You are on page 1of 1

Program Majlis Mohon Restu dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid tentang pentingnya PMR

serta impaknya kepada kemajuan kerjaya murid pada masa hadapan. Program ini dilaksanakan sebagai satu strategi membugar motivasi murid agar mereka sedar bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi PMR. Sebaliknya doa dan Restu dari guru dan ibubapa sentiasa mengiringi mereka. Program ini juga diharapkan dapat menyedarkan kepada murid bahawa kejayaan dan kecemerlangan mereka adalah suatu yang menjadi keutamaan sekOlah. Pada bahu mereka disandarkan segala harapan daripada pihak sekolah dan ibubapa agar mereka dapat berusaha bersungguh-sungguh kerana kejayaan yang diharapkan itu nanti merupakan hasil yang mahu dituai. Semua calon PMR seumpamanya benih tanaman dan harapan sekolah ialah agar benih yag ditanam bukan setakat subur tetapi menghasilkan hasil yang berganda