You are on page 1of 4

Teks ucapan Mazliza Assalamualaikum Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat

datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang dihormati Ketua Unit Akademik, Ustazah Afriza bt. Udzair, Penceramah jemputan, En. Zulkifli b. Salleh., Penolong Pengarah Kanan (Matematik Menengah) dari Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN), Pegawai-pegawai Lembaga Maktab Mahmud,Guru guru Penolong Kanan, Ketua -ketua Bidang, dan guru-guru yang diraikan sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya, dapatlah kita berkumpul lagi pada petang ini untuk slot yang ke-2 dalam Kursus Panitia anjuran Bahagian Akademik Lembaga Maktab Mahmud. Pada petang ini, kita masih lagi diberi kesempatan untuk mendengar ceramah tentang pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU). Kupasan penceramah kita adalah berkisar tentang Kepentingan JSU, aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penceramah jemputan, serta

para peserta sekalian kerana masih lagi bermotivasi untuk menjayakan dan memeriahkan majlis ilmu pada petang ini. Tanpa melengahkan masa, saya dengan segala hormatnya mempersilakan En. Zulkifli untuk menyampaikan ceramahnya

(UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Zulkifli atas ceramah itu tadi. Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan informasi-informasi yang berguna sewaktu pembinaan item nanti. Majlis seterusnya mempersilakan Ustaz Lokman untuk mengiringi Penceramah kita ke jamuan makan.

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Yang Berbahagia Tn Haji Abdullah bin Hashim , AMK., BCK Yang Berusaha Pn. Aisyah bt Abdullah Ketua Bahagian Akademik Lembaga Maktab Mahmud. Yang dihormati Ketua Unit Kurikulum, Ustazah Afriza bt. Udzair, Penceramah jemputan, Ustaz Mohd Shauqi bin Ismail, Penolong Pengarah Kanan Unit Sektor Pendidikan Islam, JPN, Pegawai-pegawai Lembaga Maktab Mahmud,Guru Penyelaras Panitia, dan guru-guru yang diraikan sekalian. Saya ingin merafakkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk bersama tuan-tuan dan hadirin dalam majlis penuh keberkatan ini.

Teks ucapan Mazliza Assalamualaikum Yang dihormati Penceramah jemputan, Cg Rudzuan bin Mohd Dali , Ustazah Afriza bt. Udzair,selaku Ketua Unit Akademik, Pegawai-pegawai Lembaga Maktab Mahmud dan guru-guru yang diraikan sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan untuk berada dalam majlis ilmu pada petang ini. Walaupun keletihan, namun komitmen dan semangat juang yang tinggi para peserta telah menyemarakkan lagi majlis ilmu ini. Untuk makluman cikgu-cikgu, tentative program pada petang ini diperincikan seperti berikut: Slot 1 : Bengkel Penataran Sejarah Spm kertas 3 Slot 2: Bengkel pembinaan JSU yang serba ringkas Dan akhir sekali, para peserta dihidangkan dengan jamuan ringan. Sepintas lalu tentang biodata penceramah. Beliau berkhidmat di sekolah Menengah Keb. Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah dan juga merupakan guru cemerlang Sejarah peringkat negeri Kedah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penceramah jemputan, serta

para peserta sekalian kerana masih lagi bermotivasi untuk menjayakan dan memeriahkan majlis ilmu pada petang ini. Tanpa melengahkan masa, saya dengan segala hormatnya mempersilakan En. Rudzuan untuk menyampaikan ceramahnya

(UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Rudzuan atas ceramah itu tadi. Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan informasi-informasi yang berguna sewaktu pembinaan item nanti. Majlis seterusnya mempersilakan Ustaz Lokman untuk mengiringi Penceramah kita ke jamuan ringan.

You might also like