You are on page 1of 3

SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

oleh Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Malaysia pada pada 22hb Mei 2010 pukul 2.02 pagi Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama ( perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk murid-murid sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ).

Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

BIODATA ALLAHYARHAM MUHAMMAD THANI BIN SHAABAN PENGASAS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA Dilahirkan di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu pada 28 Februari 1985 .Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Tanggal 13 September 1993, satu pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama Muhammad Thani Shaaban dan rakan-rakan pengasas iaitu Encik Ahmad Farazila Abdul Ghani dari SMK Tmn Tun Dr Ismail, En Anuar Abd Aziz dari SMK Seri Titiwangsa .Tesis mengenai pasukan ini telah dibentangkan. Hasilnya ,sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Sementaraitu taklimat dan pendedahan kepada pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri telah mencadangkan nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang keahliannya terbuka kepada semua kaum. Pada 20 Jun 1995, upacara pelancaran KRS telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Di atas jasa dan pengorbanan beliau, sehingga kini KRS telah bertapak di semua sekolah seluruh Malaysia dengan keahlian seramai 280 ribu lebih pelajar. Muhammad Thani Shaaban ,Pengasas KRS Malaysia telah menyahut seruan ilahi pada hari Khamis 10 April 2003, meninggalkan seorang balu dan empat orang cahayamata. Jasanya harum mewangi semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama para shuhada dan salihin . Amin yarabbal alamiin