You are on page 1of 38

Topik

X Pengenalan

1

Teknologi Maklumat

HASIL PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan sejarah perkembangan teknologi maklumat, sebelum tahun 1940an hingga kini; 2. Menghuraikan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan; 3. Menghuraikan aplikasi dan fasa koridor raya multimedia; 4. Mendefinisi dan menerangkan fungsi asas sistem komputer; 5. Menjelaskan faktor-faktor yang mengancam keselamatan komputer; 6. Menghuraikan cara menyenggara komputer; dan 7. Mengenal pasti cara serangan virus dan faktor menghalangnya.

X

PENGENALAN

Sedarkah anda bahawa dalam ledakan teknologi maklumat ini, bidang pendidikan tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini. Perkembangan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam dunia pendidikan dewasa ini. Teknologi maklumat telah mula mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan dan lain-lain peneraju dalam bidang pendidikan, khususnya yang digunakan dalam bidang pengurusan pendidikan dan sebagai alat bantuan pengajaran. Sedarkah anda juga sebagai seorang guru, peranan sebagai agen perubahan perlu direncanakan selaras dengan perkembangan terkini. Oleh itu, anda seharusnya peka kepada perkembangan teknologi maklumat yang semakin

2

X

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

bertambah pesat ke arah meningkatkan diri dan khususnya meningkatkan profesionalisme dalam bidang pendidikan. Anda perlu mempunyai pengetahuan semasa terhadap perkembangan teknologi maklumat serta kepentingannya kepada generasi masa kini. Selain itu, anda sebagai seorang guru akan mampu mewujudkan senario yang jauh lebih baik sekiranya berpengetahuan dalam bidang perkakasan atau hardware, perisian komputer, ciri-ciri keselamatan dalam teknologi maklumat, khususnya ancaman serangan virus atau ancaman penggodam (hackers) dan penyenggaraan komputer.

1.1

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tahukah anda bahawa ruang lingkup teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan sistem komputer, malah mencakupi penggunaan komputer dan telekomunikasi yang digunakan untuk memproses dan menyebar maklumat? Dalam era maklumat kini, kegunaan teknologi maklumat begitu meluas dalam pelbagai aspek kehidupan. Tiga asas yang menyokong teknologi maklumat ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data.

1.1.1

Pekembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dibahagikan kepada lima zaman iaitu:

Rajah 1.1: Perkembangan teknologi maklumat

TOPIK 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

W

3

AKTIVITI 1.1
Cuba anda fikirkan dengan menggunakan imaginasi anda, senaraikan ciri-ciri komputer generasi kelima yang dapat mempermudahkan dan menepati cita rasa sebagai seorang pengguna dan pendidik. (a) Sumbangan Awal Sebelum 1940 Pernahkah anda mendengar perkataan Abakus? Sebagai seorang guru, anda sudah tentu didedahkan tentang perkara ini selaras dengan hasrat Kemeteriam Pendidikan untuk menerapkan kaedah pengiraan ini di sekolah-sekolah. Sejarah permulaan penciptaan komputer, bermula dengan penggunaan mesin Abakus sebagai pengira 3000 SM yang lalu. Pada tahun 1617, Napier Bones telah dicipta oleh John Napier. Sebelum itu, beliau telah mencipta logaritma yang memudahkan operasi matematik. Pascal, seorang ahli Matematik Perancis pula telah mencipta mesin penghitung mekanikal yang pertama yang dikenali sebagai Blaise Pascal pada 1642 yang merupakan titik tolak pembinaan kalkulator.

Rajah 1.2: Mesin aritmetik Pascal Sumber: http://www.maxmon.com/images/hstfig6.gif

Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671, sistem ini menjadi asas penting dalam reka cipta sehingga kini. Pada tahun 1835, Enjin Analitikal (Rajah 1.3) telah diperkenalkan oleh C. Babbage. Mesin ini mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1,000 nombor, setiap satu 50 digit, inputnya terdiri daripada kad tebuk.

4 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Rajah 1. Pada tahun 1937.jpeg Mesin ini juga mempunyai ciri-ciri komputer moden yang memiliki lima bahagian seperti rajah di bawah. masalah utama yang dihadapi oleh pencipta komputer iaitu tindak balas mekanikal yang lambat dan terbatas. masalah tindak balas mekanikal dapat diatasi. Hasil daripada ciptaan tersebut.ac.stand.4: 5 Bahagian analitikal enjin George Boole telah memberi sumbangan kepada dunia komputer dengan mereka cipta Logik Boolean satu simbol Algebra 'betul dan salah'. Howard Aiken dari Universiti Harvard telah mencipta mesin yang dapat membaca urutan aritmetik secara automatik. Rekaan ini telah digunakan dalam reka bentuk komputer moden.3: Enjin Analitikal oleh Clarles Babbage Sumber: http://www-groups. kad tebuk untuk memasukkan dan memproses data diperkenalkan. maka terhasilnya komputer seperti berikut: . Rajah 1. (b) Generasi Pertama (1940-1958) Terciptanya tiub vakum.dcs. Ia merupakan.uk/~history/Diagrams/ Babbage_engine. Pada tahun 1890.

500 kaki persegi dan beratnya 30 tan dan mengandungi 19.vt.HT ML http://wwwetsi2.000 tiub vakum.es/alumnos/mlii/imagenes/Programa ndo%20Eniac.com/collections/locations /bletchley-park/ 121-2140_IMG.W Maunchly dari Universiti Pennsylvania telah mencipta "Electronic Numerical Integrator and Calculator" (ENIAC).TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 5 Jadual 1. Sumber: http://www.jpg Tahun 1946 UNIVAC dicipta.rothcpa.edu/~history/ENIAC. Anda boleh melihat laman web berikut untuk melihat sejarah perkembangan komputer ENIAC Sumber: http://ei.Richey.digibarn.com/archives/misc/Univ ac.P Eckert dan J. Komputer ini memerlukan ruang 1. Komputer ini dipasarkan buat pertama kali pada 14 Jun 1951.ugr.cs.jpg . Sumber: http://www.1: Hasil Ciptaan Komputer pada Era Generasi Pertama Tahun Ciptaan Tahun 1943 Keterangan Ciptaan dan Pencipta Komputer Colossus telah dicipta oleh British Code dengan menggunakan tiub vakum.JPG Tahun 1945 J.

tercipta komputer seperti berikut: x x x x x Pada tahun 1971. Local area network yang pertama telah diperkenalkan oleh Robert Metcalfe. Sumber: http://www8. Manakala gelung magnetik telah sepenuhnya mengantikan kad tebuk sebagai storan luar. (d) Generasi Ketiga (1964-1980) Dalam komputer generasi ketiga.000 komputer IBM telah dipasarkan di antara tahun 1959 hingga 1963. . Dr Ted Hoff telah mencipta mikropemproses Intel 4004.com/au/70years/more_detail/1953. tiub vakum telah ditukar kepada transistor. Seterusnya pada tahun 1977. Komputer ini terbahagi kepada beberapa bahagian input. kemudian telah diganti dengan 8088 pada tahun 1979.6 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Tahun 1953 IBM telah memasang komputer pertama iaitu IBM 701 dan seterusnya pula IBM 650 (lihat gambar sebelah). di mana lebih 17. Komputer generasi ini juga mula menggunakan pita magnet untuk storan. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah FORTRAN dan COBOL. transistor telah digantikan dengan litar bersepadu (Integrated Circuit) atau cip. Kesan penggunaan transistor menjadikan saiz fizikal komputer menjadi kecil.ibm. Pertukaran ini juga membuatkan kos pembinaan komputer menjadi semakin murah. output. Pada tahun 1975. bertambah pantas dan menjimatkan tenaga cekap serta berpotensi tinggi. konsol dan bekalan. Hasil penggunaan litar bersepadu. Antara komputer yang terkenal termasuklah IBM 1620 dan IBM 1401.html (c) Generasi Kedua (1959-1963) Dalam komputer generasi kedua. Apple II telah diperkenalkan. Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978. Komputer Apple yang pertama telah dicipta pada tahun 1976 oleh Steve Woziniak dan Steve Job.

0 dan 3.Kini) Komputer generasi keempat telah menggunakan litar bersepadu berskala. seterusnya di awal tahun 1992. SEMAK KENDIRI 1. Teknologi maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan berkesan. 1. Intel telah mengeluarkan Pentium Centrino.0 dan 3. Pada bulan Mei 1991. 2. Gambarkan secara keseluruhan cara proses atau cara kerja komputer bermula dari peranti input hingga ke peranti output. Windows 3. terlalu banyak data yang perlu diuruskan. data sumber manusia. Sebagai contoh. Pada tahun 1984. Nyatakan perubahan antara komputer generasi pertama hingga generasi keempat. Intel telah memperkenalkan mikropemproses 286 pada 1982 dan sehingga kini.1.1 menggabungkan antara muka sistem pengendalian menggunakan grafik dan DOS. Macintosh telah diperkenalkan.2 (a) Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Pendidikan Dalam bidang pendidikan. . Microsoft telah memperkenalkan versi baru Windows 3. data stok dan pelbagai lagi. syarikat Microsoft telah memperkenalkan sistem pengendalian operasi yang dinamakan Windows 3.1 1.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 7 (e) Generasi Keempat (1980 .1.0. penggunaan teknologi maklumat boleh dibahagi kepada dua kategori: (i) Alat Membantu Pengurusan Dalam satu organisasi pendidikan. data kewangan.1 menggunakan tetikus untuk memilih ikon interaktif. Sistem pengendalian Windows terus berkembang dan kini Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001 dapat menggabungkan kesemua media dalam multimedia. Arahan kawalan sistem Windows 3. Antara contohnya adalah data pelajar. dengan bantuan aplikasi ini seorang pentadbir boleh mengetahui status disiplin pelajar dengan cepat dan terkini.

memuat turun slip peperiksaan dan memberi pengumuman penting. status kewangan dan status peperiksaan mereka.8 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Beliau hanya perlu memasukan nombor matrik pelajar dalam komputer yang telah disambungkan dengan rangkaian ke pangkalan data pelajar. Teknologi maklumat juga digunakan bagi membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. Pihak Open University Malaysia telah menggunakan sistem untuk mengurus dan mengetahui status pelajar dari aspek latar belakang. Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan. Begitu juga maklumat-maklumat penting lain seperti kewangan.5: Sistem maklumat pelajar Open University Malaysia Selain itu. .5 di bawah. Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi. laman web ini juga membolehkan interaksi antara pihak pentabir dan pelajar. stok dan sumber manusia. laman web Open Universiti Malaysia membenarkan pelajarnya mendaftar. Di samping itu. jaringan Internet dan laman web juga telah digunakan untuk mengemaskini sistem pendaftaran peperiksaan pelajar dan memberi pengumuman penting. status permohonan. Sebagai contoh. Ini dapat dilihat dalam Rajah 1. dan Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi. (ii) Alat Bantu Mengajar Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar terbahagi kepada empat iaitu: x x x x Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial. Rajah 1. maklumat kursus yang diambil.

3.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 9 Kelebihan mod-mod yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut: Kelebihan menggunakan mod tutorial ialah: Bahan bantu mengajar lebih interaktif. pelajar akan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan Pelajar dapat belajar dengan sendiri dan ini membolehkan mereka: 1. Dengan ini. terlalu mahal dan mustahil untuk dilaksanakan menggunakan realiti maya Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif Membolehkan pembelajaran simulasi Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod aplikasi ialah: Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama Menjimatkan masa pembelajaran Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod komunikasi ialah: Membenarkan pembelajaran jarak jauh Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan rakan-rakan Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan sebaya Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif. 2. Mengaplikasi teori pembelajaran kontekstual dalam pengajaran konstruktif dan Membantu meningkatkan daya kreativiti pelajar dan motivasi pelajar Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod penerokaan ialah: Pelajar dapat merasa pengalaman melakukan eksperimen yang sukar. .

Internet dilihat sebagai gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. mesyuarat dan perbincangan dapat dilakukan melalui telesidang. Perkongsian maklumat. maka maklumat di Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada sesebuah lokasi tertentu.org/diamond/images/ Diamond%20Video%20Teleconference-high%20res.mainesenate. Rajah 1. sebaliknya ia meliputi seluruh dunia. (iii) Internet dalam Pendidikan Penggunaan komputer membolehkan pengguna membentuk komunikasi yang berkesan cepat.2 Nyatakan penggunaan komputer dalam kehidupan selaku pendidik.6: Telesidang Sumber: http://www.10 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEMAK KENDIRI 1. Internet juga digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan. mudah dan murah. Capaian Internet juga mampu membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah. Capaian Internet ini juga boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh dunia menjadi satu kenyataan. . Kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai.JPG Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang menarik. Internet dapat digunakan di mana-mana dengan pelbagai media dalam aplikasinya.

teknologi maklumat digunakan sebagai hasilan dan meningkatkan produktiviti. insurans serta industri adalah contoh industri yang bukan berasaskan teknologi maklumat. (b) Perindustrian Dalam bidang perindustrian. Industri perbankan. Industri yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat. Tedapat dua kategori industri: (i) Industri yang menjadi teknologi maklumat sebagai produk.2 di bawah.2: Empat Kategori Aplikasi Komputer Kategori (a) Kejuruteraan berbantukan komputer (Computer Aided Engineering atau CAE) Reka bentuk berbantukan komputer (Computer Aided Design atau CAD) Pekilangan berbantukan komputer (Computer Aided Manufacturing atau CAM) Automasi kilang Keterangannya Dalam aplikasi ini jurutera mengunakan perisian komputer bagi membuat reka bentuk dan menguji komponen-komponen Program ini membantu jurutera menghasilkan lukisan lengkap mengenai sesuatu reka bentuk Dalam aplikasi ini.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 11 SEMAK KENDIRI 1. (ii) Teknologi maklumat juga digunakan untuk mereka cipta bentuk produk serta mengawal mesin untuk membuat kerja-kerja yang telah diprogramkan. Antara contohnya ialah industri perisian.3 Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran? Cuba anda lakarkan melalui peta minda berdasarkan kepada pengalaman dan pemahaman anda. perkakasan dan lainlain lagi. Jadual 1. Terdapat empat kategori aplikasi komputer seperti dalam Jadual 1. komputer akan mengawal robot atau mesin yang digunakan untuk memasang barangan Robot atau mesin yang dikawal oleh komputer digunakan untuk menggerakkan bahan mentah di bahagian pemasangan dan menjaga kualiti barang (b) (c) (d) . bioteknologi.

contohnya ada peniaga menyediakan kios untuk membantu peniaga memberi maklumat barang yang diniagakan. 2. menyebabkan maklumat serta urusan simpanan dan pengeluaran menggunakan online. Teknologi maklumat juga digunakan oleh peniaga dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang sempurna. Tujuh aplikasi utama koridor multimedia adalah seperti dalam Rajah 1. Bayangkan sekiranya sistem komputer di seluruh dunia menghadapi kegagalan untuk berfungsi sepenuhnya. . Penggunaan mesin teller automatic contohnya. Cuba anda bayangkan jenis-jenis aplikasi yang anda pernah atau yang sedang anda gunakan setiap hari. Penggunaan komputer juga membolehkan sistem pembayaran bil dilakukan secara online dan setempat digunakan. MSC telah ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia. Teknologi maklumat digunakan dalam industri perbankan dengan meluas. Penggunaan kod asas di kompleks membeli belah bagi mengantikan penggunaan tanda harga memudahkan pemantauan tanda harga dilakukan.2 1.1. AKTIVITI 1. Kita menggunakan aplikasi teknologi maklumat setiap hari. apakah kesulitan yang akan anda mengalami serta-merta? Bincangkan dalam kelas anda. perakaunan dan simpan kira.3 Koridor Raya Multimedia (MSC) Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan tonggak dan strategi pembangunan bagi mencapai Wawasan 2020. Koridor Raya Multimedia atau MSC ini dibina bagi merangsang proses penyelidikan dan pembangunan atau R & D.12 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (c) Perdagangan Teknologi maklumat selalu digunakan oleh peniaga dalam bidang pengurusan. Pada jangkaan anda. membina dan menyebar maklumat serta produk berunsurkan teknologi maklumat. iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.7 di bawah. 1.

7: Aplikasi utama Koridor Raya Multimedia (a) Kerajaan Elektronik Kerajaan elektronik merupakan aplikasi jaringan hubungan antara agensiagensi kerajaan dan pelanggan. maklumat dan pangkalan data dapat dikongsi bersama antara kementerian dengan kementerian atau dengan jabatan. Sidang video digunakan. Objektif kerajaan elektronik yang digariskan ialah: Menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti dan cekap.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 13 Rajah 1. komputer yang mengunakan jaringan di kementerian atau jabatan dapat berhubung antara satu sama lain. Hubungan Rakyat dengan Kerajaan Kesemua ini bertujuan menghasilkan pentabiran yang cekap berwibawa di samping meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Ke arah pengurusan tanpa kertas serta menjimatkan kos. Dengan ini. Dokumen. (ii) . Melalui hubungan ini. dan Meningkatkan keselamatan data. Membentuk jaringan komunikasi yang cepat dan cekap antara jabatan. bagi memudahkan proses mengadakan mesyuarat di pelbagai lokasi. Antara ciri-ciri kerajaan elektronik menjalankan pelbagai urusan menggunakan aplikasi teknologi maklumat adalah seperti berikut: (i) Hubungan antara Agensi Kerajaan Hubungan antara agensi kerajaan dijalankan secara elektronik dan multimedia. perkara yang memerlukan penyelesaian bersama dapat dilakukan dengan cepat.

3 1. berdaya fikir. Kesemua usaha ini akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang akan mencipta sejarah serta penemuan dalam bidang akademik dan bukan sebagai bahan sejarah. Corak pembelajarannya akan dapat melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya. . Di sekolah masa kini. Senaraikan tujuh aplikasi Koridor Raya Multimedia.14 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Rajah 1.8: Kerajaan elektronik SEMAK KENDIRI 1. kreativiti. gaya pembelajaran berasaskan guru yang memberi tumpuan kepada hafalan dan pengetahuan. khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya. 2. Sementara di sekolah bestari. cara gaya pembelajaran berasaskan pelajaran secara bebas tetapi bergantung kepada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat. penyayang dan berliterasi teknologi seperti dalam Jadual 1.3 di bawah. serta pengurusan sekolah menggunakan aplikasi dan jaringan teknologi maklumat. Jika dibuat perbandingan sekolah masa kini dan sekolah bestari terdapat perbezaan jelas. Pada pandangan anda. apakah kelebihan pelaksanaan kerajaan elektronik kepada masyarakat Malaysia? Senaraikan. (b) Sekolah Bestari Sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara sistematik yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran. 3. memegang teguh dan melaksanakan nilainilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan idea. Sekolah bestari ialah institusi yang mempunyai pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi ruang kepada pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif. Beri sebab kenapa Koridor Raya Multimedia dianggap berjaya.

3: Perbezaan Cara Gaya Pembelajaran Sekolah Masa Kini dan Sekolah Bestari Menurut Wan Mohd Zahid (1997). Selain daripada itu. Sekolah ini juga dihubung melalui jaring kawasan luas (WAN) yang menyediakan sumber-sumber melalui Âonline' untuk membolehkan guru-guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah. Dalam teleperubatan. Guru berperanan sebagai fasilitator yang bertanggung jawab menyediakan situasi yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari. dan Pentadbir berfungsi sebagai pengurus yang berkesan. .TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 15 Jadual 1. Antara ciri-ciri tersebut ialah: Sekolah bestari dihubungkan dengan jaring kawasan tempatan (LAN) yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat menggalakkan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. jaringan aplikasi teknologi maklumat antara hospital akan memudahkan proses menyimpan dan mencapai rekod pesakit di hospital yang berlainan. teleperubatan membenarkan hubungan komunikasi antara pesakit dan doktor dilakukan di pelbagai lokasi. (c) Teleperubatan Teleperubatan ialah aplikasi jaringan maklumat yang digunakan bagi kerja pengurusan dan rawatan antara hospital. sekolah bestari diwujudkan dengan ciriciri berbeza berbanding sekolah sedia ada. Sekolah bestari disesuaikan mengikut kehendak guru pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.

Berkerjasama dengan universiti tempatan bagi menghasilkan produk multimedia. Jaringan aplikasi teknologi dalam hospital digunakan untuk memantau pesakit terutama yang berada di unit rawatan rapi. Penubuhan Universiti Multimedia yang terletak di kawasan Koridor Raya Multimedia. dan Mewujudkan persaingan sumber manusia melalui penyelidikan. Selain daripada itu. Teknologi maklumat juga digunakan untuk membantu doktor mengenali penyakit dengan menggunakan sistem perisian diagnostik. teknologi maklumat dalam menganalisis data terutama dari data mesin X-ray. adalah diharapkan Malaysia dapat menjadi pusat penyelidikan multimedia bertaraf antarabangsa. dan Menambahkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia.sjwh. Dengan kerjasama syarikatsyarikat besar tempatan dan luar negara serta universiti-universiti tempatan dan luar negara.16 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Rajah 1.9: Teleperubatan Sumber: http://www.jpg Jaringan membolehkan pengesahan dan pengumuman penyakit berjangkit dilakukan. Objektif teleperubatan ialah: Membentuk pusat kecemerlangan teleperubatan yang bertaraf dunia. objektif pusat penyelidikan dalam aplikasi multimedia ialah: Mewujudkan kelompok penyelidikan multimedia bertaraf dunia.org/images/telemed. juga diharap membina masyarakat penyelidik. . Secara keseluruhan. Rawatan dan rundingan perubatan jarak jauh antara doktor dengan doktor pakar dan doktor dengan pesakit boleh dilakukan dengan bantuan jaringan aplikasi. (d) Pusat Penyelidikan Pusat Penyelidikan dan pembangunan adalah aspek yang cukup penting dalam membangunkan sebuah negara maju.

tarikh lahir.sdct.10: Kad pintar Sumber: http://xw2k.itl. Maklumat di dalamnya.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 17 (e) Kad Pintar Cip pada Kad Pintar membolehkan maklumat dimuatkan dalam cip. maklumat kesihatan dan maklumat imigresen.nist. dan Menyediakan pelantar bagi proses E-Dagang. boleh dibaca menggunakan alat membaca kad mini atau alat membaca kad mudah alih. Maklumat mengenai lesen memandu dan tarikh luput lesen memandu juga disimpan di dalam cip kad pintar. Objektif Kad Pintar pelbagai guna ialah: Membangunkan kad yang cekap. Di dalam cip juga menyimpan maklumat E-Tunai dan E-Dagang. maklumat lesen memandu.jpg . maklumat imigresen seperti nombor pasport dan tarikh luput pasport. Empat aplikasi kerajaan ialah maklumat diri. Di dalam cip ini juga terdapat. Selain daripada itu. Kad Pintar pelbagai guna yang diperkenalkan di Malaysia merupakan kad pintar pertama di dunia yang dapat menggabungkan empat aplikasi kerajaan dan dua aplikasi pilihan pemegang. Rajah 1. selamat dan mempunyai maklumat diri pemilik. tersimpan maklumat asas pemegang seperti gambar. Di dalam cip tersebut. cap jari dan nombor kad pengenalan pemilik. rekod kesihatan pemegang juga disimpan di dalamnya.gov/smartcard/images/smartCardInsertion2. tempat lahir.

dapat diagihkan dengan cepat dan selamat. infrastruktur yang baik dan kemahiran rakyat dalam menguasai teknologi serta pelbagai bahasa mampu menjadikan Koridor Raya Multimedia atau MSC sebagai pusat pemasaran tanpa sempadan bertaraf dunia. MSC boleh menjadi pentas syarikat-syarikat bertaraf dunia menyediakan perkhidmatan pelanggan dan sokongan teknikal. Objektif menjadikan Koridor sebagai jalinan perkilangan dunia ialah: Menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat perkilangan dunia. (g) Jalinan Perkilangan Dunia Melalui hubungan telekomunikasi yang bertaraf dunia serta sokongan daripada sistem pengangkutan yang baik dan terurus membolehkan bahan mentah dapat dibawa ke kilang dengan cepat. dan dan Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia bagi golongan peniaga. kilang-kilang dapat berhubung dengan murah dan mudah. Objektif pemasaran tanpa sempadan ialah: x x x Merangsang syarikat tempatan dan antarabangsa menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat perniagaan di rantau Asia Pasifik. . Menyokong pemindahan pengetahuan tentang pemasaran pengurusan perniagaan kepada rakyat Malaysia. Kesemua infrastruktur ini boleh menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai satu pusat jalinan perkilangan dunia. Koridor Raya Multimedia dapat dihubungkan dengan semua negara dunia melalui telekomunikasi yang canggih dan terkini. Undang-undang dan polisi yang fleksibel dan bertaraf dunia. Infrastruktur ini juga membolehkan proses penghantaran barang dari kilang ke seluruh dunia. Melalui hubungan komunikasi ke serata dunia.18 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (f) Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan Koridor Raya Multimedia mampu menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang terbaik untuk para peniaga.

Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan peka terhadap perubahan dunia teknologi. . Merangsang pembinaan 500 syarikat tempatan yang berdaya saing di peringkat dunia. Merancang dan memulakan tujuh agenda aplikasi utama (MSC) (rujuk Rajah 1. Membentuk mahkamah undang-undang siber bertaraf antarabangsa di Koridor Raya Multimedia (MSC).4 (a) Fasa-fasa Rancangan Koridor Raya Multimedia MSC telah dirancang dengan teliti berdasarkan fasa-fasa berikut: Jadual 1. dan Empat hingga lima bandar raya bijak (intelligent cities) dapat dihubungkan dengan bandar raya siber yang lain.2: Tiga Fasa MSC Fasa Fasa 1 x x x x x Fasa 2 x x x x x x Fasa 3 x x x x Keterangannya Menubuhkan satu lebuh raya maklumat.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 19 1. Menetapkan piawaian bagi tujuh agenda aplikasi utama. Merangsang pembinaan 50 syarikat tempatan yang berdaya saing di peringkat dunia. Merangsang pembinaan 250 syarikat tempatan yang berdaya saing di peringkat dunia. Merangka dan melaksanakan undang-undang siber bertaraf dunia. Membina lebuh raya web. Undang-undang siber bersifat global dan terkini. dan Menbentuk bandar raya Cyberjaya sebagai bandar raya bertaraf dunia.3). Mewujudkan sistem maklumat bagi menghubungkan Koridor Raya Multimedia MSC kepada beberapa bandar raya siber dunia.1. dan Menghubungkan lebih daripada 12 bandar raya bijak kepada lebuh raya global.

Shell HSBC dan BMW (Utusan Malaysia 25 Disember 2002). Di antara kejayaan terbarunya ialah penyertaan syarikat seperti Satyam. DHL. Kejayaan tokoh IT seperti Shahril Ibrahim yang mencipta nama dalam bidang animasi komputer dan kesan khas di Hollywood seharusnya menjadi pembakar semangat untuk mengorak kejayaan (Majalah PC Oktober 2002). Ketua Pegawai Eksekutif MDC. seharusnya dilihat sebagai titik permulaan penggemblengan tenaga ke arah kecemerlangan. XYBASE dan REDTone (VMS Technology) serta Perbadanan Komputer Nasional Berhad. jumlah syarikat yang memiliki sijil MSC adalah sebanyak 730 dan 53 daripadanya bertaraf dunia. Kejayaan syarikat-syarikat seperti IRIS Technologies. Di akhir tahun 2002. Matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 2003 ialah untuk menjadikan syarikat bernaung memperolehi sijil MSC sebagai syarikat multimedia.3 Bayangkan anda sebagai seorang pendidik dalam bidang Pendidikan. AKTIVITI 1. sejumlah 500 kesemuanya dengan jumlah 30 bertaraf dunia (bilangan ini telah melepasi sasaran). Apakah sumbangan yang anda boleh berikan terhadap Koridor Raya Multimedia? . menyatakan pihaknya telah dan terus berusaha mencari peluang untuk menarik pelaburan asing betaraf dunia ke Koridor Raya Multimedia (MSC) melabur di Malaysia.20 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (b) Kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC) Berdasarkan kepada kerja keras daripada rakyat Malaysia serta galakan daripada kerajaan. Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menampakkan kejayaan.

Pergerakan tetikus boleh dikesan oleh komputer berdasarkan gerakan dan digambarkan di atas skrin dengan gerakan kursor. pengimbas dan penyentuh skrin. 1. Lihat Rajah 1.11: Keseluruhan proses di dalam komputer Fungsi peranti input ialah memasukkan data ke dalam komputer.11 di bawah: Rajah 1. . Tetikus terdiri daripada dua atau tiga butang yang boleh ditekan untuk memberi isyarat kepada komputer. namun hanya empat peranti input yang biasa digunakan oleh pendidik iaitu tetikus. Terdapat berbagai peranti input.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 21 1. proses dan output.2.1 (a) Peranti Input Tetikus Tetikus atau mouse adalah satu peranti komputer yang bergerak mengikut gerakan tangan pengguna. papan kekunci.2 ASAS SISTEM KOMPUTER Struktur komputer terbahagi kepada tiga bahagian iaitu input.

objek interaktif. Rajah 1.jpg . (b) Skrin Sesentuh Skrin Sesentuh ialah sejenis skrin yang interaktif bagi membolehkan pengguna memasukan arahan dengan menyentuh skrin. Tetikus membolehkan pemindahan imej dilakukan dengan mudah dan cepat.22 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Rajah 1.satphonestore. Skrin Sesentuh merupakan pilihan lain pada penggunaan tetikus.12: Tetikus (mouse) Tetikus digunakan untuk: Menggerakkan kursor dan memberi arahan-arahan tertentu pada skrin dengan cara mengklik pada ikon-ikon.13: Skrin sesentuh Sumber: http://www.com/SatTV/ SeaTel/touch%20screen1%2010cm%20cmyk%20(2). Pengguna perlu menyentuh ikon-ikon pada skrin untuk mengaktifkan sesuatu arahan. hiperteks dan hipermedia. dan Tetikus juga memudahkan pengguna menjelajah menggunakan butang interaktif. Tetikus membolehkan pengguna menggerakkan kursor ke mana saja di atas skrin dengan mudah dan lancar. Alat yang digunakan untuk menyentuh skrin boleh terdiri daripada pen elektronik atau jari pengguna.

Rajah 1.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 23 (c) Pengimbas Pengimbas digunakan untuk menyalin atau membaca teks.JPG Pengimbas Buku Pengimbas buku biasanya digunakan untuk mengimbas teks. imej atau grafik. Data-data yang disalin didigitalkan dan disimpan ke dalam komputer sebagai fail.com/images/QS6000PL. imej dan grafik. Rajah 1.4 Gigahertz .15: Pengimbas buku 1. kelajuan serta seni binanya. Lebar jalur merujuk kepada bilangan bit yang dapat diproses contohnya Pentium 4 dengan kelajuan 3. lebar jalurnya.14: Pengimbas tangan Sumber: http://www. Mikropemproses terdiri dari cip silikon yang mengandungi berjuta litar bersepadu. Maklumat yang dibaca kemudiannya akan diproses oleh komputer.2. Ciri-ciri yang membezakan keupayaan mikropemproses ialah set arahan.2 Mikropemproses (Pemproses Utama) Mikropemproses merupakan otak kepada komputer. Terdapat dua jenis pengimbas yang selalu digunakan iaitu: x Pengimbas Tangan Pengimbas tangan biasanya digunakan untuk mengimbas dan membaca kod bar atau barcode di pasar raya atau di perpustakaan.posdata.

2. pencetak dan alat pembesar suara. Peranti output yang selalu digunakan oleh pendidik ialah monitor. Kelajuan merujuk kepada bilangan arahan yang boleh dilaksanakan setiap saat. Peleraian 640X480 piksel 800X600 piksel 1040X786 piksel 1280X1054 piksel Jelas Imej Kasar . Mikropemproses merupakan alat yang paling penting bagi memproses data kepada maklumat. Unit kawalan mengawal bahagian komputer dengan memberi arahan. Monitor monokrom mempunyai paparan hitam putih dan monitor warna mempunyai paparan warna.4 Gigahertz yang mana dapat memproses 3. Rajah 1. Kedua-dua monitor ini disambung dengan komputer menggunakan kad grafik.16: Monitor Bilangan warna yang boleh dipaparkan bergantung kepada keupayaan kad grafik dan RAM kad grafik. Monitor terbahagi kepada dua iaitu monokrom dan warna. Unit arahan mengawal isyarat pergerakan elektronik dari ingatan utama dan unit aritmetik. Unit aritmetik menjalankan operasi logik dan aritmetik. Monitor merupakan peranti output yang penting dan selalu digunakan oleh pengguna. 1. (a) Monitor Monitor merupakan skrin yang bertindak untuk memaparkan output yang kehendaki.4 bilion pusingan mesin sesaat. Mikropemproses berfungsi melibatkan operasi matematik dan unit aritmetik logik.3 Peranti Output Fungsi peranti output ialah memaparkan maklumat yang telah diproses. Ketajaman imej bergantung kepada nilai peleraian.24 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT mempunyai frekuensi 3.

Rajah 1. Dengan mencetak. Rajah 1. Teknik hentaman ini akan menghasilkan bintik-bintik halus pada kertas.18 Pencetak pancutan dakwat (iii) Pencetak Laser Pencetak laser mempunyai teknik yang sama dengan mesin fotostat.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 25 (b) Pencetak Pencetak mencetak berbagai maklumat yang telah diproses ke dalam bentuk 'hard copy'. pengguna boleh menyimpan maklumat yang dipaparkan pada monitor ke bentuk kekal.17: Pencetak dot matrik (ii) Pencetak Pancutan Dakwat Pencetak pancutan dakwat berfungsi dengan kaedah pancutan dakwat ke atas kertas. Hasil cetakannya bermutu tinggi.19: Pencetak laser . Rajah 1. Pencetak boleh terdiri daripada tiga jenis: (i) Pencetak Dot Matrik Pencetak dot matrik mencetak dengan teknik hentaman.

RAM menyimpan ingatan dalam bentuk singkat dan sementara sahaja. Storan Primer dikenali sebagai Random Access Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM). compact flash atau cakera padat. (a) Storan Primer Random Access Memory (RAM) dalam bahasa Melayu bermaksud ingatan capaian rawak. RAM terdiri daripada litar elektronik yang mengandungi cip transistor logik dalam komputer. Contohnya setiap kali anda mengarahkan data diambil dari storan untuk diproses. Jika bekalan kuasa terputus.20: RAM . dan (iii) Menyimpan maklumat sebelum dihantar ke peranti output. pen drive. storan bertindak sebagai output. Menyimpan data yang sedang diproses. manakala storan Storan Sekunder pula terdiri daripada pelbagai bentuk dan aplikasi tambahan contohnya cakera keras. Litar elektronik ini mempunyai kelajuan tinggi untuk menyimpan maklumat yang sedang diproses. RAM berfungsi untuk: (i) (ii) Menyimpan program yang sedang digunakan. RAM boleh mencapai secara pantas walaupun dari lokasi yang jauh. storan bertindak sebagai input sebaliknya jika kita mengarahkan data disimpan di dalam storan. Apakah proses permulaan anda setiap hari? 1. Rajah 1.2. ingatan yang terdapat dalam RAM akan hilang. cakera keras mudah alih.5 Storan Storan boleh bertindak sebagai peranti input atau output.26 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEMAK KENDIRI 1.4 Cuba anda bayangkan anda sebagai sebuah komputer yang berfungsi dalam kehidupan seharian.

Storan sekunder dapat mengekal data. walaupun selepas bekalan kuasa dihentikan. biarpun bekalan kuasa diputuskan. kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set atur cara rutin asas dalam komputer. (b) Storan Sekunder Storan sekunder merupakan storan yang digunakan untuk menyimpan data secara kekal. Rajah 1.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 27 Read Only Memory (ROM) atau ingatan baca sahaja.5 Cari perbezaan dan persamaan antara RAM dan ROM. Data yang disimpan dalam storan sekunder hendaklah dipindahkan terlebih dahulu ke ingatan utama sebelum boleh digunakan untuk memproses data. Ingatan dalam ROM akan kekal.4 Sekiranya anda mempunyai sebuah komputer. Kandungan storan sekunder tidak dapat dicapai secara langsung oleh pemproses. apakah yang anda jangkakan akan terjadi sekiranya anda menggunakan RAM 16 mega bait dalam komputer anda? .21: Storan sekunder AKTIVITI 1. Di antara maklumat yang dimasukkan ke dalam ROM ialah konfigurasi-konfigurasi sistem komputer. menjadi alat untuk menyimpan maklumat secara kekal. ROM menyimpan maklumat yang telah dimasukkan ke dalamnya oleh pembina komputer. SEMAK KENDIRI 1.

Antara peraturan penggunaan makmal. Penjagaan Perkakasan Komputer merupakan barang yang sensitif dan mahal.3. dapatkan bantuan daripada orang yang dibenarkan membantu sahaja. Tidak dibenarkan mengubah suai komputer dari berbagai segi. buang sampah di dalam tong sampah. Jaga perilaku.1 Peraturan dan Penyenggaraan Komputer Makmal komputer seperti makmal-makmal yang lain perlu mempunyai peraturannya. ialah: x x x x x x x x x x x x (a) Pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di dalam makmal kecuali bersama guru. Guna komputer dengan kebenaran dan mengikut arahan. Jika terdapat masalah.3 KESELAMATAN Aspek-aspek keselamatan melibatkan komputer hendaklah dijaga dengan rapi seperti yang akan dibincangkan berikut: 1.28 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 1. perkakasan atau perisian). dan Internet boleh digunakan hanya dengan kebenaran guru. jangan membuat bising di dalam makmal. tidak dibenarkan berjalan-jalan ke komputer lain. Berjalan dengan cermat dan tidak dibenarkan berlari di dalam makmal. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di dalam makmal. Duduk dengan tertib dan bersopan. Langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian oleh pemilik komputer bagi mengelak komputer menjadi rosak: . Tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam makmal. (susunan komputer. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi oleh pengguna komputer demi keselamatan komputer dan mengelak kemalangan. Pastikan makmal sentiasa bersih. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang makmal kecuali atas kebenaran guru.

Jangan bersihkan skrin dengan larutan yang mengandungi alkohol atau aseton. dan Gunakan sistem tools secara maksima. sentiasa keluar dari Windows dengan cara yang betul. Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang berdebu dan bersuhu tinggi. dapur dan lain-lain). x x x x x x x x x x .TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 29 x Elakkan komputer daripada terkena air atau diletak berhampiran dengan tempat yang mempunyai kelembapan tinggi (seperti bawah pendingin udara. Gunakan SP (Surge Protector) bagi memberi pelindungan akibat kesan panahan kilat. bersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak menghakis. Gunakan UPS (Uninterrupted Power Supplies). Jangan letakkan makanan dan minuman dekat dengan komputer bagi mengelak tumpahan berlaku. Elakkan komputer diletak berhampiran dengan berhampiran dengan alat elektrik dan bermagnet. pastikan meja komputer dan komputer diletakkan pada aras yang stabil dan bebas daripada getaran dan alihkan komputer ketika perlu sahaja. Putuskan hubungan bekalan kuasa dan tanggalkan palam dari soket sebelum meninggalkan komputer. Gunakan saiz meja yang sesuai untuk meletak komputer. lebih kurang 7sm untuk membenarkan peredaran udara. Jangan ambil atau masukkan cakera liut ketika lampu pemacu cakera masih menyala. Jangan gunakan komputer ketika kilat. (Namun SP tidak mampu memberi pelindungan akibat kilat sepenuhnya). tempat yang x x x x Jarakkan komputer dengan dinding atau alat lain. Gunakan bahan anti-statik di sekitar komputer bagi menghapuskan cas statik. selalu defrag dan imbas cakera keras. Bagi mengelak ralat Windows. SP (Surge Protector) dan AVR (Automatic Voltage Regulation) untuk mengstabilkan kuasa elektrik. Rehatkan komputer setelah terlalu kerap atau digunakan secara berterusan.

T (SelfAnalysis and Report Technology) untuk memantau pelbagai parameter yang berkaitan dengan fungsi mekanikal seperti kelajuan plat cakera. Imbas cakera keras bagi membetulkan ralat permukaan yang terdapat. mulakan semula (restart) sekiranya komputer telah lama digunakan. tetikus dan monitor). Kemaskini program utiliti dan perisian anti virus. Berikut antara tugas yang dicadangkan: Jadual 1. penyenggaraan berkala amat diperlukan bagi memastikan komputer berkeadaan baik. mulakan semula (restart) sekiranya komputer telah lama digunakan.5: Penyenggaraan Berkala sebagai Pengguna Komputer Tugasan Tugasan harian x x x Keterangannya Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain. kuasa motor. Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik. kegagalan carian dan gegaran kepada kekisi pemacu. Gunakan program Tugasan mingguan x x x Tugasan bulanan x x x x x x monitoring utiliti seperti S.A. Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik. Simpan (backup) dan kemaskini fail-fail sistem.M. Bersihkan perkakasan (papan kekunci. masa putaran.R. Buang aplikasi yang tidak digunakan kerana aplikasi ini sekadar memenuhi ruang cakera keras. Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik. Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik. Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain.30 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (b) Tugasan Penyenggaraan Sebagai pengguna komputer. Begitu juga program utiliti seperti Dr PC yang memantau perisian dan perkakasan komputer. .

Penjenayah cuba memindahkan duit dalam sesuatu akaun untuk mendapat keuntungan.6 Nyatakan dan cirikan tugas penyelanggaraan yang harus dibuat bagi memanjangkan jangka hayat komputer. Kekurangan penjagaan keselamatan menyebabkan pihak musuh dapat mengintip data yang penting. Begitu juga data keselamatan sebuah negara sering menjadi intipan pihak musuh. . Data amat berharga. Datadata ini perlu diutamakan untuk disimpan. (a) Jenis Penyalahgunaan Data Terdapat pelbagai jenis penyalahgunaan data: (i) Mencuri Data Terdapat banyak sebab penjenayah mencuri data.2 Menjaga Keselamatan Data Terdapat data-data cukup bernilai malah lebih berharga daripada komputer. sebagai contoh data pelanggan amat berharga kepada peniaga. Data akaun bank selalu menjadi sasaran golongan penjenayah. 1. Contohnya data tesis amat berharga berbanding dengan fail program lain.3. Contohnya. (ii) (iii) Mengintip Persaing dalam peniagaan sentiasa memerlukan data pesaingnya bagi mengetahui strategi dan seterusnya membina strategi baru yang lebih baik. Kecuaian menjaga data akan menyebabkan kita kehilangan data yang berharga atau data kita disalahgunakan. Terdapat juga yang menukar markah peperiksaan dari gagal ke lulus.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 31 SEMAK KENDIRI 1. Terdapat penjenayah mencuri data pelanggan bagi membolehkannya merampas pelanggan. ada penjenayah yang menggunakan kebolehan menggunakan komputer dengan menukarkan data dirinya bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa. Memanupulasi Data Penjenayah siber juga kerap memanipulasi data bagi tujuan tertentu.

kata laluan perlulah berlainan antara individu. matikan kata laluan dengan cepat bagi pegawai yang tidak lagi bertugas. Kebolehan menukar data menyebabkan pelajar dapat memanipulasi data. Susunan huruf atau nombor dalam kata laluan jangan mudah diteka atau perkataan biasa digunakan. kata laluan akan ditanya ketika kita hendak memasuk atau melihat sistem data. Kata laluan juga perlu sentiasa dikemaskini. Dalam sistem data. sistem mengakses maklumat mengikut keperluan pengguna amat perlu dilaksanakan demi keselamatan data. Prosedur dalam bentuk dokumentasi dibuat oleh pentabiran data dan pengaturcara. Rajah 1. Sebagai contohnya. Prosedur perlu disimpan di tempat yang selamat bagi mengelak prosedur jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. di sekolah pelajar boleh melihat data peperiksaannya tanpa mengubah data.32 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (b) Keselamatan Data (i) Membentuk Kata Laluan Kata laluan ialah susunan huruf atau susunan nombor yang perlu ditaip atau disebut bagi pengenalan diri. Guru pula boleh mengubah data peperiksaan mengikut mata pelajaran dan kelas yang diajar. Kata laluan berguna bagi mengelak orang yang tidak dingini melihat data dan seterusnya menyalahgunakan data. Pegawai maklumat juga perlu sentiasa melakukan audit sistem. . (iii) Prosedur Prosedur merupakan bahan rujukan utama ketika membina sistem pangkalan data. Bagi memudahkan mengesan sumber kebocoran rahsia. Oleh itu.22: Kata laluan (ii) Mengakses Mengikut Tingkat Keperluan Pengaturcaraan perlu mengetahui peringkat keperluan pengguna sebelum membina sistem pangkalan data.

Oleh itu pentabir data perlu memilih perisian yang mempunyai aspek keselamatan yang tinggi. Sebagai contoh. apakah jenis-jenis penggunan yang anda rasa perlu dalam kehidupan anda? (c) Membuat Salinan Data Data yang disimpan ke dalam cakera keras perlu dibuat salinan ke dalam storan sekunder yang lain bagi mengelak data rosak. ketetapan sistem. dimanupulasi atau hilang. kerap berubah dan mudah dipindahkan.foldersgalore. . Data boleh disalin secara manual. Rajah 1. Menyimpan data secara tetap merupakan jaminan terbaik bagi mengelak kehilangan data. perisian yang dibina atas aspek keselamatan yang rendah begitu mudah diceroboh. Menyimpan secara manual digunakan bagi menyalin data semasa.com/Resources/galroracle. Langkah-langkah berikut perlu difikirkan dalam menyimpan data: (i) Gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan dan menyalin.23: Perisian pangkalan data Oracle Sumber: http://www.jpeg AKTIVITI 1. Jika melibatkan data khas (mesej e-mel. perisian jenama ORACLE antara perisian pangkalan data terbaik. Selain daripada itu.5 Sekiranya anda ingin menggunakan kod kata laluan dalam kehidupan seharian anda. registry) penggunaan aplikasi windows atau perisian ketiga agak sesuai. menggunakan aplikasi Windows atau menggunakan perisian ketiga.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 33 (iv) Membina Pangkalan Data Menggunakan Perisian yang Stabil dan Selamat Perisian yang biasa digunakan atau mudah didapati di pasaran terdedah kepada risiko mudah digodam.

Cecacing mampu melumpuhkan pelayan-pelayan utama yang menyebabkan kesesakan dalam sistem rangkaian. 1. punca serangan virus perlu dikenal pasti. virus ini akan menghantar emel yang mengandungi virus dalam fail sisipan ke alamat yang terdapat dalam buku alamat.34 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ii) Pemilihan peranti dalam operasi penyimpanan data amat penting. memandangkan data sentiasa berubah perancangan secara berjadual amat perlu bagi menyimpan data. Terdapat virus yang memasuki alamat yang disimpan di dalam buku alamat di e-mel. kamera dan jam. Sebaik fail sisipan yang mengandungi virus ini dibuka. Jadual 1.6: Empat Punca Serangan Virus Punca x E-mel Keterangan E-mel merupakan perantara serangan virus paling utama. Saiz fizikal peranti atau media. Virus boleh menyebabkan fail sistem dan fail data mengalami kerosakan. tidak boleh dibaca atau boleh membawa kepada kehilangan data. dan Selain daripada menyimpan data terdapat juga aplikasi lain contohnya seperti permainan MP3. Virus ialah aturcara komputer yang ditulis untuk merosak perisian dan perkakasan komputer. Terdapat pelbagai peranti dan media yang boleh digunakan. . Kesannya semua fail sambungan .3 Virus Virus komputer dicipta oleh pengaturcara komputer yang cukup mahir. Antara faktor yang harus difikirkan dalam memilih peranti atau media ialah: Keupayaan peranti menyimpan data. virus akan merebak ke dalam komputer. Harga peranti.3. virus Navidad akan merosakkan registry pada Windows. Virus pertama dikesan pada tahun 1986. (a) Punca Serangan Virus Bagi mengelak komputer mendapat virus.exe tidak akan dapat dijalankan. Sebagai contoh. Virus boleh berjangkit dari satu komputer ke satu komputer. Fail-fail sisipan yang dihantar melalui e-mel kadang-kadang mengandungi virus. (iii) Simpan secara berkala.

Bila tetikus melalui ikon ini muncul teks "Lo estamos mirando". x x (b) Tanda-tanda Serangan Virus x x x Perjalanan sistem komputer menjadi perlahan serta memori merosot secara tiba-tiba. Terdapat fail tersembunyi atau hidden file yang sama dan sentiasa memenuhi ruang. Contohnya tanda wujudnya virus Navidad pada komputer ialah ikon mata di sebelah bawah skrin. Mesej yang dipaparkan agak ganjil. Kegagalan sector boot berfungsi menyebabkan sistem computer tidak boleh dimulakan. Tugas-tugas sistem operasi dan program sukar dijalankan. Kandungan dalam cakera keras berubah walaupun tiada program yang dipasang atau fail yang disimpan. Fail dalam bentuk iklan atau mesej-mesej yang ganjil juga kemungkinan membawa virus. Internet juga biasanya digunakan untuk mencari bahan atau maklumat. FAT yang rosak menyebabkan fail dalam cakera keras tidak dapat baca atau dikesan. Sektor rosak terbentuk dengan banyak pada cakera keras. x x x x x x x x . Internet biasanya merupakan salah satu sumber untuk memperolehi pelbagai jenis perisian. Merosakkan Fail Allocation Table (FAT) dan boot sector.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 35 x Cakera padat. Paparan mesej kesilapan (error message) atau amaran kehilangan fail program dalam sistem sering berlaku. pen drive dan storan sekunder mudah alih Perisian program atau bahan yang dimuat turun dari Internet Selitan mesej Biasanya virus jenis makro terdapat dalam fail hamparan data. Fail-fail data atau program hilang. L Terdapat laman web yang disekat daripada dilayari biarpun tiada arahan sekatan laman web dilakukan. Virus juga boleh bersembunyi dalam perisian atau fail yang dimuat turun dari Internet. Kesannya menyebabkan data hilang atau gagal dicapai. Format atau label fail yang disimpan terubah. Bila fail ini dibuka daripada storan fail. Kandungan dan kod fail berubah menyebabkannya rosak dan tidak dapat digunakan. virus ini akan merosakkan fail-fail yang lain termasuk fail sistem.

Sentiasa mengemaskini. Memasang dan sentiasa mengemaskini program anti virus. Elakkan menggunakan cakera mudah alih orang lain atau komputer awam.6 1. Apakah persamaan yang anda rasa boleh berlaku antara virus yang menyerang manusia dengan virus yang menyerang komputer? . Muat turun fail dari Internet yang mempunyai sumber keselamatan yang tinggi. Buat bacaan mengenai info terkini tentang virus dan cara pencegahan terkini.36 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (c) Cara-cara Mengelak Serangan Virus Sentiasa mengemaskini. AKTIVITI 1. Pada pendangan anda. sisipan e-mel perlu diimbas oleh perisian anti virus sebelum membukanya. Jangan membuka e-mel yang tidak diketahui sumbernya atau diragui kandunganya. Jangan muat turun fail-fail lucah yang mempunyai sumber keselamatan yang rendah. bagaimanakah sesuatu virus itu mengakibatkan kemusnahan di komputer pengguna dan siapakah menyebarkan virus tersebut? 2. Sentiasa mengimbas cakera keras mengikut jadual. Perisian anti virus perlu dipasang bagi membolehkan pengesanan dan pencegahan virus. mengimbas dan memantau laluan masuk dan keluar dari rangkaian. mengimbas dan memantau aplikasi yang berkaitan dengan Internet terutamanya e-mel.

R. yang merupakan mercu tanda kejayaan Malaysia dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Utusan Malaysia 28 Disember: Megabait 4.M. Jalur Lebar di Malaysia. Aspirasi wujudkan masyarakat maklumat mungkin gagal. 2002.A. Koridor Raya Multimedia. 2002.T Sistem Binari SP UPS IT Subjek Teras di Sekolah. turut dibincangkan dalam topik ini. Utusan Malaysia 20 Jun 2002: megabit ms 4. Topik ini juga membincangkan sistem komputer dan perkakasan yang selalu digunakan. Penggunaan teknologi maklumat tidak dapat lari daripada menghadapi masalah serangan virus dan penyalahgunaan data. . Jurang Digital. Bilakah Riak akan Menjadi Gelombang. Berita Harian 2 Julai: muka depan. Dalam topik ini. cara menguruskan dan menyenggara komputer dengan baik turut dibincangkan bagi mengelakkan ancaman virus dan penyalahgunaan data. x x Analitikal Enjin AVR Bios Centrino COBOL CAE CAD CAM Fortran Gigahertz RAM ROM S.TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT W 37 x Topik ini membincangkan mengenai pengenalan teknologi maklumat yang mencakupi sejarah teknologi maklumat dan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kehidupan sebagai pendidik.

2002. Majalah PC September: 56-57. 2002. Mohamad Izzat Ridwan. 2001. Zorani Wati Abas. 8. Shaifol Bahary Sulaiman.38 X TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Mohamad Izzat Ridwan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Federal Publication. Majalah PC. Kerajaan diminta elak ICT jadi industri monopoli. September: 58-59. Mohd. 1993. Pengenalan kepada komputer. Mendefinisi dan merapatkan jurang digital. Nor Liza Ahmad. Komputer dalam pendidikan. Mohamad Sabri Idris. ICT 2003 di mana kita. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Utusan Malaysia 2 Januari: Mega Bit ms 4. Zorani Wati Abas. Wawasan September. . 23 Ogos: ms 11. Mohd Ridzwan Md Iman. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. 2003. 2003. Berita Harian. 2002. Ridzwan bin Haji Hashim. 1994. Surat. Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. Berita Harian 7 Januari: Pendidikan ms. Kuala Lumpur: Federal Publications. 1992 Pengajaran Berbantukan Komputer. 2004. Berita Harian 3 Disember: 16. Merebut Bantuan Kewangan dalam perniagaan ICT.