You are on page 1of 17

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

DISEDIAKAN OLEH

KOLEJ SASTERA DAN SAINS :


(210254) 730424-08-6106 TUGASAN

SAFINAZ BT AHMAD NO. MATRIK : I/C :

1 (a)

ZAHARINA BT HAMZAH Persamaan

dan Perbezaan KBSR dan KSSR


801005-07-5600

NO. MATRIK: (210482) I/C :

ZASHIMAH BTCHE LAT NO. MATRIK: (210229) I/C SHOPIAH BT MAN NO. MATRIK: (210443) I/C RIDHUAN BIN AINI NO. MATRIK: (210502) : 741118-02-6192 : 730223-02-5120

I/C

KANDUNGAN

PENGENALAN A. PERSAMAAN KBSR DAN KSSR 1) Prinsip KBSR dan KSSR berlandaskan FPK 2) Pendekatan Pedagogi dan Peranan Guru B. PERBEZAAN KBSR DAN KSSR 1) Reka Bentuk Kurikulum
2) Bahan Kurikulum.

2-8

9-11 12 13 14

PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN

Soalan:

TUGASAN 1 (a) Bincangkan dua (2) persamaan dan perbezaan utama antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berikan contoh-contoh yang sesuai.

PENGENALAN KBSR
KBSR atau Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Oleh yang demikian,, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, KBSR ditukarkan kepada nama yang baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.Nama sahaja yang berubah tetapi Kandungan kurikulum itu masih lagi sama seperti sebelumnya. KBSR disemak semula pada tahun 2003.Penyemakan ini kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dilaksanakan KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

KSSR
Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Persamaan dan Perbezaan KBSR dan KSSR A. Persamaan KBSR dan KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun 2010 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Walaupun terdapat banyak perubahan atau transformasi telah dilakukan, kurikulum KSSR masih mengekalkan beberapa prinsip KBSR dengan mempunyai beberapa penambahbaikan. Salah satu persamaan di antara kurikulum KBSR dan KSSR ialah prinsip kurikulum yang sama iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup (Long Life Learning). Hal ini ialah untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. 1) Prinsip KBSR dan KSSR berlandaskan FPK 1.1) Pendekatan bersepadu Pendekatan berspadu merupakan satu pendekatann di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapat empat konsep pendekatan bersepadu iaitu penggabungjalinan, penyerapan, kesepaduan dua unsur, dan unsur merentasi kurikulum. Terdapat dua cara penggabungjalinan kemahiran iaitu dalam satu mata pelajaran dan mata pelajaran yang lain. Contoh penggabungjalinan kemahiran ialah di dalam matapelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris ialah kemahiran mendengar digabung dengan kemahiran bertutur. Manakala contoh penggabungjalinan mata pelajaran ialah aktiviti menyanyi(muzik) digunakan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Konsep Penyerapan ialah melalui pelbagai bidang ilmu dalam matapelajaran dan merentasi matapelajaran.
2

Misalnya, unsur Matematik diserapkan dalam matapelajaran Pendidikan Seni. Nilai-nilai turut diterapkan dalam P&P seperti bekerjasama dan tolong-menolong. Seterusnya ialah konsep Kesepaduan diantara dua unsur iaitu Kurikulum dan Kokurikulum, pengetahuan dan amalan serta pengalaman sedia ada dan pengalaman baru. Konsep pendekatan bersepadu yang terakhir ialah unsur merentasi kurikulum. Di dalam KBSR, terdapat beberapa elemen unsur merentasi kurikulum iaitu bahasa, alam sekitar, sains, kemahiran berfikir merentasi kurikulum dan sebagainya. Hal ini bersamaan dengan penambahbaikan yang dilaksanakan dalam kurikulum KSSR iaitu terdapat elemen EMK (Elemen Merentas Kurikulum). EMK menerapkan 3 elemen baru untuk disepadukan dalam mata pelajaran dan topik yang bersesuaian. 3 elemen tersebut ialah elemen Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Contohnya, di dalam mata pelajaran Matematik, murid melakukan aktiviti main peranan sebagai penjual dan pembeli di kantin dengan melibatkan aktiviti tambah dan tolak menggunakan wang. Ini secara tidak langsung telah menerapkan nilai keusahawanan dalam aktiviti P&P. 1.2) Perkembangan individu secara menyeluruh Prinsip KBSR dan KSSR dalam perkembangan individu secara menyeluruh ialah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara. Menurut Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran : .....individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan. (Para 452, hlm. 277)

Daripada kenyataan diatas jelas menunjukkan bahawa pendidikan adalah asas pembentukkan insan seimbang, sepadu serta menyeluruh. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, proses pendidikan hendaklah berpusat kepada pelajar. 1.3) Pendidikan sama rata Persamaan prinsip KBSR dan KSSR ialah memberikan pendidikan sama rata kepada semua individu. Pendidikan sama rata atau pendemokrasian pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam membangunkan pendidikan di Malaysia. Kepentingan kepada keadilan sejagat dalam bidang pendidikan yang mana membolehkan semua pelajar mendapat faedah dan juga kemudahan yang sama rata untuk belajar di mana-mana sekolah dan institusi pendidikan. Selain itu, sebagai sebuah Negara demokrasi berteraskan keadilan, semua warganegara berhak mendapat taraf pendidikan yang baik tanpa mengira ras, agama, jantina, kekayaan dan lain-lain.. Dalam konteks pendemokrasian pendidikan, guru-guru haruslah sentiasa memahami bahawa kewujudan mereka adalah bukan sekadar mengajar tetapi yang utama ialah menyediakan peluang kepada anak didik mereka untuk menikmati pendidikan berkualiti tanpa mengira batas-batas sosio-ekonomi, sempadan-sempadan geografi ataupun perbezaan politik. Kedua-dua kurikulum adalah memberikan pendidikan sama rata iaitu diantaranya menyeimbangkan pendidikan akademik dan ko kurikulum, Selain itu, dari aspek bahan, organisasi, kandungan kurikulum, bahan dibuat adalah mengambilkira semua peringkat kebolehan dan kaum. Hal ini adalah penting bagi melahirkn insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek contohnya dari segi emosi, jasmani, rohani dan pembangunan insaniah 1.4) Pendidikan seumur hidup (Long Life Learning). Konsep pendidikan seumur hidup di populerkan oleh Paul Lengrand, ahli teori dan praktik pendidikan orang dewasa. Pada pendapatnya, seseorang tidak dapat menyelesaikan jenjang kehidupannya dengan serangkaian kemampuan intelektual atau teknis tertentu. Oleh sebab itu, maka penting pendidikan bukan pada penguasaan atas sekumpulan pengetahuan, melainkan pada perkembangan pembawaan, yakni pembawaan untuk memperoleh hakikat dari yang makin bertambah sebagai hasil dari pengalaman berturut-turut. Ia merupakan suatu usaha berterusan untuk mendapatkan ilmu dan tiada had dari segi jangka waktu.

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum khususnya KBSR dan KSSR adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, persamaan utama yang kedua dalam kurikulum KBSR dan KSSR adalah dari segi pedagogi dan peranan guru di sekolah. 2) Pendekatan Pedagogi dan Peranan Guru 2.1) Pedagogi Kedua-dua kurikulum melibatkan penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya caracara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contohcontoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. 2.1.1) Kemahiran berfikir dan aplikasi kecerdasan pelbagai dalam P&P
5

Kurikulum KBSR dan KSSR masih mengaplikasikan kemahiran berfikir sebagai item asas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu objektif KBSR ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar. Cara untuk meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar ialah di dalam aspek gaya pengajaran guru. Sebagai contohnya, dalam KBSR gaya pengajaran guru yang berpusatkan murid. Hal ini ialah bersamaan dengan kurikulum KSSR di mana kaedah pengajaran guru yang berpusatkan murid turut digunakan. Kemahiran berfikir yang perlu diperkembangkan di kalangan pelajar anda dalam P&P. Ini kerana setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang perlu diperkembangkan Selain itu, kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Adalah penting bagi seseorang guru itu selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran itu, guru harus juga mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan tersebut di kalangan pelajar. Sebagai contoh aktiviti dalam P&P seperti membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir, membuat sistesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menaakul secara logik dan membuat kiraan. 2.1.2) Peranan guru sebagai pembimbing Di dalam kurikulum KBSR dan KSSR, guru tetap memainkan peranan utama dalam keberkesanan P&P di bilik darjah. i) Guru sebagai pemimpin Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek, membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya. Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa, bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan supaya mereka dapat
6

membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain. Guru perlu sebagai pembimbing , membimbing murid mencari cara menyelesaikan masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu murid menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya proses P& P dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai. ii) Guru sebagai perancang Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan. Didalam kurikulum KBSR dan KSSR, konsep pembelajaran secara kontruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, Masteri dan akses kendiri masih digunakan. Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid murid mencapai objektif pelajaran mereka. Pemilhan strategi dan kaedah megajar pua berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid mencapai objetif pelajaran yang dikehendaki. Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik , lebih bermaknadan lebih berkesan. Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran. Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistemaik, ia akan melicinkan
7

proses dan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang positif justerunya mencapai

objektif pelajaran yang diharapkan. Walaubagaimanapun, di kurikulum KBSR istilah huraian sukatan pelajaran digunakan manakala di dalam dalam kurikulum KSSR, istilah sukatan di tukar kepada Standard Dokumen Pelajaran. Walaupun istilahnya ditukar, namun fungsinya tetap sama iaitu guru perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk memilih isi pelajaran, memilih strategi dan kaedah, menyediakan bahan pengajaran dan merancang aktiviti P&P. iii) Guru mengembangkan potensi murid Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan. Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana dan lemah. Persamaan kurikulum KBSR dan KSSR, guru masih perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka. Ini telah menggalakkan urid-murid secara aktif dalam pembelajaran. Sebagai contoh, bagi murid yang lemah dalam matematik, guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan serta memberikan bimbingan matematik yang lebih banyak kepada mereka. Di samping itu, guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayang dan akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Tambahan pula, guru boleh menggunakan teknik atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, , serta memberi dorongan kepada para murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Sama ada kurikulum KBSR atau KSSR, tujuan utama pendidikan ialah potensi dan kebolehan murid mestilah dikembang dengan seimbang iaitu daripada semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial).

B. PERBEZAAN KBSR DAN KSSR


1. Reka Bentuk Kurikulum Reka bentuk kurikulum KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu: 1.1.Bidang komunikasi, Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil. Antara objektif penting pembentukan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap

kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira

1.2.Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

1.3.Bidang perkembangan diri individu Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

Manakala KSSR terbahagi kepada 6 Tunjang.Tunjang-tunjang KSSR adalah seperti berikut:

1.3.1 Tunjang Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

1.3.2 Tunjang .Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

1.3.3. Perkembangan Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

1.3.4.Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

1.3.5.Tunjang Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan 1.3.6. Tunjang Keterampilan Diri
10

Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

2. Bahan Kurikulum. KBSR menggunakan sukatan pelajaran dan huraian pelajaran. Sukatan pelajaran dokumen rasmi yang merupakan rangka atau garis panduan berkenaan sesuatu subjek Dalam KBSR juga terdapat Huraian Sukatan Pelajaran yang diperincikan daripada Sukatan Pelajaran Guru mestilah merujuk kedua-dua dokumen ini unuk perancangan tahunan sepanjang tahun yang mengandungi Objektif,Hasil Pembeajaran,aktiviti dan nilai-nilai. Selain itu dalam KBSR penggunaan buku teks dan buku panduan guru juga untuk dibekalkan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu 2.1 Dokumen Standard. Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard.Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepda murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.

2.2 Modul Pengajaran.

11

Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran. 2.3 Modul pembelajaran. Modul Pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran. Penggunaan modul-mudul dalam KSSR menggantikan buku teks yang akan digunaka pakai oleh guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam focus 4M iaitu membaca ,menulis, mengira dan menaakul seperti mana terdapat dalam KBSR iaitu membaca,menulis dan mengira

PENUTUP
Kesimpulannya, kurikulum KBSR dan KSSR ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Asasnya, kurikulum KBSR dan KSSR dibina dan digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah dan sebagai pembimbing, guru menjadikan kurikulum
12

sebagai panduan bagi merancang

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata

pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan yang dilakukan bergantung kepada perubahan dan kepentingan semasa. Di samping itu faktor persekitaran sosial,ekonomi dan politik yang semakin mencabar dan kompleks, memainkan peranan penting yang mendorong kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum supaya kurikulum itu sendiri sentiasa releven dengan keperluan.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik dan metamorphistik. Segala perubahan kurikulum adalah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al. 1999). Berteraskan FPK, konsep kurikulum yang dibina tidak hanya menfokus kepada akademik sematamata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang berketrampilan. Kurikulum yang terbaru digubal dengan penambahbaikan dan elemenelemen baru serta memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran supaya aktivit P&P didalam bilik darjah menjadi lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai disamping menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu dan bertema, Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa. Keseluruhannya, ini bagi memastikan para pelajar di sekolah dapat diberikan pengalaman sewajarnya bagi keperluan masa hadapan mereka yang semakin mencabar RUJUKAN

Dr.Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan,Pengetahuan Dan Ketrampilan Ikhtisas, Fajar Bakti: Selangor,Darul Ehsan.

13

Mohd nizar Mohd Latib. (2010), Falsafah Pendidikan Kebangsaan Retrived October 9, 2011, from http://www.scribd.com/doc/47760112/FPK-Pendekatan-Bersepadu.

Mok Song Sang. (2001). Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman: Subang Jaya.

Robiah Saidin. (1994). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan. Fajar Bakti: Kuala Lumpur.

Sahbulah Darwi. (2007), Peluang Pendidikan Sama Rata Retrived October 12, 2011, from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1217&pub= Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm.

Syuhada Choo Abdullah. (2010, September 12). Subjek baru diperkenal- Dunia Sains dan Teknologi dedah murid kemahiran ICT Retrived October 12, 2011. from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Subjekbarudiperkenal/Article.

14

15

You might also like