ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR

)
KURSUS KSSR MATEMATIK TAHUN 1 DAERAH HILIR PERAK 22-23 NOVEMBER 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

1

ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)

• Kreativiti dan Inovasi
• Keusahawanan • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2

Kreativiti dan Inovasi

Apa dia kreativiti dan inovasi?
• merupakan dua perkara yang saling berkaitan.

• kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. • inovasi ialah proses menjana idea dan mengaplikasi idea kreatif dalam konteks tertentu.
• Dalam pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pembangunan modal insan yang dihasratkan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi boleh dijelaskan sebagai:
• kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. • kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif. • kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru. • hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan. Berdasarkan kemampuan murid berusia 7 tahun
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

4

Kreativiti dan Inovasi

Matlamat
Matlamat pembangunan kreativiti dalam kalangan murid bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif melalui pelaksanaan kurikulum persekolahan. Daya kreativiti dan inovatif murid perlu dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Individu kreatif dan inovatif ini adalah aset negara yang mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

5

Kreativiti dan Inovasi

Apakah implikasi kepada guru?
Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam memainkan peranan sebagai pemangkin atau pengadang kepada keburukan hasil globalisasi, dan tidak menjadi mangsa kepada globalisasi. Melalui pengajaran dan pembelajaran kreatif dan inovatif guru, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

6

Kreativiti dan Inovasi

Bagaimana kreativiti dan inovasi dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?

• Aktiviti pengajaran yang menyeronokkan dan kreatif tidak semestinya meningkatkan daya kreativiti dan inovasi murid sekiranya murid tidak berpeluang mengalami pemikiran kreatif.

• Kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid boleh dibangunkan dan dikembangkan secara terbimbing oleh guru melalui proses kreatif terarah.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

7

Kreativiti dan Inovasi

Proses kreatif terarah • Fasa Persediaan

• Fasa Imaginasi

4 fasa

• Fasa Perkembangan • Fasa Tindakan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

8

 Fasa Persediaan Kemahiran Utama Pemerhatian Membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat.

Kreativiti dan Inovasi Indikator Amalan • Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. • Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh. • Menggunakan dan mengendalikan alat, bahan dan instrumen yang sesuai. • Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai. • Mengenal pasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat. • Mendapatkan makna dengan tepat. • Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena sekeliling yang berkaitan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

9

Kreativiti dan Inovasi  Fasa Persediaan Kemahiran Utama Indikator Amalan • Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul. • Mengasingkan, menyusun dan mengumpul maklumat berdasarkan kriteria tertentu. • Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa. • Mengimbas kembali idea.

Analisis
Menganalisis maklumat dengan menghuraikan bahagian kepada yang lebih kecil bagi memahami sesuatu.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

10

Kreativiti dan Inovasi  Fasa Imaginasi Kemahiran Utama Penjanaan Idea Menghasilkan idea-idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara. • Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik). • Menghasilkan idea secara berterusan. • Menghasilkan idea secara bermakna. • Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada. Indikator Amalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

11

Kreativiti dan Inovasi  Fasa Imaginasi Kemahiran Utama Indikator Amalan • Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan, membina tajuk. • Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik. • Menentukan maklumat yang diperolehi mencukupi dan memastikan sama ada maklumat tambahan diperlukan. • Membuat keputusan tentang sintesis akhir. • Membuat refleksi yang berterusan.

Sintesis Idea
Mengabungkan maklumat yang berasingan untuk memilih sesuatu.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

12

Kreativiti dan Inovasi  Fasa Perkembangan Kemahiran Utama Penambahbaikan Membuat penambahbaikan untuk mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea untuk meningkatkan mutu atau keindahan hasil karya atau ciptaan. • Menokok tambah idea. • Mengubah suai idea. • Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea. • Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan. • Memberi pelbagai kategori atau aspek. Indikator Amalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

13

Kreativiti dan Inovasi  Fasa Perkembangan

Kemahiran Utama Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara

Indikator Amalan • Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak idea. • Menyatakan kekuatan atau kelemahan berdasarkan bukti atau alasan tertentu. • Membuat wajaran dengan betul. • Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

14

Kreativiti dan Inovasi  Fasa Tindakan Kemahiran Utama Pelaksanaan Menyampaikan dan mempersembahkan idea atau menghasilkan prototaip • Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus. • Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami. • Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil. Indikator Amalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

15

Kreativiti dan Inovasi  Fasa Tindakan Kemahiran Utama Amalan Berterusan Peka kepada perkara di sekeliling dan menjana idea untuk berkreatif. • Peka kepada perkara di sekeliling. • Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah, kesilapan dan kelemahan. • Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan. Indikator Amalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

16

metakognisi Lingkaran Proses Kreatif Terarah Analisis

Kreativiti dan Inovasi

1. Persediaan
Pemerhatian

2. Imaginasi
Penjanaan Idea Sintesis Idea

metakognisi Amalan berterusan

metakognisi

Penambahbaikan Pelaksanaan 4. Tindakan

3. Perkembangan Penilaian metakognisi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

17

Kreativiti dan Inovasi

Apakah tanggung jawab guru?

Mewujudkan komuniti murid yang suka menyoal, mencari jawapan, menyelesaikan masalah dan menghasilkan sesuatu.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

18

Keusahawanan

Kenapa keusahawanan?
Membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
Satu proses pembentukan sikap tertentu dimiliki oleh seorang usahawan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

19

Keusahawanan

Objektif utama, supaya murid dapat?

•Mengamalkan sikap keusahawanan. •Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan.

•Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan.
•Memfomulasikan sama ada konsep, proses atau produk keusahawanan. •Mengamalkan nilai moral dan etika.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

20

Keusahawanan

Bagaimana elemen keusahawanan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?

Wang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

21

TMK

Pendekatan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Belajar mengenai TMK
Murid diajar tentang pengetahuan dan kemahiran TMK dalam mengendalikan perkakasan dan perisian.

Belajar dengan TMK
Guru dan murid menggunakan TMK sebagai alat untuk mengajar dan belajar.

Belajar melalui TMK
Penggunaan TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media seperti CD-ROM, DVD-ROM, internet, dll.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

22

Sekian. Terima Kasih

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

23