You are on page 1of 1

Pembuangan sisa perindustrian dan kilang rawatan pelupusan yang tidak terancang memberi pelbagai kesan kepada hidupan

. Oleh itu, pengurusan pelupusan sisa toksik secara saintifik wajar dilaksanakan untuk mengelak ancaman tersebut. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Kesan utamanya adalah menjejaskan kesihatan. Kesihatan manusia terutamanya akan terjejas melalui pencemaran air oleh bahan toksik sisa perindustrian dan pencemaran udara oleh gas karbon monoksida dan gas sulfur dioksida. Pencemaran akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan alahan seperti batuk kering, radang paru-paru, asma, dan penyakit kulit. Kesihatan haiwan juga akan terancam apabila pembuangan sisa perindustrian ini mencemarkan sumber makanan semula jadi mereka. Contohnya, rumput yang terdapat di kawasan tanah yang telah dicemari bahan sisa perindustrian Kedua, akan berlaku pencemaran alam sekitar. Sumber air yang terdapat di sungai-sungai akan dicemari oleh bahan sisa toksid. Udara pula akan tercemar dengan gas sulfur dioksida dan gas karbon monoksida yang disebabkan oleh pembakaran bahan yang dihasilkan oleh bahan kimia seperti plastic, polivinil klorida (PVC), dan pakaian. Seterusnya, apabila gas-gas ini apabila bercampur dengan air hujan, ia akan menghasilkan hujan asid. Langkah penyelesaian boleh dilakukan dengan penggunaan teknologi rawatan terma. Amalan pengendalian sisa domestik secara bertanggungjawab ini boleh dilakukan dengan mengitar semula, pembakaran sisa dan pelupusan di tanah isian. Pemilihan kaedah pengendalian sisa domestik ini dibuat oleh kerajaan dan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ketersediaan kewangan, keadaan geologi dan ketersediaan tanah dengan kewujudan badan-badan domestik yang menitikberatkan pengitaran semula dan pemerolehan semula. Selain itu, kaedah loji mesra alam boleh digunakan iaitu dengan melupuskan semua sisa yang digunakan secara menyeluruh, tidak menghasilkan furan mahupun dioksin, menghasilkan tenaga daripada sisa supaya boleh digunakan bagi tujuan lain dan tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Sisa domestik iaitu sisa daripada aktiviti pembinaan dan sisa makanan yang terhasil semasa proses pembinaan dan operasi akan dikendalikan mengikut cara pengendalian yang efektif dan dilupuskan di tapak pelupusan yang diiktiraf. Kesimpulannya, pembuangan sisa toksik dan kilang rawatan pelupusan yang tidak terancang akan memberi banyak kesan negatif kepada masyarakat, hidupan lain, dan alam semula jadi. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama untuk menjalankan pengurusan pelupusan sisa toksik secara saintifik demi kepentingan bersama.