NYANYIAN RAKYAT

Disediakan Oleh : Rabiah Binti Abdullah Nurul Hidayah Binti Omar Zaitinoridah Binti Hamzah Siti Zahrah Binti Md Yusuf

Nyanyian Rakyat
• Nyanyian rakyat merupakan seni puisi berlagu dan berirama serta mempunyai kecantikan lirik untuk diwarisi oleh bangsa Melayu sejak berzaman • Lirik-liriknya berupa pantun, rangkapan syair mahupun puisi bebas disampaikan melalui melodi dan irama. • Ada lagu yang mempunyai cerita yang panjang, ada yang berangkap namun tetap mempunyai makna yang tersirat

Fungsi Lagu Rakyat
– Merupakan satu daripada seni warisan yang melambangkan hasil kreatif daripada pujangga silam yang tinggi nilainya. – Memainkan pelbagai peranan yang berkesan dalam masyarakat dahulu mahupun sekarang. – 4 fungsi utama ;
• Mendidik • Satu bentuk hiburan yang cukup mengasyikkan kepada pendengar-pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat

Mendidik dan Memberi Nasihat

• • • •

Mendidik masyarakat supaya taat pada ajaran agama di samping membentuk nilai berbudi bahasa Contoh ; Burung Kenek-kenek. Burung Kenek-kenek Terbang tinggi di awan Pesan datuk nenek Pandai-pandai cari kawan Lagu rakyat ‘Burung Kenek-kenek’ merupakan sebuah lagu yang ditujukan kepada kanak-kanak. Lagu ini menyelitkan unsur nasihat supaya kanak-kanak berhati-hati dalam memilih kawan. Selain itu, lagu ini mengingatkan kanak-kanak supaya menjadi insan yang bertaqwa dan menunaikan solat. Perkataan ‘pesan’ pada lirik lagu yang membawa maksud nasihat membuktikan bahawa lagu rakyat ini bertujuan untuk memberi nasihat kepada khalayak

Hiburan
• Satu bentuk hiburan yang cukup mengasyikkan kepada pendengarpendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat • Di samping keindahan melodi, lagu rakyat yang sarat dengan ceritacerita yang mengasyikkan juga telah memukau pendengar. Sebagai contoh lagu ‘Indung-indung’ yang menceritakan mengenai kepahlawanan seorang pemuda. Sebagai contoh ;
Anak dagang pergilah merantau Membawa keris luk tujuh belas Besi dititik besi di tinting Diasap kemenyan tunggal Dibasuh kemenyan tunggal Indung indung lagu indung Indung indung

Sindiran
• Lagu rakyat yang dinyanyikan turut menjadi medium sindiran kepada golongan-golongan tertentu atas perilaku dan sikap yang di anggap menyimpang dari norma masyarakat. • Sebagai contoh ;
Ayam makan padi Itik makan beras Orang zaman ini Hatinya keras

Diguna dalam Perubatan Tradisional
• Terdapat sebilangan lagu yang digunakan oleh bomoh atau pawang untuk mengubat penyakit. • Masyarakat Melayu zaman dahulu sememangnya kuat kepercayaan kepada bomoh dan pawang terutama dalam menyembuhkan penyakit-penyakit.

• Bomoh atau pawang dikatakan akan menggunakan pertolongan makhluk halus untuk menyembuhkan penyakit. Lagu digunakan untuk menyeru makhluk halus berkenaan. • Sebagai contoh lagu ‘Ulit Mayang’ yang begitu terkenal di Terengganu.

• Diucapkan melalui perantaraan lisan.

CIRI-CIRI LAGU RAKYAT

• Penyampaian adalah dari seorang individu kepada seorang individu atau kumpulan yang lain. Seterusnya dari satu generasi kepada satu generasi yang lain • Dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya. Lagu rakyat dianggap sebagai hak masyarakat dan bukannya hak perseorangan. Perkara ini berlaku kerana seniman pada masa lampau tidak mempunyai kepentingan individu. Rasa bimbang atau ketakutan pada golongan tertentu juga merupakan faktor sastera rakyat atau juga sastera klasik ini tidak mempunyai nama pengarang atau penciptanya

Sambungan
• Lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran. • Menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat. • Mempunyai unsur-unsur perulangan dan kesamaan. • Mempunyai nilai-nilai unsur pendidikan.

Sambungan
• Bentuknya tidak mantap, tiada istilah, judul dan nama tertentu dan penyebarannya bersifat setempat. • Lahirnya daripada aktiviti-aktiviti sosial, agama, hiburan dan ritual yang berlaku dalam kehidupan rakyat sehari-hari.