pembangkang semporna menyokong pembenaan jambatan pbb

PEMBANGKANG SEMPORNA MENYOKONG PEMBENAAN JAMBATAN PBB

Barisan Pemimpin Pembangkang Semporna dari kumpulan Penaja USNO Sabah yang diwakili oleh 3 ketua Bahagiannya N52 Sulabayan Saudara Abdul Karim Ahmad, N53 Senallang Saudara Mamat Balhana dan N54 Bugaya Saudara Piramli Barahim dalam Palimen Semporna bersama Pemimpin Pakatan Rakyat PKR Cabang Semporna yang saudara Datu Pengeran Ahmad Datu Ali Alam Naib Ketua Cabang dalam satu perjumpaan mereka petang ini telah sepakat untuk mempertahankan keputusan dan pengumuman kerajaan pusat bagi pembenaan Jambatan Pulau Bum Bum dapat dilaksanakan mengikut jadual. Dalam perjumpaan itu mereka membidas tindakan dan kenyataan Pertubuhan Ngo ANGKATAN Amanah Merdeka Sabah (AMANAH) disiarkan di SABAHKINI.NET baru baru ini. Mereka makmaklumkan bahaya kenyataan bodoh pertubuhan Ngo ini hanya mencemar nama baik pemimpin mereka di pusat yang kebetulan juga adalah Pemimpin Parti Kerajaan Barisan Nasional dari UMNO iaitu Tengku Razaliegth Hamzah. Mungkin anak Raja Kelantan ini tidak pernah dirujuk sebelum mereka membuat kenyataan bodoh yang menganggap bahawa pembenaan Jambatan PBB itu tidak ekonomik dan hanya mereka berfikiran cacat akal.

Abdul Karim Ammad Ketua Penaja USNO Sulabayan kesal dengan keyataan pengerusi SANYA Sabah yang dilihat seperti budak babbal yang tiada otak apabila membuat kenyataan liar mengenai Pulau Bum Bum, Elok saya maklumkan Beliau bahawa jangan sekali kali mendakwa Pulau itu dihuni oleh 50% PTI kerana anda tidak memahami bahawa pengundi Dun Sulabayan adalah satu satunya DUN yang diwakili oleh 100% Bumiputera Islam di Malaysia, Dun Sulabayan juga adalah penduduk tempatan yang melahirkan Legasi Magindora yang pernah mengistiharkan perang dengan penjajah pada 1884/1885 dimana mereka penduduk Pulau Bum Bum ini adalah kumpulan Pertama dari Borneo Utara yang menentang penjajah satu ketika dulu, jesteru itu kenyataan pulau ini diwakili oleh 50% PTI adalah kenyataan bodoh, Beliau mencabar Ngo UMNO ini supaya keluar membuktikan kenyataan itu atau anda kena minta maaf kepada Penduduk Pulau Bum Bum sebelum tindakan seterusnya diambil terhadap anda.

Disamping itu Naib Ketua Pkr Cabang Semporna Datu Pengeran Ahmad Datu Ali Alam meminta supaya janji pembenaan Jambatan Pulau Bum Bum itu bukanlah sekadar satu lagi janji gula gula yang hendak diperbaharui oleh pihak kerajaan BN, sepatutnya Jambatan ini telah lama siap sejak RM ke 8 lagi setelah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Abdullah Badawi dan Perdana Menteri itu sendiri yang meletakan batu asas di pulau berkenaan. Datuk Pengeran Ahmad memaklumkan beliau amat kesal terhadap tingka laku pemimpin pemimpin tempatan yang tidak boleh bersatu merialisasikan pembenaan jambatan itu hanya kerana kepentingan politik tanpa mengambil kira kepentingan penduduk tempatan di daerah itu.

Bagi Ketua bahagian Penaja USNO Senallang dan Bugaya saudara Mamat Balhana dan Saudara Piramli mereka sama sama kesal dengan tuduhan liar yang dibuat oleh Ngo ANGKATAN Amanah Merdeka Sabah (AMANAH) yang mereka anggap NGO ini seperti kumpulan NGO katak dibawa tempurung kerana tidak dapat melihat potensi ekonomi yang lebih besar dengan terbenanyanya jambatan itu, mereka meminta Tengku Razaliegth hati hati memilih wakil di Sabah supaya tidak memberikan impak dan kesan tidak baik kepada kepimpinannya.

Oleh : Media USNO.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful