mempunyai banyak mitokondria. Susunan aktin dan myosin menghasilkan jalur pada tisu otot rangka.

4. Penguncupan otot dicetuskan oleh impuls yang dibawa oleh ________________. A. B. C. D. neuroglia neuron motor neuron aferen neuron sensori

5. Molekul yang manakah di antara berikut menyimpan tenaga untuk membina kembali molekul tambahan ATP? A. B. C. D. miosin troponin mioglobin tropomiosin

80 6. Apakah yang akan berlaku sekiranya ATP tiada selepas sarkomer mula memendek? A. B. C. D. Troponin akan terikat pada kepala miosin. Penguncupan berlangsung secara normal. Kepala miosin tidak dapat berpisah daripada aktin Aktin dan miosin akan terpisah dan kekal dalam kedudukan ini

7. Apakah bahan kimia yang meransang perubahan kedudukan kompleks troponintropomiosin untuk membolehkan kepala miosin melekat pada tapak aktif di aktin? A. B. C. D. ATP aktin kalsium asetilkolin

8. Otot _________________ bertindak bersama agonis untuk mengurangkan pergerakan yang tidak diperlukan. A. B. C. D. sinergis penetap antagonis penggerak utama

9. Otot rangka menghasilkan pergerakan dengan menarik _______________ yang melekat pada tulang. A. B. C. D. saraf tendon ligamen rawan artikular

10. Apakah serat otot yang digunakan secara dominan dalam aktiviti bercorak anerob singkat? A. B. C. D. Jenis I. Glikolitik pantas. Oksidatif perlahan. Oksidatif-glikotik pantas.

81

UNIT PELAJARAN 6 OTOT-OTOT RANGKA UTAMA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: Menerangkan cara otot dinamakan. Menyatakan nama dan lokasi otot yang membantu pernafasan. Menyatakan nama dan lokasi otot yang menggerakkan bahagian tertentu tubuh Menerangkan tindakan yang dilakukan oleh otot tertentu.

PENGENALAN
Untuk mengingat nama dan lokasi lebih daripada 650 otot rangka pada tubuh manusia adalah sesuatu yang sukar dalam masa yang singkat. Bagaimana pun sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani dan mungkin juga sebagai seorang jurulatih sukan anda perlu membiasakan diri dengan otot-otot utama yang yang digunakan semasa kelas Pendidikan Jasmani atau semasa bersukan. Pakar atatomi telah menamakan otot rangka berdasarkan kepada ciri-ciri yang berikut: Orientasi serat otot secara relatif kepada garisan tengah tubuh Saiz relatif otot Bentuk relatif otot Tindakan utama otot Bilangan punca (pelekatan proksimal) Struktur yang berada berhampiran dengan otot Punca dan selitan (pelekatan distal) otot

Sebagai contoh otot rektus abdominis. Istilah rektus merujuk kepada orientasi atau kedudukan serat otot ini yang berkedudukan selari dengan garisan tengah tubuh sementara abdominis pula merujuk kepada bahagian abdomen

82 Jadual 6.1: Ciri-ciri yang digunakan untuk menamakan otot-otot rangka.


Nama Maksud Contoh Otot

Arah: Orientasi serat otot secara relatif kepada garisan tengah tubuh Rektus Selari dengan garis tengah tubuh Rektus abdominis Transversus Perpendikular dengan garis tengah tubuh Transversus abdominis Oblik Pepenjuru dengan garis tengah tubuh Abdominis oblik eksternal Saiz: Saiz relatif otot Maksimus Terbesar Minimus Terkecil Longus Terpanjang Latisimus Terlebar Longisimus Terpanjang Magnus Besar Major Lebih besar Minor Lebih kecil Vastus Utama Bentuk: Bentuk relatif otot Deltoid Segi tiga Trapezius Trapezoid Serratus Bergigi geraji Romboid Berbentuk intan Orbikularis Membulat Pektinat Berbentuk seperti sikat Piriformis Bentuk pear Platis Leper Kuadratus Empat segi Grasilis Langsing Tindakan: Tindakan utama otot Flkeksor Mengurangkan sudut pada sendi Ekstensor Meningkatkan sudut pada sendi Abduktor Menggerakkan tulang menjauhi garis tengah tubuh Aduktor Menggerakkan tulang menghampiri garis tengah tubuh Levator Menghasilkan pergerakan superior Depresor Menghasilkan pergerakan anterior Supinator Memusing tapak tangan ke atas Pronator Memusing tapak tangan ke bawah Sfinkter Mengecilkan saiz bukaan Tensor Menjadikan bahagian tubuh tegar Bilangan punca (pelekatan proksimal): Bilangan tendon pada punca Biseps Dua punca Triseps Tiga punca Kuadriseps Empat punca

Gluteus maksimus Glutues minimus Aduktor longus Latisimus dorsi Otot longisimus Aduktor magnus Pektoralis major Pektoralis minor Vastus lateralis

Deltoid Trapezius Serratus anterior Romboid major Orbikularis okuli Pektineus Piriformis Kuadratus lomborum Grasilis

Fleksor karpi radialis Ekstensor karpi ulnaris Abduktor polisis longus Aduktor longus Levator skapula Depresor labii inferiois Supinator Pronator teres Sfinkter anus eksternal Tensor fasiae latae

Biseps brakii Triseps brakii Kuadriseps femoris

Lokasi: Struktur yang berada berhampiran dengan otot Contoh: Otot temporalis yang berhampiran dengan tulang temporal pada tengkorak Punca dan selitan (pelekatan distal) : Tempat bagi punca dan selitan otot Contoh: Otot brakioradialis yang puncanyan pada humerus dan selitannya pada radius

83
Rajah 6.1: Otot-otot Utama pada Anterior dan Posterior Tubuh

84

OTOT-OTOT PADA TORAKS YANG MEMBANTU PERNAFASAN

Diafram Interkosta eksterna Interkosta internal

Rajah 6.2: Otot-otot Toraks yang Membantu Pernafasan

Jadual 6.2 : Otot-Otot Pada Toraks Yang Membantu Pernafasan


Otot Punca Selitan Tindakan Penguncupan menyebabkan ia menjadi rata dan meningkatkan dimensi vertical rongga torasik untuk menghasilkan penarikan nafas. Pengenduran menyebabkan ia bergerak secara superior dan mengurangkan dimensi vertikal rongga torasik untuk penghembusan nafas Penguncupan menaikkan tulangtulang rusuk dan meningkatkan dimensi anteroposterior dan lateral rongga torasik untuk menghasilkan penarikan nafas. Pengenduran merendahkan tulang-tulang rusuk dan mengurangkan dimensi anteroposterior dan lateral rongga torasik untuk penghembusan nafas. Penguncupan merapatkan tulangtulang rusuk bersebelahan untuk mengurangkan lagi dimensi anteroposterior dan lateral rongga torasik semasa penghembusan nafas secara paksa.

Diafram

Cuaran xiphoid pada sternum, rawan kosta pada inferior tulang rusuk keenam, vertebra lumbar dan ceper intervertebranya.

Tendon sentral.

Interkosta eksternal

Sempadan inferior bahagian atas tulangtulang rusuk.

Sempadan superior bahagian bawah tulang-tulang rusuk.

Interkosta internal

Sempadan superior bahagian bawah tulang-tulang rusuk.

Sempadan inferior bahagian atas tulang-tulang rusuk.

85

OTOT-OTOT PEKTORAL

PADA TORAKS

YANG

MENGGERAKKAN

GIRDEL

Pektoralis Minor Serratus anterior Trapezius Levator skapula Romboid major

Rajah 6.3: Otot-otot Toraks yang Menggerakkan Girdel Pektoral

Jadual 6.3 : Otot-Otot Pada Toraks yang Menggerakkan Girdel Pektoral


Otot Punca Tulang rusuk kedua hingga kelima, atau tulang rusuk ketiga hingga kelima atau tulang rusuk kedua hingga tulang rusuk keempat. Tulang rusuk kelapan atau kesembilan dan ke atas. Selitan Tindakan Mengabduk dan memutar skapula ke arah bawah; meninggikan tulang-tulang rusuk ketiga hingga kelima semasa penarikkan nafas secara paksa bila skapula tidak berganjak. Mengabduk dan memutar skapula ke arah atas; meninggikan tulangtulang rusuk bila skapula tidak berganjak. Membantu dalam pergerakan horizontal lengan. Serat superior meninggikan skapula; serat di bahagian tengah mengaduksi skapula; serat inferior merendah dan memutar skapula ke arah atas; serat superior dan inferior secara bersama memutar skapula ke arah atas; menstabilkan skapula. Meninggikan skapula dan memutarnya ke arah bawah Meninggikan, mengaduksi dan memutar skapula ke arah bawah; menstabilkan skapula

Pektoralis Minor

Skapula.

Serratus anterior

Skapula.

Trapezius

Tulang oksipital dan spina servikal dan semua verterbra torasik.

Klavikel dan skapula.

Levator skapula

Vertebra servikal keempat dan ke atas. Spina vertebra torasik kedua hingga kelima.

Skapula.

Romboid major

Skapula.

86

OTOT PADA TORAKS DAN HUMERUS (LENGAN ATAS)

BAHU

YANG

MENGGERAKKAN

Jadual 6.4 : Otot-Otot Pada Toraks dan Bahu yang Menggerakkan Humerus

Otot Pektoralis major

Punca Klavikel, sternum, rawan tulang-tulang rusuk kedua hingga keenam. Spina vertebra keenam dan ke bawah, verterbra lumbar, sacrum dan ilium, tulang-tulang rusuk keempat dan ke bawah. Klavikel dan skapula. Skapula. Skapula. Skapula. Skapula. Skapula. Skapula.

Selitan

Tindakan Aduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu; fleksi dan ekstensi lengan di sendi bahu.

Humerus.

Latisimus dorsi

Humerus.

Ekstensi, aduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu; menarik lengan ke bawah dan ke belakang.

Deltoid Subskapularis Supraspinatus Infraspinatus Teres major Teres minor Korakobrakialis

Humerus. Humerus. Humerus. Humerus. Humerus. Humerus. Humerus.

Abduksi, fleksi, ekstensi dan rotasi lengan di sendi bahu. Rotasi medial lengan di sendi bahu. Membantu deltoid mengabduksi lengan di sendi bahu. Rotasi lateral lengan di sendi bahu. Ekstensi lengan di sendi bahu; membantu aduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu. Rotasi lateral lengan dan ekstensi lengan di sendi bahu. Fleksi dan aduksi lenngan di sendi bahu.

87

Rajah 6.4: Otot-otot pada Toraks dan Bahu yang Menggerakkan Humerus Toraks yang Menggerakkan Girdel Pektoral

OTOT-OTOT PADA LENGAN YANG MENGGERAKKAN RADIUS DAN ULNA (LENGAN BAWAH)

Jadual 6.5 : Otot-Otot Pada Lengan yang Menggerakkan Radius dan Ulna (Lengan Bawah)

Otot Biseps brakii Brakialis Brakioradialis Triseps brakii Supinator Pronator teres

Punca Skapula. Humerus. Humerus. Skapula dan humerus. Humerus dan ulna. Humerus dan ulna.

Selitan Radius. Ulna. Radius. Ulna. Radius. Radius.

Tindakan Fleksi dan supinasi lengan bawah di sendi siku; fleksi lengan di sendi bahu. Fleksi lengan bawah di sendi siku. Fleksi lengan bawah di sendi siku. Ekstensi lengan bawah di sendi siku; ekstensi lengan di sendi bahu. Supinasi lengan bawah. Pronasi lengan bawah.

88

Rajah 6.5 : Otot-Otot Pada Lengan yang Menggerakkan Radius dan Ulna

Pandangan anterior

Pandangan Posterior

89

OTOT-OTOT PADA LENGAN BAWAH YANG PERGELANGAN TANGAN, TANGAN DAN (KOMPATMEN FLEKSOR)

MENGGERAKKAN JARI TANGAN

Jadual 6.6: Otot-otot pada Lengan Bawah yang Menggerakkan Pergelangan Tangan, Tangan dan Jari Tangan (Kompatmen Fleksor)
Otot Fleksor karpi radialis Fleksor karpi ulnaris Palmaris longus Fleksor digitorum superfisialis Fleksor digitorum profundus Punca Humerus. Humerus dan ulna. Humerus. Humerus, ulna dan radius. Ulna. Selitan Metakarpal kedua dan ketiga. Pisifom, hamat dan metacarpal kelima. Aponeurosis palma. Falanks tengah setiap jari tangan. Pangkal falanks distal setiap jari tangan. Tindakan Fleksi dan abduksi tangan di sendi pergelangan tangan. Fleksi dan aduksi tangan di sendi pergelangan tangan. Fleksi secara lemah tangan di sendi pergelangan tangan. Fleksi tangan di sendi pergelangan tangan; fleksi falanks setiap jari tangan. Fleksi tan gan di sendi pergelangan tangan, fleksi falanks setiap jari tangan.

OTOT-OTOT PADA LENGAN BAWAH YANG PERGELANGAN TANGAN, TANGAN DAN (KOMPATMEN EKSTENSOR)

MENGGERAKKAN JARI TANGAN

Jadual 6.7: Otot-otot pada Lengan Bawah yang Menggerakkan Pergelangan Tangan, Tangan dan Jari Tangan (Kompatmen Ekstensor)

Otot Ekstensor karpi radialis longus Ekstensor karpi ulnaris Ekstensor digitorum

Punca Humerus. Humerus dan ulna. Humerus.

Selitan Metakarpal kedua. Metakarpal kelima. Falanks kedua hinga kelima setiap jari tangan.

Tindakan Ekstensi dan abduksi tangan di sendi pergelangan tangan. Ekstensi dan aduksi tangan di sendi pergelangan tangan. Ekestensi tangan di sendi pergelangan tangan; ekestensi falanks setiap jari tangan.

90 Rajah 6.6: Otot-otot pada Lengan Bawah yang Menggerakkan Pergelangan Tangan, Tangan dan Jari Tangan

Pandangan anterior (superfisial)

Pandangan anterior (pertengahan)

Pandangan anterior (dalam)

Pandangan posterior (superfisial)

Pandangan posterior (pertengahan)

Pandangan posterior (dalam)

91

OTOT-OTOT DI KAWASAN GLUTEAL YANG MENGGERAKKAN FEMUR (PAHA)

Jadual 6.8: Otot-otot di Kawasan Gluteal yang Menggerakkan Femur (Paha)

Otot Psoas major Iliakus Gluteus maksimus Gluteus medius Tensor fasiae latae Aduktor longus Aduktor magnus Piriformis Pektineus

Punca Vertebra lumbar. Ilium. Ilium, sacrum, koksiks dan aponeurosis sakrospinalis. Ilium.

Selitan Femur. Bersama psoas major ke femur. Trek iliotibial fasia lata dan femur. Femur. Tibia menerusi trak iliotibial. Femur.

Tindakan Fleksi dan rotasi lateral paha di sendi pinggul. Fleksi dan rotasi lateral paha di sendi pinggul; fleksi lateral turus vertebra. Ekstensi dan rotasi lateral paha di sendi pinggul; membantu mengunci lutut semasa ekstensi bahagian kaki bawah. Abduksi dan rotasi medial paha di sendi pinggul. Fleksi dan abduksi paha di sendi pinggul; membantu mengunci lutut semasa ekstensi bahagian kaki bawah. Aduksi, rotasi dan fleksi paha di sendi pinggul. Aduksi, fleksi, rotasi dan ekstensi (bahagian anterior fleksi, bahagian posterior ekstensi) paha di sendi pinggul. Rotasi lateral dan abduksi paha di sendi pinggul. Fleksi dan aduksi paha di sendi pinggul

Ilium Pubis dan simfisis pubik. Pubis dan iskium.

Femur.

Sakrum. Pubis.

Femur. Femur.

92 Rajah 6.8: Otot-otot di Kawasan Gluteal yang Menggerakkan Femur (Paha)

93

OTOT-OTOT PAHA YANG MENGGERAKKAN FEMUR, TIBIA DAN FIBULA (KOMPATMEN ADUKTOR)

Jadual 6.9: Otot-Otot Paha yang Menggerakkan Femur, Tibia dan Fibula (Kompatmen Aduktor)
Otot Aduktor magnus Punca Pubis dan simfisis pubik. Pubis dan iskium. Pubis. Pubis Selitan Femur. Tindakan Aduksi, rotasi dan fleksi paha di sendi pinggul. Aduksi, fleksi, rotasi dan ekstensi (bahagian anterior fleksi, bahagian posterior ekstensi) paha di sendi pinggul. Fleksi dan aduksi paha di sendi pinggul Aduksi dan rotasi medial paha di sendi pinggul; fleksi bahagian kaki bawah di sendi lutut.

Aduktor longus

Femur.

Pektineus Grasilis

Femur. Tibia.

OTOT-OTOT PAHA YANG MENGGERAKKAN FEMUR, TIBIA DAN FIBULA (KOMPATMEN EKSTENSOR)

Jadual 6.10: Otot-Otot Paha yang Menggerakkan Femur, Tibia dan Fibula (Kompatmen Ekstensor)
Otot Kuadriseps femoris Rektus femoris Vastus lateralis Vastus medialis Vastus intermedius Punca Ilium Femur Femur Femur Selitan Patela menerusi tendon kuadriseps; tuberositi tibial menerusi ligamen patela Tindakan Semua keempat kepala meluruskan (ekstensi) bahagian kaki bawah di sendi lutut; rektus femoris secara bersendirian memfleksi paha di sendi pinggul Fleksi lemah bahagian kaki bawah di sendi lutut; fleksi, abduksi dan rotasi lateral paha di sendi pinggul untuk menyilangkan kaki.

Sartorius

Ilium

Tibia

94

OTOT-OTOT PAHA YANG MENGGERAKKAN FEMUR, TIBIA DAN FIBULA (KOMPATMEN FLEKSOR)

Jadual 6.11: Otot-Otot Paha yang Menggerakkan Femur, Tibia dan Fibula (Kompatmen Fleksor)

Otot Hamstring Biseps femoris Semitendinosus Semimembranosus

Punca Iskium dan femur. Iskium. Iskium.

Selitan Tibia dan fibula. Tibia. Tibia.

Tindakan Fleksi bahgian kaki bawah di sendi lutut; ekstensi paha di sendi pinggul.

Rajah 6.9: Otot-Otot Paha yang Menggerakkan Femur, Tibia dan Fibula

Pandangan anterior

Pandangan posterior

95

OTOT-OTOT DI BAHAGIAN KAKI BAWAH YANG MENGGERAKKAN KAKI DAN JARI KAKI (KOMPATMEN ANTERIOR)

Jadual 6.12: Otot-otot di Bahagian Kaki Bawah yang Menggerakkan Kaki dan Jari Kaki (Kompatmen Anterior)

Otot Tibialis anterior Ekstensor digitorum longus

Punca Tibia.

Selitan Metarsal pertama dan kuneiform pertama. Falanks tengah dan distal setiap jari kaki (kecuali ibu jari).

Tindakan Pendorsifleksan dan inversi kaki. Pendorsifleksan dan inversi kaki; ekestensi jari-jari kaki

Tibia dan fibula.

OTOT-OTOT DI BAHAGIAN KAKI BAWAH YANG MENGGERAKKAN KAKI DAN JARI KAKI (KOMPATMEN LATERAL)

Jadual 6.13: Otot-otot di Bahagian Kaki Bawah yang Menggerakkan Kaki dan Jari Kaki (Kompatmen Lateral)
Otot Fibularis (Peroneus) longus Punca Tibia dan fibula. Selitan Metarsal pertama dan kuneiform pertama. Tindakan Fleksi plantar dan eversi kaki.

96

OTOT-OTOT DI BAHAGIAN KAKI BAWAH YANG MENGGERAKKAN KAKI DAN JARI KAKI (KOMPATMEN POSTERIOR)

Jadual 6.14: Otot-otot di Bahagian Kaki Bawah yang Menggerakkan Kaki dan Jari Kaki (Kompatmen Posterior)

Otot Gastroknemius Soleus Tibialis posterior Femur

Punca

Selitan Kalkaneus menerusi tendon Achilles Kalkaneus menerusi tendon Achilles Metartarsal kedua, ketiga dan keempat; navikular, semua kuneiform dan kuboid Falanks distal setaip jari kaki (Kecuali ibu jari).

Tindakan Fleksi plantar kaki, fleksi bahagian kaki bawah di sendi lutut. Fleksi plantar kaki. Fleksi plantar dan inversi kaki.

Tibia dan fibula Tibia dan fibula

Fleksor digitorum longus

Tibia

Fleksi plantar kaki dan fleksi jari-jari kaki.

97 Rajah 6.10: Otot-otot di Bahagian Kaki Bawah yang Menggerakkan Kaki dan Jari Kaki

Pandangan anterior

Pandangan posterior

98

RINGKASAN
Nama bagi kebanyakan daripada otot rangka menerangkan ciri khusus bagi otot tersebut. Ciri yang digunakan untuk tujuan penamaan ini termasuklah orientasi serat otot secara relatif kepada garisan tengah tubuh, saiz relatif otot, bentuk relatif otot, tindakan utama otot, bilangan punca (pelekatan proksimal), struktur yang berada berhampiran dengan otot serta punca dan selitan (pelekatan distal) otot.

LATIHAN INTERAKTIF
Untuk membantu anda dalam pembelajaran mengenai otot rangka sila layari http://www.getbodysmart.com/, laman sesawang yang mengandungi tutorial interaktif berkaitan anatomi dan fisiologi manusia.

99

PENILAIAN KENDIRI
1. Namakan otot-otot yang bertanda.

100 2. Namakan otot-otot yang bertanda.

101 3. Namakan otot yang menghasilkan tindakan yang dimaksudkan.

Otot

Punca Klavikel dan skapula. Tulang oksipital dan spina servikal dan semua verterbra torasik. Skapula.

Selitan Humerus.

Tindakan Abduksi, fleksi, ekstensi dan rotasi lengan di sendi bahu. Meninggikan skapula

Klavikel dan skapula.

Humerus.

Fleksi dan aduksi lenngan di sendi bahu. Fleksi dan supinasi lengan bawah di sendi siku; fleksi lengan di sendi bahu Fleksi lengan bawah di sendi siku. Fleksi dan abduksi tangan di sendi pergelangan tangan. Ekstensi dan rotasi lateral paha di sendi pinggul; membantu mengunci lutut semasa ekstensi bahagian kaki bawah. Aduksi, fleksi, rotasi dan ekstensi (bahagian anterior fleksi, bahagian posterior ekstensi) paha di sendi pinggul. Pendorsifleksan dan inversi kaki. Fleksi plantar kaki, fleksi bahagian kaki bawah di sendi lutut.

Skapula.

Radius.

Humerus.

Ulna. Metakarpal kedua dan ketiga. Trek iliotibial fasia lata dan femur.

Humerus. Ilium, sacrum, koksiks dan aponeurosis sakrospinalis.

Pubis dan iskium.

Femur.

Tibia.

Femur

Metarsal pertama dan kuneiform pertama. Kalkaneus menerusi tendon Achilles.

102

UNIT PELAJARAN 7 KINETIK PERGERAKAN MANUSIA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud mekanik dan biomekanik. 2. Menerangkan kepentingan mekanik dan biomekanik dalam sukan. 3. Menjelaskan konsep daya membezakan jenis-jenis daya 4. Menerangkan maksud skala dan vektor. 5. Menerangkan prinsip bagi aplikasi biomekanik.

PENGENALAN
Daya sangat penting untuk gerakan kerana ia membolehkan kita untuk memulakan pergerakan, berhenti bergerak dan bertukar arah. Walaupun dalam keadaan tidak bergerak, daya yang bertindak ke atas tubuh dimanipulasikan untuk membolehkan kita mengekalkan imbangan dalam keadaan rehat atau pegun.

MEKANIK DAN BIOMEKANIK


Mekanik adalah cabang fizik yang mengkaji gerakan objek dan daya yang menyebabkan gerakan tersebut. Sains mekanik digunakan dalam biomekanik iaitu kajian tentang pergerakan manusia dan lain-lain hidupan. Aplikasi prinsip-prinsip biomekanik dalam kelas Pendidikan Jasmani atau dalam sukan dapat membantu meningkatkan prestasi dan mengurangkan atau merawat kecederaan. Teknik lakuan yang disuaikan dengan ciri anatomi, kemahiran neuromuskular, keupayaan fisiologi dan kemampuan psikologi berserta dengan arahan yang berkesan membolehkan pelajar atau pemain meningkatkan prestasi mereka dalam aktiviti atau acara sukan yang lebih mengutamakan teknik daripada struktur fizikal atau keupayaan fisiologi. Maklumat yang berkaitan dengan sifat mekanikal tisu dan pembebanan mekanikal semasa melakukan pergerakan dapat membantu mencegah kecederaan sukan dan apabila kecederaan berlaku terapi rehabilitasi yang berkesan dapat dilaksanakan untuk mempastikan yang struktur yang tercedera dapat kembali berfungsi dengan sepenuhnya dan menghapuskan penyebab asal bagi kecederaan tersebut.

103 Bidang sains mekanik yang relevan dengan biomekanik adalah mekanik jasad tegar, mekanik jasad boleh ubah bentuk dan mekanik bendalir. Untuk kursus ini fokus akan diberikan kepada mekanik jasad tegar. Mekanik jasad tegar menganalisis objek yang dianggap tegar seperti sistem rangka. Mekanik jasad tegar terbahagi kepada ilmu statik (statics) dan ilmu dinamik (dynamics). Ilmu statik mengkaji objek yang berkeadaan rehat atau berada dalam gerakan sekata atau malar sementara ilmu dinamik pula mengkaji tentang objek yang mengalami pecutan akibat daripada tindakan daya ke atasnya. Ilmu dinamik terbahagi kepada dua iaitu kinematik dan kinetik. Kinematik memerihalkan tentang gerakan objek atau sekumpulan objek tanpa mengambil kira tentang penyebab bagi gerakan tersebut. Kinetik pula mengkaji tentang penyebab bagi gerakan.

Rajah 7.1: Sub-bidang Mekanik dalam Biomekanik

DAYA
Daya adalah sebarang pengaruh yang menyebabkan sesuatu objek untuk berubah sama ada dari segi pergerakan, arah atau binaan geometri. Unit ukuran bagi daya adalah newton dan diwakili dengan simbol F. Daya dalam erti kata lain adalah sesuatu yang boleh menyebabkan

104 sesuatu objek berjisim untuk mengubah halajunya (untuk memecut termasuklah untuk mula bergerak daripada keadaan rehat atau pegun) atau yang boleh menyebabkan sesuatu objek yang fleksibel untuk berubah bentuk. Daya juga diterangkan sebagai suatu tarikkan atau tolakkan. Oleh kerana daya mempunyai magnitud dan arah, daya adalah suatu kuantiti vektor. Berdasarkan kenyataan di atas dapatlah disimpulkan bahawa: Daya dikenakan oleh sesuatu objek ke atas objek yang lain. Daya wujud secara berpasangan iaitu apabila objek A mengenakan daya (daya tindakan) FA ke atas objek B, maka B secara serentak akan mengenakan daya (daya tindak balas) FB ke atas A dan kedua-dua daya ini adalah sama tetapi bertentangan arah. Daya menyebabkan sesuatu objek untuk mula bergerak, berhenti, menambah kelajuan, memperlahankan gerakan atau mengubah arah.

KLASIFIKASI DAYA
Secara mudahnya semua daya di antara objek boleh dibahagikan kepada dua kategori: Daya sentuhan Daya hasil daripada tindakan dari jauh

Daya Sentuhan Daya sentuhan adalah daya yang dihasilkan daripada intreraksi dua objek yang dianggap bersentuhan secara fizikal di antara satu sama lain. Contoh daya sentuhan adalah daya kenaan (applied forces), daya normal, daya geseran, daya rintangan angin, daya tegangan dan daya elastik. Daya kenaan adalah daya yang dikenakan oleh sesuatu objek ke atas objek yang lain. Sebagai contohnya, apabila seseorang menendang bola, kaki mengenakan daya kenaan ke atas bola tersebut. Daya Normal Rintangan

Mendatar Berat

Rajah 7.2 : Daya Normal Daya normal adalah daya sokongan yang dikenakan ke atas sesuatu objek yang bersentuhan dengan objek lain yang stabil. Sebagai contoh, sebuah buku yang diletakkan di atas permukaan meja. Permukaan meja tersebut mengenakan daya menaik ke atas buku tersebut untuk menyokong berat buku tersebut. Daya normal juga boleh dikenakan secara

105 mendatar di antara dua objek yang bersentuhan. Sebagai contoh seseorang yang bersandar ke dinding akan dikenakan daya secara mendatar oleh dinding tersebut. Daya geseran adalah daya yang dikenakan oleh sesuatu permukaan semasa sesuatu objek bergerak atau cuba bergerak di atas permukaan tersebut. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis daya geseran iaitu geseran gelongsor dan geseran statik. Lazimnya daya geseran menentang gerakan sesuatu objek. Jika daya yang menolak atau menarik lebih besar daripada daya yang dikenakan oleh sesuatu permukaan kepada objek maka objek tersebut akan bergerak (geseran gelongsor atau geseran kinetik). Geseran statik berlaku apabila permukaan kedua-dua objek secara relatifnya berkeadaan rehat atau pegun di antara satu sama lain atau pun daya yang menolak atau menarik lebih kecil daripada daya permukaan yang dikenakan ke atas objek.
Rajah 7.3: Daya Menolak Lebih Besar daripada Daya Geseran

Daya tolakkan

Gerakan

Geseran

Daya rintangan angin adalah daya geseran yang bertindak ke atas objek yang bergerak melalui udara. Daya rintangan angin menentang gerakan objek yang bergerak melalui udara. Daya rintangan angin lebih dirasai bagi objek yang bergerak laju atau objek yang mempunyai permukaan yang luas.
Rajah 7.4: Daya Rintangan

Rintangan udara

Graviti

106 Daya tegangan adalah daya yang dipindahkan menerusi tali, kabel dan dawai yang ditarik tegang oleh daya yang bertindak ke atasnya dari arah yang bertentangan. Daya tegangan berpindah ke sepanjang tali tersebut dan menarik sama objek dihujung bertentangan tali tersebut.
Rajah 7.5: Daya Tegangan

Daya elastik pula adalah daya yang dikenakan oleh objek yang termampat atau diregang ke atas objek lain yang dilekatkan kepadanya. Objek yang memampatkan atau meregangkan spring sentiasa dikenakan suatu daya yang mengembalikan objek tersebut kepada keadaan rehat (atau pegun) atau keadaan keseimbangan. Bagi kebanyakan spring, magnitud regangan adalah berkadar secara langsung dengan jumlah regangan atau mampatan spring tersebut. Daya Tindakan Dari Jauh Daya tindakan dari jauh adalah daya yang dihasilkan daripada interaksi dua objek yang tidak bersentuhan secara fizikal. Contoh daya jenis ini adalah daya graviti, daya elektrik dan daya magnet. Daya graviti adalah daya di mana bumi, bulan atau lain-lain objek yang sangat besar menarik objek lain kepadanya. Dari segi definisi ini adalah berat objek. Semua objek di bumi mengalami daya graviti yang mengarah ke bawah ke pusat bumi. Daya graviti di bumi sentiasa bersamaan dengan berat objek: Fgrav =m*g, di mana g= 9.8 N/kg (di bumi) dan m = jisim (dalam kg). Interaksi penarikkan atau penolakkan di antara dua objek bercaj adalah daya elektrik. Terdapat dua jenis caj iaitu positif (+) dan negatif (-). Objek yang mempunyai caj yang sama (+ dan + atau - dan -) menolak satu sama lain sementara yang bercaj berbeza (+ dan -) menarik keduadua objek. Sebagai contoh caj eletrik daripada tengah orbit menarik elektron dalam sesuatu atom untuk kekal di orbitnya. Kekuatan daya elektrik diterangkan menerusi hukum Coulomb. Daya magnetik adalah daya yang wujud di antara dua zarah bercaj eletrik yang bergerak.

107

Rajah 7.6: Interaksi Penarikkan atau Penolakkan Dua Objek Bercaj

UNIT MEKANIK
Dua jenis kuantiti digunakan untuk mewakili konsep seperti daya iaitu jisim dan masa secara berangka. Kuantiti yang dimaksudkan adalah skala dan vektor. Skala digunakan untuk menerangkan kuantiti dalam satu dimensi di mana hanya satu nombor diperlukan untuk menerangkan kuantiti tersebut. Contoh kuantiti skala adalah suhu, masa, jisim, tenaga, kerja, kuasa dan lokasi pada sesuatu garisan (satu dimensi). Vektor digunakan untuk menerangkan kuantiti pelbagai dimensi. Kuantiti ini memerlukan lebih daripada satu nombor untuk menerangkannya. Tidak seperti skala, vektor mempunyai dua ciri iaitu magnitid dan arah. Contoh kuantiti vektor adalah lokasi pada satah (dua dimensi), lokasi dalam ruang (tiga dimensi), halaju, pecutan dan daya.

PRINSIP BAGI APLIKASI BIOMEKANIK


Prinsip Daya-Gerakan
Daya yang tidak seimbang bertindak ke atas tubuh atau objek apabila pergerakan dilakukan atau diubah suai. Prinsip ini adalah berasaskan tiga Hukum Newton. Ketika berdiri dalam keadaan rehat atau pegun, daya graviti diseimbangkan dengan daya gerak balas permukaan di bawah tubuh. Untuk bergerak daripada kedudukan ini, kaki perlu menghasilkan daya menegak dan mendatar yang lebih besar.

Prinsip Daya-Masa
Jumlah dan masa daya dikenakan ke atas sesuatu objek akan mempengaruhi gerakan objek tersebut. Pertambahan daya akan menambahkan lagi gerakan objek. Pertambahan masa untuk mengenakan daya kepada objek boleh turut meningkatkan kelajuan (sebagai contoh hayunan lebih panjang dalam boling) atau memperlahankan objek (menggerakkan ke belakang tangan yang menangkap bola atau menyerap daya).

108
Rajah 7.7: Daya Graviti Seimbangkan dengan Daya Gerak Balas Permukaan

Rintangan udara mendatar minimum

Berat

Fv

Rintangan udara mendatar minimum

Fv

Inersia
Inersia adalah sifat semua objek yang menentang perubahan kepada gerakan objek. Hukum Newton yang pertama menggariskan prinsip inersia ini. Ukuran bagi linear dan angular adalah jisim (m) dan momen inersia (I). Tentangan terhadap gerakan juga dapat dilihat apabila berlaku ubah suai terhadap gerakan atau memindahkan tenaga dari satu segmen tubuh kepada segmen tubuh yang lain. Inersia berkait secara langsung dengan jisim. Oleh yang demikian semakin besar sesuatu jisim semakin besar inersianya dan semakin besar yang diperlukan untuk mengubah keadaan gerakannya. Sebagai contoh, jika daya yang sama dikenakan kepada javelin dan peluru (lontar peluru), pecutan javelin akan lebih besar. Apabila sudah bergerak, daya yang lebih besar diperlukan untuk menghentikan jasad yang mempunyai jisim yang lebih besar berbanding jisim yang lebih kecil.

Julat Gerakan
Julat gerakan merujuk kepada keseluruhan gerakan yang digunakan dalam sesuatu pergerakan. Julat ini boleh dikhususkan kepada gerakan linear atau gerakan angular semua segmen tubuh. Sesetengah pergerakan memerlukan penghadan julat ini sementara sesetengah pergerakan yang memerlukan kekuatan maksimum atau daya memerlukan julat gerakan yang lebih besar. Menambah julat gerakan boleh menjadi satu cara yang berkesan untuk menambah

109 kelajuan atau memperlahankan secara beransur-ansur kelajuan sesuatu objek. Sebagai contoh seseorang pemain hoki yang menghayun kayu hoki lebih jauh ke belakang sebelum memukul bola menambah julat gerakan lengan. Prinsip julat gerakan berkait dengan prinsip daya-masa kerana pergerakan di sepanjang julat gerakan memerlukan masa.

Imbangan
Imbangan merujuk kepada kebolehan seseorang itu untuk mengawal kedudukan tubuhnya secara relatif kepada tapak sokongan. Kestabilan dan mobiliti postur tubuh adalah berkait secara songsang. Sebagai contoh pelari pecut yang menggunakan blok pelepasan cenderung untuk memilih postur yang kurang stabil tetapi dapat meningkatkan mobiliti mengikut arah bagi larian. Urutan dan pemasaan (timing) tindakan otot dan gerakan tembereng (segmental action) bagi sesuatu pergerakan dikenali sebagai kordinasi.

Kontinum Kordinasi
Prinsip ini merujuk kepada organisasi di antara tindakan serentak dan berturutan. Menurut prinsip ini, penentuan pemasaan yang optimum bagi tindakan otot atau gerakan tembereng bergantung kepada matlamat sesuatu pergerakan itu. Tindakan otot yang serentak dengan putaran sendi sering dicerap bagi pergerakan yang bermatlamatkan penghasilan daya yang banyak. Untuk pergerakan yang pantas dengan daya yang sedikit pula tindakan otot dan sendi lebih bersifat berturutan. Strategi serentak atau berurutan ini dilihat sebagai satu kontinum dengan kordinasi kebanyakan daripada kemahiran motor berada di antara kedua-dua strategi ini.

Interaksi Tembereng
Interaksi tembereng merujuk kepada pemindahan tenaga menerusi segmen-segmen jasad dan sendi pada jasad tegar yang saling berhubungan. Sebagai contoh sebagai persediaan untuk memukul bola, seorang pemain tenis membengkokkan lutut sambil memutarkan torsonya. Semasa raket dihayun, daya yang terhasil daripada penguncupan otot kaki dan pada torso dipindahkan kepada otot lengan, sendi siku dan pergelengan tangan dan seterusnya kepada bola sebagai tenaga kinetik. Pelbagai istilah digunakan untuk menerangkan keadaan ini iaitu pemindahan daya, penjumlahan daya dan pergerakan berturutan.

Rajah 7.8: Interaksi Tembereng

110

RINGKASAN
Mekanik mengkaji gerakan objek dan daya yang menyebabkan gerakan tersebut. Biomekanik menggunakan sains mekanik untuk mengkaji pergerakan manusia dan lain-lain hidupan. Daya boleh menyebabkan sesuatu objek berjisim untuk mengubah halajunya (untuk memecut termasuklah untuk mula bergerak daripada keadaan rehat atau pegun) atau yang boleh menyebabkan sesuatu objek yang fleksibel untuk berubah bentuk. Daya di antara objek boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu daya sentuhan dan daya hasil daripada tindakan dari jauh. Prinsip bagi aplikasi biomekanik adalah prinsip daya-gerakan, prinsip daya-masa, inerseia, julat gerakan, imbangan, kontinum kordinasi dan interaksi tembereng.

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah aspek yang dikaji dalam bidang kinetik? A. B. C. D. Gerakan objek. Sifat objek pegun. Penyebab bagi gerakan. Sumber tenaga bagi gerakan.

2. Apakah kesan tindakan daya ke atas sesuatu objek? A. B. C. D. Mengubah arah. Mengubah pergerakan. Mengubah binaan geometri. Semua jawapan di atas.

3. Daya adalah suatu kuantiti vektor kerana daya ___________________. A. B. C. D. menukar arah gerakan objek mempunyai magnitud dan arah boleh menghentikan gerakan objek. membolehkan kita untuk memulakan pergerakan

111 4. Daya yang manakah di antara berikut bukan daya sentuhan? A. B. C. D. Daya elastik. Daya kenaan. Daya geseran. Daya magnetik.

5. Kuantiti yang manakah di antara berikut kuantiti vektor? A. B. C. D. Jisim. Suhu. Masa. Halaju.

6. Daya geseran ___________________ gerakan sesuatu objek. A. B. C. D. menentang menambah menstabilkan mengekalkan

7. Lakuan yang manakah di antara berikut mengaplikasikan prinsip daya-masa? A. Menambah jarak melangkah semasa berlari di selekoh balapan. B. Menarik tangan yang menangkap bola ke belakang untuk menyerap daya. C. Memindahkan daya daripada anggota bawah ke trunkus dan seterusnya ke lengan, tangan dan bola yang dibaling. D. Menggunakan posisi yang kurang stabil semasa bersedia untuk berlepas daripada blok permulaan dalam lari pecut. 8. Ilmu statik mengkaji objek yang ____________________________. A. B. C. D. berkeadaan rehat berkeadaan tegar mengalami pecutan boleh berubah bentuk

9. Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan berkordinasi? A. B. C. D. Organisasi di antara tindakan serentak dan berturutan. Urutan dan pemasaan tindakan otot dan gerakan tembereng. Penambah julat gerakan pada sendi semasa melakukan pergerakan. Mengawal kedudukan tubuh secara relatif kepada tapak sokongan.

112 10. Apakah jenis daya yang dikenakan pada buku yang diletakkan di atas meja tersebut untukmenyokong berat buku tersebut? A. B. C. D. Daya graviti Daya normal Daya kenaan Daya tegangan

113

UNIT PELAJARAN 8 KINETIK LINEAR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: Menghuraikan ketiga-tiga hukum gerakan Newton. Memberi contoh aplikasi Hukum Gerakan Newton dalam sukan. Menerangkan maksud gerakan linear. Menjelaskan kuantiti yang digunakan untuk memerihal gerakan linear Memberi contoh bagi setiap kuantiti gerakan linear

PENGENALAN
Kinetik linear digunakan untuk menerangkan tentang penyebab bagi gerakan linear semua objek. Ini penting bagi mencipta pergerakan atau mengubah pergerakan sedia ada untuk meningkatkan keberkesanan pergerakan atau untuk mencegah daripada berlakunya kecederaan kepada pelaku. Hukum Gerakan atau Hukum Newton merupakan tiga hukum fizikal yang digunakan bagi menerangkan hubungan di antara daya yang bertindak di atas tubuh dan gerakan tubuh akibat daya tersebut.

HUKUM GERAKAN NEWTON


Hukum Newton Pertama Hukum Inersia
Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kekal dalam keadaan rehat (atau pegun) atau bergerak dengan halaju seragam di sepanjang garis lurus melainkan daya luar dikenakan ke atasnya. Mengikut hukum ini: Sesuatu jasad yang pegun akan kekal pegun sehinggalah suatu daya luar dikenakan ke atas jasad tersebut. Sebagai contoh dalam permainan bola jaring, bola akan terus berada dalam tangan seseorang pemain sehinggalah pemain tersebut mengenakan daya kepada bola tersebut untuk menghantarnya kepada rakan sepasukan.

114 Sesuatu jasad yang bergerak akan terus bergerak dengan halaju malar sehinggalah suatu daya luar yang dikenakan ke atasnya menyebabkan jasad tersebut mengubah kelajuan atau arah gerakannya. Sebagai contoh dalam permainan bolasepak, bola yang ditendang secara leret di atas padang akan berkurang halajunya kerana bergeser dengan permukaan padang. Sekiranya bola tersebut terpantul daripada kaki pemain lain semasa menerimanya, bola tersebut akan berubah arah gerakannya.

Rajah 8.1: Hantaran Aras Dada dalamm Bola Jaring Mengaplikasi Hukum Newton Pertama

Hukum Newton Kedua Hukum pecutan


Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa apabila suatu daya dikenakan ke atas sesuatu objek kadar perubahan momentum yang dialami objek tersebut adalah berkadar terus dengan saiz daya yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan daya itu. Ini bermakna, semua objek berjisim tetap di bawah suatu pengaruh daya paduan F bukan sifar akan mengalami pecutan. Oleh yang demikian hukum gerakan Newton kedua ini juga dikenali sebagai hukum pecutan. Hukum gerakan Newton kedua lebih terkenal dengan formula: Daya = jisim x pecutan ( F = ma) Aplikasi hukum ini dapat dilihat sebagai contohnya dalam lakuan untuk menjaringkan gol dalam permainan bolasepak. Seorang pemain yang gol berada hampir dengan gol hanya perlu mengenakan daya yang sedikit ke arah gol sekiranya pemain ini berada di luar kotak penalti dia perlu mengenakan daya yang lebih banyak ke arah gol kerana bola tersebut memerlukan perubahan momentum yang lebih besar untuk bergerak ke arah gol.

115

Rajah 8.2: Mempelbagaikan Magnitud Daya Kenaan Untuk Tendangan Penalti

Hukum Newton Ketiga - Hukum Tindak balas


Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa bahawa untuk setiap daya yang dikenakan ke atas sesuatu jasad oleh jasad yang lain, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Contoh aplikasi hukum Newton ketiga ini dapat dilihat pada lakuan mengelecek bola dalam permainan bola keranjang. Pemain mengenakan daya kepada bola ke arah bawah. Bola tersebut pada masa yang sama menghasilkan daya tindak balas yang menghala ke atas. Daya ini dapat dirasai oleh pemain pada jari-jarinya. Apabila bola bergerak ke bawah dan menyentuh permukaan lantai, bola tersebut mengenakan daya yang menghala ke bawah kepada lantai. Lantai tersebut pula menghasilkan daya tindak balas yang menghala ke atas dan ini menyebabkan bola melantun kembali ke tangan pemain.

Rajah 8.3: Daya Tindak Balas Melantun Bola

116

GERAKAN LINEAR
Gerakan linear atau gerakan rektilinear adalah gerakan di sepanjang garisan lurus. Gerakan linear adalah gerakan paling asas bagi semua gerakan dan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gerakan linear sekata dengan halaju malar atau pecutan sifar dan gerakan linear tidak sekata dengan pelbagai halaju atau pecutan bukan sifar. Contoh bagi gerakan linear adalah larian 100 meter pada balapan lurus oleh seorang atlet. Mengikut Hukum pertama Newton objek yang tidak mengalami daya bersih (net force) akan terus bergerak dalam garisan lurus dengan halaju malar sehinggalah objek tersebut dikenakan daya bersih. Dalam situasi harian, daya luar seperti graviti dan geseran boleh menyebabkan sesuatu objek untuk mengubah arah gerakannya. Oleh yang demikian gerakan objek tersebut tidak boleh dikatakan sebagai linear. Tidak seperti gerakan umum yang diterangkan berdasarkan vektor yang mempunyai magnitud dan arah, gerakan linear hanya dianalisis berdasarkan magnitud sahaja. Ini adalah kerana arah vektor bagi semua gerakan linear adalah sama dan malar iaitu objek bergerak di sepanjang paksi yang sama dan tidak berubah arah. Kuantiti pengukuran yang berikut digunakan untuk menerangkan tentang gerakan linear: Jisim Jarak Sesaran Kelajuan Halaju Pecutan

Jisim
Jisim ialah jirim yang memenuhi ruang. Jisim sesuatu objek adalah malar dan tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti. Jisim sesuatu objek tidak sama dengan berat objek tersebut. Berat objek adalah bersamaan dengan magnitud daya graviti yang bertindak ke atasnya iaitu hasil darab jisim objek dengan pecutan disebabkan graviti (g = 9.8 ms-2). Oleh sebab daya tarikan graviti berubah dengan jarak dari pusat bumi, pecutan graviti turut berubah apabila jarak dari pusat bumi berubah.

117 Jadual 8.1: Perbezaan di antara Berat dan Jisim BERAT Kuantiti vektor Unit SI adalah Newton Sejenis daya JISIM Kuantiti skalar Unit SI adalah kilogram Suatu ukuran kuantiti jirim

Jarak
Jarak adalah jumlah panjang lintasan bagi suatu jasad yang bergerak. Contoh: Seseorang yang berlari mengelilingi balapan sejauh 400 meter. Jarak lariannya adalah 400 meter.

Sesaran
Sesaran adalah jumlah panjang lintasan bagi suatu jasad yang bergerak pada arah yang tertentu. Contoh sesaran bagi pelari 800 meter adalah 0m. Walaupun dia berlari sejauh 800 meter (dua pusingan pada balapan 400 meter) tetapi tempat mula dan akhir lariannya adalah sama.

Kelajuan
Kelajuan adalah hasil bahagi di antara jarak (dalam meter) di bahagi dengan masa (dalam saat) yang diambil oleh objek untuk melengkapkan jarak tersebut.

Kelajuan = Jarak dilalui (m) Masa diambil(s)

Halaju
Halaju adalah kelajuan objek dalam arah yang ditentukan dan kadar perubahan sesaran. Nilai halaju dihitung dengan membahagikan sesaran (dalam meter) dengan masa (dalam saat). Halaju boleh berubah apabila arah berubah walaupun kelajuan objek adalah malar. Halaju (m/s) = Sesaran (m)_ Masa diambil(s)

118

Pecutan
Pecutan adalah kadar perubahan halaju objek dengan merujuk kepada masa. with respect to time. Peucutan yang bertambah dikenali sebagai pecutan positif sementara pecutan yang berkurangan atau menurun dikenali sebagai nyah pecutan. Pecutan sifar adalah pecutan bersamaan 0 m/s2 (atau ms-2) dan pada pecutan ini objek sama ada berkeadaan pegun atau bergerak pada halaju malar. Mengikut hukum Newton yang pertama, daya bersih yang bertindak ke atas objek juga ada lah 0 Newton (0 N). Unit pengukuran bagi pecutan adalah ms-2. vf = halaju akhir (ms) Pecutan (ms-2) = Perubahan halaju (ms) Masa diambil(s) = vf-vi t Dimana vf = halaju akhir (ms) vi = halaju mula (ms) t = masa di ambil (s)

RINGKASAN
Kinetik linear digunakan untuk menerangkan tentang penyebab bagi gerakan linear semua objek. Hukum Gerakan atau Hukum Newton merupakan tiga hukum fizikal yang digunakan bagi menerangkan hubungan di antara daya yang bertindak di atas tubuh dan gerakan tubuh akibat daya tersebut. Hukum Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kekal dalam keadaan rehat (atau pegun) atau bergerak dengan halaju seragam di sepanjang garis lurus melainkan daya luar dikenakan ke atasnya. Hukum Newton kedua menyatakan bahawa apabila suatu daya dikenakan ke atas sesuatu objek kadar perubahan momentum yang dialami objek tersebut adalah berkadar terus dengan saiz daya yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan daya itu Hukum Newton ketiga menyatakan bahawa bahawa untuk setiap daya yang dikenakan ke atas sesuatu jasad oleh jasad yang lain, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan.

119 Gerakan linear adalah gerakan paling asas bagi semua gerakan dan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gerakan linear sekata dengan halaju malar atau pecutan sifar dan gerakan linear tidak sekata dengan pelbagai halaju atau pecutan bukan sifar. Gerakan linear hanya dianalisis berdasarkan magnitud sahaja. Kuantiti pengukuran yang digunakan untuk memerihalkan gerakan linear adalah jisim, jarak, sesaran, kelajuan, halaju dan pecutan.

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah gerakan yang berlawanan dengan pecutan? A. B. C. D. Pecutan sifar. Nyah pecutan. Memperlahankan gerakan. Bergerak dengan halaju malar dalam garisan lurus.

2. Ciri yang manakah di antara berikut menunjukan yang sesuatu objek sedang mengalami pecutan? A. B. C. D. Berubah arah gerakan. Gerakan bertambah laju. Gerakan menjadi perlahan. Semua di atas.

3. Penyataan yang manakah di antara berikut tidak benar bagi objek yang mempunyai kelajuan bukan sifar dan pecutan sifar? A. B. C. D. Objek bergerak dalam garisan lurus. Objek berkeadaan pegun. Objek bergerak pada kelajuan sekata. Objek berada dalam keadaan bergerak.

4. Penyataan yang manakah di antara berikut tidak benar bagi objek yang mempunyai kelajuan sifar dan pecutan bukan sifar? A. B. C. D. Objek berkeadaan pegun. Objek berkeadaan berputar. Arah gerakan objek berubah Gerakan objek bertambah laju

120 5. Lakuan yang manakah di antara berikut mengaplikasikan Hukum Newton Kedua? A. B. C. D. Melantun bola ke lantai. Menendang bola dari titik penalti. Membuat hantaran aras dada kepada rakan. Menggunakan dua pemain untuk menjatuhkan pemain lawan yang lebih besar dalam permainan ragbi.

6. Gerakan linear hanya dianalisis berdasarkan_____________________ sahaja. A. arah B. vektor C. magnitud D. arah dan magnitud 7. Berapakah sesaran yang dilalui oleh atlet yang berlari 400 meter pada balapan 200 meter? A. B. C. D. 100 meter 200 meter 400 meter 800 meter

Berikut adalah masa bagi setiap 10 meter untuk seorang atlet dalam acara pecut 100 meter

Sesaran 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 (m) Masa 0.00 1.92 2.91 3.81 4.68 5.57 6.39 7.21 8.11 8.98 (s) Table 2 gives the split times every 10m for an athlete running the 100m sprint. 8. Hitung halaju atlet pada 20 meter. 9. Hitung pecutan atlet di antara 0 meter dan 20 meter. 10. Hitung halaju atlet pada 80 meter.

100 9.83

121

UNIT PELAJARAN 9 PERTIMBANGAN MUSKULOSKELETAL UNTUK PERGERAKAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan bagaimana daya dihasilkan dalam otot. 2. Menerangkan bagaimana daya dipindahkan ke tulang. 3. Menjelaskan peranan otot dalam penghasilan pergerakan dan kestabilan. 4. Menerangkan interaksi di antara daya dan halaju dalam otot. 5. Memerihalkan faktor yang mempengaruhi pembentukkan daya dan halaju dalam otot. 6. Memerihalkan jenis dan fungsi tuas dalam tubuh.

PENGENALAN
Sistem muskuloskeletal bertanggungjawab dalam menggerakkan tubuh dalam ruang. Otot menghasilkan daya dan yang demikian adalah penyumbang utama bagi pergerakan manusia. Otot digunakan untuk mengekalkan kedudukan tubuh, menggerakkan anggota tubuh, memperlahankan atau menghasilkan kelajuan yang tinggi pada segmen-segmen tubuh atau pada objek yang dilancarkan ke udara. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, daya adalah kuantiti vektor dan mempunyai magnitud, orientasi, arah dan titik aplikasi. Sebagai contoh daya daripada otot-otot abduktor dan aduktor bertindak menerusi selitan tendonnya sementara daya tindak balas daripada sendi pinggul bertindak menerusi pusat sendi bagi putaran. Secara umumnya titik aplikasi daya ini terletak pada kedudukan yang merujuk kepada titik tetap tubuh. Ini digunakan untuk menghitung momen yang disebabkan daya tersebut.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MENGHASILKAN GERAKAN

KEBOLEHAN

OTOT

UNTUK

Fungsi penting otot adalah untuk menghasilkan pergerakan sendi. Penguncupan otot akan menarik tulang dimana otot tersebut diselitkan dan menzahirkan gerakan. Julat gerakan pasif sendi dipengaruhi oleh bentuk permukaan berartikulasi dan juga tisu-tisu lembut di sekitarnya. Julat gerakan aktif sendi dalam keadaan normal adalah sama dengan julat gerakan pasif tetapi

122 ianya bergantung kepada kebolehan otot untuk menarik lengan dan kaki pada julat gerakan yang ada. Terdapat variasi yang luas pada gerakan pasif pada sendi-sendi tubuh. Sebagai contoh sendi lutut berupaya untuk fleksi seluas lebih kurang 140 tetapi fleksi sendi ibu jari tangan (sendi metakarpofalanks) hanya disekitar 90. Sendi yang mempunya julat gerakan yang besar memerlukan otot-otot yang mampu menggerakkan sendi pada keseluruhan julat gerakannya. Otot-otot ini memperlihatkan pengkhususan dari segi struktur yang mempengaruhi magnitud pergerakan yang dihasilkan oleh penguncupan otot-otot tersebut. Pengkhususan tersebut adalah dari segi panjang serat otot dan panjang lengan momen.

Panjang Serat Otot


Gelongsoran filamen di dalam sarkomer menyebabkan serat otot memendek. Oleh yang demikian jumlah keseluruhan pemendekkan otot dipengaruhi bilangan sarkomer pada serat otot. Lagi banyak sarkomer maka lagi panjanglah serat otot tersebut dan makin pendeklah serat otot semasa menguncup. Jumlah pemendekkan yang boleh berlaku pada serat otot adalah di sekitar 50% hingga 60% daripada panjangnya. Sesuatu otot terdiri daripada serat-serat yang sama panjang tetapi panjang ini adalah berbagai pada otot-otot yang berbeza.

Rajah 9.1: Perbezaan Panjang Serat Otot

Selari

Penat

123 Panjang serat pada sesuatu otot ditentukan oleh seni bina otot dan bukannya panjang otot tersebut. Susunan serat pada otot mempengaruhi panjang serat dan seterusnya pemendekkan keseluruhan otot. Serat otot yang tersusun secara selari lebih panjang daripada serat otot yang tersusun secara penat (pennate) atau berbentuk sayap. Oleh kerana jumlah pemendekkan otot bergantung kepada panjang serat ototnya, serat otot yang tersusun secara selari boleh lebih memendek daripada serat otot penat dan menghasilkan lebih banyak daya. Bagaimana pun kebolehan otot untuk menggerakkan lengan dan kaki pada julat gerakannya dipengaruhi oleh lengan momen bagi otot tersebut.

Panjang Lengan Momen Otot


Lengan momen otot adalah jarak serenjang/perpendikular di antara otot dan titik putaran. Lengan momen ini bergantung kepada lokasi selitan otot di tulang dan kepada sudut yang dibentuk oleh garis tarikkan otot dan juga anggota yang otot diselitkan. Sudut ini dikenali sebagai sudut aplikasi. Lengan momen mempengaruhi pergerakan sendi yang dihasilkan oleh penguncupan otot. Otot yang mempunyai lengan momen yang pendek menghasilkan pergerakan bersudut yang lebih besar berbanding otot yang mempunyai kebolehan memendek yang sama tetapi mempunyai lengan momen yang lebih panjang. Otot gluteus maksimus sebagai contohnya mempunyai serat otot yang panjang dan lengan momen yang secara relatifnya pendek. Otot ini berkebolehan untuk menghasilkan pergerakan sendi yang secara relatifnya besar. Sebaliknya otot brakioradialis yang mempunyai serat otot yang panjang dan mampu menghasilkan daya yang besar tetapi lengan momennya yang panjang menghadkan pergerakannya.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEKUATAN OTOT


Faktor utama yang mempengaruhi kekuatan otot adalah: Saiz otot Regangan otot Lengan momen otot Halaju penguncupan Rekrumen serat otot Jenis serat yang membina otot

Saiz Otot
Daya hasil daripada penguncupan otot bergantung kepada jumlah aktin dan miosin pada serat otot. Lagi banyak filamen-filamen ini lagi besarlah sesuatu serat otot tersebut. Jumlah serat otot mempengaruhi daya penguncupan otot. Jumlah serat otot dapat ditentukan dengan luas

124 keratan rentas fisiologi (physiological cross sectional area). Otot-otot penat mempunyai luas keratan rentas fisiologi otot yang lebih besar berbanding otot-otot selari dan yang demikian berkebolehan untuk menghasilkan daya penguncupan yang lebih besar. Walaupun serat-serat otot selari lebih panjang dan mempunyai pergerakan yang lebih besar kekangan ruang bagi otot-otot ini menghalangnya daripada mempunyai luas keratan rentas fisiologi yang besar dan seterusnya keupayaan penghasilan daya yang besar. Otot-otot yang mempunyai luas keratan rentas fisiologi yang lebih besar dapat dimuatkan dalam ruangan yang lebih kecil menerusi susunan serat otgot secara penat. Berdasarkan susunan serat otot ini terdapat pendapat yang menyatakan bahawa otot yang mempunyai serat-serat otot yang pendek lebih khusus untuk penghasilan daya sementara otototot berserat panjang lebih berperanan untuk menghasilkan pergerakan yang lebih besar.

Lengan momen otot


Momen, daya momen atau torque adalah putaran yang terhasil pada sesuatu segmen kesan daripada tindakan daya yang memutarkan segmen tersebut. Kebolehan otot untuk memutarkan sendi bergantung kepada daya penguncupan otot dan lengan momennya (jarak perpendikular daripada daya otot ke titik putaran. Walau pun saiz dan regangan otot mempunyai kesan yang signifikan terhadap daya pencuncupan, lengan momen otot menentukan momen yang terhasil daripada penguncupan otot. Lagi besar lengan momen ini lagi besarlah momen yang terhasil. Momen berada pada tahap maksimum apabila sudut aplikasi adalah 90. Dari segi magnitud, lengan momen bagi otot-otot lengan, brakioradialis mempunyai lengan momen yang terbesar, diikuti oleh biseps brakii, brakialis dan yang paling kecil pronator teres. Bagi otot-otot yang sama kemuncak lengan momen bagi brakioradialis adalah semasa fleksi 90 di siku, biseps brakii fleksi 90 hingga 110, brakialis fleksi 100 dan pronator teres di antara 75 hingga 80.

Regangan Otot
Jumlah tegangan yang boleh dihasilkan oleh otot dipengaruhi bilangan kompleks aktomiosin dalam sarkomer pada serat otot. Kompleks aktomiosin terbentuk apabila rangsangan pada serat otot menyebabkan kepala miosin yang berada dalam zon pertindihan melekat pada tapak aktif pada aktin. Bilangan kompleks aktomiosin yang boleh dibentuk bergantung kepada darjah pertindihan di antara filamen aktin dan filamen miosin. Tegangan maksimum dicapai apabila panjang serat otot hampir dengan ukuran panjang unggulnya iaitu panjang ketika rehat. Dalam keadaan ini bilangan kompleks aktomiosin yang terbentuk adalah maksimum dan menghasilkan tegangan yang maksium. Pertambahan panjang serat otot mengurangkan zon pertindihan untuk pembentukkan kompleks aktomiosin dan ini mengurangkan tegangan otot. Sekiranya zon ini mencapai sifar, serat otot tidak dapat menghasilkan tegangan dan penguncupan tidak berlaku. Apabila serat otot dipendekkan secara maksimum, kompleks aktomisosin tetap berlaku tetapi kepala miosin tidak dapat berputar untuk

125 menarik filamen aktin ke arah tengah sarkomer. Ini menyebabkan tegangan tidak dihasilkan apabila serta otot dirangsang. Dalam keadaan normal, pemanjangan atau pemendekkan serat otot secara melampau dihalang oleh filamen titin yang mengikat filamen miosin kepada garis Z dan juga oleh tisu perantara yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, ekstensi lengan bawah pada sendi siku meregangkan otot biseps brakii tetapi tulang dan ligamen yang membentuk sendi siku ini menghentikan ekstensi tersebut sebelum serat-serat otot diregang secara melampau.

Rajah 9.2: Hubungan di antara Panjang Serat dan Daya Tegangan Otot

Tegangan (peratusan daripada maksimum)

Pengurangan panjang

Pertambahan panjang

Panjang Rehat Optimum

Halaju Penguncupan
Halaju penguncupan otot ditentukan oleh perubahan panjang otot di aras makroskopik berdasarkan unit masa tertentu. Walau pun terdapat perubahan panjang otot di aras mikroskopik, penguncupan isometrik mempunyai halaju sifar. Penguncupan konsentrik menzahirkan pemendekkan otot di aras makroskopik dan yang demikian mempunyai halaju penguncupan positif. Bagi magnitud penguncupan yang sama penguncupan isometrik menghasilkan lebih banyak daya berbandingan dengan penguncupan konsentrik. Penguncupan esentrik yang turut memperlihatkan pemendekkan otot menghasilkan lebih banyak daya berbanding jenis penguncupan yang lain. Selain daripada itu penguncupan yang pantas untuk memendekkan otot menghasilkan daya yang kurang berbanding dengan penguncupan yang perlahan.

126

Rekrutmen Serat Otot


Unit motor berperanan dalam mempelbagaikan magnitud daya penguncupan otot. Unit ini terdiri daripada satu unit neuron motor dan serat-serat otot yang disarafinya. Daya penguncupan otot di pelbagaikan menerusi kekerapan rangsangan neuron motor terhadap serat otot dan juga bilangan unit motor yang aktif. Penguncupan yang terhasil daripada satu potensial tindakan dikenali sebagai sentak otot dan daya yang dihasilkan adalah kecil. Penguncupan sentak adalah penguncupan singkat di mana semua serat otot dalam sesuatu unit motor bergerak balas terhadap satu potensial tindakan. Jika rangsangan kedua tiba sebelum sempat serat-serat otot mengendur sepenuhnya, penguncupan yang kedua ini akan lebih kuat daripada penguncupan yang sebelumnya kerana ia bermula ketika serat-serat ini berada pada tahap tegangan yang lebih tinggi. Kejadian ini dikenali sebagai penjumlahan gelombang (wave summation). Tetanus berlaku apabila rangsangan datang secara bertalu-talu tanpa membenarkan serat-serat otot untuk mengendur. Rekrutmen bilangan unit motor mempengaruhi daya penguncupan yang dihasilkan. Lagi banyak unit motor yang direkrut lagi banyak daya yang dihasilkan tetapi kejituan pergerakan akan terjejas. Otot-otot yang mempunyai kelebihan mekanikal (otot dipanjangkan atau berada di posisi yang memberikan lengan momen yang besar) boleh menghasilkan momen yang sama dengan otot-otot yang ketakberuntungan mekanikal tanpa perlu merekrut bilangan unit motor yang banyak.

Jenis Serat Yang Membina Otot


Otot manusia terdiri daripada gabungan serat Jenis I, Jenis IIa dan IIb. Secara umumnya daya penguncupan serat Jenis IIb lebih besar daripada serat Jenis I. Serat Jenis I direkrut terlebih dahulu sebelum serat-serat jenis lain semasa bergerak. Serat Jenis IIb paling akhir direkrut apabila rintangan meningkat. Halaju penguncupan juga berbeza di antara jenis-jenis serat otot. Serat Jenis IIb menghasilkan daya yang lebih besar pada halaju yang lebih tinggi sementara serat Jenis I mempunyai halaju penguncupan yang lebih perlahan serta daya maksiumum yang rendah.

TUAS
Pergerakan pada tubuh dihasilkan menerusi interaksi otot, tulang dan sendi yang membentuk tuas. Tuas-tuas biologi ini bekerjasama untuk menghasilkan tindakan yang selaras, pergerakan dinamik atau untuk menstabilkan pergerakan. Daya, kelajuan atau arah pergerakan hasil daripada penguncupan otot boleh diubah suai dengan menyelitkan otot kepada tuas. Tuas adalah struktur tegar (tulang) yang dapat memindahkan daya dengan berpusing di fulkrum (sendi). Daya untuk menggerakkan tuas dibekalkan oleh penguncupan otot. Daya yang menentang daya otot adalah berat beban (R). Produk daya (F) yang dihasilkan otot dengan panjang (D) tuas bersamaan dengan torque (T), T= FD. Tuas boleh mengubah arah

127 daya kenaan, jarak dan kelajuan pergerakan dan kekuatan. Oleh yang demikian perbezaan dari segi panjang tuas boleh mempengaruhi kekuatan. Tuas boleh dibahagi kepada tiga kategori atau kelas iaitu tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga.

Tuas Kelas Pertama


Fulkrum terletak di antara daya dan rintangan. Tuas kelas pertama digunakan oleh tubuh untuk membantu pergerakan bahagian-bahagian tubuh.

Rajah 9.3: Tuas Kelas Pertama

Contoh pergerakan untuk tuas kelas ini pada tubuh adalah: Ekstensi sendi siku di mana triseps brakii mengenakan daya kepada olekranom (F) untuk meluruskan lengan bawah (R) tanpa beban di siku (A).

Rajah 9.4: Ekstensi Siku Tuas Kelas Pertama

Ekstensi leher di mana daya otot-otot posterior leher dikenakan kepada oksipital (F) untuk ekstensi kepala (R) di vertebra servikal (A).

128

Rajah 9.5: Ekstensi Leher Tuas Kelas Pertama

Tuas Kelas Kedua


Rintangan terletak di antara fulkrum dan daya. Tuas kelas ini membantu pergerakan pada kedudukan tertentu. Bagi tuas ini rintangan atau beban bergerak mengikut arah yang sama dengan daya kenaan.
Rajah 9.6: Tuas Kelas Kedua

Contoh pergerakan untuk tuas kelas ini pada tubuh adalah: Fleksi plantar kaki untuk berdiri di atas hujung kaki. Tumit bertindak sebagai fulkrum, otot-otot fleksor plantar pada pergelangan kaki mengenakan daya kepada kalkaneus (F) untuk menaikkan rintangan (berat tubuh) di sendi tibia-kaki (R).

Rajah 9.7: Fleksi plantar Tuas Kelas Kedua

129 Tekan tubi fasa menaik di mana kaki bertindak sebagai fulkrum, daya tindak balas bumi menolak pada tangan (F) dan menaikkan pusat graviti tubuh (R).

Rajah 9.8: Fasa Naik Tekan tubi Tuas Kelas Kedua

Tuas Kelas Ketiga


Tuas paling umum pada tubuh. Daya dikenakan di antara rintangan dan fulkrum. Tuas kelas ini digunakan untuk menggerakan tulang-tulang panjang.

Rajah 9.9: Tuas Kelas Ketiga

Contoh pergerakan untuk tuas kelas ini pada tubuh adalah:

Fleksi siku di mana biseps brakii dan brakialis menarik ulna (F) di sendi siku (A) untuk menaikkan lengan bawah, tangan dan sebarang beban (R).

130
Rajah 9.8: Fasa Naik Tekan tubi Tuas Kelas Kedua

RINGKASAN
Terdapat variasi yang luas pada gerakan pasif pada sendi-sendi tubuh. Sebagai contoh sendi lutut berupaya untuk fleksi seluas lebih kurang 140 tetapi fleksi sendi ibu jari tangan (sendi metakarpofalanks) hanya disekitar 90. Sendi yang mempunya julat gerakan yang besar memerlukan otot-otot yang mampu menggerakkan sendi pada keseluruhan julat gerakannya Kebolehan otot untuk menghasilkan gerakan dipengaruhi oleh panjang serat otot dan lengan momen otot. Kekuatan otot dipengaruhi oleh saiz, regangan, lengan momen, halaju penguncupan, rekrutmen serat dan jenis serat otot. Tuas adalah struktur tegar (tulang) yang dapat memindahkan daya dengan berpusing di fulkrum (sendi). Daya untuk menggerakkan tuas dibekalkan oleh penguncupan otot sementara daya yang menentang daya otot adalah berat beban. Tuas boleh dibahagi kepada tiga kategori atau kelas iaitu tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga. Bagi tuas kelas pertama fulkrum terletak di antara daya dan rintangan. Rintangan terletak di antara fulkrum dan daya dalam tuas kelas kedua. Untuk tuas kelas ketiga daya dikenakan di antara rintangan dan fulkrum.

131

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah sistem tubuh yang berperanan menghasilkan pergerakan tubuh dalam ruang? A. B. C. D. Sistem respiratori. Sistem pencernaan. Sistem kardiovaskular. Sistem muskuloskeletal.

2. Julat gerakan pasif sendi dipengaruhi oleh ____________________. A. B. C. D. panjang tulang jenis serat otot jenis pergerakan bentuk permukaan berartikulasi

3. Julat fleksi sendi lutut adalah di sekitar A. 45 B. 90 C. 120 D. 140 4. Jumlah pemendekkan yang boleh berlaku pada serat otot ____________________. A. titik selitan otot pada tulang B. yang tersusun secara selari C. dipengaruhi jenis serat otot dalam sarkomer D. di sekitar 50% hingga 60% daripada panjangnya 5. Apakah kelebihan otot yang mempunyai lengan momen yang pendek? A. Pergerakan bersudut lebih besar. B. Pergerakan bersudut lebih kecil. C. Daya yang dihasilkan lebih besar. D. Daya yang dihasilkan tidak berubah. 6. Serat otot jenis yang manakah di antara berikut mempunyai daya penguncupan yang terbesar? A. B. C. D. Jenis I Jenis Ia Jenis IIa Jenis IIb

132 7. Serat otot jenis yang manakah di antara berikut paling akhir direkrut apabila daya rintangan besar? A. B. C. D. Jenis I Jenis Ia Jenis IIa Jenis IIb

8. Tuas adalah struktur tegar yang dapat memindahkan daya dengan berpusing di fulkrum. Pada tubuh, struktur apakah yan berperanan sebagai fulcrum? A. B. C. D. Otot Sendi Tulang Ligamen

9. Apakah yang dimaksudkan dengan unit motor? A. B. C. D. Unit yang mengawal penguncupan otot. Unit yang terdiri daripada otot, tulang dan ligamen. Unit yang terdiri daripada susunan filamen aktin dan miosin. Unit yang terdiri daripada satu unit neuron motor dan serat-serat otot yang disarafinya.

10. Di manakah kedudukan fulkrum dan rintangan pada tuas kelas kedua? A. B. C. D. Daya berada di antara fulkrum dan rintangan. Fulkrum berada di antara daya dan rintangan. Fulkrum berada di antara rintangan dan daya. Rintangan berada di antara fulkrum dan daya.

133

UNIT PELAJARAN 10 ANALISIS PERGERAKAN MANUSIA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: Menyatakan perkara-perkara yang dilibatkan untuk analisis pergerakan Menganalisis beberapa pergerakan yang mudah dari aspek satah dan paksi pergerakan, sendi yang digunakan, pergerakan di sendi tersebut dan otot yang digunakan untuk menghasilkan pergerakan tersebut.

PENGENALAN
Analisis secara asas pergerakan manusia hendaklah melibatkan perkara-perkara yang berikut: Pemerihalan pergerakan yang dilakukan. Satah dan paksi rujukan bagi pergerakan yang dilakukan Sendi dan jenis sendi yang digunakan untuk pergerakan tersebut. Pergerakan yang dihasilkan di sendi tersebut. Otot agonis yang terlibat dalam pergerakan. Jenis penguncupan otot agonis.

SATAH DAN PAKSI


Pemerihalan pergerakan dibuat dengan merujuk kepada satah dan paksi di mana pergerakan tersebut dilakukan. Seperti yang telah dinyatakan dalam Unit Pelajaran 1, satah adalah suatu iaitu suatu permukaan rata bayangan yang melintasi bahagian tubuh. Untuk tujuan analisis pergerakan, tubuh manusia dibahagikan kepada tiga satah utama iaitu satah sagital, satah frontal atau koronal dan satah transversal atau melintang. Paksi pula adalah suatu garis yang tetap atau kekal, sama ada mendatar atau menegak, yang digunakan sebagai rujukan suatu penentuan kedudukan. Pada tubuh manusia paksi tersebut adalah paksi frontal atau koronal, paksi sagital dan paksi longitudinal atau menegak.

134 Paksi frontal melintasi tubuh dari sisi ke sisi dengan bersudut tepat kepada satah sagital. Paksi sagital melintasi tubuh secara mendatar dari hadapan ke belakang tubuh dengan bersudut tepat kepada satah frontal. Paksi longitudinal pula melintasi tubuh dari kepala hingga ke kaki dengan bersudut tepat kepada satah transversal.

ANALISIS BERLARI

Pergerakan kaki berlaku pada satah sagital di paksi transversal.

Fasa Dorongan
Sendi/Jenis Pergerakan Sendi Ekstensi dan ekstensi hiper Otot Agonis Gluteus maksimus, Gluteus minimus; Biseps femoris, Semimembranosus dan Semitendinosus Rektus femoris, Vastus medialis, Vastus lateralis dan Vastus intermedialis Gastroknemius Jenis penguncupan

Pinggul/Lesung

Konsentrik

Lutut/Engsel Pergelangan kaki/Lesung

Ekstensi Fleksi plantar

Konsentrik Konsentrik

135

Fasa Pemulihan
Sendi/Jenis Pinggul/Lesung Lutut/Engsel Pergelangan kaki/Lesung Pergerakan Sendi Fleksi Fleksi Pendorsifleksan Otot Agonis
Iliopsoas Biceps femoris, Semimembranosus, Semitendinosus Tibialis anterior

Jenis penguncupan Konsentrik Konsentrik Konsentrik

ANALISIS MELOMPAT
Pergerakan kaki berlaku pada satah sagital di paksi transversal.

Sendi/Jenis

Pergerakan Sendi Ekstensi dan ekstensi hiper

Otot Agonis Gluteus maksimus, Gluteus minimus; Biseps femoris, Semimembranosus dan Semitendinosus Rektus femoris, Vastus medialis, Vastus lateralis dan Vastus intermedialis Gastroknemius

Jenis penguncupan

Pinggul/Lesung

Konsentrik

Lutut/Engsel Pergelangan kaki/Lesung

Ekstensi

Konsentrik

Fleksi plantar

Konsentrik

136

ANALISIS MENENDANG
Pergerakan kaki yang menendang berlaku pada satah sagital di paksi transversal.

Fasa Persediaan
Sendi/Jenis Pinggul/Lesung Lutut/Engsel Pergelangan kaki/Lesung Pergerakan Sendi Ekstensi dan ekstensi hiper Fleksi Fleksi plantar Otot Agonis Gluteus maksimus dan gluteus minimus Biseps femoris, Semimembranosus dan Semitendinosus Gastroknemius Jenis penguncupan Konsentrik Konsentrik Konsentrik

Fasa Menendang
Sendi/Jenis Pinggul/Lesung Lutut/Engsel Pergelangan kaki/Lesung Pergerakan Sendi Fleksi Ekstensi Fleksi plantar Otot Agonis
Iliopsoas

Jenis penguncupan Konsentrik Konsentrik Konsentrik

Rektus femoris, Vastus medialis, Vastus lateralis dan Vastus intermedialis Gastroknemius

137

ANALISIS MEMUKUL

Kebanyakan daripada pergerakan tangan dalam tindakan menghayun raket berlaku pada satah transversal di paksi longitudinal.

Fasa Persediaan
Sendi/Jenis Radioulnar/Pangsi Siku/Engsel Bahu/Lesung Pergerakan Sendi Supinasi Ekstensi Ekstensi hiper mendatar Otot Agonis Supinator Triseps brakii Deltoid posterior dan latisimus dorsi Jenis penguncupan Konsentrik Konsentrik Konsentrik

Fasa Memukul
Sendi/Jenis Radioulnar/Pangsi Siku/Engsel Bahu/Lesung Trunkus Pergerakan Sendi Pronasi Fleksi Fleksi mendatar Putaran Otot Agonis Pronator teres Biseps brakii Pektoralis major dan deltoid anterior Oblik internal dan eksternal Jenis penguncupan Konsentrik Konsentrik Konsentrik Konsentrik

138

ANALISIS MEMBALING
Kebanyakan daripada pergerakan tangan berlaku pada satah transversal di paksi longitudinal.

Fasa Persediaan
Sendi/Jenis Bahu/Lesung Siku/Engsel Pergerakan Sendi Ekstensi hiper mendatar Ekstensi Otot Agonis Deltoid posterior dan latisimus dorsi Triseps brakii Jenis penguncupan Konsentrik Konsentrik

Fasa Membaling
Sendi/Jenis Bahu/Lesung Siku/Engsel Pergerakan Sendi Fleksi mendatar Fleksi Otot Agonis Pektoralis major dan deltoid anterior Biseps brakii Jenis penguncupan Konsentrik Konsentrik

139

RINGKASAN
Analisis pergerakan boleh dibuat menerusi pencerapan ke atas pergerakan yang dihasilkan. Analisis hendaklah melibatkan aspek pemerihalan pergerakan yang dilakukan; satah dan paksi rujukan bagi pergerakan yang dilakukan; sendi dan jenis sendi yang digunakan untuk pergerakan tersebut; pergerakan yang dihasilkan di sendi tersebut; otot agonis yang terlibat dalam pergerakan; dan jenis penguncupan otot agonis.

TUGASAN
Lakukan satu analisis bagi setiap lakuan yang berikut. Untuk analisis anda sila gunakan garis panduan cara menganalisis pergerakan yang telah dinyatakan di awal unit pelajaran ini. Sila sertakan gambar atau rajah bagi analisis pergerakan tersebut. 1. Tekan tubi Fasa persediaan, fasa menurun dan fasa pemulihan. 2. Naik Turun Bangku Fasa persedian, fasa melangkah naik dan fasa pemulihan 3. Mendagu Fasa persediaan, fasa mendagu dan fasa pemulihan.

140

RUJUKAN
Adrian, M. J. & J. M. Cooper. (2000). The Biomechanics of Human Movement (2nd ed.). Indianapolis, USA: Benchmark Press. Hall, S. J. (2007). Basic Biomechanics (5th ed.). New York, USA: McGraw-Hill Mackenzie, B. (2007) Movement Analysis. Diambil daripada www.brianmac.co.uk/moveanal.htm Martini, F.H. & Bartholomew, E. F. (2012). Essentials of Anatomy and Physiology (6 th ed.). London, England: Benjamin Cummings. Knudson, D. (2007). Fundamentals of Biomechanics (2nd ed). New York, USA: Springer Science+Business Media, LLC. Seeley, R.R., Stephens, T.D. & Tate, P. (2007). Essentials of Anatomy and Physiology (7 th ed.) New York, USA: McGraw-Hill Tortora, G. J & Derrickson, B. (2010). Essentials of Anatomy and Physiology (8 th ed.). Singapore: John Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd.

RUJUKAN RAJAH
http://adkpathcourse.blogspot.com/2007/04/muscle-anatomy.html http://apbrwww5.apsu.edu/thompsonj/Anatomy%20&%20Physiology/2010/2010%20Exam%20R eviews/Exam%202%20Review/Ch%208%20Types%20of%20Joints--Structural.htm http://bigmuscleboss.blogspot.com/2012_05_01_archive.html http://cancerhelp.cancerresearchuk.org/about-cancer/treatment/bisphosphonate/whatbisphosphonates-are http://en.wikipedia.org/wiki/Synovial_joint http://en.wikiversity.org/wiki/File:Anatomical_Directions.png http://en.wikiversity.org/wiki/File:Anatomical_Directions_2.png http://faculty.etsu.edu/forsman/Histologyofmuscleforweb.htm http://faculty.southwest.tn.edu/rburkett/A&P1_bone_tissue_lab.htm http://legacy.owensboro.kctcs.edu/gcaplan/anat/notes/api%20notes%20j%20%20muscle%20co ntraction.htm http://mcqs.leedsmedics.org.uk/Year%202/C&M/Lecture2MC.html

141 http://paltennis.org/forehand/ http://quizlet.com/7518251/ap-8-joints-part-2-movement-flash-cards/ http://redzuannorazlan.blogspot.com/2010_10_01_archive.html http://sciencecity.oupchina.com.hk/biology/student/glossary/appendicular_skeleton.asp http://sciencecity.oupchina.com.hk/biology/student/glossary/axial_skeleton.asp http://training.seer.cancer.gov/anatomy/muscular/structure.html http://teleanatomy.com/introductiontoanatomy-SkeletalSystem.html http://virtual.yosemite.cc.ca.us/rdroual/Lecture%20Notes/Unit%202/chapter_8_articulations%20 with%20figures.htm http://wps.aw.com/bc_marieb_happlace_7_oa/42/10965/2807221.cw/index.html http://www.as.miami.edu/chemistry/2086/Chap23/The%20Respiratory%20System%20Part%20 2.htm http://www.badmintoncentral.com/forums/showthread.php/50920-badminton-drills-videoforearm-pronation/page4 http://www.bbc.co.uk/schools/gcsebitesize/pe/appliedanatomy/2_anatomy_skeleton_rev4.shtml http://www.bikeradar.com/fitness/article/fitness-increase-your-power-with-a-hop-a-skip-and-ajump http://www.botany.uwc.ac.za/sci_ed/grade10/mammal/cart.htm http://www.brianmac.co.uk/muscle.htm http://www.daviddarling.info/encyclopedia/B/biceps.html http://www.daviddarling.info/encyclopedia/R/rotator_cuff.html http://www.dkimages.com/discover/Home/Sports-Games-Recreation/BallGames/Handball/Handball-6.html http://www.dockerland.com/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=1&id=381915&li mit=12&limitstart=12&Itemid=168 http://wikis.engrade.com/slidingfilamenttheory http://www.empowher.com/media/reference/patella-fracture http://www.getbodysmart.com/ http://www.getbodysmart.com/ap/muscularsystem/armmuscles/menu/menu.html

142 http://www.gophoto.it/view.php?i=http://trialx.com/curetalk/wpcontent/blogs.dir/7/files/2011/05/diseases/Skeletal_Development-2.jpg http://www.gwc.maricopa.edu/class/bio201/histoprc/prac1a1.htm http://www.infobarrel.com/Sesamoid_Bone__Sesamoiditis http://www.infovisual.info/03/008_en.html http://www.m-a-i.in/joints.html http://www.medskills.eu/index.php/wiki/en/Body/Medical%20Fundamentals/Critical%20Trauma %20Patients/EXTREMITY%20TRAUMA/ http://www.mendmeshop.co.uk/tenniselbow/elbow-anatomy.php http://www.mhhe.com/biosci/ap/histology_mh/densereg.html http://www.mhhe.com/biosci/ap/saladin2e/graphics/saladin02ap/ch11/others/chap11labeling01. htm http://www.mhhe.com/biosci/ap/saladin2e/graphics/saladin02ap/ch11/others/chap11labeling02. html http://www.myfit.ca/exercisedatabase/search.asp?muscle=abdominals http://www.optimumtennis.net/tennis-forehand-wrist.htm http://www.pennmedicine.org/health_info/body_guide/reftext/html/skel_sys_fin.html http://www.proprofs.com/flashcards/cardshowall.php?title=ch-6-bones http://www.rci.rutgers.edu/~uzwiak/AnatPhys/APFallLect11.html http://www.realsolutionsmag.com/ezine/48/issue48A.asp http://www.roche.com/pages/facets/11/ostedefe.htm http://www.swimmingscience.net/2012/01/groin-kick-syndrome-part-ii.html http://www.spineuniverse.com/anatomy/anatomical-planes-body http://www.stegen.k12.mo.us/tchrpges/sghs/ksulkowski/ConnectiveTissueSlides.htm http://www.turbosquid.com/3d-models/3dsmax-thoracic-vertebrae/561257 http://www.womenfitness.net/skeletal_contraction.htm http://4.bp.blogspot.com/_Eu9SQSvqdYc/S6__Bfi13TI/AAAAAAAAA1k/d93VHblLJUk/s1600/Bio logical_cell.png

You might also like