P. 1
ANALISIS SKOR UJIAN anlisis item

ANALISIS SKOR UJIAN anlisis item

|Views: 37|Likes:
Published by ytengku

More info:

Published by: ytengku on Oct 30, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/19/2013

pdf

text

original

Analisis item

Tujuan
• Menilai kesesuaian item dari segi kesukarannya , sama ada terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar • Menunjukkan keupayaan sesuatu item mengasingkan pelajar pandai daripada pelajar lemah

Indeks kesukaran item (item difficulty index) (p)

Indeks kesukaran item,(p)
• Indeks ini digunakan untuk menunjukkan item / soalan yang digunakan itu sama ada terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. • Cara pengiraan bagi mendapatkan indeks kesukaran bagi ujian berbentuk objektif ialah : • • P = Bilangan calon yang memberi jawapan betul • __________________________________ • Jumlah calon yang menjawab soalan itu

• Cara pengiraan indeks kesukaran bagi ujian berbentuk objektif ialah : • P = Bil.calon yang menjawa betul suatu item Jumlah calon yang menjawab item itu • Contoh: 40 pelajar menjawab satu item soalan dan 30 darinya menjawab betul. Maka Nilai p bagi soalan ini ialah 30/40 = 0.75

• Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00; [ 0.00 < p < 1 ] • P = 0 jika tiada pelajar menjawab betul; rumusannya soalan terlalu sukar • P = 1 jika semua pelajar menjawab betul; rumusannya soalan terlalu senang

Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item
Nilai (p) P < 0.30 0.3 ≤ p ≤ 0.80 P > 0.8 Pengkelasan Item/status Terlalu sukar/ubahsuai Sederhana/terima Terlalu mudah/ubahsuai

soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar tidak akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar soalan-soalan begini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaan dengan yang lebih tinggi keupaayaan

• Jika indeks kesukaran bagi sesuatu item ialah 0.65, ini bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut dengan betul.

Indeks bagi soalan esei
• p = __Markah Purata__ Julat Markah Penuh

Contoh : Markah purata bagi 10 pelajar ialah 6.3 Julat markah penuh item ialah 10 [markah minimum – markah maksimum; Maka p = 6.3 / 10 = 0.63 [63%]

• Bagi calon yang ramai • P = BT + BR J Dimana, BT bil.calon dlm kump.tinggi menjawab betul BR bil.calon dlm kump.rendah menjawab betul dan J ialah bilangan calon kump. Tinggi & rendah

Kepentingan indeks kesukaran
• mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan soalanberkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar) • mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai pelajar;

• memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji • mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan (content bias), seperti kandungan yang ditekankan semasa pengajaran

Indeks diskriminasi,d

• ID berfungsi untuk membezakan calon-calon kumpulan cerdas dengan calon kumpulan lemah / lambat • ID berfungsi untuk membezakan keupayaan pelajar-utk tujuan tertentu • ID untuk menentukan sama ada item itu sesuai digunakan atau tidak .

Bagaimana mengira ?
1. Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan pencapaian:

27% pelajar berpencapaian rendah 46% pelajar berpencapaian sederhana 27% pelajar berpencapaian tinggi • .

2. Tentukan : -R L, bil. pelajar yang menjawab betul dlm .kump. Rendah( Right Lower), -R U, bil.pelajar yang menjawab betul dlm.kump.tinggi(Right Upper) -T (L + U), bil. pelajar berpencapaian rendah dan tinggi (Total)

3. Menggunakan formula berikut: Indeks Diskriminasi (d) = (R U – R L) (½ T (L + U))

• ID boleh bernilai 1.00, sekiranya semua pelajar berpencapaian tinggi dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul • ID boleh bernilai 0.00, sekiranya bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama • ID boleh bernilai -1.00, sekiranya semua pelajar berpencapaian rendah dan tiada seorang pun pelajar berpencapaian tinggi menjawab soalan ini dengan betul

Tafsiran dan keputusan
ID,d d > 0.40 0.20 < d ≤ 0.40 Tafsiran Item Diskriminasi positif tinggi Diskriminasi positif sederhana Keputusan Amat sesuai diterima Ubahsuai item

0.00 ≤ d ≤ 0.20
d < 0.00

Diskriminasi positif rendah
Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik

Tulis item semula
Item buruk dan perlu dibuang

Tujuan Indeks Diskriminasi
• mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar pandai • mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang tidak boleh dikuasai pelajar pandai • memberi maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji

• mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar • mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang tertentu

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->