DEFINISI KEHARMONIAN

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Ketiga (1994) keharmonian membawa maksud keadaan yang harmoni yang selaras, sesuai, sepadan, keselarasan, kesesuaian yang membawa keharmonian. Keharmonian juga ialah satu kemesraan contohnya keharmonian yang dirasa semasa hidup di desa yang membawa kemesraan dalam kehidupan. Menurut laman sesawang, rakyat Malaysia memberikan pendapat mereka tentang maksud keharmonian ialah sesuatu keadaan tempat mahupun negara atau masyarakat. Harmoni juga turut mengandungi beberapa unsur positif yang diterapkan kepada modal insan zaman ini. Antaranya melibatkan unsur-unsur harmoni rukun aman dan damai.