CABARAN PERJUANGAN GERAKAN MAHASISWA ISLAM ALAF BARU Oleh mamat.com ¶Gerakan ini sebuah pertemuan kental yang

bernuasa persaudaraan dan kerohanian· Hasan al Banna PENGENALAN Gerakan Mahasiswa Islam(GMI) kini mengalami cabaran yang agak kompleks, sesuai dengan zamannya. Walaupun cabaran GMI adalah berbeda berdasarkan perubahan zaman tetapi asasnya adalah sama. Sejak dari zaman Rasulullah, cabaran gerakan Islam adalah sama dimana adanya penindasan, pemulauan, ugutan, fitnah dan rasuah. Cuma yang berbeda adalah pendekatan sahaja. Penulis adalah seorang pemerhati gerakan mahasiswa semasa di kampus. Diberi secangkir ilmu untuk menulis tentang gerakan mahasiswa. Penulis cuba berkongsi ilmu dan pendapat dengan pembaca melalui sikap keterbukaan. Penulis juga ingin berkongsi semangat agar jiwa kita terus muda dan istiqamah dalam perjuangan. Kritikan melalui mata pena adalah pendekatan penulis. Sejauh mungkin penulis cuba menjauhi perkara negatif dan fitnah serta kutukan(kecuali kadar yang sepatutnya berasaskan kejijikan sesuatu perkara). Penulis memaklumi ada tulisan penulis yang pedas dan mengegar tahi telinga pembaca tetapi percayalah ia berniat baik; menyedar dan mengislah diri termasuk diri penulis sendiri. Karya penulis kali ini adalah membicara cabaran perjuangan GMI berdasar ilmu, pembacaan dan pengalaman penulis di kampus. Diharapkan karya ini dijadikan pedoman dalam meniti arus perjuangan di kampus sebagai da·ie muda Islam pada alaf baru. Penulis juga adalah insan yang bebas daripada politik kepartaian tetapi sedia menyokong gerakan Islam melalui wadah politik, sosial dan ekonomi termasuklah NGO atau parti politik Islam. Penulis bersikap antisekular, kapitalisme, kebejatan sosial dan iman dan pemodenan-pembangunan terlampau yang menjejaskan keinsanan manusia dan alam. Akhir kalam, syukur kerana curahan idea dan memperolehi kesihatan sepanjang penulisan ini. Semoga Allah SWT memberi sedikit pahala di atas tulisan ini. Segala komentar amat dialu-alukan. Sekian. Terima kasih. Cinta Agung Hanya Untuk Allah SWT mamat.com tokawang_sufi@yahoo.com 5/3/08 12:11 Malam Sandakan, Malaysia Timur

BAB 1 RINTANGAN PERJUANGAN MAHASISWA ISLAM Oleh mamat.com mahasiswamenggugat@blogspot.com

¶wahai sahabat mahasiswa, jangan lari daripada masalah, hadapi masalah, jika tidak ia akan mengejarmu· Cikgu Nik(guru mamat.com)

PELAMPAU DALAM GERAKAN MAHASISWA ISLAM Islam adalah agama yang sederhana sehingga Rasulullah SAW melarang para sahabat yang hanya hidup untuk beribadah tanpa melakukan urusan lain untuk diri dan keluarga. Kita haruslah ingat manusia itu bukan saja hanya mempunyai hak terhadap Allah, bahkan Allah menetapkan hak terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan makhluk yang lain. Islam bukannya seperti amalan paderi nasrani yang tidak berkahwin dan bertapa di gereja. Islam adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia dan kemampuannya. Allah tidak melarang melainkan apa yang mampu dilakukan oleh hambaNya. Sebarang keuzuran dan di luar kemampuan tetap dimaafkan. Inilah kesederhanaan Islam. Fenomena pelampau dalam gerakan Islam bukanlah berangkat daripada ajaran Islam tetapi lebih merupakan masalah kontemporari berdasarkan situasi dan keadaan politik, sosial dan ekonomi masyarakat Islam. Dengan kata lain, Islam memberi panduan terhadap setiap tindakan manusia memberi makna kepada kehidupan. Umumnya umat Islam pencinta kedamaian. Sikap pelampau muncul apabila umat Islam ditekan dari musuh yang kafir dan pendokong o rang kafir di kalangan umat Islam sendiri. Maka timbullah gejala kafir -mengkafir. Gejala pelampau dalam gerakan Islam muncul ekoran kebiadapan pemimpin sekular terhadap Islam dan pendukungnya dengan mengeluarkan kenyataan dan meluluskan perkara yang boleh merungkai iman seseorang. HEP sebagai contoh meluluskan konsert padahal ia bukan sesuatu yang paling diutamakan di kampus. Ini menyebabkan berlaku konflik dengan pencinta Islam di kampus. Perdebatan ilmiah yang menjemput tokoh arus perdana secepat mungki n ditolak tetapi maksiat dibenarkan. Inilah kebiadapan HEP yang amat dimarahi oleh mahasiswa pendokong Islam. Ada sesetengah pegawai HEP menghalang kuliah -

kuliah agama sedangkan mereka sendiri tidak menyediakan kuliah -kuliah agama. Sewajar pemerintah dan penguasa kampus mengambil langkah bahawa pertentangan fikrah mestilah didebatkan dengan fikrah bukannya menggunakan kekerasan, ugutan atau tekanan. Pemerintah dan penguasa HEP lebih suka menggunakan mantiqul -quwwah (logik kekuatan) melalui kuasa yang dimil iki daripada menggunakan quwwatul -mantiq (kekuatan hujah). Perkara ini dapat dilihat apabila HEP membatalkan program yang dilulus secara semerta sewaktu program tersebut dilaksanakan. Situasi ini akan membangkitkan kemarahan mahasiswa. Jika HEP menggunaka n kekerasan untuk membanteraskan idealis mahasiswa, jangan harap kemarahan mahasiswa akan reda bahkan ia akan menimbulkan sifat pelampau di kalangan mahasiswa. Golongan pelampau mungkin terdiri daripada orang yang menghayati agama dengan ikhlas dan kecint aan mereka terhadap Islam menyebabkan mereka gagal mengawal kemarahan mereka. Mereka cukup terharu melihat kerosakan akhlak yang berlaku di kampus dan di dalam masyarakat. Kegeraman dan semangat terlalu tinggi menyebabkan mereka melenting kerana mempertahankan Islam yang sangat mereka kasihi sehingga kadang -kala melampaui adab-adab dakwah, kaedah dan ilmunya. Justeru, mahasiswa Islamis tidak harus memandang mudah terhadap peranan tarbiyah pembentukan dan perlu beriltizam dengan ajaran Islam yang teguh. Jan gan tergesa-gesa menggunakan uslub politik dengan mencontohi politik kepartaian yang tidak Islami. Di kampus golongan pelampau lebih dikenali sebagai golongan ¶Taliban· yang menggunakan pendekatan keras dalam segala tindakan. Mereka berdemonstrasi bahkan sanggup melakukan kekerasan jika lawan bertindak ganas. Golongan ¶taliban· pernah mendominasi gerakan mahasiswa pada demonstrasi Kerenchi link di Universiti Malaya.[1] Wahai sahabat mahasiswa, kita haruslah mengawal sifat ini dan jangan ia disalurkan secara terbuka di dalam atau di luar kampus. Penyaluran secara terbuka akan menguatkan hujah para penentang gerakan Islam yang menganggap gerakan Islam sebagai golongan ekstrem. Imej gerakan harus dipelihara bagi memudahkan kita mengislahkan masyarakat dan mahasiswa di kampus. Berdemonstrasilah dengan penuh kesopanan, beradab dan terkawal.

PEROSAK AGAMA DALAM MASYARAKAT KAMPUS

Cabaran yang sangat genting apabila kita berdepan dengan golongan ulama atau pemimpin yang tahu agama. Pengetahuan agama mereka digun akan untuk mempertahankan tuan mereka yang sekular. Inilah ulama yang perosak yang dikenali ulama terompah kayu dan syaitan bisu. Sabda Rasulullah SAW ¶orang yang diam tidak mahu berkata benar, itu syaitan bisu·. Sewajarnya orang yang tahu agama sepatutnya menegur dan menyatakan kemungkaran. Ini tidak, mereka mendiamkan diri kerana menjaga perut mereka yang tersedia boroi. Sebagai warga kampus yang mendiami taman keilmuan, sewajarnya ramai orang memiliki kefahaman Islam. Ada sesetengah Naib Canselor berbangga dengan Diploma Pengajian Islam tetapi haprak untuk menghalang kemaksiatan di kampus bahkan beliau turut merasmi majlis maksiat tersebut. Sejarah membuktikan pemimpin agung dan ulama tertewas dengan tawaran dunia. Contoh, Ali Abdul Raziq seorang ulama al Azhar mengatakan politik tiada dalam Islam. Ada sesetengah ulama ini mempergunakan agama untuk mengekalkan kuasa pemerintah seperti tergema kalimah Islam Hadhari. Penulis teringat bicara Tuan Guru Nik Aziz; ¶masa British dahulu orang kita ikut British dalam pentadbiran, agama pula orang kita ikut orang Arab·. Jika Syeikh al tantawi belajar di Al Azhar, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi pun belajar di Azhar. Kita jangan merujuk pada al Azhar dan Syekh al Tantawi tetapi kita rujuk pada al quran dan hadis. Islam hadhari adalah alat untuk mengekalkan kuasa pemerintah. Alim dalam Islam hadhari disifat alim-alim kucing, ketika Islam didakwa dijunjung maksiat bersempah di ceruk tempat dan kelab malam berputik bagai cendawan. Islam apa ni? Inilah kemunafikan umat Is lam. Wahai sahabat mahasiswa!!, berwaspadalah pada setiap masa dan tempat. Segala idea jangan diterima dengan tergesa -gesa tanpa penyelidikan. Ramai di kalangan kita telah tertewas dengan pandangan pertama. Islam tanpa penghayatan adalah Islam palsu. Kemanisan hanya dalam bicara bukannya dalam pengamalan. Kita harus ingat celupan Allah lebih baik daripada segala celupan manusia. Ini bermakna pengaruh Allah wajib menyelimuti keseluruhan gaya kehidupan kita. Jangan ada setitis pun unsur-unsur sekular dalam lingkungan kehidupan kita. Lihatlah sekeliling kita dan bandingkan. Mahasiswa telah rosak agamanya. Sebagai pendukung Islam di kampus, wajiblah kita membersihkan kampus daripada elemen maksiat. Mahasiswa Islam perlu melakukan proses pentarbiyahan kepada

mahasiswa lain dengan uslub dakwah yang mesra dan berbaik sangka. Seru Islam kepada mereka tanpa penekanan yang melampaui batas. Biarkan mereka berubah secara perlahan -lahan dengan keupayaan kita menonjolkan akhlak Islam yang mesra dan sopan kepada mereka. Dan kita bersabar dan bertawakal menghadapi kesukaran dakwah. Semoga Allah SWT memberkati jalan pilihan kita ini. PERPECAHAN MASYARAKAT KAMPUS Mahasiswa Islamis selalu ditohmah sebagai anti -perpaduan, anti toleransi dan fanatik agama. Islam adalah agama yang menitik beratkan persoalan perpaduan ummah yang merentasi persoalan agama, bangsa dan geografi. Inilah universalnya agama Islam yang berkembang secerup rantau dunia. Dalam gerakan mahasiswa, golongan Islamis telah menjalankan politik persefahaman dengan mahasiswa non-muslim. Kita bersama dengan perkara yang kita sepakati dan kita menghormati pendapat pada perkara yang kita berbeza. Maka wujudlah tahaluf siasi yang diamalkan oleh PMIUM yang bergabung UMANY Cina di Universiti Malaya dan perikatan PMIUS M dengan Persatuan Bahasa Tioghua di USM. Perikatan ini adalah inisiatif daripada gagasan mahasiswa bukannya pakatan rapuh gabungan mahasiswa pro -HEP yang menjadikan habuan material sebagai landasan gabungan mereka. Sejak dulu lagi PMI kerap dimangsakan s ebagai punca kebencian mahasiswa kepada HEP sehingga timbul gejala kafir-mengkafir di kampus. Tuduhan seumpama ini berlaku apabila PMI membicarakan persoalan batas pemisah antara kufur dan Islam. Penyataan batas pemisah kufur dan Islam hendaklah difahami o leh para mahasiswa dan penguasa kampus, bahkan mereka sendiri boleh menilai sama ada mereka Islam atau kufur. PMI tidak harus hairan dengan tuduhan sebagai pemecah belah masyarakat kampus. Rasulullah SAW sendiri pernah dituduh sedemikian oleh Abu Jahal ¶kamulah wahai Muhammad yang menjadi sebab perpecahan·. Wahai penuduh penuduh marilah kita berdamai dengan al Quran dan hadis. Biar al Quran dan hadis menghakimi kita,jika tidak mahkamah di akhirat akan menghakimi kita. ¶jika sekiranya kamu bertelingkah dal am sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul sekiranya kamu benar -benar beriman kepada Allah dan hari akhirat· an nisa: 59 Benar-benar berimankah kita? Sanggupkah kita dengan hati yang tulus ikhlas

mematuhi ajaran al Quran dan hadis jika i a bertentangan dengan keperluan nafsu kita. Sendiri jawablah!!

PERANAN MUSLIMAT DALAM GERAKAN MAHASISWA ISLAM Peranan muslimat atau gadis sunti dalam GMI jangan diremehkan oleh pimpinan GMI terutamanya pimpinan lelaki. Muslimat boleh menjadi pimpinan ya ng unggul jika diberi peluang seperti yang disebut dalam al Quran dimana Raja Saba· (perempuan) telah diberi peluang menggunakan kebijaksanaan untuk memutuskan keputusan setelah menerima perutusan daripada Nabi Sulaiman AS oleh pembesar lelaki. Tentang Raja saba ini, Hashemi Rafsanjani seorang ulama agung dan mantan Presiden Iran menyatakan; ¶seseorang wanita yang menjadi ketua negara, dapat bekerja atas dasar musyawarah dan mampu memahami kebenaran, berserah diri kepadaNya, tidak mencipta masalah berbagai masalah pada bangsanya·. Jadi pimpinan muslimat mesti mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan oleh ulama ini jika ingin menjadi pimpinan yang berkualiti. Penulis kagum melihat pimpinan muslimat PMIUM seperti Nor Syuhadah Mustapha, Naib DYP PMIUM 07/08 bangki t memimpin demonstrasi. Suara lantang semacam beliau perlu ada pada pimpinan muslimat sekarang dan ditambah nilai juga dengan keluasan pembacaan bahan intelektual dan kebolehan dalam interaksi sosial. Kita perlukan ramai lagi cerminan Zainab al Ghazali, Ma ryam Jamelah, Dr Loq loq dan Dr Mariah supaya muslimat lebih menyengat dalam perjuangan. Tiga unsur yang perlu ada untuk menjadi asas kebangkitan muslimat GMI ialah turun ke lapangan umat(demonstrasi dan aktiviti berkebajikan), keluasan pembacaan intelekt ual dan interaksi sosial. Turun ke lapangan umat memerlukan pimpinan muslimat berani dan sanggup menanggung risiko. Keluasan pembacaan sangat penting bagi melancarkan hujah dan mencambah idea dalam perancangan gerakan. Untuk itu banyak membaca buku atau melawati web institusi pemikir seperti IKD, hannanfarhana.blogspot.com dan ISIS. Artikel di sana boleh mevariasi idea pimpinan muslimat. Terakhir, interaksi sosial. Jangan ada sesekali pimpinan muslimat mewujudkan tembok terutamanya kepada mahasiswi yang seksi dan bergaya. Tegurlah mereka dengan mesra. Sesungguh hidayah bukan milik kita dan persekitaran mereka tidak seperti tarbiah yang kalian terima.

CABARAN AKADEMIK: JANGAN LUPA TUGAS KITA

Tugas akademik seseorang mahasiswa di kampus adipenting. Inilah tugas asasi kita di kampus. Seaktif mana kita dalam GMI, jangan jadi ia sebagai alasan untuk meninggalkan kuliah. Masa perlu pandai dirancang dan sesuaikan agar kedua duanya iaitu menuntut ilmu dan tuntutan GMI tidak terjejas. Kes Norhayati di Universiti Teknologi Malaysia yang mendedahkan rahsia GMI ekoran kegagalan diri dalam akademik. Ini akibat ketololan sendiri kerana gagal merancang masa dengan baik. GMI telah dikambing -hitamkan disebabkan kegagalan akademiknya. Ramai lagi pemimpin yang aktif dan cem erlang dalam akademik. Ustaz Izwan Yusof, mantan presiden PMIUM yang cemerlang akademiknya. Penulis kagum dengan pimpinan GMI yang menangguh semester disebabkan nak menguruskan jemaah di kampus tetapi penulis cukup sedih apabila mengetahui ada pimpinan sampai tidak habis-habis belajar di kampus. Perkara ini perlu dielakkan oleh pimpinan agar perjuangan ini tidak tercemar akibat kalian. Jika pelajaran kalian terjejas, sewajarnya kalian menarik diri sementara waktu bagi memberi ruang untuk belajar. Pemimpin GMI yang sudah berkahwin juga perlu memikirkan penglibatan secara aktif dalam GMI. Anda ada tiga tanggungjawab iaitu GMI, keluarga dan akademik. Ketahanan mental sangat penting bagi kalian berjaya ketiga -tiganya. Walau bagaimanapun sekali lagi Ustaz Izwan Yusof menjadi contoh terbaik membukti pimpinan yang berkahwin, aktif dalam GMI boleh mengurusi ketiga -tiganya. Suka atau tidak, pimpinan GMI jangan sesekali lupa akan tugas dalam bidang akademik. Tujuan asali kita tidak boleh dilupakan demi kesinambungan agama Islam dan harapan keluarga.

[1] Pernah diceritakan oleh saudara Nawawi kepada penulis di Kolej Pertama. Dalam bicara itu penulis menghadiahkan tesis penulis kepada sdr Nawawi bagi pihak PMIUM. Tidak tahu nasib tesis penulis.

BAB 2 GERAKAN MAHASISWA ISLAM: KENAPA BANGKIT? Oleh mamat.com mahasiswamenggugat@blogspot.com ¶tugas kalian wahai sahabat mahasiswa adalah menyebarkan ke tengah masyarakat pemahaman keIslaman yang tertutup oleh tirai sejarah. Ia tidak membawa teori-teori tertentu selain al Quran yang setiap saat menjadi referensinya, namun itulah al Quran yang menggerakkan kehidupan· Hasan al Banna

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP: KE MANA HALA TUJU GERAKAN MAHASISWA ISLAM?

Kehidupan manusia dilihat pada pengakhiran hidup seseorang bukannya p ada permulaan sesebuah kehidupannya. Sebagai mahasiswa yang mencintai Islam, kita seharusnya memikirkan bagaimanakah dan ke manakah pengakhiran hidup kita. Jika kita mempunyai wawasan, biar wawasan kita melangkaui wawasan dunia untuk mengapai wawasan akhirat. Di akhirat adalah mahkamah bagi membicara persoalan dunia yang kita lakukan. Para pengikut GMI mesti ingat dan jangan sesekali lupa terutamanya setelah berakhirnya perjuangan zaman mahasiswa bahawa manusia akan berakhir dengan dua impak. Jelasnya difirman dalam; ¶..diantara mereka(manusia) ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia· (surah hud: 105) Jadi marilah kita berfikir dengan akal yang bijak dan dijernihkan oleh hidayah, mahu ke mana kita?. Celaka atau mengapai kebahagiaan. Jika kalian berusrah dan ditarbiah dengan baik di universiti tetapi keluar universiti bersekutu dengan puak sekular dengan redha, celaka atau bahagia pengakhiran hidup kita. Janganlah keselesaan, wang, jawatan dan kuasa boleh membeli kebahagiaan akhirat kita. Walaupun kita gah dengan ilmu PHD, ia tidak menjanjikan perjuangan kita lurus dan benar. Dengan gelaran DR, kita bongkak dengan ilmu dan menidakkan orang lain. Sewajarnya dengan ilmulah kita tingkatkan amalan dan memasuki perjuangan gerakan Islam. Ulama Melayu yang terkenal dengan alim yang beramal seperti Syeikh Daud al Fathani dan Abdus Samad al Falimbani berjuang dalam politik dan medan tempur untuk menegakkan Islam. Ini tidak, ramai pimpinan GMI yang menjadi bijak-pandai menidakkan perjuangan GMI dan gerakan Islam. Inilah manusia yang membuka kitab-kitab tetapi menyembunyikan kebenaran. Mereka seumpama keldai yang membawa kitab-kitab tetapi tidak mengamalkannya.

Para GMI perlu bangkit di kampus bagi menyedarkan para mahasiswa tentang Islam sebagai gaya hidup. Islam ini bukan sempit pada ibadat sahaja tetapi mencakupi kelakuan kita daripada bangkit tidur sehingga tidur kembali. Islam juga merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Ajakan ini perlu ikhlas untuk menbangkit Islam sebagai cara hidup, bukannya berpolitik untuk kepentingan diri sendiri. Jadi, para GMI harus tahu dan berniat secara betul sebelum mara lebih jauh dalam GMI agar tidak termasuk dalam golongan celaka pada masa depan.

POLITIK SEKULAR VERSUS POLITIK ISLAM DALAM KONTEKS GERAKAN MAHASISWA Mahasiswa harus memahami bahawa penguasaan politik bermakna menguasai segala struktur sama ada dalam politik, ekonomi dan sosial. Adalah wajib bagi pendukung ajaran Islam menguasai politik bagi melihat Islam itu mentadbir bukannya Islam itu ditadbirkan. Di Malaysia, politik dikuasai oleh juak sekular sama ada pemerintah ataupun HEP. HEP sendiri merupakan badan politik yang banyak membuat keputusan dan mengatur dasar mahasiswa. Politik sekular bermakna politik yang menolak pemerintahan di atas hak Allah. Dalam Islam, kekuasaan politik di bawah kuasa Ilahi (Divine Authority) dan keperibadian suci Rasulullah SAW yang merefleksikan kuasa Allah Wahai sahabat mahasiswa, kita juga haruslah memahami perjuangan politik Islam adalah untuk menubuhkan negara Islam bukannya negara teokrasi yang amat ditakuti oleh nonmuslim. Bagi Iman al Maudodi, negara Islam adalah negara yang kuasa mutlaknya pada Allah SWT yang menentukan syariatnya. Manakala Abdul Karim Zaidan menyifatkan negara Islam bertunjangkan akidah Islam. Negara teokrasi pula adalah negara di bawah pentadbiran gereja dan paderi. Perbedaan yang jelas adalah segala pemerintahan negara Islam perlu mengikuti ajaran daripada Al Quran dan hadis manakala negara teokrasi, paderi berkuasa mutlak. Universiti adalah wasilah bagi mahasiswa memupuk intelektualisme dan personaliti mereka. Idea-idea yang mereka temui dalam pembacaan dan perbincangan dengan pensyarah menjadikan mereka sebagai pencetus dan penentu perkembangan fikiran dan kegiatan mereka. Sejarah kebangkitan GMI boleh dilihat dengan munculnya pengolakan politik akibat pertembungan aliran. Di Mesir, mahasiswa al Ikhwan pernah bertempur dengan mahasiswa sekular-nasionalis-sosialis di Universiti al Azhar, bahkan di Universiti Fuad I, Mesir dan universiti Kabul, mahasiswa Islam telah menguasai politik kampus dengan menewaskan golongan sekular. Natijahnya, golongan sekular iaitu gabungan mahasiswa-penguasa kampus-kerajaan telah merancang menjatuhkan pemerintahan kerajaan mahasiswa Islam. Kebangkitan mahasiswa Islam di kampus-kampus nasional mencerminkan perjuangan menghidupkan politik Islam dengan meruntuhkan dominasi politik sekular yang berprinsip pemuasan nafsu. Lihatlah aktiviti mahasiswa sekular yang jelas bertentangan dengan nilai-

nilai Islam. Mereka pro-hiburan dan menuduh golongan mahasiswa Islamis sebagai kolot, ekstrem dan fanatik tanpa meneliti hujah-hujah yang konkrit. Politik golongan mahasiswa sekular lebih berskala seorang pembodek dan gilakan habuan material. Di UM, siapa yang tidak mengenali pembodek-pembodek seperti Mahaganapathy Dass, Choong Sing Kok, Kalam Azad dan halmi Rajin yang telah menjadi pegawai HEP UM. Sebagai contoh Mahaganapathy sejak dari Kolej 10 lagi terkenal sebagai kaki ampu pengetua kolej, Dato Razali Agus dan dia pernah diusir dari kolej ekoran percakapan lucah dengan pelajar perempuan. Orang seperti inikah layak menjadi tauladan? Selain itu HEP cuba membiakkan politik wang di kampus. Calon ditawar wang dan telefon bimbit, dan mereka telah dijamu di hotel terkemuka. Inilah wajah sebenar HEP yang ingin membodek pemerintah dengan menyatakan universiti mereka bebas daripada pengaruh parti oposisi. AUKU DAN HEP: PENCABUL HAK KEBEBASAN MAHASISWA? Berapa elemen dalam AUKU secara total menghancurkan autonomi gerakan mahasiswa. AUKU telah membantut kreativiti gerakan mahasiswa. Contoh, persatuan sangat terhad dalam mencari sumber kewangan dan sumbangan perlu melalui HEP. Ini berlainan zaman sebelum AUKU. Pada zaman sebelum AUKU, PMUM merupakan persatuan mahasiswa paling kaya di Asia Tenggara. Bahkan PMUM hampir membina stesen minyak sendiri jika tidak berlaku kekacauan mahasiswa pada tahun 1974. Sebab itulah, Universiti Malaya menjadi pusat gerakan mahasiswa utama di Asia pada ketika itu. Persatuan Pelajar Asia menyewa bangunan PMUM. Dengan ada AUKU dan HEP, semua aktiviti perlu melepasi tapisan HEP. Bayangkan satu projek nak pergi Indonesia, HEP UM hanya memberi bantuan kewangan sebanyak RM 1000 sahaja. Ini tidak relevan. Jika projek dibuat oleh PMIUM, pelbagai mehnah yang dihadapi. Penulis masih ingat semasa terserempak dengan saudara Muhd Ramadhan Fitri(mantan presiden PMIUM) pada bulan Ramadhan di masjid ar Rahman . Diceritakan pada saat terakhir, HEP membatalkan program berbuka puasa di kampung Awal hingga program itu ditukar ke masjid ar rahman. Kucar-kacir jadinya program tersebut. Ini contoh mudah tanpa kita perlu belajar undang-undang untuk belajar tentang AUKU. Sebab itu penulis melihat kewujudan AUKU dan HEP perlu dikaji semula kerana mencabul kebebasan gerakan mahasiswa. Akhirnya lahir mahasiswa robot tanpa perasaan kemanusiaan dan aktiviti macam budak tadika kampung Pantai Dalam. Jangan sampai dimalukan budak PASTI dah la. BAB 3 TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI MAHASISWA! Oleh mamat.com

mahasiswamenggugat@blogspot

¶wahai sahabat mahasiswa, kemampuanmu mesti membangkitkan umat yang tertidur, kemudian membangun kembali meraih kejayaan· Sayyid Quthb

TERUS BERJUANG WAHAI SAHABAT MAHASISWA!! ¶Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (dalam perang uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum itu mendapat luka yang sama. Dan demikia itulah keadaan hari-hari Kami gilirkan dia antara sesama manusia (sebagai pengajaran) supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman dan supaya Allah menjadikan di antara kamu orang-orang yang mati syahid dan Allah tidak suka kepada orang-orang zalim· (al-Imran 3:139-140) Sedarilah wahai sahabat mahasiswa, perjuangan kita adalah perjuangan yang benar untuk menegakkan Islam sebagai cara hidup dan menghayatinya dalam kehidupan diri dan masyarakat kampus. Perjuangan ini bukanlah satu perjuangan yang ringan dan mudah tetapi perjuangan ini memerlukan jarak masa yang amat jauh dan dihalangi pelbagai rintangan. Dalam perjuangan mahasiswa Islam di kampus, kemenangan atau kekalahan selalu digilirkan oleh Allah SWT supaya kita sedar tentang perlunya kita berstrategi dan tawakal kepadanya. Oleh sebab itulah, kita tidak perlu kecewa atau berdukacita terhadap apa yang menimpa kita jika mengerti dan memahami ayat al Quran di atas.

PERJUANGAN ISLAM TIDAK SAMA DENGAN MUSUH Dalam setiap perjuangan, kekalahan dan kemenangan adalah destinasi yang sementara. Menang atau kalah, perjalanan dakwah perlu diteruskan dengan segala kemampuan yang ada. Perjuangan mahasiswa Islam mestilah bertunjangkan akidah bukannya matlamat dunia seperti mengejar kuasa, harta dan pangkat. Mereka musuh Islam berjuang untuk memenuhi nafsu dengan mencari keuntungan dunia. Sebagai pejuang Islam yang ingin memartabatkan Islam sebagai cara hidup, kita wajib mengetahui perjuangan kita tidak sama dengan perjuangan mereka. ¶orang-orang yang beriman berjuang untuk menegakkan agama Allah manakala orangorang yang tidak beriman pula berjuang untuk mempertahankan kebatilan· (al Nisa:76) Perbedaan ini harus jelas dan perlu dihadami oleh mahasiswa Islam jika mahu cemerlang dalam perjuangan. Perjuangan kalian tidak semestinya diakhiri dengan kemenangan tetapi

dengan kecemerlangan perjuangan iaitu ada usaha jihad untuk mengapai menang dalam dakwah. Oleh itu, kalian harus mara dengan perkasa untuk mencapai kemenangan.

BAB 4 CABARAN SELEPAS KAMPUS Oleh mamat.com mahasiswamenggugat@blogspot ¶wahai sahabat mahasiswa, jiwa yang diberi hak untuk memilih. Ia mampu melakukan kebaikan dan keburukan. Kalian pilihlah kerana kalian mampu membedakan keduaduanya· Hasan al Banna BERGULAT DALAM POLITIK: PARTI MAHAS ISWA NEGARA, UMNO ATAU PAS? Dalam pemilihan parti politik, para pimpinan GMI mesti memilih parti berasaskan Islam yang sesuai dengan dakwah. Parti Islam ini mesti bersifat rabbani dimana keseluruhan konsep, hukum hakam, akhlak dan pemikiran adalah bersumber agama Allah SWT. Sesuai firman Allah SWT; ¶katakanlah; sesungguhnya solatku, ibadatku, kehidupanku dan kematianku semata-mata untuk Allah tuhan semesta Alam· (surah Al An·am:162) Kehidupanku itu mencakupi kehidupan berpolitik, berekonomi dan sosial hanya sematamata kerana Allah SWT. Jadi, jika kita nak memilih parti politik mestilah berwadah Islam. Jika kita nak bergulat dalam politik perlu ikhlas kerana Allah SWT untuk menegak Islam di muka bumi. Bukannya sesekali mencari kuasa, popular dan tujuan peribadi. Jangan sesekali ada perebutan kuasa yang dicetuskan oleh kalian. Ikutlah prinsip Tuan Guru Dr Haron Din, jika berlaku pertandingan beliau akan menarik diri. Jawatan bukan rebutan, ia adalah amanah yang meletak, bukan cara memilih. Inilah sifat yang perlu diteladani bagi mengelak perebutan kuasa. Amat sedih jika melihat pimpinan GMI memilih parti sekular sebagai wadah perjuangannya. Ini bermakna mulut yang berkokok di kampus selama ini hanyalah mulut para munafik berwajah Islam. Macam golongan Abdullah Saba, bersolat di belakang nabi tetapi dia bapa kepada bapa munafik. Peralihan perjuangan seseorang pimpinan GMI seperti Mohd Fuad Zakarshi, Ruslan Kassim, Anwar Ibrahim dan terbaru saudara Asraf Wajdi(PKPIM) sememang sukar diterima tetapi pahit itulah yang harus kita telan. Pemimpin seperti ini cukup ramai dalam sejarah. Agama Allah ini bukan kita yang menjaga tetapi Allah sendiri yang menjaganya. Jika tidak kita, Allah SWT akan memilih orang lain. Beruntunglah orang itu dan paling rugi adalah diri k ita sendiri.

Terbaru ada pula segolongan kita menubuh PMN sebagai wadah. Bukanlah salah penubuhan PMN. Penulis sendiri sedia menerima PMN sebagai wadah mahasiswa secara gabungan muslim dengan non muslim. Tapi satu yang perlu kita ingat, asas GMI di kampus adalah mentarbiah dan menyalurkan kader-kader dakwah untuk pelapis gerakan Islam selepas keluar dari kampus. Kalau ada PMN, bagaimana kader dakwah ini boleh membantu gerakan Islam. Beban akan bertambah jika melakukan dua tugas pada waktu yang sama. Mengukuh gerakan Islam lebih utama daripada penubuhan gerakan pelbagai kaum dan agama. Mendekat roh Islam dengan orang Islam lebih utama daripada berdakwah kepada non Muslim untuk memeluk Islam. Jika orang Islam secara betul menganut Islam secara taat dan syumul, automatik orang non muslim akan mendekati Islam. Ini keunggulan Islam dan kekalnya Dinasti Moghul di India dalam memerintah Empayar Moghul yang majoriti beragama Hindu.

PANGKAT DAN JAWATAN: TIADA HALANGAN UNTUK BERJUANG Ramai pimpinan GMI berjaya dalam kerjaya terutamanya menjawat tinggi pentadbiran negara. Setelah berjawatan tinggi ada yang masih kekal dalam perjuangan, ada yang hanya membantu dari segi kewangan dan ada yang beralih arah menyokong puak sekular. Jawatan dan pangkat menjadi ujian bagi pimpinan GMI dalam usaha istiqamah dalam perjuangan. Berapa ramai pimpinan GMI yang berjaya melupai perjuangan bahkan ada yang menentang perjuangan. Jika ini berlaku, amatlah malang bagi sebuah gerakan Islam. Ahli PMIUM, Menteri Besar Selangor Dato Khir Toyo bertindak menyerang gerakan Islam. Ahmad Shabery Cheek, Ruslan Kassim dan Mohd Fuad Zakarshi adalah orang kuat usrah bangkit menentang gerakan Islam apabila berjawatan tinggi dan berjaya dalam kerjaya. Tuan Asraf Wadji Dasuki melunak tulisan pada setiap minggu dalam akhbar akhirnya terjun ke lubuk sekular. Penulis mendengar satu hikayat popular PKPIM menyatakan berlaku pertelagahan antara Asyraf dengan Dato Dusuki semasa Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Penulis menunggu arah mana jalan perjuangan orang seperti Dr Muhd Asri Zainal Abidin dan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, mantan Presiden PMIUM yang agung. Kita melihat tokoh GMI seperti Muhtar Suhaili(mantan Presiden MPPUIA) yang sibuk dengan tugas boleh meruang masa dengan gerakan Islam melalui Yayasan Amal. Jika kehendak dan iman kita tinggi, kita akan terus berjuang dalam gerakan Islam. Bahkan menonjol diri bahawa kita masih berjuang dalam gerakan Islam.

NGO: PILIHAN HATIKU Selepas alam kampus, para pimpinan GMI boleh aktif dalam NGO-NGO Islam terutamanya pimpinan yang bekerja dengan kerajaan. Antara NGO berasaskan keseluruhan seperti JIM, ABIM, ISMA dan HALUAN. Bersifat berkebajikan seperti Yayasan Amal, MuslimCare dan

MuslimAid. Bersifat keremajaan dan wanita seperti al Nisa. Bersifat dakwah seperti PERKIM, PERKID dan Saba Islamic. Bersifat hak asasi seperti GMI. NGO seumpama di atas harus menjadi pilihan para pimpinan GMI agar bakat pimpinan kalian dapat dimanfaatkan untuk ummat Islam. Sebagai kader yang ditarbiyyah di kampus, sewajarnya kualiti kepimpinan dan tarbiyyah kalian pasti kuat. Jangan jadi sesetengah rakan yang senyap selepas berada di kerusi empuk pegawai kerajaan atau paling malang berpaling tadah meredhakan perjuangan pihak sekularis. Para pimpinan GMI harus menggerakkan NGO di daerah-daerah. Kita melihat ABIM, PKPIM dan JIM hanya gah di peringkat pusat tetapi di peringkat daerah tumpul tanpa rancangan dakwah yang berkesan. Pengalaman penulis menyoroti ABIM Daerah Petaling Jaya(antara ABIM daerah paling berjaya di Malaysia), ahli-ahlinya mereka merintih sedih menunggu kedatangan generasi baru barisan GMI mengantikan mereka. Itu antara keluhan Pak Salleh Bakar(pendeklamasi sajak dan pernah bertugas di Parlimen). Oleh sebab itu, penulis melihat para pimpinan GMI mesti melakukan regenerasi gerakan dakwah yang berada di kawasan mereka. SELESA, MEWAH DAN KELUARGA: CABARAN DALAMAN Penulis selalu mendoakan agar keselesaan, kemewahan dan keluarga tidak menjadi halangan bagi kita dalam mengerakkan gerakan dakwah. Walaupun sumbangan kita kecil tetapi semampu mungkin kita harus membantu gerakan Islam. Ramai di kalangan pimpinan GMI senyap sepi setelah mendapat pekerjaan yang baik, isteri yang cantik dan gebu, anak yang comel, harta yang bertambah dan keadaan hidup yang selesa. Ini yang kita bimbangi dan diharapkan kita dijauhi daripadanya. Ada mahasiswi pimpinan GMI yang berkahwin tidak aktif lagi. Senyap dalam pelukan suami. Pimpinan mahasiswi GMI boleh meminta izin suami untuk aktif dalam gerakan Islam. MENERUSKAN KEPOPULARAN DI LUAR KAMPUS. Ada sesetengah pimpinan GM ingin kepopularan, dikenali dan nama disebut semasa di kampus. Selepas alam kampus, pimpinan sebegini ingin terus popular dan ingin namanya disebut di bibir masyarakat, ingin jadi ikon masyarakat, ingin jadi pakar agama atau motivasi yang glamour dan berpendapatan besar seumpama Dr. Fadilah Kamsah. Mereka ini menggunakan politik, bidang motivasi dan media massa untuk menonjolkan diri mereka. Maka, beraturlah pimpinan GMI untuk menulis buku atau menjadi pe ngacara atau pakar motivasi yang melontar idea di radio dan tv. Bermodalkan mulut yang petah dan manis bicara dan idea yang bernas, mereka terus melangkah dalam dunia glamour dengan menyisih demi sedikit era keradikalan mereka sebagai pimpinan GMI.

KENAPA ANWAR IBRAHIM, RUSLAN KASSIM, AHMAD SHABERY CHEEK TIDAK SEPERTI ZAMAN MAHASISWA MEREKA? Kita akan kecewa dan sedih jika manusia hebat yang memimpin gerakan mahasiswa Islam beralih arah kepada perjuangan sekular. Begitulah sedihnya ahli ABIM dan PAS, semasa Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO. Tetapi kita mesti ingat, kita mesti memilih jalan Allah SWT berbanding jalan Anwar Ibrahim. Biarlah kita berkepimpinan seorang hamba habsyi yang taat pada Allah SWT daripada pimpinan karismatik yang bergelumang dengan rejim sekular. Jadi, tak usah hairan jika pimpinan karismatik Islam tidak memilih jalan Islam selepas alam kampus kerana jalan Islam adalah penuh dengan kemiskinan, penindasan dan kesusahan. Pimpinan karismatik GMI biasanya hanyut dengan kuasa, pangkat dan wang. Kelabulah mata mereka apabila diulik dengan perkara tersebut. Sebenarnya, ramai pimpinan karismatik GM tidak menghiraukan bahkan membantah dan tidak bersetuju dengan aktiviti keras GM seperti demonstrasi yang dilakukan mereka sendiri seketika dulu sebagai pemimpin GM. Anwar Ibrahim sendiri tidak bersetuju dengan aktiviti demonstrasi oleh GM. Paling sedih bekas pimpinan GM yang memperjuangkan isu rakyat sendiri menindas rakyat ketika mereka menjadi pimpinan negara. Contoh, bekas Presiden PBMUM, Nordin Razak semasa zaman GM berjuang untuk peneroka bandar dan rumah rakyat sendiri meruntuh rumah rakyat miskin untuk pembangunan semasa menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Satu hari, penulis pernah bertemu seorang pengikut Anwar Ibrahim semasa kehangatan demonstrasi dulu. Sekali lagi beliau mengatakan amalan GM zaman Anwar Ibrahim tidak relevan dan mahasiswa sekarang perlu menumpukan kepada pelajaran. Ini menunjukkan perubahan persekitaran, kematangan umur, keluarga, pekerjaan telah mengubah persepsi lampau seseorang pimpinan GM. Ini bakal dihadapi oleh kalian, wahai sahabat mahasiswa!. Sama ada kalian suka atau tidak anda akan hadapi kelak. BAB 5 NASIB PIMPINAN GMI SELEPAS ALAM KAMPUS

¶wahai sahabat mahasiswa, untuk mengatasi karat dalam jiwa diperlukan pembersih noda. Di sana perjuangan harus dilakukan terus-menerus. Allah SWT tidak akan membiarkan kalian sia-sia· Hasan al Banna Secara umumnya orang selalu mengatakan bahawa sesiapa yang terlibat dalam GMI sukar untuk memperolehi pekerjaan. Kenyataan ini tidak benar sama sekali. Gandingan kecemerlangan akademik dengan keaktifan dalam GMI menjadi satu kelebihan dalam

mencari pekerjaan. Wahai sahabat mahasiswa!, jangan risau dan bimbang dalam mencari kerja. Rezeki milik Allah SWT. Pelajaran dan perjuangan dalam mesti diteruskan secara hikmah. Kita cuba melihat beberapa orang pimpinan GMI mendapat pekerjaan yang baik termasuk dalam kerajaan. Saudara Hanif Baderun dan ustaz Izwan Yusuf antara Presiden PMIUM yang berada dalam kerajaan. Jika tidak silap penulis, pimpinan GM di UKM, saudara Mahadi Sukarno menjadi pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri. Dan paling ramai pimpinan GMI yang menjadi guru dan ustaz di sekolah-sekolah kerajaan. Jadi keaktifan dalam GMI tidak menghalang peluang pekerjaan walaupun terdapat pelbagai ugutan semasa di kampus. Amin Idris antara pimpinan WUFI yang dikatakan radikal semasa zaman mahasiswa. Kini saudara Amin berjaya dalam motivasi bahkan berjaya muncul dalam rancangan TV di RTM mengalahkan REKTOR UIA dan Menteri Pengajian Tinggi sendiri. Begitu juga bekas Presiden MPPUIA, Ahmad Fadly. Ada pimpinan dihalangi dalam berkerjaya seperti yang dialami oleh Uztaz Muhd Ramadhan Fitri yang dihalang SLAB di UM oleh penguasa kampus yang pendek akal. Rezeki beliau masih ada dengan menyambung pelajaran di UIA. Pimpinan mahasiswa yang dikatakan radikal dan pernah berpidato atas pentas PAS, Ustaz Zaharuddin abdul rahman menjadi pensyarah UIA. Bah ramai menjadi pensyarah, Borhan Che Daud, Zuhdi Marzuki dan Zukifli Yusof menjadi contoh bahawa keaktifan tidak menghalang peluang kerja kalian. Wahai sahabat mahasiswa! Terus berjuang tanpa takut. Rezeki milik Allah SWT. Ia akan datang pada kalian dengan usaha dan doa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful