You are on page 1of 15

STRATEGI PENGAJARAN KONSTRUKTIF

Kaedah Konstruktivisme
Konstruktivism bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidangpendidikan. Pengaruh konstruktivism dalam era teknologi maklumat dan telekomunikasiini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorism yang

mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivism


yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankanperwakilan mental.

Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka.

Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat,membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model me ntal) memberikan makna danpembentukan pe ngalaman dan membolehkan individu melang kau melebihimaklumat yang diberikan

Hasil daripadapendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning). Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sediaada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuanbaru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina


makna tentangdunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahamisebelum ini. Mereka

membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi


merekadengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitanyang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka aka n sama adamengintepretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yangmereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapatmenerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.

Menurut Mc Brien dan Brandt(1997), > Konstruktivism adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepadapenyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. > Kebanyakan penyelidikberpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerimapengetahuan daripada orang lain.

INKUIRI DAN PENEMUAN/PENEROKAAN


1. Inkuiri adalah satu proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah. (Lee S.Shulman, 1968)

2. Inkuiri didefinisikan sebagai proses mencari kebenaran, maklumat atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan maklumat melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.(WnetSchool and Disney Learning Partnership, 2000)

3. Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada persoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. (Hebrank, 2000)

PENEMUAN
1. Penemuan adalah proses mental mengasimilasikan konsep dan prinsip. Proses mental itu adalah membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan dan membuat inferens. (Lee S.Shulman, 1968)

2. Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal, menerangkan, membuat inferens dan sebagainya. (Bruner,1960,1966)

3. Penemuan berlaku bila individu menggunakan proses mental untuk membentuk konsep atau prinsip. Untuk membuat suatu penemuan, individu mesti melaksanakan proses mental seperti memerhati, mengelas, mengukur, meramal, memerihal, membuat inferens dan lain-lain. (Trowbridge, Bybee & Sund, 1981)

You might also like