PROSA TRADISIONAL

Disediakan oleh ; Siti Zahrah Bt Md Yusuf Nurul Hidayah Bt Omar

Pengenalan
• Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama iaitu: 1. Prosa Melayu Tradisional 2. Puisi Melayu Tradisional

KONSEP
• Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. • Tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif). • Karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa.

• Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam karya-karya. • Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu dibahagikan kepada dua jenis : 1. Naratif 2. Bukan naratif

Prosa Tradisional Naratif
• Terbahagi kepada : 1. Naratif Lisan 2. Naratif Tulisan • Naratif lisan boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama : 1. Mitos 2. Legenda 3. Cerita rakyat
* Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi
seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan.

• Naratif tulisan terbahagi kepada lima genre : 1. Sastera sejarah 2. Sastera hikayat 3. Sastera sastera panji 4. Sastera kepahlawanan / epik 5. Sastera agama

Prosa Tradisional Bukan Naratif
• Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu : 1. Sastera undang-undang 2. Sastera kitab 3. Sastera ketatanegaraan 4. Kepustakaan ilmu tradisional

Ciri-ciri Prosa Tradisional
• Lisan
– Medium : kata-kata ataupun pertuturan (melalui penceritaan atau percakapan) – Para sasterawan zaman tradisional, oleh kerana tidak mempunyai alat tulis menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak hilang begitu sahaja.

• Tulisan
– Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan. – Karya-karya kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak golongan istana.

• Kreatif • Bukan kreatif
– Contoh ; esei, rencana dan sebagainya

• Estetik
– Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh seseorang penulis.

Gaya Bahasa
PARADOKS Pernyataan yang berlawanan dengan kejadian yang sebenarnya berlaku. Paradoks biasanya bertujuan untuk menyindir. Contohnya: Ayamnya menang kampung tergadai

SIMILE

Gaya bahasa perbandingan yang menggunakan perkataan seperti, macam, laksana, bagai, umpama,dan bak.

Contoh: “Apa kena awak Pak Siti, seperti orang gila ni?”
“Tampaknya Pak Kaduk seperti juara yang maha faham pada sabungmenyabung”

Gaya bahasa
BAHASA ISTANA Cerita ini menyelitkan banyak bahasa istana sesuai dengan cerita rakyat. Contohnya: Beta, patik, tuanku, titah, duli

BAHASA KLASIK Penggunan bahasa Melayu klasik mengesahkan ciri-ciri prosa klasik. Contohnya: •Bena- endah, hirau, peduli •Tuntung- hujung yang tajam •Bulang- mengikatkan taji pada kaki ayam dengan tali •Roman- raut wajah •Sedondon- sama warna atau corak