You are on page 1of 22

Sekolah Bestari |1

1. PENDAHULUAN Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos yang efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah. Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Perlaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. Latihan
GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

Sekolah Bestari |2

kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan. 2. KONSEP SEKOLAH BESTARI Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman maklumat. Maka, institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat. Ini adalah sangat penting kerana maklumat berubah dengan pesat di zaman maklumat. 2.1 Objektif Sekolah Bestari :        2.2 Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Membangunkan tenaga kerja untuk zaman maklumat. Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi. Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar. Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu. Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan. Mendemokrasikan pendidikan.

Kemahirn Generik

Dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat, pelajar boleh belajar sepanjang hayat. Di antara kemahiran generik yang perlu dikembangkan:  Kemahiran belajar / Learning skills;  Kemahiran berfikir / Thinking skills;  Kemahiran mentaksir dan menilai / Interpreting and evaluating skills;  Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi / ICT skills;  Kemahiran pemudahcaraan / Facilitating skills (Guru) Kemahiran generik dapat dikembangkan dengan cara memahami ciri-ciri pelajar, menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ciri- ciri pelajar yang perlu difahami oleh guru ialah gaya pembelajaran pelajar (Model Dunn dan Dunn ; Model VARK), kecerdasan pelbagai pelajar dan kompetensi kecerdasan emosi pelajar

GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia .menggalakkan penglibatan secara aktif. Budaya kaya ilmu.3 Pendekatan Pendekatan-pendekatan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar ialah :           2. Kolaboratif. teknik yang pelbagai.5 Direktif (Directive) Pemerhatian (Observation) Mediatif (Mediative) Generatif (Generative) Koperatif dan Kolaboratif (Co-operative and Collaborative) Konteks Luar (Outside-Context) Metakognitif (Metacognitive) Konteksual (Contextual) Kajian Masa Depan (Futuristic Studies) Ciri-ciri Pedagogi        Pembelajaran melalui pengalaman-aktiviti berpusatkan pelajar. Participatif.4 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centred Learning) Pembelajaran Bersifat Individu (Individualized Learning): Pembelajjaran Masteri (Mastery Learning) Pembelajaran Kadar Kendiri (Self-paced Learning) Pembelajaran Akses Kendiri (Self-access Learning) Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-directed Learning) Pembelajaran Berfikrah (Thoughtful Learning) Pembelajaran Berbantukan Teknologi (Technology aided learning) Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based Learning) Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning) Strategi Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar ialah :          2.maklumat dikongsi secara bersama. Mengintegrasikan elemen pembelajaran bestari seperti gaya pembelajaran. strategi. Berasaskan guru.Sekolah Bestari |3 2. kecerdasan pelbagai. Berfikiran Kritis dan kreatif. rangkaian dan perisian – pendekatan.

bertema dan berkesinambungan merentasi bidang pembelajaran. Akses kendiri. Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau elemen yang ingin dibentuk dalam diri pelajar menerusi hasrat dan kandungan kurikulum. 2.kontekstual dan sebagainya. Autentik / performance-based. Fleksibel. Berpandukan nilai – pemupukan akhlak dan nilai murni merentas kurikulum. kemahiran. bahasa merentas kurikulum. inkuiri. Penilaian “on-line”. Pelbagai dimensi ilmu. Futuristik – menyediakan pelajar untuk menghadapi masa depan. Developmental – membantu pelajar mencapai perkembangan menyeluruh dan seimbang. GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . Ciri-ciri Penilaian dan Pentaksiran Bestari          Rujukan kriteria.bersifat individu. Mengintegrasikan pengetahuan. berterusan dan berfungsi sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran. nilai. Fokus pentaksiran ialah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkembangan pelajar untuk memudahkan tindakan susulan.8 Pelbagai disiplin. kemahiran dan bersifat global.berfikrah.6 Ciri-ciri P&P Bestari Modul pembelajaran: Membolehkan pembelajaran kadar kendiri. 2. Terarah kendiri.Sekolah Bestari |4     Berpusatkan pelajar: Pembelajaran Masteri. Pentaksiran lebih berbentuk tidak formal.7 Ciri-ciri Kurikulum Bestari         2. Berorientasi praktis dan berasaskan proses. Penggunaan kemudahan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan tahap pencapaian pelajar. Konteks global. akses kendiri dan terarah kendiri dijalankan secara interaktif dan mempunyai aras kesukaran. Pelbagai kaedah dan strategi P&P digunakan seperti stesyen. Fleksibel – mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Kadar kendiri. Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan berdasarkan tujuan pentaksiran dan objektif matapelajaran diutamakan.

1 Gaya Pembelajran. Audio: belajar lebih baik dengan mendengar. 4. GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . Pedagogi 3.1. Kurikulum 2. 3. Kemahiran generic Ciri-ciri pelajar Pendekatan pembelajaran Strategi P&P 3. 1. Penilaian 4. 1.1 Model VARK     Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu. Reading : belajar lebih baik dengan membaca.Sekolah Bestari |5 Perbezaan antara penilaian sekarang dan penilaian Bestari. CIRI-CIRI PELAJAR 3. Bahan 2. 2. 3.10 Perkara yang dirujuk sebagai elemen-elemen pembelajaran bestari. Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan penglibatan secara fizikal/ hands-on.9 Empat komponen P&P Bestari yang mesti diberi perhatian. SEKARANG Berfokuskan pencapaian Berasaskan subjek Merujuk norma Berpusatkan sistem Berpusat Terminal Off-Line BESTARI Holistik Berasaskan elemen Merujuk Kriteria Berpusatkan Pelajar Pelbagai bentuk Berterusan On-Line 2.

1. waktu. Suhu.bertindak secara spontan.berkaitan dengan memahami diri secara lebih dalam dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri sendiri. Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan).berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahan alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya. Impulsif atau reflektif (impulsive. pelbagai cara. Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud). mencipta).berkaitan dengan ruang + visualisasi Kinestetik . Pola (contoh: susunan kelas) Emosi: Motivasi.berkaitan dengan ritma dan melodi Interpersonal .2 Model Dunn & Dunn Model Dunn dan Dunn menyatakan bahawa gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus berikut:      Alam sekitar: Bunyi. Jenis dan ciri-ciri setiap Kecerdasan Pelbagai :         Verbal Linguistik – berkaitan dengan penggunaan + penguasaan bahasa Logik Matematik – berkaitan dengan pengiraan/penaakulan Visual-ruang . rakan sebaya. reflektif.Sekolah Bestari |6 3.berkaitan dengan pergerakan badan Muzik . tanggungjawab (dengan atau tanpa bimbingan guru). 3. Naturalis . Sosiologi: sendiri.2 Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai adalah suatu teori oleh Howard Gardner (1983) bahawa manusia ada pelbagai jenis kecerdasan.berfikir sebelum bertindak). ketabahan (jangka masa belajar). makan.MICA) GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . otak kiri/kanan (kanan. gerakan. Cahaya. pasukan. pasangan. guru.berkaitan dengan interaksi dan hubungan dengan orang lain Intrapersonal .suka belajar secara keseluruhan. Cara mengenalpasti kekuatan Kecerdasan Pelbagai seseorang pelajar:      Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar Aktiviti murid semasa lapang Laporan prestasi murid Profil Kecerdasan Murid Soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for Adults. struktur (contoh: suka ikut jadual waktu).

ICT sebagai alat bantu. Kompetensi kecerdasan emosi (EIC) pula ditakrifkan sebagai kebolehan menguruskan emosi sendiri dan orang lain untuk menghasilkan hubungan yang positif. Kebolehan menguruskan emosi adalah seperti berikut :        Menentukan cara kita menguruskan diri – Kompetensi Peribadi Kesedaran kendiri (sedar tentang perasaan diri) Pengurusan kendiri (kebolehan menguruskan perasaan) Motivasi kendiri (perasaan yang mendorong kendiri) Menentukan cara kita menguruskan hubungan dengan orang lain – Kompetensi Sosial Kesedaran sosial – empati (memahami dan mengurus mengikut perasaan orang lain) Kemahiran sosial (kemahiran menghasilkan respon yang diharapkan daripada orang lain) 4.1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT Skills) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan teknologi yang melibatkan pengumpulan. ICT sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Peranan ICT dalam pendidikan:     ICT sebagai subjek. KEMAHIRAN GENERIK 4.Sekolah Bestari |7 3.cara yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ICT:     Tutorial Ekspolaratori Applikasi Komunikasi GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . penyimpanan dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk (Pemangkin kepada Pendidikan Bestari). ICT sebagai alat dalam pengurusan dan pentadbiran maktab/sekolah Cara.3 Kompetensi Kecerdasan Emosi (EIC: Emotional Intelligence Competency) Emosi atau Perasaan atau Kecerdasan Emosi ditakrifkan sebagai kesedaran tentang emosi diri dan orang lain.

 Pembelajaran tidak rigid. GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia .  Meningkatkan kreativiti dan imaginasi para pelajar.Sekolah Bestari |8 Kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran: Pelajar  Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperoleh. Dalam proses penilaian. Penilaian melalui projek.  Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. Penilaian portfolio. kemajuan dan pencapaian pelajar.  Memberi peluang pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Guru  Dapat menjimatkan masa P&P. Kepentingan (tujuan) mentaksir dan menilai:     Sebagai pelengkap kepada proses P&P. Penilaian kendiri. Untuk membuat tindakan susulan dan pertimbangan daripada maklumat yang diperolehi. 4.  Lebih fleksibel. Penilaian melalui pemerhatian (observation). Mengambilkira tahap kehadiran pelajar.2 Kemahiran Mentaksir dan Menilai Kemahiran Mentaksir dan Menilai merupakan kemahiran menggunakan:      Kaedah penilaian yang menyeluruh dan holistic. Mengesan kemajuan pelajar secara fleksibel.  Meningkat kemahiran ICT. Untuk mendapatkan maklumat perkembangan. Untuk mendapat gambaran keseluruhan prestasi pelajar Jenis-jenis penilaian yang boleh digunakan:      Penilaian melalui kontrak pembelajaran.  Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Mengambil kira tahap kecerdasan pelajar.

 Bahan audiovisual. Kemahiran berfikir secara kritis adalah keupayaan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti. Jenis-jenis kemahiran belajar untuk memperoleh maklumat:           Kemahiran mendengar Kemahiran membaca Kemahiran mencatat nota Kemahiran menulis Kemahiran mengingat Kemahiran komunikasi Kemahiran carian (sourcing for information) Kemahiran teknikal Kemahiran memerhati Kemahiran penyelidikan Langkah-langkah dalam memproses maklumat:  Menganalisis maklumat. 4.4 Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif Pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu.  Mentaksir maklumat. Jenis-jenis kemahiran berfikir ialah GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . meneroka pelbagai idea.Sekolah Bestari |9   4.  Bahan bercetak.  Menilai maklumat. Penilaian dengan menggunakan perisian (Evaluation using Courseware). Kemahiran Belajar Kemahiran belajar merupakan kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat.  Mensintesis maklumat Sumber-sumber maklumat:  Sumber berasaskan manusia.  Sumber berasaskan komputer. membuat keputusan wajar dan membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.3 Ujian dan peperiksaan.

4.Consequence and Sequel (what follows.5 Kemahiran Pemudahcaraan (Fasilitator) Fasilitator merupakan guru atau kumpulan guru yang membantu pelajar mencapai hasil dan matlamat pembelajaran melalui aktiviti individu atau kumpulan.  Mengesahkan sumber maklumat. Possibilities and Choices.  Menjana dan menghasilkan idea baru. CAFConsider All Factors. C&S. seseorang fasilitator haruslah memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi dirinya. APC – Alternatives.  Mengusul periksa andaian.  Menerangkan sebab. AGO-Aims.  Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan. Semasa berinteraksi. Goals & Objectives. Interesting.First Important Priorities. Fasilitator berperanan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.  Mencipta metafora.  Membuat inferens. as a result) -kesan mengikut jangka masa.S e k o l a h B e s t a r i | 10     Kritis Kreatif Membuat keputusan (pilih yang terbaik) Menyelesaikan masalah menangani sesuatu situasi bermasalah/ berusaha untuk mencapai matlamat atau keadaan yang diingini) Jenis-jenis alat berfikir:  Lembaran pengurusan grafik  Soalan dan penyoalan  Peta minda  Cognitive Research Trust (CoRT I: PMI-Plus. Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis  Membanding dan membeza. FIP. Teknik-teknik fasilitator yang digunakan semasa pembelajaran yang membantu pelajar mencapai matlamat pelajaran: GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia .  Membuat sekuen. Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kreatif  Mencipta analogi. Minus. OPV –Other People’s Views).  Membuat ramalan.

1 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu).Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Menggunakan sekolah. rumah dan komuniti sebagai resos (sumber). Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan. terlibat dalam penilaian berterusan. pekerjaan. Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari). Memberi maklum balas (Feedback) Pengarahan (Instructing) (Cooperative development) Memberi perhatian (Attending) Renungan (Reflecting) Memberi focus (Focusing) Penentuan tema (Thematising) Mencabar (Challenging) Pendedahan (Disclosing) Penentuan matlamat (Goal-setting) Menjejak (Trailling) 5. GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . Pembelajaran yang melibatkan interaksi social dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran. Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar:     Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.S e k o l a h B e s t a r i | 11               Penyoalan (Questioning) Percontohan (Modelling) Penstrukturan kognitif (Cognitive structuring): memberi penerangan atau struktur sebagai panduan untuk aktiviti. kumpulan dan kelas. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif). Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan juga melibatkan pelajar untuk merancang. Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu. PENDEKATAN P&P BESTARI 5.

Jenis-jenis pembelajaran individu ialah:  Pembelajaran Masteri (PM): percaya bahawa setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (mastering) apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mereka mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka dan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar. guru dan interaksi mereka.2 Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka. program. buku teks yang diperingkatkan aada tahap-tahap tertentu dengan penggunaan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya (Keller Plan). Pembelajaran Akses Kendiri (PAK): pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK): usaha oleh seseorang atau individu untuk memperbaiki dirinya. program penggunaan komputer yang terancang. Ujian yang menguji yang telah dipelajari perlu disediakan Sediakan bahan pembelajaran berperingkat.S e k o l a h B e s t a r i | 12   5. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif. Pembelajaran Bersifat Individu Pendekatan pembelajaran bersifat individu mengambil kira perbezaan antara individu. Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK) : pelajar diberi tanggungjawab dan diharap dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka. Menekankan sikap lebih daripada teknik-teknik atau mod-mod pengajaran pembelajaran yang lain yang lebih menekankan perkaitan aktiviti – aktiviti pembelajaran pelajar. CD interaktif.    Perlaksanaan pembelajaran individu Jenis Pembelajaran Individu Pembelajaran Masteri (PM) PERLAKSANAAN Unit atau program dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit pembelajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang memerlukan tempoh waktu. Contoh: Modul. Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK) GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . barangkali satu hingga dua minggu. Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan pembelajaran sendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat.

5. akan memberi jawapan yang berlainan kepada sesuatu masalah. memastikan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran. Menerima kepelbagaian maklum balas. Tidak memberi pendapat atau “value judgement” terhadap pelajar. Menyoal soalan-soalan yang terbuka (open ended). Strategi guru berfikrah (a thoughtful teacher) ialah:          Berusaha memfokus dan memfokuskan semula tugas pelajar. mengambil masa untuk berfikir. akan menyoal dengan soalan-soalan yang kompleks mengenai tajuk tersebut. keperluan. tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Pelajar belajar mengikut minat. akan mendengar kepada apa yang disebut oleh pelajar lain. memikir akan pemikirannya. GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . mengambil bahagian dalam pembelajaran. menggunakan perkataan yang spesifik dan tepat. Pentaksiran kendiri disediakan supaya pelajar dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka. perbincangan dan berbincang mengenai kemajuan pembelajaran pelajar. Menunggu maklum balas daripada pelajar. Menyoal soalan-soalan lanjutan. Tingkah laku pelajar berfikrah: Pelajar:         akan terikat kepada sesuatu masalah walaupun pada masalah yang lebih susah.3 Pembelajaran Berfikrah Pembelajaran berfikrah adalah proses P&P yang memberi penekanan untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks. mengadakan inferens.S e k o l a h B e s t a r i | 13 Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Terarah Kendiri Sediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan berkenaan dengan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di suatu tempat khusus yang dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri. memberi sebab untuk jawapan. Tidak akan mengulangi maklum balas pelajar. Meminta pelajar membuat refleksi tentang pemikirannya. Membimbing pelajar untuk menentukan sendiri tujuan dan isi kandungan pembelajaran. Menggalakkan interaksi antara pelajar.

Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa. tujuan. GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT secara berfikrah. kaedah penggunaan.  merancang objektif pengajaran pembelajaran. Seorang guru harus tahu bagaimana untuk menentukan keberkesanan penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Emosi adalah penting dalam pencorakan.4 Pembelajaran Berbantukan Teknologgi Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi secara berfikrah. Mencari makna secara dalaman.S e k o l a h B e s t a r i | 14 5.  mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai  kawal selia penggunaan media. Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku. Mencari makna melalui pencorakan.  merancang dan menyediakan bahan akses atau mempastikan bahan sedia ada boleh digunakan. maka akan berlakulah proses pembelajaran. Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah :  merancang dan memilih topik yang sesuai.5 Pembelajaran Berasaskan Otak Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi. terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses P&P. terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses P&P. kesesuaian. kualiti dan kos sesuatu alat bantu mengajar. Penggunaan ICT: (a) untuk pembelajaran tutorial (b) untuk pembelajaran penerokaan (c) sebagai alat aplikasi (d) sebagai alat komunikasi 5. Prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak ialah:      Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi. Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak.

S e k o l a h B e s t a r i | 15       Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang ditumpukan. Relaxed alertness:Mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran Active processing: Membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran yang berkesan. Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embeded) dalam spatial memory. Kelebihan pembelajaran berasaskan otak:    Orchestrated immersion: Mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek:     Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.6 Guru perlu menyediakan pengalaman yang kompleks dan interaktif yang sebenar dan pelbagai. Pelajar perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik. Guru perlu membantu pelajar mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka. Pembelajaran Berasaskan Projek Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada pihak berautoriti. Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. Antara elemen.elemen interaktif yang penting dalam proses ini ialah:      5. Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote. Otak adalah unik. GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . mereka harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan. Bagi mempastikan pelajar memahami sesuatu masalah secara mendalam. Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar. Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.

 Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan. memproses maklumat dan data. pengalaman dan kebolehan murid. 1 guru Penyelaras ICT dan 1 Pentadbir dari setiap sekolah. Berasaskan kemahiran.  Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza. Pembentangan. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan. Responden terdiri daripada 30 guru. Pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari sangat penting untuk:  Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang pelbagai. penyelarasan dan pemurnian projek. Strategi perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek:          Memberi tugasan mengikut kurikulum. Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Menentukan jadual kerja dan pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.  Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P. Sesuai dengan murid dan kurikulum. 6. pengetahuan. 30 murid. STATUS SEMASA DAN CABARAN Penarafan sekolah menggunakan aplikasi Smart School Qualification Standards (SSQS) secara online telah dilaksanakan pada 19 Julai hingga 30 ogos 2010. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek. berkomunikasi dan pengurusan kendiri. Aplikasi ini telah dihoskan di pusat data Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat. Memastikan pelajar membuat refleksi sepanjang pelaksanaan projek.S e k o l a h B e s t a r i | 16     Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.  Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.  Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.  Mengintegrasikan bidang kurikulum. pengajaran bertema dan isu-isu komuniti. Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek. GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . data. maklumat.

955 sekolah menjawab instrument SSQS secara online dan offline.0% 3.8 97. Daripada 96 buah sekolah 5 bintang pada tahun 2009.9% Dapatan penarafan menunjukkan terdapat beberapa sekolah yang mencapai tahap 5 bintang pada tahun 2009 tidak berjaya mengekalkan tahap tersebut.4 GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . 100 100 99 98 97 96 95 Tertinggi 97.2 WP Putrajaya Johor Kelantan 90 88 86 84 82 80 78 76 74 Terendah 82.6 Pahang Sarawak Sabah 88.1% 5 Bintang 3 & 4 Bintang 2 & 1 Bintang 87. Dapatan penarafan seperti di bawah: Peratus Penarafan Sekolah Bestari 2010 9. sebanyak 70 buah sekolah berjaya mengekalkan pencapaian manakala 24 buat sekolah telah merosot kepada tahap 4 bintang dan 2 buah sekolah merosot kepada 2 bintang.S e k o l a h B e s t a r i | 17 Sebanyak 8.5 79. Dapatan penarafan menunjukkan tiga (3) negeri yang mendapat peratus tertinggi dan tiga (3) negeri yang mendapat peratus terendah.

lima sekolah dua bintang dan satu sekolah satu bintang manakala sembilan buah sekolah tidak mengambil bahagian. 300 250 200 150 100 50 0 2009 2010 96 70 201 Kekal 5 Bintang Terdapat beberapa isu dan cabaran dalam pelaksanaan penarafan sekolah menggunakan aplikasi SSQS dalam talian. 44 sekolah empat bintang.7% dalam domain infrastruktur ICT.6% dalam domain modal insan. Hosting secara berpusat di BTP Dapatan penarafan bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional menunjukkan enam sekolah mendapat taraf lima bintang. 23 sekolah tiga bintang.S e k o l a h B e s t a r i | 18 Dapatan penarafan juga menjunjukkan 94. Sebanyak 70 buah sekolah sahaja yang berjaya mengekalkan status Sekolah Bestari 5 Bintang.0% sekolah mencapai 3 bintang dan ke atas dalam domain menggunakan ICT.6% dalam aplikasi dan 90. . Kompetensi ICT Pentadbir dan guru 2. 71. Capaian SchoolNet di sekolah 3. 91. Berikut merupakan senarai Sekolah Bestari mengikut negeri: PERLIS 1 SMK Derma 2 SM Sains Tunku Syed Putra KEDAH 3 SMK Jitra 4 SMK Agama Baling 5 SMK Sultan Badlishah 6 SM Sultan Abdul Halim GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . Antara isu dan cabaran yang memberi kesan dinyatakan adalah : 1. Graf di bawah menunjukkan perubahan jumlah sekolah yang mendapat penarafan 5 Bintang bagi tahun 2009 dan 2010.

Presint 8 42 SK Putrajaya 2. Putrajaya 40 Sekolah Seri Puteri. Presint 9 GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . Ismail 23 SMK Aminuddin Baki 24 SM Sains Selangor 25 SMK Seri Bintang Utara 26 SMK Seri Bintang Selatan 27 SK Seri Bintang Utara 28 SK Seri Bintang Selatan SELANGOR 29 SMK(P) Sri Aman 30 SMK Sungai Besar 31 SMK Bandar Baru Bangi 32 SMK Kuala Kubu Bharu 33 SMK Telok Datok 34 Kolej Islam Sultan Alam Shah 35 SM Agama Persekutuan Kajang 36 SM Sains Kuala Selangor 37 SMK Sungai Pusu 38 SMK Putrajaya 1.S e k o l a h B e s t a r i | 19 7 SM Sains Sultan Mohamad Jiwa 8 SM Sains Pokok Sena PULAU PINANG 9 SMK Abdullah Munsyi 10 SMK Dato Onn 11 SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin PERAK 12 SMK King Edward VII 13 SM Clifford 14 SMK Seri Perak 15 SMK Tengku Menteri 16 SMK Raja Permaisuri Bainun 17 SM Sains Raja Tun Azlan Shah 18 Sekolah Tuanku Abdul Rahman 19 Kolej Melayu Kuala Kangsar 20 SM Sains Teluk Intan WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 21 SMK Victoria 22 SMK Taman Tun Dr. Presint 8 39 Sekolah Alam Shah. Cyberjaya 41 SK Putrajaya 1.

Pekan MELAKA 55 SMK Dato’Dol Said 56 SMS Muzaffar Shah JOHOR 57 SMK Tun Habab 58 SMK Dato’ Sri Amar Diraja 59 SM Sains Muar 60 SM Sains Johor. Kuantan 52 SM Sains Tengku Abdullah 53 SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan 54 Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah. Kluang 61 Sekolah Tun Fatimah 62 SM Sains Kota Tinggi 63 SMK Agama Segamat 64 SMK Dato’ Penggawa Barat 65 SMK (P) Temenggong Ibrahim TERENGGANU 66 SMK Matang 67 SM Sains Sultan Mahmud 68 SM Sains Dungun 69 SMKA Sheikh Abdul Malek KELANTAN 70 SMK Kamil 71 SM Dato Ahmed Maher 72 SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra 73 SM Sains Machang 74 SMKA Naim Libanat 75 SM Sains Pasir Puteh SABAH 76 SMK Elopura 77 SMK Pengiran Omar GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia .S e k o l a h B e s t a r i | 20 NEGERI SEMBILAN 43 SMK Dato’Sedia Raja 44 SMK Bandar Baru Serting (FELDA) 45 SM Agama Persekutuan Labu 46 Kolej Tunku Kurshiah 47 Sekolah Dato Abdul Razak 48 SM Sains Tuanku Jaafar PAHANG 49 SMK Abdul Rahman Talib 50 SMK Seri Pekan 51 SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah.

Perkara ini. Murid-murid di luar bandar perlu diberi peluang yang sama untuk akses kepada teknologi maklumat. langkahlangkah bantuan untuk golongan berpendapatan rendah diperlukan. jelas bahawa ia tidak mengambil kira kepelbagaian masyarakat dan kemampuan untuk merealisasikannya. akan dapat menjalankan pedagogi bestari dengan berkesan. Pengluasan program ke seluruh negara sememangnya tidak boleh diketengahkan. kerajaan mungkin boleh menubuhan makmal-makmal teknologi maklumat yang ala “kafe siber” yang boleh diguna sama oleh murid-murid tanpa kos atau kos yang minimum di luar waktu sekolah. Patut disedari keperluan program bestari bukan setakat mempunyai komputer peribadi tetapi memerlukan prasarana-prasarana berkaitan seperti akses internet. perisian-perisian. Disebabkan pihak swasta barangkali lebih berminat membantu sekolah-sekolah di bandar. ternyata terlebih dahulu menerima manfaat kurikulum bestari. pelajar-pelajar luar bandar terutamanya akan terpaksa meneruskan pedagogi yang dianggap lama. sebagai bantuan secara langsung kepada golongan kurang berkemampuan memperoleh peralatan teknologi maklumat. Justeru dalam konteks perancangan sekolah bestari. Sesungguhnya program sekolah bestari boleh melebarkan jurang teknologi dan jurang digital dalam masyarakat. jika dibiarkan berterusan sudah pasti akan melebarkan lagi jurang antara mereka yang berpendapatan rendah dengan mereka yang berpendapatan tinggi. Menyedari kesan program bestari kepada ketidakseimbangan antara pelajar. Pedagogi bestari mestilah tidak untuk golongan terpilih sahaja tetapi meliputi semua pelajar di seluruh negara. PENUTUP Dijangkakan sekurang-kurangnya pada peringkat awal akan berlaku dualisme pedagogi dalam sistem pendidikan negara kita. Selain itu. Perkara utama yang harus ada dalam melaksanakan program bestari ialah mengelakkan kesan dualismenya. penyeliaan dan penyelenggaraan teknikal yang GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . Di sebaliknya.S e k o l a h B e s t a r i | 21 78 SMK Tenom 79 SM Sains Sabah Kota Kinabalu 80 SM Sains Lahad Datu WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 81 SMK Labuan 82 SM Sains Labuan SARAWAK 83 Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah 84 Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang 85 SMK Bahasa Malaysia 86 SMK Three Rivers 87 SM Sains Kuching 88 SM Sains Miri. bekalan tenaga elektrik. pihak kerajaan pula harus member peruntukan yang lebih besar kepada sekolah-sekolah di luar bandar. Sekolah-sekolah terpilih yang kebanyakkannya terletak di bandar dan sekolah-sekolah berasrama penuh. Mereka yang mempunyai keupayaan kewangan dan berada pada lokasi yang betul. Sarawak 7.

1997. Tanjong Malim : Quantum Books. dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan. guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari.my/web/index. an MSC Flagship Application. Untuk menentukan kejayaan perlaksanaan konsep Sekolah Bestari. tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah.php?title=Sekolah_bestari&diff=1801843&oldid=1327246 http://btpnmel.wikipedia.wikipedia. Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.php?option=com_content&task=view&id=96&Itemid=1 27 http://bptv. The Malaysian Smart School.my/portal/index. akan diberi latihan dalam perkhidmatan. A Conceptual Blueprint.php?option=com_content&view=article&id=739:keputusanpenarafan-pembestarian-sekolah-ssqs2010&catid=153:beritapengumuman&Itemid=429&lang=en GAF4052 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia . BIBLIOGRAFI Smart School Project Team.edu. 2009.S e k o l a h B e s t a r i | 22 melibatkan kos.moe.org/wiki/Sekolah_bestari http://ms. Amir Hassan Dawi. 8. khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Government of Malaysia. Sekolah dan Masyarakat. Bahagian Teknologi Pendidikan KPM http://ms. Oleh itu bantuan subsidi selain daripada bantuan notebook daripada kerajaan walaupaun memakan belanja yang besar sangat diperlukan.edu. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan.org/w/index.