You are on page 1of 22

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/1

OBJEKTIF AM :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat : Mengetahui prinsip asas kemagnetan dan konsep keelektromagnetan.

OBJEKTIF KHUSUS :
 Membezakan kutub bagi sebuah bar magnet.

 Melukis arah urat daya magnet bagi sebuah bar magnet.  Melukis medan magnet bagi;    dawai lurus dawai gegelung

Menentukan arah fluks magnet dengan kaedah hukum genggaman tangan kanan dan hukum skru gabus. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan keelektromagnetan. Menentukan kutub bagi solenoid. Menulis semula fenomena aruhan keelektromagnetan. Mengira dge teraruh menggunakan formula E=Blv volt.

   

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/2

9.0 PENGENALAN
Magnet terdiri daripada beberapa jenis iaitu; magnet kekal  magnet yang mempunyai kesan magnet yang tetap. magnet sementara magnet yang mempunyai kesan magnet secara buatan dan tidak kekal.  Magnet sementara dihasilkan dengan cara memagnetkan bahan magnet yang mengandungi unsur besi seperti besi lembut dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya.

Arus keluar

Arus masuk

Rajah 9.1(a) : Magnet kekal

Rajah 9.1(b) Magnet Sementara

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/3

Mari kita samasama mencari jawapan!!!

1. Tuliskan B pada kenyataan yang betul dan S pada kenyataan yang salah di bawah. Magnet kekal adalah magnet yang mempunyai kesan magnet yang tetap Magnet buatan mempunyai kesan magnet yang tetap juga. Sesuatu bahan magnet yang dialirkan arus melaluinya, akan bertindak seperti sebuah magnet.

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/4

9.1 ASAS KEMAGNETAN
Terdapat 3 ciri utama sifat-sifat bagi sesuatu magnet iaitu: kutub magnet Pada kedua-dua hujung magnet terdapat pemusatan medan magnet yang kuat.  Jika magnet tersebut dihayun dengan bebas, kutub utara akan sentiasa mengarah ke utara dan kutub selatan akan sentiasa mengarah ke selatan. Urat daya magnet /fluks magnet. Ia merupakan lingkaran bagi garis urat daya magnet yang mengelilingi magnet. Arah urat daya medan magnet boleh ditentukan dengan meletakkan beberapa kompas di sekeliling bar magnet. Jarum kompas akan menunjukkan arah keluar dari kutub utara dan arah masuk ke kutub selatan seperti dalam rajah 9.2 (b). Di antara ciri-cirinya ialah;  Ia tidak bersilang antara satu sama lain  Ia sentiasa membentuk satu lingkaran yang lengkap yang mana menunjuk arah keluar dari kutub utara dan arah masuk ke kutub selatan.  Pada bahagian kutub dan kawasan yang berhampiran magnet, fluks magnet kelihatan lebih padat kerana

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/5

ketumpatannya adalah lebih tinggi dan kesan magnetnya lebih kuat. Medan Magnet  Ia merupakan ruang yang mengelilingi sesuatu magnet di mana ruang tersebut dipenuhi oleh fluks magnet. Ini ditunjukkan seperti Rajah 9.2 (c).

Rajah 9.2 (a): Serbuk besi ditaburkan di sekeliling bar magnet menunjukkan medan magnet.

Rajah 9.2 (b) Arah urat daya magnet yang ditentukan oleh kompas.
Kawasan medan magnet

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/6

Rajah 9.2 (c): Garisan urat daya magnet yang membentuk medan magnet.

9.1.1 TINDAKAN ANTARA 2 MAGNET.  Kutub yang sama akan menolak. Fenomena ini adalah disebabkan oleh garisan urat daya magnet/fluks magnet yang sentiasa menunjukkan arah keluar bagi kutub utara dan arah masuk bagi kutub selatan. Ini menjadikan kutub selatan dengan kutub selatan akan menolak dan kutub utara dengan kutub utara juga akan menolak.

Rajah 9.3: Urat daya magnet menunjukkan kutub yang sama akan menolak

 Kutub yang berlainan menarik. Apabila kutub yang berlainan didekatkan iaitu kutub utara didekatkan dengn kutub selatan ia akan menarik antara satu sama lain. Ini adalah disebabkan oleh garisan urat daya bagi sesuatu magnet yang sentiasa menunjukkan arah keluar bagi kutub utara dan arah masuk bagi kutub selatan.

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/7

Rajah 9.4: Urat daya magnet menunjukkan kutub yang berlainan akan menarik

Mari kita samasama mencari jawapan!!!

1a) Lukiskan urat daya medan magnet bagi magnet bar yang diberikan b) Tentukan arah urat daya yang dilukiskan dalam (a).

N

S

2. Gariskan jawapan yang betul bagi kenyataan dibawah. a) Apabila 2S magnet yang berlainan kutub didekatkan antara satu bar sama lain,kedua-dua bar magnet tersebut akan ( menarik/ menolak). b) ) Apabila 2 bar magnet yang sama kutub didekatkan antara satu sama lain,kedua-dua bar magnet tersebut akan (menarik/ menolak ).

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/8

9.2 KONSEP KEELEKTROMAGNETAN
Satu kesan elektrik yang paling meluas penggunaannya ialah kebolehannya menghasilkan magnet. Kendalian motor, penjana, pengubah dan geganti adalah merupakan contoh peranti yang bergantung pada daya kemagnetan. Daya magnet ini diperolehi apabila arus elektrik mengalir dalam litarnya. Penghasilan magnet sedemikian dinamakan elektromagnet.

9.2.1

KESAN ELEKTROMAGNET PADA SATU DAWAI LURUS

Apabila arus elektrik mengalir dalam satu dawai pengalir lurus ,medan magnet akan terbentuk di sekeliling pengalir tersebut. Ini dapat dilihat dalam Rajah 9.5.

Arah Arus

Medan Magnet

Pengalir

kertas

Rajah 9.5: Kesan keelektromagnetan apabila arus elektrik dialirkan pada wayar pengalir NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/9

Urat daya magnet akan kelihatan apabila serbuk besi ditaburkan disekeliling wayar tersebut.

Rajah 9.6: Serbuk besi ditabur bagi menunjukkan medan magnet

Arah   

urat daya boleh ditentukan dengan kompas hukum tangan kanan hukum skru gabus.

Pengalir
kompas Ibujari tunjuk arah arus

Jari tunjuk arah fluks

Medan Magnet
Pandangan atas

Rajah 9.7 Kompas dan Hukum tangan bagi menentukan arah medan magnet.

9.2.2

KESAN ELEKTROMAGNET PADA DUA DAWAI SELARI

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/10

 Apabila pengalir diletakkan dalam keadaan selari yang keduaduanya mempunyai arah arus yang sama, didapati daya tarikan akan berlaku di antara kedua-dua pengalir disebabkan ciri garisan medan akan cuba mengecilkan dirinya.  Sebalikknya bagi dua penglir selari yang bertentangan arah arusnya, daya tolakan berlaku disebabkan ciri garisan medan tidak boleh bertentangan arah.

Rajah 9.8 Dua pengalir selari membawa arus yang sama arah

Rajah 9.9 Dua pengalir selari membawa arus bertentangan arah

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/11

9.2.3

KESAN ELEKTROMAGNET PADA GELUNG

Apabila arus dialirkan pada sebuah dawai gegelung, medan magnet akan wujud di sekeliling gegelung tersebut.

Rajah 9.10 Garisan urat daya magnet bagi dawai bergelung

Medan magnet yang dihasilkan oleh gegelung ini akan menjadi semakin kuat jika teras besi diletakkan di dalam gegelung, ini disebabkan besi merupakan bahan magnet. Corak medan magnet yang dihasilkan oleh gegelung sama dengan magnet kekal tetapi magnet di gegelung menggunakan tenaga elektrik yang dinamakan elektromagnet. Terdapat 2 kaedah untuk menentukan kutub pada gegelung.  Kaedah 1 Apabila dilihat dari hujung gegelung dawai tersebut, arah fluks magnet menunjukkan arah masuk ini menunjukkan kutub selatan. Manakala arah fluks yang keluar menunjukkan arah utara.

Rajah 9.11 Kutub boleh ditentukan dengan melihat arah fluks masuk dan keluar hujung gegelung dawai

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/12

 Kaedah 2 Apabila jari-jari tangan kiri digenggam di sekeliling gelung, yang mengarah ke pengaliran arus, ibu jari akan menunjukkan kutub utara.

Jari ikut arah arus

Ibujari tunjuk kutub utara

Rajah 9.12

Kutub boleh ditentukan dengan hukum tangan kiri

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/13

1. Arah medan magnet boleh ditentukan dengan menggunakan beberapa kaedah. Di antara berikut kaedah manakah yang tidak benar. a. genggaman tangan kanan b. kompas c. skru gabus d. genggaman tangan kiri 2. Lukiskan susunan dawai pengalir dan urat daya medan magnet jika dawai pengalir tersebut dibekalkan arus elektrik dalam rajah di bawah. Susunan dawai pengalir

Dawai pengalir lurus

Dawai pengalir bergelung

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/14

9.4

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEKUATAN KEELEKTROMAGNETAN Arus bertambah, medan magnet bertambah Lilitan bertambah, medan magnet bertambah Teras udara, medan magnet berkurang. Lilitan yang jarang, medan magnet berkurang Arus berkurang, medan magnet berkurang.

Menambah arus

Menambah bilangan lilitan pada teras

Lilitan berkurang, medan magnet berkurang Teras udara, medan magnet bertambah. Lilitan yang rapat, medan magnet bertambah

Jenis teras yang berbeza Kaedah lilitan wayar

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/15

Mari kita samasama mencari jawapan!!!

1. Di antara berikut, yang manakah bukan menambahkan kekuatan medan magnet. a. menambahkan arus b. menambahkan bilangan lilitan c. menambahkan teras d. kaedah lilitan wayar

faktor-faktor

yang

2. Nyatakan betul atau salah bagi kenyataan yang diberikan. a) Lilitan yang jarang, akan menambahkan kekuatan medan magnet b) Kekuatan medan magnet bertambahnya bilangan lilitan. akan bertambah dengan

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/16

AMALI MAKMAL 9.1 : Melukis uratdaya medan magnet bagi: a) bar magnet b) dawai lurus c) dawai lengkung d) gegelung dawai 1. Semua kerja amali makmal hendaklah dijalankan di bawah pengawasan pensyarah modul. 2. Dapatkan lembaran kerja dari pensyarah modul. 3. Laksanakan amali seperti yang ditunjukkan dalam lembaran kerja.

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/17

9.4 ARUHAN KEELEKTROMAGNETAN
Apabila gelong dawai pengalir atau solenoid digerakkan ke arah bar magnet atau bar magnet digerakkan ke arah gelung dawai, arus elektrik akan terhasil dan dinamakan sebagai arus aruhan. Ini dibuktikan dengan pergerakan jarum pada galvanometer yang diletakkan sesiri dengan gelung dawai pengalir tersebut bergerak ke kiri dan kanan mengikut arah gerakan yang dibuat. Kewujudan arus aruhan akan mewujudkan daya gerak elektrik (dge) yang teraruh. Keadaan ini adalah disebabkan urat daya medan magnet telah dipotong oleh dawai pengalir tersebut atau dawai pengalir tersebut telah memotong urat daya medan magnet. Fenomena ini dinamakan aruhan elektromagnet.

N

S

G

Rajah 9.13

Aruhan elektromagnet berlaku apabila gelung dawai pengalir atau bar magnet digerakkan untuk memotong urat daya magnet

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/18

9.5 MENGHITUNG DGE TERARUH FORMULA E= Blv VOLT.

MENGGUNAKAN

Magnitud daya gerak elektrik (dge) teraruh yang terhasil bergantung kepada:  perubahan fluks pada medan magnet  kelajuan gerakan bar magnet atau dawai pengalir yang memotong fluks tersebut  panjang dawai pengalir. Nilai dge teraruh diberikan dengan persamaan berikut:

E=Blv
Di mana mana E = dge teraruh B = medan magnet ℓ= panjang pengalir v= kelajuan bar magnet atau gelung dawai pengalir Contoh 9.1: Medan magnet B bagi suatu bar magnet ialah 0.5 Weber/meter persegi. Sebatang pengkonduksi yang mempunyai panjang 10 cm diletakkan bersudut tepat dengan medan magnet tersebut. Kemudian dawai pengalir tersebut digerakkan pada arah yang bersudut tepat terhadap medan magnet tersebut dengan halaju 1 m/s. Kirakan dge teraruh yang dihasilkan. Penyelesaian 9.1: B=0.5 weber/meter persegi ℓ=10 cm =0.01 m v= 1 m/s E= Bℓv E= 0.5 x 0.01 x 1 E= 0.05 volt

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/19

Mari kita samasama mencari jawapan!!!

1. Tandakan / pada kenyataan yang betul dan x pada kenyataan yang salah. a) aruhan elektromagnet berlaku apabila arus elektrik dibekalkan pada sesuatu dawai pengalir yang menyebabkan terhasilnya medan magnet. b) daya gerak elektrik yang teraruh dihasilkan apabila bar magnet digerakkan ke arah dawai pengalir. c) Urat daya medan magnet telah dipotong oleh dawai pengalir semasa aruhan electromagnet berlaku.

2. Medan magnet B bagi suatu bar magnet ialah 0.7 Weber/meter persegi. Sebatang pengkonduksi yang mempunyai panjang 50 cm diletakkan bersudut tepat dengan medan magnet tersebut. Kemudian dawai pengalir tersebut digerakkan pada arah yang bersudut tepat terhadap medan magnet tersebut dengan halaju 2 m/s. Kirakan dge teraruh yang dihasilkan.

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/20

Terdapat 3 ciri utama sifat-sifat bagi sesuatu magnet iaitu:  kutub magnet  medan magnet  urat daya magnet/fluks magnet Apabila 2 magnet didekatkan, kutub yang sama akan menolak dan kutub yang berlainan akan menarik antara satu sama lain. Jika sesuatu bahan pengalir dialirkan dengan arus elektrik, ia akan bertindak seperti magnet. Fenomena ini dinamakan keelektromagnetan. Arah medan magnet boleh ditentukan dengan:  Kompas  hukum tangan kanan  hukum skru gabus Apabila gelong dawai pengalir atau solenoid digerakkan ke arah bar magnet atau bar magnet digerakkan ke arah gelung dawai, arus elektrik akan terhasil dan dinamakan sebagai arus aruhan. Magnitud daya gerak elektrik (dge) teraruh yang terhasil bergantung kepada:  perubahan fluks pada medan magnet  kelajuan gerakan bar magnet atau dawai pengalir yang memotong fluks tersebut  panjang dawai pengalir.

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/21

UNIT 9
Anda telah hampir berjaya. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

PENILAIAN 9-1 a) Rajah 9.13 menunjukkan sebuah magnet kekal yang mempunyai kutub utara dan kutub selatan.

N

S

Rajah 9.14

i. Lakarkan uratS daya medan magnet bagi magnet kekal tersebut. ii. Tandakan dengan anak panah arah urat daya medan magnet yang anda lakarkan.

NAY/MNR/KKBD/2005

PRINSIP ELEKTRIK

ETE 102/UNIT 9/22

b) Rajah 9.14 menunjukkan sebuah gelungan dawai yang disambungkan dengan bekalan arus terus.

Rajah 9.15

i. Lakarkan urat daya medan magnet yang mengelilingi setiap gelungan dawai tersebut. ii. Tandakan dengan anak panah bagi menunjukkan arah urat daya medan magnet. iii. Tentukan kutub di kedua-dua hujung gelungan dawai tersebut, samada kutub utara atau kutub selatan.

Tolong cari jawapan bersama saya…

NAY/MNR/KKBD/2005