You are on page 1of 6

KOMPONEN II (Nilai Murni Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam)

Soalan 2B Maklumat yang berikut merujuk kandungan laporan jawatan Jemaah Nazir Jaminan Kualiti terhadap guru-guru sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman ; Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada Takut menemui kegagalan Memandang remeh usaha orang lain Pemikiran tidak dinamik Mempertahankan status-quo secara membuta tuli Tidak suka akan pembaharuan Tidak sabar dalam penciptaan baharu

Berdasarkan laporan di atas, jelaskan elemen-elemen Tonggak Dua Belas yang boleh diaplikasikan oleh Guru Besar untuk memperbaiki amalan negatif tersebut.

Jawapan 2B Terdapat dua belas elemen dalam Tonggak Dua Belas. Antara elemen-elemen yang boleh digunakan oleh Guru Besar untuk memperbaiki amalan-amalan negatif dalam kalangan guru-guru di sekolahnya ialah : 1) Menghargai Masa

Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup. Maksudnya, masa yang hilang, tidak akan ada gantinya. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu, masa yang berIalu secara tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap. Banyak petikan yang menggambarkan nilai masa. Al-Quran (surah al-Asr 103: 1-3) memperingati manusia tentang masa. Dalam semua budaya juga terdapat kata-kata hikmah yang menyentuh keperihalan tingginya nilai masa, contohnya 'time and tide wail for no man ". Peribahasa Melayu mengatakan masa itu emas"! Di tempat kerja ada beberapa amalan

positif untuk tidak membazirkan masa. Misalnya, apabila membuat sesuatu kerja, "Do it right the first time", supaya tidak perlu diulang sekali lagi. Perbincangan kerja yang teliti akan menjamin kerja berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian, antara nilai yang diutamakan dalam menghargai masa ialah segerakan tindakan, tepati masa, rancang masa dan tugas dan menyelesaikan tugas pada masa yang tetapkan. Amalan-amalan negatif pula akan

mengakibatkan pembaziran masa. Misalnya mencuri tulang semasa bertugas atau berbual-bual kosong.

2) Ketekunan Membawa Kejayaan

Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang tekun tidak menerima kekalahan. Genggam bara api biar jadi arang, kata orang tua-tua. Orang Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa bersama dengan mereka yang sabar (al-Baqarah 2:153). Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. Orang yang berdisiplin, bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka yang tidak berdisiplin pula tidak bekerja atau curi tulang semasa mereka sepatutnya bekerja. Ketabahan diperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar atau kecil. Setiap halangan adalah cabaran dan bukannya pematah semangat. Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikap hangat-hangat tahi ayam "tidak boleh dijadikan model, sebaliknya contohi semangat "kaizen" (lakukan sesuatu secara berterusan dan berkesinambungan), seperti yang diamalkan dalam budaya kerja Jepun. Secara ringkasnya, nilai-nilai yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan antaranya ialah bersemangat gigih dan tekun, berdisiplin, dedikasi, cekal, berpandangan jauh, inovatif dan kreatif. 3) Keseronokan Bekerja

Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membeban dan membosankan. Peneriman hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja dan semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang seronok bekerja bersifat proaktif (Covey, 1990: 66-44). Bagi seorang ketua pula, minat dan pengharapan yang ditunjukkan kepada usaha-usaha pekerjanya akan

menjadi punca motivasi. Antara nilai-nilai yang perlu dititikberatkan dalam mewujudkan keseronokan bekerja ialah kerja adalah ibadah, menghasilkan sesuatu yang berfaedah, komitmen terhadap kerja, sedia bekerjasama.

4) Kemuliaan Kesederhanaan

Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara seperti tidak keterlaluan, memilih jalan pertengahan antara dua extremes. Orang Islam telah diperingatkan bahawa sebaik-baik pekerjaan itu yang sederhana. Kesederhanaan akan menjamin tidak berlakunya pemborosan. Antara sifat yang patut diamalkan ialah sederhana dalam semua aspek kehidupan, tidak membazir, adil dalam tindakan, bersikap terbuka dan berjimat cermat. Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka menunjuk nunjuk. Kerapkali pula mereka ini terdiri daripada golongan munafik yang suka berpura-pura.

5) Ketinggian Peribadi

Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk adalah tutur-kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak angkuh; boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. Oleh itu antara sifat ketinggian peribadi seseorang ialah bersopan santun, amanah, saling hormat-menghormati dan sedia membantu sebaliknya, kerendahan

peribadi dapat diukur, antara lainnya, daripada perbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah, menyalah gunakan kedudukan dan tidak ikhlas dalam segala tindak-tanduknya.

6) Kekuatan Sifat Baik Hati

Tersangat banyak sifat terpuji pada diri orang yang menghayati nilai ini. Sebagai ketua dia kaya dengan sifat perikemanusiaan, simpati suka menolong orang bawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam keputusannya. Salahuddin AI-Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan dikagumi

oleh musuh-musuhnya. Pernah dia menangguh serangan ke atas sebuah kubuorang Kristian, kerana seorang knight sedang melangsungkan upacara perkahwinannya pada ketika itu. Antara sifat baik hati yang perlu dipraktikkan ialah adil, sedia menerima teguran, bertimbang rasa, dan prihatin terhadap kebajikan.

7) Pengaruh Teladan

Satu sifat yang dicela pada diri seorang ketua ialah dia yang berkata, "buat seperti apa yang aku kata, bukan seperti apa yang aku buat". Ini sama saja seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dalam banyak kes pula, teladan buruk apabila ditiru, ditiru dengan terlebih buruk lagi! Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui teladan. Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada semata-mata memberi arahan. Oleh itu sifat-sifat yang perlu diamalkan ialah berkelakuan baik, amanah,

telus dalam prosedur dan bermoral tinggi.

8) Kewajipan Menjalankan Tugas

Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang tepat ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggungjawab, bukan sekadar memenuhi syarat saja. Dalarm Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripada tanggungjawab. Hukumnya berdosa. Ada orang yang "mencuri waktu pejabat, berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek dan pinggan-mangkuk. Pendapatan daripada

perniagaan yang menggunakan waklu "curi" ini adalah haram. Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan keprofesionalisme adalah menjadi kayu ukur yang dikehendaki. Oleh yang demikian antara sifal yang perlu diamalkan ialah bertanggungjawab, tekun dan sabar, mengutamakan kerja dan peningkatan kualiti.

9) Kebijaksanaan Berhemat

Berhemat ertinya berjimat-cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran adalah dikutuk, dikatakan sahabat syaitan. Dalam kajian yang dibuat di Amerika tentang mereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu faktor yang sentiasa terdapat pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam perbelanjaan mereka, yakni tidak penah melebihi pendapatan. Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi. Misalnya dalam penggunaan alat tulis dan elektrik. Kertas yang telah dipakai pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik air ditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakan usaha berhemat ialah

tidak membazirkan harta kerajaan, bertanggungjawab terhadap harta kerajaan dan menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan.

10) Keutamaan Kesabaran

Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam, kesabaran adalah sifat terpuji. Lumrah diketahui bahawa tidak ada kemenangan atau kejayaan tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W., penentangan daripada pembesar-pembesar Quraisy tidak mematahkan

semangat perjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya Islam diterima dan berkembang. Demikian juga, jika kita mengkaji sejarah reka cipta, Edison, Bell, Marconi, Bairddan lain-lain pereka cipta berjaya lantaran kesabaran. Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dan dinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari alternatif-altematif. Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu aset, terutama dalam menghadapi kerenah orang lain. Oleh itu kesabaran dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan mengambil kira pemupukankan sifat-sifat berikut

sedia menghadapi tekanan masa dan ruang, tidak mudah putus asa dan sedia menyabut cabaran.

11) Peningkatan Bakat

Bakat

sebenarnya

adalah

manifestasi

kecerdikan,

mengikut

teori

muhipleinleffigences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat menghasilkan kerja yang bermutu. Muzik ciptaan P. Ramlee hidup segar hingga ke hari ini kerana muziknya itu adalah cetusan bakatnya. Bakat jika tidak dipupuk dan di pertingkatkan menjadi sia-sia. Sebaliknya, jika dipertingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut menerima. Faedahnya, di bawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga akan turut mendapat keuntungan daripada peningkatan bakat individu-individu; kejayaan sektor swasta akan mempengaruhi juga sektor awam. Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat serta menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan. Idea-idea baru janganlah disekat, lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan untuk dikembangkan. Dalam ucapan YAB Dato' Seri Dr. Mahathir sempena perasmian Kompleks Jabatan Perkhidmatan Awam, beliau menegaskan tentang perlunya "menajarnkan bakat yang sedia ada pada seseorang".

12) Nikmat Mencipta

Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea-idea lateral seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward de Bono, 1990 dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Di jabatan-jabatan kerajaan banyak tradisi kerja yang boleh digantikan dengan yang baru. Misalnya, tradisi pegawai atasan mengelak daripada berjumpa dengan pelanggan. Dalam perbankan, biasanya pelanggan datang ke bank untuk menyelesaikan urusan, misaInya pinjaman. Tetapi, hari ini ada bank yang menghantarkan pegawainya untuk mendapatkan tanda tangan peminjam yang sedang menunggu

penerbangan di lapangan terbang. Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau "gila-gila", akhirnya diterima dengan baik, misalnya konsep "sekolah dalam taman". Idea menerbitkan kereta nasional kita pada masa mula-mula dicadangkan dahulu telah mentertawakan sesetengah pihak. Tetapi, kini nyatalah idea itu sesuatu yang hebat.

You might also like