Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

BAB SATU: LATARBELAKANG HUBUNGAN ANTARABANGSA KONSEP HUBUNGAN LUAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA Definisi Hubungan Luar:  Menurut Richard L.Merritt (1975), hubungan luar bermaksud “aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh kerajaan yang melibatkan dasar luarnya dan hubungannya dengan negara luar, iaitu hubungannya secara diplomasi dengan negara luar”.  Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Meritt, maka hubungan luar juga boleh dilihat sebagai satu bentuk pengurusan yang melibatkan perhubungan antara polisi pentadbiran dalam sesebuah negara dengan polisi yang melibatkan negara-negara luar. Hubungan luar akan melibatkan perspektif kepentingan diri sesebuah negara tersebut dalam melibatkan perhubungan dengan negara luar.  Disebabkan hubungan luar berlaku antara dua negara dan lebih, maka perhubungan tersebut berlaku secara rentas sempadan dan di luar daripada wilayah sesebuah negara.  Oleh itu, hubungan luar bukan sahaja penting dalam menjamin kepentingan sesebuah negara di luar sempadannya, akan tetapi turut melibatkan kepentingan bersama dengan negara lain, yang menyebabkan berlakunya elemen seperti berkerjasama, pemantauan dan pertukaran idea di antara negara.  Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia misalnya, hubungan luar telah dijalinkan oleh Malaysia ke atas negara-negara lain di dunia secara bilateral (dua hala) dan multilateral (pelbagai hala).  Dalam konteks hubungan dua hala misalnya, Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China semenjak 1974 (Johan Saravanamuttu, 2010:1), negara-negara dunia lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Singapura dan lain-lain selain penyertaan aktif Malaysia dalam hubungan luar yang bersifat multilateral di bawah pertubuhan antarabangsa yang disertainya seperti Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan KOMANWEL.

1 Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

Definisi Hubungan Antarabangsa:  Holsti (1983) - Hubungan antarabangsa bermaksud Interaksi (perhubungan) di antara ahli-ahli dalam negara berlainan, sama ada perhubungan yang melibatkan kerajaan ataupun tidak. (Mokhtar Muhammad,2005).   Goldstein (1994) - Hubungan antarabangsa adalah merupakan kajian mengenai hubungan antara kerajaan dengan kerajaan lain di dunia. Henderson (1998) - Hubungan antarabangsa merupakan satu proses pembahagian kuasa di antara negara-negara di peringkat antarabangsa. (Zulhilmi Paidi & Asrar Omar, 2003).

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh beberapa orang pengkaji berkaitan dengan definisi hubungan antarabangsa, oleh itu hubungan antarabangsa secara konsepnya adalah satu bentuk hubungan oleh aktor-aktor (pelaku) dengan aktor-aktor antarabangsa atas tujuan-tujuan tertentu yang merentas sempadan sesebuah negara dengan negara yang lainnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan aktor (pelaku) dalam hubungan antarabangsa dan apakah pula tujuan-tujuan hubungan antarabangsa dibuat?

AKTOR-AKTOR DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA Dalam kajian hubungan antarabangsa, terdapat dua bentuk aktor hubungan antarabangsa yang telah dikenalpasti oleh para pengkaji iaitu: 1) Aktor Negara 2) Aktor Bukan Negara

2 Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

1. Aktor Negara  Aktor negara bermaksud satu entiti yang memainkan peranannya di peringkat hubungan antarabangsa. Dalam konteks dunia moden pada hari ini, negara adalah satu entiti yang bersempadan, yang dikawal dan dikuasai oleh sesebuah kerajaan yang diduduki oleh sejumlah penduduk. (Zulhilmi Paidi & Asrar Omar, 2003:4).   Berdasarkan takrifan tersebut, aktor negara sebenarnya diwakili oleh satu badan yang berautoriti ke atas negara tersebut iaitu kerajaan. Dalam konteks Malaysia misalnya, aktor negara adalah kerajaan Malaysia di peringkat Persekutuan yang diberi kuasa dalam Perlembagaan untuk menguruskan hal ehwal luar Malaysia.  Sebagai satu contoh yang lebih jelas, kegiatan kerajaan Malaysia yang menubuhkan konsulat di negara-negara tertentu dan menghantar wakil dan dutanya ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York menunjukkan bahawa wujudnya satu perhubungan di peringkat antarabangsa yang dilaksanakan oleh Malaysia.  Dalam hal ini (penubuhan pejabat kedutaan di negara-negara lain dan menghantar perwakilan ke PBB), pelaku kepada tindakan tersebut adalah merupakan kerajaan Malaysia atas nama negara.

2. Aktor Bukan Negara  Selain aktor negara yang memainkan peranan dalam hubungan di peringkat antarabangsa, di sana terdapat juga peranan yang dimainkan oleh aktor-aktor yang tidak bersifat negara yang terlibat dalam sesebuah hubungan di peringkat antarabangsa.  Aktor-aktor bukan negara termasuklah individu, pertubuhan dalam negeri, pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan (INGOs), syarikat multinasional (MNCs) dan organisasi antara kerajaan (IGOs).

3 Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

Menurut Zulhilmi Paidi & Asrar Omar (2003), terdapat dua kumpulan aktor bukan negara dalam sesebuah hubungan antarabangsa iaitu kumpulan yang berada di dalam negara yang mempengaruhi dasar luar kerajaan dan kumpulan kedua pula adalah kumpulan-kumpulan aktor yang bersifat antarabangsa dan global seperti MNCs, IGOs dan INGOs.

i. Aktor Bukan Negara Domestik  Menurut Zulhilmi Paidi & Asrar Omar (2003), terdapat aktor-aktor bukan negara yang berada di dalam sesebuah negara yang dilihat mempengaruhi bentuk hubungan antarabangsa yang dijalankan oleh sesebuah aktor negara.  Sebagai contoh, aktor-aktor bukan negara seperti ini termasuklah seperti kesatuan sekerja, persatuan alam sekitar dsb.  Contohnya, kesatuan sekerja di Malaysia seperti MTUC dilihat turut mempengaruhi dasar-dasar kerajaan di peringkat antarabangsa terutamanya dalam isu pengambilan pekerja asing ke Malaysia.  Dasar pengambilan pekerja asing oleh Malaysia yang merupakan salah satu daripada bentuk perhubungan Malaysia di peringkat antarabangsa menyaksikan tuntutantuntutan yang dibuat oleh kesatuan-kesatuan sekerja supaya dasar pengambilan pekerja tidak mempengaruhi peluang pekerjaan kepada para pekerja domestik dalam negara.  Seterusnya, persatuan alam sekitar tempatan turut mempengaruhi hubungan antarabangsa kerajaan Malaysia dalam isu kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.  Dalam hal ini, bentuk perhubungan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia adalah perhubungan yang melibatkan aktor negara dengan aktor bukan negara iaitu antara negara Malaysia dengan syarikat MNCs iaitu Lynas Corporation yang berpusat di Australia.  Campurtangan oleh persatuan alam sekitar dan gabungan bertindak Anti-Lynas telah mempengaruhi dasar kerajaan Malaysia ke atas syarikat tersebut yang dilihat
4 Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

dikenakan pelbagai peraturan ketat dan penuh berhati-hati dengan kesan alam sekitar dalam pemprosesan nadir bumi.

ii. Aktor Bukan Negara Antarabangsa AKTOR Multi National Companies (MNCs)  HURAIAN/CONTOH MNCs merujuk kepada syarikat yang menjalankan perniagaan merentas sempadan negara melalui satu pengurusan induk syarikat yang tunggal.  Sebagai contoh, syarikat Petronas adalah merupakan sebuah syarikat berkaitan urusniaga petroleum yang beribu pejabat di Malaysia tetapi menjalankan

perniagaan dan pelombongan cari gali minyak di seluruh dunia seperti di Sudan, Vietnam dan Iraq.

International Non Governmental Organisations (INGOs)

INGOs merujuk kepada badan bukan kerajaan yang bergerak di peringkat antarabangsa.

Tujuan

penubuhan

INGOs

pula

adalah

pelbagai

mencakupi aspek kemanusiaan, alam sekitar, dsb.  Contoh INGOs yang terdapat di dunia pada hari ini termasuklah Palang Merah, badan-badan induk sukan dunia seperti FIFA dsb.

Inter-Government Organisations (IGOs)

Organisasi

yang

ditubuhkan

antara

kerajaan

dan

merupakan organisasi yang diwujudkan atas penyertaan bersama negara-negara di dunia, baik dari segi kerjasama ataupun penyertaan.  Setiap IGOs mempunyai peranannya yang tersendiri dan berbeza daripada segi saiz dan keupayaannya.

5 Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

Misalnya, pembentukan Polis Antarabangsa (Interpol) adalah dibuat melalui kerjasama yang dibuat di antara polis sesebuah negara dengan sesebuah negara lain di dunia. Kerjasama bagi membentuk Interpol adalah penting bagi menjamin keselamatan dunia terutamanya dalam memburu para penjenayah rentas sempadan.

Selain itu, contoh IGOs lain termasuklah International Monetary Fund (IMF) dan World Trade Organizations (WTO).

PERKAITAN DI ANTARA HUBUNGAN LUAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA    Hubungan luar adalah merupakan salah satu daripada cabang daripada hubungan antarabangsa. Hal ini kerana, pelaku dalam hubungan luar iaitu negara dengan negara adalah merupakan aktor negara dalam bentuk hubungan luar. Berikut adalah persamaan dan perbezaan hubungan luar dan hubungan antarabangsa:

PERSAMAAN 1. Hubungan Luar yang

PERBEZAAN 1. Hubungan melibatkan HUBUNGAN LUAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA manakala antarabangsa melibatkan negara. 2. Hubungan luar dibuat atas nama kerajaan manakala hubungan antarabangsa aktor luar aktor hanya negara

melibatkan aktor negara adalah daripada antarabangsa. 2. Kegiatan sesuatu aktor yang melampaui sebahagian aktor

hubungan turut bukan

sempadan negara. 3. Hubungan yang tertakluk kepada undang-undang

tidak semestinya dibuat atas
6

Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108

antarabangsa

dan

nama kerajaan. 3. Objektif antarabangsa hubungan melampaui

undang-undang tempatan sesebuah negara.

objektif hubungan luar.

7 Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful