CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES1: Menukar nombor bulat kepada perkataan atau sebaliknya. 1 Masalah yang dihadapi oleh murid: 1. Murid tidak boleh menulis nombor dalam perkataan dengan betul kerana tidak tahu cara menyebut nombor . 2. Murid tidak boleh menulis nombor dari perkataan yang diberikan . Contoh kesilapan jawapan murid: 346 720 = tiga ribu empat ratus enam puluh tujuh Cara Mengatasi: 1) guru boleh menggunakan teknik “ center “ / “ tengah “ sebagai bacaan “ ribu “ dalam nombor 6 digit. ,

ribu 2)Guru boleh menggunakan teknik “ 2 center”/ “ 2 tengah “ sebagai bacaan “ ribu” dan “ juta” dalam nombor bulat bagi nombor 7 digit

, Juta

, ribu

* guru mengingatkan murid tentang bilangan digit seperti yang diatas.

1

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Contoh pengajaran guru: Cara 1: “ center”/”tengah” ( nombor 6 digit) Contoh soalan : Nyatakan 231 578 dalam perkataan

231 578 = 231,578

Letakkan koma sebagai center untuk dibaca sebagai ribu.

231, 578
Dua ratus tiga puluh satu ribu lima ratus tujuh puluh lapan Contoh soalan : Nyatakan lima ratus ribu dua ratus tiga puluh dalam nombor. lima ratus ribu dua ratus tiga puluh dalam nombor.

= 500,230
Cara 2 : 2 center/ 2 tengah ( 7 digit) Contoh soalan : Nyatakan 1 320 172 dalam perkataan

1, 320,172
Sejuta tiga ratus dua puluh ribu seratus tujuh puluh dua

2

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Contoh soalan : Nyatakan dua juta lapan ratus lima puluh enam ribu sepuluh dalam nombor bulat. dua juta lapan ratus lima puluh enam ribu sepuluh

= 2 , 856 , 010
Kebaikan cara ini : 1) Murid dapat mengenal cara menyebut juta dan ribu dalam nombor. 2)Murid dapat menulis nombor dalam perkataan atau sebaliknya dengan tepat. 3) Cara ini boleh diajar kepada murid walaupun telah menduduki di tahun 5 dan 6. 4) Cara ini senang diingat oleh murid dan mudah dipraktikkan.

Cara ini telah diujikan dalam kelas tahun 5 ( kelas lemah) Keputusan ujian 1 ( sebelum memperkenalkan cara ini) Murid tahun 5 = 35 orang Murid yang boleh jawab soalan ujian 1 = 3 orang ( 8.57 %) Keputusan ujian 2 Murid tahun 5 = 35 orang Murid yang boleh jawab soalan ujian 2 = 29 orang(82.85%) Jurat peningkatan peratusan kelulusan = 74%

3

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 2 : Round Off / Pembundaran Masalah yang dihadapi oleh murid: 1) Murid keliru tentang pembundaran terutamanya bila nombor yang dibundarkan perlu ditambah nilai 1 atau tidak . 2) Murid tidak faham konsep pembundaran. 3) Murid tidak tahu cara yang betul menulis nombor apabila telah dibundarkan. Cara Mengatasi: a) Guru memperkenal konsep pembundaran kepada murid iaitu Pembundaran adalah mencari nilai yang berhampiran dengan nombor yang perlu dibundarkan. Contohnya : Bundarkan 231 421 kepada ratus yang terdekat. 231 421 421 dekat dengan 400 daripada 500 b) Guru memperkenalkan teknik “ kawan besar” dan “kawan kecil” pada garisan nombor atau dengan menggunakan tangan murid. Contoh gambarajah tangan murid.
9. PEMBUNDARAN

N MO O BR

1

2

3

6 4 5

7

8 9

0
Tangan kiri
jangan kacau
22 September 2012

Tangan kanan
+1

4

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Contoh soalan Bundarkan 231 432 kepada ratus yang terdekat i) gariskan nilai tempat yang diarahkan soalan ii) lihat kawan sebelah kanan iii) nilai 3 adalah kawan kecil iV) nilai 4 dibiarkan asal. v) jawapannya = 231 400

Contoh gambarajah garisan nombor

Method 1

ROUND OFF

RECOGNIZE SMALL NUMBER AND BIG NUMBER

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
SMALL NUMBER BIG NUMBER

Contoh soalan Bundarkan 327 931 kepada ribu yang terdekat. i) gariskan nilai tempat yang diarahkan. ii) lihat kawan sebelah kanan iii) nilai 9 adalah nombor besar. iv) tambah 1 pada nilai 7 menjadi 8
5

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

v) jawapannya= 328 000 Situasi Istimewa apabila nilai digit 9 ditambah 1 :

Contoh soalan : Bundarkan 497 995 kepada ratus yang terdekat:

497 995 + 1 498 000
Ulasan dari cikgu wong: a) Cara ini amat berkesan kepada murid yang lemah ingatan tentang nombor besar dan nombor kecil dengan menggunakan hafalan sebutan sahaja. b) Murid menggunakan jari tangan untuk mengingatkan nombor besar dan kecil adalah lebih berkesan dan mudah untuk guru mengajar dan menerangkan tajuk pembundaran. Sekian.

6

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 3: Menukar nombor bulat kepada nilai juta atau sebaliknya. Masalah yang dihadapi oleh murid: a) Murid tidak dapat menukarkan nombor bulat kepada nilai juta dengan tepat. b) Murid tidak dapat menulis nombor bulat daripada nilai juta dengan tepat . contoh kesilapan jawapan murid: 700 000 = 7.0 juta ( salah) 0.635 juta = 6 350 000 ( salah) Cara Mengatasi:

Memperkenalkan kotak “ nilai juta” Letakkan satu titik perpuluhan di antara juta dan ratus ribu.
Kotak nilai juta juta r. ri p. ri ri ra pu sa

7

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Cara menggunakan cadangan ini :

Contoh soalan 2: Nyatakan 7 450 000 dalam nilai juta

Kotak nilai juta juta r. ri p. ri ri ra pu sa

7

4

5

0

0

0

0

Jawapan perlu ditulis ialah : 7.450 juta

Contoh soalan 4: Nyatakan 0. 250 juta dalam nombor bulat

Kotak nilai juta juta r. ri p. ri ri ra pu sa

0

2

5

0

0

0

0

Jawapan perlu ditulis ialah : 250 000

8

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Ulasan dari Cikgu Wong : Cara ini iaitu memperkenalkan “ kotak nilai juta” telah dibuat dan mendapat sambutan baik dari murid-murid tahun 5 dan 6. Antaranya murid yang lemah ramai dapat menjawab soalan nilai juta setelah mengetahui kotak ini. Cadangan pengajaran ini boleh dicubakan dalam kelas murid lemah dengan kemahiran ini. Sekian.

9

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 4 : Operasi Bercampur/ Mixed operasiton

BODMAS (SEBARIS)

Bracket

of

divide

multiply addition subtraction

Kelemahan BODMAS ( SEBARIS) a) Murid keliru tentang baringan BODMAS iaitu division dengan multiplication serta addition dengan subtraction. Contoh kesilapan murid: a) 34 x2 ÷ 4 = mengikut BODMAS , multiplication adalah selepas Division , maka murid akan selesai operasi Divide dulu dan lepas itu Multiplication. b) 56 – 12 + 23= Mengikut BODMAS, Subtraction adalah selepas Addition,makan murid akan selesai operasi addition dahulu dan selepas itu Subtraction.

Cara Mengatasi: Maka itu, dicadangkan bahawa barisan BODMAS yang lama akan ditukarkan kepada “ segitiga BODMAS” seperti berikut:

10

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Ulasan dari Cikgu Wong: Kebaikan kaedah baru ini dapat menjelaskan kepada murid bahawa terdapat susunan operasi mengikut hirraki dari atas ke bawah. Kaedah ini telah digunakan dalam kelas lemah selama dua tahun dan telah terbukti bahawa murid senang faham dan tidak melakukan kesilapan lagi seperti kaedah yang lama.

11

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 5 : Melaksanakan Operasi i) Operasi Tolak Masalah yang dihadapi oleh murid: a) Murid tidak mahir menolak terutamanya mengumpul semula. b) Murid keliru dengan nilai yang dikumpul dan cara menolak yang tepat. Contoh kesilapan murid:

Cara mengatasi:

Rumus yang perlu diingati oleh murid: 1) 2) 3) pinjam 10 tolak bawah tambah atas.

12

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Contoh menggunakan kaedah ini:
10 6 7 10 1. Pinjam 10 3. Tambah atas 6+2=8 2. Tolak bawah 10-4 =6 1. Pinjam 10 3. Tambah atas 1 +7 = 8 2. Tolak bawah 10-9 =1

15 782 494
1 5 288

Rumusan : Cara penolakkan dengan asas sepuluh lebih mudah kepada murid yang menyelesaikan operasi tolak dengan mengumpul semula. Ini bukan saja dapat melatih murid dalam penolakkan asas sepuluh malah murid dapat menolak dengan pantas dan tidak perlu mengira dengan jari tapi mengira dengan imeginasi sahaja.

13

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

ii) OPERASI DARAB Masalah yang dihadapi oleh murid: a) Murid sering menghadapi masalah pendaraban terutamanya darab dengan 2 digit atau lebih. b) Masalah yang utama dalam pendaraban iaitu murid tidak dapat menyelesaikan darab 2 digit dengan bentuk lazim cara vertical. Contohnya:

234 X 25

* Murid hanya darab dengan 5 dan terlupa darab 2.

Cara mengatasi: a) memperkenalkan teknik “Lattice Method” b) teknik lattice lebih mudah difahami dan mudah dibuat. Contohnya: 329 x 35 =

3

2

9 3 5

Kebaikan cara ini lebih baik dan mudah difahami oleh murid-murid . Pendaraban satu digit boleh juga menggunakan cara ini.

14

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

iii) Pembahagian Masalah yang dihadapi: a) Murid-murid lemah dalam pembahagian kerana cara tidak mengetahui prosedur bahagi yang betul. b) tidak menghafal sifir.

Cara mengatasi : a) guru perlu mengajar menggunakan anak panah apabila menurunkan nombor bulat .

25 6 4

1024168 8 22 20 24 24 1

(teruskan hingga selesai)
15

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Kebaikan cara anak panah: a) Murid nampak jelas nombor yang perlu diturunkan. b) sesuai untuk murid yang lemah dalam pembahagian kerana cara ini dilakukan dengan perlahan. c) Memudahkan guru menerangkan dan mengajar bahagi dalam kelas.

Bahagi dengan nilai dua digit: Cara mengatasi : a) murid dibimbing menghasilkan sifir dua digit dengan sendiri. b) murid dibimbing membahagi dengan menggunakan sifir yang dihasil sendiri. Contohnya:

EXAMPLE : 3467 ÷ 28 =
• Make a times table of 28:

1 2 3

28
-

3467
28 6 6 5 6 107 84 23

R

X 1 2 3 4 5 6 7 8 9

20 20 40 60 80 100 120 140 160 180

8 8 16 24 32 40 48 56 64 72

T 28 56 84 112 140 168 196 224 252

16

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 6 : PENGENALAN MOD, FREKUENSI, NILAI MAXIMUM ,NILAI MINIMUM DAN JULAT. Masalah yang dihadapi: a) murid kurang faham dengan beberapa istilah yang diajar dalam tajuk ini. Contoh istilah yang murid tidak faham ialah mod, frekuensi, nilai maximum, nilai minimum dan julat. b) murid sering beri jawapan yang salah. Cara mengatasi

5 4 3 2 1 0 I S R K J MARKAH

I) Mod ( banyak kali berlaku) = 3 ii) Frekuensi( nilai yang digunakan dalam graf) = 1,2,3,5 iii) Nilai maximum ( nilai terbesar) =5 Iv) Nilai minimum ( nilai kecil) =1 v) julat
17

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

= nilai terbesar - nilai terkecil = 5-1 =4 Ulasan : - kenalkan istilah ikut susunan dari mod , frkuensi , nilai maximum, nilai minimum dan julat. - gunakan ayat penerangan yang mudah untuk menerangkan istilah dalam tajuk ini.

18

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 7 : PENUKARAN PECAHAN TIDAK WAJAR KE NOMBOR BERCAMPUR. Masalah yang dihadapi: a) Murid tidak ingat cara penukaran pecahan tidak wajar ke nombor bercampur. b) Murid menulis jawapan yang salah setelah penukaran melalui formula( teknik bahagi). Cara mengatasi : a) Murid diperkenalkan konsep penukaran pecahan tidak wajar ke nombor bercampur. b) Murid didedahkan dua cara penukaran iaitu i) gambarajah ii) formula ( teknik bahagi) I ) Teknik penukaran melalui gambarajah:

Menukarkan

5 3

kepada nombor bercampur

1
1 + 2 2 = 1 3 3

2 3

19

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

ii) formula ( teknik bahagi)

Menukarkan pecahan tak wajar ke nombor bercampur

1. Pecahan wajar adalah nilai anak lebih daripada ibu. 8 ( tidak normal). 3 contohnya: 2. Menukarnya dengan teknik bahagi
ibu

2 3 8 6 2

penjaga

2 =2 3

anak

20

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 8 : PENUKARAN NOMBOR BERCAMPUR KE PECAHAN TAK WAJAR. Masalah yang dihadapi: a) Murid sering tidak tahu cara penukaran yang betul dengan menggunakan formula. b) konsep penukaran tidak diketahui oleh murid. Cara mengatasi : a) memperkenalkan konsep nombor bercampur b) memperkenalkan rumus penukaran kepada murid.

21

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

22

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Rumusan :

Pengenalan konsep nombor bercampur amat penting kerana ia adalah akar kepada pemahaman kepada penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar. Setelah murid faham tentang konsep, barulah guru memperkenal cara penukaran tanpa gambarajah.

23

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 9 : PENUKARAN NILAI RINGGIT KEPADA SEN ATAU SEBALIKNYA. Masalah yang dihadapi : Murid-murid tidak dapat menukar dari ringgit kepada sen atau sebaliknya. Contoh jawapan murid yang salah: Tukarkan RM 4.50 kepada Sen . Jawapan murid : 45 sen atau 4500 sen

Cara Mengatasi: Memperkenalkan” Kotak RM” dan “Kotak SEN”

24

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Contoh Pengajaran menggunakan kotak RM dan SEN

25

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

T UKAR NILAI RM KEPADA SEN
Teknik : Kotak-kotak
Tukarkan RM 1.65 kepada sen

1

6 5

SEN

JAWAPAN: 165 SEN

Ulasan : Guru juga boleh menggunakan teknik pendaraban dengan 100 dan bahagi dengan 100 untuk penukaran unit jika murid telah menguasai penukaran unit melalui teknik kotak. Contoh a) Nyatakan RM 4.50 dalam sen RM 4.50 x 100 = 450 sen b) Nyatakan 550 sen dalam RM 550 sen ÷ 100 = RM 5.50

26

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 10 : LUAS DAN ISIPADU Masalah yang dihadapi : a) Rumus untuk luas dan isipadu sering mengelirukan murid. b) Konsep luas dan isipadu tidak diketahui oleh murid. Cara mengatasi : a) memperkenalkan luas ( 2D) dan diikuti dengan isipadu ( 3D) luas (2 D)

Guru memperkenalkan rumus luas :

LUAS = PANJANG X LEBAR

L

L

p

p

isipadu ( 3 D)

27

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

- Guru mengabungkan luas dengan isipadu .

L

L T

p

P

- Guru memperkenalkan rumus isipadu :

Isipadu = luas x tinggi
# tinggi boleh diubah kedudukannya jika murid telah faham dan telah ingat rumus isipadu.

Rumus isipadu Isipadu = Luas x tinggi P xL x T

Contoh soalan yang menggunakan rumus di atas: Diberikan luas muka depan sebuah kuboid ialah 42 cm², kiraka isipadu kuboid itu jika diberi tingginya ialah 9 cm . Cara pengiraan = Isipadu = luas x tinggi = 42 cm ² x 9 cm = 378 cm³
28

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Rumusan : Guru perlu memperkenalkan atau mengajar luas dengan lebih jelas dengan membawa bahan maujud contohnya empat segi yang telah digunting gunakan kad manila. Setelah itu barulah memperkenalkan atau mengajar lsipadu dengan membawa sebuah kotak. Kad manila yang telah diguntingkan itu yang menunjukkan luas akan digabungkan sekali di kotak menunjukkan luas berkaitan dengan isipadu.

29

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 11 : PERPULUHAN ( KOTAK PERPULUHAN) Masalah yang dihadapi : a) Murid menghadapi masalah dalam penukaran pecahan kepada persepuluh, perseratus dan perseribu. b) Murid juga menghadapi masalah dalam penukaran balik perpuluhan kepada pecahan persepuluh, perseratus dan perseribu. Cara mengatasi a) Guru memperkenal kotak perpuluhan kepada murid-murid: b) Guru perlulah memberitahu tips kepada murid bahawa kotak perpuluhan selepas titik perpuluhan boleh ditentukan mengikut bilangan sifar pada pecahan.

c) Guru juga boleh mengajar penukaran nombor bercampur kepada nombor perpuluhan menggunakan kotak perpuluhan yang telah dikenalkan kepada murid.

30

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Penukaran nombor perpuluhan kepada pecahan persepuluh, perseratus dan perseribu:

31

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

MENUKAR PERPULUHAN KEPADA PECAHAN
0 3
=

3 10 34 100

0

3

4

=

0

1

3

5

=

135 1000

Rumusan : Cara ini amat berkesan kepada murid- murid lemah terutamanya tajuk perpuluhan. Cara ini perlulah sentiasa dilatih kepada murid agar murid ingati tempat perpuluhan semasa menjawab jenis soalan penukaran perpuluhan. Teknik kotak ini dapat membantu 85 % daripada murid dalam kelas lemah saya menyelesaikan soalan berkaitan.

32

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 12 : Penolakkan pecahan yang tidak sama penyebut Masalah yang dihadapi : a) Murid-murid tidak dapat menolak pecahan tidak sama penyebut yang tidak lebih daripada 10. b) Murid-murid akan menolak penyebut dengan penyebut pecahan. c) Murid –murid tidak faham konsep penolakkan pecahan sejak dari dulu. Cara mengatasi : a) melalui gambarajah b) melalui rumus ( samakan penyebut dengan guna sifir)

contohnya

1 1 − 2 4=

1 1 − = 2 4

2 Warna merah – 1 warna biru = 1 warna merah

33

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

= 1 daripada 4 atau

1 4

* Guru perlulah kenalkan konsep penolakkan dengan banyak contoh yang menggunakan
gambarajah barulah ke langkah pengiraan yang lebih susah. b) menggunakan rumus ( samakan penyebut ) * Murid boleh diajar selepas gambarajah pecahan di atas. * Murid dikenalkan cara rumus untuk menyelesaikan masalah ini. * Murid perlulah diberitahun bahawa pecahan yang tidak sama penyebut ( ibu ) tidak boleh ditambah atau ditolak kecuali penyebutnya ( ibu ) mereka sudah sama. Contoh :

1 1 − = 2 4
* contoh di atas tidak sama penyebut( ibu) * murid mesti cara ibu mereka sehigga sama. * penggunaan jadual sifir yang dibuat oleh guru perlu ditunjukkan supaya murid ini tahu bagaimana mencari ibu ( penyebut ) yang sama. JADUAL SIFIR 2 4 4 8 6 12 8 16 10 20

1 1 − = 2 4 1x 2 1x1 − = 2 x 2 4 x1 2 1 1 − = 4 4 4
34

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

* ingat kedua-dua pecahan perlulah didarabkan supaya jadual sifir dapat menunjukkan bagaimana mencari penyebut yang sama.

Rumusan Cara telah diuji dalam kelas lemah saya dan didapat amat berguna kepada mereka yang tidak dapat hafal sifir dan dapatkan penyebut melalui hafalan sifir. Murid-murid lemah yang seperti berikut perlulah sesuatu yang wujud di hadapan seperti jadual sifir yang dibuat sendiri barulah dapat membantu murid mendapat nilai penyebut yang betul. Cara ini telah dapat membantu lebih 60 % daripada murid dalam kelas lemah saya.

35

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 13 : Perimeter Masalah yang dihadapi : a) Murid tidak dapat menyelesaikan soalan mengira perimeter yang melibatkan gabungan bentuk. b) Murid tidak mengetahui perbezaan perimeter , luas dan isipadu dalam bentuk.

Cara mengatasi: a) memperkenalkan teknik mengira perimeter dengan teknik mewarna atau memagar bentuk. b) Guru memberitahu bahawa perimeter melibatkan garisan luar sahaja atau ukur lilit bentuk. Kebaikan teknik “mewarna atau memagar” a) Murid mudah mencari perimeter bentuk. b) Murid lebih mudah mengira perimeter bentuk terutamanya bentuk digabungkan.
Contoh soalan :

36

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

37

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Kebaikan Teknik Mewarna atau Memagar: Teknik ini sangat berkesan apabila guru mendapati murid tidak dapat mengira perimeter pada suatu soalan yang diberikan. Teknik ini telah dicuba dan mendapati hampir 80% daripada murid saya dapat mengira perimeter berbanding kiraan biasa. Murid-murid lemah dalam matematik dapat faham bahawa mengira perimeter ialah ukuran di sekeliling sahaja atau ukur lilit bentuk. Oleh itu teknik ini boleh dicuba dan digunakan dalam soalan mencari perimeter bentuk.

38

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 14 : Mencari isipadu bagi satu bentuk dengan diberikan luas. Tahun : Tahun 5 dan Tahun 6 Contoh soalan gabungan rumus luas dan isipadu. Diberi luas sebuah segi empat tepat ialah 8cm². Carikan isipadu sebuah kuboid jika diberi tinggi kuboid ialah 6cm. Masalah yang dihadapi : a) Murid – murid tidak boleh mencari isipadu apabila luas telah diberikan. b) Murid tidak dapat gabungkan luas dengan isipadu. c) Murid keliru dengan rumus luas dan rumus isipadu. Cara mengatasi: a) Guru perlu mengajar rumus luas kepada murid dahulu dan pastikan murid ingat rumus luas dengan baik. b) Guru kemudian barulah gabungkan rumus luas dengan rumus isipadu dengan bantuan slide ppt agar murid dapat memerhatikan sendiri dengan gabungan dua rumus ini. Contoh slide rumus luas:
Imbas kembali formula luas

lebar Panjang Luas = Panjang x lebar

39

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Gabungan rumus luas dengan isipadu:

L T P Luas PxL isipadu (P X L) X T = Luas x T

L
GABUNGAN

T
DUA RUMUS Perkara yang perlu diingati: Tinggi pada bentuk 3D perlulah dikekalkan seperti dalam gambarajah dahulu. Tinggi boleh diubah setelah murid sudah memahami rumus isipadu seperti dalam gambarajah dibawah. P

T

o P
40

L

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Rumusan : Cadangan dari cikgu wong bahawa murid-murid perlu diberikan banyak latihan yang berkaitan agar murid-murid biasa dengan soalan gabungan rumus luas dan isipadu. Pengajaran menggunakan slide ppt yang dibuat oleh saya dapat menunjukkan kepada murid bagaimana luas dapat digabungkan bersama isipadu. Bukti pengajaran dengan slide ppt yang saya sediakan dapat membantu 65 % daripada murid dalam kelas menyelesaikan masalah gabungan rumus ini.

41

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 15 : PENAMBAHAN WANG ( RM DAN SEN). Tahun : Tahun 5 dan Tahun 6 Contoh soalan : RM 2.09 + 85 sen – RM 1.30 = Kesalahan murid : RM 2 .09 + 85 sen RM 87.09 - RM 1.30 RM 85.79 Masalah yang dihadapi : a) murid-murid salah nilai tempat dalam nilai wang. b) murid-murid keliru tentang RM dan SEN apabila dua unit ini digabung bersama Cara mengatasi: a) Murid diperkenalkan “Kotak RM dan Sen” b) Murid mengira dengan menggunakan kotak RM dan Sen sehingga boleh menyelesaikan tanpa kotak ini. Contoh “kotak RM dan Sen” Kotak RM dan Sen perlulah dilukis setiap kali murid menyelesaikan soalan tambah wang. Kotak ini perlulah bahagikan bahagian RM , titik perpuluhan dan Sen seperti dalam gambarajah di bawah:

42

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Cara menggunakan kotak RM dan Sen ialah isikan nilai-nilai RM dan Sen dalam kotak ini seperti dalam gambarajah berikut :

43

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Kebaikan cara ini:

Cara ini telah dicubakan dalam kelas dan mendapati murid lebih mudah melakukan penambahan dan penolakan dalam wang. Secara perlahan-lahan murid boleh menguasai tanpa menggunakan kotak ini lagi untuk menyelesaikan soalan yang serupa.

Rumusan: Kelas saya menghadapi masalah penambahan dan penolakkan yang melibatkan unit RM dan Sen sekali. Setelah menggunakan cara ini , 85% daripada murid saya telah mendapat jawapan yang betul dan yang lain salah kerana masalah penambahan dan penolakkan.

44

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 16 : Nilai Tempat dan Nilai digit. Masalah yang dihadapi: a) Murid-murid tidak dapat menulis jawapan berkaitan dengan soalan nilai tempat dan nilai digit dengan tepat. b) Murid-murid sering salah faham tentang maksud nilai tempat dan nilai digit. Contoh kesalahan jawapan murid: a)Nyatakan nilai tempat bagi 6 dalam nombor 86 097. Jawapan murid ialah: 6 000 b) Nyatakan nilai digit bagi 6 dalam nombor 86 098 jawapan murid ialah : ribu/ 6 ribu Cara menghadapi: Walaupun tidak mempunyai teknik yang mudah dapat menerangkan maksud nilai tempat dan nilai digit, tetapi saya pernah menunjukkan / melabelkan ayat penting dalam nilai tempat dan nilai digit agar murid boleh mengingati apa sebenar jawapan yang betul bagi dua jenis soalan ini. Contohnya: Nilai Tempat – ayat penting ialah “ tempat”. Tempat ini ialah tempat tinggal nombor tersebut. Tempat tinggal nombor adalah 7 dari sa , puluh , ratus , ribu , puluh ribu , ratus ribu dan juta. Oleh itu , jika soalan yang ditanya tentang nilai tempat maka 7 tempat perlu dipilih untuk dijadikan jawapan. Nilai digit – ayat penting ialah “ digit” Digit ini ialah bermaksud nombor. Maka jawapan yang diberikan oleh murid ialah dalam bentuk nombor.
45

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Rumusan : Saya mencadangkan bahawa guru matematik perlulah memberikan banyak latihan yang berkaitan dengan ini kepada murid agar murid dapat mengingati pengajaran guru terhadap mereka. Latihan berulang-ulang dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap soalan jenis ini. Cadangan saya bahawa latihan yang diberikan mestilah mempunyai kedua-dua sekali seperti dibawah agar murid dapat membezakannya. Contohnya latihan yang diberikan : Nyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi nombor yang digariskan. Nombor 37 860 65 965 34 552 Nilai Tempat Nilai Digit

46

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES 17 : Cerakinkan Nombor Masalah yang dihadapi a) murid tidak dapat memberikan jawapan yang betul dan tepat berkaitan dengan soalan cerakinkan nombor. b) Jawapan yang diberikan oleh murid ialah nombor / digit sahaja ditambah. Contoh soalan dan jawapan yang salah: Cerakinkan 69 843 mengikut nilai digit. Jawapan salah murid: 6 +9+8+4+3 Cara mengatasi : a) Murid diperkenalkan satu Teknik “ Kotak digit”

47

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Kotak digit ini sesuai untuk tahap murid yang terlalu lemah untuk masuk ke topic /kemahiran cerakinan nombor. Kotak digit ini juga boleh digunakan pada awalan pengenalan cerakinkan nombor kepada murid tahun 4. Kotak digit ini boleh juga untuk mengajar cerakinan nombor ikut nilai digit dan nilai tempat

48

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Rumusan: Kotak digit ini telah dicubakan dan digunakan dalam kelas saya tahun 5 K ( lemah) dan hampir 90% daripada murid dapat menjawab soalan berkaitan ini dengan betul . Cadangan saya kepada guru matematik yang mencuba kotak ini adalah , guru perlu ajar guna kotak ini buat beberapa hari dan kemudian guru boleh cuba hilangkan / tidak lagi menggunakan kotak ini dalam pengajaran. Ini kerana murid ini telah faham tentang cerakinan nombor dan boleh melakukannya tanpa menggunakan kotak lagi.

49

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES : 18 Penukaran unit ukuran panjang. KM ke M , M ke KM ,M ke CM , CM ke M , CM ke MM dan MM ke CM dengan menggunakan lompatan titik perpuluhan. Masalah yang dihadapi : a) murid-murid tidak dapat menjawab soalan penukaran unit Ukuran Panjang dengan menggunakan teknik lompat titik perpuluhan. b) Murid-murid tidak mengingati bilangan kali lompatan titik perpuluhan dan arah lompatan titik yang berkaitan. Contoh soalan a) 13.76 km = ……………m b) 3788 m = ………………km c) 3.09 m =………………..cm d) 498 cm =………………………m e) 13cm =……………………mm f) 139 mm = …………………cm Cara mengatasi: Oleh kerana murid-murid suka bercerita dan mudah ingati rumus dalam cerita maka tertimbul idea saya mereka satu cerita “ KAKAK MARIA BERJUMPA MOLY” dengan bantuan slide ppt yang mempunyai inimasi yang menarik untuk meneruskan ajaran topic ini.

50

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Contoh slide yang telah dibuat:

Slide ini diajar untuk penukaran unit KM ke M , M ke KM ,M ke CM , CM ke M , CM ke MM dan MM ke CM dengan menggunakan lompatan titik perpuluhan.
51

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Pengajaran guru perlulah mengajar satu kemahiran demi satu kemahiran agar murid-murid lebih faham dan lebih ingat cerita yang disampaikan.

Rumusan Slide yang disediakan oleh saya juga telah dicubakan dalam kelas dan mendapat sambutan murid yang agak baik. Nasihat saya kepada guru yang menggunakan slide ini ialah guru perlu mengajar satu kemahiran demi satu kemahiran agar murid –murid menguasai semua teknik penukaran unit dengan baik. Murid-murid saya lebih suka melihat cerita dalam slide dan dapat menjawab soalan yang saya kemukakan. Murid-murid saya juga mudah mengingati cara penukaran unit dengan lompatan titik perpuluhan ke kiri dan ke kanan.

52

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES : 19 Penukaran unit isipadu cecair. ( liter ke mililiter dan mililiter ke liter) Menukar unit L ke ML dan ML ke L dengan menggunakan lompatan titik perpuluhan. Masalah yang dihadapi : a) Murid –murid tidak mahir lompatan titik perpuluhan. b) Murid-murid melakukan kesilapan apabila guna teknik lompatan titik perpuluhan ( salah bilangan kali lompatan apabila ke depan dan ke belakang.) contoh kesalahan jawapan murid: a) 1.345 l = ……………..m l jawapan murid yang salah : 13.45 ml atau 0.1345ml b) 1345 ml = …………………..L jawapan murid yang salah : 13.45 L atau 0.1345L

Cara mengatasi: Memandangkan murid suka mendengar cerita selepas cerita “ Kakak Maria Berjumpa Moly” , saya mereka satu cerita lagi tentang penukaran unit isipadu cecair L dan ML kepada murid-murid saya agar pengajaran saya lebih berkesan dan tidak “ old style” .Tajuk cerita bagi topic ini ialah “ Lily lompat kotak”. Cerita ini sekali lagi dapat sambutan murid saya dengan baik sekali dan dapat belajar lompat titik perpuluhan dengan berkesan dalam kelas. Dengan bantuan slide ppt yang dibuat oleh saya sendiri dengan gambar cartoon yang menarik bersama animasi ini dapat menarik semua murid saya. Biasanya murid agak bising dalam kelas , tetapi bila tayangkan ppt ini murid saya diam dan cuba melihat dan berfikir tentang cerita itu.

53

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Contoh slide yang dibuat:

Watak utama dalam slide ini:

54

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Rumusan : Guru matematik boleh guna slide ini sebagai permulaan mengajar penukuran unit L ke ML dan ML ke L dengan menggunakan teknik lompat titik perpuluhan. Tetapi nasihat saya kepada guru yang menggunakan teknik lompat titik ialah guru mesti mengajar murid dengan x 1000 apabila menukar L kepada ML dan ÷ 1000 apabila menukar ML kepada L. Konsep ini sangat penting kerana tanpa pengetahuan terhadap konsep , murid tidak dikatakan telah belajar matematik dengan berkesan. Slide ini telah direka cerita oleh saya , dan telah diguna dan dicuba dalam kelas saya tahun 5 ( lemah) dan juga mendapat sambutan baik . Murid berminat dengan cerita dan mudah faham matematik melalui cerita. Jadi sebab inilah , slide ini barulah dapat direka dan digunakan dalam kelas.

55

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES : 20 Penukaran unit timbangan berat . ( kilogram ke gram dan gram ke kilogram) dengan menggunakan teknik lompatan titik. Masalah dihadapi : a) Murid-murid tidak dapat menukarkan unit kg ke g atau g ke kg dengan tepat dan betul. b) Murid-murid keliru kaedah lompatan titik perpuluhan ke kanan ( kg ke g ) dan ke kiri ( g ke kg). Cara mengatasi: Oleh kerana kekeliruan murid dengan pengajaran guru yang biasa , saya menggunakan cerita “ Katak Gary menghadiri majlis perkahwinan Gigi” untuk menarik perhatian murid terhadap pengajaran saya. Cadangan saya ialah guru mengajar rumus penukaran unit kg ke g dan g ke kg iaitu x dan ÷ dengan 1000 dahulu. Kemudian barulah mengajar murid menggunakan lompatan titik perpuluhan ke kanan dan ke kiri. Contoh slide:

56

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

57

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

RUMUSAN : Cerita “ Katak Gary menghadir majlis perkahwinan Gigi” adalah direka khas untuk murid saya yang suka bercerita semasa saya mengajar. Cerita ini telah menarik perhatian kepada murid saya dan mereka dapat mengingati cerita walaupun topic ini telah lama berlalu. Nasihat saya kepada guru yang menggunakan slide atau cerita ini agar konsep x dan ÷ 1000 semasa penukaran unit kg ke g dan g ke kg jangan lupa diajar dahulu. Guru perlulah member banyak latihan kepada murid agar murid mahir dalam lompatan titik perpuluhan yang telah diajar oleh guru.

58

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

KES : 21 Pendaraban pecahan dengan nombor bulat. Masalah yang dihadapi a) Murid-murid melakukan kesilapan kerana salah darab terhadap pecahan. b) Murid-tidak dapat menggunakan teknik mempermudahkan dari pecahan terhadap nombor bulat yang didarab. Contoh kesalahan murid:

1 1 x4 = 2 8
Murid darab 4 dengan 2 menjadikan 8. Cara mengatasi: a) guru memperkenalkan DABB( darab atas bahagi bawah) b) sentiasa ingatkan murid dengan DABB semasa menjawab soalan sebegini.

1 x 4 = 2 1x 4 2

darab atas (DA)

4 = 2 2
bahagi bawah(BB)

59

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

Rumusan Kaedah ini cuma satu cara terakhir jika murid tidak boleh melakukan yang lebih kaedah susah. Murid-murid perlu diberikan latihan tambahan untuk mengukuhkan kemahiran yang diajar oleh guru. Kaedah ini telah saya gunakan sejak dari dulu lagi dan mendapati murid boleh menerima hafalan DABB dalam soalan sebegini. Oleh itu , membuktikan kaedah hafalan boleh membantu mengukuhkan ingatan kepada murid. .

60

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

AKHIR KATA DARI CIKGU WONG.
Walaupun terdapat banyak kaedah pengajaran mudah dalam matematik, tetapi guru mestilah lebih peka kepada kemahuan muridnya terutama yang lemah dan tidak boleh menerima kaedah lama pengajaran matematik. Guru perlulah sentiasa mempunyai beberapa kaedah pengajaran matematik untuk sesuatu topik agar boleh digunakan jika sesuatu kaedah tidak boleh digunakan. Teknik pengajaran mudah matematik boleh berubah-ubah mengikut situasi dan kemahuan murid dalam kelas. Kaedah pengajaran guru perlulah diikuti teknologi moden seperti slide ppt dan tayangan yang bersesuaian. Ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid malah dapat memberikan satu tangkapan yang mendalam kepada murid. Buku ini bukanlah satu kewajiban guru mengikuti kaedah yang dicadangkan , tetapi mungkin buku ini dapat memberikan idea baru kepada guru yang membacanya dalam pengajaran matematik dalam kelas terutamanya dalam kelas lemah. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman saya mengajar kelas lemah matematik selama 17 tahun sejak tamat pengajian dari Maktab Perguruan. Murid-murid yang saya ajar sejak dari awal hingga sekarang ,boleh dikatakan mempunyai pelbagai perangai dan pelbagai kemahuan. Teknik pengajaran saya sentiasa berubah dan akhirnya dapat satu kaedah yang agak baik dan berkesan. Saya suka menulis dairi , oleh dairi pengajaran matematik dalam kelas setiasa di tuliskan dan mencatatkan perkara yang baru. Memandangkan dairi ini telah simpan lama maka tertimbullah fikiran saya bahawa teknik pengajaran ini boleh dikemukakan kepada guru matematik yang lain supaya teknik pengajaran yang telah pernah diguna dan berkesan disebar luas. Saya berharap Buku Teknik mudah pengajaran matematik untuk guru ini boleh membantu ramai guru yang menghadapi masalah pengajaran dalam kelas dan boleh ubah suai teknik ini bergantung kepada situasi penerimaan murid. Walaupun buku ini adalah ditulis dan diguna oleh saya sendiri, tetapi teknik pengajaran saya ini sentiasa berubah kerana setiap tahun murid yang saya ajar berbeza sifat dan tahap penerimaannya. Walaubagaimanapun, buku ini bukanlah satu ketetapan bagi mengajar sesuatu topik tetapi cuma satu rujukan sahaja kepada guru matematik Ulasan dari Cikgu Wong Yick Yim Sk Bahang Penampang,2012
61

CATATAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK KEPADA MURID LEMAH OLEH CIKGU WONG YICK YIM

62

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful