You are on page 1of 7

8.

4 IMPLIKASI PENTERJEMAH DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM TERHADAP PENDIDIKAN Pelajaran di sekolah sangat penting kepada pelajar untuk memahaminya dan guru memainkan peranan yang sangat besar bagi memastikan para pelajarnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran. Sudah menjadi tanggungjawab dan matlamat bagi seseorang guru memastikan setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan boleh mengaplikasikannya. Guru hendaklah memastikan guru mengikuti setiap pelajaran yang diajarnya, oleh itu guru perlu menyediakan sukatan pelajaran bagi memudahkan kerja guru memantau setiap kerja yang dilakukan oleh pelajar di dalam kelas. Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sebanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda. Perkara yang paling penting adalah mengetahui sukatan pelajaran yang akan dilakukan. Dengan itu, rancangan pengajaran tahunan dapat dilaksanakan agar lebih senang untuk dibahagikan dengan lebih terperinci di dalam rancangan pengajaran harian. Pelajar susah untuk memahami sesuatu pelajaran, mereka memerlukan masa untuk memahaminya. Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan pelajaran yang betul dan tidak membebankan pelajar dengan kerja sekolah yang terlalu banyak supaya mereka lebih faham dan elakkan daripada melunturkan semangat mereka untuk belajar sesuatu subjek. Guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang kreatif dan berkesan supaya pelajar lebih mudah memahaminya. Bagi memastikan pelajar mendapat kejayaan dalam sesuatu subjek yang diajar, guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) sebelum bermulanya sesi persekolahan pada tahun yang seterusnya. Guru perlu menetapkan objektif yang boleh dicapai dalam setiap RPH. Guru perlu lebih kreatif dan perlu membuat persiapan supaya proses pembelajaran dan pengajaran lebih lancar dan tidak membuang masa.

Rancangan Pengajaran Harian Rancangan berdasarkan rancangan tahunan Butiran yang perlu ada ialah: Hari dan tarikh Mata pelajaran dan tingkatan Masa Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai

Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Kepentingan Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Membantu memahami isi kandungan Membantu penyediaan bahan yang sesuai Meningkatkan keyakinan kepada diri untuk mengajar Sentiasa menggunakan kaedah pengajaran yang betul Sentiasa fokus kepada objektif pengajaran yang disediakan sebelumnya Memudahkan untuk mengingati P&P semula Rancangan P&P yang lebih teratur dan terancang

Kesan rancangan pengajaran harian Pelajar akan lebih fokus semasa P&P berjalan Pelajar akan lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru Pelajar akan lebih berminat untuk belajar sesuatu subjek Pelajar dapat mengetahui setakat mana pengetahuan kendiri Komunikasi dua hala antara guru dan pelajar akan berlaku Pelajar akan menjadi lebih yakin untuk bertanyakan soalan yang kurang jelas dan sukar untuk difahami

Rancangan pelajaran tahunan Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. Butiran yang perlu ada ialah : Mata pelajaran Tingkatan Minggu Tajuk/isi Objektif Kemahiran

Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan

Guru boleh menggunakan bahan-bahan untuk mengajar supaya pelajar lebih mudah untuk memahami pengajaran tersebut. Penggunaan bahan untuk mengajar adalah untuk menarik minat pelajar dan memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar di dalam kelas. Pelajar mudah berasa bosan apabila teknik pengajaran guru terlalu statik, tegas dan tidak menyelitkan unsur-unsur jenaka. Guru yang tidak melakukan sebarang pembaharuan akan menyebabkan pelajar mula hilang keinginan untuk belajar subjek tersebut, malah mungkin mengakibatkan pelajar ponteng sekolah. Pelajar pada masa kini hanya inginkan keseronokan walaupun ketika belajar, oleh itu guru perlu memikirkan cara untuk menarik minat mereka belajar dan memahami apa yang diajar oleh guru. Guru yang kekurangan kemahiran melakukan kreativiti seperti membawa alat bantu mengajar (ABM) ketika mengajar pasti akan membosankan pelajar seterusnya mereka lebih suka berbual-bual dengan rakan daripada menumpukan perhatian tentang topik pembelajaran. Pelajar lebih tertarik dengan topik perbualan mereka sendiri yang lebih menyeronokkan. Guru yang tidak bersungguh-sungguh ketika mengajar di dalam kelas akan mengakibatkan pelajar mula timbul perasaan bosan untuk belajar. Dalam hal ini guru sepatutnya mengajar dengan ikhlas dan bersemangat ketika mengajar bukan hanya mengajar untuk memenuhi jadual mengajar sahaja. Keikhlasan sangat penting dalam pengajaran seorang guru kerana pelajar dapat merasakan aura keinginan guru mengajar dengan bersungguh-sungguh seperti mimik muka yang ceria, gaya pengajaran yang penuh bertenaga dan sering mengajukan soalan-soalan kepada pelajar untuk mengetahui sama ada pelajar faham atau tidak sesuatu topik yang diajar. Pembelajaran dua hala pastinya lebih berkesan dan mudah menarik minat pelajar, secara tidak langsung pendekatan ini juga merapatkan jurang antara guru dengan pelajar.

Contoh alat bantu mengajar

Guru juga perlu melaksanakan set induksi ketika bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Tujuan set induksi dilakukan ialah untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku. Set induksi boleh didefinisikan proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu (Omardin Ashaari, 1997). Set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-pelajar supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan (Mok Song Sang 2001). Set induksi hendaklah dilakukan dalam jangka masa pendek antara 5 10 minit. Contohnya guru menanyakan soalan tentang pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan dan gambar yang dibawa. Teknik seperti akan merangsang otak pelajar dengan berkesan dan menghilangkan kebosanan dan

mengembalikan rasa ingin belajar semula. Selepas itu bagi memastikan proses pengajaran berjalan dengan lancar guru mestilah mempunyai kemahiran dan teknik yang tersendiri untuk menarik minat mereka sehingga akhir pembelajaran. Contohnya pengajaran dari mudah kepada yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak. Suara guru juga mestilah jelas dan lantang. Ini akan memberi kesan yang positif ketika P&P. Secara tidak langsung guru lebih mudah mengawal pelajar didalam bilik darjah, pelajar tidak akan membuat bising dan memberikan masalah kepada guru malah proses P&P lebih berkesan. Guru juga perlu mengambil kira hasil P&P seperti melakukan refleksi sebelum kelas tamat. Ini supaya bagi memastikan pelajar memahami atau tidak sepanjang proses P&P berjalan. Perkara ini sangat penting kerana ini adalah matlamat utama seorang guru mengajar didalam kelas. Disamping itu, guru perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dan pengetahuan yang luas supaya dapat menjawab soalan yang diajukan oleh pelajar kepada guru dan boleh melakukan pelbagai perkara untuk membantu pelajar yang memerlukan. Guru seperti ini akan lebih dihormati dan disanjung oleh pelajar malah mungkin menjadi idola kepada pelajarpelajar. Guru yang mempunyai pelbagai kemahiran kebiasaannya seorang yang kreatif ketika mengajar dan ciri-ciri ini merupakan ciri utama yang perlu dimiliki oleh seorang guru untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan berjaya pada masa akan datang.

Fasa P&P Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Perancangan dalam P&P perlu untuk memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif matlamat, menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan ketika mengajar dan memastikannya berkesan sepanjang waktu P&P. Fasa P&P teerbahagi kepada empat peringkat iaitu pertama, fasa pra perancangan, kedua, fasa perancangan aktif, ketiga, fasa perancangan semasa, dan yang terakhir pasca perancangan. Fasa pra perancagan adalah seseorang guru perlu mempunyai gambaran mental mengenai keseluruhan pengajaran. Fasa ini menitikberatkan apa yang bakal diajar kepada pelajar dan apakah yang bakal pelajar terima melalui proses ini. Fasa ini juga mengambilkira aspek keupayaan pelajar, contohnya guru hendaklah merancang proses P&P yang sesuai dengan keupayaan pelajar didalam kelas. Ini melibatkan potensi pelajar-pelajar tersebut, pengetahuan sedia ada mereka serta tahap penerimaan mereka terhadap sesuatu pelajaran yang baru kepada mereka. Isi kandungan yang akan diajar juga hendaklah berasaskan sukatan pelajaran tanpa terkeluar daripada skop pelajaran yang sepatutnya. Guru juga hendaklah mempunyai strategi dan perancangan bagi setiap yang berlaku kelak. Strategi mengajar juga perlu diambil kira kerana tahap keberkesanan P&P bergantung kepadanya. Guru mungkin boleh menggunakan alat bantu mengajar (ABM) untuk meningkatkan kefahaman dan melakukan set induksi ketika permulaan kelas. Guru juga perlu perlu membuat persediaan sebelum masuk ke kelas seperti membawa bahan yang diperlukan dan boleh digunakan untuk dijadikan contoh dan diaplikasikan oleh pelajar. Seterusnya, perancangan aktif. Perancangan aktif memerlukan guru menulis rancangan mengajar. Rancangan mengajar sangat penting kerana guru mengajar berpandukan kepada rancangan mengajar dan perlu memastikan semua yang ditulis dalam rancangan mengajar perlu dilaksanakan. Guru juga perlu menyediakan nota kepada pelajar untuk pelajar baca di rumah mahu pun di sekolah. Nota sangat penting kerana ianya adalah ringkasan daripada nota yang terdapat didalam buku. Selain itu, guru juga perlu membina

transperansi/power point/model untuk dibentangkan kepada pelajar. Alat bantu mengajar ini adalah untuk membantu guru menerangkan dengan lebih berkesan kepada pelajar dan menarik minat pelajar. Jika menggunakan ABM, guru perlu ABM tersebut tidak membahayakan pelajar dan guru itu sendiri serta perlu memastikan setiap peralatan yang digunakan berfungsi dengan baik dan sesuai dibawa ke dalam kelas. Guru turut perlu menyediakan senarai semak supaya tiada bahan yang tertinggal untuk dibawa mengajar. Perancangan semasa pula guru perlu mendapatkan maklum balas tentang kefahaman pelajar dan mengetahui kelemahan pelajarnya. Guru perlu mengetahui kelemahan dan kekuatan setiap pelajar didalam kelas, oleh itu perancangan semasa seperti mendapatkan maklum balas kefahaman pelajar adalah sangat penting bagi membolehkan guru menolong pelajar yang lemah di samping meningkatkan lagi prestasi pelajar yang cemerlang. Perancangan ini memastikan tiada pelajar yang tertinggal didalam kelas. Setiap perancangan yang dilakukan perlu diubahsuai mengikut situasi dan keperluan dan keadaan semasa. Contohnya, jika guru terlewat masuk ke dalam kelas, guru perlu mengubahsuai P&P bagi memastikan objektif pengajaran tercapai. Disamping itu, guru perlu mengaitkan pelajaran lepas yang sudah dipelajari dan mengulangi pelajaran yang lepas bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang pelajaran sebelumnya. Pasca perancangan yang terakhir ialah guru perlu menyedari kelemahan pengajaran didalam kelas. Guru perlu mengetahui kelemahan pengajarannya bagi mengubahsuai teknik pengajaran pada masa akan datang. Kelemahan pengajaran boleh dilihat daripada keputusan peperiksaan pelajar, tahap tumpuan pelajar didalam kelas dan komunikasi antara guru dan pelajar (dua hala) berlaku atau tidak didalam kelas. Perancangan selepas kelas ini sangat penting kerana seseorang guru perlu memperbaiki kelemahannya supaya pelajar-pelajarnya lebih memahami ketika proses P&P. guru turut perlu mengesan kekuatan pengajarannya seperti melihat teknik pengajaran manakah yang lebih berkesan kepada pelajar. Pengesanan kekuatan dan kelemahan ini perlu bagi seseorang guru kerana mereka perlu berubah mengikut keperluan sendiri demi kejayaan pelajar. Oleh itu, seseorang guru perlu berkorban apa sahaja bagi memastikan kejayaan pelajar dapat dicapai. Bagi memastikan

pengubahsuaian itu berlaku dan terjadi, guru perlu membuat catatan tentang yang perlu dilakukan bagi mencapai perubahan tersebut. Kejayaan seseorang pelajar sangat manis kepada seorang guru kerana hasil titik peluhnya berjaya mendidik seorang insan yang cemerlang. Maka, perubahan yang dilakukan demi pelajar juga berbaloi.