You are on page 1of 13

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

```````````

OBJEKTIF AM :
Mengetahui jenis-jenis pemuat, jenis kerosakan, binaan asas sesuatu pemuat, proses cas-mengecas bagi pemuat dan faktor-faktor yang mempengaruhi kemuatan pada pemuat.

OBJEKTIF KHUSUS

:

Di akhir unit ini pelajar akan dapat : Menyenaraikan jenis pemuat.  Menulis semula fungsi pemuat.  Melakarkan binaan asas pemuat proses cas-mengecas fakkor-faktor yang  Menulis semula  Menyenaraikan

bagi sesuatu pemuat. mempengaruhi pemuat.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

6.0 PENGENALAN
Terdapat pelbagai jenis pemuat dalam litar elektronik. Hanya pemuat yang sesuai fungsinya sahaja boleh digunakan untuk memenuhi keperluan litar tersebut.

6.1 JENIS-JENIS PEMUAT
 Terdapat dua jenis pemuat iaitu jenis tetap dan jenis bolehubah.  Pemuat tetap ditentukan oleh pengeluar bolehubah dilaras disekitar had yang tertentu. manakala pemuat

6.1.1 Pemuat Tetap  pemuat kertas  pemuat mika  pemuat seramik  pemuat elektrolit 6.1.2 Pemuat Bolehlaras  pemuat dwigang  pemuat trimmer @ preset

JENIS PEMUAT TETAP PEMUAT KERTAS  Pemuat jenis kertas adalah yang paling biasa dan ringkas.  Platnya terdiri daripada 2 bilah kerajang aluminium panjang yang diasingkan oleh bilahbilah kertas wax yang bertindak sebagai
NAM/KKJU/2012

RAJAH

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

 

dielektrik. Gabungan ini dilipat ke dalam satu kiub yang kemudiannya dimasukkan dengan wax dan dipateri di dalam satu bekas logam atau kotak kertas. Nilai kemuatan kertas ini adalah antara 250pF hingga 10 F. Pada voltan kendalian sehingga 150kV A.T. Untuk kadaran yang melebihi 600V bekasnya dibuat daripada logam yang berisi minyak. Pemuat jenis ini yang lebih sofistikated menggunakan plastik dan tidak lagi menggunakan kertas. Ini lebih memberikan ketahanan yang lebih baik walaupun saiznya lebih kecil. Antara fungsi pemuat ini termasuklah sebagai pengganding isyarat voltan dari satu peringkat ke satu peringkat, membenarkan laluan arus terus yang tidak dikehendaki, menyekat arus terus pada sesetengah litar, menyimpan cas dan pemisah fasa pada motor aruhan.

Rajah 6.1 Pemuat kertas

PEMUAT MIKA  Pemuat ini berkualiti tinggi. Komponennya terdiri daripada plat kerajang logam yang dibentuk berlapis-lapis serta berselang-seli oleh mika sebagai dielektrik.  Susunan ini diletakkan di dalam bekas logam atau plastik.  Nilai kemuatannya adalah antara 2.5 pF hingga 0.25F pada voltan kendalian sehimgga 2 kV A.T. Ia juga digunakan pada litar frekuensi yang tinggi.

Rajah 6.2 Pemuat mika

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

PEMUAT SERAMIK  Pemuat jenis ini menyediakan kemuatan yang rendah.  Komponennya terdiri daripada satu akra atau rod seramik sebagai dielektrik dan dua bilah perak yang dimasukkan ke dalam seramik yang kemudian bertindak sebagai plat.  Nilai kemuatannya ( kapasitan ) antara 0.5 pF hingga 0.1 F pada voltan kendaliannya hingga 500 V A. T.  Ia juga digunakan dalam litar frekuensi yang tinggi untuk perubahan suhu yang luas. PEMUAT ELEKTROLIT  Pemuat jenis ini menggunakan elektrolit sebagai bahan dielektrik.  Asasnya pemuat ini mengandungi dua jalur kerajang aluminium dan kertas penyerap digulungkan bersama di dalam bentuk selinder. 3 Penyambung tamatan dilekatkan di atas jalur kerajang aluminium bagi tujuan sambungan punca luar.  Gulungan tadi dicelupkan ke dalam elektrolit.  Lapisan dielektrik daripada aluminium oksida terbentuk pada salah satu permukaan jalur kerajang aluminium yang bertindak sebagai plat positif bagi pemuat tersebut.  Terminal positif ditanda dengan ‘+’ atau tanda merah. Nilai kemuatan pemuat ini di antara 1 µF hingga 1000 µF.  Pemuat jenis ini mempunyai kadar voltan bekerja antara 10 V hingga 600 V dan dibuat dengan had -20% hingga + 100% atau -50% hingga +100%.  Ia mempunyai kekutuban jika digunakan pada arus terus.  Pemuat ini berfungsi apabila pemuat lain tidak mempunyai kadaran kemuatan yang dikehendaki.

Rajah 6.3 Pemuat seramik

Rajah 6.4 Pemuat elektrolit

Rajah 6.5 Simbol pemuat elektrolit

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

JENIS PEMUAT BOLEH LARAS Pemuat dwigang  Lazimnya ia terdiri daripada dua set plat logam yang disusun secara selang-seli dengan udara sebagai dielektriknya.  Variasi ini boleh diperolehi melalui pergerakan plat yang berhubung antara satu sama lain supaya kawasan yang tertinggi dapat dilaraskan.  Pemuat ini berfungsi dalam litar penalaan radio bagi mendapatkan frekuensi radio yang dikehendaki. Pemuat trimmer atau Preset  Pemuat bolehlaras ini hanya membenarkan variasi kemuatan yang kecil.  Ia dibuat dengan beberapa cara antaranya ialah;  serupa dengan pemuat dwigang tetapi bersaiz lebih kecil.  Dua plat logam satu bilah mika di antaranya, jarak antara plat boleh dilaras dengan satu skru pelaras.

RAJAH

Rajah 6.6 Pemuat dwigang

Rajah 6.7 Pemuat trimmer atau preset

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

6.2 BINAAN PEMUAT DAN PROSES CAS – NYAHCAS BAGI PEMUAT
6.2.1 Binaan Pemuat  Pemuat mengandungi 2 plat pengalir yang diletakkan bertentangan atau selari antara satu sama lain. Plat ini mampu memegang cas elektrik. Plat-plat ini diasingkan oleh bahan penebat yang disebut dielektrik seperti udara, kertas, mika, seramik dan sebagainya. Tamatan 1

Dielektrik Plat logam

Tamatan 2
Rajah 6.8 Binaan Pemuat

Bahan dielektrik adalah bersifat penebat di mana ia mempunyai ciri dan pemalar tertentu. Biasanya pemuat diberikan nama mengikut jenis dielektriknya, seperti pemuat kertas, pemuat udara, pemuat mika dan pemuat seramik.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

6.2.2 Proses cas-nyahcas bagi pemuat  Apabila 2 plat logam yang rata diletakkan selari dan hampir antara satu sama lain, tetapi tidak bersentuhan, plat itu boleh dicas samada secara positif atau negatif, bergantung ke atas cas yang dipindahkan. Jika plat ini bercas negatif, ia akan mengambil elektron berlebihan. Jika plat ini bercas positif, ia akan memberikan elektron. Apabila plat dicaskan, wujud bezaupaya ( voltan ) di antara kedua plat tersebut.

  

+ + + + +

-

Rajah 6.9: Pemuat yang mengalami proses cas dan nyahcas untuk mewujudkan bezaupaya.

Mengecas plat secara negatif   Elektron dari satu sumber akan dialirkan ke plat yang neutral. Beberapa elektron awalan akan bergerak ke atas plat dengan mudahnya, kerana plat yang neutral ( tidak bercas ) tidak mempunyai tentangan terhadap pengaliran elektron. Beberapa lama kemudian, plat telah bercas separuh dan ini melemahkan pergerakan elektron. Seterusnya pergerakan elektron akan berhenti apabila plat telah bercas penuh.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

-

-

Rajah 6.10 Pemuat dicas secara negatif

Mengecas plat secara positif  Plat yang neutral ( tidak bercas iaitu cas negatif sama banyak dengan cas positif) akan mula bercas positif apabila elektron mula meninggalkan plat. Beberapa elektron awalan akan bergerak meninggalkan plat dengan mudahnya kerana plat yang neutral tidak mempunyai tentangan terhadap pengaliran keluar elektron. Apabila plat mulai bercas separuh, pergerakan elektron yang keluar dari plat semakin lemah. Seterusnya pergerakan keluar elektron akan berhenti apabila plat telah bercas positif sepenuhnya.

+ + + + +

+ + + + +

Rajah 6.11 : Pemuat dicas secara positif

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

6.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMUAT
    Luas permukaan plat Jarak antara plat Jenis dielektrik Suhu persekitaran

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMUAT
Luas permukaan  Luas permukaan plat yang besar membenarkan lebih banyak elektron berada dalam plat tersebut berbanding dengan luas permukaan yang kecil.  Ini kerana kerana ia boleh memegang lebih elektron.  Luas permukaan plat berkadar terus kepada kemuatan. Jarak antara plat  Apabila jarak antara plat didekatkan, maka lebih kuat daya elektrik yang wujud antara plat seterusnya nilai kemuatan akan bertambah.  Apabila jarak antara plat dijauhkan, maka lebih kuat daya elektrik yang wujud antara plat seterusnya nilai kemuatan berkurangan.  Kemuatan berkadar songsang kepada jarak antara plat.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

Jenis bahan elektrik.  Bahan dielektrik yang biasa digunakan ialah udara, mika, kertas, seramik,plastik dan oksida logam.  Sifat bagi 1 dielektrik yang baik ialah yang mempunyai kadar pengaliran yang rendah.  Bahan dielektrik yang berbeza akan memberikan nilai kemuatan yang berbeza.  Untuk tujuan pengkelasan, kesan bagi semua bahan dielektrik adalah dibandingkan dengan udara.  Apabila udara menjadi bahan dielektrik bagi sesuatu pemuat, kemudian digantikan dengan bahan lain untuk dielektrik, maka nilai bagi kemuatan akan didarabkan dengan satu angka yang disebut sebagai dielektrik mantap.  Bahan-bahan yang berbeza mempunyai dielektrik mantap yang berbeza akan mempengaruhi nilai kemuatan yang berbeza apabila dijadikan sebagai bahan dielektrik. C = kA/D Di mana C= kemuatan k=dielektrik mantap A= Luas permukaan plat D= jarak antara plat
BAHAN DIELEKTRIK Udara Kertas (berminyak) Mika Gelas Porselin titanete DIELEKTRIK MANTAP (k) 1 3-4 4-8 4-8 5 100-200

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

6.4 JENIS KEROSAKAN PEMUAT
 Kerosakan pemuat boleh diuji dengan mengukur rintangan pada pemuat tersebut.  Bagi pemuat yang baik, bacaan jarum meter pelbagai akan menunjukkan nilai bacaan tertentu, manakala bagi pemuat yang mengalami kerosakan, bacaan adalah seperti berikut:  Terdapat 2 jenis kerosakan pada pemuat   Terbuka pintas

JENIS KEROSAKAN PEMUAT
Terbuka Apabila diuji jarum penunjuk meter akan menunjukkan bacaan infiniti atau jarum langsung tidak bergerak sekalipun diterbalikkan kekutuban talian meter ataupun pemuat. Terpintas Jarum penunjuk meter akan menunjukkan bacaan sifar memastikan di antara dua plat telah berlaku litar pintas.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

0

0

0

Pemuat baik (bacaan meter menunjukkan nilai beberapa ohm)

Pemuat terbuka (bacaan meter infiniti)

Pemuat terpintas (bacaan meter sifar)

Rajah 6.12 : Pengujian Pemuat Dengan Mengukur Rintangannya.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122

 Pemuat terdiri daripada 2 kategori iaitu pemuat tetap dan pemuat bolehlaras.  Dalam proses cas dan nyahcas yang berlaku pada pemuat, plat akan bercas negatif, jika elektron mengalir masuk ke plat, manakala plat akan bercas positif apabila elektron meninggalkan plat tersebut.

 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemuatan pada pemuat ialah luas permukaan plat, jarak antaran plat, jenis dielektrik dan suhu persekitaran  Di antara 2 jenis kerosakan pemuat ialah terpintas dan terbuka.

NAM/KKJU/2012