You are on page 1of 2

350,000 murid sekolah rendah alami disleksia Utusan Malaysia 17 Disember 2005

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Sebanyak 350,000 murid sekolah rendah di seluruh negara yang kebanyakannya kaum Melayu, mengalami disleksia iaitu sindrom yang mampu merencatkan kebolehan individu membaca dan menulis sehingga jauh lebih rendah daripada tahap kebolehan sebenar. Sindrom itu juga sering dikenali sebagai `bebal' di kalangan masyarakat. Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia (PSHM), Nordin Ahmad berkata, apa yang membimbangkan berikutan statistik Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan itu ialah jumlah murid sekolah yang jauh lebih besar berbanding bilangan guru yang dapat memberikan pendidikan khas kepada mereka. Sehingga kini, katanya, difahamkan terdapat hanya 118 guru yang dikhususkan untuk membimbing murid-murid yang mengalami masalah disleksia melalui kelas khas di sekolah rendah. Menurutnya, bilangan pusat rawatan khusus untuk merawat sindrom itu masih terlalu sedikit. ``Saya pernah menganjurkan program rawatan disleksia di Terengganu dan Melaka tetapi kami kekurangan peruntukan untuk membantu memulihkan golongan penghidap disleksia. ``Bagaimanapun, hasil daripada program itu, pesakit berjaya dipulihkan dalam tempoh 21 hari,'' katanya ketika menyampaikan usul pada Kongres Kepentingan Bangsa anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu di sini hari ini. Kongres dua hari itu bertujuan membantu kerajaan melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) serta menyokong kerajaan dalam segala bidang untuk memastikan kepentingan bangsa Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosio-budaya dan kepimpinan terpelihara. Nordin menambah, melalui kajian persatuannya, didapati 10 hingga 15 peratus murid sekolah rendah mengalami disleksia.

Utusan Online, 5 Oktober 2002

24,000 Pelajar Tingkatan 1 Tidak Mampu Membaca
Perhatian: Ini kes tingkatan 1, bukan tahun 1 seperti di SK Ansip. KUALA LUMPUR 4 Okt. - Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad percaya 24,000 pelajar tingkatan satu yang menghadapi masalah tidak mampu membaca dan menguasai Matematik adalah antara pelajar yang menghadapi masalah kesihatan termasuk disleksia. Menurut beliau, kementeriannya memberi perhatian khas terhadap pelajar-pelajar yang menghadapi masalah berkenaan.

Musa menambah. perkara sedemikian bukanlah sesuatu yang aneh kerana statistik menunjukkan bahawa lima peratus daripada jumlah sesuatu polisi akan menunjukkan ciriciri yang berlainan daripada orang lain. . Bagaimanapun. pada masa ini pihaknya sedang berusaha mengembangkan pendidikan khas secepat mungkin bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar sedemikian.Beliau berkata.000 pelajar tingkatan satu masih tidak boleh membaca dan gagal menguasai Matematik dengan baik. beliau menegaskan jumlah pelajar berkenaan bukanlah besar berbanding keseluruhan pelajar sekolah rendah dan menengah berjumlah empat juta orang. menulis dan mengira (3M). Pendedahan itu berdasarkan kertas kerja Manisah Mohd Ali dan Mohd Mokhtar Tahar yang turut memberi petunjuk bahawa masih terdapat pelajar sekolah menengah gagal menguasai kemahiran asas membaca. Musa menyatakan demikian ketika mengulas statistik Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002 antara lain menyebut bahawa kira-kira 24. ``Jumlah tersebut tidak menggambarkan jumlah yang banyak berbanding jumlah pelajar yang ada sekarang namun kita perlu akur bahawa perkara sedemikian memang wujud.'' katanya.