You are on page 1of 2

Pengisian program Awal Keremajaan Tahun 6 2012

Set induksi (5 minit) 1. Guru mainkan lagu Aizat – kaitkan dengan perkembangan remaja yang kini akan menempuh alam baru. Hubungan yang sihat antara sahabat, lelaki dan perempuan. Kejar mimpi dengan positif.

Langkah 1 (45 minit) 2. Teacher talk – berbual, dapatkan respon daripada murid mengenai program. 3. Mulakan dengan pengenalan dunia alam awal remaja – gunakan fail power point. Terangkan dengan mendalam apa sahaja berkaitan dengan topik seperti isu, konflik remaja. Guru menggunakan pengalaman sedia ada untuk menerangkan topik tersebut. 4. Soal jawab dengan murid (2 soalan) – guru berikan hadiah kepada murid yang berjaya menjawab dengan betul. Langkah 2 (25 minit) 5. Guru menayangkan video klip iklan-iklan berkaitan dengan penjagaan diri seperti iklan deodorant, shampu, tuala wanita dan jerawat. Terangkan serba ringkas kepada murid perkara yang boleh disentuh melalui iklan tersebut. 6. Soal jawab dengan murid (2 soalan) – guru berikan hadiah kepada murid yang berjaya menjawab dengan betul.

Langkah 3 (45 minit) 1. Latihan dalam Kumpulan (LDK) – menulis semula perkara yang telah dipelajari di atas lembaran yang diberikan. Guru memantau LDK. 2. Tunjuk cara urus diri oleh guru dan praktikal oleh murid. Guru memantau LDK. a. -Murid lelaki menguruskan kebersihan serta penampilan diri (grooming). b. -Murid perempuan menguruskan kebersihan diri semasa uzur serta penampilan diri (grooming). 3. Guru mengedarkan cenderahati kepada murid. 4. Guru memainkan lagu Sleek dan Najwa Latif sebagai penutup dan rumuskan agar murid menjadi remaja yang sihat seperti mereka.