You are on page 1of 7

TAMADUN INDIA 1. Zaman Awal 2. Zaman Pertengahan 3. Zaman Moden 1.

ZAMAN AWAL Zaman Awal mempunyai beberapa kompenan kecil yang saling berkaitan antara satu sama lain. A. Zaman Prasejarah (100 000 S.M-1000S.M) 1) Zaman Paleolitik iaitu Zaman Batu Awal (100 000 S.M) 2) Zaman Mesolitik iaitu Zaman Batu Pertengahan (100 000 S.M-10 000 S.M) 3) Zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Baru (10 000 S.M-6000 S.M) B. Zaman Proto Sejarah (3000 S.M-1500 S.M) 1) Tamadun Lembah Indus iaitu Tamadun Harappa dan Tamadun Mohenjodaro C. Zaman Sejarah Awal (1500 S.M) 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Zaman Vedik (1500 S.M-500 S.M) Zaman Vedik Kedua/Terkemudian (600 S.M-320 S.M) Empayar Maurya (321 S.M- 185 S.M) Kemerosotan Empayar / Zaman Serangan Luar (200 S.M-300 M) Empayar Gupta (300 M-600 M) Zaman Sangam Zaman Pallava (600 M-900 M) Zaman Chola (850 M-1200 M)

2. ZAMAN PERTENGAHAN/ ZAMAN MUSLIM (1000 M-1756 M) Kerajaan-kerajaan Islam yang ditegakkan di India sebelum muncul Zaman Moden: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) 1206 M-1290 M Dinasti Khilji 1290 M-1320 M Dinasti Tughluq 1320 M-1412 M Dinasti Sayyid 1412 M 1450 M Dinasti Lodi 1451 M-1526 M Dinasti Babur / Mughal 1526 M-1707 M

3. ZAMAN MODEN / ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (1750 M-1947 M)

ZAMAN AWAL

TAMADUN LEMBAH INDUS

Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa (di daerah Montgomery, Punjab) yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjodaro (di daerah Larkana, Sind) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Indus telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. Masyarakat Lembah Indus memiliki kemahiran dalam perancangan bandar dan peraturan kesihatan. Masyarakat Lembah Indus menjadikan aktiviti pertanian dan penternakan sebagai aktiviti utama. Budaya Indus mula merosot dengan kedatangan kaum Aryan pada sekitar tahun 1500 SM yang dengan itu muncul peradaban baru di barat laut India.

ZAMAN VEDIK (1500 S.M-500 S.M)

Penghijrahan masuk mereka yang digelar sebagai bangsa Aryan iaitu bangsa yang berbeza dengan pembina Tamadun Indus (bangsa Dravidia). Berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan yang melahirkan satu budaya baru iaitu budaya Indo-Aryan. Orang-orang Aryan telah mencipta teks-teks agama atau Veda-veda dan kitab yang terawal ialah Rig Veda.

EMPAYAR MAURYA (321 SM-185 SM)

Pengasasnya ialah Chandragupta Maurya yang berasal dari puak Moriya. Dinasti ini mencapai kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan apabila agama Buddha dan Jainism menjadi anutan utama termasuk oleh golongan pemerintah serta penguasaan wilayah yang dilakukan pemerintahnya seperti Chandragupta dan Asoka dan pengembangan agama Buddha ke luar rantau seperti China dan Asia Tenggara. Di zaman ini juga muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang kerajaan dan ekonomi yang disusun oleh Kautalya (penasihat Chandragupta). Kitab ini kemudiannya menjadi karya klasik yang amat dihormati.

EMPAYAR GUPTA

Dikenali sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India. Beberapa karya yang sangat terkenal dicipta iaitu Shankuntala dan Kama Sutra.

MASYARAKAT DAN BUDAYA

1. SISTEM KASTA Pada tahap awal, perkembangan sistem ini lebih berdasarkan warna dan ia bermula sejak period kehadiran orang Aryan dalam tamadun India. Terdapat 4 kasta awal iaitu : Brahmin iaitu penjaga kebudayaan rohani masyarakat dan melahirkan golongan sami serta guru agama. Ksyatria iaitu menjaga keselamatan dan keamanan serta terbabit secara langsung dalam pemerintahan. Vaisya yang menguasai urusan kewangan dan perdagangan iaitu golongan saudagar dan ceti. Sudra iaitu golongan petani. Perubahan masa menyebabkan sistem kasta yang ada pada asalnya bersifat longgar mula berlangsung dalam keadaan yang lebih rigid. Penghormatan yang terlalu besar kepada Brahmin ini melahirkan penentangan dari masyarakat dan kemudian melahirkan agama Buddha dan Jainisme.

2. SISTEM KELUARGA Terdapat dua aspek hidup dalam sistem kekeluargaan India iaitu Asramadharma dan Purusartha. Asramadharma merupakan peringkat-peringkat kehidupan yang perlu dilalui oleh seseorang manusia. Manakala Purusartha ialah empat objektif mulia yang harus diamalkan oleh umat manusia.

ASRAMADHARMA Terdapat 4 peringkat kehidupan manusia iaitu: 1) Brahmacarya 2) Grhastra 3) Vanaprahasta 4) Sannayasa 1. Brahmacarya Zaman kanak-kanak, remaja dan belia dari usia 12 hingga 24 tahun dan ini merupakan zaman bujang yang dianggap sebagai peringkat persiapan dan pembelajaran. 2. Grhastra Kehidupan berumahtangga iaitu kehidupan dewasa dan matang. Memelihara keharmonian keluarga merupakan tanggungjawab utama dalam tahap ini.

3. Vanaprahasta Merupakan golongan dewasa dan matang dalam lingkungan usia 48-72 tahun. Pada tahap ini, seseorang telah mencapai kearifan dan berkeupayaan menasihati orang lain. Dalam lingkungan usia sebegini, seseorang hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha untuk mendalami ajaranajaran agama serta menolak perkara-perkara duniawi.

4. Sannayasa Golongan warga tua yang berusia 72 tahun ke atas yang dianggap sebagai golongan

yang mendalami agama dan tempat rujukan kepada masyarakat. Pada tahap ini seseorang hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. PURUSARTHA

Empat objektif mulia yang harus diamalkan oleh umat manusia iaitu :

1. Aram / dharma

Dharma merupakan suatu peraturan moral dan etika yang bersifat kerohanian, contohnya melanggar etika kerja dianggap sebagai pelanggaran atau engkar.

2. Porul / artha

Porul ialah kekayaan. Seseorang yang sudah memperolehi ilmu atau kemahiran yang mencukupi hendaklah mencari pekerjaan dan mengumpulkan harta. Namun begitu, objektif pertama iaitu aram yang sudah ada pada diri hendaklah menjadi asas dalam pengumpulan kekayaan.

3. Inbam / kama Orang yang mengumpul kekayaan secara halal berhak untuk menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan lunas-lunas dharma.

4. Vidu / mokhsha

Ia bermaksud pencapaian kebebasan kerohanian iaitu mencapai kesempurnaan kesedaran kerohanian dan terlepas dari lingkaran kelahiran serta kematian. AGAMA DAN FALSAFAH

1. HINDUISME Agama ini mempunyai pegangan terhadap 4 kitab yang dianggap abadi kerana ia tidak berubah-ubah dengan peredaran zaman iaitu: Rig Veda Sama veda Yajur Veda Artha Veda Lima konsep penting yang saling berkaitan antara satu sama lain ialah Brahman, Atman, Karma, Samsara dan Mokhsha.

Brahman ialah tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang


menyelubungi segala-galanya (roh duniawi).

Atman ialah roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk diserapkan
ke dalam roh duniawi. Karma ialah perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang akan dialami dalam kehidupan akan datang. Samsara ialah lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman. Mokhsha ialah pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai mokhsha.

2. BUDDHISME

Pengasas doktrin ini ialah Siddhartha Gautama Buddha. Buddha bermaksud kesedaran kerohanian yang sempurna. Kitab-kitab suci agama ini ialah Tripitaka yang bermaksud Tiga Himpunan Hikmat yang mengandungi 3 Pitaka iaitu Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abidhamma Pitaka. Buddha tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau sesuatu falsafah kerana beliau sendiri tidak menggalakkan falsafah. Ajaran Buddha menekankan keperibadian mulia dan moral yang tinggi bagi membebaskan diri dari keburukan. Ajaran Dhamma merangkumi empat kebenaran mulia dan lapan jalan betul. Empat kebenaran mulia ialah Dukka iaitu penderitaan. Samudaya iaitu punca atau sebab yang membawa kepada penderitaan. Keinginan, nafsu, cinta dan gila kekayaan antara samudaya yang membawa kepada penderitaan. Niradha iaitu penghapusan penderitaan dengan memadamkan api keinginan di hati. Marga iaitu cara memadamkan api keinginan termasuklah melalui kepercayaan yang betul, tujuan yang betul dan sebagainya. Manakala lapan jalan betul adalah Kepercayaan yang betul (benar) Tujuan atau cita-cita yang betul Pertuturan yang baik. Perbuatan yang betul. Hidup yang betul. Usaha yang benar. Fikiran yang betul. Renungan yang baik. Ahimsa yang merupakan konsep penting dalam Buddha bererti menolak penyeksaan serta pembunuhan terhadap semua makhluk. Walaupun untuk mengisi perut seseorang itu tidak boleh membunuh binatang. Nirvana merupakan suatu keadaan apabila sesuatu makhluk itu melepaskan segala ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta memperolehi kesedaran secara menyeluruh.

3.JAINISME

Agama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana (gelarannya Mahavira yang bermaksud pahlawan besar). Ia mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu.

4.SIKHISME Agama ini bersifat sinkronisasi antara agama Hindu dan Islam iaitu ia menekankan monotheism, penghapusan kasta dan penyembahan tuhan. Antara elemen Islam dalam ajaran ini ialah penggunaan patung-patung diharamkan manakala elemen Hindu ialah idea kelahiran semula.