You are on page 1of 2

Apakah

itu

kesan

rumah

hijau?

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global.Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.Pencemaran dengan terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau.Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera.Akibatnya suhu bumi semakin panas.

Proses

Kesan

Rumah

Hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Secara amnya, di dalam atmosfera sesuatu ruang tertutup, komposisi gas ini tidak akan melebihi 0.03%. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.(Wikipedia.org) Sumber:hidden-technology.org

Kesan Rumah Hijau


Menyebab berlakunya pemanasan global Kawasan yang mengalami pencemaran yang teruk akan lebih mengalami suhu yang lebih panas

Pemanasan global akibat kesan rumah hijau akan menganggu iklim dunia akibat suhu yang tidak menentu.Flora dan fauna juga turut diganggu aturan atau kitaran hidupnya seperti bunga di kawasan sejuk berbunga lebih cepat dari kebiasaan dan sebagainya

Kenaikan suhu dunia akan mencairkan ais terutamanya di Artik.Walaupun mengambil masa,kesannya pastilah buruk kerana pencairan ais ini akan menyebabkan kenaikan paras air laut yang mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di seluruh dunia.Dijangka ais di Artik akan cair kesemuanya pada tahun 2099(wikipedia)

Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau

Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai gas antaranya sulfur dan oksida.

Faktor manusia iaitu melakukan pencemaran dan membebaskan pelbagai gas seperti karbon dioksida,karbon monoksida,nitrogen oksida,CFC,halon dan sebagainya.Gas-gas inilah yang membentuk satu layer atau lapisan yang menghalang pembalikan sinaran ultraunggu matahari secara semula jadi.Lapisan ini juga akan menyebabkan gas yang lain turut berkumpul di lapisan ini.

1.Membebaskan gas berbahaya daripada kilang,kereta dan sebagainya.(pencemaran udara) 2.Menggunakan alatan yang membebaskan CFC . 3.Penggunaan racun serangga serta baja kimia turut membebaskan gas kesan rumah hijau 4.Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbang pencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau.